Isnin, 27 Mei 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Manfaat waktu terluang

Posted: 27 May 2013 06:02 AM PDT

Bukan semua wanita sanggup melakukan kerja membentang sejadah sebagai persiapan jemaah lelaki menunaikan solat Jumaat, tetapi itu yang dilakukan kumpulan wanita berusia 50-an di Masjid Bukit Rangin, Kuantan, sejak setahun lalu.

Tugas dilakukan dengan penuh keredaan dan seikhlas hati itu bukan saja meringankan beban siak masjid yang sudah uzur dengan kesihatan yang kurang mengizinkan tetapi wajar menjadi ikutan kepada masjid lain setiap kali kedatangan Jumaat.

Walaupun tugas itu sekadar menghampar sejadah memenuhi ruang solat masjid, golongan wanita terbabit tidak pernah menganggap tugas mereka renyah sebaliknya dilaksanakan dengan penuh kemuliaan.

Ahli Jawatankuasa (Biro Wanita) Masjid Saidina Othman ibni Affan, Bukit Rangin, Kuantan, Saadiah Abu Bakar, 56, berkata idea membantu tugas yang kebiasaannya dilakukan tok siak masjid bermula selepas mendengar ceramah agama di masjid berkenaan.

Foto

BERGOTONG-ROYONG membersihkan kawasan persekitaran masjid setiap Jumaat.

Foto

AZLINA menyiram pokok di sekitar masjid.


"Ustaz dan ustazah sering mengingatkan kami untuk melakukan kerja berfaedah jika mempunyai masa selepas menguruskan rumah tangga.


"Tidak ada salahnya kita membantu orang yang memerlukan lebih-lebih lagi ini kerja mulia yang jarang dilakukan kaum wanita kecuali membersihkan ruang solat wanita saja," katanya ditemui di masjid berkenaan baru-baru ini.

Saadiah berkata, setiap pagi Jumaat bermula jam 8.30 pagi dia bersama beberapa rakan mula membersihkan ruang solat di bahagian dalam dan luar masjid.

"Sebaik tiba, kami mengagihkan tugas masing-masing untuk menyiram pokok, menyapu sampah dan menyusun kerusi meja di bahagian luar.

"Kami lakukan seikhlas hati untuk memudahkan jemaah lelaki bersolat Jumaat. Ganjarannya hanya Allah yang Maha Mengetahui," katanya.

Chik Yahya,57, pula berkata, kelas agama yang dihadiri memberinya keinsafan untuk melakukan aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat terutama berkaitan keagamaan.

"Membantu menyusun sejadah setiap Jumaat adalah pekerjaan mulia kerana ia mengurangkan beban jemaah atau tok siak yang ditugaskan membersihkan kawasan masjid setiap hari.

"Bagi saya, kerja sukarela yang dilakukan ini pasti dibalas ganjaran yang bukan sedikit dan seharusnya direbut oleh kaum wanita yang mempunyai masa lapang di waktu pagi selepas menguruskan rumah tangga," katanya.

Chik yang menetap di Kampung Permatang Badak berkata, dia gembira melakukan kerja itu kerana memberinya peluang memupuk ikatan persaudaraan dalam kalangan wanita yang hadir.

"Kesibukan mengurus rumah tangga mengehadkan kami bertemu antara jiran tetangga. Dengan adanya aktiviti seperti ini, kami berpeluang bertukar pendapat, mendalami ilmu berkaitan agama dan saling membantu menguruskan aktiviti yang dirancang.

"Balasan atas semua yang dilakukan ini hanya Allah Maha Mengetahui tetapi sebagai seorang Islam, kita seharusnya memanfaatkan setiap waktu terluang dengan aktiviti berfaedah untuk mendapat pahala berganda," katanya.

Selain kerja sukarela membersih dan menyusun sejadah untuk bersolat Jumaat, mereka juga sepakat menggunakan masa terluang 'mengoyak dan menyiat' bahan bercetak yang mengandungi ayat al-Quran terutama kitab suci al-Quran dan muqaddam sebelum dibakar di relau yang disediakan di masjid berkenaan.

Asiah Supaat, 42, berkata, walaupun baru pertama kali didedahkan dengan aktiviti seperti itu, dia berasa teruja kerana digerakkan kaum wanita.

"Kebiasaannya, kaum wanita ini sentiasa sibuk di waktu pagi kerana menguruskan rumah tangga tetapi dengan kebijaksanaan akal fikiran, masa yang ada dibahagi sama rata.

"Jika dilakukan secara bergotong-royong, kerja yang banyak dapat disiapkan dalam tempoh yang lebih singkat," katanya.

Dia yang pertama kali berkunjung ke masjid berkenaan memilih untuk 'menyiat' al-Quran.

"Timbul perasaan sayu kerana terpaksa mencanai al-Quran sebelum memasukkan ke dalam plastik sampah untuk dilupuskan ke dalam relau yang disediakan di masjid ini.

"Daripada dibiarkan terus dalam almari dan berhabuk, lebih baik ia dilupuskan dalam cara yang paling diredai dan diberkati," katanya.

Bagi Azlina Samsuri, 50, kesempatan bergotong-royong membersihkan kawasan masjid termasuk menyiram pokok adalah rutin sama dilakukan di rumahnya.

"Semua ini tidak menjadi masalah kepada jemaah wanita kerana aktiviti ini sebahagian daripada ibadat yang dituntut dalam Islam.

"Kami ikhlas melakukannya dan tidak menuntut sebarang ganjaran atau upah daripada pengurusan masjid sebaliknya kami bergotong-royong menyediakan makanan dan minuman untuk berjamu selepas bekerja," katanya.

Sementara itu, setiausaha masjid berkenaan, Abd Aziz Awang, 70, berterima kasih kepada jemaah wanita yang sanggup menjalankan tugas berkenaan yang sebelum ini dipelopori jemaah lelaki.

"Sejak lebih setahun lalu mereka meluangkan masa bersama tok siak masjid membersihkan masjid dan menyusun sejadah malah memperuntukkan sedkit waktu merincih bahan bercetak yang mengandungi ayat al-Quran.

"Alhamdulillah, aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan yang sedia ada dalam kalangan jemaah masjid," katanya.

Abd Aziz berkata, dengan kewujudan pusat pengumpulan dan pembakaran al-Quran sejak lebih setahun lalu, masjid itu semakin dikenali ramai dan menjadi tumpuan untuk kerja pelupusan al-Quran.

"Sebanyak RM25,000 hasil sumbangan kariah masjid dan individu prihatin diperuntukkan bagi membina bangunan yang dijadikan pusat pengumpulan al-Quran dan relau untuk proses pembakaran.

"Banyak aktiviti keagamaan dilaksanakan di sini seperti kelas al-Quran, fardu ain, ceramah agama dan motivasi serta kursus pengurusan jenazah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/27

Kerja amal perlu pengorbanan

Posted: 27 May 2013 05:49 AM PDT

Kita biasanya diper­kenalkan dengan kerja amal di zaman persekolahan sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Di situ, sama ada kita aktif, sekadar menjadi pemerhati, peserta kecil-kecilan atau pengikut saja.

Kemudian kita masuk ke alam kerjaya yang membuat­kan kita lebih sibuk dengan persekitaran dan kawan-kawan baru. Seterusnya kita berkembang dan mengalami perubahan hidup kerana ada yang berkahwin dan mempunyai keluarga.

Sibuk dan tidak mempu­nyai masa adalah alasan klise ketika ini apabila kita tidak lagi terbabit dalam bidang komuniti amal. Kita memberi alasan mungkin akan turut serta selepas bersara atau selepas anak-anak besar dan bercucu pula.

Sebenarnya, bidang komuniti amal bukan sesuatu yang boleh dipaksa untuk disertai. Ia sesuatu yang perlu dilakukan penuh rela tanpa mengharapkan apa-apa balasan.


Ia juga boleh dilakukan bila-bila masa seperti masa yang kita gunakan untuk menyelak helaian majalah, menonton televisyen atau mempelajari resipi baru. Semuanya boleh dilakukan pada masa yang kita peruntukkan sendiri.


Mengehadkan masa setengah jam, satu jam atau dua jam seminggu pun sudah memadai. Mungkin juga dua jam sebulan. Asalkan kerja amal kepada komuniti tidak kita lupakan sebaik mening­galkan alam persekolahan.

Persoalannya ialah kehendak. Lalu, dalam me­ngingatkan tanggungjawab kepada komuniti, amat bagus pihak majikan juga menjalankan fungsi yang sama dengan apa yang dilakukan oleh pihak sekolah atau universiti iaitu mengingatkan warga kerjanya mengenai kerja amal kepada komuniti tidak kira kecil atau besar.

Premiere Conferencing (M) Sdn Bhd (PGI) melakukannya! Raja Saliza Raja Jaffar, eksekutif yang bekerja di situ dilantik sebagai pe­ngendali aktiviti sosial mereka di hujung minggu.

Kata sepakat diambil untuk program amal mereka dilakukan dengan berkunjung ke Ronald McDonald House (RMHC) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras.

Sembilan kakitangan hadir membawa bersama ahli keluarga dan rakan rapat menjadikan jumlahnya 16 orang.

Rumah RMHC ialah sebuah penempatan sementara yang dibina pada 1999. Ia dilengkapi keperluan asas yang cukup selesa iaitu 19 bilik berhawa dingin, bilik membaca, bermain, surau, ruang makan dan memasak, ruang dobi dan taman permainan.

Tempat ini adalah untuk mereka yang sedang menunggu anak yang ditahan di wad HUKM kerana sesuatu penyakit.

Sebelum melakukan program yang dirancang, Raja Saliza bersama rakan dibawa kakitangan RMHC, Afraz Said melawat keseluruhan dalaman dan luaran rumah itu.

"Buat masa ini ada 14 keluarga yang menghuni bilik di sini. Mereka berehat, tidur dan kemudian ke wad semula melihat ahli keluarga yang ditahan di sana. Begitulah rutinnya," kata Afraz kepada sukarelawan PGI.

Keluarga yang tinggal di RMHC boleh tinggal selama mana di bilik mereka selagi anak mereka masih ditahan di wad. Sepanjang pengalaman Afraz di situ, dia mempunyai tetamu yang tinggal sehingga dua tahun lamanya.

"Syarat untuk tinggal di sini ialah anak mereka mestilah berusia 18 tahun ke bawah. Sekiranya ramai yang memohon untuk ting­gal pihak kami akan mengutamakan berdasarkan tempat asal mereka dan kedudukan kewangan," katanya.

Ini bermakna, RMHC lebih mengutamakan mereka yang kurang berkemampuan kerana caj yang dikenakan pun sangat murah iaitu RM5 sehari saja.

Tamat sesi lawatan, sukarelawan PGI mengambil tugas masing-masing. Sukarelawan lelaki menyapu daun kering di luar dan berkebun manakala yang perempuan memasak di dapur.

"Hari ini kami mahu menyediakan spagheti, kepak ayam goreng, sandwic telur, kentang putar, puding dan buah-buahan. Semuanya akan dimakan bersama-sama penghuni rumah di sini."

"Saya bersyukur semua­nya berjalan lancar. Kawan-kawan memberitahu mereka sangat gembira dengan program ini. Kami dapat berkenalan dengan RMHC serta anak-anak dan keluarga mereka yang tinggal di situ," kata Raja Saliza.

Sukarelawan daripada PGi berasa walaupun sumbangan mereka kecil, ia amat bermakna di hati mereka apatah lagi ada yang pertama kali menyertai program amal komuniti sedemikian.

Raja Saliza yang memang pandai memasak membahagikan tugas kepada rakannya supaya semuanya dapat disiapkan mengikut waktu.

Reena Gan, 30, sangat gembira kerana dapat me­ngenali RMHC dengan lebih dekat.

"Sebenarnya ini pertama kali saya menyertai program amal dan saya anggap ia permulaan yang sangat baik. Ia bukanlah apa yang kita sumbang­kan tetapi apa yang dapat kita pelajari antara satu sama lain. Kami sama berkebun, memasak, mencuci dan mahu menggembirakan kanak-kanak di situ," katanya.

Jessy Ow, 26, pula berasa dia pasti mencuba untuk berkunjung ke RMHC lagi.

"Hidup ini sangat pendek dan perkara yang tidak terjangka selalu terjadi. Jadi kita harus menghargai apa yang kita ada sekarang. Saya bangga dengan apa yang dilakukan oleh RHMC," katanya.

Jessy walaupun sibuk membantu di dapur, tidak melepaskan peluang me­ngambil gambar sepanjang program berlangsung sebagai kenangan.

Ronald McDonald House boleh dihubungi di talian +603 91735994 atau layari www.rmhc.org.my/rmh.asp

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/27
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Drebar menjerit minta diselamat

Posted: 26 May 2013 11:36 AM PDT

Baling: "Saya tidak mampu berbuat apa-apa melainkan menjerit meminta pertolongan daripada orang ramai apabila tersepit di tempat duduk pemandu dengan kepala menjunam ke bawah selepas lori terhumban ke dalam anak sungai."

Begitu kata Muhammad Rahmat Kamarudin, 33, apabila lori dipandunya terhumban ke dalam anak sungai selepas melanggar besi penghadang jambatan di Kilometer 33.4 Jalan Sungai Petani-Baling, berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Tawar, jam 4.30 petang kelmarin.


Mangsa berasal dari Kampung Bukit Gajah, Simpang Pelangi, Bentong, Pahang, dikatakan dalam perjalanan dari Sungai Petani membawa aiskrim untuk dihantar ke Jerteh, Terengganu.

Muhammad berkata, sebaik tiba di jambatan itu, dia tergaman dan tidak dapat mengawal lori berkenaan lalu melanggar penghadang jalan sebelum terjunam ke dalam anak sungai.


"Jambatan kecil dan sempit sehingga tidak mampu mengawal lori yang sarat muatan lalu melanggar penghadang sebelum terjunam.


"Akibatnya, saya tersepit di pintu dan stereng lori menyebabkan tidak dapat keluar menyelamatkan diri meskipun ketika itu kepala semakin mencecah sungai," katanya.

Foto

BOMBA berusaha mengeluarkan Muhammad yang tersepit di tempat duduk pemandu selepas lori dipandu terjunam ke dalam sungai.

Menurutnya, dia tidak pernah melalui jalan itu untuk ke Terengganu, tetapi bernasib baik kerana penduduk yang tinggal berdekatan datang membantu sebelum mendapat pertolongan daripada polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM).


"Kalau tidak tak tahulah apa yang akan terjadi kerana lori itu makin menjunam ke dalam sungai dan saya akan lemas sekiranya lewat mendapat pertolongan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Mat Daud Mat Hasan mengesahkan kejadian dan mangsa dihantar ke Hospital Baling kerana mengalami kecederaan di kaki, kepala dan tangan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/27
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Penjenayah rempuh kenduri kahwin

Posted: 26 May 2013 11:46 AM PDT

Gopeng: "Saya bersama tetamu lain tidak dapat mengelak kerana kereta jenis Proton Pesona itu sudah terlalu hampir dan hanya menyedari kami sudah tercampak beberapa meter.

"Saya kemudian segera mendapatkan anak yang sudah terbaring di bawah khemah dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum membawanya ke Hospital Kampar.

"Bagaimanapun, kecederaan teruk menyebabkan anak saya terpaksa dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sebelum disahkan meninggal dunia enam jam kemudian akibat kecederaan parah di kepala," kata T Thenarasu, 24, bapa kepada Thamilarasan, 18 bulan yang maut dalam kejadian sebuah kereta dinaiki empat lelaki dipercayai penjenayah dikejar kereta peronda polis yang terbabas dan melanggar khemah majlis kenduri kahwin di Kampung Kopisan, jam 11 malam kelmarin.

Mangsa bersama bapa dan ibunya serta beberapa tetamu lain sedang menjamu selera di bawah khemah sebelum mereka dirempuh kereta dinaiki empat suspek berkenaan.

Foto

KERUSI dan meja berselerak selepas sebuah kereta yang dikejar polis merempuh majlis perkahwinan.


Insiden pilu itu menyebabkan mangsa, bersama bapanya, tercampak beberapa meter.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/27

Dua mayat bawah pokok pisang

Posted: 26 May 2013 11:33 AM PDT

Shah Alam: Polis menemui mayat dua lelaki disyaki dua sahabat warganegara Indonesia dikenali sebagai Dofi, 21 dan Saiful, 19, yang dilaporkan hilang oleh keluarga mereka di Seri Kembangan 1 Mei lalu.

Susulan penemuan itu, polis menahan dua individu bagi membantu siasatan, namun setakat ini mereka tidak dapat memastikan sama ada kedua-dua mayat terbabit mangsa yang dilaporkan hilang itu.

Walaupun siasatan awal polis mendapati mayat yang ditemui di bawah pohon pisang dekat Sungai Klang di Seksyen 26, di sini seakan-akan kedua-dua mangsa itu, namun pihak berkuasa masih menunggu laporan bedah siasat untuk membuat sebarang keputusan.

Ketua Polis Daerah Serdang Deputi Superintendan Lam Chien Fei berkata, memang pihaknya mengesyaki mangsa adalah warga asing yang dilaporkan diculik 1 Mei lalu, namun perlu menunggu laporan bedah siasat sebelum membuat kenyataan dan mayat yang ditemui sudah dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Foto

GAMBAR mayat ditemui yang dimuat naik dalam Facebook.


"Tidak banyak yang dapat saya katakan tapi sepanjang kes ini disiasat, kita sudah menahan dua suspek dipercayai terbabit dalam pembunuhan berikutan penemuan dua mayat berkenaan," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/27
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


'Bukan maknanya saya sempurna'

Posted: 26 May 2013 04:11 AM PDT

"Saya bertudung kerana Allah dan penghijrahan yang dilakukan ini pun rahsia Allah," Itulah jawapan pelakon terkenal Lisdawati ketika diminta mengulas penampilan barunya yang meraih pelbagai reaksi daripada pihak media dan peminat ketika ini.

Secara peribadi, kata pemilik nama sebenar Nisdawati Nazaruddin, 34, proses penghijrahan yang dilakukannya itu adalah secara perlahan-lahan dan bukannya berubah dalam masa yang singkat.

"Bila saya melakukan perubahan dari segi penampilan bukanlah bermaksud saya akan menjadi sempurna dalam segala hal. Terus terang, saya bukan berasal daripada keluarga yang mengenakan jubah dan purdah. Bagi saya, menutup aurat adalah satu proses peralihan dalam hidup saya sekarang.

"Masih banyak yang perlu diperbaiki dalam proses menjadi muslimah yang lebih baik. Saya sangat berharap, peminat di luar sana menerima perubahan imej saya secara perlahan-lahan dan janganlah terus menghukum sekiranya ada kenyataan saya yang disalahertikan orang," katanya.

Foto

FAUZI mahu Lis terus bertudung.

Foto

LIS bersama dua anak tiri.


Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini, hasratnya untuk mengenakan tudung sudah dipendam apabila kembali daripada menunaikan umrah dua tahun lalu.


Semuanya bermula ketika dia menunaikan umrah bersama pelakon lain termasuk Eja sempena penggambaran drama bersiri Dia Bukan Maryam arahan Erma Fatima yang membabitkan lokasi di Tanah Suci Makkah, ketika itu.

"Sebaik kembali daripada menunaikan umrah, saya mula melakukan perubahan diri secara perlahan-lahan dengan mengenakan pakaian menutup aurat seperti baju berlengan panjang dan labuh. Sehinggalah, hati saya terus terbuka untuk bertudung sepenuhnya kira-kira tiga minggu lalu," katanya.

Diminta mengulas isu dirinya yang didakwa tidak keberatan membuka tudung demi tuntutan watak, Lisdawati enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Saya tidak mahu kenyataan yang dibuat nanti menimbulkan salah faham hingga peminat terus menghukum saya pula. Saya sangat berharap janganlah isu itu diperbesarkan lagi. Apa yang ingin saya tegaskan di sini, berlakon adalah periuk nasi saya sejak dulu.

"Takkanlah saya nak berhenti berlakon semata-mata sebab bertudung? Karier saya adalah pelakon dan saya perlu bekerja dan membantu suami untuk menyara kami sekeluarga. Soal watak pula, saya akan berusaha mengelak watak yang memerlukan saya memakai baju seksi atau memilih watak yang lebih sesuai dengan penampilan baru sekarang.

"Bagaimanapun, saya merancang untuk menjadi penerbit kerana lebih mudah kita menentukan watak yang lebih sesuai dengan diri apabila kita berlakon dalam produksi sendiri," katanya.

Lisdawati ditemui pada majlis Amazing Red, Kurung, Kebaya & Hijab yang berlangsung di The Weld, baru-baru ini.

Bercerita perkembangan karier seni, kata Lisdawati yang sudah sedekad berlakon, dia bersyukur kerana masih mendapat kepercayaan daripada produksi yang berminat mengambilnya berlakon.

Walaupun sudah bertudung, saya masih berlakon macam biasa. Saya juga baru selesai menjalani penggambaran drama berjudul Dari Asar Ke Maghrib arahan Murali Abdullah yang diterajui pelakon veteran, Maimon Mutalib. Cerita ini menarik kerana watak itu memang dihasilkan untuk kak Maimon.

"Selain itu, kini saya sudah bersedia untuk memegang watak ibu berbanding dulu. Saya percaya watak seperti itu juga boleh menjadi watak utama dalam sesebuah drama," katanya.

Hijrah Lisdawati dapat sokongan Fauzi

Pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi, 40, mengakui dia sudah pun mengetahui hasrat isterinya untuk bertudung selepas mereka kembali daripada menunaikan umrah pada 2012. Kali pertama mereka menunaikan umrah bersama ialah pada 2011.

"Lis ada beritahu niatnya untuk bertudung itu tapi hatinya masih belum terbuka ketika itu. Bagi saya pula, suami mana yang tidak suka isterinya bertudung tapi saya suruh dia fikir masak-masak kerana dia rancak memenuhi undangan berlakon ketika itu. Kalau sudah pakai tudung peluangnya untuk pegang pelbagai watak agak terbatas.

"Saya juga tidak mahu dia pakai tudung kerana alasan tertentu seperti malu kalau sebab baru balik dari umrah. Maklumlah, kami pelakon sepenuh masa dan periuk nasi kami dalam bidang lakonan," katanya yang sibuk mengarah drama komedi Aiman Tempe Mania untuk saluran Astro Prima.

Bagaimanapun, kata Fauzi, dia hanya dapat tahu isterinya sudah berhijrah kira-kira dua minggu lalu.

"Lis menghantar gambarnya sudah bertudung menerusi MMS. Saya agak terkejut tetapi pada masa sama, saya terharu dan bersyukur. Lis juga beritahu saya, akhirnya dia sudah dapat satu nikmat yang dia tidak boleh cerita pada orang lain kerana semuanya rahsia Allah.

"Sebelum memutuskan untuk bertudung, Lis memang kerap mengikut anak sulung saya, Nurul Hainil Fatihah, 18, yang menuntut di Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang ke kelas agama dan usrah. Saya juga turut berdoa semoga Lis akan terus kekal bertudung sampai bila-bila pun," katanya.

Fauzi memiliki empat anak hasil perkahwinan terdahulu. Selain Fatihah, tiga lagi anaknya ialah Fareez, 16, Farisha, 14 dan Fikri, 11.

Hasil perkongsian hidup dengan Lisda, pasangan ini memiliki dua cahaya mata, Nur Aini Farhana, 5; Nur Aina Faznesya, tiga tahun setengah.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/26
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Robben wira, Ribery arkitek

Posted: 26 May 2013 09:39 AM PDT

London: Gerakan cemerlang Perancis-Belanda membabitkan Franck Ribery dan Arjen Robben pada minit terakhir melengkapkan pertembungan final menarik Liga Juara-Juara membabitkan dua kelab Jerman apabila Bayern Munich menundukkan Borussia Dortmund 2-1 di Stadium Wembley, awal pagi semalam.

Kuisan tumit pemain Perancis Ribery membolehkan pemain Belanda Robben merobekkan benteng pertahanan Dortmund dan mengelirukan penjaga gol Roman Weidenfeller untuk menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-89.


Gol itu menggembirakan penyokong Bayern yang menyaksikan pasukan mereka muncul juara Eropah buat kali kelima untuk menyamai rekod kemenangan Liverpool.

Hanya Real Madrid dengan sembilan kejuaraan dan AC Milan dengan tujuh kejuaraan mengatasi dua kelab itu dari segi rekod kemenangan.


Bayern menyerap asakan bertali-arus Dortmund sebelum mendahului pada minit ke-60 apabila Ribery dan Robben berganding mencipta jaringan sumbangan penyerang Croatia Mario Mandzukic yang menampan dengan kaki kirinya dari jarak dekat susulan hantaran lintang Robben.


Dortmund, yang memiliki tujuh peluang gol pada babak pertama, menyamakan kedudukan apabila pertahanan Bayern Dante menendang perut Marco Reus lapan minit kemudian dan Ilkay Guendogan mudah menewaskan Manuel Neuer menerusi sepakan penalti.

Foto

ROBBEN (kiri) jaringkan gol kemenangan Bayern.

Foto

GUENDOGAN (kanan) jaring gol tunggal Dortmund.

Namun ketika perlawanan kelihatan akan berlanjutan ke masa tambahan, Robben, yang gagal menyempurnakan sepakan penalti pada final musim lalu, tampil menyambut tolakan tumit Ribery untuk menjaringkan gol kemenangan.


"Terlalu ramai memberitahu saya akan menjaringkan gol malam ini. Beberapa peluang awal saya gagal. Saya mendapat satu lagi peluang pada hujung perlawanan dan menggunakannya," kata Robben.

"Ia terlalu bermakna buat saya. Masih sukar untuk menyelaminya. Saya hanya boleh merumuskannya kemudian. Terlalu menggembirakan ketika ini, ia menakjubkan." Kemenangan itu meredakan kepahitan kekalahan Bayern di tangan Inter Milan pada final 2010 dan kekecewaan memilukan di tangan Chelsea menerusi penentuan penalti di stadium mereka sendiri setahun lalu apabila mereka menjulang trofi Piala Eropah buat kali pertama sejak 2001. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/26

Korea tak melawan

Posted: 26 May 2013 09:24 AM PDT

Kuala Lumpur: Satu lagi sejarah besar dilakar China apabila menjuarai Piala Sudirman buat kali kelima berturut-turut sekali gus mengukuhkan lagi dominasi mereka dalam sukan badminton namun ketua jurulatih Li Yongbo menafikan penggunaan "dominasi" kerana menganggap mereka sememangnya layak.

Kemenangan 3-0 ke atas Korea Selatan membuktikan betapa besarnya jurang antara juara dan naib juara kejohanan berpasukan campuran berkelas dunia ini.


"Kami tidak mendominasi kerana kami berusaha gigih dan banyak yang dikorbankan pemain serta jurulatih, jadi kami layak meraikan kejayaan ini," kata Yongbo.

Pada perlawanan akhir semalam, semua pemain China menang dua set tanpa balas, bermula dengan kemenangan Xu Chen-Ma Jin dalam beregu campuran yang mengatasi Ko Sung Hyun-Kim Ha Na 21-13, 21-15 dalam masa 37 minit.


Mata kedua China disumbang Chen Long, menang 21-15, 21-10 ke atas Lee Dong Kien, sementara mata ketiga dan kemenangan diraih beregu muda, Liu Xiaolong-Qiu Zihan yang mengatasi Sung Hyun-Lee Yong Dae 21-19, 21-17 dalam masa 44 minit.


"Sebenarnya saya bersedia untuk mengorbankan satu mata menerusi beregu lelaki, selepas kemenangan sengit 3-2 ke atas Indonesia di suku akhir dan 3-1 ke atas Denmark di separuh akhir. Tapi Xiaolong-Zihan yang kali pertama beraksi di Piala Sudirman, membalas kepercayaan saya.

"Saya memang menaruh harapan untuk mereka menang tapi tidak menyangka mereka mempamerkan prestasi melangkau tahap yang pernah mereka capai." Sementara itu, Chen Long langsung tidak menghiraukan tekanan menggalas tugas besar selaku perseorangan utama, tanpa kehadiran Lin Dan.


Menurut Yongbo, pemain nombor dua dunia itu tidak fokus malam semalam kerana terlalu bimbang.

"Chen Long beraksi dengan kekurangan tenaga tapi lawannya hari ini tidak berapa bagus dan belum mencapai tahap yang tinggi," katanya sambil menyifatkan pemain Korea tidak beraksi pada tahap terbaik semalam.


Dalam pada itu, Korea menganggap pencapaian muncul naib juara sebagai melepasi sasaran.


"Kami tidak menyasarkan untuk ke final dan pencapaian ini cukup memuaskan. Kami mesti meningkatkan prestasi terutamanya mencari jalan untuk melonjakkan prestasi perseorangan lelaki dan tugas kini bukan hanya dipikul Korea, sebaliknya semua negara badminton agar dapat menyaingi China," kata jurulatih beregu Korea, Ha Tae Kwon.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/27
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Padah ingin pinggul menarik

Posted: 26 May 2013 08:43 AM PDT

Los Angeles: Seorang ibu kepada dua anak semalam menceritakan bagaimana impiannya untuk memiliki pinggul lebih menarik berakhir dengan tragedi apabila dia terpaksa membuang kedua-dua tangan dan kakinya, selain hampir-hampir menemui ajal.

Apryl Michelle Brown tidak menyangka keputusannya memilih suntikan silikon di pasaran gelap menyebabkan dia berdepan maut.

Semua gara-gara bahan yang digunakan untuk menyuntik pinggul Apryl bukan silikon sebenar, sebaliknya hanya sejenis pelekat industri yang cuma sesuai digunakan di bilik mandi.

Sebelum itu, Apryl berasa pinggulnya tidak cukup menarik dan mahu menukarnya melalui suntikan silikon.

Foto

APRYL kini terpaksa meneruskan hidup tanpa tangan dan kaki.


Kata Apryl, 46, dia menyangka prosedur itu tidak membahayakan walaupun ketika itu dia mendapatkan khidmat daripada pihak yang tidak bertauliah.


"Hakikatnya, bahan yang digunakan itu tidak sesuai untuk manusia," katanya.
Insiden yang mengubah keseluruhan hidup Apryl mengalami itu berlaku pada 2004 apabila dua wanita menemuinya di salun kecantikan yang diusahakannya.

Kata Apryl, wanita terbabit datang ke situ untuk mencantikkan rambut mereka.

"Seorang daripada mereka menawarkan suntikan silikon tanpa lesen yang sedia memberikan khidmat ke rumah pelanggan.

"Untuk membuktikan keberkesanan suntikan itu, wanita terbabit menunjukkan rakannya yang memiliki pinggul menarik," katanya.

Melihat keadaan itu, Apryl berkata, dia menyangka keajaiban berlaku dalam hidupnya.

Namun, keputusan Apryl mempercayai wanita terbabit ternyata membawa dia ke ambang maut.

Apryl membayar upah kira-kira RM3,000 untuk dua suntikan pada pinggulnya.

Selama dua tahun selepas itu, kawasan suntikan berkenaan menjadi keras dan warna kulit menjadi kehitaman.

Tahun-tahun berikutnya, Apryl terpaksa menanggung kesakitan yang berterusan dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana doktor berpendapat, terlalu bahaya jika silikon itu dibuang.

"Saya terseksa sentiasa dan menjadi pengunjung biasa hospital kerana terpaksa bergantung kepada ubat penahan sakit.

Pada 2011, satu pembedahan bagi membuang bahan itu dijalankan tetapi gagal, menyebabkan pinggul Apryl berlubang dan menjadi punca kepada jangkitan kuman yang nyaris meragut nyawanya.

Doktor terpaksa meletakkan Apryl dalam keadaan koma selama dua bulan dan sepanjang tempoh itu menjalankan 27 pembedahan - bermula dengan memotong pinggulnya.

"Mereka menyelamatkan nyawa saya tetapi berlaku gangren pada tangan dan kaki, memaksa doktor memotong kedua-dua tangan dan kaki saya," katanya.

Di sebalik insiden itu, Apryl mengakui tidak ada sesiapa yang boleh dipersalahkan kecuali dirinya sendiri.

"Semuanya bermula kerana saya mahukan pinggul lebih besar," katanya. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/26

Lahir anak kedua atas kerusi roda

Posted: 26 May 2013 08:36 AM PDT

Tallahassee (Florida): Amy Beth Cavaretta dalam perjalanan ke hospital untuk melahirkan anak kedua apabila bayi itu 'tidak sabar' menunggu lebih lama, memaksa proses itu berlangsung hanya di atas kerusi roda di luar hospital.

Jurugambar akhbar South Florida Sun Sentinel, Emily Robinson memilih Amy sebagai subjek fotografinya kerana menyedari wanita terbabit mempunyai sejarah mudah bersalin.

Justeru, Emily menemani Amy dan suaminya, Joe Cavaretta, dari rumah ke hospital.

Sebelum mereka sempat masuk ke hospital, Amy bersalin dengan bantuan bidan, Laurie Ross-Berke, yang memang sedia menunggu di luar bangunan.


Cavaretta meletakkan Amy di atas kerusi roda dan anak mereka, Sienna, disambut Laurie di kaki lima depan hospital.


Satu daripada gambar dirakam Emily menunjukkan Cavaretta begitu emosi menyambut kedatangan Sienna. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/26
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved