Harian Metro: Setempat |
59 pembeli kedai rayu campur tangan kerajaan Posted: Subang: Pembeli 59 lot kedai di Pekan Baru Subang, di sini, merayu kerajaan campur tangan dalam menyelesaikan masalah projek bangunan komersial terbabit yang terbengkalai sejak 2004. Difahamkan pemaju bangunan kedai terbabit diisytiharkan muflis pada 2007 selepas menyelesaikan 60 peratus daripada projek yang dimulakan pada 1999.
"Kini, pembeli terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar iaitu lebih RM200,000 untuk memperbaiki semula premis itu," katanya dalam sidang media di sini, semalam.
PROJEK bangunan komersial yang terbengkalai di Pekan Baru Subang. Menurutnya, harga seunit kedai adalah RM440,000 hingga RM650,000 dan beberapa pembeli sudah membuat bayaran sepenuhnya dan ada antara mereka menjelaskan lebih 50 peratus kepada pemaju.
"Selain isu ini, pembeli berhadapan beberapa masalah lain membabitkan projek berkenaan dan memerlukan bantuan kerajaan dalam masalah ini kerana sudah hilang sabar," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/21 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan