Selasa, 26 Julai 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Nyawa diragut 6 samseng

Posted: 25 Jul 2011 11:40 AM PDT

IPOH: Sepuluh tahun lalu, ibu dan adiknya maut ditetak seorang pesakit mental dan kini bapanya turut menemui ajal dengan tragik apabila kepala dan mukanya dihentak dengan kerusi dan batu-bata oleh sekumpulan samseng dalam kejadian Jumaat lalu.

S Yogesh, 21, berkata, ayahnya, S Sunther, 50, bekas anggota polis berpangkat lans koperal dan pernah berkhidmat selama 26 tahun dalam pasukan keselamatan, meninggal dunia kira-kira jam 8.10 malam kelmarin selepas dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, sejak Jumaat lalu.

Menurut Yogesh, ayahnya diserang sekumpulan lelaki kira-kira jam 11.30 malam Jumaat lalu ketika minum di sebuah restoran tidak jauh dari rumah mereka di Taman Desa Pakatan, Pengkalan di sini.

Katanya, ketika minum, sekumpulan enam lelaki tiba-tiba muncul sebelum memukul ayahnya bertubi-tubi dengan kerusi dan batu-bata.


"Ayah sempat melarikan diri sejauh 10 meter, namun ditangkap semula kumpulan samseng itu yang kemudian memukulnya lagi hingga dia tidak sedarkan diri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Enggan bayar malas parkir jauh

Posted: 25 Jul 2011 11:05 AM PDT

AMPANG: Parkir jauh dan berbayar. Itu antara punca kebanyakan pengguna meletakkan kereta mereka di tepi jalan tempat letak kereta Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di pusat beli-belah Ampang Point, di sini, mengakibatkan jalan sesak.

Sikap tidak bertanggungjawab mereka bukan saja meletakkan kenderaan tanpa membayar parkir, tetapi turut meletakkan kereta bertindih terutama pada waktu puncak.

Lebih teruk, kawasan itu sempit ditambah pula peniaga jalanan menyebabkan pemandu berebut untuk cepat sampai ke destinasi hingga boleh membahayakan keselamatan orang awam yang melintas di situ.

Pengunjung, Mohd Jafrir Ramlee, 26, berkata setiap kali datang ke sini dia melihat pelbagai masalah timbul akibat sikap tidak bertanggungjawab pengguna.

"Saya pernah melihat pengguna yang hampir bergaduh dengan penguat kuasa MPAJ apabila dia disaman kerana meletak kenderaan sesuka hati.

"Akibat tidak puas hati terjadi pertikaman lidah sedangkan sudah jelas pengguna terbabit bersalah meletakkan kenderaannya di kawasan larangan," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Cerai atau kekal

Posted: 25 Jul 2011 12:06 PM PDT

KESABARAN Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, terhadap sikap suami yang juga pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 31, sudah sampai ke penghujung.

Ia hilang apabila Jimmy menghebahkan dalam media kononnya majlis cukur jambul anak mereka dibatalkan sekali gus turut menimbulkan kemarahan bapa isterinya yang juga ahli perniagaan, Datuk Suhaimy Othman.

Pasangan itu berkahwin pada 1 Oktober 2010, namun selepas 20 hari bernikah, mereka tinggal berasingan dan pelbagai berita timbul sehinggalah kes dibawa ke mahkamah apabila Jimmy memfailkan tuntutan kembali taat, pada 3 Januari lalu.

Ikuti luahan Nursuhaila menerusi video dan kenyataan balas Jimmy yang masih berkeras enggan melepaskan isterinya.

APA KATA NURSUHAILA

SAYA tidak akan kembali semula kepada Jimmy walaupun dia sudah berubah. Tetapi, saya maafkan kesalahan dia.

Saya tetap mahu menuntut cerai dan mendapatkan hak penjagaan anak berusia 32 hari walaupun sebelum ini Jimmy mendakwa akan menarik balik kes nusyuz terhadap saya.

Saya bercakap pada sidang media yang diadakan ini (semalam) untuk menjawab segala kontroversi hubungan kami, termasuk yang terbaru membabitkan majlis cukur jambul bayi kami.

Saya sudah tidak tahan dengan sikap Jimmy yang meraih simpati mengenai krisis rumah tangga kami di media.

Bagi saya, dia tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa dengan baik. Dia hanya memberikan wang nafkah kepada saya ketika saya mengandung, itupun hanya RM300 sebulan dan tidak cukup untuk menampung ubat dan pemeriksaan lain.

Selain itu, antara faktor lain saya enggan kembali kepada Jimmy ialah kerana dia sering memukul dan menampar pipi saya hanya kerana pergaduhan kecil.

Malah, sebelum malam perkahwinan pun saya ditampar apabila meminta izin untuk keluar berjumpa rakan.

Selain itu, saya turut dikasari ketika berbulan madu di Koh Samui, Thailand, hanya kerana pergaduhan kecil.

Tapi, saya mengakui saya seorang yang bersifat kasar dan sudah menjelaskan kepada Jimmy sebelum berkahwin tetapi dia sudi menerima saya seadanya.

Bagaimanapun, tindakan Jimmy mengasari saya menyebabkan saya tidak mampu bertahan, apalagi apabila saya dikongkong dan disuruh tidur jam 9 malam dan tidak boleh melayari laman sembang sosial.

APA KATA JIMMY

SAYA tidak akan sewenang-wenang menceraikan dia kerana apa yang saya lakukan selama ini adalah tanggung jawab sebagai suami dan talak terletak di tangan lelaki.

Sebagai isteri, Nursuhaila harus patuh pada perintah dan arahan saya dan jika ingkar, dia tidak akan mencium bau syurga.

Selepas berkahwin apa yang saya harapkan ialah selepas seharian penat bekerja, dapat meluangkan masa bersama isteri dan mahu diberikan layanan sebaiknya dari seorang wanita bergelar isteri.

Tanpa alasan munasabah, saya tidak akan sesekali menceraikan isteri saya dan sekiranya saya gagal dalam prosiding mahkamah pada kali ini, saya akan berusaha mendapatkan hak penjagaan anak.

Saya mengakui tidak membenarkan dia menemui rakan sebelum malam perkahwinan dan meminta Nursuhaila hanya berehat di rumah, namun dia tetap berdegil.

Tindakannya ingin bertemu rakan menyebabkan saya hilang kawalan dan menamparnya.

Begitu juga sewaktu di Koh Samui tetapi selepas itu saya tidak melakukannya lagi. Saya juga berjanji untuk menjaganya selepas kahwin dan dia juga pernah berjanji kepada saya untuk berubah.

Selain itu, saya berpendapat, ibu bapa seharusnya tidak campur tangan dalam masalah rumah tangga anak-anak kerana campur tangan itu akan menyebabkan keadaan semakin tegang.

Saya cuba berkomunikasi secara baik dengan Nursuhaila, malangnya dia hanya berdiam diri dan tidak mahu menjawab SMS atau panggilan telefon.

Saya cuba bertanya kepada ibu keadaannya dan memberitahu ibunya bahawa saya cuba berbincang mengenai masalah yang dihadapi, itu saja.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

2 keterangan bercanggah

Posted: 25 Jul 2011 12:04 PM PDT

SHAH ALAM: Seorang pekerja ladang yang kini menjalani hukuman penjara 20 tahun selepas didapati bersalah melupuskan bahan bukti pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, memberi dua keterangan bercanggah berhubung hukuman penjara dijalaninya.

U Suresh, 27, yang sedang menjalani hukuman itu di Penjara Sungai Udang, Melaka, memberi jawapan demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff, pada perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi, semalam.

Suresh turut memberitahu, tandatangan pada kenyataan beramaran kepada polis bukan tandatangannya.

Selain Ishak, pihak pendakwaan dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani.

ISHAK: Kamu kata kamu menjalani hukuman penjara 20 tahun di Penjara Sungai Udang, Melaka. Kenapa kamu dipenjarakan?

SURESH: Saya berada dalam penjara kerana polis arahkan saya kerana bagi keterangan palsu.

ISHAK: Di mana kamu membuat pengakuan bersalah terhadap tuduhan yang kamu sedang jalani hukuman itu?

SURESH: Di mahkamah Banting, Selangor.

ISHAK: (Sekali lagi bertanya) Kenapa kamu dipenjarakan?

SURESH: Sebab polis beri keterangan palsu.

Terdahulu, Suresh berkata, dia ditahan bersama-sama tertuduh kedua, ketiga dan keempat, T Thilaiyalagan, 20, R Matan, 21, dan R Khatavarayan, 31, bersama dua lagi wanita di sebuah ladang di Banting pada 9 September tahun lalu.

Saksi itu berkata, seramai 40 anggota polis berada di ladang itu ketika mereka semua ditangkap.

Pada keterangan lain, Suresh mengakui dia memberi kenyataan kepada polis di Penjara Sungai Udang dan menandatanganinya.

Bagaimanapun apabila Ishak mengemukakan satu kenyataan di mahkamah, saksi itu menafikan tandatangan itu miliknya.

"Ini bukan tandatangan saya. Tandatangan saya berbeza," katanya.

Menjawab satu soalan Ishak, Suresh berkata, dia tidak berada di ladang tempatnya bekerja jam 7 malam, 30 Ogos tahun lalu kerana berada di rumah pakciknya di Cheras.

Saksi itu berkata, dia juga tidak pernah melihat kenderaan dengan nombor pendaftaran WTL 11.

(WTL 11 adalah nombor pendaftaran BMW milik Sosilawati yang ditemui di parkir Flat Angsana, Subang Jaya pada 6 September 2010)

Saksi sama juga menafikan mengenali seorang lelaki bernama V Selvapandian.

Pada 21 Februari lalu, Mahkamah Tinggi meminda hukuman penjara tujuh kepada 20 tahun terhadap Suresh, 27, dan rakan sekerjanya, K Sarawanan, 20, mengaku bersalah atas empat tuduhan melupuskan bahan bukti Sosilawati, 47, dan tiga individu lain.

Akhtar Tahir menetapkan kedua-dua pihak berhujah berhubung isu itu apabila prosiding bersambung pagi hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Saya memang bahagia

Posted: 25 Jul 2011 07:14 AM PDT

SUKAR nak percaya, wanita cantik sepertinya masih belum berpunya? Hanya dia saja yang ada jawapannya. Sekalipun hidup solo, penyanyi jelita Fauziah Latiff atau lebih mesra disapa Jee, 41, mengakui ia bukan penghalang buatnya untuk hidup bahagia seperti orang lain.

"Memang saya belum bertemu pengganti sampai saat ini. Biarlah jodoh itu datang dengan sendirinya. Kalau ada, adalah.

"Saya juga tidak ingin mencari jodoh kerana ia ketentuan Tuhan.

"Saya juga hargai dan bahagia dengan apa yang saya kecapi hari ini. Apa yang saya mahu semua sudah dapat dalam hidup iaitu dari segi karier seni, kehidupan dan keluarga. Apa yang saya lakukan sekarang ini semuanya untuk masa depan anak-anak.


"Ada juga yang bertanya kenapa saya tidak memilih rakan-rakan yang sama-sama aktif dalam aktiviti motosikal berkuasa tinggi sebagai teman hidup?


"Hakikatnya, mereka semua sudah seperti adik-beradik sendiri. Selalunya, selepas habis aktiviti menunggang motosikal, kami terus pulang ke rumah masing-masing," katanya.

Sebagai ibu, Jee juga ingin memberikan yang terbaik buat dua anak lelakinya iaitu Jeffri Joaquim Indot, 13, dan Jeremy Jay Indot, 11.

"Anak-anak saya tinggal dengan bekas suami, tapi kami sama-sama menjaga mereka mengikut giliran saban minggu.

"Apa yang saya perhatikan, Jeffri dan Jeremy sama-sama meminati bidang muzik dan kedua-duanya boleh menyanyi. "Saya juga tidak kisah kalau mereka ingin mengikut jejak saya menceburi bidang seni asalkan mereka tamatkan persekolahan dulu. Selepas habis sekolah terpulanglah kepada mereka nak jadi apa mengikut minat masing-masing," katanya.

Selain karier nyanyian, hidup Jee yang juga duta Persatuan Pemuliharaan Terumbu Karang Malaysia (Coral) juga tidak pernah sunyi kerana ada saja aktiviti lasak dan alam sekitar dilakukan bagi mengisi masa lapangnya.

Jee ditemui ketika menjayakan The Blue Kebaya 'showcase' anjuran The Weld Shopping Centre dan Rafflesia The Pearl Centre.

Terbaru, Fauziah baru kembali dari menjayakan rombongan Artis Pencinta Alam (APA) di Pulau Banding, Gerik, Perak, baru-baru ini.

"Saya memang tidak asing dengan aktiviti berkaitan alam sekitar. Namun, saya lebih kerap menyertai program kesedaran mengenai kehidupan laut.

"Sepanjang program ini, saya menimba pengalaman menarik ketika melawat perkampungan Orang Asli, Sungai Tiang, Pulau Banding.

"Apa yang boleh, saya katakan Orang Asli di sini lebih terbuka dalam menerima pembangunan tanpa merosakkan tempat asal mereka.

"Saya melihat anak-anak Orang Asli ini bermain alat muzik dengan telinga kerana mereka tidak boleh membaca. Kita juga patut beri peluang pada kanak-kanak ini untuk mengetengahkan bakat mereka itu," katanya.

Tidak ketinggalan, Jee juga menjayakan majlis berkodeng yang mengangkat adat perpatih Negeri Sembilan sejak turun temurun untuk diperkenalkan pada orang luar bersama 300 ahli kelab motosikal berkuasa tinggi.

Selepas lebih 20 tahun berkecimpung dalam bidang seni, Fauziah bersyukur dengan pencapaiannya yang membolehkannya mampu bertahan sampai hari ini.

"Saya bersyukur kerana masih diterima peminat yang sentiasa menyokong saya dari dulu hingga kini.

"Saya juga berhubung dengan peminat menerusi laman sosial facebook dan Twitter. Artis dulu menyanyi dari dalam dan dia betul-betul masuk dalam lagu itu.
"Saya tidak pernah menyesal menjadi anak seni dan perjalanan saya jauh dan mencabar.

"Sepanjang pembabitan dalam bidang seni, saya kenal banyak erti kehidupan. Saya juga sudah lakukan apa yang saya sepatutnya buat dulu. Saya menganggap diri masih lagi belajar dan saya juga tidak tahu apa yang berlaku pada masa akan datang," katanya.

Sekalipun tidak bikin album baru, Fauziah saya masih sibuk memenuhi undangan persembahan makan malam korporat.

"Lagu yang diminta penonton ialah lagu 'evergreen' Teratai Layu Di Tasik Madu. Lagu kegemaran saya pula ialah Aku Sebutir Pasir dan album Sahabat yang meninggalkan kesan pada saya.

"Saya juga mula berjinak-jinak menulis lirik lagu untuk kepuasan sendiri tapi belum ada keyakinan untuk beri pada artis lain lagi," katanya yang dikenali menerusi lagu Kau Merubah Segalanya, Tiada Noktah Cinta, Gubahan Rindu Puisi Syahdu dan Enggan.

Ditanya sama ada dia hanya selesa kerja dengan Rosyam Nor saja, Fauziah mengakui menimba pengalaman yang sangat berharga dalam drama bersiri popular, Gelora Di Hati Sara.

"Rosyam dan pasukannya banyak membantu saya menjiwai watak Sara dengan baik.
Rosyam juga selalu menegur dan marah jika apa yang dia mahu itu tidak sampai.
Terus-terang, saya selesa dengan watak Sara itu. Selepas Gelora Di Hati Sara, saya tidak dapat buat drama baru kerana kesibukan dengan aktiviti lasak," katanya.

Lebih memberangsangkan, Fauziah duta produk SK-II selama 11 tahun bekerjasama dengan Broadway Acres Sdn Bhd yang beroperasi

di Sunway, awal tahun lalu, untuk menggilap bakat muda dalam bidang seni.

"Setakat ini, kami sudah mendapat seorang artis dari program Idola Kecil iaitu Dayana Emelda dan Daniel Razak yang juga pemain dram yang berusia 12 tahun.

"Ini adalah lebih pada kerja belakang tabir, tapi masih dalam bidang hiburan. Saya juga menjadi instruktor pada mereka," katanya.

PROFIL

NAMA SEBENAR: Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff
NAMA KOMERSIAL: Fauziah Latiff/Jee
TARIKH LAHIR: 5 Disember 1970
TEMPAT LAHIR: Air Tawar, Perak
KERJAYA: Penyanyi dan pelakon
STATUS: Ibu tunggal
ANAK: Jeffri Joaquim Indot, 13 dan Jeremy Jay Indot, 11
ALBUM: Di Gamit Memori, Kau Merubah Segalanya, Kini, Tiada Noktah Cinta, Gubahan Rindu Puisi Syahdu, Epilog Memori Gelita, Apa Sebenarnya, Sahabat, Petikan Syahdu Fauziah Latiff Vol 1 & 2, Jee '98, Jee No 1's, Yang Lebih Kau Cinta, Di Sebalik dan Pesona
TEATER: Teater muzikal, Rubiah

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Sanggup datang bertongkat

Posted: 25 Jul 2011 07:04 AM PDT

SELAIN sibuk dengan karier seni, artis juga dialu-alu meluangkan masa menyertai kerja amal.

Ditambah lagi, sebagai golongan yang menjadi perhatian umum semestinya pembabitan golongan insan seni tanah air mampu membawa keceriaan dan hiburan.

Menyedari golongan tak bernasib baik juga berhak berasa gembira, dua artis popular tanah air iaitu Intan Ladyana dan Hunny Madu sudi menyertai Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand 2011 di Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR).

Pada kempen amal itu, sebanyak 40 rumah kebajikan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dibantu menerusi pembekalan produk makanan berkhasiat dan mudah disediakan oleh Ayam Brand selama dua bulan. Ia nyata sumbangan amat bermakna.


Bagi Intan Ladyana yang turut melakukan demonstrasi masakan bersama beberapa anak yatim berkata dia sentiasa teruja memenuhi undangan untuk program amal. Katanya, kesibukan tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak meluangkan masa.


"Saya sangat menyokong program kemasyarakatan. Justeru, jika ada kelapangan masa saya takkan sesekali melepaskan peluang untuk turut serta.

"Biarpun hanya muncul seketika, saya tidak kisah asalkan dapat berbakti kepada masyarakat.

"Begitu juga pembabitan saya dalam askar Wataniah. Saya nekad menyertai kerana ia ada kaitan dengan masyarakat. Saya melakukannya secara sukarela demi sumbangan yang kecil kepada negara," katanya yang baru menghabiskan lima jam sesi latihan.

Menurut Intan Ladyana, dia perlu menghabiskan 235 jam lagi latihan untuk pentauliahan.

Katanya bagi latihan awal, dia melakukan kawad dan diperkenalkan dengan jenis senjata api.

Justeru, ia satu pengalaman baru yang menarik dan cukup bermakna.

"Kesibukan di lokasi penggambaran membuatkan ada kalanya saya tak boleh menyertai latihan seperti masuk ke hutan baru-baru ini.

"Memandangkan ia khidmat artis pada negara dan masyarakat, maka ada sedikit kelonggaran untuk kami.

"Bentuk latihan diberikan masih sama seperti askar Wataniah lain, cuma memandangkan ini bukan pekerjaan utama maka ada kelonggaran untuk menghadiri sesi latihan. Apa yang pasti, kelonggaran diberikan itu tidak bermakna golongan artis dimanjakan," katanya.

Intan yang muncul dengan filem baru, Flat 3A arahan Azhari Zain mengakui dia tidak kekok bergandingan dengan hero baru, Adey Syafrien.

Menurut Intan, kini dia sibuk menyiapkan penggambaran drama Kekasihku Puyu arahan Zul Arshaad dan filem X (Olynn Khadir).

Sementara itu, penyampai radio Fly FM yang kini sudah bergelar penyanyi, Hunny Madu juga hadir dalam kempen ini sekalipun terpaksa bertongkat.

Ini disebabkan, kaki Hunny mengalami kecederaan sehari sebelum program itu ketika dia bermain futsal.

Katanya, sebagai individu prihatin dan ikhlas untuk menggembirakan golongan kurang bernasib baik, dia sentiasa bersemangat untuk turut serta.

Ujar Hunny, walaupun dia kurang sihat, tetapi hatinya seronok dapat menghiburkan anak-anak yatim.

"Ditambah, ibu juga memberikan sokongan padu dan memiliki minat yang sama seperti saya suka melakukan kerja amal," katanya yang menyanyikan dua lagu daripada album Pulau Janji iaitu Kisah Kita dan Bayangkanlah yang mendapat tepukan gemuruh.

Menyentuh soal albumnya, Hunny berkata setakat ini sambutan diterima sangat menggalakkan dan memandangkan masih baru di pasaran, dia belum mengetahui jumlah album yang sudah terjual.

Katanya, apapun kini dia banyak menerima undangan menyanyi.

Selain Intan Ladyana dan Hunny Madu, kempen itu turut dihadiri Pengerusi Ayam Brand, Tunku Datuk Mu Tamir Tunku Mohamed dan Naib Presiden RACTAR, Datin Norfiah Abdul Syukor serta wakil rumah kebajikan anak yatim.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Peluru berkecai dalam tubuh

Posted: 25 Jul 2011 09:16 AM PDT

OSLO: Penyerang bersenjata Norway, Anders Behring Breivik menggunakan peluru dum-dum - yang meletup dan berkecai di dalam tubuh dan sering membunuh sasaran serta-merta - dalam serangan amuk di sekitar pulau Utoya.

Pendedahan pakar bedah itu dibuat ketika gambar menunjukkan kanak-kanak menggunakan tilam sebagai perisai bagi melindungi diri mereka di dalam bilik.


Saksi berkata, pembunuh itu tenang serta bersahaja ketika serangan dilakukannya, dan menjelaskan bagaimana mereka berpura-pura mati bagi mengelak dibunuh.

Mangsa yang ketakutan berusia antara 15 dan 25 tahun menyorok dalam bangunan, membongkok di bawah pokok dan berbaring antara mayat yang bergelimpangan. Yang lain berpura-pura mati, manakala sesetengahnya terjun ke dalam air laut yang sejuk bagi meninggalkan pulau Utoya, di barat-laut Oslo.


Sementara itu, ketua pakar bedah di hospital yang merawat mangsa pembunuhan perkhemahan belia itu berkata, pembunuh menggunakan peluru khas yang direka bagi menghancurkan bahagian dalam tubuh dan menyebabkan kerosakan dalaman secara maksimum.


Ketua pakar bedah Hospital Ringriket di Honefoss, di barat-laut Norway, Dr Colin Poole, berkata pakar bedah yang merawat 16 mangsa tidak menemui peluru yang lengkap.

Poole berkata: "Peluru itu meletup di dalam tubuh. Peluru itu menyebabkan kerosakan dalaman yang benar-benar teruk." Pakar balistik juga berkata demikian dan memberitahu peluru dum-dum ringan dan boleh ditembak pada sasaran secara tepat dari jarak berbeza.


Peluru itu biasa digunakan oleh marsyal udara pesawat dan pemburu haiwan kecil.

Poole yang menjadi pakar bedah selama 26 tahun di hospital berkenaan berkata, peluru itu mudah pecah dan menimbulkan kekeliruan pada gambar x-ray.


"Ia menimbulkan masalah tambahan dalam menangani kecederaan disebabkan olehnya. Kesannya di dalam tubuh seperti dicucuk beribu-ribu pin," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Breivik dedah misi jahat dalam manifesto 1,500 halaman

Posted: 25 Jul 2011 09:13 AM PDT

OSLO: Pembunuh gila Anders Breivik menulis manifesto menggerunkan menerangkan misi jahat pembunuhannya.

Dalam manifesto setebal 1,500 halaman itu, lelaki Norway itu mengisytiharkan perang ke atas umat Islam dan golongan sayap kiri - dan mengancam untuk menjatuhkan peradaban barat menjelang tahun 2083. Breivik - yang meningkatkan kemahiran ganasnya di kem neo-Nazi yang digelar The Vikings - memberitahu bagaimana dia membina gedung sejata dan menyembunyikan bahan letupan di ladang terpencil.


Manisfestonya mengandungi catatan tiga bulan terakhir persediaan kejadian letupan dan tembakan Jumaat lalu di Norway yang mengorbankan sekurang-kurangnya 93 orang.

Catatan terakhir - dibuat tiga jam sebelum bom kereta seberat 500 kilogram meletup di luar pejabat Perdana Menteri Jens Stoltenberg di Oslo - mengisytiharkan: "Sama ada semuanya atau tiada langsung."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved