Sabtu, 27 Oktober 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Global: Wanita Libya turut tumbang Gaddafi

Posted: 02 Oct 2011 08:51 AM PDT

"Orang lelaki mati ketika mereka terpaksa berjuang tanpa senjata dan sanggup bergadai nyawa demi melindungi kami sedangkan kami duduk di rumah tidak buat apa-apa. Kami seolah-olah jadi barang antik," kata wanita bertudung itu lagi sambil cuba membetulkan cara dia memegang senjata api.

"Konco-konco Gaddafi boleh datang bila-bila masa, saya bersedia mempertahankan diri sendiri dan rumah kami jika perlu," katanya lagi.

Pelatih sukarelawan di pusat latihan ketenteraan itu berkata, mereka berasa sangat tidak berdaya ketika pergerakan menumbangkan pemerintahan Gaddafi terutama apabila mendengar berita ada wanita dirogol oleh askar. Kini mereka tidak mahu lagi duduk diam, sudah sampai masa untuk menunjukkan bahawa wanita juga boleh melindungi keluarga.

Sekurang-kurangnya 200 wanita sudah berjaya menamatkan program latihan itu sejak ia dimulakan di Kawasan Ketenteraan Teknikal Benghazi hujung Mac lalu. Mereka diberikan pilihan menyertai Pasukan Keselamatan Kebangsaan yang beroperasi seperti Pengawal Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat dan membenarkan wanita berkenaan bergerak di kawasan sendiri. Belum ada cadangan untuk menghantar tentera wanita ini ke barisan hadapan pertahanan negara.


Satu unit yang dianggotai 20 tentera wanita tidak bersenjata bertugas ketika Perdana Menteri British, David Cameron dan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy melawat Benghazi bulan lalu dan memberikan ucapan di depan ramai penduduk Libya.


Pasukan keselamatan wanita itu berdiri memerhatikan dan mencari wanita yang mencurigakan kerana bimbang jika ada penyerang yang menyamar dengan memakai pakaian perempuan.

Menurut komander tentera di Benghazi, Abdul Basit Haron, pejuang revolusi termasuk wanita akan menerima sekali bayaran berjumlah RM15,000. Pembabitan wanita dalam ketenteraan sangat penting kerana ia boleh membangkitkan dan menguatkan semangat tentera.

Ini kerana wanita berasa mereka diketepikan dan sanggup datang ke sini untuk membuktikan bahawa mereka setanding dengan lelaki. Mereka mahu menunjukkan kepada dunia keberanian dan sikap terbuka penduduk Libya.

Sebenarnya peranan wanita masih menjadi isu sensitif di negara Islam konservatif itu. Malah, sepanjang pemerintahan Gaddafi, polisi yang dibentuk bertujuan memecahkan pantang larang turun temurun mengenai pekerjaan wanita dan status mereka. Gaddafi sendiri melantik pengawal peribadi wanita tetapi peluang yang diberikan untuk wanita mengisi jawatan di dalam kerajaan masih sangat terhad.

Tentera wanita adalah satu perkara yang sangat asing di kebanyakan negara Arab tetapi kini ia menjadi pemandangan biasa di Libya. Di mana-mana ada saja tentera wanita beruniform, bertudung, bercermin mata hitam dan bermekap tebal mengawal bandar. Satu kumpulan wanita dilaporkan mempunyai pusat soal siasat sendiri bagi menahan aktivis antiGaddafi.

Kolonel Sabriya Mohammed al-Shraidi, anak kelahiran Benghazi yang menamatkan pelajaran di sekolah ketenteraan pada 1986 dan kini berada

di unit penyiasatan tentera berkata, lapan pegawai ditugaskan melatih 36 sukarelawan - iaitu kumpulan keempat yang akan tamat latihan tidak lama lagi.

"Kebanyakan wanita ini adalah suri rumah dan ada yang bekerja. Mereka tiada pengalaman dalam ketenteraan dan tidak tahu bagaimana menggunakan senjata. Jadi mereka datang ke sini untuk menjalani latihan, jika perlu mempertahankan diri sendiri dan anak-anak. Kita tidak tahu bila kemahiran ini diperlukan, segala-galanya boleh terjadi," katanya.

Pelatih tentera ini diberikan pelbagai latihan menggunakan semua jenis senjata ringan dan ilmu mempertahankan diri. Mereka yang diberikan latihan ini akan membantu menjaga keselamatan ketika demonstrasi, di bank dan institusi lain.

"Ramai orang anggap wanita tidak elok masuk tentera. Anggapan ini salah. Ramai wanita terbabit dalam bantuan kemanusiaan dan penyeludupan senjata api untuk pemberontak dengan menyembunyikan senjata dalam jubah mereka.

"Sebenarnya wanita sudah banyak memberi sumbangan dalam revolusi ini melalui pelbagai cara. Tetapi mereka masih dipinggirkan dan diketepikan. Kini sudah ada peluang untuk kami menunjukkan sumbangan secara terang-terangan, tiada apa yang hendak dimalukan apabila menjadi tentera. Masyarakat sekarang bukan lagi seperti zaman Gaddafi dulu yang memandang rendah wanita yang masuk tentera," katanya.

Wafa al-Rayth, 29, suri rumah, berkata dia menyertai program ketenteraan itu untuk menunjukkan pada dunia bahawa wanita Libya berupaya berganding bahu dengan lelaki dalam menjaga keamanan negara.

"Sudah sampai masa kami membantu meluaskan keamanan dan mengawal negara, terutama dalam tradisi kami yang memerlukan wanita mengawal tempat perjumpaan wanita dan memeriksa beg mereka bagi memastikan tiada lelaki menyamar untuk melakukan jenayah," katanya.

Bagi jurutera berusia 20 tahun, Lameis Aghnaish, dulu ketika era Gaddafi dia cuba berhijrah ke negara lain tetapi kini dia bangga tinggal di Libya.

"Dulu hidup kami sangat susah, sebab itulah saya mahu berhijrah. Masa itu saya tidak rasa sayang pun pada negara, tetapi keadaan kini sudah berubah. Saya sanggup mati demi negara ini. Saya akan kembali bekerja selepas keadaan kembali aman. Apa yang penting kini ialah memastikan negara aman dan selamat," katanya. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2011/10/02


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Bimbang jadi Highland Towers

Posted: 26 Oct 2012 02:15 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Kami tidak mahu kejadian seperti Highland Towers berulang di kuil Batu Caves ini. Arahan henti kerja yang muktamad perlu dikeluarkan kerajaan negeri segera," kata Pengerusi Kuil Sri Subramaniyar Swami Devasthanam, Datuk K Nadarajah yang berhimpun bersama lebih 300 masyarakat India di pekarangan kuil berkenaan bagi menyatakan bantahan terhadap pembinaan kondominium setinggi 29 tingkat di Jalan Batu Caves, di sini, semalam.

Pihaknya menggesa kerajaan negeri segera mengeluarkan arahan henti kerja terhadap pemaju projek sebagai keputusan muktamad dan bukan arahan sementara.


"Projek itu bukan saja menjejaskan struktur geologi di kawasan gua batu kapur terbabit, malah menjejaskan struktur kuil yang turut menempatkan tokong batu Muruga tertinggi di dunia," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh untuk menghalang pembinaan kondominium itu dan langkah segera perlu diambil berikutan pemaju sudah memulakan proses jualan unit kediaman berkenaan.


Katanya, projek itu hanya 400 meter dari kuil yang menjadi tumpuan penganut Hindu sempena Thaipusam dan pelancong dari seluruh dunia yang dikhuatiri boleh mengganggu kestabilan bukit batu kapur di kawasan berkenaan. Turut mengadakan bantahan aman itu, Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan dalam bidang infrastruktur, Datuk Seri S Samy Vellu, Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay dan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, T Mohan.


Nadarajah berkata, pihaknya memberi sebulan untuk kerajaan negeri menghalang pembinaan kondominium itu dan jika tiada tindakan positif diambil, pengurusan kuil akan mengambil tindakan undang-undang terhadap semua pihak berkaitan.

Bagi menyokong bantahan aman itu, wakil Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Lim Teck Wyn yang pernah membuat kajian terhadap struktur tanah di kawasan Batu Caves turut menyatakan kebimbangannya mengenai projek berkenaan.


Lim berkata, ia tindakan berbahaya untuk menempatkan penduduk di kawasan berdekatan Batu Caves berikutan lokasinya yang terletak dalam zon paling berisiko.

Katanya, berdasarkan kajian ekologi, pembangunan sepatutnya dimulakan dalam jarak lebih 400 meter dari kawasan gua dan pembinaan kondominium itu terletak dalam Zon Risiko Tinggi yang terdedah kepada kejadian tanah runtuh.


Malah, katanya, pembinaan kondominium itu juga menjejaskan lebih 310 fauna dan 100 flora di kawasan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/27


Mangsa gores rugi RM175,400

Posted: 26 Oct 2012 02:07 PM PDT

MELAKA: Sebanyak RM175,400 kerugian akibat penipuan gores dan menang dilaporkan di negeri ini dari Julai hingga September 2012.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Soh Hock Sing berkata, kerugian itu membabitkan 32 aduan diterima pihaknya dalam tempoh berkenaan.


Katanya, kes terbaru membabitkan seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT), Isnin lalu di sebuah pasar raya di Cheng, dekat sini, yang diperdaya sehingga kerugian RM3,000.

Menurutnya, jumlah aduan berkenaan termasuk enam kes di Melaka Tengah oleh satu sindiket gores menang dianggotai lima individu membabitkan kerugian kira-kira RM20,000.


"Hasil risikan dan serbuan, lima lelaki berusia 18 hingga 36 tahun, termasuk penyelianya ditahan 16 Ogos lalu dan pihak kami turut merampas 43 keping kad cabutan bertuah dan masing-masing satu tilam jed, dapur memasak dan mesin urut.


"Bagaimanapun, mereka dibebaskan dengan jaminan pada hari berkenaan tetapi gagal hadir semula melaporkan diri pada tarikh ditetapkan," katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, kelmarin.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/27


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Guna pengalaman di kelab

Posted: 26 Oct 2012 07:34 AM PDT

MUNGKIN namanya kurang menyerlah di kalangan peminat dunia seni tanah air. Perkembangan kariernya juga kurang diikuti ramai. Namun itu bukanlah alasan besar buat Keena Mentor menghentikan terus perjuangannya dalam bidang seni.

Percaya kepada rezeki yang ditentukan Allah pada setiap hamba-Nya, gadis berusia 25 tahun yang bernama sebenar Suriana Abdul Wahab ini tidak pernah gentar menongkah arus yang datang.

Hasilnya, selepas empat tahun meninggalkan Mentor 3 pada 2009, gadis kelahiran Kelantan yang pernah bergelar protege Awie ini masih bertahan dalam bidang yang diminatinya.

Pelbagai perancangan dirangka untuk mengembangkan lagi kariernya. Bukan sekadar berbakat dalam nyanyian dan lakonan, bahkan Keena boleh dianggap anak seni versatil kerana berkebolehan menulis novel serta melukis.


"Syukur kerana saya dianugerahkan kebolehan ini. Biarpun publisiti mengenai karier saya jarang keluar di media massa, saya tetap ada rezeki dalam bidang seni.


"Boleh dikatakan jadual saya sering terisi dengan pelbagai undangan yang diterima. Mungkin bayaran yang diterima tidak banyak berbanding artis lain, tapi saya tetap bersyukur dengan limpahan rezeki setakat ini," katanya yang sentiasa ceria.

Tambah Keena, single pertamanya, Cinta Luluh berjaya diterima baik oleh peminat. Untuk terus kekal bersaing, dia perlu produk terbaru dan sekarang dia tampil dengan single kedua berjudul Hitam Puteh.

"Lagu ciptaan Sam/Kuman ini dinyanyikan secara duet dengan penyanyi Farhan Haidid. Saya yakin percubaan ini akan diterima baik kerana konsep begini sememangnya menjadi trend di kalangan peminat.

"Bercakap mengenai lakonan pula, saya sebenarnya sudah lama berlakon dan kemunculan pertama adalah menerusi filem Cinta Fotokopi membawa watak tambahan.

"Selepas itu, watak saya terus berkembang menerusi drama siri Nur, Akademi Polis, Hotel Mania, Cinta Liasari dan terbaru Abang Misi sebanyak 13 episod terbitan Juanridz Pictures Sdn Bhd.

"Dalam pada sibuk menyanyi dan berlakon, novel berjudul Cinta Luluh juga sudah siap dan menunggu masa untuk dilancarkan. Malah saya turut berjaya siapkan lukisan berkonsep abstrak sebanyak 30 keping yang sedia dijual pada bila-bila masa.

"Menambah lagi mungkin sudah rezeki, saya juga baru selesai berlakon teater pertama berjudul Nurnilamsari bersama kumpulan Anak Seni Warisan Selangor & Kuala Lumpur (Aswa). Saya pasti akan berlakon lagi sekiranya ada peluang selepas ini.

"Selain itu, saya juga kerap buat iklan komersial dan bertambah menggembirakan, saya baru habis buat 'meminjam suara' untuk siri animasi The Almighty Dark dalam bahasa Melayu.

"Sepanjang November, saya akan terbabit dengan sesi jelajah Aman College. Saya pernah menyanyi untuk mereka ketika majlis rumah terbuka dan selepas itu saya terus ditawarkan terbabit dalam program mereka.

"Kebolehan saya tak berhenti di sini kerana saya juga buat pakej mengacara. Selepas ini saya akan mengacara sebuah program TV sebanyak 13 episod," katanya yang turut berlakon filem berjudul Aiman Tak Kisah dan Tokak terbitan Mar Energetic.

Pengorbanan datang dalam pelbagai bentuk. Buat pertama kali dalam kariernya, Keena terpaksa berkorban meraikan ketibaan Aidiladha atau sinonim dengan panggilan Hari Raya Haji di perantauan.

Tuah menyebelahinya apabila diundang menjayakan persembahan di Abu Dhabi, sempena sambutan Aidiladha untuk kakitangan kedutaan dan pelajar Malaysia di sana semalam (26 Oktober).

Ditemani kakaknya, Suriani, Keena sudah berangkat meninggalkan Malaysia pada 23 Oktober (Selasa lalu) untuk menjalani latihan dengan band dan koir yang disediakan. Mereka dijadualkan pulang pada 28 Oktober.

"Memang agak sedih juga kerana sebagai anak bongsu daripada lapan adik beradik, saya biasanya sambut Aidiladha bersama keluarga. Tapi kalau difikirkan, peluang ini bukannya selalu hadir.

"Bahkan, ia ditunggu-tunggu oleh semua artis tanah air yang belum berkesempatan merasainya. Saya nak kejar sesuatu dalam karier. Sayanglah nak tolak kerana peluang begini sukar nak diperoleh lagi.

"Biarlah saya rasa pengalaman sambut Aidiladha di tempat orang pula. Lagipun saya ditemani kakak. Sekurang-kurangnya tak terasa sunyi dan terasing sangat nanti.

"Untuk persembahan ini, saya akan menyampaikan lagu Someone Like You nyanyian Adele, Aku Tak Biasa (Alda) dan lagu sendiri Cinta Luluh. Awalnya saya disuruh menyanyikan lagu Arab, tapi saya yang minta nak nyanyikan lagu sendiri.

"Saya dikira mewakili negara, takkanlah saya nak menyanyikan lagu orang lain pula kerana persembahan ini akan turut ditonton oleh jemputan luar, sudah pasti saya akan buat yang terbaik," katanya yang menyediakan pakaian yang sesuai antaranya baju kurung.

Mengulas mengenai pemilihannya, Keena berkata, segala-galanya ditetapkan oleh kedutaan Malaysia. Ia berdasarkan pengalamannya menyanyi di kelab dan pernah menyanyikan lagu-lagu Inggeris.

"Ramai yang tak tahu saya sebenarnya bermula di kelab sebelum menyertai Mentor.
Saya pernah bersama kumpulan Adam And The Outrageous sejak 2007 dan pernah menyanyi di kelab Aloha, Planet Hollywood, Rum Jungle.

"Selepas masuk Mentor, barulah saya bergerak menyanyi secara solo.
Alhamdulillah pengalaman menyanyi kelab banyak bantu beri keyakinan untuk saya apabila beraksi depan khalayak ramai," katanya yang turut mempunyai impian bergelar ahli perniagaan suatu masa nanti.

Keakraban Keena dengan Wan Cromok, pemilik syarikat Juanridz Pictures Sdn Bhd menerbitkan persoalan apakah mereka sedang bercinta? Namun pantas dia menafikan dan menjelaskan hubungan mereka tidak ubah seperti adik dan abang.

"Saya kenal dia sejak berlakon drama Nur lagi. Kebetulan pula dia berasal dari Kelantan, jadi hubungan kami terus rapat. Saya juga banyak belajar mengenai lakonan daripadanya.

"Bagaimana kami boleh dikatakan kami bercinta kerana dia sudah ada kekasih.
Jadi sesuai kalau dianggap hubungan ini seperti adik dan abang dan tak lebih daripada itu," katanya yang juga pernah dikaitkan bercinta dengan Mohd Mentor.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/26


Aidiladha lebih bermakna

Posted: 26 Oct 2012 07:21 AM PDT

AIDILADHA kali ini cukup bermakna buat pasangan personaliti RTM, Siti Murni Abdul Aziz, 26, dan Hisham Salleh. Anak tunggal mereka, Nur Irfan Wafiy, dua bulan 17 hari, kini sudah boleh dibawa berjalan jauh.

Ketika ditemui di kediamannya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor, Siti Murni yang mudah senyum ini bagaikan tidak sabar membawa anak kesayangan meraikan Hari Raya Korban di rumah mentuanya di Miri, Sarawak.

"Ikutkan sebagai orang Kelantan, Aidiladha diraikan cukup meriah di kampung halaman saya, Cuma sebagai isteri terpaksalah saya mengalah bila suami mengajak beraya di kampung halamannya. Maklum saja kehadiran Wafiy cukup bermakna pada keluarga Hisham kerana dia cucu pertama.

"Bagi pihak saya pula, entah berapa puluh cucu emak dan ayah saya? Moga kehadiran kami di Sarawak nanti akan disambut mesra," katanya.


Ketika berita ini ditulis Hisham dan Siti Murni mungkin selamat tiba di Miri.

Siti Murni dan Hisham bernikah pada Mei tahun lalu dikurniakan bayi pertama pada 5 Ogos lalu. Kedua-duanya menganggap kehadiran Wafiy sebagai hadiah berharga daripada Tuhan pada detik umat Islam mahu meraikan Aidilfitri lalu
Bagaimanapun kata Hisham di awal kelahiran Wafiy, hatinya sentiasa berdebar kerana bayi itu ditahan kerana dipercayai mengidap penyakit kuning.

"Baru saya tahu bagaimana risau hati seorang ayah apabila anak sakit, apatah lagi anak pertama. Ibu bapa saya dari Miri pun risau hingga sanggup terbang menjaga Wafiy, begitu juga keluarga isteri saya tidak lekang mendoakan agar Wafiy selamat. Syukur dia tidak ditahan lama," katanya.

Selain keluarga, sokongan dari rakan taulan turut memberi semangat pada pasangan muda ini. Bagi Siti Murni, perasaannya cukup terharu bila kakitangan dan personaliti RTM lain termasuklah Hani Hamid, Shahril Sharafudin dan Normazalina Mohd Noor datang menjenguk mereka di rumah.

"Saya rasa terhibur dan bersemangat menjadi ibu apabila rakan sekerja beri sokongan moral. Saya juga tidak sabar membawa Wafiy ke kampung halaman saya pula pada Hari Natal nanti kerana pada hari itu saya dan Hisham sudah memohon untuk bercuti lagi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/26


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Guru dera murid tadika dipecat

Posted: 26 Oct 2012 10:17 AM PDT

BEIJING: Seorang guru prasekolah di China dipecat selepas laman perkongsian foto di Internet menunjukkan dia mengangkat muridnya dengan memegang cuping telinga kanak-kanak malang itu.

Ibu bapa di wilayah Zhejiang di negara itu membuat aduan kepada jabatan pendidikan tempatan selepas imej tidak berperikemanusiaan itu dimuat naik dalam rangkaian laman sosial Weibo.


Foto itu menunjukkan Yan Yanhong, 20, tersenyum ketika dia mengangkat kanak-kanak yang menjerit kesakitan itu beberapa inci dari lantai di sebuah sekolah di bandar raya Wenling. Foto itu adalah satu daripada lebih 700 gambar yang dimuat naik Yanhong di Internet yang kelihatannya dirakam oleh guru lain.

Foto lain menunjukkan kanak-kanak dengan mulut mereka ditutup pita pelekat dan tangan mereka dilekatkan ke meja agar mereka duduk diam tidak bergerak. Satu lagi foto menunjukkan seorang kanak-kanak dicampak dalam tong sampah dengan belakang tubuhnya melengkung di tepi tong sampah.


Gambar terakhir menunjukkan kepala seorang kanak-kanak diserkup dengan bakul sampah.


Bagaimanapun, apabila bersemuka dengan media tempatan, Yanhong menjelaskan dia dan murid berkenaan hanya berseronok.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan: "Tadika itu diarahkan agar menyingkirkan guru terbabit dan melaporkan perkara itu kepada pihak keselamatan awam tempatan."


Pihak berkuasa yang menyiasat kes itu mendapati Yanhong tidak layak untuk kerja itu, tetapi diambil bekerja ekoran kekurangan tenaga pengajar.

Awal minggu ini seorang lagi guru di negara itu mencetuskan kemarahan apabila rakaman menunjukkan dia menampar kanak-kanak perempuan berusia lima tahun berulang kali. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/27


3 pengikut ajaran sesat buat pai dengan daging beberapa wanita untuk dimakan, dijual

Posted: 26 Oct 2012 10:13 AM PDT

RIO DE JANEIRO: Sekumpulan kanibal membunuh dan memasak mayat mangsa mereka sebelum dijadikan pai untuk dijual kepada orang ramai.

Mahkamah diberitahu, Jorge Negromonte, 50, isteri, Isabel Pires, 51 dan kekasihnya, Bruna da Silva, 25, memujuk beberapa wanita ke rumah mereka dengan berjanji untuk memberi pekerjaan sebagai pengasuh.


Mangsa kemudian dipenggal dan dikerat.

Ketiga-tiga pengikut ajaran sesat itu kemudian menggunakan daging mangsa mereka untuk dijadikan pai yang dikenali dalam bahasa tempatan sebagai 'empanadas' untuk dimakan dan dijual kepada jiran tetangga dengan harga RM1.50 setiap satu.


Mereka dihadapkan ke mahkamah di bandar kediaman mereka di Pernambuco, timur laut Brazil, buat pertama kali semalam, atas tuduhan membunuh Jessica da Silva, Alexandra Falcao dan Gisele da Silva.


Polis sebelum ini berkata, ketiga-tiga tertuduh mengaku membunuh enam lagi mangsa yang tidak dikenali.

Dakwaan itu menyerupai cerita fiksyen mengenai tukang gunting bernama Sweeney Todd di Victorian London.


Dalam cerita berkenaan, tukang gunting berkenaan mengelar tekak mangsa sebelum rakannya, Puan Lovett memasak pai menggunakan daging mangsa dan menjualnya kepada pelanggan.

Negromonte, isteri dan kekasihnya didakwa membunuh Jessica da Silva pada 2008. Mangsa tinggal bersama mereka dan seorang anaknya berusia setahun.


Bayi berkenaan dipaksa memakan pai yang dibuat daripada daging ibunya sebagai sebahagian daripada 'amalan penyucian.' Polis menangkap ketiga-tiga tertuduh selepas seorang daripada mereka cuba menggunakan kad kredit milik seorang gadis yang dilapor hilang berhampiran rumah mereka.


Penyiasat menggali taman di kediaman tertuduh dan menemui dua mayat, dipercayai gadis tempatan, Alexandra Falcao, 20, dan Gisele da Silva, 30.


Kedua-dua mangsa dilapor dilihat berhampiran kediaman tertuduh sejurus sebelum mereka dilaporkan hilang.


Abang Negromonte, Irenaeus memberitahu mahkamah, adiknya tidak mungkin melakukan jenayah itu kerana dia tidak makan daging.


Dalam pada itu, seorang adik Negromonte, Emanuel, 17 berkata: "Ketika kanak-kanak, abang saya adalah remaja normal dan mempunyai ramai rakan. Tetapi selepas berusia 17 tahun, dia sering membuat komik yang mempunyai babak keganasan terhadap wanita." - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/27


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


‘Tuisyen’ dagang tubuh

Posted: 26 Oct 2012 02:38 PM PDT

KUALA LUMPUR: Bagi menarik lelaki hidung belang melanggani pekerja khidmat seks warga China dan Vietnam yang baru tiba di Malaysia, sindiket pemerdagangan manusia menganjurkan 'sekolah mini' kursus bagi mempelajari bahasa tempatan bagi memudahkan komunikasi.

Antara perkataan yang diajar ialah abang, sayang, cinta, saya bersih, kacak, atas atau bawah dan baring.

Bagaimanapun, jika gagal menguasainya dalam masa tiga hari, mereka dipukul
Harian Metro difahamkan, setiap wanita yang baru tiba di Malaysia diajar bapa ayam bertutur beberapa bahasa tempatan, termasuk Bahasa Malaysia bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan pelanggan.

Malah, wanita yang berjaya menguasai bahasa tempatan mampu meningkatkan pendapatan kerana lebih disenangi pelanggan. Tambahan pula, pelanggan dilaporkan lebih puas dengan layanan pelacur yang boleh berkomunikasi berbanding rakan sekerja yang hanya menggunakan bahasa isyarat.

Perkara itu didedahkan wanita dari China, Yen, 24, yang pernah berkhidmat dengan sindiket terbabit sejak setahun lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/27


Tiada lagi rajukan cucu

Posted: 26 Oct 2012 02:38 PM PDT

MUKAH: Hasrat seorang bapa untuk memenuhi permintaan anak lelaki bongsu, yang mahukan ikan sardin dan telur goreng sebagai juadah makan malam tidak kesampaian, apabila dua beranak itu maut selepas motosikal dinaiki bertembung sebuah kereta Perodua Viva di Kilometer 106, Jalan Sibu-Bintulu di sini kelmarin.

Sebelum kejadian, mangsa, Abu Bakar Bayang, 32, menunggang motosikal dibonceng anaknya, Peterson Gemat, 7, manakala seorang lagi anaknya, Robinson Merchi Abu Bakar, 4, di depan.


Mereka dikatakan dalam perjalanan dari Pasar Tepus, Ulu Balingian, Selangau, dekat sini, sebelum motosikal itu dirempuh Perodua Viva, kira-kira jam 7.40 malam.

Rempuhan kuat itu menyebabkan Abu Bakar dan Robinson parah di kepala dan maut di tempat kejadian, manakala Peterson, yang turut parah dikejarkan ke Hospital Sibu bagi mendapatkan rawatan. Bapa kepada Abu Bakar, Bayang Upap, 58, berkata, ketika kejadian, dia berada di Stapang menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka dan terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu.


Menurutnya, pada pagi kejadian, Robinson memintanya membelikan ikan sardin dan telur sebagai juadah makan malam.


"Saya kemudian meminta Abu Bakar membawa dua anaknya itu ke pasar untuk membeli bahan masakan berkenaan dengan menaiki motosikal kerana saya tidak sempat menghantar mereka.

"Robinson seakan merajuk dengan saya dan bersahaja memberitahu tidak akan membebankan saya lagi, tetapi tolong penuhi permintaannya untuk makan sardin dan telur ayam.


"Saya tidak sangka permintaan itu adalah yang terakhir dan tidak sempat menikmati makanan yang dibeli di pasar," katanya.

Mayat Abu Bakar dan Robinson dihantar ke Hospital Mukah dengan bantuan orang ramai jam 9 malam kelmarin, sebelum dituntut keluarga dan dibawa ke Rumah Panjang Tuan Rumah Rantai, Ulu Lirai, Ulu Balingian, jam 2 petang semalam.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mukah, Superintendan Omar Bakhtiar Yaakob ketika dihubungi, mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/27


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


‘Saya cukup masak’

Posted: 26 Oct 2012 09:40 AM PDT

JURULATIH Harimau Muda, Ong Kim Swee sudah cukup bersedia menghadapi apa saja kemungkinan pada masa depan selepas dihimpit cabaran demi cabaran yang langsung tidak menghalangnya membantu anak buahnya melakar kejayaan.

Pujian wajar diberikan kepada pengendali berusia 41 tahun itu kerana ketika berdepan masalah serta tekanan, Kim Swee tidak pernah mengecewakan peminat tempatan apabila terbaru membimbing anak buahnya menjuarai Kejohanan Jemputan Newspaper Cup di sebalik kehilangan kebanyakan tonggak utama kerana kecederaan serta di panggil menjalani latihan bersama Harimau Malaya.


Itu bukan satu-satunya masalah yang pernah di hadapi Kim Swee malah beliau pernah berdepan cabaran lebih besar ketika membantu skuad negara mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan Sea di Indonesia, tahun lalu.

"Saya sudah cukup masak menghadapi masalah kecederaan serta pemain dipanggil skuad utama. Memanglah saya akui kadangkala agak tertekan dan mengeluh tapi saya cuba ubah tekanan itu kepada satu cabaran.


"Takkanlah saya mahu mengalah awal-awal. Apa kata pemain pula nanti, sudah tentu mereka akan berasa kecewa jika saya mempunyai mentaliti seperti itu.


"Jadi walau apapun berlaku, saya perlu kuat dan cuba mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang saya hadapi.

"Cabaran demi cabaran ini menguatkan lagi semangat saya dan sudah bersedia menghadapi apa saja kemungkinan selepas ini," luah Kim Swee.


Ada yang mengganggap kempen Harimau Muda pada Kejohanan Jemputan Newspaper Cup di Vietnam baru-baru boleh 'bungkus awal' selepas Kim Swee kehilangan lima tonggak utama kerana disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya untuk persiapan aksi persahabatan menentang Hong Kong pada 16 Oktober lalu.

Lebih parah, Kim Swee turut berdepan masalah kecederaan membabitkan pemainnya sehingga menyaksikan hanya bergantung kepada 14 pemain saja untuk menggalas cabaran di Vietnam.


"Bagi saya pujian wajar diberi kepada pemain kerana mereka tidak pernah panik ketika berdepan tekanan termasuk ketika di Vietnam," kata Kim Swee.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/27


Aura Vettel

Posted: 26 Oct 2012 09:36 AM PDT

GREATER NOIDA, (India): Penyandang juara dunia, Sebastian Vettel mengungguli kedua-dua sesi latihan bebas Grand Prix India, semalam, ketika dia cuba untuk memenangi trofi keempatnya berturut-turut dan kemenangan bersejarah yang ketiga bagi takhta pemandu.

Pemandu Red Bull berusia 25 tahun itu merampas pendahulu kejohanan di perlumbaan terakhir di Korea Selatan dan berusaha untuk menjadi juara dunia tiga kali Formula Satu paling muda, apabila mencatat masa terpantas satu minit 26.221 saat pada sesi kedua.


Dia menamatkan cabaran di depan rakan sepasukan dari Australia, Mark Webber manakala Fernando Alonso (Ferrari), pendahulu kejohanan sebelum ini sebelum digantikan Vettel, ketiga.

Pemandu Jerman, Nico Rosberg keempat dalam kereta Mercedes di depan Kimi Raikkonen dari Lotus dan dua pemandu McLaren dari Britain, Lewis Hamilton serta Jenson Button.


Nico Hulkenberg, kelapan untuk Force India di depan pemandu Perancis, Romain Grosjean yang memandu untuk pasukan kedua Lotus serta Bruno Senna dari Brazil untuk Williams.


Pada hari cerah dan panas dengan suhu 28 darjah selsius, keadaan itu hampir sempurna buat Vettel ketika dia meneruskan prestasi cemerlang di Asia dengan mendahului sesi pertama dari Button selain mengekalkan kedudukan di depan pemandu lain pada sesi kedua.

Kemenangan di Singapura, Jepun dan Korea Selatan melonjakkan Vettel untuk mendahului tipis enam mata dalam senarai kedudukan tapi dengan persembahan jitu serta keyakinan tinggi menyaksikan pemandu Jerman itu mampu meraih takhta menerusi empat perlumbaan terakhir.


Kedua-dua Alonso dan Hamilton yang akan meninggalkan McLaren untuk Mercedes tahun depan turut kagum, tapi wujud sentimen yang Red Bull kini berada dalam kedudukan terbaik yang pernah memberikan mereka takhta berganda pada 2010 dan 2011. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/27


Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved