Khamis, 21 Mac 2013

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


15,793 calon SPM dapat A

Posted:

PUTRAJAYA: Seramai 15,793 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran, peningkatan 0.13 peratus berbanding 15,079 calon pada 2011.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud berkata, 13,721
daripada calon itu adalah calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM) yang meningkat daripada 12,970 calon tahun sebelumnya, dan 2,072 calon lagi ialah calon sekolah bukan KPM, yang mengalami penurunan berbanding 2,109 tahun sebelumnya.

"Di samping itu, 481 calon iaitu 438 calon sekolah KPM dan 43 calon

Foto

PENGARAH Pelajaran Selangor, Mahmud Karim bersama pelajar cemerlang SPM 2012 gembira menunjukkan keputusan mereka di Jabatan Pelajaran Selangor. FOTO Intan Nur Elliana Zakaria

sekolah bukan KPM berjaya memperoleh gred A+ iaitu Cemerlang Tertinggi bagi semua mata pelajaran yang diduduki," katanya mengumumkan Analisis Keputusan SPM 2012, di sini, hari ini.

Abd Ghafar berkata, 844 calon berkeperluan khas menduduki peperiksaan SPM tahun lalu berbanding 662 calon pada tahun sebelumnya, iaitu pertambahan 27.5 peratus.

Beliau berkata, daripada jumlah itu tiga calon rabun dan dua calon lain jenis kecacatan (Attention Deficit Disorder dan High Spectrum Autism) mendapat sekurang-kurangnya gred A- (Cemerlang) dalam semua mata pelajaran yang diduduki

Seramai 472,541 calon mendaftar untuk menduduki SPM 2012, pertambahan 0.8 peratus berbanding 468,808 calon tahun sebelumnya. Daripada jumlah itu, 415,530 adalah calon sekolah KPM.

Peperiksaan bertulis SPM 2012 dijalankan dari 5 November hingga 6 Disember tahun lalu, di 3,590 pusat peperiksaan, membabitkan 30,239 petugas dan 22,930 pemeriksa.

KPM turut menggunakan khidmat pakar pentaksiran dari luar negara termasuk daripada Cambridge International Examinations (CIE), United Kingdom, National Institute for Educational Measurement (Cito), Belanda dan Education Development International (EDI), United Kingdom, bagi memastikan peperiksaan itu mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/21

Rebah dihujani peluru

Posted:

Batu Pahat: "Tiba-tiba kami dihujani ribuan peluru dan satu daripada peluru itu mengenai bahu kanan saya. Ketika itu, saya hanya mampu berserah kepada Allah sambil membalas tembakan selama 20 minit," kata Konstabel Mohammad Qaiyyum Aikal Zolkifli, 22, seorang daripada anggota polis yang diserang pengganas di Lahad Datu, Sabah, dalam kejadian 1 Mac lalu.

Dalam kejadian pada jam 9.59 pagi di Kampung Tanduo, Lahad Datu itu, dua rakannya Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Allahyarham Koperal Sabarudin Daud, 46, maut di tempat kejadian.

Semua anggota VAT 69 itu diserang ketika berkawal di satu pos sekitar Kampung Tanduo selama 20 minit menyebabkan tiga anggota keselamatan cedera, dua maut dan 12 pengganas terbunuh.

Mohammad Qaiyyum berkata, dalam pertempuran itu dia terkena tembakan di bahu kanan lalu rebah.

Foto

ZOLKIFLI Mohd Sidik, 58, memeluk anaknya Konstabel Mohammad Qaiyyum Aikal Zolkifli, 22, seorang daripada anggota polis yang diserang pengganas di Lahad Datu, Sabah, 1 Mac lalu.


"Tiba-tiba kami ditembak. Musuh menggunakan senjata berat dan satu daripada ribuan peluru itu mengenai bahu saya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/21
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved