Khamis, 9 Jun 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


4 beranak nyaris rentung

Posted: 08 Jun 2011 12:57 PM PDT

KAJANG: Samun dan bakar rumah dipercayai antara taktik terbaru digunakan penjenayah bagi menghilangkan kesan serta bukti kegiatan pecah rumah yang dilakukan mereka.

Bagaimanapun, taktik terbabit hampir meragut nyawa empat beranak termasuk seorang kanak-kanak lelaki kurang upaya (OKU) apabila rumah mereka dibakar ketika tidur nyenyak dalam kejadian Ahad lalu.


Dalam kejadian di Taman Tasik Semenyih, dekat sini, kira-kira jam 1 pagi itu, keluarga terbabit yang tidur di bilik tingkat atas terjaga selepas mendapati bekalan elektrik di rumah terputus dan sebaik membuka pintu bilik tidur asap tebal memenuhi tingkat bawah rumah.

Mangsa, Mahani Hashim, 33, berkata dia bersama suami, Mohd Asron Nizar Othman, 35, panik dengan kejadian itu dan bagi menyelamatkan diri dan dua anak termasuk anak bongsu yang juga OKU, Mohd Mualim, 3, mereka terpaksa terjun dari tingkap sebelum disambut penduduk kampung yang sedar kejadian itu.


"Saya tersedar apabila elektrik terputus dan sebaik membuka pintu bilik tidur, saya lihat asap tebal di tingkat bawah. Saya dan suami mencari kunci membuka tingkap atas bagi menyelamatkan nyawa terutama anak bongsu yang OKU sebelum kami semua terjun dari tingkap dan disambut penduduk kampung.


"Pada mulanya kami menyangka kebakaran berlaku akibat lintas pintas, tetapi terkejut apabila mendapati dompet dan empat cincin saya di tingkat atas hilang sedangkan kawasan itu tidak terbakar," katanya.

Difahamkan, sejak awal tahun ini, empat kes dilaporkan dipercayai menggunakan taktik sama di tiga lokasi berlainan iaitu Taman Desa Mewah, Taman Tasik Semenyih dan Sungai Kantan, Kajang.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab, ketika dihubungi berkata, beberapa kes yang dilaporkan berkenaan setakat ini hanya dakwaan pemilik rumah, namun siasatan lanjut dijalankan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hilang lepas jumpa lelaki Bangladesh

Posted: 08 Jun 2011 12:52 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya bimbang dengan keselamatan bapa yang gagal ditemui sehingga kini selepas keluar rumah berjumpa seorang lelaki warga Bangladesh pada 10 Mei lalu atas urusan kerja," kata Tey Chin Soon, berhubung kehilangan bapanya, Tey Yu Hing, 59.

Chin Soon, 26, berkata bapanya yang bekerja sebagai ejen hartanah sejak lima tahun lalu berkenalan dengan seorang lelaki Bangladesh ketika berurusan mencari rumah sewa di Taman Pasir Gudang, Johor.


"Malah, sejak itu, bapa saya terbabit perniagaan mencari pekerja asing bersama lelaki itu dan bapa memberi RM160,000 bagi membuka syarikat berkenaan.

"Bagaimanapun, pada 10 Mei lalu, bapa saya keluar rumah kira-kira jam 9 pagi dengan memandu Proton Persona untuk berjumpa lelaki itu dan sehingga kini masih tidak pulang," katanya pada sidang media di Wisma MCA, di sini, semalam.


Menurut Chin Soon, pada hari kejadian ibunya menerima panggilan daripada bapanya pada jam 6.37 petang, namun ibunya tidak sempat menjawab kerana sibuk menyediakan hidangan makan malam.


"Selepas memasak, ibu yang perasan bapa menghubunginya lantas menelefon semula, namun tidak berjawab malah telefon itu dimatikan.

"Pada mulanya kami tidak mengesyaki apa-apa sehingga bapa tidak pulang ke rumah," katanya.


Selain itu, katanya, dia yang bimbang terjadi sesuatu kepada bapanya mencari mangsa di kawasan berhampiran rumah sewa lelaki Bangladesh terbabit keesokan harinya.

"Saya juga melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen minyak dan mendapati pada jam 9.12 pagi bapa masih kelihatan di situ.


"Selepas itu, bapa pergi ke rumah lelaki Bangladesh terbabit yang berhampiran stesen minyak itu sebelum hilang," katanya.


Chin Soon berkata, ibunya membuat laporan di Balai Polis Seri Alam, Johor dan pada 18 Mei lalu sebelum kereta bapanya ditemui di Jalan Dedap 23, Johor Jaya dengan enam saman berkaitan kesalahan letak kereta.


"Lelaki Bangladesh itu juga sehingga kini gagal dihubungi. Saya pernah pergi ke rumahnya untuk mencari bapa, namun dia sudah hilang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Tatu gambar rakan Facebook

Posted: 08 Jun 2011 09:52 AM PDT

TREND...tatu Facebook  penyanyi rap T-Pain.
TREND...tatu Facebook penyanyi rap T-Pain.

AMSTERDAM: Sesetengah orang suka menunjuk-nunjuk mengenai bilangan rakan yang mereka miliki dalam Facebook.

Namun, kebanyakannya tidaklah melakukan perbuatan keterlaluan hingga mentatu gambar profil mereka di lengan. Seorang wanita mengambl keputusan mengingati semua rakan Facebooknya seramai 152 orang dengan mentatu gambar profil mereka pada lengannya.


Penggemar rangkaian sosial warga Belanda terbabit memuat turun rakaman video mengenai tatunya itu di YouTube.

Wanita yang menggunakan nama 'Suzyj87' menulis: "Selepas beberapa bulan bekerja, saya mahu menunjukkan kepada anda semua tatu sosial saya. Cantik, bukan? Saya cukup bangga dengannya. Harap anda sukakannya juga!" Bagaimanapun, sesetengah pengguna YouTube mempertikaikan sama ada rakan Facebooknya itu akan kekal seperti tatu itu.


"Tahniah atas tatu yang cantik itu. Harap anda terus berkawan dengan semua rakan anda dalam tempoh yang lama," tulis seorang lelaki selepas menonton tindakan Suzyj 87 menerusi Youtube.


Ilham membuat tatu itu mengikuti trend yang dimulakan penyanyi rap T-Pain. Dia mempunyai tatu Facebook di lengannya yang berbunyi: "Anda tidak perlu sukakan saya" dengan tanda bagus, lambang laman itu.

T-Pain memuat turun gambar tatu baru itu di laman Twitter dengan menulis: "Saya membuat tatu setiap kali saya datang ke Hawaii. Saya rasa tatu yang ini cantik, kecuali Facebook menghentikan operasinya," - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Guru yoga ancam beri latihan senjata kepada 11,000 pengikut

Posted: 08 Jun 2011 09:49 AM PDT

NEW DELHI: Seorang guru yoga popular yang bantahannya terhadap gejala rasuah dipatahkan polis minggu lalu memberi amaran, mengenai kemungkinan tercetusnya keganasan dan mengancam memberikan latihan ketenteraan kepada 11,000 pengikutnya.

Swami Ramdev yang juga dikenali sebagai Baba Ramdev membuat ancaman itu di kediamannya berdekatan bandar suci Haridwar kira-kira 200 kilometer ke utara New Delhi. Ramdev, yang popular menerusi program yoga di televisyen, menggesa pengikutnya, lelaki dan wanita, menyertai 'tenteranya.' "Mereka perlu bersungguh-sungguh, bersedia melakukan pengorbanan," katanya dalam kenyataan yang dipetik oleh rangkaian berita televisyen.


"Mereka akan diberi latihan senjata. Kita akan membentuk pasukan tentera seramai 11,000 orang." - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved