Khamis, 21 Mac 2013

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


59 pembeli kedai rayu campur tangan kerajaan

Posted:

Subang: Pembeli 59 lot kedai di Pekan Baru Subang, di sini, merayu kerajaan campur tangan dalam menyelesaikan masalah projek bangunan komersial terbabit yang terbengkalai sejak 2004.

Difahamkan pemaju bangunan kedai terbabit diisytiharkan muflis pada 2007 selepas menyelesaikan 60 peratus daripada projek yang dimulakan pada 1999.


Pengerusi Persatuan Pembeli Kedai dan Pejabat Terbengkalai Pekan Baru Subang M K Radhakrishnan berkata, akibat terbiar terlalu lama, kemudahan asas di dalam beberapa premis rosak dan hilang dicuri.

"Kini, pembeli terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar iaitu lebih RM200,000 untuk memperbaiki semula premis itu," katanya dalam sidang media di sini, semalam.


Katanya, pembeli bagaimanapun kecewa apabila cadangan mereka untuk melantik kontraktor melakukan kerja pembaikan ditolak syarikat penyelesai yang dilantik pemaju.


"Syarikat penyelesai ini memberi pelbagai alasan apabila pembeli meminta penjelasan dan seolah-olah tidak berminat untuk membantu menyelesaikan masalah berkenaan," katanya.

Foto

PROJEK bangunan komersial yang terbengkalai di Pekan Baru Subang.

Menurutnya, harga seunit kedai adalah RM440,000 hingga RM650,000 dan beberapa pembeli sudah membuat bayaran sepenuhnya dan ada antara mereka menjelaskan lebih 50 peratus kepada pemaju.


"Persatuan sudah mengajukan masalah ini kepada pihak berkuasa tempatan dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, baru-baru ini.

"Selain isu ini, pembeli berhadapan beberapa masalah lain membabitkan projek berkenaan dan memerlukan bantuan kerajaan dalam masalah ini kerana sudah hilang sabar," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/21
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved