Rabu, 17 Ogos 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


GCM buat enam laporan polis

Posted: 16 Aug 2011 09:41 AM PDT

SHAH ALAM: Enam laporan polis dibuat Gerakan Cegah Murtad (GCM) di beberapa balai polis berhubung kegiatan sesetengah pihak yang berniat memurtadkan umat Islam di negeri ini, di sini, semalam.

Timbalan Presiden Pertubuhan Penggerak Transformasi Malaysia (Pertama), Zainuddin Muhammad membuat laporan polis bersama beberapa anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.


Beliau berkata, program yang diadakan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya, pada 3 Ogos lalu mempunyai agenda halus untuk mengembangkan Kristian di kalangan penganut Islam.

Katanya, jika perkara itu (memurtadkan orang Islam) tidak dicegah, gerakan bagi menyatukan rakyat melalui gagasan 1Malaysia juga tidak mungkin akan berjaya.


"Walaupun Malaysia memberi kebebasan beragama diamalkan, percubaan halus memurtadkan orang Islam sangat melampau dan mesti dihalang kerana ia salah di sisi undang-undang.


"Kami (GCM) mendesak supaya polis dan pihak lain yang bertanggungjawab menyiasat perkara ini dengan terperinci," katanya.

Menurut Zainuddin, agama Islam adalah agama Persekutuan dan kes ini bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.


Bagaimanapun, katanya GCM tidak akan berdiam diri membiarkan pihak yang sepatutnya dihadapkan ke muka keadilan terlepas begitu saja tanpa hukuman setimpal.

"Kami membuat laporan ini supaya siasatan dan tindakan undang-undang diambil, namun jika tiada siasatan dijalankan, kami akan terus bertindak supaya perkara ini boleh dibawa kepada Kementerian Dalam Negeri untuk siasatan.


"Selain itu, kami tidak mahu isu ini dipolitikkan kerana agama tidak harus menjadi alat untuk berpolitik," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

99 bas raya belum diperiksa

Posted: 16 Aug 2011 09:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menegaskan hanya bas ekspres yang melalui proses pemeriksaan di depoh dan mempunyai pelekat khas yang dikeluarkan dibenarkan meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing menjelang musim perayaan ini.

Pengarahnya, Mohd Nadzri Osman, berkata sekiranya didapati ada di antara syarikat bas gagal mematuhi arahan terbaru itu, pihaknya tidak teragak-agak menggantung operasi bas terbabit serta-merta dan tidak dibenarkan meninggalkan terminal bas masing-masing.


Katanya, semua pengusaha bas dikehendaki memastikan bas ekspres dan bas tambahan yang akan digunakan menjelang Aidilfitri ini menjalani pemeriksaan menyeluruh termasuk sistem brek, tayar manakala pemandu bas yang bertugas dipastikan bebas daripada dadah. "Jumlah keseluruhan bas yang perlu menjalani pemeriksaan di depoh semuanya sebanyak 134, namun setakat ini hanya 35 yang hadir.

"Jika mereka masih gagal menghadirkan diri, pemeriksaan seterusnya akan dibuat di terminal, tetapi sekiranya pengusaha gagal mematuhi peraturan ditetapkan waktu itu, kami (JPJ) tidak teragak-agak menggantung operasi bas mereka," katanya ketika mengadakan pertemuan bersama tujuh pengusaha syarikat bas dan beberapa pemandu di pejabatnya, di sini, semalam.


Antara pengusaha yang hadir adalah Pancaran Matahari, Darul Naim Ekspres, Mara Liner, Elta Bina, Bulan Restu, Mahligai dan Handal Ekspres.


Selain itu, katanya, JPJ menempatkan 145 anggota penguat kuasa yang akan bertugas di setiap depoh dan empat terminal bas di ibu kota iaitu di Hentian Putra, Hentian Bas Jalan Duta, Puduraya dan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) bermula Ahad lalu.

"Selain memeriksa kenderaan, kami bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan ujian air kencing," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Tertusuk besi pagar

Posted: 16 Aug 2011 08:29 AM PDT

SUNDERLAND: Seorang murid perempuan tertusuk pada pagar besi selama dua jam selepas dia terjatuh dari pokok.

Caitlyn Brown, 11, terselamat apabila besi yang menembusi tubuhnya tidak terkena organ pentingnya.


Besi tajam itu menusuk sedalam 15 sentimeter ke dalam tubuhnya, menembusi perutnya dan terhenti hanya kira-kira lapan sentimeter dari jantung serta organ pentingnya yang lain.

Ibu bapanya, Jan Stevens dan Michael Brown menyaksikan dengan cemas keadaan anak mereka selama dua jam sementara anggota bomba berusaha menyelamatkannya. Caitlyn yang meminta supaya muzik dimainkan bagi megalihkan tumpuannya ketika dia terperangkap, kini sudah kembali ke rumah selepas meghabiskan masa beberapa minggu menjalani rawatan di hospital.


Empat kereta bomba dan sebuah ambulans menyertai usaha menyelamat murid berkenaan sementara anggota bomba menggunakan kelengkapan hidraulik untuk memotong pagar itu dan menyelamatkan Caitlyn.


Seorang doktor yang berada di tempat kejadian membantu dengan memberikan ubat penahan sakit sebelum dia dikejarkan ke hospital dengan besi tajam itu masih tertusuk pada badannya.

Jan, 38, dari Grindon, Sunderland berkata: "Ia sungguh mengerikan. Caitlyn tergantung pada pagar besi itu. Saya tidak percaya apa yang saya lihat." Caitlyn berada di padang di luar rumahnya, tempat dia sering bermain dengan rakan apabila kejadian itu berlaku.


Seperti kebanyakan kanak-kanak lain, dia memanjat pokok untuk melintas pagar besi setinggi satu setengah meter itu kerana satu-satunya jalan masuk ke padang berkenaan memerlukan dia berjalan sejauh 15 minit.

"Caitlyn sering bermain dengan rakannya di padang itu dan kami boleh melihat mereka dari rumah. "Dia mahu keluar pada malam itu dan kami berpendapat tidak ada masalah untuknya berbuat demikian. "Selepas sejam, seorang rakannya, Renee meluru ke rumah kami dan memberitahu Caitlyn jatuh di atas pagar besi itu.


"Saya tidak faham apa yang dikatakannya. Saya sangka dia cuba memanjatnya dan kemudian takut dan perlukan bantuan untuk turun.


"Apabila tiba di tempat kejadian, saya tidak percaya apa yang saya lihat," kata Jan.


Suaminya, Brown menelefon ambulans dan cuba mententeramkan anaknya sementara menanti ambulans dan anggota bomba tiba.


"Dia sungguh berani dan tidak menangis, Dia hanya meminta kami mainkan muzik. "Semua jiran datang dan sebahagian mereka berusaha memberinya sesuatu supaya dia boleh berdiri bagi mengurangkan tekanan terhadap kecederaannya," kata Jan.


Caitlyn diberi ubat penahan sakit oleh doktor di tempat kejadian dan dikejarkan ke Hospital Diraja Sunderland sebelum dipindahkan ke hospital di Newcastle.


Doktor mengambil masa beberapa jam di dewan bedah bagi menarik keluar pesi itu daripada tubuhnya. - DM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tonton tv pendek nyawa

Posted: 16 Aug 2011 08:25 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]LONDON: Menonton televisyen selama enam jam sehari boleh mengurangkan jangka hayat selama lima tahun.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Usah kritik Chong Wei

Posted: 16 Aug 2011 09:12 AM PDT

KETIKA Kejohanan Badminton Dunia sudah melabuhkan tirai Ahad lalu, masih ada cakap- kurang senang menyalahkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kerana kegagalannya menggenggam gelaran juara dunia selepas tumbang kepada Lin Dan pada aksi final.

Mengkritik memang mudah, namun bagi individu yang sentiasa bersama dengan pemain nombor satu dunia itu iaitu jurulatihnya, Tey Seu Bock, tidak seharusnya anak buahnya itu menerima kritikan sebegitu.


"Kita tak boleh salahkan siapa-siapa termasuk Chong Wei sendiri atas kegagalan ini kerana dia sudah berusaha semampu yang boleh.

"Tinggal lagi seperti saya katakan sebelum ini, tuah tidak memihak kepadanya, mungkin satu dua peratus ia (tuah) lebih memihak kepada Lin Dan.


"Mata penamat adalah saat-saat paling penting dan Lin Dan berani mengambil risiko ketika situasi genting itu berbanding Chong Wei," katanya merujuk kepada kegagalan Chong Wei menamatkan permainan di set penentuan meskipun mempunyai dua peluang terhidang.


Begitupun, Seu Bock menegaskan, Chong Wei kini berjaya mengetepikan rasa rendah diri ketika bertemu jaguh China itu berbanding beberapa tahun lalu.

Ditanya adakah kekurangan Chong Wei kerana tidak mempunyai rakan sepelatih yang bagus sehingga menjejaskan persiapannya menjelang satu-satu kejohanan utama, Seu Bock tidak menafikan perkara itu.


"Serba sedikit mungkin ada, tapi apa yang saya nampak tanpa sparring (rakan sepelatih) pun dia masih boleh mengekalkan prestasinya. Dalam erti kata lain ia bukan satu masalah besar kepadanya," katanya.

Meskipun Chong Wei sedang diulit kekecewaan ketika ini, Seu Bock menjangkakan anak buahnya itu tidak akan terbawa-bawa untuk tempoh yang panjang.


"Kami akan memberi cuti selama seminggu kepadanya sebelum kembali meneruskan latihan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

‘Pastikan emas Olimpik tidak terlepas’

Posted: 16 Aug 2011 08:50 AM PDT

PERIT kekalahan di final Kejohanan Badminton Dunia ketika sudah berada di ambang kejuaraan wajar dijadikan iktibar kepada jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei.

Ketika Chong Wei masih boleh mencuba nasib pada kejohanan dunia 2013 untuk mengakhiri kemarau gelaran itu, pemain nombor satu dunia itu harus menyedari betapa dia tidak boleh mengulangi kesilapan sama apabila menggalas misi lebih penting di Sukan Olimpik London tahun depan.


Dengan usianya bakal menjangkau 29 tahun Oktober ini, pemain kelahiran Pulau Pinang itu kini dihambat waktu untuk menggenggam pingat emas pertama Olimpik kerana mustahil baginya untuk terus bertahan empat tahun lagi.

Menurut Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi yakin kekalahan Chong Wei kepada musuh tradisi dari China, Lin Dan di final kejohanan dunia tempoh hari tidak sama sekali menghancurkan semangat jaguh negara itu.


"Semua sudah berakhir. Chong Wei dan BAM (Persatuan Badminton Malaysia) perlu memandang ke depan. Bagi saya biarlah kita kalah tahun ini asalkan kita menang tahun depan (Sukan Olimpik London).


"Mungkin kita boleh cakap nasib tidak menyebelahi Chong Wei tapi kekalahan itu perlu dikaji dengan teliti kerana kita tidak mahu ia berulang di Sukan Olimpik dengan Chong Wei menjadi sandaran utama negara untuk menyumbang emas.

"Kejohanan dunia diadakan tiap-tiap tahun dan Chong Wei boleh cuba lagi selepas ini tapi Sukan Olimpik hanya empat tahun sekali, nak tunggu Sukan Olimpik 2016 pula amat sukarlah, tambahan pula ketika ini tidak ada pemain muda yang boleh diharapkan selepas Chong Wei," katanya.


Penantian Malaysia selama 34 tahun untuk melihat pemain Malaysia bergelar juara dunia buat kali pertama tidak kesampaian apabila Raja Siri Super, Chong Wei tersungkur di peringkat akhir di tangan Lin Dan, 22-20, 14-21 dan 21-23 yang merangkul gelaran keempat selepas 2006, 2007 dan 2009.

Berdasarkan prestasi semasa ketika ini, Chong Wei adalah harapan realistik negara untuk membawa pulang emas pertama Sukan Olimpik biarpun mempunyai beberapa atlet lain berkemampuan seperti atlet terjun, Pandalela Rinong dan Mohd Azizulhasni Awang, lumba basikal.


Malah Chong Wei juga adalah pemenang perak Olimpik Beijing 2008 apabila kalah di final kepada Lin Dan.


Bagi Kok Chi, jaguh utama negara itu mempunyai sebab tersendiri untuk menebus kekecewaan selepas ini.


"Jurang antara Chong Wei dan Lin Dan sudah tidak banyak beza dan saya yakin semangat Chong Wei pasti lebih hebat berbanding Lin Dan untuk menang di Olimpik London nanti. Malah sekelip mata Chong Wei boleh bergelar jutawan kerana bakal menerima RM1 juta jika menang pingat emas Olimpik," kata Kok Chi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


4 parah diserang pelajar guna besi

Posted: 16 Aug 2011 10:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Empat pelajar sekolah menengah parah selepas diserang lebih 30 pelajar sebuah sekolah menengah lain yang sebahagiannya bersenjatakan besi, cota dan topi keledar, semalam.

Kejadian berlaku ketika waktu pulang sekolah kira-kira jam 1.15 tengah hari di pekarangan sebuah sekolah di Bukit Nanas, di sini.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa, berkata kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati antara dua kumpulan pelajar terbabit.

"Empat pelajar yang cedera itu berusia 17 tahun. Seorang cedera di kepala, seorang retak tangan kanan manakala dua lagi cedera di beberapa anggota badan.


"Mereka dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan dan kini dilaporkan stabil," katanya ketika dihubungi, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Misi mengerang, pesakit tertiarap

Posted: 16 Aug 2011 10:18 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]MELAKA: “Sebaik menghampiri ambulans, jururawat wanita itu mengerang kesakitan dan meminta tolong lalu saya mengangkatnya dengan berhati-hati ke tepi jalan,” kata anggota penyelamat pantai sambilan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Tan Bun Han, 40, saksi kejadian kemalangan membabitkan ambulans dan teksi, di Jalan Tun Abdul Razak menghala ke Plaza Tol Ayer Keroh, malam kelmarin.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved