Ahad, 31 Mac 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Masalah perlu segera dirawat

Posted:

Ginjal berfungsi untuk menapis sisa daripada zat makanan dan minuman. Ia kemudiannya dikeluarkan dalam bentuk cecair melalui saluran kencing namun bagi mereka yang mengalami kegagalan organ penting itu, rutin ke tandas terpadam dalam diari harian mereka.

Malah sekiranya ada yang membuang air kecil sekalipun, jumlahnya antara satu titik hingga satu cawan kecil saja dalam tempoh sehari, menyebabkan kebergantungan terhadap dialisis umpama talian hayat demi menjaga keseimbangan cecair dalam tubuh.

Selain membuang sisa melalui air kencing, ­ginjal mempunyai fungsi lain yang amat penting dalam tubuh. Kehilangannya boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan yang kompleks hingga memberi kesan kepada organ dalaman yang lain.

Ginjal juga bertindak menyaring zat daripada proses metabolisme dalam darah, menjaga tekanan osmosis dan mengatur keseimbangan garam dalam tubuh melalui penyisihan sisa seperti urea.

Foto

MENU yang sihat penting untuk menjaga hayat ginjal.

Foto

JAGA berat badan supaya hidup lebih sihat.


Kegagalan ginjal untuk berfungsi boleh menyebab­kan pertambahan jumlah cecair dalam badan yang membuatkan tubuh dipenuhi cecair, peningkatan paras asid, paras potasium yang tinggi, pengurangan jumlah kalsium, kadar fosfat yang meningkat dan membawa kepada masalah kekurangan sel darah merah sihat dalam tubuh atau juga dikenali sebagai anemia.


Keadaan itu turut memberi kesan kepada kesihatan tulang dan masalah ginjal yang berpanjangan, menyumbang kepada peningkatan risiko penyakit kardiovaskular yang boleh membawa kepada serangan jantung.

Jenis penyakit

Penyakit ginjal terbahagi kepada dua kategori iaitu akut dan kronik. Kecederaan ginjal akut berlaku apabila fungsi ginjal merosot secara pantas dan progresif, selalunya boleh dikesan melalui pengeluaran air kencing yang semakin berkurangan iaitu kira-kira 400 mililiter bagi dewasa atau 0.5 mililiter bagi kanak-kanak.

Punca masalah ginjal akut perlu dikenali dan dirawat segera bagi menghentikan proses kehilangan fungsi ginjal dan dialisis mungkin perlu dilakukan bagi merapatkan jurang masa yang diperlukan untuk merawat punca asas.

Bagi penyakit ginjal kronik (CKD) pula, ia berlaku secara perlahan dan pada mulanya menunjukkan beberapa tanda. Ia boleh berlaku akibat penyakit ginjal akut yang berpanjangan dan sudah tidak dapat dipulihkan atau sebahagian ­daripada perkembangan penyakit.

Biarpun hanya mereka yang mengalami kegagalan ginjal tahap kelima iaitu hilang fungsi sepenuhnya terpaksa bergantung kepada mesin dialisis, masalah itu sebenarnya bermula secara berperingkat dan perlu dikesan awal supaya ia tidak melarat hingga menyebabkan kematian organ berkenaan.

Seseorang dikira mengalami masalah ginjal apabila organ berkenaan tidak dapat bertugas pada tahap maksimum akibat masalah tertentu untuk menyingkirkan sisa daripada darah secukupnya.

Terdapat lima peringkat CKD dan tahap pertama boleh dikesan apabila keputusan air kencing, struktur tidak normal atau sifat genetik menunjukkan ada masalah pada ginjal, namun ia masih berfungsi secara normal.

Bagi peringkat kedua juga, fungsi ginjal masih normal tetapi ia merosot sedikit berbanding tahap pertama dan penemuan beberapa petanda yang menunjukkan ada masalah ginjal.

Peringkat ketiga pula menyaksikan fungsi ginjal semakin merosot pada kadar lebih pantas manakala pada peringkat keempat, fungsi ginjal merosot dengan teruk dan perancangan untuk kegagalan peringkat akhir ginjal mula dilakukan. Peringkat kelima pula berlaku apabila ginjal gagal berfungsi sepenuhnya.

Hampir semua pesakit ginjal tahap satu dan dua boleh diuruskan di pusat penjagaan kesihatan untuk me­ngenal pasti individu yang mempunyai risiko mendapat penyakit ginjal progresif, seterusnya mengurangkan risiko yang berkaitan seperti penyakit kardiovaskular dan kematian yang meningkat dengan kehadiran CKD.

Bagi peringkat ketiga CKD, kemerosotan fungsi ginjal yang berlaku secara pantas perlu diberi perhatian segera, memperlahankan dan merawat masalah ginjal serta mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan kematian yang semakin meningkat pada tahap ini.

Malah risiko kardiovaskular yang membawa kepada kematian lebih tinggi daripada risiko memerlukan dialisis atau pemindahan ginjal. Sesetengah pesakit memerlukan pemeriksaan mendalam jika terdapat tanda yang menunjukkan berlaku proses ke arah kegagalan ginjal tahap kelima.

Pesakit ginjal pada pering­kat keempat dan kelima selalunya perlu bersedia untuk melakukan rawatan secara aktif untuk terus hidup manakala pesakit CKD peringkat kelima hanya boleh meneruskan kehidupan dengan cara menjalani rawatan dialisis atau melakukan pemindahan ginjal.

CKD diukur menerusi kadar penapisan glomerular (GFR), yang berbeza me­ngikut pelbagai faktor antaranya jantina, saiz tubuh dan bangsa.

Di Malaysia, CKD adalah masalah kesihatan yang serius di mana perawatan dialisis dan pemindahan diperlukan bagi pesakit untuk meneruskan kehidupan. Pada penghujung 2011, negara ini mencatatkan seramai 25,688 pesakit dialisis dan 1,884 penerima pemindahan buah pinggang berdaftar.

Penyakit ginjal kronik secara umumnya mempengaruhi semua aspek kehidupan pesakit dan kebanyakannya menganggap hanya perawatan dialisis dan pemindahan buah ping­gang sebagai jalan bagi mengawal penyakit itu dan mengabaikan peranan penting pengurusan pemakanan serta diet.

Amalan gaya hidup sihat

Menurut Ketua Jabatan Nefrologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr Ghazali Ahmad, ketika ini bilangan pesakit CKD kian bertambah dan angka itu boleh berada pada tahap membimbangkan sekiranya orang ramai tidak mengambil sebarang langkah pencegahan awal.

Katanya, amalan pemakanan dan menjalani gaya hidup yang sihat mampu memberi kesan yang dapat menjaga fungsi ginjal, membantunya berada pada tahap terbaik, seterusnya mengelak masalah CKD daripada menyerang.

"Orang ramai perlu tahu mereka yang menjalani dialisis adalah pesakit yang berada pada tahap kelima iaitu buah pinggangnya sudah rosak dan tidak dapat membantu menapis bahan bua­ngan.

"Namun ada ramai lagi yang tidak sedar keadaan mereka yang kemungkinan sedang berhadapan dengan penyakit senyap ini.

"Ini kerana selalunya mereka tidak sedar sedang berhadapan dengan CKD tahap satu hingga empat ataupun jika tahu, mereka tidak me­ngambil berat sehinggalah buah pinggang gagal berfungsi," katanya ketika pelancaran buku Resipi Pesakit Dialisis 2013, hasil usaha sama Jabatan Nefrologi, Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL) serta AbbVie Sdn Bhd, baru-baru ini.

Beliau yang juga Ketua Perkhidmatan Nefrologi bagi Kementerian Kesihatan Malaysia berkata, penyakit dialisis memberi kesan ­kepada kualiti kehidupan dan pesakit tidak boleh sembarangan makan atau minum kerana ia boleh memberi kesan kronik pada diri mereka.

Sebagai contoh katanya, pesakit dialisis perlu tahu mereka hanya boleh mengambil cecair antaranya minuman, sup atau ­buah-buahan berair dengan jumlah hanya 500 mililiter sehari, biarpun keadaan cuaca panas.

"Ini kerana kandungan air yang berlebihan tidak boleh dikeluarkan menerusi saluran kencing, menyebabkan badan mereka penuh air hingga ada yang mula sesak nafas kerana kandungan air sudah sampai ke paru-paru.

"Mereka juga tidak boleh mengambil garam kerana ia menyebabkan takungan air dalam badan yang juga akan memburukkan keadaan mereka. Air yang berlebihan tidak boleh dikeluarkan hanya dengan cara berpeluh atau cirit-birit kerana ia tidak normal.

"Akhirnya mereka terpaksa ke hospital dan kita bantu keluarkan cecair ­dengan cara dialisis. Ada pesakit yang ditegur kerana perkara yang sama berulang tetapi alasan yang diberi adalah cuaca panas. Panas atau tidak, jumlah cecair perlu dihadkan demi kesihatan mereka juga," katanya.

Katanya, penyakit ber­kenaan sedang meningkat dalam masyarakat dan ­ketika ini terdapat 1,000 jururawat di seluruh negara hanya untuk rawatan ­dialisis.

Menurutnya, pesakit juga disaran mengelak makan makanan masin atau panas yang memerlukan mereka minum banyak air dan perlu 'melatih semula' lidah untuk menerima makanan kurang garam.

"Untuk menguruskan keadaan mereka, pesakit dialisis perlu mengawasi diet dengan teliti. Oleh itu, penting bagi mereka untuk me­nyedari jumlah protein, kalori, cecair, vitamin dan mineral yang diambil setiap hari," katanya.

"Pesakit perlu mendapat kandu­ngan protein dan khasiat yang seimbang setiap hari untuk mencapai hasil dialisis yang baik kerana mereka akan ­mengalami kehilangan protein ketika menjalani rawatan itu.

"Selalunya pesakit dilarang mengambil makanan itu dan ini sehingga mereka takut untuk makan hingga ada yang kurang zat pula. Jadi kami menyediakan buku Resipi Pesakit Dialisis 2013 sebagai panduan," katanya.

Pengambilan diet protein yang disarankan pakar pemakanan untuk pesakit dialisis berbeza berbanding dengan apa yang disarankan kepada pesakit CKD lanjut tanpa rawatan dialisis.

Sumber protein adalah penting dalam membina, memperbaiki tisu dan menentang jangkitan. Pengambilan protein dan kalori yang terlalu sedikit sering menyebabkan kurang zat dalam kalangan pesakit.

Sebaliknya, pengambilan protein pula menjana bahan buangan yang perlu dikeluarkan. Produk sisa akan bertambah antara rawatan dialisis, namun makanan yang kaya dengan protein ­secara umum juga mempunyai kandungan fosfat yang tinggi yang perlu dikawal dalam diet pesakit. Justeru, pemilihan jenis protein yang betul juga penting diambil kira oleh pesakit.

Antara punca yang ­menyumbang kepada CKD adalah penyakit kencing manis dan darah tinggi yang tidak dikawal dan dibiarkan berlaku dalam tempoh yang panjang selain penyakit genetik.

Pengambilan dadah berlebihan seperti aspirin, ibuprofen dan paracetamol juga boleh menyebab­kan kerosakan pada ginjal. Pada masa sama, penyakit berjangkit seakan-akan influenza, Hantavirus menyerang ginjal hingga mengakibatkan kegagalan organ berkenaan untuk berfungsi seperti biasa.

Simptom CKD pula berbeza antara individu tetapi selalunya mereka tidak akan berasa sakit atau me­nyedari simptom terbabit. Namun apabila kegagalan ginjal berada pada tahap lebih kritikal, simptom akan mula kelihatan.

Simptom CKD

1. Muntah atau cirit-birit yang membawa kepada dehidrasi.
2. Mual.
3. Turun berat badan.
4. Kencing malam.
5. Kencing lebih kerap dalam jumlah banyak berbanding biasa dan air kencing warna cair.
6. Kurang kencing dan jumlah yang sedikit berbanding biasa dengan air kencing berwarna gelap.
7. Darah dalam air kencing.
8. Sukar membuang air kecil.
9. Air kencing dalam jumlah luar biasa.
10. Rasa gatal di kulit.
11. Kerosakan tulang, patah sukar pulih.
12. Otot kejang atau lumpuh.
13. Ritma jantung tidak normal.
14. Bengkak di kaki, buku lali, muka atau tangan.
15. Nafas putus-putus akibat lebihan cecair dalam paru-paru.
16. Sakit belakang atau bahagian tepi badan.
17. Mudah letih, lemah.
18. Memori terganggu.
19. Sukar memberi tumpuan.
20. Pening.
21. Tekan an darah rendah.
22. Air kencing berbuih.
23. Hilang selera makan.
24. Sukar tidur.
25. Kulit menjadi gelap.

Faktor CKD

1. Berat badan berlebihan.
2. Penyakit kencing manis.
3. Darah tinggi.
4. Merokok.
5. Usia lanjut.
6. Penyalahgunaan dadah.
7. Penyakit genetik.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/25

Teknik betul elak cedera

Posted:

Setiap individu perlu mengamalkan teknik senaman yang betul bagi mengelak kecederaan tulang belakang atau kekejangan otot yang adakalanya boleh membawa kepada serangan jantung, seterusnya kematian.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Zulkifli Abd Kadir, ilmu senaman yang betul sememangnya penting kerana jika tidak memahami atau mengamalkan teknik sebenar, bukan saja boleh cedera, malah matlamat senaman juga tidak mampu dicapai.

Misalnya ketika melakukan senaman bangun duduk, seseorang perlu meng­angkat badan dan bertahan pada kecerunan antara 35 darjah hingga 45 darjah bagi mendapat kesan senaman.

"Mereka juga perlu melakukan set berbeza bagi setiap senaman. Untuk setiap set, perlu lakukan sehingga sehabis mampu sebelum berehat sebentar kira-kira dua minit dan melakukan set baru senaman.


"Apabila mengangkat badan, perlu bertahan antara enam hingga lapan saat dan ulang set sehingga sehabis mampu. Kemudian tukar set baru dalam keadaan fisiologi badan masih sensitif kepada senaman, sebab itu jangan berehat lama sangat tetapi memadai kira-kira dua minit.


"Ketika senaman ba­ngun duduk, jangan sesekali menyuruh rakan memegang pergelangan kaki atau menahan kaki pada objek. Kaki perlu dibiarkan bebas kerana jika tidak, ia boleh menyebab­kan kecederaan tulang belakang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/25
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Lihat kakak tertusuk besi

Posted:

Seremban: Seorang wanita mengalami detik mengerikan apabila melihat kakak kandungnya maut dalam keadaan tragik selepas lehernya tertusuk sebatang besi yang terjatuh daripada lori yang berselisih dengan kereta dinaiki mereka di Jalan Batu 8, Kampung Nyatoh, di sini, semalam.

Dalam kemalangan jam 10.45 pagi, V Inthirani, 50, maut di tempat kejadian selepas lehernya cedera parah ditusuk besi sepanjang setengah meter.


Adik mangsa, V Thilaga, 32, berkata, ketika kejadian dia bersama kakaknya yang memandu kereta jenis Perodua Viva dalam perjalanan dari Rantau menuju ke rumah mereka di Taman Bunga Sejati, di sini, dengan jarak hanya satu kilometer dari lokasi kejadian.

Katanya, sampai di lokasi kejadian, kereta dinaiki mereka berselisih dengan sebuah lori satu tan tanpa muatan.


"Sebaik berselisih dengan lori itu, saya lihat satu objek panjang berwarna hitam terpelanting sebelum ia terus menembusi cermin depan kereta yang kami naiki.


"Dalam sekelip mata, kereta kami terus berpusing sebelum berhenti di tepi jalan dan apabila saya menoleh ke tepi, saya lihat kakak dalam berlumuran darah sambil memegang besi yang terpacak di lehernya,'' katanya yang ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Foto

KEADAAN kereta V Inthirani yang terbabit nahas.

Foto

ANGGOTA polis trafik menunjukkan besi yang terjatuh dari lori.

Melihat keadaan kakaknya yang nazak, Thilaga menjerit meminta tolong sebelum beberapa pengguna jalan raya dan penduduk berhampiran datang membantu.


"Bagaimanapun, selang beberapa minit, saya lihat kakak saya kaku dan saya hanya mampu menangis apabila orang ramai yang membantu, memaklumkan dia tidak lagi bernyawa,'' katanya sedih.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah yang mengesahkan kejadian itu berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.


"Buat masa ini kita mengesan lori terbabit dan sesiapa yang melihat kejadian itu boleh menghubungi kami untuk membantu siasatan,'' katanya.


Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat sebelum diserah kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/31
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Abah dah ninggal”

Posted:

Ipoh: "Abah gi (pergi) Sabah... abah dah ninggal (meninggal)," itu ayat pertama yang keluar dari mulut anak sulung Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat, Mohamad Akmaruddin, 5, ketika disapa wartawan pada majlis penyerahan bantuan di Mes Pegawai Kanan, Pasukan Gerakan Am, Briged Utara, Hulu Kinta, Rabu lalu.

Tidak banyak maklumat diperoleh daripada kanak-kanak itu kerana dia seolah-olah cuba menyembunyikan perasaan sedih mengenai pemergian arwah bapanya.

Ketika ditemui, Mohamad Akmaruddin tidak berbeza daripada kanak-kanak lelaki sebayanya yang aktif dan suka bergurau, malah wartawan turut diajak bermain dan dipeluknya.

Dia mungkin belum mengerti pemergian insan tersayang dalam hidupnya.

Foto

KELETAH Akmaruddin (kiri) dan adiknya Akhil menyentuh jiwa.


Perbualan singkat dengannya mungkin sedikit sebanyak dapat memberi gambaran sebenar memori yang sempat dikongsi kanak-kanak itu.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/31

Hanya tinggal tangga

Posted:

Lahad Datu: "Tiada apa lagi yang saya miliki sekarang melainkan hanya tangga di rumah ini. Semuanya musnah menjadi arang," kata suri rumah, Juhrah Jowak, 48, yang meratap kesedihan apabila rumah papan didudukinya sejak 10 tahun lalu musnah terbakar akibat insiden pencerobohan pengganas.

Dia yang dibawa masuk pasukan keselamatan bagi melihat keadaan rumahnya di Kampung Tanjung Labian, di sini, semalam, hanya mampu menangis dan berpelukan bersama adiknya, Betty, 39, di atas tangga kayu rumahnya, satu-satu bahagian rumahnya yang terselamat.

Juhrah dan Betty tidak mampu menahan emosi dan hanya menangis teresak-esak meratapi igauan ngeri dalam hidup mereka apabila kehilangan rumah yang menjadi tempat berlindung selama ini.

Menurut Juhrah, dia terkedu sehingga tidak mampu berkata apa-apa apabila melihat hanya tangga yang tinggal selain tiang rumah yang hangus selepas meninggalkan kampung itu, 4 Mac lalu.

Foto

JUHRAH (kanan) bersama Betty menangis di atas tangga rumah mereka, semalam.


"Semuanya jadi arang. Banyak barangan saya musnah... wang tunai, katil, mesin jahit, televisyen, peti ais, sofa, mesin basuh dan dokumen diri... semuanya terbakar," katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/31
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Senyuman dalam rahim

Posted:

London: Imej kabur pada skrin hospital adalah gambar pertama untuk kebanyakan bakal ibu bapa melihat anak mereka.

Bagaimanapun, perisian pengimejan terkini mampu untuk mempamerkan janin dengan maklumat yang lebih menakjubkan.


Perisian itu menjalankan pengimbasan ultra bunyi 3D konvensional dan menambah warna, tekstur kulit, pencahayaan dan bayangan. Teknologi itu menghasilkan imej yang sungguh jelas dan membenarkan ibu bapa melihat wajah anak mereka sebelum ia dilahirkan.

Terdapat juga versi 4D yang bermakna ibu bapa boleh melihat anak mereka tersenyum dan menendang dalam perut secara langsung. Ia boleh juga dirakam dan dijadikan dalam bentuk DVD.


Perisian itu membenarkan doktor mengesan masalah pada janin lebih pantas daripada sebelum ini.


Perisian itu dihasilkan oleh Dr Bernard Benoit dari Hospital Princes Grace, Monaco yang terkenal di seluruh dunia kerana komitmennya memperkenalkan teknologi imbasan ultra bunyi yang inovatif.

Foto

FOTO jelas janin membolehkan ibu bapa melihat wajah bayi mereka sebelum dilahirkan.

Foto

PENGIMEJAN terhasil dengan penambahan warna, tekstur kulit dan bayangan imbasan 3D konvensional.

Foto

TEKNOLOGI baru imbasan menunjukkan keadaan janin kembar secara terperinci.

Beliau juga pakar dalam mengesan kecacatan pada janin pada peringkat awal kehamilan. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/31

Marah ibu mentua dukung anak, wanita bunuh diri

Posted:

Situbondo: Seorang wanita, Tutun, 24, mati selepas minum racun serangga apabila mengetahui anak tunggalnya didukung ibu mentuanya, semalam.

Suami wanita itu, Didik, sempat membawanya ke hospital di daerah di Jawa Timur ini tetapi dia gagal diselamatkan.


Seorang jiran berkata: "Tutun sering cuba membunuh diri. Semalam, dia melakukannya lagi dan akhirnya mati selepas minum racun serangga." Ketua polis tempatan Ipda Warsih berkata, hasil siasatan menunjukkan wanita itu mengalami tekanan jiwa.

"Dia sering mengancam membunuh diri sekiranya melihat anaknya didukung ibu mentuanya. Punca dia begitu marah dengan ibu suaminya tidak diketahui," kata Ipda. - Kompas

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/31
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Belajar pengalaman Suarez: Rodgers

Posted:

Liverpool: Brendan Rodgers menggesa Daniel Sturridge menjadikan pemain paling kontroversi dalam dunia bolasepak sebagai pemangkin meningkatkan persembahannya di Liverpool.

Nama Sturridge semakin melonjak selepas dibeli dengan harga £12 juta (RM56 juta) dari Chelsea pada Januari selepas berjaya menjaringkan lima gol dalam lapan perlawanan.


Pengurus Kop, Rodgers mungkin banyak memberikan nasihat tapi beliau sedar contoh terbaik sebenarnya adalah Luis Suarez.

Tiada siapa mampu menandingi kontroversi dicetuskan pemain dari Uruguay itu. Dia baru-baru ini menumbuk pemain pertahanan Chile, Gonzalo Jara pada pertembungan yang menyaksikan pasukannya tewas 0-2.


Namun, Rodgers menekankan kebijaksanaan pemain itu di padang menenggelamkan sikap buruknya, terutama kesungguhannya pada sesi latihan.


"Bagi saya, dialah tonggak pasukan. Jika diimbas sejarah kelab ini, legenda seperti Ian Rush, Kenny Dalglish dan Robbie Fowler turut memiliki senario hampir sama.

Foto

KESUNGGUHAN Suarez boleh dijadikan contoh buat Sturridge.

"Luis pemain dan pemimpin yang hebat. Sebab itulah sebagai pengurus pasukan, saya sukakan dia, Dia mempamerkan kesungguhan dalam semua perlawanan.


"Meskipun dia kepenatan kerana terpaksa mengharungi perjalanan jauh tapi dia tetap terus bekerja keras di padang latihan tapi tiada siapa yang menyanjung usahanya itu." Kesungguhan Suarez kini mula dipraktikkan Sturridge dan Rodgers yakin bintang muda England itu mula memahami etika kerja yang diperlukan untuk menjadi seorang bintang.

"Daniel baru berusia 23 tahun dan perlu memperbaiki aksinya. Dia sentiasa terbuka mendengar nasihat. Ini senario kerja yang baru namun kami sudah berbincang dan menonton video mengenainya.


"Bolasepak bukan sains yang sukar kerana jika ada pemain yang mempamerkan aksi hebat, memang bagus jika kami tayangkan pencapaiannya kepada pemain lain." - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/31

Kenang rekod Messi

Posted:

London: Tahun 2012 adalah tahun gemilang buat bintang Barcelona dari Argentina, Lionel Messi.

Pemain bertubuh kecil yang lincah itu menjaringkan 91 gol, memecahkan rekod yang sebelum ini bertahan selama 40 tahun dicipta legenda Bayern Munich dan Jerman, Gerd Muller.


Untuk meraikan tahun ajaib Messi, artis Dave Williams menghasilkan sebuah poster yang menakjubkan, mempamerkan setiap satu daripada 91 gol dijaringkan bintang Barca itu pada tahun lalu.

Williams sebelum ini pernah merakamkan aksi Kejuaraan Eropah tahun lalu apabila menghasilkan poster hebat memaparkan kesemua 16 pasukan yang layak beraksi pada Euro 2012.


Kini tumpuannya terarah kepada tahun luar biasa Messi.


Williams turut menyatakan bagaimana beliau memulakan projeknya itu.

"Selepas menyaksikan video kesemua 91 gol Messi di YouTube, saya sedar ia satu peristiwa yang unik," katanya.


"Saya tidak fikir rekod jaringan sepanjang tahun itu mampu diulangi.

"Saya menyedari kepelbagaian jaringan yang dilakukannya menerusi penalti, sepakan percuma, sentuhan mudah depan pintu gol dan tandukan tetapi dia juga menjaringkan gol peribadi yang hebat sama ada rembatan yang kencang, bola lambung, gol jelek ataupun cantik dan hasil gerakan licik atau dalam erti kata lain apa saja bentuk jaringan yang pernah kita bayangkan.


"Untuk melakukannya secara konsisten pada pertemuan menentang pasukan sehebat Brazil, Real Madrid, Atletico dan Valencia selama 12 bulan amat menakjubkan dan sebab itulah saya ingin raikan pencapaiannya itu dalam bentuk poster yang boleh disimpan orang ramai, mengenang pencapaian luar biasa pemain itu." Williams bagaimanapun hanya menghasilkan cetakan terhad poster itu iaitu 91 salinan, satu untuk setiap jaringan yang dilakukan bintang Argentina itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/31
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved