Khamis, 18 Ogos 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Mercun digenggam meletup

Posted: 17 Aug 2011 10:58 AM PDT

KUALA TERENGGANU: "Shafik minta izin untuk keluar bersembahyang Tarawih di surau Al Taqwa berdekatan, tetapi tidak lama kemudian saya mendapat panggilan telefon daripada seorang rakannya mengatakan jari anak saya itu cedera akibat terkena mercun," kata Norayati Ismail, 34, ibu Mohd Shafik Zuhairi Zainuddin, 13, mangsa kedua kemalangan mercun di negeri ini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.10 malam itu, Mohd Shafik cedera jari telunjuk dan melecur teruk di tapak tangan kanan selepas mercun bola dipasang meletup ketika dalam genggamannya.


Norayati berkata, dia tidak tahu dari mana Shafik yang juga pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kompleks Seberang Takir, di sini, mendapat mercun berkenaan, tetapi difahamkan anaknya itu bermain mercun bersama sekumpulan rakan sebaya di perkarangan surau berkenaan ketika jemaah mengerjakan Tarawih.

"Selepas membenarkan dia keluar, saya menyiapkan tempahan jahitan baju pelanggan, tetapi tidak lama kemudian saya terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada seorang rakan Shafik mengatakan anak saya cedera akibat terkena mercun," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kempunan masjid baru

Posted: 17 Aug 2011 09:56 AM PDT

SUNGAI BULOH: Bersolat di bawah pokok dan ada ketika hanya berbumbungkan langit. Itu situasi dilalui jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamiul Ehsan di Kampung Kubu Gajah, di sini, sejak 10 tahun lalu.

Keadaan itu menyebabkan ahli jawatankuasa (AJK) masjid berusaha mendapatkan dana bagi menyiapkan masjid baru di belakang masjid sedia ada.


Tinjauan mendapati, keadaan masjid sempit yang hanya memuatkan kira-kira 500 orang pada satu-satu masa memaksa pembinaan masjid baru disiapkan segera.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Kubu Gajah, Abdul Kadir Mohd Geroh, berkata selepas mendapat kelulusan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), pihaknya segera menyiapkan pembinaan masjid berkenaan.


"Projek yang dimulakan pembinaannya awal tahun ini sepatutnya dijangka siap September depan, namun disebabkan kurang peruntukkan menyebabkan ia dilakukan secara perlahan-lahan.


"Selain mendapat kelulusan pelan, kami meminta dana daripada Jais bagi mempercepatkan proses pembinaannya, namun tiada jawapan diberikan mereka sehingga kini," katanya.

Masjid yang menelan belanja hampir RM2.6 juta itu kini kerap terbengkalai dan hasrat bagi memberi peluang orang ramai menggunakannya pada Aidilfitri ini tidak kesampaian.


Berikutan itu, Abdul Kadir dan AJK masjid berusaha mendapatkan bantuan mana-mana pihak selain bantuan barangan mentah yang diberikan oleh orang ramai seperti batu-bata dan simen.

"Kami berharap sasaran menyiapkan masjid ini mengikut tarikh ditetapkan terlaksana demi memberi keselesaan penduduk sekitar yang semakin bertambah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Hancur kuartet agenda dalang

Posted: 17 Aug 2011 08:52 AM PDT

"SIAPAKAH punca kehancuran kuartet 4x100 meter ini." Itu persoalan yang ditimbulkan Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Karim Ibrahim berhubung kehancuran skuad 4x100m wanita negara.

Tidak mahu menamakan siapakah individu itu, Karim berkata, kehancuran kuartet itu timbul kerana adanya individu yang mempunyai agenda menghancurkan barisan pelumba itu.


"Semua kerana kepentingan sendiri. Adanya agenda politik dan beberapa perkara yang mengakibatkan empat pelari ini terus membawa diri masing-masing.

"Sehingga kini skuad 4x100m negara dilaporkan tidak lagi berlatih bersama. Saya menerima laporan daripada ketua jurulatih, Harun Rasheed yang kini berada di Shenzhen, China sempena Sukan Universiti Dunia, bahawa ada atlet yang datang berlatih dan ada yang datang sekejap dan kemudian balik," kata Karim.


Sehingga kini dilaporkan kuartet terdiri daripada Nurul Sarah Abd Kadir, Siti Fatimah Hassan, Siti Zubaidah Adabi, Yee Li Leng dan Norjannah Hafizah Jamaluddin sudah tiga bulan tidak berlatih bersama.


Mereka turut menolak untuk menjalani latihan di luar negara biarpun mesyuarat Jawatankuasa Kerja Olahraga, Isnin lalu bersetuju menghantar kuartet itu menjalani latihan di Eropah.

Bagaimanapun demi pembangunan sukan olahraga negara, satu perjumpaan akan diadakan membabitkan semua atlet terbabit sejurus pulang ke tanah air dari Shenzhen.


Karim berkata, perkara itu sudah diusul kepada Presiden KOAM, Datuk Seri Shahidan Kassim dan beliau tidak akan berputus asa untuk menyatukan kembali kuartet yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan berusia 21 tahun ketika di Poland tahun lalu.

Ketika kuartet itu di ambang kejayaan, isu dadah yang melanda barisan pelari itu menjadi titik tolak kepada perpecahan kuartet yang sebelum ini dikatakan berpeluang cerah menghadiahkan emas di Sukan Sea Palembang. Kelima-lima atlet wanita serta Mohd Noor Imran A Hadi sebelum ini mencetuskan kontroversi selepas enggan memberikan sampel air kencing apabila diminta berbuat demikian pada Jun lalu sekali gus mengundang pelbagai tanggapan negatif terhadap kemungkinan mereka menggunakan bahan terlarang. Hasil ujian bagaimanapun didapati negatif.


"Lihatlah apa yang terjadi. Perkara ini sudah menyakitkan hati semua orang, keluarga dan juga atlet. Saya juga rasa sakit hati dan sedih. Jika boleh saya mahu melihat anak tempatan terutamanya kuartet wanita ini melangkah sehingga Olimpik," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kim Swee bimbang

Posted: 17 Aug 2011 08:48 AM PDT

DI SEBALIK kegembiraan menyaksikan anak buahnya melakar kemenangan ke atas kelab Liga Satu Slovakia, MFK Dolny Kubin 2-0 kelmarin, jurulatih skuad Olimpik, Ong Kim Swee masih lagi dilanda kebimbangan.

Ini kerana beliau berpendapat, persiapan lebih sebulan di Vion, Slovakia masih belum cukup bagi mengharungi pusingan ketiga kelayakan Sukan Olimpik London 2012 terutama berdepan Jepun pada aksi pertama Kumpulan C bulan depan.


Apa yang diharapkan Kim Swee ketika ini adalah rancangannya untuk mengadakan satu lagi latihan pusat di Shanghai, China yang dijadual pada 9 September selama 11 hari sebelum berangkat ke Jepun tidak berdepan masalah.

"Saya merancang untuk mengadakan dua perlawanan persahabatan dengan kelab liga utama di China sepanjang berada di sana nanti tapi sehingga kini perkara ini masih belum pasti.


"Jika tidak ada perlawanan persahabatan sebelum menentang Jepun memang susah sikit untuk saya membuat persiapan. Macam sebelum ini pada pusingan kedua kelayakan, skuad Olimpik mengadakan perlawanan persahabatan di Qatar sebelum bertemu Lubnan. Saya harap pihak pengurusan (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dapat membantu," katanya yang dihubungi Arena Metro di Slovakia semalam.


Menurut Kim Swee, beliau memilih Shanghai sebagai destinasi kedua latihan pusat apabila pulang ke tanah air dari Slovakia pada 28 Ogos ini atas faktor cuaca dan jarak perjalanan dari Shanghai ke Fukuoka, Jepun yang dekat.

Sementara itu, skuad Olimpik negara bangkit selepas aksi mengecewakan ketika tumpas kepada Budapest Honved FC 1-4 minggu lalu dengan merekod kemenangan ke atas Dolny Kubin menerusi jaringan pemain sayap Wan Zack Haikal Wan Noor pada minit kesembilan dan penyerang Ahmad Hazwan Bakri (m-37).


Ini kemenangan keempat dalam lima perlawanan persahabatan sepanjang berada di Slovakia selepas menewaskan Bodva Moldava 1-0, Topvar Topolcany (2-1) dan Tatron Liptovsky Mikulas (2-1).

Kim Swee mengingatkan anak buahnya supaya tidak dibuai dengan kemenangan yang dicapai dalam siri perlawanan persahabatan di Slovakia kerana ia tidak akan bermakna jika gagal memberikan aksi terbaik pada pusingan kelayakan Olimpik.


"Sememangnya setiap kemenangan tidak kira dalam apa perlawanan sekalipun adalah satu kejayaan. Keputusan di sini tidak mustahak kerana apa yang penting prestasi di pusingan kelayakan nanti namun kemenangan yang diraih skuad Olimpik ini sekurang-kurangnya akan meningkatkan moral pemain," katanya.


Selepas menjadi wakil tunggal dari Asia Tenggara ke saingan peringkat kumpulan kelayakan Olimpik London, Malaysia diundi bersama Jepun, Bahrain dan Syria dalam kumpulan C.


Malaysia memulakan kempen menentang Jepun di Stadium Tosu pada 21 September ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved