Jumaat, 5 April 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Fesyen Muslimah tidak terhad

Posted:

Jika bijak mengolah, busana yang bermotifkan bunga-bungaan sememangnya mampu mencuri perhatian ramai.

Namun, padanan corak dan kesesuaian potongan harus diambil kira untuk mengenakannya dengan pelbagai saiz badan. Ditambah pula dengan kekemasan jahitan dan keunikan idea, busana bercorak bunga-bungaan ternyata punya daya tarikan tersendiri.

Bagi pengasas Ummiriaz Collection, Azura Shafawi, sedikit pengubahsuaian harus dilakukan dalam pemilihan kain untuk disesuaikan dengan motif bunga-bungaan bagi melahirkan idea cukup menarik.

"Saya gemar menghasilkan kelainan terutama apabila membabitkan pilihan corak kain. Kebiasaannya, saya meletakkan corak kain di tengah badan busana.

"Walaupun sukar terutama apabila memotong kain, ia membuatkan hasil akhir lebih menyerlah dan menarik," katanya.

Koleksi rekaannya banyak menggunakan lcyra dan kapas sebagai bahan utama kerana ia memberikan lebih keselesaan kepada pemakai terutama bagi mereka yang menggaya­kan rekaan sepanjang hari.

Menariknya, corak kain yang diketengahkannya tidak sama bagi setiap koleksi manakala kain itu pula kelihatan terletak pada tubuh.

"Tekstur kainnya yang berat membuat­kan bentuknya lebih sekata apabila dipakai. Potongan kembang yang digunakan pada kain pula akan membuatkan setiap langkah lebih beralun dan cantik.

"Pada masa sama, kombinasi warna kain yang berlainan turut memberikan kelebihan kepada tukang jahit," katanya.

Gaya fesyen Muslimah kini tidak hanya terhad kepada rekaan tradisional kerana ia boleh diberikan suntikan moden yang mampu menyerlahkan kelebihan busana.

Blaus, jubah polos serta gaun jubah antara rekaan yang boleh dijadikan koleksi pilihan untuk gaya harian dan juga ketika menghadiri majlis keraian.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/06

Membudaya amalan kitar semula

Posted:

Hasil kajian Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam mendapati kesedaran rakyat negara ini untuk melakukan kitar semula kertas akhbar masih lagi pada tahap kurang memberangsangkan iaitu sebanyak 40 hingga 45 peratus saja.


Peratusan ini juga menggambarkan tahap kesedaran berkaitan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat di negara ini masih lagi jauh berbanding negara membangun lain.


Bukan itu saja, tahap kesedaran kitar semula mahupun menjaga alam sekitar masih sukar dipertingkatkan walaupun pelbagai program sudah dilaksanakan oleh kerajaan atau badan bukan kerajaan bagi membudayakan amalan ini di Malaysia.

Malah, kegagalan membudayakan amalan kitar semula ini juga mengakibatkan masalah seperti pencemaran sampah-sarap dan kepupusan tumbuhan hijau yang kian berleluasa.

Jumlah sampah yang masuk ke tapak pelupusan sampah turut semakin bertambah pada setiap hari dan ternyata situasi ini amat menyedihkan. Terdapat individu yang menyedarinya tetapi lebih ramai yang tidak mengendahkannya walaupun mereka mengetahui kesan masalah ini.

Menyedari keadaan yang semakin tenat, Estee Lauder Companies (ELC) Malaysia bersama pusat beli-belah Mid Valley Megamall tampil memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan mengekalkan keindahan alam.

Ia dilaksanakan melalui kempen Beautiful Earth yang diadakan buat kali kelima tahun ini sempena sambutan Bulan Bumi 2013.

Kempen komuniti ini antara lain menjadi tanda komitmen mereka yang bukan saja menyediakan penjagaan kecantikan kepada masyarakat tetapi turut membantu mencantikkan bumi.

Memberi fokus utama mendidik orang ramai terutama golongan muda bermula daripada anak kecil mengenai kepentingan menjaga alam sekitar, konsep kitar semula dijadikan asas kempen berkenaan.

Menerusi mesej, kitar semula bermula daripada kecil dan sekarang, ELC juga menyokong usaha Persatuan Alam Sekitar Malaysia (MNS) yang sentiasa aktif mengadakan program kemasyarakatan untuk menggalakkan orang ramai melakukan perubahan demi memelihara serta memulihara alam sekitar.

Pengarah Urusan ELS Malaysia, Paul Slavin berkata, pihaknya berbangga dapat meneruskan tradisi berkenaan memandangkan ia sudah berada di negara ini sejak 26 tahun lalu dan di Malaysia, pihaknya secara aktif menyokong projek yang melindungi ekologi dan kesejahteraan sosial negara ini.

"Bagi terus memupuk kesedaran hijau dalam kalangan pekerjanya, Estee Lauder Companies juga mengadakan hari tanpa kertas di mana semua pencetak dalam syarikat ditutup dan pekerja digalakkan untuk mengadakan 'mesyuarat hijau' tanpa kertas.

"Sekiranya ada pekerja yang membawa kertas, mereka akan disuruh meninggalkan bilik mesyuarat," katanya.

Kempen berkenaan turut disokong oleh semua jenama di bawah kumpulan seperti Aramis, Bobbi Brown, Clinique, DKNY Fragrances, EstÈe Lauder, Lab Series Skincare for Men, La Mer, MAC., Origins, Tommy Hilfiger Fragrances dan Zegna Fragrances selain HSBC Bank Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/06
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Seret mesin ATM

Posted:

Subang Jaya: Kurang lima minit. Itu masa diambil tiga lelaki bertopeng untuk menarik keluar mesin juruwang automatik (ATM) sebuah bank di Putra Heights, di sini, dari tempatnya sebelum mengangkat mesin berkenaan ke dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan dalam kejadian membabitkan kerugian RM229,380 awal pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 3.44 pagi itu, ketiga-tiga lelaki terbabit mengambil kesempatan keadaan sunyi dan gelap di kawasan itu untuk melakukan rompakan berkenaan.


Seorang pengawal keselamatan yang ditemui dan dikenali sebagai Mokhtar, 59, berkata, ketika kejadian, seorang rakannya berusia 25 tahun bertugas seorang diri dalam premis itu dan tidak menyedari kehadiran semua lelaki terbabit sehingga dia terdengar bunyi seretan sebaik kumpulan itu menarik mesin berkenaan keluar dari tempatnya.

"Rakan saya itu menghubungi polis.


"Sebelum mengangkat mesin itu, mereka menyembur kamera litar tertutup (CCTV) dengan cat hijau.


"Dalam tempoh kurang lima minit, mereka menarik keluar mesin ATM itu menggunakan tali seterusnya mengangkat masuk dalam kereta," katanya ketika ditemui.

Foto

MESIN ATM yang dilarikan penjenayah dalam kejadian, semalam.

Menurutnya, berdasarkan rekod, bank berkenaan pernah cuba dirompak 10 bulan lalu.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, suspek dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu kerana berdasarkan semakan ke atas nombor pendaftaran kenderaan dinaiki mereka ia didaftarkan ke atas Toyota Hiace putih.

"Suspek dipercayai menarik keluar mesin ATM itu menggunakan tali sebelum mengangkatnya ke dalam MPV. "Kami juga mendapati nombor plat kenderaan yang dinaiki suspek adalah palsu," katanya. Beliau berkata, jumlah kerugian adalah RM229,380. "Kami masih menjalankan siasatan dan usaha memburu suspek dijalankan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/05
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Lelaki taksub jadi ikan duyung

Posted:

Tallahassee (Florida): Disebabkan taksub kepada ikan duyung, seorang lelaki Florida menghabiskan masa lebih satu setengah jam tiga kali seminggu untuk 'menukar' dirinya menjadi makhluk mitos itu.

Bagi Eric Ducharme, menjadi seperti ikan duyung memang menjadi impiannya sejak terpesona dengan keunikan makhluk berkenaan. Justeru, dalam kesempatan yang terluang, Ducharme akan menyarung 'ekor' khas dari kaki hingga ke pinggangnya untuk berenang serta menyelam.


Memiliki sijil sebagai penyelam, Ducharme, 22, boleh menahan nafas sehingga empat minit setiap selaman bagi membolehkan dia menikmati pengalaman sebagai ikan duyung.

Kata Ducharme, dia mengamalkan gaya hidup seperti ikan duyung dan ia adalah pilihannya sendiri.


"Saya adalah ikan duyung yang makan, bernafas dan tidur.


"Apabila memakai ekor, saya berasa seperti mengalami perubahan dan memasuki dunia berbeza sebaik saja memasuki air," katanya.

Foto

PELBAGAI gaya Ducharme sebagai ikan duyung.

Foto

DUCHARME berenang dengan memakai 'ekor' ikan duyung.

Foto

PELBAGAI gaya Ducharme sebagai ikan duyung.

Menurut Ducharme, dia mengambil masa yang sangat lama untuk memahami dirinya sendiri.


Katanya, apabila berada di dalam air, dia berasa seperti dibawa ke dunia lain. Sementara itu, teman lelaki Ducharme yang enggan dikenali berkata, dia mula diberitahu mengenai ketaksuban penyelam itu pada pertemuan pertama mereka lagi.

Katanya, dia sangat terkejut apabila dimaklumkan mengenainya oleh Ducharme. "Apabila kami berenang, kami membawa diri masing-masing dengan Ducharme bermain-main di kawasan sendiri.


"Ia adalah waktu untuk Ducharme melupakan seketika dunia sebenar," katanya. Sesekali, kata teman lelaki Ducharme, orang ramai juga kehairanan melihat aksi kekasihnya itu.


"Biasanya orang tertanya-tanya kerana sebelum ini ikan duyung yang mereka kenali adalah wanita," katanya. - The Sun

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/05

Pelajar ada masalah sedu setiap dua saat

Posted:

London: Januari lalu, seorang pelajar mengalami sedu yang dianggapnya biasa ketika dia dalam perjalanan ke sekolah.

Bagaimanapun, sejak itu hidup Emily Marsh mula berubah apabila sedu itu tidak berhenti sehingga kini, malah dia mengalaminya setiap dua saat.


Gejala itu, kata Emily, 13, turut berlaku walaupun ketika dia tidur. Pakar perubatan kebingungan untuk menjelaskan masalah yang dihadapi Emily dan belum menemui penyelesaian bagi mengatasinya. Seminggu sejak menyedari keanehan itu, kata Emily, dia menjalani beberapa ujian perubatan dan kesnya dirujuk kepada Hospital St Helier di Epsom, Surrey.

"Saya melalui beberapa siri imbasan, X-ray dada, pemeriksaan endoskopi, ujian pernafasan serta kajian gastrik," katanya. Doktor juga, kata Emily, memberinya pelbagai jenis ubat yang setakat ini belum menampakkan sebarang hasil. "Saya juga pernah mencuba kaedah rawatan hipnosis tetapi masih belum berhasil," katanya. Dia juga mencuba pelbagai jenis ubat-ubatan alternatif. Kata Emily, selain menyakitkan, gejala itu memang memenatkan apabila terpaksa tersedu dalam kekerapan yang tinggi.


Disebabkan masalah itu, Emily diberi perlepasan setiap tengah hari di sekolahnya untuk membolehkan dia berehat sebelum menyambung semula pembelajarannya. Sementara itu, ibu Emily, Cathy Barrett, 45, berkata dia rela mencuba apa saja kaedah perubatan asalkan anaknya kembali ke keadaan asal. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/05
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Advertorial: Toyol 'pelaris' 'Ghost Child'

Posted:

Pontianak, toyol, langsuir dan sebagainya begitu sinonim dengan masyarakat Melayu. Walaupun begitu, sebuah produksi Cina dari Singapura telah menggunakan salah satu makhluk halus di atas sebagai hasil karya terbaru mereka yang berunsur seram.

'Ghost Child' atau toyol, terbitan MM2 Entertainment, Clover Films dan Zhao Wei Films berkisar tentang sebuah keluarga yang mengalami perkara-perkara pelik yang berlaku di dalam rumah mereka setelah Choon lakonan Chen Han Wei berkahwin dengan wanita Indonesia, Na lakonan Carmen Soo yang dalam diam membela toyol.

Pada awalnya, hanya ibu Choon dan anaknya Kim (Jayley Woo) yang sering diganggu oleh makhluk halus tersebut. Bukan setakat menakut-nakutkan, sebaliknya toyol itu sering membantu Kim apabila dia dibuli oleh rakan sekolahnya.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila ibu Choon terjumpa alat permainan kanak-kanak di dalam rumah mereka. Marah dengan perkara itu, toyol tersebut telah mencederakan ibu Choon sehingga wanita itu menghidap strok. Kim yang semakin keliru, mula mencari tahu tentang makhluk halus yang tinggal di rumah mereka. Yakin dengan firasatnya, Kim menuduh Na membela toyol.


Menurut Gilbert Chan selaku pengarah filem ini, mereka mengambil masa 6 bulan untuk mengkaji tentang toyol dan makhluk halus sebelum menyiapkan skrip penuh. Filem yang mengadakan penggambaran di Singapura ini bakal berada di pawagam bermula 4 April ini.


Dalam filem ini menerangkan bahawa toyol merupakan sejenis makhluk halus yang hidup di dalam janin yang telah mati. Biasanya ia digunakan untuk aktiviti jenayah seperti mencuri, menipu dan sebagainya. Toyol mempunyai rasa cemburu yang sangat kuat dan ia ingin sering dimanja dan dijaga.

Secara keseluruhan, filem seram ini menampilkan lebih banyak drama berbanding perkara-perkara yang menakutkan. Namun, sedikit sebanyak ia menunjukkan siapa toyol sebenarnya. Mungkin hal itu dijelaskan dalam filem ini kerana penonton sasaran Ghost Child tidak begitu tahu tentang makhluk halus ini.

Kini, anda boleh memenangi sepasang tiket untuk menonton wayang 'Ghost Child' dengan menjawab dengan tepat dan cepat soalan di bawah. Emelkan jawapan anda ke peraduanghostchild@gmail.com. 150 pemenang dicari. Tarikh tutup peraduan 10 April 2013.

Facebook: https://www.facebook.com/GhostChildTheMovie?fref=ts

SOALAN: Siapakah yang membela toyol?

Terma & Syarat:

1. Tarikh tutup peraduan 10 April 2013.

2. Emelkan jawapan ke peraduanghostchild@gmail.com

3. Kesemua penyertaan harus diemelkan sebelum 12 tengah malam, 10 April.

4. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan.

5. Para pemenang akan dimaklumkan pada 11 April melalui: http://bit.ly/Z56cUj

6. Hadiah yang tidak dituntut pada tempoh yang ditetapkan akan dibatal secara automatik tanpa pemberitahuan kepada pemenang.

7. Peserta yang berusia 18 tahun ke bawah hendaklah mendapatkan kebenaran ibubapa atau penjaga sebelum menyertai peraduan ini.

8. Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

9. Pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah yang ditawarkan pada bila-bila masa di sepanjang tempoh peraduan sekiranya perlu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/05

Capai sasaran MIG

Posted:

Dalam mempromosikan filem Dua Kalimah yang mula ditayangkan semalam, Metrowealth Pictures (MIG), Ahad lalu mengadakan sesi tayangan percuma filem berkenaan di Kedah dan Pulau Pinang.

Percaturan itu berjaya mencapai matlamat apabila lebih 100 peminat bertuah menjadi penonton awal filem arahan pengarah muda Eyra Rahman bergenre romantik Islamik ini.

Kehadiran pelakon utamanya seperti Shaheizy Sam dan Yana Samsudin serta bakat baru seperti Shima Anuar dan Mikael Andre berjaya mencuri tumpuan peminat.

Turut hadir dalam sesi tayangan di Sungai Petani dan Seberang Jaya itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif MIG David Teo.


Pujian juga harus diberikan kepada Sam yang baru memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 (AIFFA 2013) di Kuching, Sarawak pada malam sebelumnya sanggup bergegas ke Pulau Pinang semata-mata untuk menjayakan promosi berkenaan.


Biarpun tanpa kehadiran pelakon utama lain iaitu Nora Danish serta Wan Hanafi Su, Kartina Aziz dan Rashidah Jaafar, majlis promosi filem dengan kos RM1.65 juta itu tetap meriah.

David ketika ditemui berkata, tujuan untuk mengadakan tayangan istimewa itu adalah sebagai satu rangka promosi awal sebelum menanti tayangan di pawagam.

Beliau berkata, pihaknya melakukan kelainan dengan memilih dua lokasi itu kerana sebelum ini mereka kerap melakukannya di Kuala Lumpur selain memberi peluang kepada peminat di luar ibu kota beramah mesra dengan pelakonnya.

Katanya, melihat sambutan baik yang diterima, tidak mustahil MIG dapat mengadakannya setiap bulan sebagai salah satu aktiviti dan program bulanan MIG mempromosikan filem-filem terbaru buat peminat di seluruh negara.

"Selepas Dua Kalimah, filem-filem MIG yang bakal menemui penonton ialah 99 Kali Rindu, Bro, Nampak Motor Gua, Satu Lawan Satu, Lagenda Budak Hostel, Adnan Sempit 3, Longkai, Bercinta dan Paku Pontianak," katanya.

Dalam pada itu, Sam mengharapkan peminat menonton sendiri filem terbarunya ini kerana watak yang dibawakan berbeza iaitu sebagai pemuda berakhlak baik.

Yana yang membawakan watak Umairah, seorang ustazah pula menyifatkan ia sebagai satu kepelbagaian watak lakonannya. Dia yang mahu menjadi pelakon serba boleh mengharapkan peminat menyukai lakonannya kali ini.

"Selepas Dua Kalimah, saya akan tampil dengan filem terbaru, Adnan Sempit 3 tidak lama lagi dan paling penting peminat sentiasa memberi sokongan moral," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/05
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Korban rindu keluarga

Posted:

SEPANG: "Setiap hari memang teringatkan anak dan isteri, tapi kerana kedaulatan negara, saya korbankan perasaan itu," kata Azizi Azman, 31, seorang daripada anggota dan pegawai PDRM yang bertugas dalam Op Daulat.

Azizi yang bertugas di Cawangan Jenayah Berat Kontinjen Kota Bharu, Kelantan berkata, bagi menghilangkan rasa rindu terhadap isterinya, Nurhafizah Ismail, 31, dan dua anaknya, dia akan menghubungi mereka sekiranya berkesempatan berbuat demikian.

"Memang saya ada teringatkan mereka, tapi terpaksa korbankan perasaan itu. Lebih-lebih lagi ketika melakukan pemeriksaan di Kampung Air di Semporna, Sabah untuk mengesan saki-baki pengganas Sulu yang bersembunyi di kawasan itu.

"Kami tidak tahu risiko dan bahaya yang bakal dihadapi sepanjang melakukan pemeriksaan di kampung berkenaan. Namun, saya bersyukur kerana tiada sebarang kejadian buruk berlaku ke atas kami," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, malam tadi.


Azizi seorang daripada 139 anggota dan pegawai Cawangan Siasatan Jenayah, PDRM selamat tiba di KLIA jam 9.40 malam tadi dari Tawau, Sabah selepas menyertai Ops Daulat.


Semua anggota dan pegawai terbabit kemudiannya dibawa menaiki bas dan van untuk menghadiri majlis sambutan ketibaan wira Ops Daulat di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Poh Eng San, 46, yang bertugas di Cawangan Jenayah Berat Kontinjen Kedah berkata, dia gembira dapat kembali ke semenanjung serta menyifatkan pengalaman bertugas dalam Op Daulat adalah pengalaman yang sukar dilupakan.

"Sepanjang di sana, kami melakukan tugasan dengan semangat juang yang tinggi bagi memastikan kedaulatan negara dapat dikekalkan.

"Kami juga mahu mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sentiasa menyokong dan mendoakan keselamatan kami sepanjang menyertai misi ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/05

'Kita ada kejutan'

Posted:

Oleh Hairulazim Mahmud, Syah Rul Aswari Abdullah, Elrafaei Sapi, Maiamalina Mohamed Amin, Intan Mas Ayu Shahimi, Yusliza Yakimir Abd Talib, Kalidevi Mogan Kumarappa, Yusmizal Dolah Aling, Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor, Fazurawati Che Lah dan Izlaily Nurul Ain Hussein

Kuala Lumpur: "Ada perubahan besar dan mengejutkan." Demikian tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak mengenai senarai calon parti itu yang bakal dipertaruhkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menurutnya, elemen kejutan itu amat penting bagi BN untuk berdepan pembangkang, malah satu pelan tindakan terbaik sudah dirangka sebelum diumumkan peringkat demi peringkat mengikut tempoh masa sesuai.

Najib berkata, sebagai permulaan, manifesto BN dilancarkan di Stadium Tertutup Bukit Jalil, di sini, esok yang turut menjadi dokumen aku janji BN kepada rakyat untuk terus komited melakukan pembaharuan dan perubahan menerusi mandat diberikan.

"Kita nak adakan satu...satu (peringkat demi peringkat). Kalau saya cerita semua, tak ada lah 'surprise' (kejutan) nanti. Sangat penting kepada kita mempunyai elemen kejutan," katanya disambut sorakan pimpinan tertinggi BN termasuk timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Foto

NAJIB berbincang dengan Muhyiddin ketika mesyuarat MT, semalam.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, diikuti mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/05
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


'Ketiadaan TMJ, kerugian PBNJ'

Posted:

Kuantan: Tindakan drastik Tunku Ismail Sultan Ibrahim melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dilihat sebagai kerugian besar buat sukan nombor satu negara, terutama di negeri itu.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah yang terkejut dan dukacita dengan keputusan itu, berharap Tunku Ismail menimbang semula keputusan melepaskan jawatannya itu.


"Saya sangat menyokongnya menyertai bola sepak dan berasa dukacita apabila dimaklumkan mengenai peletakan jawatan TMJ (Tengku Mahkota Johor), saya harap beliau menimbang semula keputusannya itu.

"Bagi saya, mereka (PBNJ) amat memerlukan beliau, kita tengok sejak TMJ menjadi Presiden, bilangan peminat bola sepak Johor di stadium amat menggalakkan, ini apa yang saya lihat sendiri melalui media," katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), kelmarin.


Ditanya berhubung keputusan Tunku Ismail meletak jawatan kerana sukar mentadbir PBNJ yang terikat dengan undang-undang dan peraturan FAM, beliau berkata, tiada siapa terkecuali daripada dikenakan hukuman jika mereka disabitkan kesalahan.


"Tiada siapa boleh lari daripada undang-undang dan perlu patuh serta terima hukuman jika bersalah, kerana tiada siapapun mengatasi undang-undang di Malaysia ini.

Foto

Sultan Ahmad Shah

"Bila kita sanggup berkhidmat dalam apa jua jawatan, kita tertakluk kepada undang-undang yang perlu dipatuhi dan perlu ikut dan terima hukuman jika melakukan kesalahan.


"Tiada siapa tidak melakukan kesilapan, kita sebagai manusia mesti terima ini semua. Jika saya melakukan sesuatu yang salah, saya akan berdepan dengannya kerana ia sebahagian daripada kehidupan." Sementara itu, beliau turut bercadang bertemu Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara terbabit.

"Saya baru saja bersama Tuanku Sultan Johor pergi ke Langkawi, Kedah. Mungkin dalam masa terdekat saya akan bertemu beliau lagi untuk bertanya 'khabar'."

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/05

'Rookie' tekad cabar kejuaraan

Posted:

Kuala Lumpur: Usianya masih remaja tetapi komitmen dan sikap mahu belajar membuatkan pelumba berpengalaman sentiasa waspada dengan kehadirannya di litar lumba.

Itu gambaran diberikan terhadap Mohd Fithri Ashraf Razali, pelumba muda kategori CP130 pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing.


Pelumba 'rookie' yang mewakili pasukan kendalian Soong Chee Kieong itu sedia mencabar tiga pelumba lebih berpengalaman seperti Azlan Shah Kamaruzaman, Norizman Ismail dan Md Affendi Ismail.

Menjelang saingan pusingan pertama Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Batu Kawan, Pulau Pinang, bermula esok, Ashraf, 17, tekad memperbaiki kedudukan dengan berada dalam kelompok terbaik CP130.


"Ini musim kedua saya bersama pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing, antara pasukan Cub Prix yang memiliki tradisi dan rekod perlumbaan cemerlang.


"Semangat diberikan pelumba senior yang memberikan bimbingan taktikal serta pengetahuan pelarasan enjin membuatkan saya bersedia memikul tanggungjawab besar itu. "Saya sedar podium hanya menyediakan tiga tempat dan rasa berbaloi mendapatkan keyakinan selain bersaing secara positif bersama mereka yang berpengalaman dalam pasukan ini," katanya.

Musim lalu, Fithri mempamer aksi mantap apabila menaiki podium lima kali. Dia menamatkan saingan di tempat kedua di Banting dan dua kali tempat ketiga di Teluk Intan dan Sepang pada saingan Cub Prix. Pelumba muda itu menang perlumbaan Asia di Qatar dan tempat kedua di Taiwan pada Piala Impian Asia (Asia Dream Cup). Tahun lalu, Ashraf menduduki tangga tujuh keseluruhan kategori CP130 dan satu-satunya pelumba muda berada dalam kedudukan 10 Terbaik pada musim pertama menyertai pasukan itu.


"Sungguh seronok berada dalam pasukan ini, apatah lagi dapat bergandingan dengan mereka bertiga (Azlan Shah, Norizman dan Affendi) yang pernah muncul juara kategori Expert, Underbone, CP130, Cub Prix dan Kejuaraan Motosikal Asia.

"Berbekalkan rakan sepasukan yang sentiasa positif serta pengurus dan mekanik yang tahu bagaimana untuk menangani jentera, situasi seperti itu menambahkan keyakinan kepada seseorang pelumba sebelum berlepas dari petak permulaan.


"Saya harapkan permulaan baik di Batu Kawan kerana tidak mahu tercicir mata hingga terpaksa bergelut pada pertengahan musim yang belum tentu dapat menjamin mata konsisten hingga akhir musim. "Lima pusingan pertama penting untuk mencorak 'mood' serta gambaran kedudukan pasukan dan pelumba untuk keseluruhan musim 2013."

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/05
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved