Sabtu, 15 September 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Global: Wanita Libya turut tumbang Gaddafi

Posted: 02 Oct 2011 08:51 AM PDT

"Orang lelaki mati ketika mereka terpaksa berjuang tanpa senjata dan sanggup bergadai nyawa demi melindungi kami sedangkan kami duduk di rumah tidak buat apa-apa. Kami seolah-olah jadi barang antik," kata wanita bertudung itu lagi sambil cuba membetulkan cara dia memegang senjata api.

"Konco-konco Gaddafi boleh datang bila-bila masa, saya bersedia mempertahankan diri sendiri dan rumah kami jika perlu," katanya lagi.

Pelatih sukarelawan di pusat latihan ketenteraan itu berkata, mereka berasa sangat tidak berdaya ketika pergerakan menumbangkan pemerintahan Gaddafi terutama apabila mendengar berita ada wanita dirogol oleh askar. Kini mereka tidak mahu lagi duduk diam, sudah sampai masa untuk menunjukkan bahawa wanita juga boleh melindungi keluarga.

Sekurang-kurangnya 200 wanita sudah berjaya menamatkan program latihan itu sejak ia dimulakan di Kawasan Ketenteraan Teknikal Benghazi hujung Mac lalu. Mereka diberikan pilihan menyertai Pasukan Keselamatan Kebangsaan yang beroperasi seperti Pengawal Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat dan membenarkan wanita berkenaan bergerak di kawasan sendiri. Belum ada cadangan untuk menghantar tentera wanita ini ke barisan hadapan pertahanan negara.


Satu unit yang dianggotai 20 tentera wanita tidak bersenjata bertugas ketika Perdana Menteri British, David Cameron dan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy melawat Benghazi bulan lalu dan memberikan ucapan di depan ramai penduduk Libya.


Pasukan keselamatan wanita itu berdiri memerhatikan dan mencari wanita yang mencurigakan kerana bimbang jika ada penyerang yang menyamar dengan memakai pakaian perempuan.

Menurut komander tentera di Benghazi, Abdul Basit Haron, pejuang revolusi termasuk wanita akan menerima sekali bayaran berjumlah RM15,000. Pembabitan wanita dalam ketenteraan sangat penting kerana ia boleh membangkitkan dan menguatkan semangat tentera.

Ini kerana wanita berasa mereka diketepikan dan sanggup datang ke sini untuk membuktikan bahawa mereka setanding dengan lelaki. Mereka mahu menunjukkan kepada dunia keberanian dan sikap terbuka penduduk Libya.

Sebenarnya peranan wanita masih menjadi isu sensitif di negara Islam konservatif itu. Malah, sepanjang pemerintahan Gaddafi, polisi yang dibentuk bertujuan memecahkan pantang larang turun temurun mengenai pekerjaan wanita dan status mereka. Gaddafi sendiri melantik pengawal peribadi wanita tetapi peluang yang diberikan untuk wanita mengisi jawatan di dalam kerajaan masih sangat terhad.

Tentera wanita adalah satu perkara yang sangat asing di kebanyakan negara Arab tetapi kini ia menjadi pemandangan biasa di Libya. Di mana-mana ada saja tentera wanita beruniform, bertudung, bercermin mata hitam dan bermekap tebal mengawal bandar. Satu kumpulan wanita dilaporkan mempunyai pusat soal siasat sendiri bagi menahan aktivis antiGaddafi.

Kolonel Sabriya Mohammed al-Shraidi, anak kelahiran Benghazi yang menamatkan pelajaran di sekolah ketenteraan pada 1986 dan kini berada

di unit penyiasatan tentera berkata, lapan pegawai ditugaskan melatih 36 sukarelawan - iaitu kumpulan keempat yang akan tamat latihan tidak lama lagi.

"Kebanyakan wanita ini adalah suri rumah dan ada yang bekerja. Mereka tiada pengalaman dalam ketenteraan dan tidak tahu bagaimana menggunakan senjata. Jadi mereka datang ke sini untuk menjalani latihan, jika perlu mempertahankan diri sendiri dan anak-anak. Kita tidak tahu bila kemahiran ini diperlukan, segala-galanya boleh terjadi," katanya.

Pelatih tentera ini diberikan pelbagai latihan menggunakan semua jenis senjata ringan dan ilmu mempertahankan diri. Mereka yang diberikan latihan ini akan membantu menjaga keselamatan ketika demonstrasi, di bank dan institusi lain.

"Ramai orang anggap wanita tidak elok masuk tentera. Anggapan ini salah. Ramai wanita terbabit dalam bantuan kemanusiaan dan penyeludupan senjata api untuk pemberontak dengan menyembunyikan senjata dalam jubah mereka.

"Sebenarnya wanita sudah banyak memberi sumbangan dalam revolusi ini melalui pelbagai cara. Tetapi mereka masih dipinggirkan dan diketepikan. Kini sudah ada peluang untuk kami menunjukkan sumbangan secara terang-terangan, tiada apa yang hendak dimalukan apabila menjadi tentera. Masyarakat sekarang bukan lagi seperti zaman Gaddafi dulu yang memandang rendah wanita yang masuk tentera," katanya.

Wafa al-Rayth, 29, suri rumah, berkata dia menyertai program ketenteraan itu untuk menunjukkan pada dunia bahawa wanita Libya berupaya berganding bahu dengan lelaki dalam menjaga keamanan negara.

"Sudah sampai masa kami membantu meluaskan keamanan dan mengawal negara, terutama dalam tradisi kami yang memerlukan wanita mengawal tempat perjumpaan wanita dan memeriksa beg mereka bagi memastikan tiada lelaki menyamar untuk melakukan jenayah," katanya.

Bagi jurutera berusia 20 tahun, Lameis Aghnaish, dulu ketika era Gaddafi dia cuba berhijrah ke negara lain tetapi kini dia bangga tinggal di Libya.

"Dulu hidup kami sangat susah, sebab itulah saya mahu berhijrah. Masa itu saya tidak rasa sayang pun pada negara, tetapi keadaan kini sudah berubah. Saya sanggup mati demi negara ini. Saya akan kembali bekerja selepas keadaan kembali aman. Apa yang penting kini ialah memastikan negara aman dan selamat," katanya. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2011/10/02


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Pelajar melecur barbeku meletup

Posted: 14 Sep 2012 11:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lima pelajar sebuah sekolah menengah di Taman Mulia, Bandar Tun Razak, Cheras, di sini, pagi semalam melecur teruk selepas berlaku letupan ketika mereka berbarbeku sempena majlis rumah terbuka Adilfitri di sekolah berkenaan jam 9.30 pagi semalam.

Mangsa membabitkan pelajar tingkatan empat dan seorang tingkatan lima dengan empat daripada mangsa parah akibat melecur 25 hingga 45 peratus dari paras pinggang hingga muka.


Menurut seorang daripada mangsa, Mohd Hidayad Mohd Yazid, 16, ketika kejadian dia bersama 20 rakan memerhati seorang guru mencurahkan cecair pelarut ke dalam api, apabila secara tiba-tiba berlaku letupan kuat serta api menyambar mereka yang berada di sekeliling alat barbeku.

"Baju saya terbakar pada bahagian seluar dan lengan, saya kemudian menanggalkan seluar dengan bantuan rakan.


"Selepas kejadian, guru yang mencurah cecair itu menghantar saya dan seorang rakan yang parah, Muhammad Azreen Rahim, 16, ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah mengesahkan menerima laporan kejadian itu daripada keluarga pelajar yang cedera.

Menurutnya, setakat ini kes berkenaan tiada unsur jenayah dan lebih menjurus kepada kemalangan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/15


Tunggakan cukai MBSA RM13 juta

Posted: 14 Sep 2012 11:48 AM PDT

SHAH ALAM: Tunggakan cukai taksiran keseluruhan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sehingga Disember tahun lalu mencecah RM13 juta membabitkan cukai taksiran industri, perdagangan, kediaman dan pertanian.

Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, cukai taksiran membabitkan kediaman faktor utama kepada pertambahan angka keseluruhan tunggakan cukai taksiran berkenaan.


Beliau berkata, kawasan perumahan jenis pangsapuri dan kondominium di Seksyen 7, Seksyen 13 dan Seksyen U5, di sini, antara kawasan yang mengundang kepada permasalahan berkenaan.

"Berdasarkan pemantauan MBSA, kami mendapati pegangan harta yang mempunyai jumlah tertunggak terbanyak adalah kediaman membabitkan hampir 8,000 akaun pemegang harta dengan jumlah tertunggak minimum RM300.


"Pihak MBSA amat berharap semua pemegang harta dapat menunaikan tanggungjawab untuk menjelaskan tunggakan serta cukai taksiran dikenakan," katanya.


Shahrin berkata, MBSA kini giat melaksanakan tindakan undang-undang kepada pemilik harta yang gagal menjelaskan tunggakan cukai taksiran di seluruh kawasan pentadbirannya.

"Sebelum ini, langkah sama diambil terhadap premis perindustrian dan perdagangan yang menjurus kepada penurunan jumlah tunggakan," katanya.


Menurutnya, MBSA menasihatkan pemilik harta yang menjual atau berpindah ke kediaman lain supaya dapat mengemas kini alamat surat menyurat dengan MBSA bagi mengelakkan bil serta notis dihantar ke alamat yang salah.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/15


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Maut dibakar di laman sekolah

Posted: 14 Sep 2012 09:45 AM PDT

BANDAR RAYA GUATEMALA: Satu kumpulan perusuh membalas dendam terhadap seorang lelaki yang dikatakan pihak berkuasa membunuh dua kanak-kanak di sebuah sekolah rendah, semalam.

Menteri Dalam Negeri, Mauricio Lopez Bonilla berkata, lelaki mabuk yang dikenali sebagai Julio Saquil itu menceroboh masuk ke sekolah di Tactic, Alta Verapaz, di utara negara itu sebelum menyembelih dua kanak-kanak dengan sebilah parang.


Bonilla berkata, sekumpulan perusuh kemudian membawa Saquil, 35, ke halaman sekolah itu dan membakarnya hingga mati.

"Dia berjalan masuk ke dalam sebuah kelas dan mula menyerang pelajar. Dia memenggal kepala seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun dan menyembelih seorang murid perempuan berusia lapan tahun dengan parang," kata anggota bomba Tactic, Wilson Cahuec.


Pihak berkuasa tempatan berkata, Saquil mempunyai sejarah terbabit dengan masalah dadah dan keganasan, tetapi mereka belum dapat mengenal pasti motif serangannya.


Pihak berkuasa mengenal pasti murid yang mati itu sebagai Evelyn Yanisa Saquij Bin, 8, dan Juan Armando Coy Cal, 13.

Mayat kanak-kanak itu mempunyai kesan kecederaan yang cuba mempertahankan diri.


Sementara itu, Fox News melaporkan kumpulan perusuh terbabit terdiri daripada guru-guru dan penduduk tempatan.

Hukuman tanpa perbicaraan bukan satu perkara luar biasa di Guatemala di mana bilangan polis agak kurang.


Agensi hak asasi kemanusiaan negara itu pula berkata, 234 percubaan menghukum bunuh tanpa bicara berlaku tahun lalu dan sekurang-kurangnya 40 orang maut.


Ekoran perbuatan ganas itu, ketegangan semakin berleluasa di kawasan kejiranan tempatan yang mula bertindak melakukan hukuman sendiri.


Baru-baru ini, empat lelaki yang disyaki mencuri ditangkap dan dibelasah oleh penduduk yang berang. Mereka menganggap kaedah hukuman yang dilakukan mereka lebih sesuai berbanding undang-undang pihak berkuasa.


Bagaimanapun, nasib masih menyebelahi empat lelaki berkenaan apabila akhirnya diselamatkan dan ditahan oleh polis. Itu pun selepas mereka diikat, dipukul dengan kayu, ditumbuk dan ditendang. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/15


Lelaki seiras Saddam diculik, diugut berlakon sebagai diktator Iraq dalam filem porno

Posted: 14 Sep 2012 09:42 AM PDT

KAHERAH: Seorang lelaki dengan wajah seiras Saddam Hussain mendakwa sekumpulan samseng cuba menculik dan memaksanya menyamar sebagai diktator terkenal itu untuk berlakon dalam filem porno melampau.

Warga Mesir, Mohamed Bishr yang saling tak tumpah menyerupai bekas pemerintah kuku besi itu mendakwa dipaksa melakukan perbuatan itu oleh kumpulan samseng berkenaan minggu lalu.p>
Kumpulan yang tidak dikenal pasti itu memberitahunya, mereka akan menyiarkan rakaman palsu itu sebagai pita porno asli Saddam dan menjualnya ke seluruh dunia bagi mendapatkan wang.

Pada awalnya mereka berkata, akan membayarnya 205,000 pound (RM1.09 juta) untuk adegannya dalam kerjasama itu, tetapi kemudian membelasahnya apabila dia enggan.p>
Mohamed dari Iskandariah berkata, dia turut menerima ugutan melalui panggilan telefon mengatakan dia akan diculik jika dia enggan berlakon dalam filem itu. p>
Mohamed yang warak berkata, pada minggu lalu, tiga lelaki berpakaian hitam keluar dari van dan memaksanya untuk memasuki belakang kenderaan itu.

Dia memberitahu akhbar harian Mesir, Al-Ahram: "Tiga lelaki itu yang mempunyai pistol tersisip di tali pinggang mereka memaksa saya keluar dari kereta dan menolak saya ke dalam sebuah van sambil memukul kepala saya." p>
Menurutnya, orang yang lalu lalang berhimpun di tempat kejadian, tetapi amat takut untuk campur tangan dan perkara terakhir yang diingatnya, dia dicampak dari van ke kaki lima.

Mohamed juga telah diserang beberapa kali pada masa lalu oleh rakyat Iraq yang menetap di Mesir.


Kebanyakan mereka tersilap menganggapnya sebagai pemimpin mereka yang diguling (dihukum mati di penjara Baghdad pada Disember 2006) dan mahu menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan ganjaran. Dia terpaksa berpindah rumah beberapa kali bagi mengelak diganggu.


Anak lelakinya, Mahmoud berkata: "Kami meminta polis supaya memberi perlindungan khas kepada bapa kami kerana perkara ini sudah berlaku beberapa kali." - TS

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/15


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Badan berketul nafsu pula lemah

Posted: 14 Sep 2012 12:52 PM PDT

ALOR SETAR: Keghairahan mengambil ubat-ubatan mengandung steroid jenis 'testosterone' bagi menambah kekuatan ketika menjalani latihan angkat berat menyebabkan seorang ahli bina badan kini menderita lemah tenaga batin dan kerandut zakar turut mengecil.

Malah, masalah dialami lelaki berusia 40-an itu turut menjejaskan keseluruhan hidupnya apabila ditinggalkan isteri selain sering mengalami pelbagai masalah kesihatan.

Dia yang tinggal di bandar raya ini dan hanya mahu dikenali sebagai Thomas berkata, doktor memberitahu masalah lemah tenaga batin yang dialaminya berpunca daripada pengambilan steroid jenis testosterone berlebihan sejak lebih tujuh tahun lalu.

Menurut Thomas, dia menceburi sukan bina badan sejak berusia 20 tahun dan pada mulanya hanya mengambil makanan kesihatan tambahan serta ubat-ubatan untuk meningkatkan tenaga fizikal.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/15


Tangisan di sisi mayat ibu

Posted: 14 Sep 2012 12:50 PM PDT

BAGAN DATOH: Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan dipercayai menangis berjam-jam sebelum ditemui di sisi mayat ibunya di kuarters guru di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh, di sini, pagi kelmarin.

Mayat Normaya Mokhtar, 33, yang juga guru Bahasa Jepun di sekolah berkenaan dan dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung, ditemui rakan yang ke rumahnya jam 8 pagi kelmarin.


Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, dia menghantar SMS, malam Rabu lalu, namun tidak dibalas, menyebabkan dia beranggapan mangsa sibuk.

"Saya pelik apabila mendapat tahu dia tidak hadir ke sekolah (pagi kelmarin) menyebabkan saya ke rumahnya yang tidak jauh dari sekolah itu. Sebaik tiba di rumahnya, saya dapati pintu rumah tertutup rapat biarpun berkali-kali dipanggil, namun tiada jawapan.


"Saya segera memeriksa keadaan sekeliling rumah dan mendapati kunci pendua disimpan di hadapan rak kasut rumah berkenaan sehingga membolehkan saya membuka pintu hadapan rumahnya," katanya.


Menurutnya, sebaik melangkah masuk, dia terus mencari rakannya di setiap ruang sebelum mendapati mangsa terbaring di ruang bilik tidur utama dan bayinya berada di sisi.

"Dia ditemui dalam keadaan pucat dan terbaring di atas katilnya bersama bayinya yang menangis. Doktor yang memeriksa keadaannya selepas itu memaklumkan dia sudah meninggal dunia," katanya.


Menurut seorang lagi saksi yang enggan dikenali, dia terdengar tangisan bayi berpanjangan sehari sebelum mengetahui berita kematian guru berkenaan, namun dia tidak mengambil apa-apa tindakan.

"Arwah seorang guru bahasa Jepun dan sudah mengajar di sekolah berkenaan sejak lebih dua tahun lalu. Dia sangat disenangi rakan-rakan dan suka membantu," katanya. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.


"Mangsa meninggal dunia lewat petang Rabu lalu, namun hanya diketahui jiran dan rakan yang ke rumah mangsa pagi esoknya. Setakat ini polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut namun turut menjalankan siasatan bagi mengesan jika ada unsur jenayah," katanya.


Difahamkan, mangsa dipercayai menetap di rumah berkenaan bersama bayinya yang berusia tujuh bulan, manakala suami bekerja di Johor Bahru.


Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Gajah petang kelmarin.


Sementara itu, Exco Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin ketika dihubungi merakamkan takziah kepada keluarga mangsa dan menyifatkan kematiannya satu kehilangan besar bagi warga pendidik.


"Saya dimaklumkan pengurusan sekolah berkenaan mengenai perkara itu. Saya sepatutnya mewakili Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid, namun terpaksa menghantar wakil kerana terbabit dengan program lain," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/15


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


KBS beri lampu hijau

Posted: 14 Sep 2012 10:34 AM PDT

HASRAT skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara untuk berguru di Brazil sebagai persiapan menghadapi Sukan Sea Myanmar tahun depan, pantas mendapat lampu hijau Kementerian Belia dan Sukan.

Menteri, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya setuju dengan cadangan itu dan sedia memberi sokongan penuh sekiranya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima tawaran untuk beraksi dalam liga negara itu.


"Saya setuju dan kami akan memberi sokongan penuh. Dulu ada yang memandang sinis keputusan menghantar pemain kita berlatih di Slovakia.

"Tetapi sekarang kita sudah nampak hasilnya, antaranya ia dapat meningkatkan kecergasan pemain. Jika dulu pemain kita dapat bertahan selama 70 minit saja tapi ketika ini mereka mampu beraksi dalam jangka masa lebih panjang," katanya selepas majlis pelancaran Semangat Harimau Muda Livery, semalam.


Turut hadir pada majlis itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, Naib Presiden, Datuk Hamidin Mohd Amin serta barisan pemain.


Jelas Ahmad Shabery, selain cuba memenuhi pelbagai kemudahan kepada pemain negara di Malaysia, pihaknya juga menganggap cadangan menghantar pemain negara ke Brazil adalah keputusan yang tepat.

"Kini kita mahu beralih ke Brazil pula dan saya yakin pemain dapat menimba pengalaman baru," katanya.


Sementara itu , skuad Ong Kim Swee menerima penghormatan tertinggi selepas berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea Jakarta apabila syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia membuat lukisan yang dilukis khas pada badan pesawat yang tertera lambang harimau serta perkataan 'Semangat Harimau Muda'.

Dengan bertemakan warna kuning dan hitam, lambang harimau itu dilukis di sisi kiri dan kanan pesawat Airbus A320 AirAsia yang membabitkan tenaga kerja seramai 20 orang dari Sepang Aircraft Engineering Sdn Bhd (SAE) dan mengambil masa selama 12 hari untuk disiapkan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/15


Juara bertahan getir

Posted: 14 Sep 2012 10:20 AM PDT

KANCAH suku akhir Piala Malaysia musim ini menjanjikan saingan menarik selepas tujuh lagi pasukan mengesahkan tempat bagi mengiringi juara Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk merebut piala paling berprestij dalam saingan bola sepak tempatan itu.

Juara Liga Super dan Piala FA, Kelantan akhirnya mengesahkan tempat mengiringi ATM untuk melepasi saingan Kumpulan B apabila mencatatkan kemenangan besar 6-1 di Kota Bharu sekali gus bergelar juara kumpulan menerusi perbezaan jaringan mengatasi ATM yang hanya seri 2-2 menentang Kedah.


Keputusan terbabit mengundang situasi kurang menyenangkan untuk ATM yang dikendalikan B Sathiananthan yang sepatutnya mendapat lawan lebih mudah dan kini terpaksa berdepan juara bertahan Piala Malaysia, Negeri Sembilan, juara Kumpulan C selepas terikat 1-1 dengan Felda United.

Namun mereka seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila membiarkan Kedah bangkit pada akhir perlawanan untuk meledak dua gol bagi menafikan dua jaringan babak pertama menerusi tonggak importnya, Marlon Alex James dan Bruno Martelotto.


Manakala situasi menggembirakan buat Kelantan yang meledak enam gol di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV untuk berada pada landasan terbaik meraih treble musim ini apabila dilihat selesa bertemu Felda United pada suku akhir dengan perlawanan pertama dijadual berlangsung 28 September ini.


Pasukan jemputan dari Singapura, LionsXII pula memastikan tiket ke suku akhir walaupun sekadar mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan menentang Johor FC sekali gus membolehkan kedua-dua pasukan mengumpul sembilan mata untuk mengungguli Kumpulan A bagi menyingkirkan Johor yang menewaskan PKNS FC, 2-0.

Lawan menanti LionsXII adalah naib juara Kumpulan D, Pahang yang tewas mengejut 2-3 kepada T-Team menerusi jaringan lewat permainan Zairo Anuar Zailani.


Dua jaringan Mohd Amri Yahyah pada babak kedua memastikan Selangor layak ke suku akhir selaku juara Kumpulan D untuk mengumpul 13 mata sekali gus menyingkirkan Pahang ke tempat kedua.

Namun Selangor yang dikendalikan Irfan Bakti Abu Salim terpaksa menunggu hingga ke babak kedua permainan untuk membuka jaringan pada minit ke-66 sebelum pemain berpengalaman itu memastikan kehadirannya terus dirasai menerusi jaringan kedua pada minit ke-73.


Bagaimanapun aksi suku akhir pertama membabitkan Selangor dan LionsXII akan berlangsung pada Jumaat depan dan aksi timbal balik pada 26 September kerana kedua-dua pasukan terbabit dalam merebut Piala Sultan Selangor pada 29 September.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/15


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Banyak impian ingin dicapai

Posted: 14 Sep 2012 08:24 AM PDT

LEBIH sedekad dia membekukan perasaan cintanya demi kecintaan terhadap muzik. Ada yang hadir untuk mengisi sedikit ruang kekosongan hati, namun semua cubaan itu dipatahkan.

Hanya kini barulah dia bersedia membuka pintunya lantaran perjalanan selama 13 tahun sebagai anak seni menemukannya dengan pelbagai kepuasan.

Dayang Nurfaizah Awang Dowty yang meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-31 pada 20 Julai lalu, sudah sedia untuk mencintai dan dicintai.

Itulah perakuan jujur wanita berkulit sawo matang terkenal dengan gelaran Beyonce Knowles Malaysia itu saat bertemu di Rumah Terbuka Dayang Nurfaizah Wit Majlis Aids Malaysia, di The Boulevard Shop Office, Sentul, Rabu lalu.


"Hendak kata sunyi tidak juga kerana Dayang sentiasa sibuk tambahan pula ada anak saudara yang tinggal di Kuala Lumpur. Apabila ada kelapangan Dayang banyak habiskan waktu dengannya.


"Cuma kadang-kala sepi itu terasa juga, lebih-lebih lagi apabila pulang ke Sarawak, melihat adik-beradik, sepupu dan kawan-kawan Dayang, hampir kesemuanya sudah berumah tangga dan mempunyai anak. Bilakah agaknya giliran Dayang?

"Sepupu yang jauh lebih muda pun sudah berkahwin sampai kadang-kadang itu Dayang merungut kenapa nak berkahwin muda-muda sangat. Bukannya apa, sebenarnya Dayang cemburu kerana Dayang belum ada teman lelaki," katanya ketawa.

Ditanya, apakah dia terlalu memilih sehingga dirinya sukar didekati, bingkas Dayang, sifat itu perlu ada dalam diri seorang wanita lebih-lebih lagi berbicara soal masa depan.

"Mahukan masa depan yang baik dan terjamin, wanita kenalah memilih mana boleh main ambil saja kerana apabila berkahwin wanita hak suami. Kalau sudah kahwin baru hendak menyesal sudah tiada guna.

"Pun begitu, Dayang bukanlah seorang yang melihat kebendaan cukuplah lelaki stabil, ada visi, sedap mata memandang dan paling penting menerima diri dan kerjaya Dayang seadanya. Jika dia boleh menghormati wanita dan kerjaya mereka pasti rumah tangga dapat dijalani dengan baik.

"Terus-terang bukan tidak ada yang datang menggoda sebelum ini. Cuma, Dayang sendiri yang membataskan dan tidak membenarkan diri dirapati kerana Dayang terlalu taksub dengan kerja. Dayang tidak mahu kehilangan cita-cita hanya kerana cinta.

"Ada kekasih, bukan dia saja harus faham kita, tetapi kita juga perlu memahami mereka. Jadi, untuk kerjaya penyanyi seperti ini, Dayang perlukan lelaki yang sentiasa menyokong dan mendorong karier seni Dayang " katanya.

Tempoh 13 tahun mengabdikan diri pada dunia nyanyian, apakah Dayang merasakan perjuangannya itu berbaloi?

Jelas Golden Juara Teen Search 1997 yang melonjak dengan lagu Seandainya Masih Ada Cinta itu, dalam pada banyak lagi impian yang ingin dicapainya, ada beberapa pengalaman luar biasa dilalui sepanjang bergelar penyanyi.

"Setiap manusia tidak akan pernah puas. Ada perkara yang sudah Dayang capai dan ada yang tidak. Namun, Dayang tidak akan berhenti mengejarnya.

"Dari segi pembikinan album, Dayang bersyukur kerana berpeluang merakamkan album sebagaimana yang Dayang impikan. Tetapi selama usaha Dayang untuk diangkat dalam kelompok terbaik masih ramai tidak begitu memandangnya.

"Mungkin belum masa Dayang. Sekarang ini pula makin ramai yang jadi penyanyi, benar kadang saya goyang, tapi Dayang percaya kemudian hari orang akan melihat pada bakat.

"Apapun, selepas melayari dunia seni banyak kenangan indah Dayang lalui salah satu daripada peluang berduet dengan artis dan komposer Barat, David Foster. Di antara ramai penyanyi di negara ini, dia memilih Dayang," katanya.

Mengemaskini kerjaya seninya, selepas muncul dengan album solo tahun lalu, Dayang & Cahaya, bakal melancarkan album istimewa iaitu album live yang memuatkan persembahannya bersama Anuar Zain ketika mengadakan konsert di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) sekitar Mei lalu.

"Idea ini tercetus selepas kami menjayakan persembahan di Dewan Filharmonik Petronas sekitar Mei lalu. Kami ada bercakap untuk merakamkan semula lagu yang dinyanyikan secara duet mahupun solo. Dayang mungkin menyanyikan lagu Anuar dan begitulah sebaliknya.

"Dayang jangkakan ia satu kolaborasi yang cukup menarik dan album ini boleh dianggap baru kerana susunan muzik dilakukan semula termasuklah rakaman suara.

"Apa yang menarik, penerbitan album ini nanti membabit nama besar yang sering Dayang gunakan khidmat mereka antaranya Jenny Chin dan Mac Chew," katanya.

Sebelum menoktahkan perbualan, baru-baru ini, Dayang menerima Anugerah Kebesaran Sarawak bersempena ulang tahun kelahiran yang ke-91, TYT Yang Dipertua Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin Abang Barieng. Dayang dikurniakan anugerah Darjah Amat Mulia Bintang Sarawak (Ahli Bintang Sarawak-ABS).

"Dayang memang tidak menyangka sama sekali menerima darjah ini dan berasa amat terharu kerana memperoleh anugerah itu dari Dipertua Sarawak sendiri yang menghargai bakat seni seperti Dayang," katanya.

Selain menyanyi, sejak 2009, Dayang diiktiraf sebagai Selebriti Sokongan Red Ribbon oleh Majlis AIDS Malaysia untuk mencipta kesedaran mengenai transmisi gejala HIV/AIDS dan juga kesedaran mengenai hak orang ramai untuk memartabatkan kehidupan harian mereka, tidak kira siapa.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/14


TV9 perkenal slot Saranghae

Posted: 14 Sep 2012 08:10 AM PDT

KINI semua mengenai Korea menjadi perhatian di kalangan peminat. Daripada kecantikan negara itu, fesyen pakaian dan industri seninya, sering menjadi perhatian peminat termasuk di negara kita.

Stesen TV9 yang menduduki tangga kedua sebagai stesen percuma negara turut peka dengan perkembangan ini. Tidak hairanlah apabila mereka memperkenalkan satu slot filem Korea diberi nama Saranghae khas buat penonton setianya.

Slot itu menemui penonton setiap Ahad, jam 10 malam dan tayangan pertamanya bermula 26 Ogos lalu. Meskipun perlahan pada awalnya, Saranghae perlahan-lahan mendaki puncak populariti dan berjaya menarik lebih daripada setengah juta penonton.

Pengurus, Kumpulan Pengurusan Jenama TV9, Mazliffah Ismail berkata, pihaknya sudah lama melihat fenomena demam Korea di Malaysia terutama demam K-Pop.

Justeru TV9 tidak teragak-agak menghasilkan satu slot dari Korea di stesen mereka.

"Memang kami melihat dalam kumpulan stesen Media Prima, drama Korea ada di 8TV. Jadi, kami juga terfikir mengapa tidak ada satu lagi satu slot Korea di ntv7.

"Akhirnya filem pertama Lost & Found ditayangkan pada 26 Ogos disusuli filem My Boyfriend Is Type B dan My Wife Is A Gangster pada minggu berikutnya," katanya pada sesi pranonton filem Arang di Beanieplex, TGV, Sunway Pyramid, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Arang adalah sebuah filem genre seram akan ditayangkan pada esok, Ahad, jam 10 malam.

"Tayangan slot Saranghae bermula pada minggu kedua Aidilfitri dan tidak dinafikan ketika itu sambutannya kurang menggalakkan. Awalnya kami memang bercadang menyiarkannya sebagai tayangan istimewa sempena Aidilfitri. Namun, mungkin kerana terlepas pandang, 'rating' masih rendah dengan 100,000 penonton.

"Filem kedua ditonton 300,000 penonton dan seterusnya yang ketiga mencatat 600,000 penonton. Ia satu perkembangan baik. Telemovie Malaysia ditayang pada malam Rabu, filem Inggeris (Sabtu) dan Korea (Ahad)," tambahnya.

Filem lain akan menemui penonton selepas ini ialah My Girl And I (23 September), The Relation of Face, Mind And Love (30 September), Unstoppable Marriage (7 Oktober), Sad Movie (14 Oktober) dan 19Nineteen (21 Oktober).

"Filem yang ditayangkan lebih 80 peratus mempunyai unsur komedi romantik atau berunsur cinta sepenuhnya. Filem Arang pula dipilih kerana kami nak cuba pasaran sama ada filem seram diminati penonton," katanya.

Sementara itu, TV9 dengan kerjasama syarikat pengedar filem Korea turut menganjurkan peraduan menarik buat penonton. Mereka yang bertuah akan menerima 2 tiket VIP ke konsert Big Bang Alive Tour di Indonesia dan sebuah kamera digital.

Mereka hanya perlu menonton slot Saranghae sepanjang September (16, 23 & 30 September). Di sini 'bug' Saranghae akan muncul dengan kata laluan.

Setiap kata laluan ini perlu dikumpul dan dihantar secara e-mel kepada:
contests@tv9.com.my pada 30 September ini dan peserta kesembilan yang memberikan ketiga-tiga kata laluan yang betul akan dipilih sebagai pemenang.

Untuk Oktober pula, mereka perlu mencari logo Saranghae dalam filem dan perlu mengambil gambar serta menghantar e-mel kepada contests@tv9.com.my. Peserta kesembilan juga yang memberikan ketiga-tiga kata laluan yang betul dipilih sebagai pemenang.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/14


Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved