Harian Metro: Setempat |
Posted: 12 Jan 2013 06:37 AM PST Georgetown: Kegembiraan dua sahabat bersiar-siar pada malam minggu bertukar tragedi apabila seorang daripadanya meninggal dunia selepas kereta jenis Porsche 911 yang dinaiki terbabit dalam kemalangan di Jalan Kelawei/Jalan Cantonment, di sini, semalam. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6 pagi apabila kereta dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun bersama seorang gadis berusia 24 tahun dari arah Tanjung Tokong, dekat sini, menghala ke pusat bandar terbabas dan melanggar sebatang pokok.
Menurutnya, rempuhan berkenaan menyebabkan kereta remuk teruk terutama di bahagian hadapan.
ELIZABERTH maut "Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan berbahaya sehingga menyebabkan kematian dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun atau denda tidak kurang RM5,000 atau tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan