Khamis, 28 Mac 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Bedak asas sesuai kulit

Posted:

Gaya solekan semula jadi mampu membuatkan riasan wajah kelihatan lebih ringkas tanpa perlu menggunakan mekap keterlaluan.

Kaedah ini mampu memberikan perubahan pada wajah serta memberikan daya tarikan tersendiri bagi me­nyerlahkan keunikan personaliti si gadis manis.

Ia boleh digunakan semua jenis kulit terutama bagi mereka yang memiliki jenis kulit sawo matang ­serta sesuai sebagai solekan ke pejabat tanpa perlu bergaya secara berlebihan.

Bagi si gadis yang memiliki kulit kuning langsat, pilih warna bedak asas dan bedak debu sama seperti warna kulit. Jika ingin ­kelihatan lebih putih, gunakan warna bedak asas lebih cerah.

Foto

SAPUKAN mekap asas pada seluruh wajah dan ratakan. Sapuan bahan ini memudahkan penyerapan mekap pada kulit. Gunakan mekap asas dengan dua warna berbeza iaitu gelap dan terang untuk tenggelamkan bentuk pipi yang agak berisi.

Foto

SOLEKAN gaya semula jadi yang ringkas dan selamat serta boleh disesuaikan dengan pelbagai majlis.

Foto

SAPUKAN mekap asas pada seluruh wajah dan ratakan. Sapuan bahan ini memudahkan penyerapan mekap pada kulit. Gunakan mekap asas dengan dua warna berbeza iaitu gelap dan terang untuk tenggelamkan bentuk pipi yang agak berisi.

Foto

SAPUKAN bedak asas dan bedak debu untuk tonjolkan bahagian wajah diingini. Sapu pembayang pada tulang pipi dan rahang bawah untuk ilusi wajah lebih tirus.

Foto

SAPUKAN bedak asas dan bedak debu untuk tonjolkan bahagian wajah diingini. Sapu pembayang pada tulang pipi dan rahang bawah untuk ilusi wajah lebih tirus.

Foto

BENTUKKAN kening terlebih dulu supaya sapuan pembayang mata lebih sekata. Gunakan pensel penggaris mata untuk membentuknya dan pakaikan bulu mata palsu.

Foto

SEMENTARA menunggu, gam bulu mata palsu kering, sapukan pembayang mata tetapi pastikan tidak lebih tiga warna bagi mengekalkan warna asas pembayang mata.

Foto

PAKAIKAN maskara untuk mencantumkan bulu mata palsu dan bulu mata asal agar lebih kemas dan terbentuk cantik.

Foto

KEMASKAN pembayang pipi dengan menambah warna pembayang di bahagian tulang pipi.

Foto

GUNAKAN warna gincu bersesuaian dengan warna baju agar lebih menyerlah.


Untuk sapuan pemerah pipi pula, pilih warna merah jambu lembut. Sebaiknya, solekan disesuaikan dengan warna pemerah pipi.


Begitu juga dengan ­wanita yang berkulit sawo matang, pilihan bedak asas dan bedak debu tetap perlu berasaskan warna kulit.

Namun bagi olesan pemerah pipi, penggunaan warna karamel berupaya menyegarkan wajah. Pembayang mata pula boleh menggunakan warna menarik seperti coklat atau ­jingga manakala gincu merah jambu dan coklat akan menambah daya penarik diri.

Sementara itu, asas pemilihan bedak asas dan bedak debu untuk mereka yang memiliki kulit berwarna coklat perlu ­menggunakan warna yang bersesuaian dengan kulit.

Jangan mencampurkan pemakaian bedak asas ­dengan warna lebih muda. Bagi pembayang mata pula, pilih warna lembut seperti biru muda atau kelabu.

Untuk pemerah pipi, sesuaikan dengan pembayang mata atau gunakan warna lebih cerah dan cukup ­hanya oleskan pengilat bibir agar penampilan ringkas serta membuatkan ­bibir kelihatan lebih mempesona.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/28
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Bayar bil tapi masih tak dapat air

Posted:

Ampang: "Kami pun tak tahu sampai bila perkara ini berlanjutan kerana sudah tiga hari bekalan air tiada selepas dipotong Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS)," kata penduduk Apartmen Angsana, Fauziah Mohamad.

Fauziah, 42, berkata, situasi itu timbul apabila Badan Pengurusan Bersama (JMB) gagal menjelaskan bil kepada syarikat konsesi air berkenaan lebih tiga bulan lalu menyebabkan nilai tunggakan mencecah lebih RM11,000.


Katanya, pihak pengurusan tidak amanah dalam mengendalikan bil lebih 600 penduduk kerana rata-rata mereka membayar bil air selain elektrik dan kos penyelenggaraan.

Malah, lebih membimbangkan apabila penduduk mendakwa pengurusan mengenakan caj air yang melampau jumlahnya melebihi RM100 sebulan.


"Sejak JMB ini mengambil alih tugas di sini tiga tahun lalu kami dikenakan caj air yang melampau. Kami sering mengadu namun jawapan diberikan kemungkinan paip air atau meter perlu ditukar.


"Apabila saya sendiri menukar meter, masih tiada perubahan. Saya berasa pelik kerana saya tidak memasak langsung di rumah dan hanya menggunakan air untuk mandi dan mencuci pakaian apabila lebih separuh masa diluangkan di kedai makan berhadapan apartmen," katanya ketika ditemui, semalam.

Foto

PENDUDUK, Norizam Husin, menunjukkan meter air yang dikunci SYABAS.

Fauziah mendakwa, penduduk juga tidak diberikan resit bayaran atas apa-apa urusan dan maklumat mereka tidak direkodkan secara terperinci menyebabkan dia mempunyai tunggakan walaupun bil sudah dijelaskan.


Sementara itu, Pengerusi JMB baru Apartment Angsana Datuk Aida Ismail ketika dihubungi semalam berkata, pengurusan lama menyerahkan akaun penduduk dalam keadaan tiada baki menyebabkan pihaknya buntu dalam menyelesaikan masalah itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/28
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Ditembak di dada

Posted:

Sabak Bernam: Seorang pemilik bengkel nyaris maut selepas cedera di bahagian kiri dadanya akibat ditembak seorang lelaki yang dipercayai menggunakan pistol jenis automatik dalam kejadian di Taman Perpaduan, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa berusia 33 tahun sedang tidur di dalam bilik utama rumah berkenaan dikejutkan apabila dua lelaki bertopi keledar masuk ke dalam biliknya.

Sebelum ditembak, mangsa dan suspek turut bertengkar dipercayai berpunca daripada perebutan kawasan pengedaran dadah di daerah ini.

Selepas berlakunya pertengkaran, suspek tiba-tiba mengeluarkan pistol dan melepaskan tiga das tembakan, satu daripadanya terkena bahagian kiri dada mangsa sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC.

Mangsa yang cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), di sini, untuk rawatan kecemasan sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil.

Foto

POLIS forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian tembak

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/28

Ketagih suntikan

Posted:

Bayan Lepas: "Mula-mula doktor toreh kulit, kemudian dia seperti mengoyak bahagian dagu hingga menampakkan tulang. Selepas itu doktor kikis kolagen yang sudah menjadi lemak.

"Sakitnya susah saya nak gambarkan. Pada masa itu, saya terfikir itulah hukuman ke atas saya kerana cuba mengubah ciptaan Allah," kata bekas mak nyah, Mohd Khariri Ramli, 35, menceritakan pengalamannya untuk kembali ke pangkal jalan.

Dia yang sebelum ini dikenali sebagai Erin bergelumang dalam dunia mak nyah selama 20 tahun dan pernah mengambil bermacam-macam suntikan untuk mengubah wajah serta penampilan supaya kelihatan seperti wanita.

Akibatnya, kata Mohd Khariri, dia mengalami pelbagai kesan sampingan antaranya dagu menjadi 'luruh' dan kerap dilanda kekejangan otot di beberapa bahagian badan hingga sekarang.

Foto

CIKGU Erin kini sudah insaf.

Foto

Cikgu Erin sebagai mak nyah.


Menurutnya, kini dia dalam proses menjalani pemeriksaan saraf kerana dipercayai kekejangan dialaminya itu kesan daripada suntikan kecantikan dijalaninya sebelum ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/28
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Berlatih 8 jam sehari

Posted:

Oleh Ridzuan Abdul Rahman (Yang mengikuti tayangan perdana G I JOE: Retaliation di Seoul, Korea Selatan, baru-baru ini)

Filem G.I. Joe: The Rise of Cob­ra pada 2009 mencatat kutipan kasar lebih RM900 juta (AS$300 juta) di seluruh dunia. Dengan jumlah itu, pastinya sekuel filem ini dinanti-nantikan peminatnya.

Hasilnya, selepas tiga tahun, sekuelnya iaitu G.I. Joe: Retaliation yang diterbitkan Paramount Pictures, Metro Goldwyn Mayer dan Skydance Productions dengan kerjasama Hasbro mula menemui penonton di Malaysia, hari ini.

Filem yang turut diterbitkan dalam bentuk Digital dan Imax 3D ini menampilkan pelakon hebat seperti Dwayne 'The Rock' Johnson, Bruce Willis dan dibantu Adrianne Palicki, DJ Cotrona, Byung-hun Lee dan ramai lagi.

Filem arahan Jon M Chu dengan skrip tulisan Rhett Reese dan Paul Wernick kali ini lebih dramatik kerana selain terpaksa berdepan musuh utama iaitu Cobra, mereka juga menerima ancaman daripada pihak kerajaan terhadap kewujudan mereka.


Harian Metro bertuah kerana menjadi antara wakil media Asia pertama diberi peluang menonton G.I. Joe: Retaliation di Seoul, Korea Selatan, 11 Mac lalu.


Hadir sama dalam sesi taya­ngan itu, pengarahnya, Jon M Chu serta empat pelakon utama iaitu Dwayne Johnson, Adrianne Palicki, D J Cotrona dan Byung-hun Lee.

Pengalaman menonton filem aksi ini dalam bentuk Digital dan Imax 3D ternyata amat menyeronokkan. Paparan aksi hebat, konflik, penampilan personaliti dan latar belakang serta gabungan cerita daripada siri pertama menjadikan sekuelnya kali ini lebih menarik dan dramatik.

Dwayne yang melakonkan watak Roadblock berkata, dia sudah melakukan yang terbaik untuk filem itu.

"Saya berdepan cabaran untuk mengekalkan momentum filem ini di mata peminat. Semua tahu siri pertama filem ini baik dan mencatat kutipan pecah panggung.

"Untuk itu, kami mahu menjadikannya lebih baik serta mampu menghiburkan penonton kali ini. Menerusi kerjasama yang ditunjukkan semua, saya yakin impian ini akan tercapai," katanya.

Mengakui meminati dan membesar bersama komik dan siri animasi G.I. Joe, Dwayne gembira apabila terpilih membintangi sekuel filem ini dan mula memahami karakter di dalamnya.

"Wataknya sangat mencabar dan memerlukan tenaga yang kuat. Kami menjalani latihan lebih lapan jam setiap hari. Namun, sama ada berlakon filem ini atau tidak, saya tetap menjalani latihan fizikal sebagai rutin harian.

"Saya banyak melakukan senaman kardio. Apa saja aktiviti fizikal sangat penting bagi saya. Selain itu, saya juga mempunyai diet dan elakkan makanan bergoreng," katanya.

Menurutnya, setiap pelakon dan tenaga produksi juga sentiasa belajar bagaimana untuk memaparkan gambaran pertempuran yang berbeza daripada filem lain.

"Berlakon filem ini sememangnya memberi pengalaman baru. Kami memasuki kelas menembak lebih sebulan dan menjalani latihan setiap hari. Latihan seni mempertahankan diri pula dijalankan hampir setiap hari selama lapan jam. Ia sangat memenatkan tetapi apabila melihat hasilnya, saya dapati ia sangat menakjubkan dan hebat," katanya.

Dwayne berkata, dia gembira dapat berlakon bersama semua pelakon filem ini terutamanya Bruce Willis.

"Saya sukakannya dan kami sudah lama berkawan. Dia adalah penyokong terbaik saya dan sering memberikan kata-kata semangat untuk melangkah daripada ahli gusti kepada bidang lakonan.

"Filem ini juga menemukan saya dengan orang Asia iaitu Jon dan Byung-hun. Saya tiada masalah bekerja dengan mereka. Saya suka bekerja dengan pelakon lain di Asia," katanya.

Mengulas mengenai perbezaan antara gusti dan lakonan, Dwayne berkata, gusti menyediakannya platform untuk dia dikenali ramai dan tumpuannya kini terarah kepada lakonan.

Sementara itu, Jon menyifatkan filem ini adalah projek yang mencabar tetapi menyeronokkan kerana sebagai peminat siri animasi GI Joe, dia mempunyai lebih kreativiti untuk merencana jalan cerita yang lebih menarik berbanding filem sebelumnya.

Katanya, penambahan elemen 3D dalam filem ini mampu memberikan lebih impak kepada jalan cerita dan watak.

"Saya melihat watak Roadblock sesuai dengan Dwayne kerana hanya dia yang sesuai membawanya. Selepas bertemu dengannya, saya mendapati dia seorang yang berdisiplin dan rajin. Dia faham apa yang perlu untuk menjadi seorang askar dan pemimpin. Namun dalam masa sama membawa sentuhan kemanusiaan dalam wataknya," katanya.

Ditanya mengenai sasaran kutipan filem ini di seluruh dunia, Jon enggan meramalkannya dan menyerahkan kepada peminat untuk membuat keputusan ini.

"Saya sudah melakukan yang terbaik. Paparan cerita kali ini lebih dramatik dan mampu menghiburkan semua. Diharap peminat memberikan sokongan padu kepada kami," katanya.

Seronok berlakon walaupun sukar

Tiga lagi pelakon iaitu Adrianne, DJ Cotrona dan Byung-hun turut mengulas pengalaman masing-masing membintangi filem ini, lebih-lebih lagi apabila berpeluang berlakon dengan Dwayne dan Bruce Willis yang disifatkan peluang yang sukar dilepaskan.

Adrianne berkata, biarpun terpaksa menjalani latihan ketat, dia tidak akan menolak sekiranya ditawarkan membintangi filem G.I. Joe seterusnya.

"Adegan yang susah semestinya apabila kami (bersama Dwayne dan DJ Cotrona) merangkak keluar dari perigi. Banyak tenaga dan masa diperlukan untuk babak ini.

"Saya akan melompat sekiranya ditawarkan peluang ini. Apa yang penting peminat menyukai lakonan saya sebagai Lady Jaye. Saya juga tidak banyak menggunakan kesan khas bagi menampakkan lakonan lebih menarik.

"Yang pasti saya sentiasa memastikan keadaan kesihatan baik setiap masa. Kami semua bekerja keras untuk memastikan bersedia untuk apa saja babak dalam filem ini," katanya yang menghabiskan banyak masa di gimnasium, latihan tinju dan seni mempertahankan diri untuk menjaga kesihatan.

DJ Cotrona yang melakonkan watak Flint pula kagum dengan Jon yang berjaya menghasilkan filem ini dengan baik.

"Siri pertama G.I. Joe berjaya mencatat kutipan pecah panggung dan semestinya setiap orang berbangga apabila dipilih membintangi sekuelnya. Saya dan Adrianne digambarkan sebagai ahli baru dalam skuad ini.

"Kami saling menyukai sejak zaman sekolah, tertarik antara satu sama lain tapi tidak meluahkan perasaan. Personaliti kami juga berbeza namun mempunyai matlamat sama iaitu ingin berjuang," katanya.

Dalam pada itu, berbanding empat pelakon ini, hanya Byung-hun kekal sebagai pelakon siri pertama G.I. Joe melakonkan watak ninja Storm Shadow. Berbanding sebelum ini, wataknya kali ini lebih bermain dengan emosi dan lebih banyak dialog.

"Berbanding siri pertama, saya banyak terbabit dalam sekuel ini. Ia sesuatu yang hebat dan saya juga tidak terlalu memikirkan aspek populariti kerana yang paling penting, lakonan saya diterima peminat," katanya.

G.I. Joe: Retaliation menceritakan mengenai kuasa jahat yang mengambil alih jawatan Presiden di White House dan cuba menggunakan kuasanya untuk menghapuskan GI Joe dan mahu menguasai dunia.

Ia bakal mencetuskan perang yang merebak ke banyak negara termasuk Korea Utara, Pakistan, Himalaya dan London dengan tentera elit membabitkan perang dunia menggunakan nuklear.

Filem ini memaparkan teknik penceritaan menarik serta teknik Imej Janaan Komputer (CGI) yang hebat menjadikan penonton teruja untuk mengetahui kesudahannya.

G.I. Joe: Retaliation sekali lagi menyaksikan kemunculan semula pelakon utamanya, Channing Tatum sebagai Duke. Selaku ketua pasukan G.I. Joe, Duke bersama rakan-rakannya terpaksa menghadapi ancaman daripada Cobra serta kerajaan mereka seperti yang dilihat dalam babak akhir filem pertama sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/28

Jangan aniaya kami!

Posted:

Tindakan seorang penerbit filem meninggalkan keseluruhan produksi ibarat 'gantung tidak bertali' membuatkan penerbit penyelaras produksi berkenaan membuat laporan kepada Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Isnin lalu.

Meskipun projek berkenaan sepatutnya sudah dimulakan sejak dua tahun lalu, ada saja alasan diberikan penerbit terbabit menyebabkan penggambaran tergendala dan bakal berdepan kemungkinan ia dibatalkan.

Penerbit penyelaras produksi berkenaan, Zaidi Mat Zin mengakui reputasinya semakin tercalar akibat sikap tidak bertanggungjawab penerbit itu selain mahukan keadilan buat semua kru produksi.

"Kami mahu dia betulkan balik keadaan dan tampil berdepan dengan kami membincangkan mengenai status projek ini. Kalau tidak serius untuk menjadi penerbit, janganlah aniaya kami.


"Selama ini saya bagaikan 'kambing hitam' saja padanya dan terus melakukan semua kerja bersama produksi, namun bila sudah jadi begini, ia mula menjatuhkan reputasi saya selepas sekian lama terbabit dalam bidang ini," katanya.


Zaidi mendakwa, kali terakhir dia menghubungi penerbit yang juga ahli perniagaan itu pada pertengahan Februari lalu. Katanya, hingga awal tahun ini produksi berkenaan sudah membuat persiapan sebanyak 80 peratus dan hanya menunggu masa untuk memulakan penggambaran.

"Saya kasihan dengan kira-kira 50 kru terbabit yang sudah bertungkus-lumus melakukan persiapan, malah mengeluarkan duit sendiri kerana sehingga sekarang bayaran belum diterima daripadanya.

"Gara-gara tindakannya itu juga, pelakon yang terbabit terpaksa menolak pelbagai tawaran kerana sudah mengunci tarikh untuk penggambaran filem ini dan semestinya terhadap semua aspek teknikal.

"Apabila penggambaran dibuat tidak mengikut jadual yang sudah ditetapkan, ini bermakna kami terpaksa membuat semula semua proses persiapan dan mengatur tarikh baru," katanya.

Apatah lagi semua kru yang terbabit bekerja sambilan, menurut Zaidi, kerana masih mengharapkan projek itu akan berjalan, mereka sanggup menunggu.

"Kerana kepercayaan mereka terhadap saya, mereka sanggup untuk tidak mengambil projek lain walaupun saya ada suruh berbuat demikian dan saya tidak mahu mengecewakan mereka.

"Saya tidak mahu mereka serik bekerja lagi dengan saya selepas ini dan disebabkan itu tampil di sini hari ini untuk melaporkan mengenai kekalutan berkenaan," katanya yang hadir berjumpa Presiden Profima, Kapten Khir Mohd Noor di pejabatnya.

Susulan selepas perjumpaan itu, Zaidi akan menyerahkan kepada Profima apa tindakan seterusnya yang perlu diambil dan sekiranya kena buat laporan polis, dia akan menurut.

Sementara itu, pelakon dan pelawak, Shuib turut berlakon dalam filem berkenaan berkata, dalam tempoh dua bulan, dia mengalami kerugian kerana menolak beberapa tawaran besar.

"Saya banyak bekerja dengan Zaidi sebelum ini dan kerana itu saya masih yakin terhadap projek itu. Saya berharap kekalutan ini akan diselesaikan dan penggambaran dimulakan secepat mungkin," katanya yang turut hadir petang itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/28
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Pelajar mati dibaham 5 anjing

Posted:

Manchester: Seorang pelajar Jade Lomas-Anderson dibaham lima anjing hingga mati semalam selepas dia berjalan masuk ke dalam bilik sambil memakan pai daging.

Seekor haiwan berkenaan menerkam makanan itu dan ketika Jade, 14, cuba merampasnya semula anjing berkenaan menerkam lehernya hingga dia jatuh ke lantai.


Empat lagi haiwan berkenaan kemudian datang dan menyerang remaja itu.

Polis yang bergegas ke kediaman itu terpaksa menembak mati empat anjing itu yang dikatakan daripada spesies kacukan anjing pit bull Staffordshire kerana terlalu ganas.


Haiwan kelima dipercayai juga jenis pit bull berjaya ditenteramkan.


Rakan Jade yang terkejut memberitahu dia dibaham di kediaman temannya, Kimberley Concannon di Atherton, Manchester tengah hari semalam selepas bermalam di rumah itu.

Foto

JADE mati akibat diserang sekumpulan anjing.

Seorang rakan berkata: "Jade pergi ke kedai untuk membeli pai daging dan membawanya ke kediaman Kimberley. Kami dengar anjing itu menyerangnya ketika dia makan pai itu. Dia cuba mengelak tetapi anjing berkenaan berang dan menerkam lehernya.


"Dia tewas diserang haiwan itu di dalam rumah Kimberley.

"Ketika polis tiba, empat anjing berkenaan berada di luar rumah.


"Jade berada di dapur. Kami dengar bunyi tembakan. Kami percaya anjing terbesar ditembak sembilan das sebelum ia mati." Thomas Jefferies, 18, berkata: "Sepupu saya kata, dia dengar bunyi tembakan dan jeritan." Seorang lagi rakan berkata: "Anjing itu memang menakutkan. Tetapi Jade kenal dengan haiwan itu. Saya tidak faham mengapa haiwan itu menyerangnya. "Mungkin ia terbau darah selepas anjing pertama menyerang Jade. Ia satu tragedi. Jade benar-benar gadis yang baik." Seorang penduduk berkata: "Anjing itu selalu menyalak dalam rumah kecil itu. Semua kanak-kanak di sini takut dengan anjing itu." Oliver Carrick, 15, berkata: "Ia betul-betul anjing yang jahat - ia tidak pernah dibiarkan di taman dan tiada siapa pun masuk ke situ." Anjing berkenaan milik ibu Kimberley, Beverley. Kedua-dua beranak itu berada dalam kediaman terbabit ketika kejadian. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/28

Upah untuk menangis di majlis pengebumian

Posted:

London: Keluarga yang dilanda kesedihan ketika kematian orang tersayang dan merasakan tidak ramai yang meratapinya ketika upacara pengebumian kini boleh mendapatkan khidmat profesional untuk berbuat demikian.

Semakin ramai mendapatkan khidmat mereka dengan bayaran 45 pound (RM210) untuk upacara pengebumian selama dua jam. Mereka akan menangis selain turut berbicara dengan rakan si mati. Amalan itu bermula di Asia Barat dan China, tetapi ia kini kian popular di Britain.


Kumpulan ini yang dikenal sebagai ahli moirologi adalah pelakon terlatih yang mahir untuk tampil sedih di khalayak ramai.

Sebelum upacara pengebumian, mereka diberi taklimat ringkas mengenai kehidupan si mati agar mereka dapat berbicara mengenainya dengan orang yang menghadiri upacara itu seolah-olah mereka kenal rapat dengan si mati.


Pekerjaan itu sangat popular hinggakan sebuah firma di Essex kini mempunyai 20 kakitangan yang boleh melakukan tugas itu. Pengasas Rent a Mourner di Braintree, Ian Robertson mengakui idea itu mungkin jarang berlaku di kalangan masyarakat Britain, tetapi meramalkan ia akan mendapat sambutan ramai kelak. "Kami sebenarnya mendapat ilham daripada perkembangan perniagaan di China.


"Cara masyarakat Asia Barat ialah menyediakan kumpulan yang meratapi wanita menangis ia menyerlahkan lagi kaedah yang kami gunakan," katanya.

"Ia kini semakin berkembang di Britain tempahan kami mencecah 50 peratus setiap tahun.


"Kakitangan kami akan bertemu dengan pelanggan terlebih dulu untuk membolehkan kakitangan kami mengenali si mati secara profesional atau secara sosial. Mereka akan dimaklumkan mengenai latar belakang, pencapaian, kegagalan dan lain-lain mengenai si mati agar mereka dapat berbicara dengan hadirin lain yang datang dengan yakin. Syarikat itu mengiklankan di laman webnya: "Kami terdorong untuk membantu meramaikan upacara pengebumian yang mungkin kurang dihadiri. Ia mungkin perkhidmatan yang baru di kawasan atau di negara ini." - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/28
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Rajagobal bakal didakwa

Posted:

Kelana Jaya: Kritikan pengendali skuad kebangsaan Datuk K Rajagobal mengenai kehadiran pemain import dalam Liga Malaysia (Liga-M) akhirnya menjerat dirinya sendiri apabila beliau bakal didakwa atas kesalahan melanggar Artikel 88 Statut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Dengan kedudukannya mula goyah berikutan aksi kurang memberangsangkan Harimau Malaya sejak akhir-akhir ini, jurulatih berusia 56 tahun itu berdepan satu lagi tekanan apabila surat pertuduhan ke atasnya akan dihantar minggu depan sebelum beliau menghadap Jawatankuasa Tatatertib.


Keputusan untuk membuat pendakwaan itu diumum Datuk Taufek Abd Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib yang berlangsung lebih empat jam semalam.

"Kita sudah berbincang dengan panjang lebar untuk menentukan sama ada ia ada merit atau tiada merit. Merit bukan bermakna Rajagobal bersalah tapi kita buat keputusan kertas pertuduhan akan dihantar kepada Rajagobal.


"Ini bermakna kami mempunyai kes untuk mendakwa Rajagobal di bawah Artikel 88," katanya ketika ditemui pemberita di Wisma FAM semalam.


Siasatan Jawatankuasa Tatatertib ke atas Rajagobal bermula selepas jurulatih kebangsaan itu menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap prestasi pemain penyerang negara apabila tumpas kepada Arab Saudi 1-4 pada aksi persahabatan pada 17 Mac lalu.

Dalam sidang media selepas perlawanan di Stadium Shah Alam itu, beliau didakwa menyentuh dasar FAM dengan menyatakan penyerang import lebih mendapat tempat dalam pasukan teratas Liga Super yang mengakibatkan negara ketandusan penyerang semulajadi.


Sebelum ini, B Sathianathan dipecat FAM pada Februari 2009 gara-gara kenyataan pedasnya 'Liga-M bukan bola sepak' selepas menyaksikan skuad kebangsaan kendaliannya tumpas 0-5 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam kempen kelayakan Piala Asia 2011.

"Ya, pertuduhan ini dikeluarkan kerana beliau didakwa mengkritik dasar FAM, ini berdasarkan laporan akhbar," kata Taufek. Beliau berkata, Rajagobal perlu menjawab surat pertuduhan terlebih dulu sebelum dibicarakan dalam tempoh terdekat ini.


Rajagobal yang mempunyai kontrak hingga Disember ini membimbing skuad kebangsaan memenangi pingat emas Sukan SEA Laos pada tahun pertama dilantik sebagai jurulatih kebangsaan pada 2009 sebelum menjuarai Piala AFF pada 2010.


Sementara itu, Jawatankuasa Tatatertib turut membuat keputusan untuk mendakwa beberapa pemain Selangor atas insiden pergaduhan dengan pemain ATM selepas perlawanan pusingan pertama Piala FA Januari lalu.


Taufek bagaimanapun enggan mendedahkan nama pemain terbabit namun kemungkinan jumlahnya sama dengan pemain ATM yang dihukum minggu lalu.


"Kita bersetuju membuat pendakwaan ke atas pemain tertentu (Selangor), saya tidak boleh dedahkan nama pemain terbabit. Tunggu surat pertuduhan dibuat," katanya yang memanggil jurulatih Selangor Irfan Bakti Abu Salim dan ATM Sathianathan untuk memberikan keterangan.


Walaupun Sathianathan hadir memberikan keterangan, jawatankuasa itu menetapkan tidak akan menilai semula keputusan dikenakan ke atas pemain ATM sebelum ini.


Empat pemain ATM, Mohd Fitri Omar digantung empat perlawanan dan denda RM1,000, G Jeevanthan dan R Surendran masing-masing digantung tiga perlawanan, denda RM1,000 dan RM1,500 manakala Mohd Shukor Adan yang tidak mengaku salah digantung dua perlawanan selain denda RM1,500.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/28

Haas singkir Djokovic

Posted:

Miami: Pemain veteran Jerman Tommy Haas melakar kejutan apabila menyingkirkan juara dua kali Novak Djokovic 6-2, 6-4 pada pusingan keempat Terbuka Sony di Miami, semalam.

Haas, 35 tahun minggu depan, memerlukan hanya 80 minit untuk menamatkan rentetan kemenangan 14 perlawanan Djokovic pada kejohanan itu sekali gus kekalahan kedua pemain nombor satu dunia dari Serbia itu musim ini.


"Bermain menentang seseorang seperti Novak dan menang pada peringkat ini dalam karier saya, sesuatu yang menakjubkan," kata Haas.

"Ini adalah saat paling saya hargai, beraksi di stadium yang besar, pentas utama, bermain menentang pemain terbaik dunia." Kemenangan Haas yang kedua buatnya ke atas pemain nombor satu dunia, hampir 14 tahun selepas menumbangkan Andre Agassi pada suku akhir Piala Grand Slam 1999.


"Pujian buatnya. Dia bermain dengan hebat dan pemain yang lebih bagus," kata Djokovic yang memenangi Terbuka Australia kali ketiga berturut-turut Januari lalu.


"Yang pasti, ia perlawanan paling buruk pernah saya lalui buat sekian lama." Kejayaan itu membolehkan Haas layak ke suku akhir buat julung kali di Miami selain memperbaiki rekod pertemuannya menentang Djokovic kepada 3-4.

Pemain Jerman itu kini berdepan Gilles Simon selepas pilihan ke-11 dari Perancis itu bangkit mengatasi seorang lagi pemain Serbia Janko Tipsarevic 5-7, 6-2, 6-2.


Kekalahan Djokovic membuka peluang buat pilihan kedua Andy Murray yang mudah ke suku akhir dengan kemenangan 6-2, 6-4 ke atas pemain Itali Andrea Seppi untuk menggantikan Roger Federer sebagai pemain nombor dua dunia jika dia menang di Miami.

Bagi kategori wanita, Serena Williams meneruskan usahanya menjuarai Terbuka Sony kali keenam apabila menang 6-3, 7-6 ke atas Li Na untuk meraih tempat ke separuh akhir. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/28
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved