Sabtu, 20 April 2013

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


'Nama saya Bintang Tiga'

Posted: 19 Apr 2013 12:08 PM PDT

"Nama saya memang Bintang Tiga hingga menjadi bahan sindiran segelintir rakan ketika di bangku sekolah, malah pernah terfikir mengubah nama beberapa kali tanpa pengetahuan keluarga kerana kecewa dengan nama ini.

"Ini kerana nama Bintang Tiga sinonim dengan pengganas komunis menyebabkan saya sering digelar anak komunis oleh rakan sekolah," kata duda anak satu yang memiliki nama unik, Bintang Tiga Ab Sukor, 26, ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bendahara di sini, semalam.


Dia yang berasal dari FELDA Simpang Waha, Kota Tinggi berkata, ketika di sekolah menengah, ramai rakan memintanya bersabar dengan ejekan dan sindiran diterima.

Bagaimanapun, menurutnya, selepas tamat sekolah, dia sering menjadi perhatian setiap kali menghadiri temu duga mencari kerja.


"Malah, saya pernah menyalahkan bapa kerana memberi nama Bintang Tiga, namun selepas meningkat dewasa, sudah lali dengan pandangan itu.


"Tambahan pula bapa saya Ab Sukor Abdullah adalah pencinta sejarah tanah air menyebabkannya menamakan saya sempena syiling lama berusia 800 tahun yang dipercayai wujud pada zaman kesultanan Melaka Sultan Alauddin Riayat Shah," katanya.

Menurut Bintang Tiga, dia juga dikenali di tempat kerja kerana memiliki nama unik.


Katanya, dia tidak pernah beranggapan nama berkenaan membawa masalah.

"Saya menempuh pelbagai dugaan sama seperti manusia lain dan ia bukan berpunca daripada nama ini. Buat masa ini, saya tidak berhasrat menukar nama," katanya.


Kakitangan jabatan kerajaan itu baru berpisah dengan isteri beberapa bulan lalu dan kini memikul tanggungjawab menjaga anak tunggal mereka, Muazzam Amsyar yang baru berusia 16 bulan.


Menurutnya, yang penting dia mahu memberi yang terbaik dan membesarkan anaknya itu menjadi insan yang berguna pada masa depan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/20
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Najib serah kertas pencalonan

Posted: 19 Apr 2013 07:31 PM PDT

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan kertas pencalonan untuk bertanding kerusi Parlimen Pekan dengan diiringi ribuan penyokong Barisan Nasional (BN) pada pukul 9.08 pagi ini.

Najib, yang juga Pengerusi BN, mengemukakan borang pencalonannya di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini bagi mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan yang disandangnya sejak 1976.

Najib yang berarak bersama-sama penyokong BN dari bangunan Umno Pekan, tiba di pusat penamaan calon itu pada 9.06 pagi disertai calon BN lain yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terletak dalam kawasan Parlimen Pekan.

Berbaju Melayu biru, Najib memasuki dewan bersama calon BN lain dan menyerahkan borang pencalonannya kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali.


Perdana Menteri adalah calon pertama BN yang mengemukakan kertas pencalonan tersebut diikuti calon BN lain dalam kawasan Parlimen berkenaan.


Calon BN bagi kerusi-kerusi DUN tersebut ialah Khairudin Mahmud bagi DUN Pulau Manis, Datuk Sh Mohmed Puzi Sh Ali (Peramu Jaya), Mohd Fakhruddin Mohd Aris (Bebar) dan Datuk Abu Bakar Harun (Chini).

Pada pilihan raya umum 2008, Najib menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Khairul Anuar Ahmad Zainudin dengan majoriti 26,464 undi. Najib memperoleh 36,262 undi manakala Khairul Anuar meraih 9,798 undi. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/20

Janji bantu MB

Posted: 19 Apr 2013 12:14 PM PDT

"Saya tidak boleh pentingkan diri sendiri dan percaya masih boleh menjalankan peranan saya walaupun bukan sebagai Ahli Parlimen. Tiada sebab untuk saya membelakangkan rakyat semata-mata untuk kepentingan peribadi.

"Berikutan itu, saya berjanji akan membantu Menteri Besar (Datuk Abdul Ghani Othman) menang dan sebagai Ketua MCA akan berganding bahu dengannya untuk kebaikan semua rakyat Gelang Patah," kata Ketua MCA Gelang Patah Jason Teoh, semalam.


Teoh berkata demikian pada Malam Mesra Bersama Jason Teoh di Pusat Khidmat MCA Bahagian Gelang Patah di sini, malam kelmarin dan mengumumkan pendiriannya kekal bersama Barisan Nasional (BN) walaupun tidak dicalonkan menentang Penasihat DAP Lim Kit Siang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini. "Saya akan berdiri teguh di belakang Datuk Abdul Ghani dan BN untuk menggempur Lim Kit Siang. Walaupun tidak tercalon, saya tetap akan bersama-sama MCA serta BN.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/20
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Rumah Iron Man jadi inspirasi

Posted: 19 Apr 2013 12:07 PM PDT

Sepasang suami isteri menjadikan rumah canggih watak utama Iron Man, Tony Stark sebagai inspirasi kediaman mewah mereka selepas memenangi loteri bernilai £45 juta (RM209.3 juta) tahun lalu.

Dengan wang sebanyak itu, pasangan Matt dan Cassey Topham tidak teragak-agak membelanjakan £5 juta (RM23.3 juta) hanya untuk membina rumah futuristik mereka.


Rumah itu - dinamakan Serenity - bakal mempunyai ruang garaj yang terselindung di sebalik air terjun, taman botani, kolam renang dan pawagam.

Kediaman yang dilengkapi panel solar itu direka cipta firma seni bina terkenal di London, Baca Architects.


Bagaimanapun, sebelum boleh membina Serenity, pasangan terbabit perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak kerajaan. Selepas itu memenangi loteri berkenaan tahun lalu, pasangan Topham menyenaraikan keinginan yang mesti ada di rumah idaman mereka, termasuk "garaj yang luas" dan "kolam renang bergua." Pasangan Topham mengemukakan pelan itu kepada kerajaan tempatan di Nottinghamshire semalam. Apabila siap nanti, Serenity akan menjadi 16 kali ganda lebih luas berbanding kediaman biasa di Britain dan kosnya 55 kali ganda lebih mahal berbanding rumah mereka ketika ini di Stapleford.


Pasangan Topham membeli sebuah rumah berkembar pada harga £250,000 (RM1.2 juta) sejurus selepas memenangi loteri, tetapi memberitahu pereka supaya membina ruang khas bagi membolehkan mereka mengelak daripada perhatian yang tidak diingini. Bercakap mengenai Serenity sebelum berlepas untuk bercuti di Amerika Syarikat, Matt berkata, mereka juga mewajibkan rumah itu dibina dengan lima bilik tidur.

"Kami juga menghabiskan banyak masa untuk berbincang dengan arkitek mengenai bilik yang akan digunakan," katanya.


Apa yang penting, kata Matt, mereka tidak mahu hidup dalam rumah kaca.

"Kami mengutamakan reka bentuk kontemporari dan fleksibel untuk kegunaan sekeluarga," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/20

Bas tambang murah sediakan katil

Posted: 19 Apr 2013 09:46 AM PDT

London: Sebuah perkhidmatan baru bas dari London ke Scotland yang menawarkan tempat tidur kepada penumpangnya akan dimulakan pada musim panas akan datang.

Beberapa bas tambang murah akan menghubungkan London dengan tujuh bandar utama Scotland dengan tiket semurah £15 (kira-kira RM70).


Bagi perjalanan ke Glasgow atau Edinburgh, penumpang akan tiba ke destinasi itu dalam tempoh kurang dari lapan jam.

Penumpang boleh meluruskan kerusi masing-masing menjadi katil jika mahu baring, selain diberikan berus gigi dan baju panas di sepanjang perjalanan.


Semalam, syarikat Megabus itu menunjukkan kepada media kenderaan yang akan digunakan bagi perjalanan itu.


Megabus membelanjakan £5 juta (RM23.3 juta) untuk membeli 10 bas baru yang direka khas bagi menyediakan lebih 1,700 tempat pada setiap minggu. Bas dua tingkat itu sepatutnya mampu memuatkan 53 penumpang, tetapi Megabus mengubah suai kenderaan berkenaan menjadi 42 'katil.' - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/20
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Ingin berjaya sampai Paris, New York

Posted: 19 Apr 2013 07:25 AM PDT

Amat jarang industri seni tanah air memiliki pelakon lelaki yang mempunyai ketinggian melebihi enam kaki. Itulah kelebihan yang dimiliki pendatang baru dalam bidang lakonan, Ahya Alumuddin Rosli yang berdiri setinggi 189sm dengan berat badan 76 kilogram.

Dengan ketinggiannya itu maka tidak hairanlah dia terlebih dulu bergelar model atau peragawan sebelum menceburi dunia lakonan. Dikenali dengan nama pentasnya, Ahya U Rosli, jejaka ini pastinya membanggakan ibunya, aktres handalan Normah Damanhuri.

Mengimbas kemaraannya dalam dunia glamor, Ahya, 26 akui perubahan hidupnya bermula apabila dia meletakkan gambarnya dalam laman sosial myspace.com suatu ketika dulu.

Kagum dengan ketinggian yang jarang ada pada lelaki Melayu berserta senyumannya yang manis, seorang wartawan daripada majalah tempatan lantas menghubunginya bagi mengadakan satu sesi fotografi.


"Ia berlaku pada 2008. Saya memuatkan gambar saya dalam myspace.com saja suka-suka dan kalau ada rezeki orang nak panggil saya uji bakat untuk modeling atau berlakon, saya sedia untuk mencuba. Malah waktu saya bersekolah tadika, ketinggian saya melebihi rakan sebaya sehingga orang ingat saya bersekolah dalam tahun dua atau tiga.


"Saya sebenarnya ikut ayah yang bertubuh tinggi. Empat lagi kakak saya pun tinggi-tinggi. Selepas wajah saya muncul dalam majalah itu, banyak dapat tawaran melakukan peragaan di pentas dan fotografi fesyen untuk majalah.

Setahun selepas itu saya menyertai pertandingan Ford Supermodel Search anjuran Supermodel Amber Chia dan saya menang tempat kedua," katanya.

Pada 2011, Ahya mewakili negara ke pertandingan Mr Asia di Hong Kong dan dia berjaya tersenarai dalam 16 finalis. Meskipun tidak berjaya meraih gelaran juara, Ahya tetap berbangga dengan pencapaian itu kerana dia satu-satunya lelaki Melayu dan rakyat Malaysia yang bertanding.

Terbaru dan menambahkan lagi profil dirinya selaku anak Malaysia yang berjaya di pentas peragaan, dia memenangi trofi Model of The Year 2013 Malaysia.

Mengiring kejayaannya itu, Ahya bukan saja berjaya mencipta nama antara model yang sedang laris kini malah dia banyak menerima undangan memperagakan jenama antarabangsa di rantau Asia khususnya Hong Kong.

"Memasuki pertandingan model antara platform terbaik untuk saya memahat nama dalam dunia peragaan. Kini saya berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Hong Kong. Impian saya ingin menakluki pentas peragaan di kota fesyen yang lain pula seperti di London, Milan, Paris dan New York.

"Untuk mencapai hasrat itu, agensi modeling Wu yang berpengkalan di Malaysia sedang merangka strategi mempromosikan saya di peringkat dunia," katanya.

Petua jaga bentuk badan

Sebaik saja bergelar model, bukan saja rutin harian Ahya berubah, tetapi menu makannya juga tidak seperti dulu. Malah Ahya tidak lagi menyentuh nasi, makanan berlemak, bergula, berkanji atau bergoreng. Bukan itu saja, Sushi yang paling disukainya pun kini sudah terkeluar daripada senarai menu hariannya.

Kata Ahya, dia sekarang lebih banyak mengambil makanan yang tinggi kandungan protein.

"Kalau saya makan telur, hanya ambil yang putih saja. Saya mesti kena kekalkan bentuk tubuh yang baik. Untuk bina badan, seorang model mesti mempunyai kandungan lemak yang rendah di dalam badan.

Sekarang kandungan lemak dalam tubuh saya adalah sebanyak lima peratus saja. Kalau banyak lemak, ia tidak akan membentuk otot terutama pada bahagian perut.

"Di jimnasium saya dilatih oleh jurulatih peribadi iaitu Izuddin Anuar yang juga juara bina badan Mr KL. Dia juga menyediakan senarai makanan yang perlu diambil dan yang mana pula terpaksa dielakkan. Saya minum air tanpa gula.

Bukan senang untuk bersaing dengan model bangsa asing terutama orang kulit putih kerana mereka dikurniakan pakej lengkap sebagai seorang model - tinggi dan kacak.

"Saya pula berwajah Melayu asli dan terpaksa mengatasi kehebatan mereka dengan memiliki tubuh badan yang menarik. Model kulit putih tidak begitu menjaga bentuk badan kerana mereka tahu aset semula jadi yang ada pada mereka sudah cukup memadai untuk 'berjalan' di pentas 'catwalk'," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/20
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Kejutan positif beregu, Wei Feng

Posted: 19 Apr 2013 12:06 PM PDT

Goh V Shem-Lim Khim Wah makin membara selepas berjaya menempah tempat ke Kejohanan Dunia, apabila mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia di Taiwan semalam, diiringi perseorangan lelaki negara, Chong Wei Feng.

Kedua-dua wakil negara ini mengatasi lawan dari China.


V Shem-Khim Wah yang tidak lagi dibelenggu tekanan untuk melayakkan diri ke Kejohanan Dunia beraksi cemerlang untuk membalas dendam ke atas pilihan keempat dari China yang menewaskan mereka di Terbuka Malaysia tahun lalu, Hong Wei-Shen Ye 21-14, 19-21, 21-13.

Kemenangan itu membolehkan mereka melakar sejarah baru selepas beraksi di suku akhir tahun lalu, namun berdepan pilihan utama, Ko Sung Hyun-Lee Yong Dae yang tiga kali mengatasi mereka sebelum ini.


"Kemenangan ini terhasil apabila beraksi tanpa tekanan selepas layak ke Kejohanan Dunia secara merit. Saya sudah berbincang dengan mereka agar terus positif dan bermain penuh keyakinan," kata ketua jurulatih Tan Kim Her.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/20

Lorenzo, Rossi tekad takhluk Litar Austin

Posted: 19 Apr 2013 09:32 AM PDT

Austin, Texas: Dua pelumba Yamaha, Jorge Lorenzo (gambar) dan Valentino Rossi yang membuat permulaan meyakinkan pada perlumbaan pembuka tirai di Qatar akan mencuba sekali lagi menamatkan perlumbaan 1-2 pada perlumbaan sulung MotoGP di Austin.

Lorenzo dari Sepanyol menang perlumbaan pertama di litar Losail, awal bulan ini. Lorenzo berlepas daripada petak utama tiba di garisan penamat diikuti Rossi pada penampilan pertamanya bersama Yamaha sejak meninggalkan Ducati.


"Qatar mengejutkan kami. Permulaan hebat pada musim benar-benar kompetitif," kata Lorenzo selaku juara bertahan. "Perlumbaan pertama untuk musim yang panjang." Perlumbaan Ahad ini adalah perlumbaan pertama di litar baru sepanjang 5.51 kilometer (3.4 batu) dikenali Sirkit Amerika selaku tuan rumah perlumbaan kedua MotoGP 2013.

"Kami perlu menukar cara berfikir," kata Lorenzo. "Kami tiba di litar berbeza bukan saja reka bentuk tetapi permukaan, cuaca dan beberapa keadaan berbeza." Litar itu menjadi sirkit ketiga MotoGP di Amerika Syarikat bersama Laguna Seca dan Indianapolis.


Perlumbaan di Laguna Seca berlangsung pada Julai manakala Indianapolis berlangsung pada Ogos.


"Perlumbaan di Austin pasti tidak mudah tapi podium di Qatar memberikan motivasi tambahan kepada kami." "Reka bentuk trek ini sangat istimewa kerana terdapat sedikit laluan menurun dan mendaki bukit dengan zon membrek pertama yang sangat teknikal," kata Rossi. Lorenzo memiliki kelebihan lima mata di depan Rossi dengan baki 17 daripada 18 perlumbaan.

Lorenzo dan Rossi memiliki kelebihan Ahad ini kerana mereka antara kelompok kecil pelumba diberi kebenaran berada selama tiga hari di sirkit baru itu bulan lalu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/20
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved