Sabtu, 25 Jun 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


'Pesawat papa terhuyung-hayang'

Posted: 24 Jun 2011 11:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Mama nampak pesawat papa terhuyung-hayang sebelum terhempas," kata Nur Ilyani Zakaria, 29, anak kedua Allahyarham Kolonel (B) Zakaria Salleh, 57, yang terkorban dalam nahas pesawat di Padang, Sumatera, Indonesia, kelmarin.

Nur Ilyani yang juga anak kedua daripada lima beradik itu berkata, arwah bersama ibunya pergi ke Padang dari Melaka kira-kira jam 2 petang kelmarin.


"Sebaik mama melihat keadaan pesawat yang dipandu papa itu, dalam hati mama terdetik akan kejadian itu kerana mama sering mendengar cerita daripada rakan mengenai keadaan pesawat sebelum terhempas.

"Mama sangat terkejut dengan kejadian itu. Selepas terhempas saya difahamkan papa diberi bantuan kecemasan dan dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia," katanya ketika ditemui di Surau Nur As-Sobirin, Bandar Tasik Puteri, Rawang, di sini.


Nur Ilyani yang juga seorang setiausaha berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa bapanya selepas mendapat panggilan daripada ibunya pada hari kejadian.


Sementara itu, anak ketiga Allahyarham, Hafedz, 27, berkata walaupun masih terkejut, mereka sekeluarga reda dengan pemergian arwah yang disifatkan sebagai seorang bapa penyayang dan sering memberi semangat kepada kelima-lima anaknya.

Beliau yang bekerja di Kedah memberitahu kali terakhir bertemu bapanya pada minggu lalu ketika sambutan Hari Bapa.


"Papa ajak kami sekeluarga makan bersama-sama di The Curve, Damansara. Pada hari itu papa gembira sangat, tetapi sedikit keletihan.

"Papa juga tidak pernah memaksa kami jadi juruterbang dan menyokong apa saja cita-cita kami. Abang saya yang sulung seorang juruterbang. Saya akan mengambil lesen juruterbang dalam masa terdekat," katanya.


Hafedz berkata, bapanya amat meminati dunia penerbangan dan dalam perancangan membangunkan akademi penerbangan di Rawang.


Allahyarham selamat dikebumikan selepas solat Isyak, malam tadi di tanah perkuburan Bandar Tasik Puteri dan meninggalkan seorang balu, Leila Zurina Ahmad Nordin, 50 serta lima anak Muhammad Yamen, 30, Nur Ilyani, 29, Hafedz, 27, Eizat Hakim, 25, dan Farish, 17.


Kejadian berlaku apabila pesawat ringan jenis Cristian Eagle yang dipandu arwah dalam pertunjukan aerobatik di Minang Aerosport 2011 jatuh di tanah lapang Kompleks Perundam III Tunggul Hitam, Padang, kira-kira jam 5.24 petang waktu tempatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rumah tak siap, pembeli muflis

Posted: 24 Jun 2011 11:31 AM PDT

KLANG: "Kami nak rumah yang dijanjikan...jangan tahu minta duit kami saja, tetapi pembinaan tak dijalankan." Itu rayuan 16 pembeli rumah berkembar satu tingkat di Jalan Kopi, Meru, di sini, yang terbengkalai sejak sekian lama.

Difahamkan, projek perumahan itu mula dibuka untuk jualan sejak 2003 dan hanya terdapat 24 unit yang dijual, namun sehingga kini terbengkalai dan tiada tanda-tanda bakal siap dalam masa terdekat.


Berikutan usaha sebelum ini tiada penyelesaian, pembeli rumah berkenaan sepakat mengadu permasalahan mereka di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shah Alam, semalam. Bahrin Yunos, 42, berkata syarikat pemaju seolah-olah lepas tangan terhadap projek perumahan yang terlalu lama terbengkalai dan tidak memberi respons menyenangkan kepada pembeli yang masih menunggu keputusan status rumah mereka.

Lebih malang, selepas dia dan rakan pembeli lain merujuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan kerajaan negeri, mereka mendapati pemaju yang mengendali projek perumahan itu tidak berlesen.


"Saya sudah cuba banyak kali menghubungi pemaju, tetapi tidak pernah mendapat jawapan positif, malah diberi janji palsu berulang kali," katanya.


Ada di kalangan pembeli rumah itu diisytihar muflis akibat gagal menjelaskan hutang mencecah hampir RM300,000 walaupun sudah memberi penjelasan kepada pihak bank bahawa projek perumahan terbabit terbengkalai.

"Pihak bank sudah membuat bayaran sehingga 95 peratus kepada pemaju, tetapi jika dilihat kepada proses pembinaan kurang daripada 70 peratus bahagian yang siap dibina. Sampai bila lagi kami perlu tunggu?," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


13 tahun tahan gelora

Posted: 24 Jun 2011 11:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bukan saja diabaikan sebagai isteri, malah wanita ini ibarat digantung tanpa tali oleh suaminya sejak 13 tahun dulu gara-gara disihir dan 'diikat' seorang wanita lain.

Sejak itu juga, Zaimah, 53, sering tertekan dan terpaksa menguruskan segala keperluan rumah dan menjaga tujuh anaknya seorang diri. Malah, suaminya juga tidak mempedulikan keluarganya selain mengabaikan nafkah zahir dan batin.

Menurut Zaimah, ketika mula berkahwin dengan suaminya 33 tahun dulu, lelaki itu seorang yang penyayang walaupun panas baran.

Perubahan sikap suaminya dipercayai berpunca daripada perbuatan seorang wanita yang menjalin hubungan dengan suaminya menggunakan ilmu sihir bagi 'mengikat' nafsu suaminya.


"Sudah 13 tahun saya tidak dilayan seperti isteri. Macam-macam alasan diberi suami. Ketika berada di rumah, dia sering mengabaikan tanggungjawabnya dan tidak mahu bersama saya kerana alasan kononnya dia mati pucuk.


"Alasan itu tidak munasabah. Selepas beberapa bulan saya diberitahu mengenai masalah itu, dia pernah kembali bersama saya dan tiada sebarang perubahan pada nafsu seksnya.

"Saya yakin nafsunya diikat wanita itu selepas beberapa pengamal perubatan yang saya temui memberikan jawapan sama," katanya.

Bukan setakat itu, suaminya juga dipercayai berkahwin dengan wanita terbabit di negara jiran tanpa pengetahuannya.

"Seorang rakan memberitahu dia terserempak suami saya yang ketika itu membawa seorang wanita dan seorang anak kecil yang diperkenalkan sebagai keluarga barunya.

"Hati isteri mana tidak terguris selepas mengetahui suaminya berkahwin tanpa pengetahuannya. Bagaimanapun, selepas didesak pelbagai soalan dia masih mengunci mulut dan tidak mengaku sudah berkahwin.

"Saya tidak kisah jika dia mahu bermadu, tetapi jangan sampai melupakan tanggungjawab sebagai seorang suami. Ini tidak, sudahlah nafkah batin tidak diberi, dia turut melupakan nafkah zahir.

"Akhirnya, saya terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan demi menanggung keperluan seharian sambil membesarkan anak," katanya.

Menurut Zaimah, pengamal perubatan yang ditemui memberitahu suaminya disihir seseorang sehingga menjadikannya lupa kepada isteri, keluarga dan anak.

"Saya diberitahu suami mungkin diberi makanan seperti nasi kangkang dan kotoran wanita (haid) oleh perempuan itu. Sebab itu dia lupa tanggungjawabnya dan kini terikat dengan wanita tidak berhati perut terbabit.

"Saya sedih. Jika benar wanita itu ingin memiliki suami saya, biar dengan cara betul. Jangan menyeksa saya dan keluarga dengan 'mainan' kotor.

"Begitupun, kini saya reda dengan ketentuan Ilahi. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Adil. Saya yakin, dia (wanita) tidak akan bahagia dengan caranya. Saya bertekad tidak memaafkan mereka," katanya.

Lebih malang, sejak bertahun hidup terseksa kerana ditinggalkan suami, Zaimah kini diceraikan ketika cuba meminta penjelasan mengenai perubahan sikap suaminya itu yang jarang pulang ke rumah.

"Sejak 13 tahun dulu, dia jarang pulang ke rumah. Kebiasaannya, dia akan balik rumah seminggu sekali. Begitupun, dia hanya pulang dua minggu sekali dan kemudian sebulan sekali.

"Kini, saya langsung tidak berjumpanya. Anak-anak juga mengalami nasib sama apabila tidak berjumpa ayah mereka. Kami seakan-akan sudah tawar hati. Selepas berjumpa puluhan pengamal perubatan, ustaz dan bomoh, sihir itu masih tidak terlerai dan sikapnya masih sama.

"Pernah sekali saya bertanya mengenai masalah ini dengannya, namun dia naik angin dan melafazkan cerai kepada saya menerusi SMS pada Mei lalu.

"Tidak cukup dengan itu, dia menelefon serta memaki-hamun saya sebelum melafazkan cerai buat kali kedua. Saya yakin suami berada di bawah pengaruh wanita itu dan saya tidak akan sesekali memaafkannya," katanya.

Bertahun-tahun hidup merana, Zaimah sudah membawa perkara ini ke mahkamah syariah berikutan suaminya sudah melafazkan cerai selain tidak sanggup menerima pelbagai tekanan.

"Sudah berkali-kali kes kami disebut di mahkamah, tetapi suami tetap tidak muncul ketika prosiding. Begitupun, jika dia tidak muncul untuk kali terakhir, saya akan mendapatkan tuntutan fasakh daripada mahkamah.

"Selain itu, saya akan menyiasat sama ada benar dia sudah berkahwin dengan wanita terbabit ataupun hanya bersekedudukan dengannya. Selepas itu, saya akan mengambil tindakan selanjutnya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Luar jangkaan

Posted: 24 Jun 2011 11:06 AM PDT

SHAH ALAM: Tanpa dijangka kumpulan Sepah dianggotai Mohd Noor Murad, Shahmira Muhammad dan Mohd Nazdri Zainal Abidin, muncul juara pertandingan akhir Maharaja Lawak berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam di sini, malam tadi.

Lebih manis apabila kemenangan itu diumumkan di hadapan hampir 5,000 penonton setia rancangan itu, termasuk ahli keluarga dan kelab peminat pelawak popular itu yang membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam.


Sebelum ini kumpulan lebih popular iaitu Jozan dan juga Jambu dilihat lebih menonjol dan disebut-sebut akan menjuarai Maharaja Lawak yang pertama kali diadakan menghimpunkan pemenang dan pelawak popular yang bakat mereka dicungkil dari rancangan Raja Lawak terbitan Astro.

Peringkat awal sewaktu pengumuman undian SMS penonton setia, mewakili 50 peratus permarkahan menunjukkan Jozan mempunyai kelebihan apabila mendahului dengan 34 peratus sementara kumpulan Sepah berada di tangga kedua dengan 28 peratus diikuti Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil (25 peratus) dan Jambu hanya memperoleh 13 peratus.


Persembahan ditampilkan Sepah sewaktu pusingan pertama dengan tema bebas dan kedua, muzikal berjaya mencuit hati penonton bukan saja di dalam stadium tetapi juga di rumah.


"Kemenangan ini sememangnya tidak dijangka. Terima kasih kami ucapkan kepada juri dan penonton yang memberikan sokongan padu sepanjang 13 minggu pembabitan kami dalam pertandingan ini," kata Shuib mewakili anggota Sepah yang lain sebaik diumumkan juara.

Dia menyifatkan kemenangan kumpulan Sepah adalah rezeki anak yang bakal ditimang tidak lama lagi ini kerana isterinya juga penyanyi Siti Sarah sedang mengandung anak sulung.


Sepah menewaskan Jozan dianggotai Johan dan Zizan, Nabil dan kumpulan Jambu dianggotai Yusry Edoo (Yus) dan Zamaratul Amri Zakaria (Taukeh).

Kemenangan diputuskan juri tetap rancangan itu iaitu pengarah filem, Mamat Khalid, Ahmad Idham dan pelawak, Saiful Apek mewakili 50 peratus markah dan selebihnya SMS daripada penonton setia membolehkan Sepah membawa pulang wang tunai RM350,000 beserta piala iringan, Jozan naib juara dan menerima hadiah wang tunai RM 250,000, sementara tempat ketiga dimenangi Nabil menerima wang tunai RM150,000.


Sementara Jambu, keempat menerima RM50,000.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Dapat kepercayaan Spielberg

Posted: 24 Jun 2011 09:03 AM PDT

MERAIH peluang pertama kali berlakon filem sudah pasti menimbulkan perasaan yang begitu teruja.

Lebih membanggakan lagi apabila tawaran itu adalah watak utama untuk filem 'blockbuster' yang menampilkan gandingan pengarah dan bintang terkenal.

Pengalaman cukup berharga ini dilalui aktres baru, Rosie Huntington-Whiteley yang dilamar pengarah handalan Michael Bay membintangi filem sekuel terbaru, Transformers: Dark Of the Moon.

Filem sains fiksyen adaptasi komik dan program kartun TV yang cukup popular ini sudah bersedia untuk kembali menemui peminat di seluruh dunia pada 29 Jun ini.


Ia dikatakan akan mencipta satu lagi fenomena luar biasa terhadap sambutan penonton di panggung.


Filem paling ditunggu-tunggu ini akan mula ditayangkan di Malaysia serentak dengan pembukaan di Amerika Syarikat pada tarikh berkenaan.

Ia turut diterbitkan dalam versi tiga dimensi (3D) yang memberi pengalaman berbeza dari aspek paparan visual yang lebih realistik serta mengagumkan.

Di sebalik aksi dua kumpulan, Autobots dan Decepticons kembali bertempur dalam dunia manusia, gandingan Rosie bersama aktor asal, Shia LaBeouf sebagai pelakon utama pasti akan mencuri tumpuan.

Nyata, kemunculan dan pemilihan Rosie awalnya menimbul persoalan ramai di kalangan peminat dan penonton. Apakah Rosie sudah 'caras' (menewaskan) aktres Megan Fox yang sebelum ini menjual seksinya dalam filem itu?

Kehadiran pelakon berusia 24 tahun yang lebih dikenali menerusi bidang peragaan ini memang mencetuskan kontroversi apabila wataknya menggantikan Megan yang sebelum ini digugurkan.

Megan sebelum ini beraksi untuk Transformers (2007) dan Transformers: Revenge Of the Fallen (2009), disingkir Bay sendiri selepas dia bersikap celupar ketika memberi komen mengenai kerja hasil pengarahan Bay.

Menurut laporan media antarabangsa, Megan menyamakan Bay seperti pemimpin tentera Nazi, Adolf Hitler ketika berada di set penggambaran dan berlakon bersamanya umpama mimpi ngeri.

Dalam lantang bersuara, Megan masih tetap memberi komen mengatakan dia sukakan personaliti pengarah popular itu kerana menganggap Bay seorang yang begitu pelik.

Menjawab komen Megan itu, Bay sebaliknya menyatakan dia tidak terguris mahupun terkejut.

Katanya, dia lebih mengenali Megan yang suka memberikan kenyataan walaupun dengan cara yang salah.

Dalam satu kenyataan lain, Bay dikatakan memecat Megan selepas dibandingkan dengan Hitler. Tindakannya itu dipersetujui Produser Eksekutif, Steven Spielberg sendiri.

Bagi Rosie, pengalaman membintangi filem ini menjadi transisi perubahan kehidupannya dari bidang peragaan kepada lakonan.

Menariknya, dia berpeluang menghabiskan masa selama tujuh bulan bersama anggota tentera laut ketika penggambaran dijalankan pada pertengahan tahun lalu di sekitar Los Angeles, Chicago, Detroit dan Florida.

"Saya seorang yang senang berperasaan gemuruh. Awalnya saya sendiri tidak pasti sama ada saya mampu menggalas tanggungjawab besar seperti ini. Namun saya percaya berlakon filem ini adalah peluang terhebat seumur hidup.

"Bagi saya, LaBeouf seorang pelakon yang hebat. Dia memberitahu saya, bekerja selama 17 jam boleh mengubah kehidupan manusia sepertinya.

"Dia menjelaskan pengalaman yang ditimba bukan hanya semata menjadi bintang popular. Jadual penggambaran begitu padat dan pelakon terdedah dengan suasana panas, kotor dan berbau sama seperti berada di kawasan perkhemahan," katanya.

Sangka dapat watak kecil

MENGENAI kontroversi membabitkan Megan, Rosie menyebelahi pendirian Bay dan menolak tanggapan berasa kurang selesa ketika menjalani penggambaran.

"Kami seronok ketika menjalani penggambaran ini bersama. Kalau saya berasa tidak selesa, saya lebih senang memberitahunya dan dia selalu menghormati pandangan terbuka seperti itu," katanya membawa watak Carly Miller, kekasih Sam Witwicky lakonan LaBeouf.

Menjadi tumpuan ramai peminat selepas bergelar pelakon, Rosie tidak mahu kontroversi Megan menjejas perjalanan karier seninya yang baru bermula.

Berkongsi pengalaman ketika hadir uji bakat filem ini, Rosie menyatakan dia menyangka hanya diberi watak kecil sebaliknya terus ditawarkan watak utama menggantikan Megan!

"Membandingkan saya dengan Megan hanya mewujudkan kebimbangan kecil pada diri sendiri. Apapun, tanggapan ini tetap akan berlaku, tetapi ia tidak mengganggu saya sebenarnya.

"Saya tahu lakonan sendiri masih belum memuaskan. Malah, saya tidak menyangka dapat watak utama ini dan tidak tahu apa yang dilakukan.

"Sebelum ini, saya tidak pernah berlakon mahupun hadir sebarang uji bakat kerana berasa tidak selesa dengan situasi itu," katanya.

Rosie berkata, dia menerima panggilan telefon dua hari selepas hadir uji bakat menyatakan dia ditawarkan watak utama di samping LaBeouf.

Seminggu selepas itu Bay menghubungi Rosie hadir untuk berlakon. Mahu memberi fokus pada kerjaya, Rosie tidak mahu bercerita mengenai kehidupan peribadi.

Terbabit menjadi model pakaian dalam dan produk kecantikan sejak 2006, Rosie juga menjaga penampilan diri dalam filem sulungnya ini.

Katanya, dia gemar menggelapkan kulit sebelum mula berlakon dalam filem ini.

Sepanjang berlakon Transformers: Dark Of the Moon, Rosie akui dia berdepan situasi rindu pulang berjumpa keluarga.

"Saya tidak berpeluang berjumpa mereka selama setahun. Perkara pertama selepas habis penggambaran filem ini, saya terus balik ke rumah," katanya.

Bagi Bay, dia mengakui bukanlah peminat Transformers ketika membesar, tetapi berusaha menggalas tanggungjawab diberikan Spielberg agar menjadikan filem ini sebagai karya menarik untuk ditonton.

"Ketika menghasilkan sekuel kedua, saya bersama penulis skrip melakukan perbincangan selama empat bulan," katanya.

Bay, 45, berpengalaman mengarah pelbagai filem besar seperti Bad Boys (1995) dan Armageddon (1998). Dia melihat kritikan terhadap sekuel kedua lalu memberi cabaran padanya untuk mengarahkan sekuel ketiga bagi Transformers.

Filem kali ini turut menampilkan aktor Hugo Weaving yang pernah popular watak Ejen Smith menerusi The Matrix. Dia diberi kepercayaan menyumbang suara watak Megatron. Anda sudah bersedia untuk melihat perang robot seterusnya? Kita tunggu Transformers: Dark of the Moon mulai 29 Jun ini.

>PROFIL
NAMA PENUH: Rosie Huntington-Whiteley
TARIKH LAHIR: 18 April 1987
USIA: 24 tahun
ASAL: Plymouth, Devon, England
KERJAYA: Model, pelakon
STATUS: Bujang
FILEM: Transformers: Dark Of the Moon

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Karnival amal bantu OKU

Posted: 24 Jun 2011 08:44 AM PDT

PEKA dan prihatin terhadap golongan orang kelainan upaya (OKU), Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita) tampil mengambil inisiatif menganjurkan Karnival Amal Silaturrahim 1Malaysia 1Hati pada Julai ini.

Karnival dua hari berturut-turut itu dimulakan dengan Karnival Memancing 1Malaysia 1Hati pada 2 Julai di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur dari jam 7.30 pagi hingga 11.30 malam. Pelbagai acara serta aktiviti menarik dan persembahan artis diadakan.


Antara artis popular tanah air yang akan muncul di karnival ini nanti ialah Eira Syazira, Azad Jazmin, Fazli Zainal, Azrul Raja Lawak dan Roslan Shah. Malah, beberapa acara disediakan seperti senamrobik, poco-poco, pertandingan mewarna kanak-kanak dan karaoke.

Turut dibuka gerai jualan kepada orang ramai. Bahkan, hadiah lumayan menanti kaki pancing yang menang iaitu RM7,000, hamper serta piala untuk tempat pertama, RM5,000, hamper (tempat kedua), RM3,000, hamper (tempat ketiga) dan 30 hadiah sagu hati.


Pengarah Projek, Che Ruhani Che Hassan, berkata pertandingan memancing itu akan diadili pengadil dilantik khas dan bagi orang ramai yang berminat menyertai, yuran RM60 dikenakan. Katanya, bagi pertandingan karaoke untuk peserta berumur 17 tahun ke atas, yuran penyertaan RM35.


"Hadiah menarik untuk juara karaoke ialah RM1,000, sijil serta piala. Manakala, tempat kedua menerima RM500, sijil, piala, ketiga pula RM300, sijil, piala dan tempat keempat hingga ke-10 mendapat sagu hati. Tidak terkecuali untuk hiburan, persembahan badut.

"Bagi Majlis Makan Malam Amal 1Malaysia 1Hati pula akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 3 Julai, jam 8.30 malam yang menampilkan artis seperti Datuk DJ Dave, Jamal Abdillah, Eira Syazira, Azad Jazmin, Roslan Shah, Asha Fayed, Online dan Syazwan," katanya pada sidang media baru-baru ini.


Che Ruhani berkata majlis makan malam amal itu turut menggandingkan Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) dan Faizal Ismail (FBI) sebagai pengacara. Ujarnya, sebanyak 87 meja disasarkan untuk tempahan dengan harga antara RM20,000 dan RM2,500. Selain itu, bagi yang ingin menempah kerusi saja harga antara RM500 hingga RM250.

Ditanya mengenai objektif penganjuran Karnival Amal Silaturrahim 1Malaysia 1Hati itu, Che Ruhani menjelaskan Usahanita sekadar berusaha mengumpul dana daripada syarikat korporat dan individu perseorangan untuk diserahkan ke rumah anak yatim dan OKU.


"Jujur, saya maklumkan 100 peratus hasil kutipan dana yang dikumpulkan itu akan disalurkan sepenuhnya ke rumah kebajikan seperti Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur di Rawang (Selangor), Pertubuhan Kebajikan Anak-Anakku Sayang (Seremban), Rumah Anak Yatim Bukit Beruntung (Selangor) dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Istimewa Hulu Langat (Selangor)," katanya.


Berbicara mengenai Usahanita, Che Ruhani berkata ia sudah ditubuhkan sejak 27 tahun lalu dan hingga kini memperoleh ahli seramai 22,000 ahli. Namun, sukar untuk mengharapkan bantuan ahli kerana rata-rata mereka adalah peniaga industri kecil dan sederhana (IKS).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Wanita mati selepas tersedar di majlis pengebumian sendiri

Posted: 24 Jun 2011 09:35 AM PDT

KAZAN (Russia): Seorang wanita mati akibat serangan sakit jantung berpunca daripada kejutan besar dialami apabila tersedar di majlis pengkebumian yang diadakan untuknya.

Fagilyu Mukhametzyanov bagaimanapun tersedar ketika anggota keluarganya menangis di sekitar kerandanya yang terbuka.


Wanita berusia 49 tahun itu menjerit apabila menyedari mereka bersiap sedia untuk mengebumikannya.

Dia dikejarkan ke hospital. Doktor kemudian mengisytiharkan dia mati akibat sakit jantung.


Suaminya, Fagili, 51, berkata: "Matanya berkedip-kedip dan kami serta-merta menghantarnya ke hospital.


"Bagaimanapun, dia hanya hidup untuk 12 minit lagi sebelum mati semula. Kali ini, dia pergi selama-lamanya." Fagili berhasrat menyaman hospital berkenaan.

"Saya sungguh marah dan mahukan jawapan. Isteri saya ketika kali pertama dibawa ke hospital tidak mati tetapi mereka berkata dia mati.


Mereka sepatutnya boleh menyelamatkannya," kata Fagili.

Jurucakap hospital berkata: "Kami sudah memulakan siasatan." - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lindsay Lohan diharam berparti

Posted: 24 Jun 2011 09:32 AM PDT

LOS ANGELES: Pelakon, Lindsay Lohan (gambar) semalam diharamkan daripada berparti ketika menjalani tahanan rumah.

Bagaimanapun, dia terlepas daripada hukuman penjara walaupun disahkan positif dalam satun ujian alkohol.


Seorang hakim berkata, Lindsay yang menjalani tahanan rumah sebagai sebahagian daripada persetujuan berhubung merayu dalam satu kes mencuri barang kemas, tidak melanggar syarat yang telah ditetapkan.

Hakim Stephanie Sautner berkata, Lindsay sepatutnya lebih bijak ketika membuat keputusan untuk mengadakan barbeku di bumbung rumahnya.


"Anda tidak bersalah dalam tuduhan melanggar syarat percubaan. Anda bersalah kerana membuat keputusan yang tidak betul.


"Tahanan rumah sama dengan penjara," katanya.

"Saya mengarahkan kamu supaya tidak berparti. Anda hanya boleh menerima seorang kawan pada satu masa dan seorang anggota keluarga jika anda mahu. "Jangan anjurkan barbeku di atas bumbung rumah anda," kata hakim itu.


Pelakon berusia 24 tahun itu memulakan tahanan rumah pada 26 Mei lalu dalam kes berhubung dakwaan mencuri rantai berharga AS$2,500 (RM7,500) dari sebuah kedai barang kemas berhampiran kediamannya di Venice Beach.

Lindsay menghabiskan masa beberapa jam dalam penjara pada April setelah seorang hakim mendapati dia bersalah melanggar syarat percubaan dalam kes memandu di bawah pengaruh dadah dan arak pada 2007.


Pada Julai tahun lalu, Lind- say dihukum penjara 90 hari dan 90 hari lagi di pusat pemulihan kerana kerana kes memandu dalam keadaan mabuk.


Dia bagaimanapun dibebaskan selepas 13 hari atas alasan keadaan sesak dalam penjara.


Pada September, pelakon itu sekali dipenjara tetapi dibenarkan diikat jamin hanya selepas 15 jam.


Pada 2007, dia menghabiskan masa 84 minit dalam penjara selepas polis menahannya dua kali kerana memiliki kokain ketika memandu. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Enggan jadi pelengkap

Posted: 24 Jun 2011 10:01 AM PDT

SEJAK Dashie Ong dilahirkan hampir dua bulan lalu, jurulatih Ong Kim Swee sehingga kini hanya sempat meluangkan masa tidak sampai 10 hari bersama cahaya mata keduanya itu demi komitmen dengan skuad Harimau Muda A dan juga skuad Olimpik negara.

Pengendali negara itu sedia untuk mengorbankan lebih banyak masa bersama barisan pemainnya demi memastikan kehadiran Malaysia pada pusingan ketiga peringkat kumpulan bukan sekadar pelengkap 12 pasukan yang bersaing merebut slot ke Sukan Olimpik London.


Kim Swee jelas mahu anak buahnya menggunakan peluang beraksi dengan pasukan gergasi Asia untuk membuktikan mereka seharusnya wajar dihormati selaku wakil tunggal Asia Tenggara yang layak ke peringkat itu.

"Kita sudah tidak boleh mengelak, pusingan ketiga membabitkan pasukan terbaik Asia seperti Jepun, Korea Selatan dan Australia. Bukan mudah untuk kita mendapat peluang bertemu dengan pasukan seperti itu kerana kalau mahu mengadakan perlawanan persahabatan dengan mereka, belum tentu boleh.


"Tapi ini bukan bermakna kita akan mudah mengalah apabila berdepan mereka kerana saya yakin, berbekal persiapan rapi serta komitmen pemain ditunjukkan ketika berdepan Lubnan, kita boleh membuat kejutan," katanya.


Kim Swee, 40, membimbing skuad Olimpik bawah 23 tahun negara melangkah ke pusingan ketiga selepas menewaskan Lubnan menerusi agregat 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Turut mengiringi Malaysia ke saingan peringkat kumpulan itu adalah Australia, Korea, Jepun, Uzbekistan, Qatar, Arab Saudi, Iraq, Bahrain, Syria, Oman dan Emiriah Arab Bersatu.


Kesemua pasukan itu akan dibahagikan kepada tiga kumpulan bagi merebut tiga slot automatik ke Olimpik 2012 London manakala naib juara kumpulan akan bersaing dalam play off untuk merebut satu lagi tiket.

Menyedari halangan penuh ranjau yang bakal menanti untuk merealisasikan impian yang sudah 31 tahun dipendam rakyat Malaysia selepas kali terakhir layak ke Sukan Olimpik Moscow pada 1980, Kim Swee berharap dapat mengatur persiapan terbaik selepas mengetahui lawan yang bakal ditentang selepas undian dilakukan pada 7 Julai ini di ibu pejabat Persekutuan Bola Sepak Asia di Bukit Jalil.


"Saya kena tunggu keputusan undian pusingan ketiga yang akan dibuat bulan depan selepas itu barulah saya boleh merancang lebih rapi persiapan yang akan dilakukan," katanya.


Malah perancangan yang cuba diatur Kim Swee bukan saja terarah kepada kelayakan Olimpik sebaliknya beliau pada masa sama turut akan menyediakan pasukan terbaik untuk mempertahankan pingat emas di Sukan Sea Indonesia, November ini.


"Kami akan mengharungi jadual yang sibuk dengan persiapan Sukan Sea dan kelayakan Olimpik. Selain itu saingan Piala Malaysia juga akan bermula September ini dan skuad negara juga bakal menyertai kejohanan jemputan VFF Bawah 23 tahun di Hanoi pada Oktober. Kami juga masih mempunyai baki tiga perlawanan Liga Super musim ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Irfan selesa kurang dikenali lawan

Posted: 24 Jun 2011 10:00 AM PDT

NAMANYA kurang mendapat perhatian namun Mohd Irfan Fazail lebih selesa dengan situasi itu kerana memudahkannya meledak di saat-saat penting.

Itu dibuktikannya apabila dia menyentap semangat pemain Lubnan di awal permainan dengan jaringan cantik menerusi rembatan kaki kanan yang gagal diselamatkan penjaga gol, Mohamad Dakramanji.


Bukan kali pertama pemain kelahiran Pontian, Johor itu membolosi gawang di peringkat antarabangsa kerana dia juga mencetak nama selaku penjaring ketika Malaysia menewaskan Pakistan 2-0 di Stadium Shah Alam pada perlawanan pusingan pertama kelayakan Olimpik, Februari lalu.

"Mungkin lawan tidak begitu memberi perhatian kepada saya dan mudah untuk saya mendapat ruang. Rakan-rakan juga banyak membantu mencipta peluang untuk saya.


"Jurulatih memberi arahan supaya kami mendapatkan gol awal dan saya cuba melakukannya bila dapat peluang," katanya.


Mohd Irfan sememangnya menjadi pilihan utama Ong Kim Swee untuk beraksi di posisi belakang penyerang tunggal yang selalunya diisi penyerang tinggi lampai Izzaq Faris Ramlan atau Syahrul Azwari Ibrahim.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved