Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 31 May 2011 12:23 PM PDT KUALA LUMPUR: Penganjuran konsert membabitkan artis popular tanah air antara taktik licik Ustaz Harun atau Harun Mat Saat untuk menarik orang ramai melabur dalam skim cepat kaya dianjurkan syarikatnya, Dina Group Sdn Bhd (Dina Group). Akibatnya, artis turut menjadi mangsa lelaki berusia 45 tahun itu yang kini menduduki senarai teratas individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) membabitkan penyelewengan wang kira-kira RM200 juta. Bekas penyampai radio popular, Isma Halil Hamzah, berkata selainnya lebih 20 artis mendaftar sebagai ahli dan menjayakan Konsert Malam Seribu Karya Rock Rohani di Stadium Malawati Shah Alam pada pertengahan April 2009. Menurut Isma Halil yang bertindak sebagai pengacara pada konsert itu, antara artis yang membuat persembahan ialah Amy Search, Jamal Abdillah, Ramli Sarip, Mawi, Yantzen, Rahmat (Mega) dan Nazrey (bekas vokalis Raihan).
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 31 May 2011 12:20 PM PDT SUNGAI SIPUT: Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan mati dipercayai akibat didera ibu bapanya yang sakit mental sebelum mayatnya ditemui di dalam stor, penuh kesan luka dan lebam pada tubuh dan dibalut dengan kain batik berwarna merah. Mayat bayi itu ditemui bapa saudaranya di rumah sewa dihuni pasangan berkenaan di Taman Muhibbah di sini, kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin. Ketika mayat bayi itu ditemui, ibu bapanya tanpa reaksi sedih memberi alasan mereka tidak tahu anak mereka sudah mati dan memberitahu bayi itu 'disimpan' selepas didapati tidak bergerak sejak jam 11 pagi kelmarin. Bapa mangsa yang bekerja sebagai penjual burger pernah mendapat rawatan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, sebanyak dua kali dan isterinya juga dikatakan turut mengalami masalah serupa.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan