Harian Metro: Arena |
Posted: 10 Apr 2013 03:30 PM PDT Kuala Lumpur: Rashid Sidek menegaskan penekanan latihan akan lebih kepada menyediakan fizikal pemain yang lebih kuat dan tahan beraksi dalam tempoh lama, selepas menyaksikan aksi pemain muda China di Terbuka Australia minggu lalu. "Saya bersama Hendrawan sudah berbincang dan kami dapati, ketahanan pemain muda China itu disebabkan persiapan fizikal yang amat baik," kata Rashid.
"Sepatutnya pemain kita menjalani latihan fizikal lebih berat di peringkat remaja, bagi membentuk asas kekuatan dalam diri pemain yang bakal membolehkan seseorang pemain badminton, bermain dalam tempoh panjang dengan daya tahan tinggi." Meskipun Rashid mempunyai andaian sebegitu, Institut Sukan Negara (ISN) sebelum ini pernah menafikan keperluan latihan membentuk kekuatan fizikal atlet di peringkat remaja kerana bimbang membantut pertumbuhan badan atlet badminton.
HOUWEI pamer peningkatan mendadak. "Saya memang memantau pemain ini dan berdasarkan rekod penyertaan kejohanan antarabangsa tahun lalu, dia langsung tidak menunjukkan prestasi yang baik melainkan tewas di pusingan awal.
|
Posted: 10 Apr 2013 03:27 PM PDT Sintok: Pasukan Nurul Huda dinobat juara keseluruhan Kejohanan Sukan Staf Universiti Utara Malaysia (UUM) Kali Keenam 2013 di Stadium UUM, baru-baru ini. Mereka mengumpul 347 mata diikuti pasukan Nicol David, 329 dan ketiga pasukan Jegathesan, 312.
Acara 4x400m lelaki dimenangi kuartet pasukan Nurul Huda manakala wanita disandang pelari pasukan Nicol David. Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, kejohanan tahunan bermula 7 Februari hingga 8 April itu menyaksikan staf universiti dibahagikan kepada lima pasukan iaitu Nurul Huda, Mokhtar Dahari, Jegathesan, Misbun Sidek dan Nicol David.
Tambahnya lagi, kejohanan ini adalah persiapan awal kontinjen UUM menghadapi Kejohanan Sukan Badan Berkanun pada 24 Jun hingga 2 Julai ini di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Kejohanan Sukan Staf Antara IPTA ke-38.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan