Khamis, 27 September 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Syukur generasi bebas penjajah

Posted: 30 Aug 2012 09:25 AM PDT

PERASAANNYA berbunga riang sambil melahirkan rasa syukur yang tidak putus-putus setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan berlangsung, malah tidak ketinggalan meraikan hari bersejarah itu bersama-sama jutaan rakyat Malaysia berbilang kaum yang tahu menilai serta menghargai erti kebebasan di tanah air sendiri.

Walaupun lahir selepas merdeka, suri rumah, Noriah Hashim, 49, mampu merasai keperitan kehidupan penduduk negara ini sebelum mencapai kemerdekaan, melalui kisah yang diceritakan suami serta arwah ibu mentuanya yang sering berkongsi pengalaman mengenai penderitaan mereka ketika Tanah Melayu menjadi kawasan jajahan British dan Jepun.

Setiap kali tarikh keramat 31 Ogos menjelang tiba, beliau antara orang yang paling gembira kerana mengenangkan keadaan rakyat negara ini yang dapat hidup aman dan harmoni selepas bebas daripada cengkaman ketakutan akibat duduk di bawah pemerintahan bangsa asing suatu ketika dulu.

Noriah berkata, setiap kali mendengar kisah kepayahan hidup yang diceritakan ibu mentua dan suaminya, beliau berasa betapa bertuahnya menjadi rakyat Malaysia yang bukan saja boleh hidup bertolak-ansur bersama kaum lain dalam keadaan damai, malah diuruskan kerajaan yang bertanggungjawab, prihatin dan menjaga kebajikan rakyat.


Daripada apa yang diceritakan kepadanya, dia mendapat tahu kehidupan sebelum merdeka dipenuhi rasa takut yang amat sangat terutama ketika penjajahan Jepun hingga orang kampung tidak mahu keluar rumah kerana bimbang diserang.


"Mereka hidup dalam ketakutan, tidak seperti kita hari ini. Menurut ibu mentua saya, adik-adik perempuannya yang masih muda dan belum berkahwin ketika itu disorok bapanya dan tidak dibenarkan keluar.

"Ibu mentua saya berasal dari Tapah, Perak dan adik-beradiknya semua mempunyai rupa paras yang cantik dengan kulit putih mulus. Disebabkan itu, mereka disorok kerana bimbang diapa-apakan tentera Jepun.

"Sekiranya hendak keluar juga, terpaksa sorok-sorok kerana tentera Jepun ketika itu yang terkenal dengan sikap rakus dan kejam, berani melakukan jenayah sesuka hati mereka termasuk membunuh," katanya.

Menurut Noriah, selain terseksa dari segi emosi kerana tidak bebas dan rasa terkurung, hidup majoriti rakyat di Tanah Melayu ketika itu juga sangat susah dan banyak bergantung kepada ubi kayu sebagai sumber makanan.

Menurut suaminya, peniaga, Mat Daud Ayob, 60, hidup pelajar sekolah ketika itu juga terbatas kerana mereka terpaksa pergi dan balik sekolah dalam keadaan menyorok, malah sesi persekolahan pernah terganggu sementara dengan kehadiran tentera Jepun.

Keadaan pada masa itu sangat berbeza dengan zaman ini. Rakyat Malaysia bukan saja bebas dan hidup aman damai, malah semakin maju mengejar pencapaian setanding negara luar.

"Taraf hidup rakyat ketika ini juga jauh berbeza sekiranya hendak dibandingkan zaman sebelum merdeka kerana ekonomi kita yang semakin kukuh dan nama negara semakin harum di peringkat antarabangsa.

"Saya selalu menceritakan kisah sebelum zaman merdeka seperti yang diceritakan kepada saya dan sering berpesan kepada anak-anak supaya mereka bersyukur dapat tinggal dan menjadi rakyat negara ini.

"Walaupun ke mana kita pergi, Malaysia adalah negara terbaik pada mata saya kerana ia seimbang dari semua segi, tidak seperti sesetengah negara lain yang rakyat hidup melarat biarpun sudah lama maju," katanya.

Ibu kepada empat anak itu berkata, golongan muda juga harus tahu mengenai kisah sebelum merdeka supaya mereka sedar betapa berharganya nilai kebebasan serta tidak menimbulkan sebarang kekacauan yang boleh merosakkan keharmonian negara.

Beliau bukan saja rasa bersyukur, malah berasa amat beruntung menjadi rakyat negara ini, bersama-sama dengan bangsa lain yang berbilang kaum.

"Tidak perlulah kita hendak bergaduh atau membuat kacau kerana perbezaan fahaman politik kerana apa yang negara ada ketika ini sudah cukup bagus. Kerajaan kita melakukan tugas dengan baik dan tidak perlulah ada pihak yang hendak membuat kacau-bilau," katanya.

Setiap kali Hari Kemerdekaan, rasa bangga menjadi anak Malaysia membuak dalam dadanya. Justeru, dia dan suami sanggup bangun awal pada hari cuti umum itu untuk membawa anak-anak meraikan hari penuh bersejarah di Dataran Merdeka bersama rakyat lain. Ia boleh dikatakan sudah menjadi 'aktiviti tahunan yang wajib' untuk mereka sekeluarga.

Malah, setiap tahun dia sekeluarga akan turut sama menghias rumah dan kereta dengan bendera Malaysia bagi mengingati hari bermakna kepada negara ini.

"Kami juga akan bergerak dari rumah di Kajang ke Dataran Merdeka untuk sama-sama meraikan dan merasai nikmat kemerdekaan yang dicapai sejak 55 tahun lalu bersama rakyat lain.

"Sungguh menggembirakan apabila dapat melaungkan Merdeka bersama-sama rakyat negara ini yang berbilang kaum. Ia menunjukkan majoriti rakyat tahu menghargai erti kebebasan dan keamanan," katanya.

Sementara itu, juruteknik, Abdullah Hashim, 55, yang dilahirkan tepat pada 31 Ogos 1957 berkata, berkongsi tarikh lahir dengan Hari Kemerdekaan sememangnya memberi makna tersendiri kepada dirinya.

Katanya, beliau dilahirkan di rumahnya di Kampung Gelam, Melaka dan hanya menyedari tarikh lahirnya sama dengan sambutan kemerdekaan negara sekitar usia 10 tahun apabila diberitahu bapanya.

"Ketika kecil, saya tidak tahu tetapi apabila sudah mula faham, saya berasa amat bangga dilahirkan sama dengan tarikh negara bebas daripada cengkaman bangsa luar, apalagi rakyat Malaysia beramai-ramai meraikannya," katanya.

Abdullah berkata, beliau sering mendengar cerita betapa susahnya kehidupan zaman sebelum merdeka terutama daripada ibu bapanya di mana kehidupan seharian rakyat pada waktu itu sangat susah dan sentiasa tertekan.

Dia masih ingat bagaimana orang kampung ketika itu sangat takut dengan tentera Jepun hingga pergerakan mereka menjadi terbatas dan tidak dapat keluar rumah kecuali dengan cara menyorok.

"Kekejaman tentera Jepun menyebabkan penduduk takut hingga tidak berani bergerak di luar rumah. Tidak seperti hari ini, tiada rasa takut dan semua orang bebas untuk ke mana-mana saja.

"Apabila kita diisytiharkan merdeka, ia seolah-olah satu nikmat yang sukar diucapkan dan hanya difahami mereka yang pernah hidup tertindas sebelum ini. Hidup rakyat menjadi lebih tenang dan gembira," katanya.

Kisah mengenai zaman sebelum kemerdekaan seharusnya selalu diketengahkan supaya generasi muda tahu betapa seksanya hidup di bawah cengkaman asing dan lebih bersikap patriotik terhadap negara.

Katanya, golongan yang suka menimbulkan kekacauan seharusnya sedar segala ketenangan dan kedamaian yang dikecapi hasil kemerdekaan yang diperoleh dan tidak seharusnya diperjudikan dengan sikap mementingkan diri sendiri.

"Saya tidak setuju dengan perbuatan demonstrasi yang sering diadakan sesetengah pihak kerana bagi saya ia bukan saja membuang masa, malah tidak memberi sebarang faedah kepada bangsa dan negara.

"Generasi muda harus tahu mengenai keadaan sebelum merdeka dan jangan huru-harakan negara kerana sikap mementingkan diri sendiri," katanya.

Abdullah bersama isteri, Sharifah Hashim, 54, dan anak-anak, Shahrul, 27, Nurhaniza, 25, dan Ahmad Shahir, 18, menghias rumah mereka dengan mengibarkan bendera bersaiz besar pada hadapan rumah bagi meraikan hari bersejarah negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/31


Guna FB cegah kanser

Posted: 23 Aug 2012 08:12 AM PDT

BERAPA ramai antara kita berani bersuara sama ada menegur atau memarahi ahli keluarga, rakan, teman lelaki dan wanita mahupun orang asing yang merokok terutama jika ia dilakukan di depan mata?

Ya, memang ada yang berani namun jumlah mereka yang berdiam diri lebih ramai. Mungkin disebabkan malu, malas, takut dimarahi atau sudah serik menegur, kita bertindak mengambil keputusan untuk tidak bersuara lagi.

Kata-kata seperti 'suka hati mereka, sudah sakit nanti tanggung sendiri' dan 'ala, mereka sudah besar, tahu fikir mana baik dan mana buruk' selalu didengari apabila masalah untuk menegur si perokok tegar ini dibangkitkan.

Bagaimanapun, jangan sesekali berputus asa untuk terus menasihati mereka terutama anak muda agar menjauhi rokok mahupun perkara lain yang tidak sihat demi kesihatan diri.


Ini kerana, bahan di dalam rokok yang mengandungi tembakau itu adalah penyebab utama dan tertinggi kepada penyakit pembunuh di seluruh dunia iaitu kanser.


Justeru, berlandaskan sebab tanggungjawab dan menyayangi masyarakat, Persatuan Kanser Malaysia (NCSM) dengan kerjasama Courts Malaysia (Courts), melancarkan kempen mengenai bahaya dan pencegahan kanser secara inovatif melalui saluran laman sosial paling popular, facebook.

Pengarah Urusan NCSM, Rubi Ain Dahlan, berkata kempen yang dinamakan sebagai 'I Choose' atau 'Saya Pilih' ini bertujuan memberi pendedahan kepada golongan belia sama ada pelajar sekolah, kolej atau universiti terhadap penyakit ini yang boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat.

"Dengan kerjasama Courts, hari ini kami dapat melancarkan halaman facebook khas untuk golongan belia. Halaman ini istimewa kerana ia akan menjadi saluran utama bagi mereka berkongsi maklumat termasuk cara mengamalkan gaya hidup sihat daripada segi pengambilan bahan makanan, senaman dan seumpamanya sejak peringkat awal bagi menghindari kanser.

"Selain itu, dengan kewujudan halaman facebook ini, kami dapat memikat hati semua golongan belia apabila nada dan gaya bahasa yang digunakan bersesuaian serta digemari mereka.

"Golongan belia sememangnya berkeupayaan untuk menyerap maklumat yang banyak. Oleh itu, kami berharap dapat menyalurkan pelbagai maklumat penting ini kepada mereka menerusi saluran komunikasi yang paling disukai agar dapat membentuk diri mereka untuk membuat pilihan bijak dengan mengatakan tidak kepada kanser," katanya.

Menurut Rubi Ain, kajian menunjukkan pencegahan kanser bermula dengan gaya hidup sihat dan lebih wajar serta berkesan lagi sekiranya amalan itu dimulakan dari usia muda.

Tidak sukar, antara petua menjaga kesihatan untuk menjauhi kanser atau penyakit kronik lain adalah dengan menggunakan krim pelindung sinaran matahari, meninggalkan tabiat merokok dan mengurangkan diri terdedah daripada asap rokok, memakan lebih banyak buah-buahan atau sayur-sayuran segar serta elak pengambilan makanan yang siap diproses.

Tambahnya, kempen berkenaan juga adalah sebahagian daripada program Harapan Kami Untuk Kanak-Kanak iaitu satu usaha inisiatif berterusan anjuran NCSM dan Courts sejak 2010.

"Keluarga sihat adalah asas kebahagiaan anggotanya. Seiring dengan konsep perniagaan Courts yang mengutamakan rumah tangga, amat penting bagi kami untuk membabitkan diri dan menyumbangkan usaha dalam kegiatan yang dapat meningkatkan tahap kesihatan masyarakat Malaysia," kata Pengarah Negara Courts, Chris Yong.

Selain akan sentiasa dikemas kini dengan maklumat terkini mengenai cara mengurangkan risiko kanser, halaman ini juga memperkenalkan pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti koreografi tarian.

Menerusi medium sama, anda boleh menyaksikan sebuah video istimewa bertajuk Unlike Cigarettes yang mengandungi pandangan selebriti tempatan seperti Cheryl Samad, Jeremy Teo, Jojo Struys, Azura Zainal, Stephanie Chai, Julie Woon, Fuad, Will Quah dan Shawn Lee yang menggalakkan golongan belia untuk menghindari serta menghentikan tabiat merokok.

Satu lagi aktiviti yang boleh disertai oleh semua remaja warganegara Malaysia berusia 13 hingga 24 tahun ialah pertandingan membuat video. Peserta hanya dikehendaki merakamkan diri mereka untuk berkongsi pendapat mengenai keburukan merokok dan menghantar rakaman video berkenaan sebelum 30 September 2012.

Lima peserta terbaik yang akan diadili oleh barisan panel bertauliah berpeluang memenangi hadiah menarik tajaan Courts seperti televisyen Samsung LED 32 inci, Apple iPod Shuffle 2G dan mesin pencetak foto Canon Selphy.

Untuk melihat dan mendapatkan maklumat berguna mengenai penyakit kanser ini, layari www.facebook.com/ichoosemalaysia.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/23


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Aksi nekad 2 minit

Posted: 26 Sep 2012 03:09 PM PDT

PETALING JAYA: "Kami terdengar letupan dan jeritan dari kedai emas di sebelah sebelum keluar untuk memeriksa apa berlaku dan mendapati pengawal keselamatan premis itu terbaring sambil memegang dada yang berlumuran darah," kata juruwang farmasi, Siti, 28, menceritakan kejadian rompakan nekad kedai emas di Jalan Othman, di sini, mengakibatkan seorang pengawal keselamatan maut ditembak, semalam.

Dalam kejadian jam 3.50 petang itu, kedai emas itu dirompak tiga lelaki bersenjatakan pistol dan kapak serta melarikan pelbagai barangan kemas sebelum beredar dari tempat kejadian dengan menaiki motosikal.

Menurut Siti, dia bersama tiga rakan sekerja sedang melayan pelanggan ketika kejadian berlaku dan mereka sempat bersembunyi seketika dalam pejabat selepas seorang rakan yang keluar menjengah memberitahu ternampak seorang lelaki memegang pistol.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pengawal keselamatan itu, Krishnan Periasamy, 44, meninggal dunia selepas dua jam dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat kecederaan parah di dada, manakala tiga pekerja wanita kedai emas itu tidak cedera.


Menurutnya, tiga suspek terbabit memakai topi keledar berpenutup penuh tiba-tiba menyerbu kedai emas itu dan melepaskan dua tembakan ke arah pengawal keselamatan yang duduk di depan premis itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/27


2 amuk depan pondok polis dicekup

Posted: 26 Sep 2012 02:30 PM PDT

PETALING JAYA: Dua lelaki yang tidak berpuas hati apabila mangsa dibelasah mereka lari bersembunyi dalam Pondok Polis Desa Mentari, Sungai Way, di sini, bagi mendapatkan perlindungan bertindak mengamuk di depan premis itu menggunakan rantai besi, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, kedua-dua lelaki terbabit bertindak samseng apabila menjerit memanggil nama mangsa berusia 25 tahun dan cuba menceroboh masuk ke pondok polis itu untuk mendapatkan mangsa.


Bagaimanapun, tindakan kedua-dua lelaki terbabit mengundang padah apabila mereka segera diberkas anggota polis yang berkawal di pondok itu, manakala senjata dirampas.

Menurut sumber, pergaduhan antara dua lelaki terbabit dan mangsa bermula setengah jam sebelum kejadian apabila mangsa yang menetap di Shah Alam dibawa ke Desa Mentari, Jalan Klang Lama, di sini.


"Mangsa yang berada di rumahnya didatangi dua lelaki itu sebelum dibawa ke sebuah flat di Desa Mentari kononnya untuk berbincang.


"Seorang daripada lelaki terbabit menuduh mangsa cuba mengganggu teman wanitanya dan dia mahu berbincang bagi mendapatkan penjelasan mangsa," katanya.

Sumber berkata, sebaik tiba di flat berkenaan, lelaki terbabit tiba-tiba memarahi mangsa dan memukul kepalanya dengan rantai besi sehingga berdarah menyebabkan mangsa yang ketakutan melarikan diri kerana bimbang dibelasah dengan lebih teruk.


"Mangsa berlari ke arah Pondok Polis Desa Mentari bagi mendapatkan perlindungan. Ketika dia cuba dibantu anggota polis pondok itu tiba-tiba dua lelaki yang menyerangnya datang sambil menjerit.

"Kedua-dua lelaki terbabit kemudian membuat kecoh di depan pondok polis itu dan cuba masuk ke dalam untuk menyerang semula mangsanya," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan pihaknya menahan dua lelaki berusia 19 dan 25 tahun kerana melakukan serangan terhadap mangsa di depan pondok polis berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/27


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Reputasi FAM tidak terjejas

Posted: 26 Sep 2012 09:16 AM PDT

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak peduli andai kes membabitkan Peter James Butler mendapat perhatian meluas media antarabangsa selagi ia dikendalikan mengikut peraturan ditetapkan.

Pandangan terbabit disuarakan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berhubung perkembangan terbaru membabitkan bekas pengendali Terengganu itu yang mendedahkan pemecatannya sudah mendapat perhatian masyarakat dunia.


Butler mendakwa berita pemecatannya sudah merebak ke negara kelahirannya, England selain Eropah apabila mendapat liputan beberapa akhbar terkenal dunia seperti The Guardian, Independent dan New York Times.

"Kita tidak peduli (liputan media antarabangsa) asalkan ia dilakukan mengikut tatacara. "Seperti isu antarabangsa lain, kita perlu mengikut peraturan," katanya ketika ditanya insiden terbabit yang mungkin menjejaskan reputasi dan imej bola sepak tempatan di kaca mata dunia secara keseluruhan.


Katanya, FAM tidak akan terburu-buru mencampuri urusan terbabit kerana Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) turut mempunyai jawatankuasa disiplin dan rayuan seperti badan induk bola sepak negara itu.


"Selepas mendapat keputusan rayuan dan andai beliau (Butler) tidak puas hati, surat boleh dihantar kepada FAM untuk kami menilainya bagi memutuskan sama ada ia perlu dirujuk kepada jawatankuasa bertanggungjawab untuk tindakan susulan atau sebaliknya.

"Buat masa ini kita tunggu dulu keputusan rayuan," katanya yang turut mengaku sudah menerima salinan surat rayuan dihantar Butler kepada badan induk bola sepak negara itu namun menegaskan tidak dapat mengambil sebarang tindakan kerana itu hanyalah surat salinan.


Bekas pengendali Kelantan itu disabit kesalahan memberi kenyataan kepada media tanpa kebenaran pengurusan sekali gus menyebabkan beliau digantung enam bulan dan kontraknya yang masih berbaki 15 bulan ditamatkan serta denda wang tunai.

Hukuman itu menyebabkan kontraknya terbatal kerana mengikut peraturan beliau tidak boleh digantung melebihi 30 hari.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/26


SMK Tunku Anum pertahan kejuaraan

Posted: 26 Sep 2012 09:02 AM PDT

USAHA keras akhirnya membuahkan hasil buat pasukan bola sepak SMK Tunku Anum (SMKTA) Kedah apabila mencipta kemenangan hatrik mempertahankan Piala Remaja Bawah 17 Tahun KPM 2012 dengan menewaskan SMK Mutiara Impian (SMKMI) Pulau Pinang, 4-1 pada perlawanan akhir di Stadium Darulaman, kelmarin.

Ketua jurulatih pasukan SMKTA, Mohd Zaini Othman berkata, beliau puas hati dengan kejayaan pasukannya yang meraih kejuaraan ketiga berturut-turut.


"Kejayaan kami tidak dicapai dengan mudah. Sejak mengambil tugas melatih pasukan pada 2008, kami berjaya layak ke final Bawah 15 Tahun di Manchester United 2010 tapi gagal mara ke final Piala KPM B-15 selepas tewas di separuh akhir kepada Sekolah Bola Sepak Bukit Jalil.

"Malah kami juga tewas kategori B-17 di peringkat sama tapi kini anak buah saya sudah matang dan belajar daripada kesilapan ketika mengharungi pertandingan itu pada 2010 dan akhirnya mencipta kejayaan," katanya.


Pada perlawanan kelmarin, SMKTA mendahului seawal minit ke-10 menerusi tandukan penyerang Harimau Muda C, Muhammad Shafiq Ahmad tapi pelawat menyamakan kedudukan sembilan minit kemudian menerusi Muhammad Azrul Zulkifli.


SMKTA memastikan mereka mendahului sebelum tamat separuh masa menerusi jaringan Muhammad Azri Zulkiflee pada minit ke-30 dan dua jaringan selepas rehat menerusi Shafiq dan Azri pada minit ke-60 dan 74 memastikan mereka dinobat juara musim ini.

"Saya berterima kasih kepada penolong, Rizal Johari yang membantu saya sejak lima tahun lalu untuk membentuk dan mendidik barisan pemain bagi meraih kemenangan yang meletakkan SMTA sebagai antara sekolah bola sepak terulung di Malaysia."

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/26


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Jual rakan hamil

Posted: 26 Sep 2012 03:09 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Tergamak dia menjual saya dan kandungan yang kini berusia lapan bulan dengan harga cuma RM400," kata wanita mahu dikenali sebagai Asmah, 25, yang dijual rakan baiknya kepada sepasang suami isteri sebelum diselamatkan.

Menurutnya, rakannya itu bersama teman lelaki yang kedua-duanya berusia 30-an menjualnya kepada sepasang suami isteri di Damansara, di sini, jam 9 malam, 20 September lalu selepas dibawa dari rumahnya di Meru, Klang.

Asmah yang juga warga Indonesia berkata, dia mengenali pasangan kekasih terbabit yang juga jirannya sejak beberapa bulan lalu.

"Saya mengandung anak sulung hasil perkahwinan dengan suami yang juga warga Indonesia dan bekerja sebagai buruh sejak tiga tahun lalu di negara ini.


"Perkahwinan kami hanya bahagia setahun. Dua tahun berikutnya, saya sering dipukul suami yang panas baran.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/27


Tak sempat urut

Posted: 26 Sep 2012 03:09 PM PDT

MELAKA: Lima wanita asing disyaki tukang urut yang sedang menanti kehadiran pelanggan di sebuah premis di sekitar bandaraya ini tergamam dan tidak sempat melarikan diri apabila 'dikunjungi' pihak berkuasa, kelmarin.

Difahamkan, semua wanita warga Vietnam berusia 20 hingga 30-an itu menjalankan kegiatan berkenaan secara tidak sah dengan menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka.


Serbuan khas itu dijalankan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka diketuai Inspektor Salim Ahmad, kira-kira jam 3.45 petang.

Ketika serbuan, seorang wanita tempatan dipercayai penjaga premis turut berada di bangunan berkenaan.


Bagaimanapun, keadaan terkawal berikutan keenam-enam mereka tidak meloloskan diri dan ditahan untuk tindakan lanjut. Pegawai Turus D7 Melaka, Asisten Superintendan Azhar Abdul Rahim berkata, operasi dilakukan hasil maklumat awam dan risikan pihaknya mengenai kewujudan aktiviti menyalahi undang-undang premis itu.


"Ia berikutan semua wanita asing itu dipercayai bekerja tanpa permit sah sebagai tukang urut.

"Dalam serbuan sama, kami turut menahan seorang wanita tempatan berusia 30-an untuk tindakan lanjut," katanya kepada Harian Metro di sini, semalam. Menurutnya, kes diklasifikasikan mengikut Akta Imigresen 1959/1963. Katanya, pihaknya akan menjalankan pemantauan dan operasi seumpama itu secara berterusan bagi memastikan aktiviti tidak bermoral berkenaan dapat dibanteras sepenuhnya di negeri ini.


Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian Hotline IPK negeri iaitu 06-2851999 atau balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/27


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Mengaku tiada orang ketiga

Posted: 26 Sep 2012 06:34 AM PDT

IMPIAN untuk melihat mereka disatukan sudah hancur berkecai. Akhirnya pasangan Remy Ishak dan Tiz Zaqyah dengan sah mengumumkan bahawa mereka kini bukan lagi kekasih dan berpisah dengan rasminya sejak tiga bulan lalu.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Remy dan Tiz kepada Harian Metro dalam dua situasi berasingan. Remy ditemui di Alamanda, Putrajaya, baru-baru ini sementara Tiz pula dihubungi malam kelmarin.

"Memang sudah tiga bulan kami berpisah secara rasminya. Sebab-sebabnya tidak usahlah saya ceritakan, tetapi kami bukan lagi pasangan kekasih. Sekarang biarlah kami hanya menjadi sahabat dan rakan seperjuangan dalam bidang lakonan," kata Remy ringkas.

Manakala Tiz pula memberi kenyataan dalam akhbar ini kelmarin, apa yang Remy cakap itulah cerita sama.


"Apa yang Remy cakap itulah cerita sama saya boleh katakan. Kami tiada orang ketiga dan kenyataan Remy pun menyebut begitu. Saya cuma berharap semua pihak jangan menghakimi perkara ini dan menyalahkan sesiapa. Kami berpisah atas persetujuan bersama.


"Sebelum ini pun saya dihujani panggilan daripada pihak media yang mahukan komen sejak cerita ini keluar. Ia sedikit sebanyak mengganggu tumpuan saya untuk berlakon.

"Disebabkan saya tengah shooting, kadangkala saya tak dapat menjawab panggilan daripada pihak media dan jangan pula ada yang menganggap saya mengelak daripada menjawab soal ini," katanya.

Tiz mula mencipta fenomena yang tersendiri selepas kejayaannya menghayati watak sebagai Nur Amina dalam drama Nur Kasih arahan Khabir Bhatia dan dari situlah perkenalan lebih rapat dengan Remy bermula. Kasih sayang yang dipupuk dalam drama itu sebagai pasangan suami isteri terus terbawa-bawa dalam sekuel cerita itu menerusi filem Nur Kasih The Movie.

Tiada halangan untuk mereka terus membajai kasih sayang yang tercetus sehingga lahirnya bibit cinta lantaran diri tiada siapa yang punya. Meneruskan kisah yang penuh tragis dalam Nur Kasih The Movie, mereka dilamun cinta sehingga setiap ada saja cerita cinta mereka dipaparkan dalam media massa dan elektronik.

Adat orang menanggung rindu ke mana pergi mesti bersama. Saling bertukar senyuman dan bisikan adalah fenomena biasa kepada pasangan yang bercinta. Itu cerita bahagia Tiz dan Remy lebih setahun lalu sekarang segala yang manis sudah menjadi racun kepada diri masing-masing.

Kala hati sudah tidak suka, kemesraan yang ada semakin kabur dan akhirnya berkubur. Pusara cinta yang sepi tanpa jalinan kasih dua hati. Sebelum ini sudah beberapa kali ada khabar angin bertiup kencang menyebarkan berita yang mereka tidak sehaluan lagi dan mereka terpaksa menafikannya dengan alasan lautan mana yang tidak bergelora dan bumi mana yang tidak ditimpa hujan.

Kemuncak perbalahan mereka berdua apabila awal tahun ini Remy dimasukkan ke hospital kerana demam panas dan Tiz langsung tidak mengambil tahu perkembangan diri Remy yang ditahan di wad.

Semua orang tahu, Remy adalah lelaki yang tidak gemar menceritakan perihal peribadinya kepada umum lebih-lebih lagi menggunakan laman sosial untuk bercerita. Namun entah kenapa Remy secara tiba-tiba 'berani' meluahkan sesuatu di laman twitternya.

Sama ada Tiz ataupun Remy, mereka enggan terlalu memperbesarkan isu perselisihan faham antara kerana pada mereka ia adalah sebahagian daripada asam garam orang bercinta.

Kata Tiz, dia rimas orang asyik memperkatakan soal cintanya dan bukan mengenai kerjanya yang secara tidak langsung mengganggu fokusnya pada karier seni.

Akui Tiz, bukan saja dia rimas, malah dia tidak larat untuk menjawab persoalan demi persoalan yang timbul mengenai hubungannya yang dikatakan sudah berakhir.

"Saya tidak tahu, kenapa kisah peribadi saya lebih mendapat tumpuan dan publisiti berbanding karier saya yang selama ini menjadi nadi kehidupan saya?

"Saya menerima banyak komen daripada peminat yang kurang selesa membaca kisah peribadi saya di dada akhbar dan internet. Mereka lebih suka melihat lakonan saya berbanding isu itu. Jadi, jangan sensasikan lagi kisah peribadi saya," katanya.

Memetik kenyataannya lagi, tegas Tiz ketika bertemu dengannya pada pelancaran drama Dejavu di Kinabalu, dia tidak mahu komen apa-apa sebab dia jenis yang sukar untuk berkongsi kisah peribadi dengan sesiapa.

"Mungkin 10 peratus saja mengenai diri saya yang orang luar tahu. Apapun jawapan saya, spekulasi akan tetap terjadi. Orang akan tetap berkata sama ada saya bercerita atau tidak. Bagi saya, lebih baik saya berdiam diri. Lagi pun ia perkara normal, boleh terjadi kepada sesiapa saja," tambahnya.

Pada Mei lalu, Remy membuat pengakuan yang cintanya terhadap Tiz semakin mendalam.

Ketika ditemui media pada majlis Malam Gala Tayangan Media Filem Jiwa Taiko di Cineleisure, e@Curve, Damansara tidak lama dulu, Remy mengakui hubungannya dengan Tiz semakin rapat walaupun sebelum ini ada yang khabar angin yang mengatakan hubungan mereka sudah putus.

"Tidak dinafikan, selepas pelbagai kontroversi yang berlaku, perasaan cinta saya terhadap dia semakin mendalam, malah hubungan kami berdua semakin okay," katanya ketika itu.

Namun dia mengatakan belum ada perancangan lanjut mengenai hubungan cinta mereka kerana mereka mahu rileks dulu bagi memberi tumpuan terhadap karier seni masing-masing.

Baru-baru ini pula, dalam twitter, luahan rasa Remy bernada sumbang yang seolah-oleh mengesahkan tiada lagi cinta di hatinya.

Antaranya, "The relationship was gone a long time ago, I haven't been involved with anything and everything dan "The best way to end the relationship is to burn the bridge. Glad I did it. No turning back."

Remy kemudiannya menulis yang semua orang patut bersyukur dengan pengalaman pahit yang Tuhan berikan, juga jangan sesekali menyesal dengan apa terjadi.

Kini dengan kenyataan Tiz, lenyaplah segala kesangsian di hati peminat yang secara jelas memberitahu dia kembali solo. Jika di layar lebar, Nur Amina menemui cinta sejatinya dengan Adam tetapi di alam nyata, cinta yang bersemi di layar perak itu gagal dipertahankan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/26


Zakiah restu Khasif

Posted: 26 Sep 2012 06:22 AM PDT

JOHAN Qariah Musabaqah Al-Quran peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa 2009, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman sudah pun selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Datuk Seri Mohamad Hizal pada 7 September lalu di Kelab Golf Ipoh, Perak.

Bagaimanapun, kesan daripada perkahwinan yang sangat mulia di sisi agama itu, timbul cerita yang Sharifah Khasif menyembunyikan pernikahannya kerana dia adalah isteri kedua dan rentetan itu, Khasif sudah pun menjelaskan situasi yang sebenar menerusi e-mel kirimannya.

Pun begitu, cerita itu tidak berakhir begitu saja apabila isteri pertama Hizal, Datin Seri Shahrul Zakiah Mat Yusof pula 'diganggu' dengan pelbagai panggilan telefon memintanya agar dia reda dan bersabar di atas perkahwinan itu. Hakikatnya, Zakiah sendiri sudah tahu yang suaminya akan berkahwin dengan Sharifah Khasif dan merelakannya.

Suasana yang tenang menjadi agak kusut dan berserabut sekarang kerana seolah-olah perkahwinan Hizal dan Khasif tidak mendapat keizinan Zakiah yang mana sebenarnya Zakiah sudah lama mengenali Khasif dan bersedia menerima Khasif sebagai ahli keluarga barunya.


Selain itu, tiada isu pernikahan mereka dilakukan secara sorok-sorok kerana Khasif menerusi pembantu peribadinya turut mengedarkan kad jemputan kepada saudara-mara, kenalan yang jauh dan dekat serta rakan media.


Bagi menjernihkan semula keadaan, Zakiah mengirim e-mel kepada RAP, Harian Metro beserta gambarnya bersama Hizal dan juga gambar mereka sekeluarga ketika bercuti di Jepun yang turut disertai Khasif. Dia berharap dengan penjelasannya itu, segala kemusykilan dan tohmahan terhadap keluarganya dan juga Khasif akan segera terlerai kerana apa yang penting sekarang mereka hidup dengan aman bahagia dan reda dengan ketentuan daripada Allah SWT.

Isi kandungan e-mel daripada Zakiah:

"Assalamualaikum, saya, Datin Sri Shahrul Zakiah Mat Yusof, isteri kepada Datuk Sri Mohammad Hizal Othman. Pada 22 September lalu saya terbaca pengakuan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman di dalam akhbar Harian Metro. Saya melihat perkara ini semakin kusut dan kronik sehingga saya rasa terpanggil untuk membuat kenyataan akhbar agar segala kekusutan dan tohmahan dapat diperjelaskan.

"Daripada pengesahan status perkahwinan yang dibuat Sharifah Khasif tempoh hari menyebabkan saya pula ditimpa panggilan, soalan dan pelbagai pertanyaan seolah-olah membayangkan saya dan keluarga dilanda kesedihan serta kemurungan. Sebenarnya ia tidaklah seperti yang digambarkan.

"Untuk pengetahuan semua, saya terlebih dulu dimaklumkan oleh suami mengenai pernikahannya itu sebelum ia berlaku dan saya juga bersedia untuk menerima Sharifah Khasif sebagai ahli baru dalam keluarga saya yang lebih senang dipanggil 'adik'. Di sini, ingin saya tegaskan bahawa tidak ada berlaku kahwin sembunyi-sembunyi seperti yang diuar-uarkan. Saya berharap dan berdoa agar perkahwinan ini akan membawa kebaikan dan mendapat keberkatan Allah di dunia dan di akhirat.

"Saya juga menerima suratan pertemuan, jodoh, ajal dan maut semuanya ditentukan oleh Allah SWT. Saya menerima dengan hati yang terbuka disertai doa
agar dibalas dengan kebaikan dan rahmat. Saya juga bersyukur kerana suami
saya seorang yang sangat penyayang dan bertanggungjawab kepada saya sekeluarga. Semoga sifatnya itu akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Diharap pengakuan ini akan merungkai segala pertikaian yang berlaku selama ini." katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/26


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Trend bengkak dahi

Posted: 26 Sep 2012 12:49 PM PDT

LONDON: Satu siri baru televisyen mendedahkan trend aneh masyarakat Jepun untuk 'membengkakkan dahi.'

Penampilan luar biasa itu yang dihasilkan menerusi suntikan air bergaram (saline) pada dahi, kemudian menekan pada tengah kawasan yang membengkak dengan ibu jari, menjadi kegilaan terbaru dalam senario pengubasuaian tubuh yang dilakukan secara sulit di negara mata hari terbit itu.

Kesan dramatik hasil rawatan selama dua jam itu berakhir antara 16 hingga 24 jam apabila air bergaram itu diserap oleh tubuh dan dahi kembali kepada saiz normal.

Proses berkenaan didedahkan dalam rancangan National Geographic's Taboo yang menunjukkan tiga orang menjalani rawatan itu secara sulit di Tokyo.


Ia menunjukkan jarum besar yang bersambung dengan drip air bergaram dicucuk pada dahi John, Marin dan Scorpion.


Pengamal rawatan itu, Asami kedengaran berkata: "Anda perlu melakukannya secara betul bagi mengurangkan bahaya."

Sensasinya terbukti tidak menyelesakan. Ketika jarum itu dicucuk pada dahinya, John berkata: "Ooh, jariu itu memasuki dahi saya.. Ooh!"

Apabila masuk sepenuhnya, kesan jaram itu dapat dilihat dengan jelas di bawah permukaan kulit dan air garam itu mula memasuki dahi secara perlahan-lahan.

John menyifatkan keadaan ketika itu sebagai 'terasa mencucuk sedikit.'

Dia kemudian berkata, perasaannya menjadi begitu gelisah, yakin cecair berkenaan melilih pada permukaan mukanya dan bertanya: "Adakah sesuatu yang melilih dari kepala saya. Saya dapat merasakannya melilih."

Kira-kira sejam selepas itu, dahi John dan dua rakannya kelihatan begitu bengkak dan mereka kelihatan sudah serasi dengan jarum pada dahi masing-masing.

"Saat ini, saya dapat merasakan relaks, seperti berdenyut-denyut dan juga seolah-olah meningkatkan tekanan secara perlahan-lahan, membuatkan saya merasakan hendak tidur," kata John.

Selama dua jam rawatan itu, kira-kira 400 sentimer kubik air bergaram dimasukkan ke dahi mereka. Sebaik ia mencapai saiz yang diinginkan, Asami menarik keluar jarum berkenaan dan menekan ibu jarinya pada tengah bahagian yang bengkak itu.

Apabila ibu jari itu dialihkan, John kelihatan terkejut, disambut dengan tepukan daripada orang yang berada di dalam bilik berkenaan.

"Oh sungguh menakjubkan. Saya kelihatan begitu menarik," katanya. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/27


Wanita tertelan tikus dalam sandwic

Posted: 26 Sep 2012 09:44 AM PDT

LONDON: Apabila seorang ibu dua anak menggigit sandwic ayam yang dicampur dengan bakon dan salad yang dibeli dari sebuah pasar raya Tesco, dia menelan sesuatu yang tidak dijangkanya.

Katie Crabtree terkejut mendapati binatang berbulu, seekor tikus, di dalam snek prabungkus yang dibelinya dari rangkaian pasaraya itu di Stockport.

Wanita berusia 31 tahun itu hanya ternampak 'objek berbulu itu' selepas memakan separuh daripadanya dengan menyangka ia bakon salai yang hangus.

"Saya menggigitnya dan melihat benda hitam di dalamnya. Saya menyangka ia bakon salai dan menelannya.


"Kemudian saya melihat sesuatu yang buruk dalam sandwic itu. Ia berwarna hitam dan berbulu. Saya juga melihat kakinya. Ia sungguh dahsyat," katanya.


Katie berkata, penemuan mengejutkannya itu membuatnya tidak selesa.

"Saya tidak boleh lagi makan sandwic bungkus kerana ia akan mengingatkan saya kepada peristiwa itu," katanya.

Dia menuduh pasar raya berkenaan tidak menghiraukannya selepas mengadu hal itu kepada pasar raya terbabit dan ibu pejabatnya.

"Saya menghubungi pasar raya berkenaan dan ibu pejabatnya tetapi tidak ada orang yang tahu mengenai kejadian itu," katanya.

"Mereka akhirnya memberi saya baucar 10 (RM50).

"Saya berpendapat mereka tidak mempedulikan saya. Mereka sepatutnya menyiasat kejadian dan membuat tindakan selanjutnya," kata Katie.

Tesco menghantar wanita itu surat permohonan maaf dan berkata, ia akan menyiasat, di samping menawarkan pampasan sebanyak 10. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/27


Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved