Rabu, 13 Februari 2013

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Naikkan seri wajah pengantin

Posted:

Langkah disusun penuh teratur dan kemas menuju singgahsana yang indah. Daripada pakaian, solekan sehingga dandanan rambut, semuanya serba sempurna. Tiada cacat celanya, apatah lagi tumpuan mata pasti bukan saja pada busana tetapi kesempurnaan solekan dan gaya rambut sehingga mampu membuatkan hadirin tidak berkelip mata memandang.

Ramai menganggap pemilihan pakaian serta solekan adalah dua kriteria utama yang menyerlahkan keanggunan pengantin. Namun sebenarnya, teknik dandanan rambut atau sanggul unsur terpenting yang menjadikan mempelai tampil anggun dan elegan dalam setiap konsep pilihan mereka.

Menurut jurusolek profesional, Zulfazli, penggayaan sanggul masa kini tidaklah 100 peratus bergantung kepada bentuk wajah pengantin. Ini kerana menerusi teknik solekan tertentu, bentuk wajah dapat diubah mengikut kesesuaian sanggul dan aksesori digayakan. Apa yang penting, melihat kesesuaian dengan padanan pilihan sama ada berkonsepkan gaya tradisi atau moden.

"Ini dapat dilihat menerusi potongan busana seperti kebaya songket bunga tabur atau gaun labuh dilapisi renda bertemakan gaya moden atau kontemporari.

Foto

GAYA moden, ringkas dengan sedikit serabut pada hujung rambut sesuai untuk pengantin moden masa kini.

Foto

TAMPIL berseri gaya retro lepas dengan perhiasan kerongsang. Sesuai dengan padanan gaun labuh daripada fabrik renda.

Foto

UNTUK majlis di taman, biarkan rambut lepas pada bahagian tepi.

Foto

JENIS kerongsang yang kini menggantikan tiara untuk persalinan mempelai.

Foto

RAMBUT palsu sesuai untuk pengantin berambut pendek kerana ia kelihatan seperti rambut semula jadi.


Kedua-dua konsep ini mempunyai perbezaan dari segi penataan gaya rambut sama ada pada potongan atau aksesori digunakan," jelasnya.


Selain busana, pemilihan gaya sanggul juga bergantung kepada konsep perkahwinan sama ada tradisional atau moden. Untuk majlis tradisional, gaya sanggul pengantin akan lebih tinggi kerana bertepatan dengan etika majlis yang mementingkan kekemasan. Malah cucuk sanggul diletakkan bagi memberikan kesan klasik pada mempelai.

Ini berbeza bagi pengantin yang memilih tema moden dengan gaun labuh untuk majlis pada waktu petang atau malam. Gaya sanggul lebih ringkas dan santai menjadi pilihan. Aksesori yang dikenakan juga tidak terlalu sarat, cukup sekadar klip, tiara kecil atau kerongsang supaya kelihatan lebih anggun.

"Untuk tema majlis berkonsepkan gaya moden, dandanan sanggul sederhana dengan sedikit berserabut pada bahagian hujung memberikan kesan berbeza, apatah lagi sekiranya mempelai hanya mengenakan kerongsang pada bahagian tepi rambut. Gaya sebegini menjadikan pengantin nampak lebih muda daripada usia sebenar.

"Untuk majlis di taman dengan padanan gaun moden, mempelai sesuai mengenakan gaya rambut retro lepas yang diberikan sedikit alunan pada bahagian hujung. Selepas itu, rambut disisir pada bahagian tepi bagi menonjolkan wajah jelita mempelai. Bagi menyerlahkan penggayaan, cuma letakkan kerongsang pada tepi rambut untuk kesan berbeza," jelasnya.

Gaya rambut moden ini sesuai untuk semua wanita terutama mereka yang memiliki wajah bujur sirih malah melepaskan rambut pada bahagian tepi akan menampakkan leher mempelai lebih jinjang.

Bagi mereka yang berambut pendek tetapi ingin membuat dandanan sanggul, tidak perlu bimbang kerana di pasaran terdapat pelbagai jenis sanggul dan rambut buatan yang mampu menyembunyikan kekurangan diri.

Penggunaan tambahan perhiasan ini langsung tidak ketara dan nampak seakan-akan asli kerana pembuatannya menggunakan rambut asli wanita.

Menurut Zulfazli, pemilihan sanggul yang tepat oleh pengantin dan jurusolek dapat membantu menaikkan seri wajah pada hari persandingan.

Setiap gaya sanggul sama ada tradisional atau moden akan kelihatan cantik sekiranya sesuai dengan personaliti mempelai.

Apa yang penting, setiap dandanan mempunyai seni tersendiri. Kekemasan dan kerapian dalam membentuk helaian rambut menjadi sanggul memerlukan kesabaran dan kemahiran yang tinggi oleh pendandan.

"Bagi mempelai pula, pendandan lebih tahu gaya atau potongan sesuai dengan wajah atau penampilan mereka. Jangan semata-mata inginkan dandanan seperti selebriti luar negara, penampilan anda sedikit cacat atau kurang serinya.

Sebaiknya berbincang dengan pendandan mengenai gaya sesuai berdasarkan busana serta konsep majlis pada hari itu," katanya.

Panduan gaya rambut ikut bentuk muka

Bentuk segi empat atau kotak

Ini dapat dilihat menerusi dahi yang lebar, tulang pipi dan rahang seimbang sehing-ga terbentuk seperti kotak atau persegi. Pilih potongan rambut yang lembut dan agak bergelombang untuk menutupi bahagian dagu.

Elak potongan gaya geometri kecuali jika memang sengaja ingin menonjolkan kekuatan rahang. Hindari belahan rambut di tengah serta potongan rambut kaku.
Elak menyelit-kan rambut di belakang telinga.

Bentuk wajah panjang

Elak pemotongan rambut terlalu nipis terutama pada bahagian sisi kepala kerana ia memanjangkan lagi wajah anda. Seimbangkan wajah dengan potongan rambut yang menyatu di kedua-dua bahagian.

Bentuk wajah hati

Ciri-ciri bentuk wajah ini adalah dahi lebar, tulang pipi tinggi serta bentuk dagu meruncing. Elakkan panjang rambut paras dagu kerana akan membuat wajah kelihatan semakin runcing ke bawah. Pilih pelbagai poto-ngan yang membuat bahagian rahang penuh. Beri kesan kerinting pada bahagian hujung rambut.

Bentuk wajah bulat

Pilih potongan rambut yang lembut, berpering-kat atau gaya bob bertingkat untuk memberi kesan panjang dan ramping. Pada potongan rambut pendek, usahakan untuk menutupi bahagian pipi yang bulat. Boleh juga membuat potongan bertingkat bagi menutupi sisi wajah. Elakkan potongan terlalu pendek yang akan membuatkan wajah semakin bulat dan lebar.

Bentuk wajah segi tiga

Pilih potongan rambut ring-kas dengan bahagian rahang yang penuh. Potongan rambut kerinting atau bergelombang dapat menjadi alternatif bagi wajah segi tiga.

Bentuk wajah bujur

Bentuk wajah ini adalah paling ideal dan sesuai untuk semua potongan sama ada panjang atau pendek. Namun elakkan belahan rambut di tengah apabila anda memiliki bentuk hidung besar. Untuk menyeimbangkan bentuk wajah, cuba potongan bertingkat yang dimulai daripada tulang pipi.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/13

Berkat modal RM70

Posted:

Hanya dengan RM70 pada 1989, usahawan wanita gigih, Norliza Kamal Ariffin, 47, berjaya membuktikan kesabaran, ketekunan dan kerajinan mampu mengubah nasib seseorang.

Menyewa kios kecil de–ngan barangan hiasan rumah yang terhad, dia berjaya merangkak sedikit demi sedikit untuk muncul antara wanita berjaya dalam bidang perniagaan selepas berdepan pelbagai rinta–ngan dan ujian.

Baginya, bermulut manis dan jujur antara faktor yang mesti ada pada seorang peniaga kerana ia penting dalam menambat hati pelanggan secara berterusan.

Hasilnya, setahun selepas itu dia mula mengembang–kan perniagaannya dan turut mengusahakan kafe sebagai bidang perniagaan sampingan.


"Saya bertahan dengan perniagaan itu dan sering bertukar pandangan dengan suami (Roslan Yahya, 51) untuk memajukan lagi perniagaan.


"Selepas 16 tahun bergelumang dalam selok-belok perniagaan, saya memiliki premis sendiri pada 2005 yang mengeluarkan produk skaf dan tudung wanita untuk pelbagai golongan," katanya.

Menerusi jenama Rang–kaian Lynd Enterprise (RLE), Norliza mula melihat pasaran skaf dan tudung yang menjanjikan prospek amat baik dalam memenuhi cara pemakaian Muslimah masa kini.

Menurutnya, tanpa meninggalkan perniagaan kafe yang banyak membantu menjana modal perniagaan skaf dan tudungnya, dia memberanikan diri mereka cipta fesyen skaf dan tudung sendiri demi memenuhi permintaan pelanggannya yang semakin bertambah.

Dari situ, RLE mula bergelar pengeluar produk skaf dan tudung yang kini sudah memasarkan lebih 200,000 helai skaf dan tudung buatan sendiri sejak ia beroperasi.

Jumlah itu juga melonjakkan namanya, sekali gus muncul sebagai pengeluar utama fesyen berkenaan di wilayah utara.

Produk keluaran RLE yang dikenali menerusi jenama Lynd Skaf itu satu-satunya tudung jahitan yang menggunakan mesin ayakan tangan pertama di Malaysia.

"Melalui penyelidikan dan pemantauan, RLE mendapati pasaran produk tudung kini menjadi pilihan Muslimah pelbagai usia dan golongan. Ini membuktikan permintaan terhadap produk itu sentiasa ada dan berkembang.

"Sebagai memenuhi pasaran produk itu, Lynd Skaf diwujudkan untuk menampung permintaan dengan mengutamakan kualiti dan fesyen terkini," katanya ketika ditemui di butiknya di Kompleks Perniagaan SP Plaza, Sungai Petani, Kedah.

Bagi mengekalkan kualiti supaya pemakaiannya sentiasa selesa, RLE meng–gunakan kain jenis lycra, nilon, sutera, sutera sifon, sutera katon, velvet, renda Perancis dan pelbagai lagi yang diimport dari Itali, Australia, Dubai, Korea dan China.

Norliza yang turut dipilih sebagai Pengerusi Puspanita Daerah Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang berkata, kain jenis sifon mendapat permintaan tinggi disebabkan ia lebih lembut, tidak berkedut, mudah dijaga dan senang dibersihkan.

"Untuk hiasan, tudung itu diserikan dengan batu swarovski beraneka bentuk yang juga diimport khusus dari Australia dan Korea.

"Apa yang membezakan tudung keluaran RLE berbanding produk seumpamanya di pasaran, ia turut disulam dengan batu swarovski menggunakan teknologi terkini bagi memberi ketahanan aksesori berkenaan di samping menyerikan tudung," katanya.

Menurutnya, bagi me–nguasai pasaran yang semakin hebat persai–ngannya, RLE sudahpun mewujudkan beberapa inisiatif bertujuan mengekal–kan jenama Lynd Skaf sentiasa eksklusif dan relevan sepanjang masa.

"Kami juga memiliki kilang sendiri khusus untuk pembuatan tudung yang boleh menghasilkan lebih 1,000 helai produk berkenaan dengan pelbagai rekaan dan bentuk sulaman berdasarkan kreativiti sendiri serta tempahan pelanggan.

"Syarikat juga mempunyai dua cawangan aktif iaitu masing-masing di Alor Setar dan Sungai Petani Selatan," katanya.

Katanya, sehubungan itu, RLE sentiasa membuka peluang kepada usahawan baru meneroka pasaran produk skaf dan tudung sebagai rakan francais atau menjadi pengedar selain memperkenalkan sistem kad keahlian.

Syarikat berkenaan turut menerima banyak tempahan secara pukal daripada pertubuhan tertentu, jabatan kerajaan dan pihak swasta bagi disesuaikan dengan pakaian seragam masing-masing.

"RLE tidak begitu mementingkan kuantiti tetapi amat menitikberatkan kualiti demi kepuasan pelanggan yang mahukan keselesaan setiap kali mengenakan skaf dan tudung.

"Aspek mutu dan keselesaan memang penting kerana selain cantik, dua elemen berkenaan mesti ada pada skaf dan tudung. RLE berharap produk yang dikeluarkan ini mampu memberi pilihan kepada pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan.

"Untuk jangka panjang, selain menyertai pasaran di seluruh negara, jenama Lynd Skaf dalam perancangan memperkenalkan produknya di negara jiran terutama Brunei dan Indonesia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/13
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved