Jumaat, 2 September 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Lambang kesopanan, budaya

Posted: 02 Sep 2011 10:19 AM PDT

APA yang menarik pada sepasang kebaya jika tidak pada sulaman yang halus serta kombinasi warna digunakan. Malah jika diperhatikan setiap kerawang mempunyai nilai seni serta kualiti yang tinggi kerana setiap satu dihasilkan menggunakan sulaman tangan.

Malah sejak 50 tahun lalu, setiap padanan kebaya kualitinya tidak pernah berubah, malah semakin anggun dan berseni apatah lagi apabila dipakai si gadis jelita.

Wanita yang mengenakan kebaya juga bukan saja tampak anggun, malah melambangkan kesopanan dan kekuatan budaya tempat asal mereka tanpa mengira usia.

Siapa yang tidak mengenali Ang Eng pemilik label terkenal dalam penghasilan rekaan kebaya nyonya yang bukan saja dikenali di negeri kelahirannya Alor Setar, malah seluruh dunia.


Kini perniagaan keluarga ini diambil alih oleh cucunya, Yu Lin yang berpendidikan dalam bidang fesyen.


Ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen The Blue Kebaya di The Weld, Kuala Lumpur baru-baru ini, Yu Lin memberitahu sebagai penyambung dua generasi dia tidak akan sesekali mengabaikan ciri keaslian pada potongan, sulaman serta padanan sarung digunakan kerana di situ letaknya nilai sentimental kebaya nyonya itu sendiri.

"Hingga ke hari ini sejak 1955, ciri klasik inilah yang mendukung kekuatan jenama ini. Lihatlah setiap padanan kebaya yang dihasilkan pasti sama sejak puluhan tahun dulu.

"Cuma perbezaan pada teknik sulaman tangan serta warna digunakan yang memberikan gaya berbeza apabila dipadankan dengan kain sarung," katanya yang pernah terbabit dalam beberapa siri pertunjukan fesyen sebelum ini
Menurut Yu Lin, sulaman pada sepasang kebaya nyonya adalah sangat penting.
Sebab itu dia terus mengemas kini menerusi teknik pemilihan warna pada benang sulam agar berpadanan dengan rona fabrik kasa serta corak pada kain sarung fabrik batik.

"Keistimewaan kebaya nyonya Ang Eng adalah pada pemilihan warna fabrik yang sepadan dengan corak kain sarung serta warna benang sulamnya. Inilah yang agak sukar dilakukan iaitu menentukan kesesuaian sulaman yang sepadan dengan fabrik," jelasnya.

Dia turut menegaskan tidak akan sesekali menjejaskan keaslian kebaya kerana ia kini menjadi pilihan bukan saja rakyat tempatan malah pelancong asing.

"Saya berbangga kerana keindahan seni kebaya mendapat penghargaan bukan saja penduduk tempatan malah pelancong asing. Mereka membeli dan memakainya ketika majlis rasmi di negara mereka. Ini membuktikan seni Malaysia diterima di luar negara," jelasnya.

Menceritakan bagaimana dia boleh mengambil alih perniagaan keluarga ini, menurut Yu Lin, asalnya neneknya membuka sebuah kelas sulaman kebaya nyonya yang disertai penduduk wanita pelbagai kaum.

Kemudian perniagaan ini semakin berkembang apabila diperturunkan kepada ibunya Lean Ong, sehingga mereka mampu membuka perniagaan di Kuala Lumpur.

Menurut Yu Lin, untuk memupuk minat bukanlah satu isu kerana darah menjahit memang diperturunkan daripada ibunya sejak dia kecil lagi.

Justeru, dia tidak perlu berfikir panjang meneruskan perniagaan ini kerana semua sudah ada di depan mata, jika dia tidak meneruskan kesinambungan seni negara ini siapa lagi.

"Sejak kecil saya melihat nenek dan ibu menjahit. Secara tidak langsung minat itu ada dalam diri saya. Lama-kelamaan saya juga pandai menjahit dan menjadikannya sebagai hobi menolong ibu menyulam baju.

"Bagi memantapkan lagi kemahiran, saya melanjutkan pelajaran dalam bidang fesyen semata-mata mendapatkan tauliah dalam industri ini. Saya berbangga kerana akhirnya penat lelah nenek dan ibu berbayar dengan adanya dua butik eksklusif di pusat beli-belah Suria KLCC dan Great Eastern Mall," ujarnya yang turut melakukan sulaman tangan sendiri pada setiap penghasilan produk kebaya nyonya miliknya.

Semua kebaya nyonya eksklusif Ang Eng kini boleh didapati di dua butik berkenaan pada harga RM200 ke atas.

Selain jenama Ang Eng, peragaan The Blue Kebaya anjuran bersama The Weld dan jenama barangan kemas Rafflesia, turut menghimpunkan 16 pereka tempatan dengan rekaan bertemakan kebaya biru.

Antaranya Ezuwan Ismail, Hazwani Osman dan Rizman Ruzaini yang pakaian mereka diperagakan pelakon dan model terkenal.

Fesyen serlah personaliti diri

Posted: 02 Sep 2011 10:09 AM PDT

FESYEN tidak hanya apa yang disarungkan ke tubuh, mahupun gaya personaliti yang ingin ditampilkan. Fesyen juga tidak semata-mata bertumpu kepada label mewah yang hanya boleh dimiliki sesetengah golongan masyarakat.

Bagi pusat beli-belah 1Utama, fesyen adalah salah satu medium terbaik untuk menyampaikan mesej positif bagi meraikan kecantikan dalaman seseorang.

Menerusi minggu fesyen 'Fashion On 1' yang berlangsung di pusat beli-belah terkemuka itu, baru-baru ini, mesej positif untuk membantu meningkatkan tahap personaliti seseorang ditonjolkan dalam pertunjukan fesyen pelbagai jenama, warna dan saiz yang menggambarkan kehidupan sebenar manusia.

"Minggu fesyen ini adalah sambutan untuk meraikan personaliti setiap individu. Kami mahu menerapkan unsur positif dalam diri seseorang menerusi fesyen atau gaya pilihan mereka, sekali gus memperkasakan kehidupan masyarakat negara ini tanpa mengira jantina, bangsa, bentuk badan dan usia.


"Fesyen itu sendiri sesuatu yang indah dan setiap manusia sepatutnya mampu menikmati keindahan itu tanpa kekangan.


"Jenama yang ada di pusat beli-belah ini pasti menepati selera dan permintaan setiap pengunjung yang ingin bergaya dengan trend terkini tanpa timbul keraguan sama ada ia sesuai atau tidak untuk mereka," kata Pengurus A&P 1Utama, Patrick So.

Sepanjang minggu itu, jenama popular seperti Charles & Keith, Forever21, Crocs, Nose, Padini, South China Sea, Xixili, Promod, Marks & Spencer, BUM serta Elle tampil dengan koleksi hangat bagi musim ini.

Tidak ketinggalan jenama premium seperti Bimba & Lola, Bebe, Aldo, French Connection, Guy Laroche, G2000, Marc Ecko & Zoo York, Kipling, Valentino Rudy dan Jaspal hadir memeriahkan pentas.

Konsep padu dan padan sememangnya menjadi tumpuan buat peminat fesyen, di mana minggu fesyen ini turut menyediakan khidmat pakar fesyen bagi setiap jenama dalam membantu pengunjung menata gaya menepati personaliti mereka.

Rona ceria turut membanjiri himpunan busana musim ini yang mana rekaan serta potongan ringkas menguasai pentas persembahan.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


6 motor, 2 kereta rentung

Posted: 01 Sep 2011 10:02 AM PDT

AMPANG: Enam motosikal dan dua kereta jenis Perodua Kelisa hangus terbakar dipercayai angkara khianat dalam kejadian di Apartmen Rivera, Taman Muda, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.10 pagi itu, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah bersama enam anggota mengambil masa kira-kira 10 minit memadam kebakaran.


Penduduk, Chou Jui Chai, 39, berkata, dia terjaga daripada tidur selepas menyedari asap tebal dan debu hitam memenuhi bilik tidurnya.

"Saya sukar bernafas kerana bilik tidur dipenuhi asap dan debu sehingga penghawa dingin rosak.


"Pili air rumah terletak di bahagian tempat letak kereta berhampiran kejadian itu juga terbakar dan menyebabkan bekalan air terputus," katanya yang menanggung kerugian kira-kira RM10,000 akibat kerosakan beberapa perabot dan peralatan rumah lain.


Menurut pengawal keselamatan yang enggan dikenali, dia hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar jeritan pemandu teksi yang mahu keluar bekerja selang lima minit selepas dia melakukan rondaan.

"Seperti biasa saya akan melakukan rondaan di kawasan tempat letak kereta dan sekitar apartmen ini. Bagaimanapun, saya tidak nampak kelibat sesiapa," katanya.


Difahamkan, lima daripadanya enam motosikal yang terbakar hangus manakala dua lagi kereta hanya terbakar sebahagian iaitu masing-masing bahagian depan dan belakang.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, kejadian menyebabkan penduduk di tingkat atas kawasan terbabit terjaga selepas terhidu asap yang memenuhi rumah mereka.


"Penduduk bergegas turun ke tingkat bawah bagi melihat sendiri apa yang berlaku sebelum menghubungi pasukan bomba dan polis bagi memaklumkan kebakaran," katanya ketika dihubungi, semalam.


Amiruddin berkata, kejadian itu adalah yang kedua selepas kali pertama tahun lalu membabitkan lapan motosikal dan sebuah kereta yang juga dibakar.

Tiga anggota polis ditahan

Posted: 01 Sep 2011 10:01 AM PDT

SENTUL: Tiga anggota polis antara enam yang ditahan berhubung kejadian melepaskan tembakan yang mencederakan seorang pelajar kolej swasta dalam pergaduhan di luar sebuah pub di Taman Sri Rampai, di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan penahanan tiga anggota polis terbabit dan berkata, ketiga-tiga anggota berkenaan berpangkat koperal dan lans koperal.


"Dua daripada mereka bertugas di Bukit Aman manakala seorang lagi di Selangor," katanya. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, empat lelaki keluar dari sebuah pub sebelum tiba-tiba datang seorang lelaki memecahkan cermin di pintu belakang pemandu menggunakan sebatang besi.

Tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki terbabit, empat lelaki yang berada di dalam kereta berkenaan keluar dan menyerang lelaki itu.


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, selepas beberapa minit bergaduh, lelaki yang memecahkan cermin kereta itu cuba melarikan diri dan pada ketika itulah kedengaran bunyi tembakan dilepaskan.


"Mangsa, pelajar kolej swasta berusia 23 tahun, cedera di kaki dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.

"Kami masih menyiasat motif serta punca kejadian dan tidak menolak kemungkinan mereka mengenali satu sama lain" katanya.


Menurutnya lagi, polis forensik menemui lima kelongsong peluru di tempat kejadian.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu memiliki senjata maut dalam rusuhan.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Harap Zahida segera temu jodoh

Posted: 01 Sep 2011 07:25 AM PDT

HAKIKATNYA, tidak mudah untuk pertemukan tiga bintang popular ini. Meskipun mereka teman rapat yang sering kali meluangkan masa bersama, ia tidak semudah mengaturkan sesi fotografi seperti dulu. Ini kerana masing-masing terikat dengan komitmen dan tanggungjawab sendiri, malah lebih sukar sejak dua daripada mereka sudah bergelar ibu.

Baik Erra Fazira yang kini sibuk menguruskan puteri kesayangannya, Aleesya, ibu kepada dua hero yang kian membesar, Datin Paduka Umie Aida mahupun Zahida Rafik yang tidak lekang mengukir senyuman, masing-masing percaya pada paksi persahabatan atas landasan keikhlasan.

Lantas, undangan ke sesi rakaman program Astana bersama Anita Sarawak yang kebetulan singgah di kediaman Umie, tidak harus dilepaskan.

Rungut Zahida, dia satu-satunya bunga yang masih belum disunting. Apabila Umie dan Erra sudah berkeluarga, ia sedikit sebanyak memberikan tekanan kepadanya.


Tambahnya lagi, Erra dan Umie yang sudah dikenali lebih 10 tahun lalu begitu bertuah kepada memiliki suami yang begitu memahami dan membenarkan mereka bertiga untuk sesekali meluangkan masa melepak bersama.


"Memang awalnya saya sedih juga terutama melihat sahabat baik menjadi isteri orang. Kemudian mulalah terfikir yang saya akan kehilangan mereka tapi selepas beberapa ketika, itu semua adalah andaian semata-mata kerana persahabatan kami masih seperti dulu. Jika ada kelapangan, kami memang akan berjumpa duduk bersembang dan minum kopi bersama.

"Setiap hari kami akan berhubung dengan menghantarkan mesej SMS bertanya khabar. Saya sendiri akan cuba mencari masa untuk datang melawat mereka di rumah lebih-lebih lagi Umie memang rajin untuk masak dan jemput kami semua datang ke rumahnya. Lantas hubungan kami masih sama yang mana Erra dan Umie adalah tempat saya bertanya pendapat atau mengadu apa juga masalah.

"Insya-Allah kalau ada rezeki, kami akan mengadakan rumah terbuka seperti biasa," katanya.

Usik Erra pula yang kini sibuk membuat persiapan untuk pementasan teater Badai Semalam selepas raya ini, baik Umie mahupun dirinya, mereka memang tidak sabar-sabar menunggu hari bahagia Zahida.

"Saya dan Umie adalah orang yang paling gembira kalau betul Zahida bertemu jodoh. Kami berdua akan paling sibuk menguruskan segala persiapan dan memastikan perkahwinannya itu sebuah majlis yang istimewa," katanya yang menyifatkan Zahida seorang teman baik dan jujur.

Bercerita soal sambutan Aidilfitri, ketiga-tiga bintang jelita ini punya kisah berbeza.

Umie umpamanya yang kali kedua meraikan Syawal bersama suami, ahli perniagaan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan serta anak, Mohd Dzulhelmy dan Mohd Daniel Firdaus, menyifatkan kedatangan Aidilfitri sebagai peluang terbaik buat mereka sekeluarga mengejar ganjaran yang dijanjikan.

"Memang saya begitu seronok setiap kali datangnya Ramadan kerana kami sekeluarga boleh makan bersama dan kemudian berjemaah tarawih bersama. Cuma tahun ini suami saya mencuri peluang untuk menunaikan umrah selama seminggu dan saya pula terikat dengan jadual penggambaran filem Rentas.

"Persiapan beraya tiada bezanya. Anak-anak sudah besar dan persediaan raya mereka lakukan sendiri. Maklumlah anak bujang, saya hanya memberi duit dan mereka akan membeli sendiri.

"Sambutan Aidilfitri tahun ini seperti biasa kerana kami bergilir-gilir beraya bersama keluarga. Oleh kerana tahun lalu kami sekeluarga sudah menyambut hari raya pertama di rumah keluarga saya di Kuala Lumpur, lantas tahun ini kami meraikan Syawal di rumah mentua pula.

"Kalau diberi kelapangan dan rezeki atau tidak sibuk dengan jadual lakonan, saya akan mengadakan rumah terbuka macam tahun lalu di rumah kami," kata Umie
yang menggemari juadah laksa di pagi raya.

Erra yang menyambut Syawal di kampung sebelah suaminya di Pulau Mutiara dan Terengganu pula meletak sepenuh fokus kepada puteri kesayangannya yang kini semakin membesar.

"Alhamdulillah puasa kali ini saya dapat juga meluangkan masa bersama suami dan anak walaupun masih sibuk dengan jadual penggambaran. Sekarang saya sudah tahun keempat dengan Astro dan masih banyak lagi baki komitmen dengan mereka. Kemudian selepas raya nanti saya terus ke pentas Badai Semalam di Istana Budaya sebelum mula membaca skrip bagi filem terbaru pula.

"Seperti selalu saya kongsi bersama peminat, hidup saya lebih tertumpu kepada anak selepas berkahwin. Keseronokan raya itu adalah buat Aleesya dan saya mahu memberi dia segala-galanya," kata Erra.

Lain pula Zahida kerana sambutan Aidilfitri adalah peluang buatnya berkumpul dengan sanak-saudara yang lama tidak ketemu.

"Tahun ini kami sekeluarga beraya di rumah keluarga saya di Ampang kerana tiada siapa lagi yang tinggal di kampung. Kebiasaannya kami pulang ke Teluk Intan melawat nenek tapi nenek sendiri sudah pindah di Subang kerana sunyi selepas arwah datuk meninggal.

"Bagaimanapun, ibu saya adalah sulung kepada 13 adik-beradik. Jadi memang kali ini semua adik-beradiknya bertumpu menyambut raya pertama di rumah kami. Lagipun memang sudah menjadi tradisi yang mana kami akan mengadakan rumah terbuka pada hari raya pertama," ujarnya dengan gembira.

PROFIL

Nama penuh: Umi Khalsum Rahmad Ali
Tarikh lahir: 18 Januari 1973
Usia: 38 tahun
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Keluarga: Anak ketiga dari enam adik-beradik
Suami: Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan
Anak: Mohd Dzulhelmy, 16, dan Mohd Daniel Firdaus, 17
Filem: Azazil, Ombak Rindu, Hikayat Merong Mahawangsa, Dukun, Apa Kata Hati, Cuci, Kala Malam Bulan Mengambang, Puaka Tebing Biru, Salah Bapak, Diva Popular, Buli Balik, Qaisy Dan Laila, Gangster, Cinta Luar Biasa, Bintang Hati, Mr. Cinderella 2, Mr. Cinderella, Embun, Leftenan Adnan, Senario Lagi, Jimi Asmara, Femina, Memori
Drama: Apa Sebenarnya, Istana Kristal, Romeo & Juliet, Salam Taj Mahal, Melarik Mimpi, Haryati, Dalam Hati Ada Cinta, Rindu Semakin Jauh, Akademi, Aku, Dia & Cape Town, Pesona Bintang, Kerana Cintaku Saerah, Vice Versa, Kekasihku Seru, Abadi Sebuah Cinta, Spa Qistina, Kek Lapis Kak Ida, Seruling Kasih, Rumah Di Tengah Sawah, Intan Mahsuri, Tarantula I & II, Cinta SMS, Nur Fitri, Kesetiaan, Feloni Aka Ecstasy, Takdir Sedang Berbisik, Serpihan Laungan Takbir, Bukan Bidadari, Korban Kasih Marlisa, Masyitah, Airmata Nur Salina, Karma Salina
Penerbit: Diva Popular
Teater: Sampai Bila, Peran, Lantai T. Pinkie, Anak Tanjong, Mencari Salina, Mencari Juita, Penyerahan Puteri, Pelayaran Nur Atma, Dejavu Seorang Perempuan, Suara Palestine, Natrah, Natrah 2 dan Badai Semalam
Album: Romeo & Juliet dan Gema Kasih
Pencapaian: Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-16 menerusi filem Embun, Pelakon TV Wanita Popular Menang di Anugerah Bintang Popular 1999, Pelakon Wanita Drama Terbaik di Anugerah Skrin menerusi drama Surah Terakhir pada 1999, Pelakon Wanita Drama Terbaik di Anugerah Skrin menerusi drama Ayuni pada 2001 dan Pelakon Wanita Filem Terbaik di Anugerah Skrin pada 2003 menerusi filem Embun.

PROFIL

Nama penuh: Zahida Mohd Rafik
Tarikh lahir: 10 April 1975
Usia: 36 tahun
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Keluarga: Bongsu dari lima beradik
Filem: Hingga Hujung Nyawa, Kuliah Cinta, Black Maria, Mami Jarum Junior, Mami Jarum, Anak Mami The Movie dan Senario The Movie
Drama: Tongkat Tok Ali, Bunga Kasturi, Di Sebalik Awan, Ejen 55, Sitkom 2+1

PROFIL

Nama penuh: Fazira Wan Chek
Tarikh lahir: 9 Februari 1974
Usia: 37 tahun
Tempat lahir: Sungai Choh, Rawang, Selangor
Suami: Engku Emran Engku Zainal Abidin
Anak: Engku Aleesya Engku Emran
Kerjaya: Penyanyi, pelakon, model
Album: Erra Fazira (1994), Aku dan Dia (1995), 2.5 Sayang (1996), Kini (1999), Sampai Bertemu (2002), Kini Kembali (2003) dan Ya Atau Tidak (2006)
Filem: Sembilu dan Sembilu 2, Maria Mariana, Tragedi Oktober, Gemilang, Maria Mariana 2, Pasrah, Soal Hati, Gerak Khas The Movie, Putih, Mr Cinderella, Soalnya Siapa, Gila Gila Pengantin, Janji Diana, Cinta Kolestrol, Mr Cinderella 2, MX3, Kuliah Cinta, Hingga Hujung Nyawa, Tujuh Perhentian, I Know What You Did Last Raya, Potret Mistik, Sembilu, Lady Boss, Gila Gila Pengantin Popular, KL Menjerit 1, Castello, Pesona Non Grata, Qabil Qusyry Qabil Igam, Cuci, Anak, Los Dan Faun, Sifu Dan Tongga, Andartu Terlampau - 21 Hari Mencari Suami, Darah Daging, Hidden
Drama: Siapa Mau Potong Baju?, Joe & Faridah, Bonanza, Cinta Lelong, Mertua VS Menantu, Kasih Tercipta, Mertua VS Menantu 2, 30 Hari Mengenal Cinta, Selamat Tinggal Alexandria, Sanggul Beracun dan Pontianak Kampung Batu
Teater: Muzikal Tun Mahathir
Pengacara: Tiger Futbol Starz, Dunia Wanita dan Fesyen Tempo
Program: Gugu Gaga Erra
Pencapaian: Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) pada 2001 menerusi filem Soal Hati dan 2005 menerusi filem Hingga Hujung Nyawa, 1995 Sembilu 2 Aktres Pilihan di Anugerah Skrin 1995 menerusi filem Sembilu 2 dan tahun 2001 menerusi filem Soal Hati dan memegang tujuh trofi di Anugerah Bintang Popular Berita Harian menerusi kategori Pelakon Filem Wanita Popular.

Penghargaan: Astro

Beban lakon Tanda Putera

Posted: 01 Sep 2011 07:07 AM PDT

MELAKONKAN watak seorang tokoh negarawan bukannya mudah. Beban untuk menghidupkan watak sebegitu sangat besar. Itulah yang dirasai dua pelakon berpengalaman Rusdi Ramli dan Zizan Nin yang membintangi filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba atau Shumi.

Ia mengangkat kisah persahabatan antara Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi mentadbir negara berikutan tragedi hitam 13 Mei 1969.

Ditemui pada majlis pelancaran Tanda Putera terbitan Pesona Pictures Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDEC), Rusdi dan Zizan tidak menafikan gusar apatah lagi ia membabitkan kisah hidup ayah kepada Perdana Menteri ketika ini, Datuk Seri Najib Razak.

Kata Rusdi, sebelum penggambaran dilakukan, dia dan pelakon lain diberi latihan terlebih dulu selama lima hingga enam bulan. Dalam tempoh itu dia turut diberikan bahan rujukan seperti sedutan berita, buku mahupun kenyataan dari ahli keluarga terdekat.


"Bagaimanapun, memang agak susah kerana kita cuba menghidupkan watak tokoh yang sudah tiada, jadi banyak perkara yang perlu difahami agar apa yang diketengahkan tidak salah. Berlakon menjadi orang lain dan bukan diri sendiri cabarannya memang besar," katanya.


Selain itu jelas Rusdi, sebelum penggambaran bermula dia turut gusar apabila perlu bergandingan dengan Zizan dan Faezah Elai yang memegang watak sebagai Tun Rahah.

"Saya tidak pernah bekerja dengan mereka berdua dan pertama kali digandingkan dalam Tanda Putera. Bagaimanapun, mujur kami diberikan latihan panjang membuatkan keserasian itu ada," katanya.

Selain itu, bekerja dengan Shumi juga satu cabaran buat Rusdi kerana pengarah filem 1957: Hati Malaysia cukup teliti terutama dari sudut penghayatan watak.

"Walaupun kita sudah menjalani latihan yang agak panjang, setiap kali ada babak penting kami harus menjalani latihan sekali lagi. Dia mahu memastikan apa yang diperlukan dalam babak terbabit dapat dilaksanakan dengan sempurna.

"Saya pernah berasa kecut perut apabila satu babak besar hendak dijalani. Tahu sajalah, kalau tak puas hati, Shumi akan ulang babak terbabit berkali-kali. Sampai dua hari saya tidak senang duduk mengenangkan nasib babak besar itu.

"Bagaimanapun, apabila masuk lokasi dan penggambaran dijalankan, saya terkejut apabila Shumi terus berkata 'cut!'. Ia hanya dilakukan sekali saja. Saya macam tidak percaya dan tertanya dalam hati adakah saya benar-benar bagus?" katanya.

Sementara itu bagi Zizan, apa yang membuatkan filem Tanda Putera ini cukup mencabar adalah ia berdasarkan kisah benar dan bukan cerita rekaan. Dari sudut lain, ini pertama kali dia bekerja dengan Shumi.

"Bagaimanapun, saya seronok bekerja dengan produksi Pesona Pictures. Mereka sangat profesional dan cara kerja tersusun membuatkan pelakon tidak rasa tertekan langsung walaupun filem ini berat.

"Selain itu kesungguhan mereka dengan mempersiapkan pelakon dengan sesi latihan panjang dan dipantau tenaga pengajar berpengalaman, membuatkan semua kebimbangan saya hilang," katanya.

Lebih membuatkan Zizan bertuah kerana dapat berlakon di samping pelakon yang hebat seperti Rusdi. Katanya, walaupun pelakon itu pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-20 menerusi filem Waris Jari Hantu, dia merendah diri.

Dalam menghayati watak sebagai Tun Dr Ismail kata Zizan, dia banyak membuat rujukan. Selain daripada bahan bacaan, dia juga mendapat tips daripada waris beliau serta melayari Internet bagi mendapatkan lebih maklumat.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Kembali miskin

Posted: 01 Sep 2011 10:43 AM PDT

SEREMBAN: Benarlah kata pepatah, seorang ibu mampu menjaga 10 anak, namun anak yang ramai belum tentu boleh menjaga ibu seorang. Itulah yang dialami bekas peneroka Felda Lyndon B Johnson (LBJ) di Labu, dekat sini, Bedah Ahmad (bukan nama sebenar), 80, yang ditinggalkan bersendirian di hujung usianya.

Biarpun dikurniakan lapan anak, 50 cucu dan 28 cicit, ia tidak menjamin kebahagiaan Bedah kerana tiada siapa sanggup menemaninya kecuali menantu sulung yang menjenguknya sekali-sekala.

Bedah yang tinggal bersendirian di rumah tinggalan arwah suami di Kampung LBJ, Labu, di sini, berkata, dia hanya mengharapkan belas ihsan jiran dan penduduk kampung terutama ketika sakit peningnya.

"Walaupun menantu sulung ada mengajak tinggal sekali, nenek tidak sanggup duduk sebumbung dengan anak yang tidak mempedulikan ibunya. Mereka tidak pernah datang menjenguk kecuali jika perlukan duit.


"Ketika baru menerima pampasan RM1.5 juta daripada kerajaan 13 tahun lalu, semua anak pasti pulang setiap hujung minggu dan berkumpul tapi itu semua hanya tinggal kenangan sebaik duit dibahagikan sesama mereka," katanya ketika dikunjungi Harian Metro di rumahnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

2 korban ombak besar

Posted: 01 Sep 2011 10:41 AM PDT

BALIK PULAU: "Abang Chik nak manja dengan ayah boleh tak?" Itulah kata-kata yang terngiang-ngiang di telinga Ahmad Nasir Osman, 42, bapa kepada Abdullah Mukmin, 12, yang lemas ketika berkelah di pantai Kampung Pasir Panjang di sini, semalam.

Mengenang semula detik pada malam menjelang 1 Syawal, Ahmad Nasir berkata, anak keempatnya itu tiba-tiba mengungkapkan kata sedemikian kepadanya. Menurutnya, dia tidak menyangka anak lelaki yang mahu bermanja dengannya itu pergi meninggalkan keluarga selepas lemas ditelan ombak bersama bapa saudaranya, Abdul Razak Osman, 32.


"Arwah juga kelihatan gembira menyambut Aidilfitri bersama sepupu dan keluarga," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Balik Pulau, semalam.

Kejadian berlaku jam 11 pagi ketika Abdullah Mukmin dan Abdul Razak sedang duduk bersama Ahmad Nasir dan abangnya, Abdul Latif Osman, 43, di atas batu sebelum ombak besar menghanyutkan mereka ke laut.


Abdul Latif dan Ahmad Nasir berjaya menyelamatkan diri tetapi turun semula ke laut mencari mangsa, namun terlambat apabila mereka ditemui tidak bernyawa.


Menceritakan kejadian itu, Abdul Latif berkata, ombak besar tiba-tiba menghempas batu tempat mereka berehat selepas mandi. "Hanya saya dan Ahmad Nasir berjaya kembali ke pantai, manakala Abdul Razak dan anak saudara saya tiada," katanya.

Menurutnya, dia kembali semula ke laut sebelum menemui Abdul Razak yang sudah lemas dan menariknya ke pantai sebelum orang ramai mula tiba untuk memberikan bantuan.


Katanya, dia dan Ahmad Nasir turun semula ke laut mencari Abdullah Mukmin sebelum menemuinya 100 meter dari pantai.

Jenazah Abdullah Mukmin, dikebumikan bersama Abdul Razak di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Betong, di sini, kira-kira jam 10 pagi ini.


Allahyarham meninggalkan isteri, Hamidah Ramli, 30-an dan dua anak berusia empat tahun dan lapan bulan.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Josiah impi buru emas

Posted: 01 Sep 2011 09:12 AM PDT

MISI pemburuan emas Olimpik London tidak pernah terhenti dengan pelumba negara, Josiah Ng bertekad memberikan kayuhan terbaik di temasya itu.

Biarpun namanya mula tenggelam selepas kemunculan Azizulhasni Awang dalam arena berbasikal negara, Josiah yang dikenali sebagai pelopor sukan itu tidak pernah melihat ia dari sudut negatif. Dia kini semakin bersemangat memburu kejayaan biarpun sudah mencecah usia 31 tahun kerana sasarannya untuk layak ke Olimpik 2012 belum tercapai.


"Saya lebih bersemangat. Walaupun kelayakan ke Olimpik semakin sukar tapi saya sedar tahap potensi dalam diri saya yang semakin kuat. Saya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal.

"Bagi saya, setiap latihan adalah pertandingan dan saya perlu memberi tumpuan yang penuh biarpun ia hanya satu latihan," katanya. Josiah yang juga pemenang pingat emas acara keirin Sukan Komanwel, New Delhi menetapkan sasaran membawa pingat emas sekali gus mengharumkan nama negara di puncak dunia dalam acara berbasikal trek . Pencapai atlet yang dibesarkan di California itu tetap memberangsangkan apabila pernah bergelar pelumba terbaik negara dan menduduki ranking pertama dunia dalam acara keirin selain turut layak beraksi di Olimpik Athens dan Beijing.


Biarpun pencapaian di Athens sekadar menduduki tempat kelima menerusi keirin dan gagal mara ke pusingan akhir namun gabungannya bersama Azizul dan Rizal Tisin dalam pecut berpasukan berjaya perbaiki pencapaian dengan menduduki kedudukan ketujuh dunia dalam acara yang dikuasai pelumba Britain terdiri daripada Chris Hoy, Jason Kenny dan Jamie Staff.

Kedudukan Shahrul dalam skuad negara jadi tanda tanya

Posted: 01 Sep 2011 09:09 AM PDT

SELEPAS digugurkan daripada senarai ke Kejohanan Bawah 23 Tahun Dunia di Copenhagen, Denmark dalam acara lebuh raya pada 19 hingga 25 September ini, kedudukan juara kebangsaan, Mohd Shahrul Mat Amin dalam skuad negara menjadi persoalan.

Pelumba pasukan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) itu tidak mengetahui statusnya sama ada masih lagi berada dalam program Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) atau tidak, apabila memilih untuk pulang ke Malaysia buat sementara waktu.


Katanya, perkhabaran berhubung penyingkirannya itu sudah dimaklumkan selepas dia memilih meninggalkan kem latihan pusat kebangsaan di Chiang Mai, Thailand untuk kembali ke Malaysia kerana mahu menyambut Ramadan.

"Memang sedih apabila saya dimaklumkan tidak akan ke Kejohanan Dunia. Tapi saya sudah tahu jika memilih untuk pulang ke Terengganu, saya tidak akan pergi ke kejohanan itu. "Perkara itu sudah dibincangkan dengan PKBM dan apabila saya mengambil keputusan untuk pulang pada minggu kedua bulan puasa, itu bermakna saya perlu terus melupakan Kejohanan Dunia," katanya. Bagaimanapun bagi mengelak sebarang masalah timbul, Shahrul kembali menjalani bersama 33 atlet di Chiang Mai selama seminggu sebelum kembali ke Malaysia, awal September lalu.


Shahrul sebelum ini disenaraikan bersama-sama Saufi Mat Senan dan pakar bukit negara, Mohd Adiq Husainie Othman di kejohanan itu.


Tempat pelumba itu akan digantikan Mohd Al-Ghazali Abdul Hamid, Mohd Ekbar Damanhuri dan Amirul Anuar Jefri.

Mengulas peluang negara, Presiden PKBM, Abu Samah Wahab tetap optimis dan berharap peluang itu bakal diguna sebaik mungkin oleh pelumba negara menimba pengalaman bersaing dengan pelumba handalan Eropah..

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Sotong labu

Posted: 01 Sep 2011 08:56 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]ORANG ramai melihat dari dekat susunan labu yang membentuk imej sotong di Klaistow berhampiran Beelitz, timur laut Jerman, semalam. Lebih 100,000 labu daripada 400 jenis berbeza dipamerkan sempena pesta itu.

Jantan miang gugat pantai Dubai

Posted: 01 Sep 2011 08:55 AM PDT

DUBAI: Ketika suhu semakin menurun dan penduduk setempat mula bertumpu ke pantai, pengunjung kawasan rekreasi di Dubai kini berdepan dengan bahaya baru - serangan seksual.

Menurut saksi dan mangsa, serangan biasanya dilakukan lelaki miang yang berpura-pura berenang atau menyelam berhampiran wanita.


Disebabkan ancaman itu, pihak berkuasa berkata, semakin ramai wanita menjauhi kawasan pantai di Dubai.

Sementara itu, seorang wanita Filipina yang hanya mahu dikenali sebagai Candice, berkata dia mengunjungi kawasan pantai Jumeirah bersama suami dan rakannya dua minggu lalu.


Kata Candice, 28, ketika dia bermain air agak jauh dari kenalannya, dia terkejut apabila berasa ada tangan menyentuh kaki kanannya.


"Ada seseorang berenang di bawah saya dan tangannya mula meraba-raba sehingga ke parah paha," katanya.

Mengaku terlalu takut untuk menjerit, Candice berkata, dia cepat-cepat berenang semula ke pantai dan mengadu kononnya tidak sihat.


Dia kemudian meminta dihantar ke biliknya.

Kata Candice, dia takut jika mengadu, keadaan boleh menjadi tidak terkawal jika suaminya bertindak mencari lelaki miang terbabit.


Justeru, katanya, dia cuba melupakan insiden itu.


Bagaimanapun, Candice mengaku tidak akan mahu mengunjungi pantai berkenaan lagi.


Darleen, 31, juga mendakwa pernah mengalami insiden menakutkan.


Katanya, sebagai wanita bujang, dia terpaksa melakukan semua aktiviti bersendirian, termasuk jika mahu menonton wayang, membeli-belah atau beriadah di pantai.


"Pada satu petang, saya terfikir mahu berenang di Jumeirah lalu mengunjungi kawasan itu tanpa ditemani sesiapa," katanya.


Di situ, kata Darleen, dia ternampak sekumpulan pemuda berenang tidak jauh dari tempatnya.


"Tanpa mengesyaki apa-apa, saya cuma memejamkan mata dan mengapungkan diri untuk merehatkan badan.


"Tidak lama kemudian, saya berasa ada seseorang menyelam di bawah dan menyentuh tubuh saya," katanya.


Dia terkejut dan segera membuka mata.


Kata Darleen, dia terserempak dua lelaki yang berpura-pura meminta maaf, tetapi pada masa sama, ketika itu kaki mereka bergerak menyentuh kakinya di dalam air.


Dua wanita Eropah - Mary dan Nadine - turut menjadi mangsa di kawasan rekreasi terkenal itu.


Kata Mary, 32, dia berang apabila seorang lelaki menyinggul dadanya ketika mencapai tuala yang digantung tidak jauh daripadanya.


"Bagi saya, itu bukan kebetulan atau tidak disengajakan," katanya.


Rakannya, Nadine, 29, bersetuju dengan pandangan itu.


"Sejak tahun lalu kawasan pantai ini bukan lagi seperti sepatutnya apabila berlaku banyak gangguan seksual," katanya. - GN

Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved