Khamis, 21 Mac 2013

Harian Metro: Rap


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Semuanya jauh berubah

Posted:

Riuh rendah petang itu apabila tiga sahabat baik ini dipertemukan selepas masing-masing membawa haluan sendiri selepas lebih sedekad lalu. Kali pertama dan terakhir digandingkan bersama pada 1991 menerusi filem arahan Z Lokman berjudul Boss.

Kini merentasi masa dengan status masih sama, anak seni, tiga primadona yang tidak lekang me-ngusik antara satu sama lain, Jasmin Hamid, Didie Alias dan Raja Ema me-ngakui semuanya sudah jauh berubah.

Usik Jasmin yang me-nyifatkan pertemuan itu bagaikan tidak pernah dijang-ka, inilah 'reunion' Boss!

"Nak ketawa pun ada apabila saya bertemu Raja Ema dan Didie hari ini. Nampak saja wajah mereka, terus saya teringat kenangan kami ketika menjalani penggambaran Boss dulu. Macam-macam kami lalui ketika itu dan ironinya, kami berjumpa lagi hari ini dengan profesion masih sama.


"Inilah dinamakan persahabatan dan hubungan kekeluargaan antara pelakon zaman kami. Kami akrab dan kekal berhubung walaupun masing-masing sudah lama tidak ketemu dan membawa haluan sendiri," katanya.


Sampuk Raja Ema yang ralit wajahnya disolek petang itu, paling ketara adalah kematangan jiwa kami namun masih punya keakraban ikhlas.

"Ketika itu kami semua masih muda dan keghairahan masing-masing tinggi. Hari ini, kami sudah dewasa dan 1,001 rasa pahit manis sudah ditelan. Alhamdulil-lah saya bersyukur industri masih menerima saya dengan baik dan jauh sekali menyingkirkan kami," katanya.

Itu lebih penting ucap Raja Ema berkali-kali, ruang untuknya kembali sebagai pelakon masih terbuka luas. Soal relevan dan populariti kian pudar tidak sekali-kali dipersoalkan, sebaliknya peluang untuknya masih sama seperti dulu.

"Melihat senario industri lakonan hari ini membuat-kan saya gusar awalnya. Maklumlah terlalu ramai wajah baru yang cantik dan berbakat. Mereka adalah produk relevan dan menjadi perhatian ramai. Bagaimana pula untuk saya menyelit di antara kegemilangan zaman sekarang? Itulah persoalan acap kali terlintas di hati.

"Mujur keputusan saya untuk kembali aktif dalam dunia lakonan selepas lama berehat menumpukan perhatian pada keluarga dan anak berbaloi kerana masih ada pihak yang yakin de-ngan bakat saya. Walaupun tidak lagi semeriah dulu, setidak-tidaknya lakonan saya masih diterima dan banyak pula skrip diberikan kepada saya.

"Jujurnya itu sudah cukup membuatkan saya terse-nyum. Industri yang menjadi tempat saya mencari rezeki dengan arwah ibu dulu (Yusni Jaafar) masih perlukan saya," katanya tersenyum.

Raja Ema contoh terbaik

Raja Ema Raja Ibrahim adalah penyanyi, pelakon dan model terkenal pada pertengahan 1980-an dan awal 1990-an selepas membintangi banyak filem termasuk tujuh daripadanya produksi Indonesia. Malah anak seni sinonim dengan karakter manjanya ini adalah penya-nyi yang disegani ramai de-ngan memiliki empat album penuh.

Mengakui fenomena dicetuskan Raja Ema ketika itu, Didie Alias yang mula dikenali menerusi filem Kanta Serigala sejurus selepas Boss menyifatkan Raja Ema adalah contoh bintang terkenal yang merendah diri.

"Bayangkan, filem Boss adalah percubaan pertama saya dan Jasmin. Ketika itu kami masih berusia 18 tahun dan Raja Ema adalah seorang 'superstar' digeruni.

Namun berlakon sekali bersamanya tidak langsung mengundang rasa kekok pada kami kerana Raja Ema begitu merendah diri dan tidak pernah bongkak. Dia banyak mengajar kami berdua dan tidak henti memberi nasihat untuk menjadi anak seni.

"Kekal hingga ke hari ini, itulah Raja Ema. Orangnya lembut dan tuturnya perlahan," kata Didie mengagumi Raja Ema.

Rahsia laris Jasmin Hamid

Tambah Jasmin juga finalis Dewi Remaja 1990/91 yang pernah dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1997 menerusi drama Jutawan Segera, perwatakan dan jiwa seorang pelakon hari ini jauh berbeza berbanding zamannya dulu.

"Semuanya lebih membawa diri sendiri dan tidak pandai bergaul hari ini. Ada kalanya, saya pula kena mengadap mereka memperkenalkan diri. Ini berbeza pada zaman saya iaitu kami menghormati pelakon lebih senior. Hubungan kami lebih seperti keluarga dan kekal akrab walaupun jarang bertemu. Mana ada timbul kisah bermusuhan atau bermasam muka seperti hari ini yang sudah menjadi 'trend'.

"Mungkin zaman kami dulu disiplin dan komitmen diterapkan sebagai asas kerana masing-masing berlakon untuk mencari duit dan bukannya mengejar nama. Justeru, untuk tiba lewat di lokasi, apatah lagi mempersoalkan kredibiliti pengarah tidak sekali-kali berlaku. Namun bezanya hari ini, banyak kali saya terpaksa menunggu pelakon baru tiba di lokasi dan kemudian tidak langsung memohon maaf.

"Tapi itulah rencah industri dan putaran hidup. Cuma suka sekali saya berpesan kepada pelakon baru supaya lebih fokus dan komited kepada kerja bagi mengekalkan kepercayaan penonton juga pihak produksi kepada kita. Jangan popular sehari dan kemudiannya hanyut dengan kontroversi saja," katanya tegas.

Jasmin Hamid pula begitu popular dengan watak Minah Senget pada awal 90-an diikuti watak Maria Mercedes yang dipegang dalam siri Seri Pengantin pada awal tahun 2000. Datin Wan Abe antara berpuluh-puluh tajuk drama lakonannya yang terkesan di hati penonton.

Kini, Jasmin yang baru selesai penggambaran drama siri Kasih Bukan Dusta dan Geng Markas hanya meletak sepenuh perhatian bersama keluarga dan anak-anaknya, Rohana sudah berusia 25 tahun, Lukhman, 18, dan si kecil, Ian Haziq kini bersekolah di tahun enam.

Debaran ABPBH2012 buat Didie Alias

Berbeza dengan Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd Ali, ibu kepada lima cahaya mata, Dhaniyah yang kini berusia 19 tahun, Dhanial, 18, Dinie, 16, Danie, 14, dan Diyana, 13, populariti yang pernah diraihnya lenyap sekelip mata selepas mengambil keputusan membesarkan anak.

Hampir 10 tahun senyap menumpukan perhatian di balik tabir selaku pengurus produksi, namanya perlahan-lahan muncul kembali hingga berjaya dinobatkan Pelakon Komedi Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), tahun lalu.

Walaupun lewat untuk kembali membina nama, namun kata-nya yang kini bahagia bersama suaminya, Norisham Ismail, apa yang penting adalah ikhlas dan jujur dalam mencari rezeki.

"Siapa sangka, usaha dan keyakinan saya bertahan selama ini akhirnya berbaloi. Saya bangkit de-ngan identiti dan semangat baru. Jika dulu saya lebih cenderung dengan watak serius dalam filem, kini me-ngikut peredaran zaman dan permintaan yang ada, saya dikenali sebagai pengacara dan pelakon komedi. Jika itu rezeki yang ada, saya terima dengan hati terbuka.

"Alhamdulillah percaturan payah ini berpihak pada saya. Namun tidak semudah dilihat. Saya berdepan pelbagai hala-ngan dan dugaan untuk tiba di fasa ini. Syukur semuanya kerana anak dan keluarga. Saya masih di sini dan petang ini dapat duduk semeja bersembang dengan dua sahabat, Raja Ema dan Jasmin yang lama tidak ketemu," katanya.

Didie sekali lagi berjaya menembusi pencalonan Top 5 ABPBH tahun ini dengan dua kategori, Pelakon Komedi Wanita Popular dan Pengacara Wanita Popular bersaing de-ngan wajah baru hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/21

Pasarkan filem kita

Posted:

Penyertaan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dalam Hong Kong Filmart (HKFM) yang diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Hong Kong, Wan Chai, di sini, sejak kelmarin sehingga esok membantu syarikat produksi tempatan memasarkan produk mereka ke peringkat antarabangsa terutama di rantau Asia Pasifik.

Ketua Delegasinya, Ahmad Suhaimi Endut berkata, delegasi Finas yang disertai 12 syarikat produksi tempatan dalam program anjuran Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pasaran baru selain mengeksport produk mereka ke pasaran dunia.

Katanya, Finas yang menyertai HKFM sejak 2006 kali ini memfokuskan kepada produk membabitkan program TV berbanding filem sebelum ini.

"Delegasi tahun ini lebih menjurus kepada program TV termasuk animasi. Ia bukan setakat menjual produk mereka, tetapi lebih kepada pendedahan mengenai perkembangan teknologi dan kreativiti," katanya.


Hadir sama, Pengarah Pemasaran dan Promosi Finas, Abd Khalid Maulod dan Penolong Pengarah Pemasaran Finas, Ahmad Syazli Muhd Khiar.


Dua belas syarikat produksi terbabit, Asia Tropical Films Sdn Bhd, Backbone Entertainment Sdn Bhd, Creative Media Point Sdn Bhd, Don Studio Sdn Bhd, FilmMecca Studio Sdn Bhd, Global Creative and Media Agency, Juita Entertainment Sdn Bhd, Mantap Sinergi Sdn Bhd, MM2 Entertainment Sdn Bhd, Pinewood Iskandar Malaysia Studio Sdn Bhd, Worldwide Rights Corporation Sdn Bhd dan Young Jump Animation Sdn Bhd.

Mereka banyak menghasilkan produk merangkumi penerbitan filem, siri TV, dokumentari dan animasi.

Ahmad Suhaimi yang juga Ahli Perbadanan Finas berkata, penyertaan syarikat terbabit dalam HKFM adalah pendedahan yang sangat baik kerana ia menjanjikan pasaran yang lebih besar terutama di rantau Asia Pasifik.

"Kita harap mereka dapat menjual produk masing-masing. Jika tak dapat jual pun, gunakan ia sebagai platform untuk mencari rangkaian pasaran," katanya.

Ahmad Suhaimi berkata, sepanjang tahun lalu Finas menyertai 10 pasaran filem antarabangsa di Asia, Eropah dan Amerika Syarikat dan berjaya memeterai perjanjian pembelian produk membabitkan filem, program TV, animasi dan dokumentari terbitan syarikat produksi tempatan berjumlah RM198 juta.

HKFM yang berakhir esok membabitkan lebih 700 syarikat produksi daripada 30 negara di seluruh dunia.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/21
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved