Isnin, 4 Mac 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Gembira bantu masyarakat

Posted:

Kesukaran mencari guru agama ketika menetap di kota cinta, Paris, Perancis, membuatkan Rithopa Tantiana Thopatalam, 29, geram dan diselubungi perasaan memberontak mahu cepat pulang ke tanah air.

Mula menetap di Paris pada 2010 kerana mengikut keluarganya yang bertugas di sana, Rithopa yang mesra dengan panggilan Tanty, berkata ketiadaan guru agama yang fasih berbahasa Ing­geris dan Melayu me­nyebabkan dia susah memahami dan mendalami agama suci ini dengan lebih sempurna.

Bukan lahir daripada keluarga berdarah campur, Tanty adalah anak jati Malaysia yang beragama Islam. Cuma, dia juga seperti umat lain yang masih lalai dan alpa dalam melaksanakan hukum perintah Allah.

"Di sana, saya dan keluarga serta masyarakat Malaysia yang mahu belajar ilmu agama dibatasi dengan ketiadaan guru agama yang dapat mengajar serta memberi penjelasan sebaiknya.

Foto

BILIK usrah, kelas bahasa Perancis dan butik Darwisyh et Darwisyah dihias indah.

Foto

TANTY gembira dapat membantu masyarakat dengan menyediakan kemudahan kelas agama.


"Memang terdapat ustaz atau imam di masjid sana tetapi kami kurang faham kerana perbezaan bahasa. Maklum saja, dalam kehidupan harian mereka, bahasa Perancis tetap menjadi keutamaan berbanding bahasa asing.


"Saya pun tidak ramai rakan di sana dan kurang bercampur dengan masyarakat tempatan. Hanya beberapa pelajar Malaysia di sana yang rapat dengan saya menjadi teman menghabiskan masa bersama jika mempunyai masa lapang," katanya.

Sehinggalah satu masa, dia melahirkan rasa kurang senangnya itu kepada ibunya dan ketika mereka pulang ke tanah air untuk bercuti tahun lalu, Tanty nekad tidak mahu mengikut keluarganya semula ke sana.

Selepas pulang ke tanah air, Tanty mula mencari dan menghadiri kelas agama yang diketuai ulama berpengalaman. Pelbagai ilmu yang dipelajari menerusi kelas berkenaan dan secara perlahan-lahan dia mula melakukan perubahan dari segi penampilan diri.

Pada tarikh ulang tahun kelahirannya tahun lalu, dia mula berhijab dan memakai pakaian yang menutup aurat. Sehingga kini dia masih lagi dalam proses belajar untuk menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Atas sebab pernah melalui pengalaman sukar mencari tempat menyediakan kelas agama, Tanty mula terfikir untuk mengadakan kelas berkenaan bagi memudahkan orang ramai yang mahu belajar ilmu agama dalam keadaan selesa dan santai.

"Saya rasa, ramai individu terutama generasi muda yang mahu belajar agama, tetapi tidak tahu bagaimana mahu memulakannya. Perasaan malu dan rendah diri faktor utama mereka tidak berani meminta bantuan.

"Apa yang mereka rasakan itu memang saya fahami kerana pengalaman itu sudah saya lalui. Justeru, terlintas di hati untuk membuka dan me­nyediakan kelas agama seperti berada di rumah iaitu mereka yang datang tidak berasa takut, malu atau rendah diri ketika berhadapan dengan tetamu lain serta ustaz dan ustazah sendiri.

"Justeru, wujudlah butik Darwisyh et Darwisyah yang bukan berfungsi sebagai butik menjual pelbagai bara­ngan cenderahati, pakaian dan tafsir al-Quran semata-mata, tetapi turut menyediakan kemudahan kelas mengaji, usrah dan halaqah serta bahasa Perancis," katanya.

Darwisyh et Darwisyah menawarkan kelas pengajian al-Quran secara mingguan berserta sesi usrah dan halaqah seperti yang dijadualkan. Ia terbuka kepada kanak-­kanak, kaum Hawa serta Adam.

Menurut Tanty, kelas mengaji al-Quran terbuka kepada mereka yang ingin belajar dari awal dengan bimbingan ustaz dan ustazah yang sedia memberi tunjuk ajar di samping sesi soal jawab agama.

Sesi usrah dan halaqah pula membincangkan tajuk atau isu secara rawak mengenai agama yang berkaitan dengan tauhid, fiqah, hadis, tasawuf dan akidah.

Oleh kerana mempunyai rakan yang fasih dan sudi mengajar bahasa Perancis, Tanty turut berasakan ia peluang yang baik kepada kanak-kanak yang berminat.

Sehingga kini, usaha murninya untuk mengajak lebih ramai individu mempelajari ilmu agama mendapat maklum balas memberangsangkan. Apatah lagi dalam tempoh baru sebulan butik itu dibuka, dia sudah menerima kira-kira 30 individu tetap yang datang pada setiap minggu.

"Saya berasa gembira kerana usaha ini mendapat soko­ngan ramai pihak. Walaupun tempat yang disediakan tidak cukup besar dengan hanya dua bilik utama untuk kelas agama dan bahasa Perancis, mereka tetap datang demi ilmu berguna.

"Dekorasi yang saya sediakan juga menarik kerana segala tunjuk arah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan Perancis. Konsep susun atur di dalam bilik utama juga saya ketengahkan gaya ala Perancis yang menyenangkan, selesa serta tampak sedikit mewah menerusi pemilihan sofanya.

"Warna cat dinding pula berwarna-warni seperti warna pelangi agar mereka yang datang berasa tenang dan damai," katanya.

Tambah Tanty, kelas agama yang dianjurkan itu percuma dan pihaknya sentiasa mengalu-alukan sesiapa saja. Konsep santai ketika mende­ngar penerangan daripada ustaz membuatkan mereka berasa seperti berada di rumah sendiri.

Sedikit hidangan juga disajikan ketika sesi itu berlangsung. Darwisyh et Darwisyah terletak di Lot 1-33, PV 128 Jalan Genting Klang, 53300 Setapak, Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.darwisyhdarwisyah.com.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/05

Komplikasi jantung si kecil

Posted:

Bukan mudah untuk mengenang kembali detik sukar apabila menerima perkhabaran anak yang dilahirkan mengalami komplikasi jantung berlubang (Verticular Septal Defect (VSD).

Namun, itulah yang perlu ditempuh Siti Salina Samaun, 32, selepas melahirkan anak ketiganya, Nazren Hakim Mohd Zamawi (Akim) tiga tahun lalu.

Disebabkan keadaan anaknya tidak stabil dan mengalami masalah kuning (jaundis) berpanjangan selama 27 hari, dia diminta merujuk kes terbabit ke Hospital Tunku Jaafar Seremban (HTJ) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Walaupun ketika itu dia masih dalam tempoh berpantang, digagahi juga berulang alik ke hospital kerana hampir setiap hari darah anaknya perlu diambil untuk diuji, sejak si kecil berusia enam hari.


"Kemudian doktor menemui dua lubang di jantung anak saya, satunya kecil dan satu lagi besar. Selepas dua bulan lubang kecil kelihatan tertutup tetapi lubang besar terbabit makin membesar seperti saiz duit syiling 10 sen.


"Anak saya tidak lagi aktif, cepat penat dan sering sesak nafas apabila menyusu. Hampir setiap malam nafasnya berbunyi kasar tanda Akim tidak dapat bernafas dengan sempurna," katanya.

Siti Salina berkata, ibu mana tidak sedih mengenangkan keadaan kesihatan anak tetapi dia perlu menguatkan semangat dan berusaha agar anaknya kembali pulih, seterusnya dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain seusianya.

Dia kemudiannya cuba meminta nasihat pakar kanak-kanak di Hospital Serdang dan dinasihatkan merujuk masalah itu kepada pakar jantung kanak-kanak di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur memandangkan HTJ tidak mempunyai pakar berkelayakan untuk merawat penyakit anaknya itu.

"Doktor mengesahkan lubang sedia ada itu kian membesar dan kedudukannya berdekatan dengan injap jantung. Jika pembedahan tidak dibuat dengan segera, kemungkinan lubang akan bertambah besar dan mengakibatkan injap jantung pula bocor.

"Sekiranya itu berlaku, Akim terpaksa menggunakan injap palsu dan perlu menukarnya 10 tahun sekali," katanya ketika ditemui di majlis meraikan kehidupan melalui lukisan yang diadakan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Namun, itu adalah kenangan tiga tahun lalu dan kini anaknya kembali aktif selepas menjalani tiga pembedahan. Walaupun dua bulan selepas pembedahan doktor menemui kebocoran pada injap jantungnya pula tetapi ia masih di peringkat pertama.

Walaupun tumbesaran fizikalnya sempurna tetapi Akim mengalami sedikit kelewatan dalam pertuturannya. Malah, selepas pembedahan juga keadaan matanya sedikit juling.

""Ia bukan masalah besar bagi saya, apa yang penting ialah Akim sihat. Kini Akim amat aktif dan kuat menyusu tetapi dia cepat penat terutama selepas bermain.

"Namun, ia tidak mengehadkan aktivitinya terutama ketika bermain bersama abang dan kakaknya. Saya pula yang risau melihatnya," katanya.

Sementara itu, bebanan perasaan ibu muda Soh Mee Ying, 26, lebih hebat kerana anak keduanya, Megan Tan Kien Ching kini berusia 14 bulan mengalami masalah jantung, usus dan sawan.

Dilahirkan tidak cukup bulan iaitu pada usia kandungan 32 minggu dengan berat 1.9 kilogram dan hari terawal hidupnya hanyalah di hospital.

"Saya sendiri hanya berpeluang memegangnya apabila Megan berusia enam bulan. Doktor tidak menggalakkan sebarang sentuhan kerana risau bayi saya mengalami jangkitan kuman.

"Selain itu, Megan juga mengalami keadaan jantung terbalik iaitu kedudukannya berada di bahagian kanan dadanya," katanya.

Masalah sawan yang dihadapinya menyebabkan mata bayi comel terbabit kabur dan tidak boleh menumpukan perhatiannya pada satu titik fokus objek di hadapannya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, hingga kini tumbesaran fizikal Megan amat terhad dan dia juga belum boleh duduk seperti bayi seusianya hanya mampu membalikkan diri saja.

"Tetapi Megan tidak banyak ragam. Walaupun pada peringkat awal dia hanya mampu meminum susu melalui tiub yang disalurkan melalui perutnya tetapi kini Megan sudah mula meminum susu menggunakan botol.

"Ia satu peningkatan memberangsangkan dan hingga kini masih lagi dalam proses belajar. Saya tidak pernah menyangka Megan mampu bertahan hingga kini tetapi atas bantuan diberikan saya yakin dia mampu membesar dengan sempurna," katanya.

Seramai 14 keluarga menyertai majlis berkenaan bagi memperlihatkan melalui bantuan diberikan projek komuniti Hospital Gleneagles Kuala Lumpur yang dikenali sebagai 'A Heart for A Heart' dilakukan dengan kerjasama The New Straits Times Press (M) Bhd, ia mampu mengubah segalanya.

Malah, anak mereka kini mampu menjalani kehidupan seperti biasa seperti bermain, belajar dan bersukan tetapi semua aktiviti terbabit perlu dilakukan secara bersederhana bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Majlis terbabit turut disertai pelukis terkemuka, Jake Goh yang mempamerkan kemahiran melukis dengan cara tersendiri.

Malah, dia bersama lebih 20 kanak-kanak bersama-sama melakarkan lukisan kreatif indah yang akan dilelong bagi mengutip dana untuk diserahkan kepada projek komuniti terbabit.

Sementara itu, menurut perunding kardiologi kanak-kanak hospital berkenaan, Dr Chan Tee Ling berkata, punca sebenar penyakit jantung dalam kalangan kanak-kanak masih tidak diketahui.

Namun, ada banyak faktor yang boleh menyumbang kepada keadaan berkenaan.
Meskipun faktor genetik atau keturunan antara faktor yang dikenal pasti tetapi ia bukanlah jaminan pasti seseorang kanak-kanak itu akan mendapat masalah jantung.

"Keadaan ibu ketika mengandung dan mengalami komplikasi seperti rubela, kencing manis tersilap makan ubat seperti ubat sawan serta ubat kemurungan turut mempengaruhi.

"Selain itu, tabiat merokok dan mengambil alkohol secara berlebihan ketika hamil juga menjadi faktor menyebabkan bayi yang dikandungnya mengalami masalah jantung," katanya.

Oleh itu, Dr Chan berkata, penjagaan kesihatan si ibu perlu dilakukan sejak awal iaitu sebaik mengetahui mereka mengandung (trimester pertama atau tiga bulan pertama) bagi mengurangkan risiko kesihatan pada bayi.

Tempoh trimester pertama kandungan ini amat penting kerana ia membabitkan pembentukan awal organ bayi dalam kandungan. Inilah sebabnya kesedaran awal terhadap penjagaan diri ketika hamil amat penting dan tidak boleh dipandang ringan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/05
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Gagal seludup diesel subsidi bernilai RM1.5 juta

Posted:

KOTA TINGGI: Polis Gerakan Marin menahan 10 kru kapal dan enam pemandu lori ketika mereka leka memindahkan kira-kira 2,280 tan metrik diesel bersubsidi dari sembilan lori tangki ke sebuah kapal tangki di jeti pemunggahan barang Tanjung Belungkor, Kota Tinggi, tengah malam semalam.

Dalam serbuan kira-kira 12.30 malam itu, empat pegawai dibantu 10 anggota menyrbu lokasi selepas mendapat maklumat dan melakukan intipan.

Jumlah rampasan bernilai kira-kira RM1.5 juta.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/04
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Detik gemilang, berprestij

Posted:

ACARA gemilang Bella Awards 2013 yang julung kali dianjurkan ntv7 boleh dianggap satu lagi acara anugerah negara yang hebat dan menarik apabila memfokus kepada kejayaan golongan wanita di Malaysia.

Kejayaan itu merangkumi pelbagai bidang yang diceburi golongan wanita atau 'bella' (dalam bahasa Latin) selain sumbangan besar mereka terhadap masyarakat.

Dari sudut hiburan, acara kemuncak yang berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur itu tentunya lebih tertumpu kepada pembabitan selebriti tanah air bersama persembahan artis jemputan dari dalam dan luar negara.

Paling mendapat tumpuan dan tepukan gemuruh adalah kemunculan bekas anggota Boyzone, Ronan Keating yang tampil pada segmen terakhir bersama dua lagunya, When You Say Nothing At All serta Fire.

Foto

SAIDAH menerima trofi bagi pihak adiknya, Siti Nurhaliza.

Foto

WAJAH ceria Farra Fauzana menjulang trofinya.

Foto

KEMAMPUAN Ngai Yuen terbukti.

Foto

AKSI Rossa sewaktu di pentas Bella Awards 2013.


Lebih menarik, ulang tahun hari jadi Keating yang jatuh semalam juga diraikan lebih awal di pentas oleh barisan hos pada malam itu, Vanessa Chong, Elaine Daly, Daphne Iking dan Hans Isaac.


Keating yang masih kacak dan sasa menjadi pujaan ramai pada malam itu dan menganggap pembabitannya dalam Bella Awards 2013 sangat bermakna sekali. Dia juga cuba berkomunikasi dalam bahasa Malaysia tatkala memuji kehebatan wanita tempatan.

Selain Keating, kemunculan Rossa dan Marcell dari Indonesia turut menyerikan lagi acara yang dilihat cuba meminjam aura Golden Globe Awards itu. Lebih 500 tetamu yang bergaya dengan gaun petang dan 'black tie', diraikan dalam majlis koktel pada lewat petang dan kemudian ke acara makan malam dengan juadah Barat.

Apapun kejayaan manis dirasai penyampai Hot FM, Fara Fauzana, 33, apabila berjaya merangkul trofi Bella Radio Award yang menyaksikan saingan sengit daripada finalis lain iaitu Hunny Madu, Dilly, Linda Onn, Patricia K, Sara-Jane Lo, Sarimah Ibrahim, Serena C, Yoon Ng dan Tham Zher Pheen.

"Pagi tadi saya berada di Pulau Pinang untuk aktiviti Planet Radio, kemudian tengah hari bergegas pula ke Sungai Petani, Kedah, sempena' road tour' Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

"Dalam perjalanan pulang, saya ketepikan soal lelah untuk berada di majlis ini. Terus terang saya datang ke mari untuk memberi sokongan kepada Hunny Madu. Saya sangkakan dia yang akan menang kerana nama Hunny Madu cukup dikenali dalam kelompok 'urban'.

"Lagipun, kami bernaung di bawah satu syarikat yang sama justeru itu kehadiran saya lebih kepada sokongan sesama rakan setugas. Jadi saya berasa sangat terkejut apabila diumumkan menang kerana selama ini saya peminat saya terdiri dari kelompok 'mass'.

"Bagaimanapun, saya yakin kemenangan ini tidak mungkin berlaku tanpa sokongan sebilangan kecil peminat yang begitu aktif di Facebook, Twitter dan Instagram, sekali gus menyarankan orang ramai menghantarkan undian demi memastikan kejayaan saya," kata Fara.

Datuk Siti Nurhaliza pula masih unggul apabila memenangi kategori 'Bella On-Stage'. Pengundi di luar sana memilih beliau, sekali gus mengenepikan Datuk Sheila Majid, Anita Sarawak, Jaclyn Victor, Joanna Bessey, Joanne Kam Po Po, Ning Baizura, Shila Amzah, Soo Wincci dan Suhaili Micheline.

"Terima kasih buat semua peminat yang tidak jemu-jemu menyokong kerjaya Siti sehingga hari ini dan anugerah Bella On-Stage Award bukti kesetiaan mereka," kata Siti menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dikirimkan kepada media selepas acara berkenaan.

Siti tidak dapat datang kerana terbabit dengan kemuncak Festival Filem Malaysia (FFM) ke-25, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam yang sama.

Sebanyak 11 anugerah dipertandingkan kesemuanya menerusi Bella Awards 2013 dan empat daripadanya memberikan hak kepada penonton memilih pemenang.

Selain Bella Radio Award dan Bella On-Stage Award, dua anugerah lain adalah Bella Sports Award dan Bella On-Screen Award.

Bagi kategori 'sports' Cheong Jun Hoong muncul sebagai pemenang manakala, 'On-Screen' menyaksikan kejayaan pelakon jelita, Debbie Goh. Debbie menewaskan wajah-wajah tekenal antaranya Lisa Surihani, Maya Karin, Nora Danish, Fazura, Cheryl Samad dan Siti Saleha.

Sementara kategori yang dinilai juri profesional iaitu Bella Creative Award menyaksikan kejayaan, Long Ngai Yuen; Bella Style Award (Gillian Hung); Bella Beautiful Award (Dr Premitha Damodaran), Bella Business Award (Datuk Rosaline Ganendra) dan Bella Heart Award (Datuk Ruby Khong).

Datuk Ruby Khong turut membawa pulang satu lagi trofi untuk anugerah tertinggi malam itu, Bella Award. Tidak melupakan kepentingan kaum lelaki Bella Awards 2013 turut mengiktiraf Datuk Jimmy Choo yang menerusi kategori Bella Mars Award.

Persembahan artis cukup bertenaga

Beralih kepada pengisian persembahan malam itu, Bella Awards 2013 boleh disifatkan majlis penganugerahan yang 'grand' dan eksklusif. Selain Ronan Keating, ia turut menerbangkan tiga artis dari Indonesia iaitu Rossa, Marcell dan band ternama Maliq D'Essentials. Rossa.

Rossa yang memakai gaun anggun, menyampaikan single terbarunya, Katakan secara berduet bersama 'rapper' terkenal Joe Flizzow.

Marcell pula mengalunkan vokal seksi dan romantiknya dengan lagu Denganmu, sambil dimeriahkan dengan acara pertunjukan fesyen rekaan Datuk Radzuan Radziwill.

Manakala Maliq D'Essentials yang baru bergegas tiba selepas menjayakan menyampaikan medley, Pilihanku dan Terlalu.

Sebelum itu, penyanyi tempatan Mizz Nina menggegarkan pentas dengan persembahan cukup bertenaga menerusi lagu Summer Burning. Sementara Gary Chaw pula mendendangkan dua lagu The World's Only You dan Close To You.

Bagaimanapun, untuk persembahan pembukaan di samping pertunjukan fesyen dari Fizi Woo, penganjur memberi penghormatan kepada artis baru Darren Ashley dan The Impatient Sisters.

Penyampai-penyampai trofi pula termasuklah Bernard Chauly, Low Ngai Yuen, Syafinaz Selamat, Soo Wincci, Jason Low, Amber Chia, Marcell, Rossa, Carmen Soo, Hanis Zalikha, Alex Yoong, Nur Fazura serta Lina Teoh.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/04

TSB martabat irama keroncong

Posted:

Kemunculan kumpulan muzik adik-beradik bukanlah asing dalam industri hiburan kita. Antaranya Quinary M yang dianggotai Mazuin dan Mazlan Hamzah serta tiga lagi kakak mereka iaitu Mahani.

Mahyon dan Maznah yang popular pada tahun 80-an. Ia kemudian diteruskan kumpulan Cenderawasih sebelum tiga beradik KRU meneruskan legasi itu pada awal 90-an.

Kini tampil pula The Siblings Band (TSB) yang dianggotai lima beradik berusia 10 hingga 17 tahun. Mereka terdiri daripada Aimi Zulaikha Suhaimi, 17, selaku vokalis dan pemain gitar utama, Muhammad Arif Haikal, 14 (biola), Muhammad Ariff Hazim, 11, (gitar utama) dan Aimi Batrisyia, 10 (ukulele). Lebih menarik, dua lagi anggota kumpulan ini kembar se—iras iaitu Aimi Nabihah dan Aimi Najihah yang masing-masing berusia 15 tahun.

Selain berkemampuan bermain alat muzik, TSB yang berasal Melaka ini juga berbeza berbanding kumpulan muzik remaja lain yang lebih cenderung kepada muzik rock, free pop, alternatif atau muzik moden lain, sebaliknya TSB berhasrat memartabatkan irama keroncong.


Mengapa keroncong?


Aimi Nabihah berkata, sejak kecil lagi mereka didedahkan dengan lagu klasik dan keroncong kerana bapa mereka tidak gemar mendengar muzik yang bingit.

"Hampir setiap hari abah buka lagu lama. Daripada tidak minat, sekarang sudah sebati dengan jiwa kami. Abah kalau dengar lagu yang bingit selalunya dia akan tutup radio.

"Kami sangat bangga dapat memperjuangkan muzik sedemikian. Kalau nak pilih genre rock, hampir semua kumpulan pun buat lagu rock. Kamu mungkin satu-satunya kumpulan muzik remaja yang menampilkan penggunaan alat muzik seperti biola, ukulele dan double bass. Lagipun menyanyi dan bermain muzik secara 'unplugged' lebih mudah tidak perlu menggunakan ba—nyak efek muzik," katanya.

Aimi Zulaikha pula berkata, walaupun ada yang beranggapan muzik TSB kedengaran tua, mereka melihatnya sebagai satu keunikan dan bonus. Sekurang-kurangnya de—ngan adanya TSB dapatlah memberi kelainan dan kepelbagaian dalam industri seni tanah air.

Mewarisi bakat seni kedua ibu-bapa, Suhaimi Ismail dan Noorismazatulaqtar Ismail yang suatu ketika dulu pernah menyertai program Bintang HMI, TSB mula serius bermain muzik sekitar pertengahan 2011.

Serius bukan kerana desakan orang tua, sebaliknya minat bermain muzik ini timbul dengan sendiri dan Aimi Najihah dianggap pencetus.

Aimi Najihah berkata, dia adalah pelajar ranca—ngan khas di mana setiap murid diwajibkan mengambil muzik sebagai aktiviti kurikulum. Justeru, dia dibenarkan membawa pulang alat muzik selain terdapat gitar dan keyboard milik bapa mereka di rumah.

Disebabkan selalu melihat saya berlatih di rumah menimbulkan minat Haikal dan adik-beradik yang lain. Malah, tidak mengambil masa yang lama untuk menguasai instrumen masing-masing.

"Memandangkan Nabihah juga sama seperti saya iaitu ahli persatuan muzik di sekolah selain Haikal pelajar muzik di Sekolah Seni Johor Bahru, semuanya menjadi mudah.

"Sejak dari itu, kami kerap berlatih dan akhirnya kebolehan kami menarik minat Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung di tempat tinggal kami yang dikenali sebagai Bakar untuk mengundang kami membuat persembahan di majlis perkahwinannya," katanya.

Katanya, Bakar yang mempunyai hubungan baik dengan pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah membantu mereka mendapat undangan persembahan di majlis perkahwinan termasuk majlis anjuran kerajaan negeri.

Aimi Najihah yang diserapkan sebagai ahli Orkestra Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, memilih 'double bass' kerana ia lebih mencabar berbanding gitar.

Bagi penggemar program Mimpi Ke Bintang yang bersiaran di TV2 setiap Sabtu, jam 9 malam, pastinya mengenali TSB yang juga finalis akhir rancangan berkenaan.

Bakal menempuh pe—ringkat final pada 16 Mac nanti yang menawarkan ganjaran RM50,000 buat sang juara, TSB bakal disaingi peserta lain dari seluruh negara antaranya Nik The Free Styler (Permainan bola sepak gaya bebas) dari Kedah dan Zaini Bayang (Ahli Silap Mata Ilusi) dari Selangor.

Aimi Najihah berkata, mereka pada mulanya tidak tahu langsung mengenai pertandingan ini hinggalah seorang kenalan ibu bapa mereka memaklumkan mengenai pertandingan itu.

"Kebetulan waktu itu cuti sekolah lalu kami mencubanya. Memang tidak sangka terpilih sekali gus layak ke final. Sebelum ini, kami bertanding dalam program Battle Of The Bands dan pernah sekali menjadi naib juara selain menerima anugerah khas juri," katanya.

Dalam final Mimpi Ke Bintang nanti, TSB bakal mempersembahkan empat medley lagu iaitu I Will Survive, Sway, Nyanyian Serambi dan Tanya Sama Itu Hud Hud.

"Difahamkan setiap peserta perlu melakukan kolaborasi dengan artis tempatan. Kalau ikutkan, kami teringin sangat hendak bekerja dengan Jamal Abdillah, Datuk M Nasir dan Ramli Sarip," katanya.

Program secara langsung dengan format uji bakat ala 60 Seconds To Fame ini diterbitkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kolaborasi RTM di bawah Program Kerjasama Strategik RTM-JKKN.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/04
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Bantah pindah tahanan

Posted:

Kaherah: Penunjuk perasaan bertempur dengan polis di Port Said semalam ketika Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk memindahkan 39 tahanan yang menanti hukuman ekoran pembabitan mereka dalam rusuhan di stadium bola sepak pada Februari tahun lalu.

Pegawai keselamatan berkata, hakim dijangka membacakan hukuman ke atas 39 defendan itu pada Sabtu akan datang.


Mereka adalah kumpulan tertuduh terakhir yang didapati bersalah terbabit dalam keganasan ekoran perlawanan bola sepak di sebuah stadium di Port Said.

Kejadian itu menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 74 orang dan lebih 1,000 lagi cedera.


Seramai 21 pesalah lain sudah dijatuhi hukuman mati pada Januari lalu dan keputusan berkenaan mencetuskan rusuhan di bandar berkenaan dan membunuh sekurang-kurangnya 40 orang. Pegawai keselamatan berkata, rusuhan semalam menyaksikan penunjuk perasaan melontar bom petrol dan batu ke balai polis di Port Said, memaksa pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata.


Mogok umum di bandar itu pula memasuki minggu ketiga ketika ini.

Foto

PASUKAN keselamatan Mesir berjaga-jaga ketika berdepan dengan penunjuk perasaan (tiada dalam gambar), di Port Said, semalam.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri berkata, pesalah rusuhan itu dipindahkan dari Port Said bagi mengelakkan kekacauan berlaku di situ.


Kelmarin, penunjuk perasaan turut membakar sebuah balai polis dan menghalang bomba daripada menghampiri tempat kejadian. Penduduk Port Said dan bandar yang ada di sepanjang Terusan Suez memang menganggap Kaherah sentiasa meminggirkan mereka. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/04

Bangga kerat ibu

Posted:

New York: Foto mengerikan menunjukkan seorang lelaki dari Bronx yang dituduh membunuh dan mengerat tubuh ibunya sambil tersenyum dan mempamerkan kepala si mati didedahkan di akhbar semalam.

Bahsid McLean, 23, bergaya di depan cermin bilik air memegang kepala ibunya, Tanya Byrd yang masih berlumuran darah, seperti trofi, dan menggunakan telefon bimbitnya untuk mengambil gambar mengerikan itu sebagai kenang-kenangan.


Gambar itu disiarkan akhbar New York Post, semalam. McLean dituduh membunuh Tanya, 45, selepas satu pertengkaran di mana si ibu memberitahu anak lelakinya itu agar menjadi matang dan berpindah keluar dari apartmen mereka. Menurut polis, foto mengejutkan itu hanya satu daripada beberapa imej yang ditemui dalam telefon bimbit McLean. Polis berkata, selepas McLean menikam ibunya, dia mengerat tubuh mangsa dengan gergaji.

Dia dan rakannya kemudian memasukkan bahagian tubuh mangsa ke dalam tiga beg sampah, sesetengahnya dizip dalam bagasi dan dibuang sekurang-kurangnya di empat lokasi di Morrisania.


McLean yang tampil di mahkamah Jumaat lalu untuk menghadapi pertuduhan, mendakwa dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.


Dengan memakai beg plastik sampah berwarna hitam ke mahkamah kerana kerap terkencing, dia ditahan bagi mengelak membunuh diri selepas serangan mengerikan terhadap ibunya awal minggu lalu. Lelaki menghidap sakit mental itu memberitahu hakim dia cuba membantu ibunya yang sakit.

Ketika kemunculan di mahkamah, McLean melakukan beberapa aksi ganas dan dia ditahan tanpa ikat jamin.


"Dia benar-beanr sakit," kata sumber polis kepada New York Post.

"Ia tindakan yang menakutkan. Lelaki terbabit memang betul-betul sakit mental kerana melakukan perbuatan kejam itu." Gambar mengerikan itu ditemui polis dalam telefon bimbitnya dan pengakuan awalnya mendorong kepada tuduhan membunuh Rabu lalu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/04
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Penceroboh kejam

Posted:

Arau: Tindakan kumpulan penceroboh dipercayai dari Sulu, Filipina, melakukan serangan hendap terhadap anggota keselamatan yang melakukan pemeriksaan di Kampung Sri Jaya, Semporna, Sabah, malam kelmarin, disifatkan sebagai tindakan kejam dan ganas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kejadian yang mengorbankan nyawa enam anggota keselamatan yang mencari maklumat bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai kumpulan terbabit adalah di luar jangkaan.

Menurutnya, pasukan keselamatan dengan kekuatan 57 anggota tidak menyangka kumpulan terbabit bertindak ganas menyebabkan enam anggota terkorban.

"Namun, saya mempunyai keyakinan bahawa kita (anggota keselamatan) sudah memiliki kekuatan mencukupi dengan penambahan anggota termasuk polis selain tambahan dua batalion askar ke Sabah bagi menghadapi apa juga keadaan di kawasan berkenaan.

Foto

ANGGOTA polis mengawal pintu masuk ke Ibu Pejabat Daerah Polis Semporna, malam tadi.


"Apa yang berlaku di Semporna, mereka (anggota keselamatan) tidak menduga kumpulan penceroboh terbabit sanggup mengambil tindakan ganas tanpa sebarang isyarat walaupun mereka hanya mahu mencari maklumat mengenai kumpulan terbabit," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/04

Doa isteri iringi suami

Posted:

Kota Bharu: "Berdebar hati apabila suami menelefon malam kelmarin mengatakan dia akan dihantar menjalankan operasi menangani pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

"Sejak itu dia tidak pulang ke rumah dan hanya berada di kem untuk membuat persediaan. Hari ini (semalam) baru saya dan anak berkesempatan berjumpa ketika menghantarnya menaiki penerbangan ke Tawau," kata Hasmawati Yahya, 36, isteri kepada Staf Sarjan Jasmadi Ismail, 38, anggota Rejimen ke-21 Melayu Askar Melayu Diraja (21RAMD).

Semalam, seramai 352 anggota termasuk pegawai dan lain-lain pangkat 21RAMD berpangkalan di Pengkalan Chepa, di sini, diterbangkan terus dari Kota Bharu ke Tawau menggunakan pesawat sewa khas AirAsia untuk membantu operasi di Lahad Datu.

Jurucakap Bilik Gerakan Markas 8 Briged Infantri (8 Briged) berkata, semua anggota itu berlepas pada jam 1 tengah hari dan 6 petang menerusi Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), di sini.

Foto

HASMAWATI (tengah) bersama isteri anggota 21RAMD lain melambai ke arah suami masing-masing.


Hasmawati berkata, ini kali pertama suami dihantar bertugas jauh daripada keluarga selepas mereka berkahwin kira-kira 12 tahun lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/04
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


'Pengadil berat sebelah'

Posted:

Madrid: Pertahanan Barcelona, Gerard Pique mendakwa pengadil berat sebelah selepas pasukannya dinafikan sepakan penalti pada saat akhir ketika kecundang 1-2 di tangan Real Madrid, kelmarin.

Tandukan Sergio Ramos sembilan minit sebelum tamat ternyata menjadi gol kemenangan selepas Karim Benzema dan Lionel Messi menjaringkan gol buat pasukan masing-masing pada babak pertama.


Namun Pique dan rakan sepasukannya berang selepas Ramos jelas menjatuhkan Adriano dalam kotak penalti malah penjaga gol Barca, Victor Valdes dilayangkan kad merah kerana membantah selepas wisel penamat.

"Kami berkata kepada pengadil bahawa ia jelas di mata kami, namun kami sudah tahu bagaimana perkara ini berlaku. Menentang Real Madrid, jika perlawanan sengit, pasti semuanya berpihak kepada mereka," kata Pique.


"Kami berasakan keputusan seri lebih adil jika kami dihadiahkan penalti, tapi kami tidak boleh menjadikan ini alasan kerana pasukan ini mempunyai banyak kualiti untuk bergantung kepada keputusan pengadil bagi memenangi perlawanan." Kekalahan itu adalah ketiga buat Barca dalam empat perlawanan dan Pique mengakui mereka bergelut untuk mempamerkan persembahan terbaik.


"Anda tidak boleh mengekalkan tahap ini bagi 12 bulan. Dalam empat tahun terakhir, kami sering mengalami saat-saat tahap permainan kami menurun.

Foto

Gerard Pique

"Namun, jelas kami mempunyai tiga atau empat perlawanan buruk dan ini serius kerana Barcelona perlu sering kali menang." Kemenangan itu juga lebih mengejutkan buat tuan rumah selepas pengurus, Jose Mourinho melakukan tujuh pertukaran pemain berbanding pasukan yang mengalahkan Barca 3-1 pada Piala Raja Sepanyol, Rabu lalu dengan pemain bintang, Cristiano Ronaldo bermula di bangku pemain simpanan.


Namun, tanpa pemain bintang itu mereka bermula dengan sempurna apabila Benzema menolak masuk hantaran silang Alvaro Morata sebelum Messi menyamakan kedudukan buat Barca dengan sepakan kaki kiri 12 minit kemudian. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/04

Kali ke-4 tawan Dubai

Posted:

Dubai: Novak Djokovic meneruskan rentetan kemenangannya kepada 18 perlawanan untuk merangkul kejuaraan Terbuka Dubai kali keempat dalam tempoh lima tahun semalam, sekali gus memantapkan statusnya sebagai pemain terbaik dunia selepas mengalahkan Tomas Berdych 7-5, 6-3 pada aksi final.

Pemain Serbia itu tidak kalah sejak Oktober, tidak keciciran sebarang set di Dubai dan dia kini menang semua 13 perlawanan menentang pemain kelompok 10 terbaik sejak Andy Murray menundukkannya pada final Terbuka AS tahun lalu.


Catatan itu termasuk meraih kejuaraan Terbuka Australia kali ketiga berturut-turut dan kejayaan terbaru di Dubai membolehkannya mengumpul 36 kejuaraan perseorangan.

"Tomas seorang pemain yang fantastik dan final ini tidak mudah, ia mungkin berlaku sebaliknya," kata Djokovic.


Jelasnya, pemain berusia 25 tahun itu menang kerana dia menggunakan setiap peluangnya, menyempurnakan tiga daripada empat mata 'break' manakala Berdych hanya mampu meraih satu daripada lima peluang.


Namun pemain Czech itu bermula hebat, sekalipun dia mempunyai rekod buruk 1-12 menentang Djokovic ketika pemain nombor enam dunia itu hanya kalah empat mata daripada tiga servis pertamanya.

Berdych, yang menyelamatkan tiga mata penamat sebelum mengejutkan Roger Federer pada separuh akhir kelmarin, turut melakukan 'break' pertama pada final itu, mengelirukan Djokovic yang meluru ke depan dengan satu lambungan ke penjuru gelanggang untuk mendahului 3-2.


Penonton, yang terkejut kerana wira mereka ketinggalan, melaung-laungkan nama Djokovic dan juara enam acara Grand Slam itu bertindak balas dengan mengubah taktik, bermain lebih banyak dari garisan belakang.

"Saya memberinya terlalu banyak ruang untuk menguasai mata, itulah puncanya," kata Djokovic.


"Saya berjuang dan percaya boleh bangkit, sesuatu yang sebenarnya menentukan pemenang dalam perlawanan sebegini, menanti peluang anda dan menyudahkannya." Bintang Czech itu bermain perlawanan kesembilan dalam tempoh 11 hari, selepas kecundang pada final Terbuka Marseille di tangan Jo-Wilfried Tsonga minggu lalu dan ia ternyata memberi kesan terhadapnya. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/04
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved