Harian Metro: Setempat |
Posted: Kuala Lumpur: Seorang lelaki cedera selepas diserang beruk jantan peliharaannya dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ayer Panas, Setapak, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang berusia 20-an cedera di tangan kanan akibat digigit haiwan itu yang mengamuk selepas melepaskan diri dari sangkar.
Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Dang Wangi Leftenan Muda Nurul Nadirah Samsul Liani berkata, binatang itu dipercayai memecahkan sangkar sebelum menyerang mangsa.
BERUK yang mengamuk berkeliaran di rumah mangsa sebelum ditangkap. KESAN darah di rumah mangsa. "Kami mengambil masa dua jam untuk menangkapnya menggunakan perangkap haiwan," katanya 10 anggota terbabit dalam operasi itu.
Menurutnya, beruk itu diserahkan ke Balai Polis Setapak untuk tindakan lanjut. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/13 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan