Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 12 Jan 2013 07:02 AM PST Kuala Lumpur: Membimbangkan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengaut keuntungan mudah dengan mengambil kesempatan terhadap populariti budaya Korea seperti K-Pop dan K-Drama dalam kalangan masyarakat Malaysia terutama golongan muda dengan menawarkan 'adik' istimewa dari negara berkenaan. Tarikan terbaru itu jika tidak dibendung dikhuatiri boleh menyesatkan golongan muda yang makin terikut-ikut dengan budaya Korea. Siasatan wartawan Metro Ahad mendapati pihak terbabit cuba mempromosikan pakej terbaru itu dengan menonjolkan keistimewaan gadis Korea berkenaan seperti memiliki payu dara besar selepas melakukan suntikan hormon, cantik selain bekerja sambilan (freelance) sekali gus masih 'bergetah'. Bagaimanapun, bayaran untuk khidmat gadis Korea itu lebih mahal iaitu sekurang-kurangnya RM600 sejam berbanding pekerja seks dari negara lain kira-kira RM200 sejam. PENDATANG asing dari Korea, China dan Indonesia berbaris ketika diperkenalkan kepada pelanggan.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/12 |
Posted: 12 Jan 2013 07:01 AM PST Kota Bharu: "Kedua-dua cucu saya menangis malam selepas kejadian itu kerana buku dan pakaian sekolah mereka hangus," kata Rakiah Abdullah, 56, nenek kepada dua mangsa kebakaran membabitkan empat rumah di Kampung Paloh, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, tiga keluarga termasuk keluarga Rakiah tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang disewa sejak dua tahun lalu musnah dijilat api. Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Rakiah berkata, dua cucunya, Nor Nabilah Hidayah Adnan, 15, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab Satu dan Nur Imanina Maisarah Adnan, 10, bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar, tidak dapat menahan kesedihan apabila tidak dapat menyelamatkan peralatan sekolah mereka.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/12 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan