Harian Metro: Arena |
Posted: Kuala Lumpur: Meskipun prestasi semasa jentera Mercedes AMG Petronas dilihat gagal bersaing dengan pasukan elit lain, prinsipal pasukan Ross Brawn tetap optimis kedua-dua pemandunya mampu menyambar enam petak teratas pada sesi kelayakan, Sabtu ini. Saingan di Australia minggu lalu menyaksikan kedua-dua jentera Mercedes itu mempamerkan prestasi kurang memuaskan dengan bekas juara dunia Lewis Hamilton sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima manakala Nico Rosberg lebih malang gagal menamatkan perlumbaan.
"Saya akui di Australia kami tidak begitu kompetitif apabila berdepan masalah strategi pit stop manakala Rosberg lebih malang kerana jenteranya mengalami masalah teknikal.
AKSI Hamilton (kiri) di Litar Albert Park, Australia, minggu lalu. Brawn berkata, Mercedes perlu mendapatkan keputusan lebih baik di Sepang kerana selain beraksi di halaman sendiri, keputusan positif kedua-dua jentera membenarkan mekanik mencari jalan penyelesaian untuk meningkatkan prestasi enjin pada perlumbaan akan datang. "Terdapat sedikit jurang antara catatan masa kami dengan beberapa pasukan elit. Sebab itu kami perlu mendapatkan keputusan lebih meyakinkan di Sepang.
|
Posted: Kuantan: Seramai 30 peserta terpilih mengikuti bengkel sukan petanque sempena Karnival Kokurikulum Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Semambu, Kuantan, baru-baru ini. Mereka membabitkan pelajar dan kakitangan POLISAS yang sebelum ini mendapat pendedahan awal menerusi program pembangunan sukan.
Selain bengkel petanque turut diadakan pertandingan bola sepak sembilan sepasukan, bola jaring dan bola tampar.
"Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kini mewajibkan setiap Politeknik berusaha mencatat kejayaan dalam bidang akademik dan sukan dalam usaha meletakkan mereka di kedudukan lebih baik. "Antara usaha dilakukan, termasuk mengadakan karnival kokurikulum membabitkan aktiviti sukan dan bengkel," katanya yang akan mewajibkan semua pelajar POLISAS terbabit dalam sukan.
Mat Roof berkata, pihaknya akan terus berusaha mencungkil seterusnya menggilap bakat pemain dalam beberapa acara sukan seperti memanah dan petanque.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan