Harian Metro: Setempat |
Posted: 10 Apr 2013 04:29 PM PDT Subang Jaya: "Sudah lebih dua minggu penduduk dibebani masalah kerosakan lif dan terpaksa menggunakan tangga sehingga ke tingkat 18," kata penduduk yang juga orang kelainan upaya (OKU), Masayu Hassan, 30 yang kecewa dengan pihak pengurusan Pangsapuri Lagoon Perdana kerana gagal menangani masalah lif rosak di situ. Masayu berkata, dia yang tinggal di tingkat dua blok enam kediaman berkenaan tidak berpuas hati dengan pengurusan yang menjanjikan pembaikan lif pada 2 April lalu, tetapi sehingga sekarang masih tidak diselenggara. "Kedua-dua lif rosak pada penghujung Mac lalu dan pihak pengurusan berjanji untuk membaikinya pada 2 April lalu kerana ketiadaan alat ganti namun sampai sekarang tiada tindakan," katanya ketika ditemui di pangsapuri berkenaan, di sini, semalam. Menurutnya, sudah banyak kali dia mengajukan pertanyaan itu namun jawapan sama diberikan kepadanya oleh pihak terbabit. MASAYU menaiki tangga untuk pulang ke rumahnya di tingkat dua rumahnya di Pangsapuri Lagoon Perdana. MASAYU dibantu jiran untuk menaiki tangga.
Sementara itu, seorang lagi penduduk dikenali sebagai Ahmad, 35, berkata, dia tidak tahan dengan keadaan itu jika ia berlarutan kerana keadaannya yang menghidap asma. "Saya tinggal di tingkat 15 dan terpaksa menggunakan tangga untuk turun dan naik setiap hari. Saya risau dengan tahap kesihatan saya," katanya. Dalam pada itu, Penolong Pengarah Kanan Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Asfarizal Abdul Rashid, ketika dihubungi berkata, ia tanggungjawab Badan Pengurusan Bersama (JMB) untuk menguruskan penyelenggaraan pangsapuri namun pihak MPSJ akan melihat tindakan yang boleh dilakukan jika JMB gagal bertindak. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/11 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan