Khamis, 18 Oktober 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


‘Sila serah dokumen’

Posted: 17 Oct 2012 04:33 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Kami desak supaya ahli jawatankuasa sebelum ini menyerahkan segala dokumen berkaitan termasuk membentangkan laporan kewangan kepada penduduk.

"Jika tidak, kami akan mengambil tindakan undang-undang kerana penyelewengan berjumlah lebih RM2 juta dilakukan selama ini," kata Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Apartmen Lestary, Zainol Abideen Katchee Mydin.


Sejak empat tahun lalu, katanya, lebih 540 pembeli pangsapuri berkenaan ditipu JMB sedia ada dan ia terbongkar selepas Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memotong bekalan air ke kawasan perumahan itu selama dua hari bermula 18 September lalu.

Menurutnya, ia berlaku disebabkan kegagalan pengurusan itu membayar bil tertunggak sejak 2008 termasuk bayaran kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyebabkan notis sudah dikeluarkan 11 kali sepanjang tempoh itu.


"Kami pernah suarakan rasa tidak puas hati dan membantah tindakan itu dan pengerusi JMB membayar sebahagian daripada bil berkenaan.


"Tetapi, tidak lama kemudian, kami adakan mesyuarat agung luar biasa bagi mendesak jawatankuasa sedia ada meletakkan jawatan kerana hilang kepercayaan kepada mereka dan ketika itu kami menemui bukti semua notis terakhir TNB masih berada dalam peti surat bermakna tiada tindakan diambil," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat agung luar biasa, semalam Zainol Abideen berkata, hasil semakan pihaknya mendapati, kali terakhir mesyuarat diadakan mengikut Akta Bangunan dan Harta Bersama ialah pada 2008 dan sejak itu, tiada makluman atau ketetapan baru dibuat mengenainya.

Selain itu, lebih mengejutkan, baki terakhir akaun pengurusan tidak sampai RM40 sedangkan kutipan semasa sepatutnya berjumlah RM62,100 meliputi bayaran penyelenggaraan dan bil Syabas.


"Oleh itu, kami menuntut mereka kemukakan laporan kewangan seperti sepatutnya atau berdepan tindakan pihak berkuasa," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Pudu berhubung kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/18


MPS denda 35 premis

Posted: 17 Oct 2012 04:30 PM PDT

SELAYANG: Sebanyak 33 premis dikompaun atas pelbagai kesalahan membabitkan lesen dan kebersihan pada Operasi Bersepadu Jabatan Pelesenan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), semalam.

Operasi yang dijalankan di Batu 16, Rawang disertai 25 anggota penguat kuasa itu membabitkan 80 premis perniagaan termasuk kedai makan, bengkel, kedai runcit, kedai perabot dan butik.


Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Jabatan Pelesenan MPS, Fazilah Ibrahim berkata, operasi itu mengenal pasti beberapa kesalahan tegar yang sering dilakukan pemilik menjalankan perniagaan tanpa lesen, tidak mempamerkan lesen perniagaan, lesen iklan tamat tempoh, meletakkan halangan di laluan awam dan tahap kebersihan tidak memuaskan.

"Sepanjang lebih tiga jam operasi, 28 premis dikompaun RM500 hingga RM1,000 bagi kesalahan lesen manakala lima premis makanan dikompaun berjumlah RM1,000 bagi kesalahan kebersihan dan kesihatan.


"MPS mengenal pasti beberapa kawasan panas antaranya Bandar Country Homes, Rawang, Bandar Baru Selayang, Taman Prima Gombak dan Grenwood sebagai lokasi premis yang masih gagal mematuhi undang-undang," katanya.


Menurutnya, bagi premis yang dikompaun, mereka diberi tempoh 14 hari untuk mengambil tindakan sewajarnya seperti perbaharui lesen atau menjelaskan bayaran kompaun bagi kesalahan dilakukan.

Katanya, pemantauan dilakukan selepas tempoh terbabit dan sekiranya pemilik premis masih ingkar, pihaknya akan mengambil tindakan tegas termasuk menyita dan menggantung lesen perniagaan mereka.


"MPS mengadakan operasi lesen dan kebersihan ini setiap minggu bagi mengelak wujudnya premis beroperasi secara haram, sekali gus boleh menimbulkan kesalahan lain seperti masalah sosial," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/18


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Kebas sekali bayi 55 hari

Posted: 17 Oct 2012 04:54 PM PDT

SUNGAI BULOH: Seorang ibu hanya menangis sepanjang hari sejak bayi lelakinya berusia 55 hari dilarikan lima lelaki yang sebelum itu turut menyamunnya berdekatan rumah sewanya di Taman Saujana Akasia, dekat sini, malam kelmarin.

Ketika kejadian jam 7.45 malam itu, mangsa, Cho Cho Tun, 33, berasal dari Myanmar, dalam perjalanan pulang ke rumah bersama bayinya, Mikalithu selepas membeli barang di pasar malam yang hanya tiga minit perjalanan dari rumah sewanya.

Suami mangsa, Nay Soe Aung, 29, berkata, ketika isterinya berjalan pulang bersendirian, dia dihampiri lima lelaki yang menaiki beberapa motosikal.

"Dua daripada lelaki terbabit mengacukan pisau ke leher dan perut isteri saya sebelum memintanya menyerahkan bayi dan barangan berharga.


"Apabila isteri saya enggan, kumpulan lelaki itu marah. Mereka merampas beg tangan berisi RM800 dan mengambil bayi yang didukung isteri sebelum memecut ke Matang Pagar, Sungai Buloh," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/18


Koma jatuh tingkat 4

Posted: 17 Oct 2012 04:54 PM PDT

JOHOR BAHRU: "Saya sangka ia bunyi sampah dibuang tapi terkejut apabila mendapati sebenarnya anak jiran terjatuh dari tingkat empat," kata Mariam Husin, 50, di Flat Geharu, Taman Rinting, Masai, dekat sini, semalam.

Mariam individu pertama menemui Almuziri Said, kanak-kanak berusia lima tahun yang terjatuh dari tingkat empat kediaman keluarganya di flat berkenaan pada jam 5.30 petang kelmarin.


Mariam berkata, sebaik menyedari apa sebenarnya berlaku, dia menjerit untuk menarik perhatian jiran dan mangsa kemudian dihantar orang awam ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Pandan.

Sebelum kejadian, Almuziri dipercayai memanjat tingkap bilik ibunya, namun terjatuh dan ketika itu ibu saudara, Adelin Ismail, 17, yang menjaganya sedang membancuh susu di dapur manakala ibunya, Fauzieh Ismail, 30, keluar bekerja di Pasir Gudang.


Akibat kejadian itu, tempurung kepala Almuziri retak dan dia kini koma serta dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI.


Menurut Mariam, dia kerap melihat Almuziri bermain di kawasan parkir kenderaan berdepan rumahnya.

"Dia kanak-kanak yang periang. Kami sedih dengan kejadian menimpa Almuziri dan akan melawatnya dalam masa terdekat. "Ini kejadian pertama berlaku di sini dan kami harap, keluarganya tabah dengan ujian ini," katanya.


Sementara itu, Fauzieh ketika ditemui di HSI berkata, dia berdoa agar anak tunggalnya itu selamat.

"Saya sedang bekerja sebelum dihubungi adik yang memaklumkan Almuziri terjatuh dari tingkat empat sebelum bergegas pulang.


"Saya terkejut melihat kecederaan anak dan berdoa supaya dia segera sembuh. Doktor memaklumkan Almuziri akan menjalani pembedahan di kepala dalam masa terdekat," katanya yang juga ibu tunggal.


Fauzieh turut berterima kasih kepada jiran yang membantu, kakitangan HSI serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permas Jaya, Datuk M M Samy yang melawat dan menghulurkan sumbangan kecemasan.


M Samy berkata, pihaknya akan memantau perkembangan Almuziri dan menghulurkan bantuan lain yang bersesuaian.


"Kami simpati dengan kemalangan yang menimpa Almuziri dan berharap Fauzieh tabah. Kami akan bantu keluarga berkenaan mengikut keperluan," katanya.


Sementara itu, Pengerusi Persatuan Masyarakat Sabah Pasir Gudang, Alex Puspah, menasihatkan komuniti itu yang tinggal di flat memasang jeriji di kediaman masing-masing.


"Ada di kalangan masyarakat Sabah tidak memasang jeriji pada kediaman di flat menyebabkan anak mereka berisiko untuk jatuh jika bermain di tingkap bilik atau dapur.


"Itulah yang berlaku terhadap Almuziri. Jika kediaman itu dipasang jeriji, kemalangan itu mungkin boleh dielakkan. Ia perlu dijadikan pengajaran kepada semua," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/18


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Ramjeet bapa luar biasa

Posted: 17 Oct 2012 03:50 PM PDT

KHARKHODA (India): Seorang petani menjadi bapa paling tua di dunia, sekali gus memadamkan rekod yang diciptanya dua tahun lalu.

Ramjeet Raghav, 96, berada di sisi isterinya, Shakuntala, ketika wanita terbabit melahirkan anak kedua mereka, Ranjeet, seberat kira-kira dua kilogram, bulan lalu.


Bekas ahli gusti itu mencipta rekod dunia pada 2010 apabila Shakuntala dikatakan berusia 60 tahun melahirkan anak sulung mereka, Vikramjeet.

Tahun lalu, Ramjeet berkata, menjadi bapa amat memenatkan dan dia tidak bercadang mendapatkan anak kedua walaupun sebelum itu mengakui mengadakan hubungan seks tiga kali setiap malam dengan isterinya. Namun, semalam, Ramjeet berkata, dia berasa amat bertuah dikurniakan anak kedua.


"Ia memang mencabar tetapi saya tetap gembira," katanya. Keluarga itu tinggal di sebuah pondok dua bilik di Kharkhoda.


Hasil pekerjaannya sebagai petani, Ramjeet memperoleh pendapatan kira-kira RM200 sebulan. Ramjeet mendakwa amalannya memakan susu, mentega dan badam membantunya menjadi awet muda.

"Saya sangat berkemampuan mendapatkan lebih ramai anak," katanya.


Namun, kata Ramjeet, dia meminta isterinya mengambil langkah perlu bagi menghalang kehamilan.

"Saya mahu anak-anak saya bersekolah dan berjaya.


"Jika ada anak lagi, saya tak berkemampuan membiayai mereka," katanya. - TS

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/18


Penerima wajah kini boleh berus gigi, bercukur

Posted: 17 Oct 2012 03:48 PM PDT

ANNAPOLIS: Tujuh bulan selepas menjalani pembedahan, wajah baru Richard Lee Norris dipamerkan kepada umum, lengkap dengan muka, gigi, lidah dan dagunya, semalam.

Norris, 37, adalah pesakit pemindahan wajah paling meluas pernah dijalankan setakat ini.


Dia mengalami kecederaan parah akibat kemalangan membabitkan senjata api pada 1997.

Selama 15 tahun, Norris terpaksa menyembunyikan wajahnya di sebalik topeng dan keluar dari rumahnya di Hillsville, Virginia, ketika malam.


Selepas menjalani pembedahan 36 jam di Pusat Perubatan Universiti Maryland tujuh bulan lalu, Norris kini mampu merasai wajah sendiri, selain dapat memberus gigi serta bercukur. Deria menghidunya juga pulih walaupun ia terjejas selepas dia menembak mukanya pada 1997.


Insiden itu menyebabkan Norris hilang hidung, bibir dan hampir semua kemampuan menggerakkan mulutnya. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/18


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Giliran Sleeq, Aaron Aziz

Posted: 17 Oct 2012 09:19 AM PDT

UNTUK Dia, single hasil kolaborasi duo Sleeq bersama komposer dan penyanyi remaja, Najwa Latiff, 17, pada dasarnya bukanlah sebuah karya baru.

Pernah diketengahkan pada 2009 dalam album kedua mereka (Sleeq), namun fenomena itu tidak sehebat sebelum berlakunya gabungan mereka bersama Najwa.

Justeru, ia boleh dianggap satu bonus buat Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah (Syarif) dan Muhammad Alif Abdullah (Alyph) yang kedua-duanya berusia 22 tahun, apabila semakin dikenali, namun timbul pula isu kononnya Sleeq menumpang populariti Najwa.

Sebelum single Untuk Dia menyusul, Sleeq pernah berkolaborasi dengan penghibur 1980-an, Ramlah Ram menerusi lagu Sesaat Kau Datang.


Terbaru, dua sahabat yang mempunyai pertalian saudara atau lebih tepat sepupu itu akan muncul dengan satu lagi single untuk dimuatkan dalam album ketiga mereka yang menyaksikan penampilan khas Bintang Paling Popular 2011, Aaron Aziz.


Apapun kekerapan menjalinkan kerjasama dengan seorang demi seorang bintang ternama menguatkan lagi dakwaan kononnya mereka suka 'menumpang' atau dengan erti kata lain strategi tersembunyi Sleeq untuk lekas naik.

"Isu sebegini memang sudah kami jangkakan, tapi kalau dikatakan menumpang itu membawa kebaikan kepada kerjaya kami, ia satu strategi yang berkesan daripada tidak mendatangkan hasil. Sekurang-kurangnya usaha kami untuk memperkenalkan muzik kami ada impaknya.

"Walau bagaimanapun, tidak semua kerjasama yang terjalin Sleeq yang mulakan.
Sesaat Kau Datang yang dinyanyikan bersama Ramlah Ram itu diusulkah pihak Ramlah sendiri. Ramlah mencari artis dari Singapura untuk membuat penampilan dalam lagunya sebagai penghargaan kepada peminatnya di Singapura dan kami akhirnya terpilih.

"Begitu juga dengan Najwa yang diwakili pihak syarikat rakamannya yang menghubungi kami untuk berduet dalam single terbarunya, Sahabat. Memandangkan kami kenal rapat dengan Eksekutif Promosi Najwa, kami sempat bertanya kalau-kalau Najwa ingin berduet menerusi lagu Untuk Dia dan mendapat reaksi positif.

"Kebetulan Abang Aaron juga pemilik syarikat, Aaronaziz Productions yang kami naungi berkata, melodi dan rentak lagu Untuk Dia masih relevan untuk diperdengarkan kepada penggemar muzik biarpun lagu itu dihasilkan beberapa tahun lalu.

"Justeru, kami melamar Najwa dan dia menerima pelawaan kami tanpa sebarang masalah. Maka terhasillah kerjasama ini. Sementara kolaborasi dengan Abang Aaron pula, sebenarnya dia mahu mencuba sesuatu yang baru, sekali gus menunjukkan sisi lain yang tidak pernah diperlihatkan kepada ribuan peminatnya.

"Kami rasa sangat gembira dan dirahmati. Walaupun masih baru, tapi ada pihak yang memandang bakat kami meskipun sejak dari 2009, perjalanan seni Sleeq agak terbatas," ujar Alyph kepada Rap, baru-baru ini.

Menjelaskan kenyataannya, perjalanan seni mereka bagaikan terbatas, selain tidak mempunyai syarikat rakaman selepas tamat kontrak dengan Metadome Sdn Bhd ketika itu, kedua-dua anggota Sleeq ini terikat dengan program Khidmat Negara (National Service) di negara kelahiran mereka, Singapura.

Syarif yang mengikuti pengajian tahun pertama dalam bidang Komunikasi Massa di Singapore Institute of Management (SIM) sudahpun bebas daripada latihan yang mengambil masa dua tahun itu. Alpyh pula masih mengikuti kursus itu yang berbaki setahun lagi.

Bercerita lanjut mengenai lagu duet bersama Aaron Aziz yang berjudul Salam Semua, pemuda yang memasang impian untuk berduet dengan Malique, kumpulan Too Phat, Datuk Sheila Majid dan Yuna berkata, lagu itu menceritakan pengorbanan Aaron dan mereka yang merantau mencari rezeki di bumi Malaysia.

"Industri seni di Singapura tidak sebesar negara ini dan ramai artis Singapura berhijrah untuk mencari rezeki di Malaysia. Kami dan Abang Aaron adalah sebahagian daripada mereka.

"Lagu ini menceritakan pengorbanan anak perantau meninggalkan kampung halaman untuk berkarya dan mencari kehidupan yang lebih baik.

"Lagu ini amat menyentuh perasaan dan semestinya peminat Abang Aaron perlu dengar suaranya sendiri. Sebagai individu yang kali pertama memasuki studio rakaman, Abang Aaron membanggakan. Cuma dia masih segan-segan sewaktu rakaman dijalankan," katanya.

Diundang menjayakan persembahan pada Anugerah Blokbuster 2011, baru-baru ini, Sleeq yang ditubuhkan pada 2005, bakal melancarkan album ketiga mereka tidak lama lagi. Memuatkan enam lagu yang semuanya adalah karya duet.

"Ketika album pertama dan kedua, kami tidak mempunyai kesempatan untuk menjalinkan kerjasama dengan penyanyi dari Malaysia yang berbakat besar.
Justeru, untuk album ketiga ini, insya-Allah kami mahu hasilkan sebuah album yang memuatkan semua duet.

"Selepas Salam Semua, kemungkinan besar kami akan bekerjasama dengan penyanyi baru yang semakin dikenali, Qaqa. Mungkin apa yang dilakukan ini, sesetengah pihak melihatnya sebagai menumpang nama tetapi kami mempunyai pendirian tersendiri di mana ini salah satu cara kami meluahkan kekaguman kami kepada penghibur ternama di Malaysia.

"Kami berharap kemunculan kami diterima dan apa yang paling menarik mengenai album ini selain kolaborasi dengan artis dikenali ramai, penghasilan lirik dan muzik kami juga semakin matang berbanding dua album sebelumnya," kata Shariff mengakhiri perbualan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/17


Wajah sandaran ‘rating’

Posted: 17 Oct 2012 09:00 AM PDT

MIMPI Sampai Ke Bintang sehingga kini masih memegang rekod telefilem dengan jumlah penonton paling ramai (rating) di Astro apabila meraih 3/4 daripada dua juta pelanggan stesen televisyen berbayar itu.

Kejayaan karya berdurasi 90 minit arahan Michael Ang yang dibarisi pelakon remaja popular Indonesia, Randy Pangalila dan aktres muda berbakat tempatan, Elfira Loy, satu percubaan baru yang sememangnya sudah dijangka mendapat sambutan khalayak.

"Strategi untuk menerbangkan Randy ke dalam produksi ini membuahkan hasil kerana sebelum dia membintangi filem itupun, Randy memang sangat popular di kalangan penonton tempatan yang menggemari lakonannya menerusi siri Cinta Kirana.

"Selain Randy, kejayaan Mimpi Sampai Ke Bintang juga didorong pelakon lain seperti Elfira yang juga mempunyai ramai peminat.


"Tidak seharusnya dinafikan, kekuatan drama berkenaan turut disumbangkan pelakon lain seperti Ezzrin Loy, Hanez Suraya, Mahmud Ali Bashah, Sharifah Shakinah, Didie Alias dan Sharifah Shahora.


"Di atas sambutan yang cukup baik, Cube Film sekali lagi menggandingkan Randy dan Elfira. Bagaimanapun, kali ini menerusi drama bersiri Dalam Hati Ada Taman (DHAT)," kata Michael.

Turut menampilkan Amor Rizan sebagai pengarah, siri yang turut dibintangi Amy Mastura, Riezman Khuzaimi, Amar Asyraf, Hanez Suraya, Sharifah Sakinah dan Didie Alias, itu bakal bersiaran pada 29 Oktober 2012, setiap Isnin jam 9.30 malam.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, gandingan Randy dan Elfira dikembalikan kepada khalayak sebagai memenuhi permintaan penonton yang juga pelanggan Astro.

"Penggabungan semula dua pelakon itu bukan ditentukan pihak Astro tetapi suara itu dinyatakan pelanggan kami sendiri. Justeru, sebagai stesen berbayar, selain mengutamakan kualiti sesebuah karya, kami juga perlu muncul dengan produk yang digemari mereka.

"Memang benar, sebelum ini wakil sebuah persatuan hiburan pernah menimbulkan isu permit pekerjaan Randy di negara ini. Malah, kerjasama Astro dengan pelakon itu dalam sebuah lagi program turut dipertikai.

"Bagaimanapun, kami melihatnya di sudut perniagaan. Jika itu yang pelanggan kami inginkan, justeru, kami harus menghasilkan produk menepati keinginan mereka," katanya.

DHAT mengisahkan kehidupan seorang gadis remaja, Bella (Elfira) yang matang berbanding usianya kerana perangai ibunya, Amy yang sanggup melakukan apa saja untuk wang kecuali menjual tubuh badannya di kota Paris.

Dalam kesempitan mencari penyelesaian masalah kewangannya, Amy terserempak kawan lamanya, Sam dan anaknya, Danial di Paris.

Daripada pertemuan ini, Amy mendapat idea untuk menyatukan Bella dan Danial (Amar Asyraf) apabila mengetahui Sam seorang jutawan. Perbuatan Amy amat mengecewakan Bella sehingga dia sanggup menipu ibunya dengan mengatakan dia sudahpun bertunang.

Untuk melaksanakan helah ini, Bella meminta pertolongan Randi (Randy Pangalila), rakan sekerjanya yang berasal dari Indonesia walaupun sebenarnya Bella tidak menyukai lelaki itu. Bagaimanapun, Randi rupa-rupanya amat menyukai Bella. Amy memberi Bella masa selama tiga bulan untuk mempertimbangkan pilihan hatinya.

Apa yang menarik, naskhah Michael kali ini berbeza dengan Mimpi Sampai Ke Bintang yang disifatkannya lebih ringan sedangkan DHAT mempunyai pelbagai konflik.

"Bella dipaksa berkahwin dengan Danial oleh ibunya tetapi Bella enggan. Lantas membuat alasan kononnya dia sudah bertunang dengan rakan sekerjanya, Randi yang sudah lama menyimpan hati kepada Bella.

"Bagaimanapun, satu hari dia bertemu Danial tanpa mengetahui bahawa lelaki itu adalah lelaki yang ingin dijodohkan mama dengannya. Helah Bella dan Randi yang berpakat sebagai pasangan tunangan, tanpa disedari Bella menimbulkan kasihnya kepada pemuda itu," kata Michael.

Hampir 60 peratus penggambaran diadakan di Paris dan Kota Cinta itu dipilih Michael kerana mahu menimbulkan suasana romantis dan memanfaatkan keindahan Paris di dalam persembahan visual DHAT.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/17


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Poland sekat England

Posted: 17 Oct 2012 05:04 PM PDT

WARSAW: Poland bangkit pada babak kedua untuk memberi tekanan dan memaksa pendahulu Kumpulan H, England berpuas hati dengan keputusan 1-1, pada pertemuan kelayakan Piala Dunia Brazil 2014, di Stadium Kazimieriz Gorski, awal pagi tadi.

England yang kini mengumpul lapan mata hasil daripada perlawanan itu memperoleh gol pembukaan menerusi Wayne Rooney pada minit ke-31, menerusi tandukan selepas menerima hantaran lintang sepakan sudut Steven Gerrard.

Bagaimanapun, pertemuan babak kedua melihat Poland yang kini mengumpul lima mata dan menduduki tangga ketiga kumpulan terus memberi tekanan kepada England yang tampak goyah.

Berikutan itu, tuan rumah akhirnya berjaya memperoleh gol penyamaan menerusi tandukan Kamil Glik pada minit ke-70, hasil sepakan sudut.


England kini selesa menduduki tangga teratas kumpulan selepas melalui empat perlawanan manakala Montenegro yang menduduki tempat kedua mengumpul tujuh mata daripada tiga perlawanan.


POLAND: Przemyslaw Tyton, Kamil Glik, Grzegorz Krychowiak, Eugen Polanski, Jakub Wawrzyniak, Lukasz Piszczek, Marcin Wasilewski, Pawel Wszolek (Adrian Mierzejewski), Kamil Grosicki (Arkadiusz Milik), Robert Lewandowski, Ludovic Obraniak (Ariel Borysiuk)

ENGLAND: Joe Hart, Ashley Cole, Phil Jagielka, Joleon Lescott, Glen Johnson, Michael Carrick, Tom Cleverley, Steven Gerrard, James Milner, Wayne Rooney (Alex Oxlade-Chamberlain), Jermain Defoe (Danny Welbeck)

PENGADIL: Gianluca Rocchi (Itali)

POLAND 1 (Glik '70)

ENGLAND 1 (Rooney '31)

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/18


Corak meyakinkan

Posted: 17 Oct 2012 03:38 PM PDT

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menyifatkan kemenangan skuad negara mengatasi Hong Kong 3-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa, malam kelmarin adalah keputusan yang sememangnya dinantikan.

"Ia satu kemenangan yang ditunggu selepas beberapa keputusan (perlawanan persahabatan) yang kurang meyakinkan kita sebagai juara bertahan Piala AFF.


"Malah dengan corak permainan yang dipamerkan bakal memberikan keyakinan tinggi ketika sebahagian besar pemain utama tidak beraksi kerana terbabit dalam final Piala Malaysia," kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.

Skuad negara menamatkan kerisauan banyak pihak dengan kemenangan bergaya di Stadium Mongkok itu selepas kekalahan kepada Vietnam menimbulkan tanda tanya mengenai tahap persediaan skuad kendalian Datuk K Rajagobal itu menjelang misi getir mempertahankan kejuaraan.


Safee Sali yang kemarau jaringan hampir setahun di pentas antarabangsa membuka jaringan untuk skuad negara diikuti sepakan percuma kapten pasukan, Safiq Rahim selain ledakan Ahmad Fakri Saarani pada masa kecederaan babak kedua sekali gus mencatatkan kemenangan pertama selepas 22 perlawanan di tempat lawan.


Mengenai rayuan kad kuning pemain Kelantan, Norfarhan Muhammad, Azzuddin berkata Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak memiliki asas untuk mengemukakan bantahan.

"Ini bukan peraturan FAM, tapi 'law of the game' (peraturan permainan)," katanya petang semalam yang turut mengesahkan masih belum menerima surat rayuan terbabit.


Kenyataan terbabit sekali gus menutup ruang untuk pemain sayap itu beraksi di final Piala Malaysia menentang ATM, Sabtu ini.

Sementara itu kes membabitkan penggantungan Peter James Butler akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM hari ini dengan wakil Terengganu dipanggil bagi memberikan penjelasan.


Terdahulu Azzuddin hadir pada majlis pengumuman Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012 yang bakal berlangsung 30 Oktober ini mempertandingkan 11 kategori termasuk Pengadil Terbaik.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/18


Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved