Sabtu, 22 Jun 2013

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Pelajar ketagih ketum

Posted: 21 Jun 2013 02:55 PM PDT

Padang Rengas: Kepercayaan karut kononnya meminum air daun ketum boleh meningkatkan tumpuan belajar serta kecergasan ketika bersukan menyebabkan semakin ramai pelajar sekolah di daerah ini mengambil bahan terlarang itu hingga mengalami ketagihan.

Mereka dikatakan sanggup membazirkan RM4 sehari bagi membeli sebungkus air rebusan daun ketum dipercayai dicampur dengan ubat nyamuk ini yang dijual secara haram oleh beberapa penduduk kampung.


Ketagihan air daun ketum ini menyebabkan rata-rata pelajar ini hilang minat dan tumpuan pada pelajaran selain menyebabkan kesihatan mereka terjejas antaranya mengakibatkan mereka hilang berat badan, muka terbakar, anoreksia, sembelit dan sakit sendi.

Penularan gejala negatif itu didedahkan seorang penduduk kampung Sungai Ali, Ismail Harun, 47, selepas mendapati semakin ramai golongan pelajar sekolah menjadi penagih ketum.


Menurutnya, pelajar terbabit membeli air ketum daripada beberapa peniaga di daerah ini yang menjualnya secara sulit di rumah.


"Saya lihat ramai pelajar sekolah yang membeli air ketum. Penjual mengambil kesempatan meraih keuntungan lebih dengan hasil jualan air ketum kepada pelajar selain golongan dewasa dengan harga rendah.

Foto

AIR ketum yang dibungkus dan sedia untuk dijual.

"Pelajar yang gemar membeli berusia lingkungan 16 dan 17 tahun. Malah yang berumur bawah 15 tahun juga mula ketagih dengan air ketum," katanya Menurutnya, satu bungkus air ketum dijual dengan harga RM4 hingga RM10 untuk sebungkus. "Saya diberitahu ada di kalangan penjual air ketum terbabit boleh memperolehi pendapatan sehingga mencecah RM10,000 satu bulan.


"Saya amat berharap hukuman lebih berat dan serius dikenakan kepada penjual dan peminum air ketum kerana hukuman sekarang seolah-olah tidak berjaya menakutkan golongan penjual air ketum ini," katanya.

Menurutnya, kelakuan remaja yang menagih air ketum ini tidak ubah seperti penagih dadah apabila mereka tidak boleh tidur, mudah marah dan bergaduh selain tubuh mereka menjadi kurus kering.


"Ini mungkin berpunca dari bahan lain seperti ubat nyamuk yang dicampur di dalam rebusan daun ketum ini," katanya.


Sementara itu, Timbalan Pegawai Pelajaran Kuala Kangsar Safuan Raba'ai menggesa pihak sekolah di daerah itu mengenal pasti pelajar yang terbabit dengan ketagihan air ketum dan perlu mengambil tindakan segera bagi menangani masalah itu.


"Kita tidak akan mengambil pendekatan menghukum pelajar berkenaan sebaliknya kita mungkin akan menjalankan beberapa aktiviti untuk memberi kesedaran kepada mereka tentang bahayanya ketum," katanya.


Beliau juga berharap masyarakat turut memainkan peranan dalam membendung masalah ini dan bukan hanya meletakkan sepenuh tanggungjawab kepada pihak sekolah.


Timbalan Ketua Polis Kuala Kangsar Deputi Superintendan Guan Beng Kang pula sentiasa mengambil tindakan bagi mengatasi isu penjualan air ketum di Padang Rengas.


Menurutnya, penjual air ketum didakwa mengikut Seksyen 30, Akta Racun dan boleh didenda sehingga RM3,000 jika disabitkan kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/22
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Pulut kuning buat Ziana

Posted: 21 Jun 2013 03:01 PM PDT

Mendapat peluang bersantai de­ngan artis kesayangan pastinya akan dimanfaatkan sebaiknya, apatah lagi waktu yang ada begitu terhad. Setiap masa yang ada sangat bermakna bagi mereka yang bergelar peminat.

Bagi peminat setia pe­nyanyi Ziana Zain yang dikenali sebagai ZianaFolks, percutian santai selama dua hari satu malam di Tanah Aina Farrah Soraya Eco Tourism Resort di Raub, Pahang, baru-baru ini, benar-benar mengujakan sehingga masing-masing enggan meninggalkan penya­nyi kesayangan mereka itu walaupun sesaat!

Memulakan perjalanan kira-kira jam 10.30 pagi, seramai 39 ahli ZianaFolks menaiki bas persiaran dari KL Sentral. Semua ahli ZianaFolks terbabit adalah peminat tegar Ziana yang mula mengikuti perkembangan penyanyi terkenal itu sejak masing-masing masih berada di bangku sekolah lagi.

Difahamkan, selain mengeratkan hubungan ahli kelab peminat Ziana itu, program itu juga dianjurkan bagi meraikan ulang tahun ke-45 penyanyi terbabit.

Foto

PEMINAT meraikan ulang tahun Ziana dengan pulut kuning yang mereka masak sendiri.

Foto

ZIANA bersama peminat mandi air terjun.


Ziana berkata, setiap tahun pasti ada saja aktiviti yang dianjurkan kelab peminatnya. Kadang-kadang ia dilakukan tanpa pengetahuan Ziana apabila segala-galanya sudah tersedia dan dia hanya perlu datang membawa diri saja.


"Alhamdulillah soko­ngan kelab peminat sejak dulu hingga sekarang tidak pernah berubah. Setiap tahun ada saja aktiviti yang mereka atur bagi meluang­kan masa bersama-sama saya.

"Jika tahun lalu mereka meraikannya di pusat karaoke dan sama-sama menyanyi dengan saya, tahun ini mereka mahukan kelainan dengan aktiviti berkelah sambil beriadah. Mereka sepakat memilih Tanah Aina sebagai lokasi yang penuh dengan pelbagai aktiviti seperti jungle tracking, flying fox selain memiliki air terjun yang cantik.

"Paling membuatkan saya rasa terharu, ada yang datang jauh dari Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura," katanya.

Istimewanya di Tanah Aina ini, selain menyediakan chalet, pengunjung juga boleh mencuba penginapan di dalam khemah. Apa yang menarik, Ziana begitu 'sporting' apabila sanggup bermalam di khemah meskipun peminat menyuruhnya menginap dalam chalet.

"Tempat ini sangat istimewa, selalu orang ha­nya menyediakan khemah biasa tetapi di Tanah Aina, khemah yang disediakan sangat selesa untuk sesiapa saja bermalam kerana itulah saya memilih untuk sama-sama dengan peminat tidur di situ.

"Bagi saya di tempat seperti ini bukan waktu untuk sentiasa kelihatan cantik, apatah lagi dengan pelbagai aktiviti lasak yang dilakukan pastinya semua lebih selesa berpakaian santai tanpa mekap di muka.

"Saya mahu peminat gembira dengan kehadiran saya, apatah lagi percutian ini dibuat demi saya jadi tidak perlulah saya terlalu menjaga diri sehingga membuatkan peminat berasa kurang selesa. Saya mahu semua gembira sepanjang dua hari bersama saya di sini," kata Ziana.

Bukan hanya padat de­ngan aktiviti riadah, pada malam hari pertama berada di sana, Ziana dikejut­kan dengan pulut kuning sebagai ganti kek meraikan ulang tahun kelahirannya.

Menariknya, ada cerita di sebalik menyiapkan pulut kuning dan rendang yang dimasak khas oleh dua peminat Ziana iaitu Presiden ZianaFolks, Zack dan Arm Rahmat.

"Mereka begitu bersungguh-sungguh menyiapkan segala aktiviti dan sanggup memasak sendiri pulut kuning khas untuk meraikan saya. Lucunya, malam sebelum hari bertolak mereka memasak pulut kuning tiba-tiba gas habis dan terpaksa pergi ke rumah Arm untuk menyambung masak pulut berkenaan sehingga pagi.

"Tidak dapat saya bayang­kan betapa bersungguh-sungguh mereka sehingga sanggup bersengkang mata tidak tidur dan sampai saja di destinasi terus melakukan pelbagai aktiviti yang sudah diatur.

"Sangat terharu atas penghargaan mereka kepada saya, kebanyakan mereka sudah mula mengikuti perkembangan saya sejak saya anak dara lagi," kata­nya.

Bagi mencari kelainan, pada malam acara meraikan ulang tahun Ziana, masing-masing begitu 'sporting' memakai kain pelikat dan batik sebagai tema majlis.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/21
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Musibah Mantera

Posted: 21 Jun 2013 11:51 AM PDT

Alor Setar: Seorang lelaki yang kecewa kerana lambat bertemu jodoh tidak menyangka sihir pemikat dipelajarinya hanya melalui Internet mendatangkan kesan, namun kegembiraannya tidak lama apabila dia kemudian dilanda musibah.

"Pada mulanya saya hanya cuba-cuba saja kerana sudah sekian lama saya mengalami kesukaran untuk mendapatkan teman wanita sedangkan orang tua asyik mendesak supaya mendirikan rumah tangga.

"Tak sangka pula ilmu saya dapat di Internet tanpa perlu berguru itu berkesan kerana selama ini, sudah puas saya cuba pelbagai cara untuk memikat hati wanita namun tetap tidak berjaya," kata lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Jefri, 28.

Menurutnya, sihir memikat wanita itu ditemuinya di sebuah laman web yang menyediakan pelbagai ilmu mistik lain termasuk kebal, memiliki khadam daripada golongan jin, selain mantera pengasih.

Foto

JEFRI menceritakan pengalamannya kepada wartawan Harian Metro.


"Saya terdorong untuk mencuba ilmu pengasih daripada laman web itu kerana ia tidak mengenakan sebarang syarat atau 'pengeras' dan boleh diamalkan sesiapa saja," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/22

Batal ganjaran RM1,000

Posted: 21 Jun 2013 11:51 AM PDT

Kuala Lumpur: Tiada ganjaran RM1,000 buat penyokong yang menangkap mereka yang mencetuskan kekecohan pada perlawanan akhir Piala FA Sabtu depan apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menarik balik usul itu.

FAM yang mengadakan mesyuarat keselamatan perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam memutuskan untuk mengkaji semula secara terperinci usul itu sebelum dilaksanakan.

"Kita perlu kaji dulu takut ada salah faham. Buat masa ini cadangan itu tidak akan dilaksanakan pada perlawanan akhir Piala FA," kata Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM Datuk Hamidin Mohd Amin.

Cadangan pemberian ganjaran RM1,000 kepada penyokong yang menangkap penyokong liar dilulus minggu lalu selepas mendapat persetujuan bersama pengurusan pasukan bertanding, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Foto

KEKECOHAN yang berlaku di Kuantan diharap tak berulang.


Langkah itu dianggap antara pendekatan baru bagi memastikan kelancaran perlawanan itu memandangkan ia terbukti berkesan apabila dipraktikkan KAFA sebelum ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/21
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


BAM tak mahu tuding jari

Posted: 21 Jun 2013 09:01 AM PDT

Kuala Lumpur: Kenny Goh mengaku beregu lelaki negara kini berada dalam situasi getir seperti dinyatakan pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei namun tidak setuju meletakkan kesalahan di bahu mana-mana pihak.

Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu berkata, Malaysia melahirkan ramai juara remaja dunia namun beliau tidak tahu di mana silapnya apabila juara remaja ini seperti tiada dalam skuad senior.


"Bagi saya, selain Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, kita masih ada ramai pemain dan kini Goh V Shem-Lim Khim Wah meningkat naik. Semua pemain kita berpotensi tapi saya tidak tahu mengapa pemain tidak mampu mencapai tahap yang kami harapkan," kata Kenny.

Laporan Arena Metro semalam mengetengahkan cadangan Chong Wei sebagai pemain paling senior skuad kebangsaan supaya ketua jurulatih beregu Tan Kim Her menggalas tanggungjawab dengan lebih baik dan seharusnya jurulatih itu menjaga Kien Keat selain melahirkan rasa bimbang dengan situasi negara kehilangan taring dalam beregu lelaki biarpun melahirkan ramai juara remaja dunia.


"Bagi saya, kami sebagai pentadbir persatuan bukan mahu mencari salah tapi mahu mengenal pasti masalah dan mengatasinya.


"Cuma kami tidak tahu masalah sebenarnya datang daripada jurulatih ataupun pemain. Jika masalah potensi pemain dan tidak cukup latihan, bagi saya senang untuk diatasi, namun saya bimbang ada masalah lain yang membelenggu kem negara." Beliau berkata, setiap masalah yang timbul akan diketengahkan kepada Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) namun dalam jawatankuasa itu, pemain tidak terbabit sebaliknya hanya wakil jurulatih dan pengurusan.

Foto

V SHEM-Khim Wah antara pemain beregu negara yang menyerlah.

"Dalam C&T, kami terima laporan daripada jurulatih, begitu juga cadangan, jurulatih yang mencadangkan program atau apa juga bentuk tindakan.


"Saya harap jurulatih memberitahu C&T perkara sebenar dan tidak menyembunyikan isu penting membabitkan pemain. Jika ada jurulatih menyembunyikan sesuatu hingga menyebabkan perkara tidak elok berlarutan, bagi saya itu tindakan bodoh kerana akhirnya, perkara yang disembunyikan pasti terdedah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/21

Pahang tagih atlet menyerlah

Posted: 21 Jun 2013 08:55 AM PDT

Kuantan: Walaupun tidak meletakkan sebarang sasaran pungutan pingat pada Sukan Malaysia (SUKMA) XVI, atlet Pahang tetap ditagih melakar kejayaan demi maruah kontinjen.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Datuk Mohd Johari Hussain berkata, atlet Tok Gajah perlu memiliki kesungguhan tinggi untuk mencatat kejayaan.


Menurutnya, latihan pusat selain beberapa kejohanan disertai sebelum ini diharap mampu menghasilkan keputusan terbaik.

"Walaupun tidak menetapkan sebarang sasaran emas, saya yakin atlet Pahang akan menyerlah. Saya harap pencapaian satu emas pada SUKMA 2011 berubah kali ini bagi memastikan imej kita tidak terus tercalar memandangkan penambahan tiga acara baru iaitu woodball, muay thai dan bola sepak pantai," katanya selepas mengadakan pertemuan singkat dengan atlet Pahang yang menyertai kem motivasi di Pusat Konvensyen Bukit Cherengin (CHCC), Janda Baik, Bentong selama empat hari, bermula kelmarin.


Pertemuan di perkarangan kompleks Majlis Sukan Pahang (MSP) Indera Mahkota itu turut dihadiri Pengarah MSP Datuk Nik Nasaruddin Mohd Zawawi.


Pahang menghantar 264 atlet bersaing dalam 16 daripada 20 acara dipertandingkan.

Mohd Johari berkata, kem motivasi itu diharap dapat membentuk jati diri dan semangat juang tinggi bagi memburu pingat emas kerana SUKMA 2013 lebih kepada acara berpasukan yang memerlukan kerjasama mantap atlet.


Katanya, imbuhan lumayan untuk atlet diharap dapat meningkatkan lagi semangat untuk berusaha lebih gigih, Pada SUKMA XVI, Pahang mengumumkan insentif RM3,000 dan RM1,000 untuk atlet yang membawa pulang emas individu dan berpasukan.

Selain itu, Kerajaan Pahang turut menyediakan insentif RM2,000 kepada atlet individu yang memenangi perak dan RM1,000 gangsa manakala atlet berpasukan yang memenangi perak dan gangsa akan menerima RM600 dan RM400.


SUKMA Kuala Lumpur berlangsung dari 28 Jun hingga 7 Julai.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/21
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Kecewa lepas bedah

Posted: 21 Jun 2013 10:24 AM PDT

Las Vegas: Seorang lelaki yang pernah memiliki buah zakar seberat 63 kilogram kecewa selepas menjalani pembedahan membuangnya kerana ia menyebabkan dia kini hanya memiliki kemaluan yang kecil.

Wesley Warren Jr baru-baru ini menjalani pembedahan selama 13 jam untuk membuang kantung zakarnya selepas ia membesar melampau sehingga dia terpaksa memakai baju bertutup kepala sebagai seluar bagi menampung buah zakarnya.

Lelaki 49 tahun itu tidak boleh mengadakan seks dan mengalami kesakitan yang amat teruk.

Bagaimanapun, warga Amerika itu berkata, dia mungkin tidak boleh menjalinkan hubungan dengan wanita selepas pembedahan itu menyebabkan kemaluannya menjadi terlalu kecil.

Foto

WESLEY sebelum menjalani pembedahan membuang buah zakar.


"Saya tahu ramai orang yang menjangka saya akan meluahkan rasa gembira selepas menjalani pembedahan itu. Tetapi ia tidak semudah itu.


"Memang saya merasa selesa sekarang. Tetapi ada yang buruk berlaku. Saya kehilangan kelakian saya. Kini, saya langsung tidak berani menjalinkan hubungan dengan wanita.

"Saya umpama terselamat daripada kebakaran tetapi kini terpaksa berdepan dengan keadaan melecur yang amat teruk," katanya.

Wesley dari Las Vegas mula berdepan masalah kantung zakar besar selepas memicit kemaluannya ketika tidur pada Jun 2008. Dia kemudian mendapatkan rawatan untuk mengurangkan bengkak. Tetapi, kantung zakarnya terus membesar.

"Saya hanya boleh berjalan seperti kanak-kanak," katanya.

Jurujual itu menjalani pembedahan baru-baru ini. Tetapi sehingga sekarang masih belum dapat menjelaskan kos pembedahan itu.

Menurutnya, dia kini merancang menjual zakar gergasinya menerusi eBay untuk menjelaskan bil hospital.

"Saya sudah berbincang dengan pakar bedah di California dan sudah membawa zakar itu pulang. Saya mahu menjualnya," kata Wesley. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/22

Bayi empat kaki selamat dibedah

Posted: 21 Jun 2013 10:03 AM PDT

Windhoek: Seorang bayi lelaki berusia dua bulan dari Namibia terpaksa menjalani pembedahan selepas dilahirkan dengan empat kaki.

Andrew Palismwe dari Caprivi memberikan tindak balas baik terhadap rawatan selepas menjalani pembedahan selama sembilan jam bagi membuang dua kakinya di Hospital Kanak-Kanak Red Cross War Memorial di Cape Town, Afrika Selatan.


Bayi itu kini semakin pulih di Hospital Besar Windhoek di Namibia.

Dia dilahirkan dengan dua kaki tambahan di bawah perutnya pada 6 April lalu. Keadaan itu dikatakan akibat daripada kembar yang tidak wujud sepenuhnya. Pakar neonatologi hospital itu, Dr Clarissa Pieper berkata: "Ini adalah keadaan di mana kembar seiras melekat bersama akibat daripada embrio kembar yang tidak berpisah sepenuhnya, tetapi membentuk dua bayi yang membesar sesama sendiri. Dalam kes ini, bayi yang seorang lagi tidak membesar sepenuhnya." - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/22
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved