Rabu, 31 Julai 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Tiada betul atau salah dalam solekan

Posted: 31 Jul 2013 01:41 PM PDT

Ketepikan seketika riasan wajah minimalis dan semula jadi kerana trend solekan musim luruh dan dingin (FW13) di MAC kali ini lebih beremosi, misteri dan disulami 1,001 perasaan.

Biarpun kanvas wajah diolah seakan-akan mengenakan solekan tipis, keseluruhan persembahan FW13 ini tercetus daripada pertembungan era lampau dan rentak terkini yang sama sekali jauh daripada ilham pesona riasan biasa.

Menerusi sesi pengenalannya oleh Jurusolek Kanan MAC Malaysia, Haritha Shan, FW13 menampilkan empat tema aliran iaitu Reb-Elle, Spiritual Eyes, Au-Currant dan Perspex-Tive yang langsung tidak menonjolkan aspek solekan 'cantik dan sempurna' tetapi terarah kepada elemen bebas dan lagak wanita tampil tanpa kekangan.

Jelas Haritha, solekan bagi musim luruh dan dingin ini tidak skeptikal pada gaya muram serta rona tanah kerana trend FW13 ini tertumpu kepada riasan campuran antara ciri terkini, nakal, gothic, blok warna dan kilatan plastik.

Foto

HARITHA (kiri) gabungkan dua rona dalam palet sama untuk hasilkan riasan bibir Au-Currant.

Foto

TREND MAC #1 - Reb-Elle

Foto

TREND MAC #2 - Spiritual Eyes

Foto

TREND MAC #3 - Au-Currant

Foto

TREND MAC #4 - Perspex-Tive


"Solekan bersih dan semula jadi masih ada tapi bukanlah titik utama kerana temanya lebih menonjolkan riasan pada mata dan bibir.


"Riasan smokey diberi definisi baru di mana ia disuntik sedikit rona perak sementara solekan bibir menzahirkan gaya blok warna eksentrik," katanya.

MAC sentiasa menyatakan tiada betul atau salah dalam solekan tapi semuanya bergantung kepada keberanian dan usaha untuk menggayakannya.

"Ada yang rasa ia keterlaluan, ada pula yang menggemarinya. Semuanya terpulang pada gaya individu. Dalam empat trend ini, saya pasti ada satu yang menepati personaliti masing-masing," ujarnya.

TREND MAC #1 - Reb-Elle

Mainan kosa kata 'rebel' atau memberontak ini jelas menunjukkan tema gelap dengan warna utamanya hitam pekat yang disatukan dengan rona arang, zamrud, merah tua dan biru kelam.

Tiada syarat untuk hitam, diadun dengan apa jua warna atau gaya yang digemari. Ia inspirasi daripada elemen futuristik punk dan grunge.

Bibir pula sekadar dicalitkan warna merah jambu samar atau perang muda.

TREND MAC #2 - Spiritual Eyes

Mata disifatkan jendela jiwa, justeru, riasan mata diberi gambaran kecantikan halus dan misteri. Solekan smokey memperlihatkan sisi berbeza dengan olesan gothic yang diadun bersama rona sejuk.

Sekali imbas ia seakan-akan pertembungan mistik dan realiti, 'berhantu' tapi masih memukau pandangan dengan sedikit suntikan biru lembut dan merah.

Bibir diberikan rona tanah minimal lalu ditekap dengan bedak debu.

TREND MAC #3 - Au-Currant

Trend khusus untuk bibir. Calitan rona merah tapi bukan seperti kebiasaannya. Ia mengambil pendekatan blok warna di mana palet gelap seperti prun dan buah beri diadun bersama bagi menghasilkan kesan 3D.

Tekstur matte jadi mainan tapi ditambah kilatan maksimum untuk impak bibir penuh dan eksentrik. Trend masih terarah kepada gothic tapi dengan sasaran untuk wanita yang berani menonjolkan diri.

Zon mata diberikan solekan semula jadi atau sesekali dioles rona sejuk seperti perak dan hijau muda.

TREND MAC #4 - Perspex-Tive

Menyusuri aliran fesyen musim ini di mana gaya wajah lutsinar kaca Perspex dan akrilik hangat di pentas peragaan.

Riasan wajah diberikan elemen segar dan semula jadi namun tumpuan terarah kepada mata berkilat yang menghasilkan ilusi seakan-akan kelopak bercahaya.

Sisi mudah monokromatik ­dengan kesan wax yang melengkapi kemasan satin pada keseluruhan kanvas wajah.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/01

Advertorial: Inspirasikan kediaman dengan Nippon Momento™ Special Effect Paint

Posted: 31 Jul 2013 01:41 PM PDT

Anda mahu menghias semula ruang kediaman, namun setelah terfikir kos hiasan dan perabot, anda bertukar fikiran.

Hias semula dengan cat tekstur istimewa.

Nippon Momento™ Special Effect Paint memberikan keselesaan dalam mengubah mood dan suasana di ruang kediaman pada harga yang amat berpatutan.

Tambahkan kesan tekstur pada dinding kosong atau berwarna untuk menyerlahkan lagi suasana di ruang tamu.


Pilih antara dua varian Nippon Momento™ - Textured Paint Series atau Enhancer Series.


Rangkaian Textured Paint membolehkan anda menambah tekstur unik pada dinding manakala Enhancer Series ialah cat separa telus yang boleh disapukan pada warna dinding sedia ada.

Kami ada warna-warna popular yang anda boleh cuba!

Dapatkan Nippon Momento ™ Special Effect Paint di mana-mana pengedar Nippon Paint berhampiran anda.

Tahukah anda?
Dinding utama dengan warna atau tekstur berbeza pasti menjadi tumpuan

Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/01
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Linangan air mata iringi MALCOY 9

Posted: 30 Jul 2013 12:00 PM PDT

Subang Jaya: Linangan air mata keluarga mengiringi pemergian kumpulan kedua Malaysia Kontinjen 9 (MALCOY 9) yang akan berkhidmat di Lubnan selama setahun.

Malah rata-rata ahli keluarga pegawai dan anggota membabitkan seramai 152 orang tidak dapat menahan sebak kerana terpaksa berpisah dengan suami dan anak tambahan Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi.


Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, MALCOY 9 menjalani latihan kursus selama tiga bulan merangkumi sebulan latihan perkhidmatan tunggal dan dua bulan latihan integrasi.

Menurutnya, latihan itu dikawal selia Markas Angkatan Bersama bertempat di Kompleks Markas 4 Brigade dan Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD) di Kuantan, Pahang.


"Malcoy 9 keseluruhannya berjumlah 310 pegawai dan anggota membabitkan dua penghantaran. Penghantaran pertama sudah disempurnakan pada 23 Julai lalu membabitkan 158 orang dan hari ini (semalam) seramai 152 orang.


"Diharapkan dengan latihan kursus itu mempersiapkan anggota MALCOY 9 daripada aspek mental dan fizikal," katanya.

Foto

RAJA Mohamed Affandi (tengah) bersama anggota MALCOY 9.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/31
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Syawal Satu Kemenangan

Posted: 30 Jul 2013 05:57 AM PDT

Aidilfitri kali ini bakal menyaksikan pendekatan berbeza daripada TV AlHijrah dengan mengete­ngahkan tayangan bertaraf antarabangsa serta kupasan ilmiah. Stesen TV itu akan meneruskan tradisi tema Syawal Satu Kemena­ngan bagi menterjemahkan keindahan dan orientasi program yang menjurus kepada kemenangan selepas melalui Ramadan dengan penuh perjuangan.

Bersesuaian dengan masyarakat majmuk di negara ini, TV AlHijrah menghidangkan program Islamik berbentuk universal sesuai untuk tontonan semua bangsa dengan memaparkan Islam sebagai indah dan mudah.

Dengan tema Syawal Satu Kemenangan, antara program yang akan ditayangkan sepanjang Aidilfitri nanti ialah Ayat Riwayat Aidilfitri, Dikir Zikir Istanbul, Raihan Easy Listening Indonesia dan Tetamu Masjid.

Pengerusi AlHijrah Media Corporation, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor berkata, mereka menerapkan mesej me­ngeratkan talian persaudaraan sesama insan serta kesederhanaan dalam meraikan sambutan Aidilfitri dalam semua program yang disediakan.

Foto

Dr Mohd Yusof Noor (tiga dari kiri) bersama Rosyam (dua dari kiri) dan Chef Ammar (kiri) ketika majlis berbuka puasa dan memperkenalkan program TV AlHijrah sempena Aidilfitri, baru-baru ini.

Foto

SEBAHAGIAN pengacara TV AlHijrah yang hadir.

Foto

USTAZ Don Danial hadir bersama isteri, Husna Zahry Rafie bakal tampil dalam program 60 Minit Ustaz Don: Mai La Raya pada hari raya ketiga dan keempat.


Katanya, bermula 7 Ogos ini, TV AlHijrah akan menyiarkan program bual bicara berjudul Syawal Satu Kemenangan yang disiarkan pada jam 12.05 malam iaitu menjelang sambutan Syawal.


"Ia adalah program bual bicara yang membincang­kan perihal kedatangan bulan Syawal dan cara bagaimana selaku umat Islam harus memanfaat­kannya dengan sebaik mungkin. Di samping itu, ia turut disajikan dengan kupasan ilmu serta diselangi dengan persembahan artis jemputan," katanya mengenai program yang dihoskan Amin Idris dan Irma Hasmie itu.

Seterusnya pada 8 hing­ga 11 Ogos bermula jam 7 pagi, TV AlHijrah akan menayangkan program Assalamualaikum Aidilfitri iaitu paparan menarik sambutan Aidilfitri di dalam dan luar negara. Ini termasuk Ariana Istimewa Aidilfitri yang bersiaran pada 8 Ogos jam 12.30 tengah hari.

Pengumuman mengenai program Aidilfitri itu di­adakan pada majlis berbuka puasa stesen TV berkenaan baru-baru ini yang turut disertai selebriti TV AlHijrah seperti Ustaz Don Danial, Chef Ammar, Rosyam Nor dan ramai lagi.

Dr Mohd Yusof berkata, antara program lain menarik yang mengisi slot Aidilfitri mereka ialah Soal Wanita Istimewa Aidilfitri yang akan ditayangkan pada 8 dan 9 Ogos, jam 10.30 malam. Paparannya membawa kisah konsep rumah terbuka, menjemput selebriti dan orang ternama untuk berkongsi cerita sambutan perayaan Aidilfitri. Antara tetamu jemputan ialah pelakon Fouziah Gous dan Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Sate Kajang Hj Samuri, Datuk Samuri Juraimi.

Soal Wanita turut meraikan 20 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Shifa, Setapak dan episod edisi khas raya ini juga turut menjemput pereka dekorasi antarabangsa, Mohd Azmy Osman dan blogger terkenal, Abil. Tetamu lain ialah pengasas produk Beauty Umairah iaitu Zaiton Hasan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton.

Dalam pada itu, pada hari raya kedua, ditayangkan pula Soal Wanita Istimewa Aidilfitri yang dihoskan Aimie Sofea, Siti Fazurina dan Lenny Irana dengan tajuk Erti Kemaafan. Program itu turut menjemput pelakon Johan As'ari untuk berkongsi ceritanya mengenai pengertian kemaafan. Turut diundang dalam episod ini artis dan pengacara TV veteran, Wan Chik Daud dan Ustaz Dr Taufik Ismail.

Ia diikuti program 60 Minit Ustaz Don: Mai La Raya pada 10 dan 11 Ogos, jam 10.30 malam.

Sememangnya tidak lengkap program raya tanpa adanya telefilem raya dan TV AlHijrah turut tidak ketinggalan menayangkannya de­ngan telefilem berjudul Nur Aidilfitri ditayang­kan pada hari raya pertama jam 8.30 malam.

Telefilem lakonan Dazrin, Rozliza (Leez AF), Ku Faridah, Datuk Jalaluddin Hassan dan Rozi Othman mengisahkan Datuk Radzi pulang ke Malaysia dan kebetulan kepulangannya itu jatuh pada bulan Ramadan. Anaknya Shahril berasa kekok apabila berpuasa di Malaysia.

Satu peristiwa yang membuatkan Shahril berubah apabila melihat tukang kebun kolejnya bekerja di bawah terik matahari.

Shahril membatalkan percutiannya ke Bali kerana ingin merasai Aidilfitri di tanah air sendiri dan Datuk Radzi sedar akan kesilapannya.

Pada hari raya kedua jam 9 malam pula ditayangkan telefilem berjudul Tibanya Syawal yang mengisahkan pengorbanan seorang ibu tunggal, Safiyah membesarkan tiga anaknya yang masih bersekolah. Safiyah sangat berjimat cermat sehingga anaknya merungut dan merajuk dengannya.

Telefilem hebat ini dibintangi Ayu Raudhah, Elysza Loy, Farisya Iris, Adik Haikal Aiman dan Ku Faridah.

Sementara itu, telefilem Sirat Al-Mustaqim yang disiarkan pada 12 Ogos, jam 8.30 malam pula mengisahkan Maryam, seorang janda bertekad untuk meng­abdikan seluruh jiwa dan raganya hanya untuk anak tung­galnya Adam yang berusia lima tahun.

Dalam pada itu, program lain yang bakal ditayang­kan ialah filem A Separation (11 Ogos, jam 9 malam), Musikal Dikir Zikir Istanbul (7 Ogos, jam 10.05 malam), Raihan Easy Listening (9 Ogos, jam 11 pagi), Travelodge Ayat Riwayat (8 Ogos, jam 11 pagi), Tetamu Masjid (8 Ogos, jam 12 tengah hari), Chef Amar Aidilfitri (9 Ogos, jam 10.05 pagi), Hidangan Barakah Aidilfitri (8 Ogos, jam 10.05 pagi), Kapsul Zon Aulad Syawal (8-18 Ogos, jam 10 pagi) dan Dan Den Don Istimewa Aidilfitri (8 Ogos, jam 3.35 petang).

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/31

Kalau dah jodoh...

Posted: 30 Jul 2013 05:46 AM PDT

"Ia hadiah paling bermakna untuk saya pada ulang tahun ke-45 ini. Saya bagaikan tidak percaya, Allah SWT memberikan hadiah sehebat ini kepada saya.

Lebih-lebih lagi, ia berlaku pada Ramadan yang mulia ini," kata pembaca berita terkenal, Ras Adiba Radzi yang bernikah kali kedua pada ulang tahun kelahirannya dengan rakan sekolah, Ilias Yaakop, 45, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya Sabtu lalu.

Apa yang pasti, selepas 14 tahun hidup menyendiri apabila rumah tangga terdahulunya runtuh di tengah jalan, Ras Adiba yang juga mesra dengan panggilan Deeb nyata tak pernah gentar untuk menerima cinta daripada seorang lelaki.

Yakin dengan takdir ditetapkan Allah SWT buatnya, Deeb akhirnya bertemu jodoh dengan kenalan lama yang juga rakan sekolahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St John's Institution, Kuala Lumpur itu.

Foto

Ilias menyarung cincin ke jari manis Deeb.

Foto

PASANGAN pengantin miliki sifat penyayang.

Foto

PENGANTIN bersama keluarga dan tetamu VIP.


Justeru, selepas dua bulan menjalin hubungan serius sebagai kekasih, cukup buat pasangan sejoli ini mengambil keputusan untuk membina kehidupan bersama. Ilias dan Deeb selamat diijabkabulkan dalam ikatan yang sah.


Dengan tiga kali lafaz, pasangan itu sah bergelar suami isteri selepas dinikahkan sendiri oleh ayah Deeb, Mohd Radzi Wahab, 73.

Dalam majlis itu, Deeb menerima mas kahwin RM99 dan wang hantaran berjumlah RM10,000. Tidak ketinggalan, pada majlis itu juga pengantin lelaki membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.

Segak dan menawan menggayakan busana sedondon berwarna putih krim, majlis ringkas, tetapi meriah itu cukup bermakna buat Deeb kerana ia juga bersamaan dengan tarikh ulang tahun kelahirannya.

"Saya amat bersyukur dengan nikmat terindah daripada Allah SWT ini. Ilias kini sah menjadi suami saya yang akan menjadi pembimbing dan teman dalam hidup ini," katanya.

Menyentuh mengenai perkenalan mereka, semuanya berlaku empat bulan lalu ketika Deeb hadir pada majlis perjumpaan semula atau reunion pelajar sesi 1985 sekolah mereka yang diadakan pada 3 April lalu.

"Pada majlis yang berlangsung di kantin sekolah itu, kami hanya bertentangan mata. Namun tak terfikir pula bahawa wujudnya bibit-bibit cinta. Apatah lagi, saya sudah 14 tahun hidup sendiri, manakala Ilias pula baru mengalami kegagalan dalam mempertahankan perkahwinan dibinanya selama 17 tahun.

"Jadi, sudah tentu kepedihan menyakitkan itu masih amat dirasakan Ilias lagi. Justeru, adalah mustahil untuk dia menjalinkan hubungan baru dengan mudah dan dalam tempoh singkat," katanya.

Sememangnya jodoh dan pertemuan adalah ketentuan Ilahi, siapa sangka dalam tempoh dua bulan berkasih, Ilias dengan berani menyuarakan perasaan hatinya
kepada Deeb.

Apapun, menyorot rentetan kisah lalu Deeb dan Ilias, sebenarnya pernah bersekolah tadika berdekatan di Keramat, Kuala Lumpur ketika zaman kanak-kanak mereka.

Namun masing-masing tidak pernah bertemu di antara satu sama lain. Begitu juga, ketika remaja apabila mereka turut memiliki minat dalam sukan yang sama serta menjadi wakil sekolah.

Bagaimanapun, apabila dewasa dan masing-masing meluangkan masa menghadiri majlis reunion pelajar sekolah mereka, ia menjadi medan perkenalan seterusnya membawa ke fasa lebih jauh iaitu percintaan dan gerbang perkahwinan.

Sementara itu, Ilias yang juga penasihat kewangan berkata, dia menerima Deeb seadanya kerana wanita itu seorang yang penyayang, baik hati dan merendah diri.

"Saya tak kisah dengan keadaan Deeb yang terpaksa berkerusi roda. Saya menerima kehadiran Deeb dengan sepenuh hati kerana setiap manusia ada keistimewaan dan kekurangannya," katanya.

Ilias berkata, walaupun mereka pernah bersekolah di sekolah yang sama, dia tidak pernah mengenali Deeb. Malah, perkenalannya dengan Deeb hanya berlaku ketika majlis reunion itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/31
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Tak tahan latihan

Posted: 30 Jul 2013 08:53 AM PDT

Kuala Lumpur: "Kadang-kala ada pemain terpaksa berbuka puasa di tepi gelanggang saja".

Itu antara cabaran bulan Ramadan perlu diharungi barisan pemain sepak takraw negara yang menjalani latihan bersama tiga kelab Thailand iaitu Chonburi, Kalasin dan Nakhon Pathom.


Selain itu menurut sumber, pemain juga menjalani latihan seperti biasa dengan sesetengah kelab mempunyai dua sesi latihan yang berlangsung pada sebelah pagi dan petang. "Kenapa masalah ini berlaku sekarang (menghilangkan diri), kenapa tidak dulu (sejak program bermula pada April)," kata sumber itu.

Isu pemain negara menghilangkan diri dari kelab Thailand dan pulang ke tanah air menarik perhatian pelbagai pihak dengan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sudah menggantung sementara tekong berbakat negara, Zulkifli Abd Razak yang menjadi pemain utama kelab Nakhon Pathom.


Zulkifli antara lima pemain yang dikenakan surat tunjuk sebab PSM bagi menjawab tuduhan dan dakwaan terhadap mereka dengan pilihan hukuman menanti antaranya digugurkan, digantung atau diturunkan ke skuad elit B.


Sementara itu Presiden PSM Datuk Ahmad Ismail berkata: "Saya sudah membuat keputusan tidak mahu mengumumkan nama mereka kerana ia membabitkan maruah dan sebagainya. Bagaimanapun mereka perlu menjawab surat tunjuk sebab dikeluarkan dua hari lalu (Sabtu) yang perlu dibalas dalam tempoh 14 hari mengikut peraturan ditetapkan." Ditanya mengenai jumlah sebenar pemain yang bertindak meninggalkan kelab di Thailand, beliau berkata tidak perlu baginya mendedahkan secara terperinci namun mengaku ada pemain yang balik ke Malaysia tanpa pengetahuan PSM dan kelab yang diwakilinya di Thailand.

Foto

AKSI pemain Malaysia, Nazirul Akmal (kiri) melakukan rejaman sambil pemain Myanmar melakukan tampanan, kelmarin.

"Saya rumuskan, semuanya berkaitan dengan sikap, disiplin dan komitmen yang semakin berkurangan. Sudah enam tahun saya cuba membawa masuk pemain dalam Liga Takraw Thailand (LTT) namun selepas pertama kali berjaya tahun ini sebaliknya pula yang berlaku. Mungkin pemain tidak nampak betapa bagusnya program yang dirancang ini.


"Peringkat awal program semuanya berjalan lancar namun bermula Ramadan macam-macam alasan saya dapat tahu. Saya pernah turun ke sana bagi memberikan motivasi dan semangat," katanya yang hadir menyaksikan final Kejohanan Jemputan Lima Negara awal pagi semalam.

Bagaimanapun Ahmad berkata, selepas mengadakan perbincangan dan memujuk pemain, hanya seorang (Zulkifli) yang tidak akan meneruskan program di Thailand yang dijangka berakhir pertengahan bulan depan.


Tindakan tegas PSM turut mendapat sokongan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong yang menyatakan, tiada tolak ansur dalam perkara membabitkan disiplin.


Kejohanan jemputan acara berpasukan itu yang berlangsung di MSN Keramat, awal pagi semalam menobatkan Myanmar sebagai juara apabila menewaskan skuad negara, 2-1 sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai persiapan ke Sukan SEA pada Disember.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/31

Lewandowski, Watzke berbalah

Posted: 30 Jul 2013 08:29 AM PDT

Dortmund, Jerman: Robert Lewandowski mendedahkan berdepan masalah dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Borussia Dortmund Aki Watzke dalam satu temubual dengan Sky selepas pasukannya menewaskan Bayern Munich, 4-2 minggu lalu.

Lewandowski menyatakan hasrat untuk menyertai Bayern pada musim panas ini dengan juara Liga Perdana, Manchester United turut memantau perkembangan penyerang itu namun Dortmund yang sudah kehilangan Mario Goetze kepada juara Bundesliga itu enggan menjualnya.


Jurulatih Dortmund Juergen Klopp awal bulan ini menyatakan Lewandowski akan berpindah ke Allianz Arena secara percuma apabila kontraknya berakhir pada musim panas tahun depan namun pada masa sama memberitahu penyerang Poland itu menjadi tonggak kejayaan kelab pada musim akan datang.

"Saya tahu Robert juga memiliki pandangan yang sama," katanya dalam akhbar Welt am Sonntag.


Pertemuan Piala Super Jerman Sabtu lalu menjadi tumpuan apabila pemain itu membuat penampilan kompetitif pertama buat Dortmund sejak kalah 1-2 di tangan Bayern pada final Liga Juara-Juara.


Meskipun gagal menjaringkan gol, prestasi keseluruhan tetap hebat dan dalam temubual selepas perlawanan itu, dia menyatakan tidak mempunyai masalah untuk mewakili kelab itu.

"Apabila berada di padang, saya hanya mahu bermain dengan baik dan menjaringkan gol," katanya. "Itu yang paling penting bagi saya, tidak kira di mana saya bermain.


"Saya gembira dengan pasukan ini namun saya mempunyai masalah dengan orang lain. Itulah isu yang sukar bagi saya." Kenyataannya itu dilihat ditujukan kepada Watzke dan pengarah sukan Michael Zorc yang enggan melepaskannya ke Bayern pada musim panas ini.

"Memang kenyataan Robert itu ditujukan kepada saya, tapi saya perlu buat keputusan terbaik untuk kelab. Saya boleh terima Robert berdendam terhadap saya," kata Watzke dalam akhbar Bild. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/31
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Bayi gergasi pecah rekod

Posted: 30 Jul 2013 09:26 AM PDT

Berlin: Seorang bayi mempunyai berat 6.1 kilogram (kg) dan berukuran 57.4 sentimeter dilahirkan di Jerman pada 26 Julai lalu.

Bayi sebesar itu biasa dilahirkan melalui pembedahan Caesarean, tetapi Jasleen dilahirkan secara normal.

Akhbar Der Spiegel melaporkan Jasleen dilahirkan di Hospital Universiti Leipzig dan ibu bayi itu berdepan masalah diabetes yang tidak dikesan.

Keadaan itu yang berlaku pada minggu ke-24 kehamilan boleh menyebabkan saiz bayi membesar lebih daripada biasa.

Foto

PETUGAS hospital memeriksa Jasleen yang mempunyai berat 6.1 kilogram.


Walaupun kedua-dua ibu dan anak terbabit dalam keadaan baik, Jasleen masih berada di unit rawatan neonatal.


Dia kini secara rasminya menjadi bayi baru lahir terbesar di Jerman memecahkan rekod bayi lelaki bernama Jihad yang dilahirkan di Berlin pada 2011 dengan berat 5.8 kilogram.

Seorang ibu rakyat Britain melahirkan seorang bayi lelaki bernama George dengan berat 6.8kg pada Mac lalu.

George dilahirkan secara semula jadi dan menjadi bayi baru lahir kedua terbesar di Britain.

Yang mengejutkan tiada siapa menyedari ibu George bakal mendapat anak yang besar.

"Dia adalah satu kejutan besar kepada saya.

"Secara jujur, saya tidak ingat langsung. Saya berasa sakit dan kemudian dia keluar. Saya hanya ingat saya meneran dengan kuat," katanya.

Menurut Buku Rekod Guiness, bayi baru lahir paling berat dilahirkan oleh wanita Kanada Anna Bates pada 1879.

Anak lelakinya mempunyai berat 10 kilogram ketika dilahirkan, tetapi meninggal 11 jam kemudian. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/31

Cekup anak jumpa guru

Posted: 30 Jul 2013 09:19 AM PDT

London: Deria rasa seorang ibu mendorong seorang wanita cuba memerangkap dan mengejutkan anak perempuannya yang disyaki bercengkerama dengan pasangan lelaki.

Namun, perangkap itu wanita terbabit lebih terkejut apabila mendapati anak perempuannya membawa masuk seorang guru lelaki.


Media semalam melaporkan wanita terbabit keluar rumah seperti biasa, tetapi pulang jauh lebih awal untuk memerangkap anaknya. Sebaik tiba di rumah, wanita terbabit mencari pelajar lelaki yang disyaki menjadi pasangan anaknya yang baru berusia 16 tahun.

Selepas mencari di merata tempat, wanita itu akhirnya menemui seorang guru matematik bersembunyi di bawah katil remaja terbabit.

Kejadian berlaku pada hari terakhir penggal persekolahan.


Wanita itu kemudian menghubungi polis dan guru lelaki berusia 35 tahun berkenaan ditahan untuk siasatan di Bolton.

Sumber berkata, remaja perempuan dan guru matematik itu pulang ke rumah kerana menyangka tiada sesiapa di kediaman itu.

"Tetapi, ibunya pulang lebih awal daripada dijangka dan mengejutkan mereka.


"Dia masuk ke bilik anak perempuannya dan menemui guru berkenaan bersembunyi di bawah katil. Ia cukup mengejutkannya," katanya.


Sementara itu, guru besar sekolah berkenaan enggan menyatakan sama ada guru terbabit digantung perkhidmatan atau sebaliknya.


Bagaimanapun dia mengesahkan guru terbabit dinilai sebagai "luar biasa" dalam tugasannya di sekola. Pegawai di sekolah itu berkata, sekolah berkenaan memberi kerjasama sepenuhnya terhadap siasatan dilakukan.


Siasatan dilakukan kurang dari sebulan selepas guru matematik Jeremy Forrest, 31, dipenjarakan kerana melarikan diri ke Perancis bersama seorang pelajar berusia 15 tahun. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/31
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Lima maut, seorang cedera

Posted: 30 Jul 2013 10:26 PM PDT

JOHOR BAHRU: Lima maut dan seorang cedera apabila kenderaan pelbagai guna Honda Odyssey dinaiki merempuh pokok dan tiang lampu dalam kejadian di Kilometer 21 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam di sini, jam 2 pagi tadi.

Ketua polis daerah Kulaijaya Superintendan Zulkefly Yahya berkata, kemalangan berlaku apabila Honda Odyssey itu terbabas dan ternaik ke pembahagi jalan sebelum merempuh pokok serta tiang lampu.

Lima yang maut ialah Hairul Adham Abidin, 25, Nazierul Khalies Mohd Ashari, 19, Nor'ain Alias, 23, Mohd Fadzli Mohd Fakri, 20, dan seorag lagi dikenali sebagai Su, 23.

Mangsa yang cedera ialah Nor Sharifah Hazwani Bardaidi, 23.


Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulajaya untuk bedah siasat manakala yang cedera ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk rawatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/31

Anjing 'berwuduk'

Posted: 30 Jul 2013 02:37 PM PDT

Kuala Lumpur: Ketika isu menghina Islam masih hangat diperkatakan umum, muncul satu lagi klip video yang tersebar di Internet yang dipercayai mempunyai tujuan serupa, sekali gus membangkitkan kemarahan masyarakat Islam negara ini.

Rakaman dengan durasi 1 minit 44 saat itu memaparkan seorang individu meraikan Aidilfitri bersama tiga anjing dengan berlatar belakang takbir raya serta lagu nyanyian Datuk M Nasir, Satu Hari Di Hari Raya.

Dengan tema 'Raikanlah Aidilfitri Bersama-sama Tanpa Mengira Spesies', permulaan rakaman itu memaparkan aksi individu itu lengkap memakai baju Melayu bersama anjing peliharaannya.

Seterusnya, anjing terbabit dibasuh dan dilap dengan penuh kasih sayang sebelum dihidangkan dengan kuih raya di atas meja sebelum diakhiri dengan ucapan Aidilfitri.

Foto

KLIP video yang memaparkan individu terbabit meraikan Aidilfitri bersama tiga anjing yang tersebar dalam Internet.


Individu itu kemudian membasuh kaki anjing, sebelum dia sendiri membersihkan kaki seolah-olah mengambil wuduk ketika takbir raya berkumandang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/31
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved