Ahad, 21 Oktober 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Advertorial: Pastikan kebersihan di rumah

Posted: 21 Oct 2012 04:20 PM PDT

SETIAP orang pasti mahukan keadaan yang bersih dan selesa apabila menggunakan tandas bukan saja di tempat awam, hospital, sekolah malah paling penting di rumah anda sendiri.

Golongan wanita terutamanya, amat risaukan kehadiran bakteria berbahaya yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit serius. Justeru, lebih baik mencegah terlebih dulu sebelum nanti terpaksa bersusah payah mencari penawar bagi mengubati penyakit berkenaan.

Atas dasar kesedaran itu, syarikat Coway (Malaysia) Sdn Bhd menghasilkan produk inovasi terkininya iaitu tandas digital berasaskan sistem bidet yang menggunakan tenaga elektrik atau bateri bagi menggantikan kemudahan tandas konvensional.

Penggunaan sistem bidet ini hanya memerlukan pengguna duduk di atas mangkuk tandas dan selepas selesai membuang air kecil ataupun besar, mereka hanya perlu menekan butang disediakan di bahagian tepi.


Butang berkenaan berfungsi mengawal kekuatan pancutan air, sumber kuasa dan pelapik tandas yang boleh menyelaraskan suhu air mengikut keselesaan pengguna.


Selepas selesainya urusan, air akan terpancut dari penyembur untuk membasuh bahagian yang kotor itu. Kaedah pembersihan buih udara berevolusi membuatkan ia membersih dengan sempurna. Penapis MF seramik perak nano yang dipasang pula memastikan air itu adalah tulen dan bersih menggunakan bebola seramik perak. Pengguna tidak perlu risau mengenai cara memasangnya kerana pekerja penyelenggaraan daripada pihak Coway akan datang ke rumah untuk memberi khidmat pemasangan dan proses itu tidak mengambil masa yang lama.

Terkini, Coway dan Harian Metro bekerjasama melalui kempen Real Women Real Voices iaitu landasan untuk wanita di negara ini untuk mencuba, berkongsi pendapat dan pengalaman mengenai pelbagai perkara seperti percubaan produk serta perkhidmatan tertentu menerusi capaian alam maya supaya dapat dijadikan rujukan kepada orang ramai.

Kempen ini memerlukan 100 wanita untuk program percubaan percuma Coway Digital Bidet. Kelayakan bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Sekiranya terpilih, anda berpeluang mencuba Coway Digital Bidet selama sebulan secara percuma. Selepas merasainya sendiri, anda boleh berkongsi pengalaman anda itu di laman sosial Facebook, https://www.facebook.com/RealWomenRealVoices.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/22


Dua kesan bahaya demam

Posted: 21 Oct 2012 01:57 PM PDT

SEPANJANG membesar, kanak-kanak sering terdedah kepada masalah kesihatan yang biasa menyerang mereka, antaranya demam, selesema, kesakitan di bahagian abdomen dan cirit-birit.

Menjadi perkara biasa sekiranya anak mengalami masalah kesihatan berkenaan kerana ia sebahagian daripada proses membesar, tetapi ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan yang cukup bagi berhadapan dengan situasi itu.

Ini kerana, pengetahuan yang cukup mengenai penjagaan kesihatan anak-anak dapat menyelamatkan nyawa mereka selain membebaskan anak daripada kesakitan yang terlalu berat untuk ditanggung.

Pakar perunding pediatrik dan kardiologi pediatrik, Datuk Dr Zulkifli Ismail, yang mengulas mengenai tajuk 'Jangkitan Biasa Anak-Anak dan Imunisasi' dalam satu siri ceramah kesihatannya berkata, ibu bapa perlu faham apa yang berlaku pada kesihatan anak mereka.


Misalnya, ibu bapa perlu tahu suhu badan kanak-kanak yang normal adalah antara 36.6 hingga 37.5 darjah Celsius. Sekiranya lebih daripada paras berkenaan, ia menandakan anak mereka mengalami demam.


Katanya, suhu badan akan lebih rendah pada waktu pagi, tetapi meningkat pada penghujung hari selain memberi bacaan yang berbeza sekiranya suhu disukat pada telinga dan mulut dengan perbezaan 0.5 darjah Celsius.

"Semua ibu bapa harus mempunyai termometer di rumah supaya dapat memeriksa suhu badan sekiranya anak kelihatan tidak sihat. Jika tanya pada saya, tidak perlu termometer yang mahal, tetapi alat yang murah pun sudah memadai.

"Amat penting untuk mengesan demam kerana ia menjadi penanda simptom yang sedang berlaku dalam tubuh.

"Bagi suhu badan pada bacaan 37.5 darjah Celsius, ia sudah menandakan demam dan suhu 38.5 darjah Celsius pula menunjukkan demam yang lebih kuat," katanya.

Bagi bayi pula, mana-mana demam boleh menjadi serius dan demam yang terlalu tinggi menyebabkan ketidakselesaan.

Katanya, masyarakat sering terlepas pandang dua penyebab demam yang tinggi, iaitu ia boleh menyebabkan jangkitan di bahagian tengah telinga hingga boleh menyebabkan pekak dan jangkitan air kencing yang boleh merosakkan buah pinggang.

Apabila anak diserang demam, apa yang boleh dilakukan ibu bapa adalah memberi anak minum air yang banyak dan buka baju supaya suhu panas tidak terperangkap dalam tubuh.

Ibu bapa atau penjaga juga boleh menggunakan span atau kain yang dibasahkan dengan air paip dan ditekap pada tubuh anak untuk menarik panas keluar dari badan.

Kain yang ditekap pada badan perlu dibasahkan kembali sebaik ia mula panas dan proses diulang berkali-kali sehingga suhu badan anak menurun.

Beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak menggunakan air sejuk atau ais kerana ia boleh menyebabkan anak menggigil dan apabila ia berlaku, badan akan bertindak balas dengan menaikkan lagi suhu yang sudah pasti membahayakan anak mereka.

Katanya, ubat yang diberi pada anak ialah ubat yang diberi doktor diambil melalui mulut atau rektal dan dilarang sama sekali memberikan aspirin.

Walaupun ibu bapa dinasihatkan supaya tenang berhadapan dengan demam anak-anak kerana dengan langkah yang betul demam dapat dikawal, tetapi ada beberapa situasi di mana anak perlu dibawa berjumpa doktor.

Situasi itu sekiranya bayi berusia di bawah enam bulan, anak mengalami sawan, demam sudah berlarutan selama dua hari, jika demam ada kaitan dengan simptom lain, anak menjadi lemah dan tidak mahu makan atau minum, leher tegang, muntah dan menunjukkan sikap tidak keruan kerana kemungkinan ia ada kaitan dengan jangkitan meningitis.

Beliau yang juga Pengerusi Program Pengasuhan Positif yang dimulakan oleh Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) berkata, selain demam, kanak-kanak juga sering mengalami selesema yang boleh disebabkan oleh 300 virus berlainan jenis.

Selesema dikenal pasti menerusi bersin, mata berair, demam rendah, batuk, keletihan dan hidung berair. Simptom ini perlu dirawat yang mana ia akan pulih dalam masa kurang seminggu.

"Perkara biasa bagi kanak-kanak untuk mengalami selesema sehingga sembilan kali dalam setahun terutama selepas memulakan persekolahan tadika atau dihantar ke nurseri.

"Selain itu, kanak-kanak juga mudah terdedah kepada batuk dan batuk bersama hidung berair yang lazimnya berlaku apabila anak diserang selesema," katanya.

Beliau berkata, ibu bapa perlu mengenal pasti jenis batuk yang dialami anak mereka bagi mendapatkan rawatan bersesuaian seperti kepada bayi, batuk bersama hidung berair dan nafas pendek.

Katanya, keadaan boleh menjadi serius sekiranya batuk yang berlaku berterusan apabila ia berkait rapat dengan bronchiolitis dan asma.

"Pada masa sama, ada jenis batuk yang dinamakan nocturnal yang hanya berlaku pada malam hari dan ia dikaitkan dengan asma.

"Batuk dengan bunyi berdesing dikaitkan dengan serangan asma manakala batuk berserta pernafasan yang bising dikenali sebagai 'croup' manakala batuk berserta demam dan nafas pendek dikaitkan dengan pneumonia.

"Ada juga batuk yang datang secara tiba-tiba seperti selepas makan kacang dan ia menunjukkan alahan," katanya.

Bagi kes asma di kalangan kanak-kanak, Dr Zulkifli berkata, masalah itu menyerang kira-kira 20 peratus kanak-kanak yang berusia antara dua hingga tujuh tahun.

Asma yang mempunyai kaitan dengan batuk berdesing pada malam hari menunjukkan berlaku jangkitan virus dan inhaler akan diberikan oleh doktor bagi melegakan kesukaran bernafas.

"Ibu bapa dan penjaga perlu memainkan peranan mereka dalam menjaga kesihatan kanak-kanak supaya mereka tidak terdedah dengan elemen yang mampu mencetuskan masalah pernafasan ini antaranya tidak merokok di rumah, tidak memelihara haiwan dan elak meletakkan permaidani di rumah," katanya.

Beliau berkata, ibu bapa perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan membawa anak mereka bertemu doktor sekiranya anak mereka mengalami sakit abdomen kerana ia boleh menunjukkan satu keadaan yang sangat bahaya kepada kanak-kanak itu.

Selain itu, menurut Dr Zulkifli, anak kecil juga sering mengalami cirit-birit iaitu pembuangan najis secara kerap dan terlalu cair yang menyebabkan risiko dehidrasi.

"Kanak-kanak yang mengalami cirit-birit akan kekurangan air dan ia boleh dilihat dari mulut mereka yang kering selain kurang air mata dan kulit kering.

"Mereka perlu diberi air dalam jumlah sedikit, tetapi secara kerap dan meneruskan penyusuan susu ibu bagi bayi.

"Cara untuk mengelak perkara itu daripada berlaku adalah menjaga kebersihan diri, persekitaran, sering mencuci tangan dan tidak membiarkan susu lebih satu jam selepas dibancuh," katanya.

Menurut Dr Zulkifli, imunisasi anak bermula daripada pemberian susu ibu kerana ia membekalkan nutrien secukupnya pada bayi, bersih, selamat, steril serta mempunyai antibodi yang melindungi tubuh.

Penyusuan badan bersifat imunisasi pasif kepada bayi selain imunisasi aktif seperti suntikan yang diberi mengikut umur bersesuaian berdasarkan carta yang disediakan Kementerian Kesihatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/22


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Tujah muka sampai mati

Posted: 20 Oct 2012 07:29 AM PDT

JEMPOL: Pertengkaran mulut akibat perselisihan faham antara dua sahabat berakhir dengan tragedi ngeri apabila seorang maut akibat ditujah di muka dan dipukul dengan batang besi pengangkat sawit di sebuah ladang di Bukit Rokan Utara, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, mangsa berusia 39 tahun dan dua rakan berusia 40 hingga 45 tahun yang juga pekerja ladang pergi ke lokasi itu untuk mengambil hasil sawit.


Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, siasatan awal mendapati ketika menuai hasil, suspek berusia 45 tahun dipercayai bergaduh dengan menumbuk muka sehingga mangsa rebah.

"Suspek tidak berpuas hati terus memukul mangsa dengan sebatang besi pengangkat sawit sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.


"Seorang pekerja yang melihat kejadian itu melarikan diri untuk memaklumkan kepada pengurus ladang," katanya.


Menurutnya, mangsa yang maut ialah Mofis Ali, 39, manakala suspek ditahan sejam selepas kejadian adalah rakan sekampung mangsa di Bangladesh.

"Polis yang menerima laporan kejadian ke lokasi terbabit berjaya menahan suspek di rumah kongsi berdekatan ladang, sejam selepas kejadian.


"Rakan suspek yang terkejut dengan kejadian itu masih dalam keadaan tidak menentu kerana sedih akibat kehilangan rakan sekerja dan tidak menyangka suspek akan bertindak di luar jangkaan.

"Mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat, manakala rakan yang menyaksikan kejadian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol untuk diambil keterangan," katanya.


Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan kerana membunuh.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/20


JKM siasat remaja diseksa

Posted: 20 Oct 2012 07:26 AM PDT

BATU PAHAT: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan kini menjalankan siasatan menyeluruh berkaitan empat remaja mendakwa diseksa di sebuah rumah perlindungan di Rembau, menyebabkan mereka melarikan diri, Selasa lalu.

Jurucakap JKM Negeri Sembilan berkata, setakat ini belum ada keputusan dibuat kerana siasatan masih dijalankan.
"Kami memerlukan masa mengumpul maklumat sebelum mengambil tindakan susulan," katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak), Mohammad Khairul Hafiz Abdullah berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap rumah perlindungan remaja terbabit jika dakwaan empat remaja itu benar.
Menurutnya, pihak diamanahkan menjaga remaja itu perlu melakukan tugas dengan ikhlas bagi mengelak perkara seperti ini berlaku.
"Kejadian seperti itu pernah terjadi sebelum ini di tempat dan lokasi berbeza, tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap pengurusan serta kakitangan rumah kebajikan terbabit.

"Penderaan ini adalah satu penganiayaan dan pencabulan hak remaja berkenaan. Jika dakwaan ini benar, kami akan mengambil tindakan undang-undang selain berusaha meminta mahkamah memberi kebenaran kepada pihak berkaitan membuat lawatan mengejut di rumah perlindungan terbabit," katanya, semalam.
Menurut Khairul, lawatan mengejut itu bertujuan menyelami apa sebenarnya berlaku di situ selain berusaha memastikan kejadian dera dapat ditangani.

"Kami beranggapan tiba satu tahap untuk mewujudkan lembaga pelawat yang akan membuat pemeriksaan dan lawatan ke rumah perlindungan seperti ini bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini terjadi," katanya.
Kelmarin, Harian Metro melaporkan, empat remaja mendakwa terpaksa melarikan diri kerana tidak tahan ditampar dan diterajang penghuni serta kakitangan rumah perlindungan remaja terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/20


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Sejarah Sepang

Posted: 20 Oct 2012 10:30 AM PDT

MUHAMMAD Zulfahmi Khairuddin mencipta sejarah baru negara apabila muncul pelumba pertama negara yang memulakan perlumbaan Moto3 hari ini di petak pertama selepas mempamer tunggangan sensasi untuk mencatat masa terpantas 2 minit 13.885 saat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam.

Lebih membanggakan dia muncul satu-satunya pelumba yang mencatat masa di bawah 2 minit 14 saat selepas pelumba Mapfre Aspar Team Moto3, Jonas Folger yang menduduki petak kedua mencatat 2:14.151s sementara rakan sepasukan Zulfahmi, Sandro Cortese yang memimpin saingan Moto3, ketiga, 2:14.599s.


Beraksi di halaman sendiri, pelumba yang meraikan ulang tahun kelahiran ke-21 semalam itu nyata begitu gembira dengan pencapaiannya dan semakin hampir memenuhi impian seluruh rakyat Malaysia yang mahu menyaksikannya menaiki podium.

Pada sesi latihan bebas kelmarin, pelumba berasal dari Banting, Selangor itu sudah membuktikan keupayaannya apabila mencatat masa ketiga terpantas pada dua sesi latihan.


"Sebenarnya sebelum mendapat keputusan terbaik ini, saya bergelut dengan jentera pada sesi latihan sebelah pagi dan ketika sesi kelayakan, saya cuba berikan tumpuan 120 peratus.


"Memang benar saya masih tercari-cari kedudukan podium. Saya harap dapat bersaing hingga pusingan terakhir esok (hari ini), itu saja," katanya.

Ditanya adakah kejayaan petak pertama semalam hadiah terbaik untuknya, Zulfahmi yang beraksi bersama pasukan AirAsia SIC Ajo berkata: "Sebenarnya saya tidak terlalu fikirkan sangat, saya hanya fokus motosikal dan perlumbaan.


"Tetapi selepas dapat petak pertama, baru saya dapat rasakan ini adalah hadiah terbaik untuk saya. Saya gembira kerana krew pasukan bekerja keras memastikan jentera saya berada pada tahap terbaik." Pelumba yang melalui musim penuh ketiga pada saingan MotoGP itu kini menduduki tempat ketujuh keseluruhan pelumba Moto3 dengan mengumpul 92 mata Tahun lalu, Zulfahmi yang bermula di petak ke-13 di Sepang, mempamer tunggangan cemerlang apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/20


Kelantan lengkapkan kejuaraan treble

Posted: 20 Oct 2012 10:06 AM PDT

SHAH ALAM: Kelantan melakar kejayaan cemerlang apabila menjulang Piala Malaysia 2012 setelah menumpaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam semalam.

Indra Putra Mahayuddin muncul wira pasukan 'The Red Warriors' apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam perlawanan sepenuh masa 90 minit.

Kemenangan bersejarah itu sekali gus melengkapkan kejuaraan treble buat pasukan Kelantan selepas muncul juara Piala FA dan Liga Super musim ini, iaitu sesuatu yang kali terakhir dilakukan Kedah selama dua musim berturut-turut pada 2007 dan 2008.

Pencapaian anak buah Bojan Hodak mendakap piala keagungan bola sepak tanah air itu kali ini adalah yang kedua selepas kali pertama memenanginya pada 2010 apabila menumpaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Walaupun turun tanpa penyerang import dari Lubnan, Mohamed Ghaddar di jentera serangan, ia tidak sedikit pun menjejaskan asakan pasukan dari Pantai Timur itu bagi menyekat ATM daripada melakar sejarah menjulang piala berprestij itu buat pertama kali.


Barisan pemain ATM, yang digelar skuad 'The Gladiators' ternyata gagal menyekat kemaraan pasukan Kelantan sekali gus melepaskan peluang menebus kehampaan mereka di pentas final sulung 46 tahun lepas apabila tumpas 0-1 kepada Selangor.

Sebaik permainan bermula, Kelantan terlebih dahulu menguji 'kereta kebal' ATM yang diterajui pemain pertahanan kebangsaan Aidil Zafuan Abdul Razak.

Penyerang berbisa Norshahrul Idlan Talaha hampir meletakkan pasukan 'The Red Warriors' di hadapan pada minit ke-15 namun tindakan pantas penjaga gol ATM, Mohd Farizal Harun berjaya menyelamatkan keadaan dengan menepis keluar bola.

Kelincahan Norshahrul sering mengkucar-kacirkan benteng pertahanan 'The Gladiators' dan seminit sebelum separuh masa pertama tamat, beliau menyumbat gol pertama pasukan Kelantan menerusi sepakan leret dari dalam kotak penalti.

Tiga minit selepas permainan bersambung babak kedua, sepakan kencang pemain tengah ATM Rezal Zambery Yahya dari luar kotak penalti berjaya menyamakan kedudukan.

Bagaimanapun, kegembiraan pasukan ATM tidak kekal lama apabila Norshahrul menjaringkan gol kedua 'The Red Warriors' pada minit ke-50.

Walaupun ketinggalan, barisan pemain ATM tidak berputus asa dan mereka berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-62 menerusi tandukan pemain import Marlon Alex James hasil sepakan percuma daripada rakan sepasukan.

Kedudukan terikat 2-2 itu berlanjutan sehingga tamat perlawanan sebenar 90 minit.

Indra Putra muncul wira apabila rembatan cantiknya hasil hantaran Mohd Nurul Azwan Roya berjaya memperdaya Mohd Farizal pada minit ke-96 untuk memastikan kemenangan mutlak skuad The Red Warriors.

Norshahrul dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-86 itu.

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan menyampaikan trofi Piala Malaysia kepada ketua pasukan Kelantan Mohd Badhri Mohd Radzi. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/21


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Pakatan madu di laman sosial

Posted: 20 Oct 2012 07:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Usianya baru 30 tahun tetapi memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri berikutan licik menggunakan 'ayat power' untuk memperdaya gadis naif dengan imej warak, selain kepakarannya memalsukan dokumen bagi meyakinkan jabatan agama di negara ini.

Dalam kebanyakan kes, kaki temberang itu mengaku masih bujang tetapi ada juga antara isterinya dipikat menerusi cara meraih simpati seperti kononnya menghadapi masalah rumah tangga selain sudah bercerai.

Menggunakan gelaran ustaz untuk memperdaya mangsa, lelaki sama sebelum ini hanya menipu pengunjung masjid dengan mengadakan ceramah agama serta memperdaya bakal jemaah umrah, selain pernah melakukan pecah amanah sebelum menghentikan seketika kegiatan itu sejurus gambarnya terpampang di akhbar atas beberapa pertuduhan jenayah.

Selepas sekian lama mendiamkan diri, lelaki terbabit kini terjun semula ke dunia penipuan, tetapi kali ini mangsanya adalah wanita hingga mampu memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri, termasuk ada antaranya ditinggalkan sehari selepas berkahwin.


Seorang daripada wanita dikahwininya, Naimah Ismail, 24, (bukan nama sebenar), berkata dia hanya bernikah empat hari sebelum ditinggalkan dan kini dalam proses menuntut fasakh daripada lelaki terbabit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/20


Suami buas bawa bala

Posted: 20 Oct 2012 07:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila kajian terbaru trend kes HIV di negara ini mendapati golongan isteri, terutama suri rumah, sebenarnya lebih lima kali ganda lebih ramai menghidap virus maut itu berbanding pekerja seks berikutan kegiatan liar si suami yang gemar 'makan luar'.

Mendedahkan perkara itu, Presiden Majlis Aids Malaysia (MAM), Datuk Dr Raj Karim berkata, bilangan wanita yang dijangkiti HIV sangat menyedihkan berikutan ramai tidak tahu suami mereka menyebar virus berjangkit itu.

"Isteri perlu mengambil sikap berjaga-jaga dengan memakai kondom ketika bersama suami (jika mengesyaki pasangan curang) sebagai perlindungan, selain mendapatkan rawatan segera jika mendapati ada jangkitan penyakit untuk mengelak risiko kepada anak dikandung.

"Kita tidak menafikan segelintir lelaki di pantai timur, utara tanah air atau yang bersempadan dengan negara jiran seperti Thailand dan Indonesia, melanggani pelacur kerana kaji selidik mengenainya pernah dibuat sepasukan penyelidik bagi mendapatkan gambaran sebenar.


"Selain itu, golongan nelayan menyebarkan penyakit kepada pasangan selepas melakukan hubungan dengan wanita lain di luar perairan negara dan segelintirnya didapati mengambil dadah jenis suntikan. Hal ini akan menjadi semakin membimbangkan jika tidak dipantau sebaik mungkin," katanya kepada Metro Ahad.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/20


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Malala boleh berdiri

Posted: 20 Oct 2012 06:20 AM PDT

LONDON: Doktor di hospital di Britain yang merawat remaja perempuan Pakistan berusia 15 tahun yang ditembak di kepala oleh Taliban, berkata, dia sudah semakin pulih dan mampu berdiri dengan bantuan dan menulis.

Malala Yousufzai sudah sedar dan boleh membuka mata dalam gambar pertama yang dikeluarkan oleh Hospital Queen Elizabeth di Birmingham sejak dia tiba dari Pakistan, Isnin lalu.

Semakin banyak perkembangan positif yang ditunjuk sejak dia ditembak, dalam usaha ganas Taliban untuk menutup mulut gadis itu yang lantang bersuara mengenai kebebasan remaja perempuan untuk mendapatkan pendidikan.

Walau bagaimanapun, doktor berkata, terdapat tanda-tanda jangkitan dan dia akan mengambil masa panjang untuk sembuh.

"Dia masih dalam bahaya," kata Pengarah Perubatan hospital itu, Dr Dave Rosser.

Katanya, "Namun begitu, dia semakin sihat. Malah, dia mampu berdiri dengan bantuan, buat pertama kali pagi ini."

Dave berkata, Malala bersetuju supaya gambar dan maklumat dirinya dikeluarkan dan mengucapkan terima kasih kepada penduduk dunia atas keprihatinan mereka dan memberi sokongan kepadanya sejak dia ditembak di Pakistan.
Dave berkata, luka tembakan terkena jangkitan. Terdapat bengkak besar di bawah mata kirinya dalam gambar terbaru Malala. Remaja itu terbaring di atas katil sambil memeluk patung beruang. Maklumat dan gambar terbaru Malala menaikkan semangat penyokongnya.

Malala menjadi simbol hak remaja perempuan mendapat pendidikan. Ketika usianya 11 tahun, dia mula menulis di blog menggunakan nama samaran untuk BBC, mengenai kehidupannya di bawah perintah Taliban di Lembah Swat.

Selepas tentera berjaya mengalahkan tentera militan pada 2009, Malala mula bersuara secara terbuka mengenai pentingnya remaja perempuan mendapat pendidikan. Dia sering muncul di media dan diberi penghormatan tertinggi untuk orang awam kerana keberaniannya.

Malala ditembak dan cedera parah pada 9 Oktober lalu ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di barat laut Lembah Swat. Kumpulan Taliban berkata, mereka mensasarkan Malala yang berjuang untuk pendidikan remaja perempuan kerana dia mempromosikan "pemikiran Barat" dan sangat kritikal terhadap kumpulan militan. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/20


South of Sanity, filem cereka pertama dibuat di Antartika

Posted: 20 Oct 2012 06:17 AM PDT

ANTARTIKA: Dikenali dengan judul South of Sanity, filem seram ini dikeluarkan oleh jurulatih memanjat dan pembuat dokumentari, Kirk Watson ketika bekerja di benua ais untuk Tinjauan Antartika Britain.

Ia merupakan filem cereka pertama di buat di Antartika. Pelakonnya pula terdiri daripada staf dan rakan sekerja di situ, manakala skripnya pula ditulis oleh Matt Edwards, seorang doktor yang tinggal di London.

Plot filem itu berkisar mengenai 14 pekerja yang bekerja di stesen terpencil, dibunuh seorang demi seorang oleh pembunuh.

Kirk berkata, "Kami melakukan penggambaran ketika cuti hujung minggu dan selebihnya penggambaran dibuat dalam gelap untuk menjadikan filem berkenaan lebih menyeramkan."


Katanya, ada beberapa pelakon mereka yang kesejukan kerana mereka terpaksa duduk di luar agak lama atau berlakon menjadi mayat.


"Agak sukar melakonkan watak mayat kerana mereka menggigil, jadi kami terpaksa mengedit untuk menghilangkan pergerakan itu," katanya.

Mereka juga terpaksa mengubah suai keadaan yang amat sejuk itu, manakala penulis skrip, Matt, yang juga bertugas sebagai jurumekap artis, menggunakan kit lukisan muka kanak-kanak dan resipi istimewa iaitu campuran pewarna makanan, tepung dan sirap untuk membuat darah tiruan.

"Ada beberapa aktor kami yang mengalami sedikit hipotermia ketika penggambaran tetapi mereka sudah tinggal di sana setahun jadi mereka sudah biasa," kata Kirk.

Filem yang dikategorikan untuk 18 tahun ke atas, mendapat perjanjian pemasaran dari syarikat di Amerika Syarikat itu akan mula ditayangkan pada 31 Oktober di Aviemore, Scotland. - BBC

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/20


Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved