Isnin, 13 Mei 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Kumpul RM15,000

Posted: 13 May 2013 07:08 AM PDT

Ada yang ­berjalan kaki, ada juga yang berlari. Tidak kurang juga yang ­berbasikal, menolak kereta sorong bayi dan berkerusi roda.

Walau apa jua bentuk atau cara pilihan, mereka hadir atas kesedaran ­memelihara alam sekeliling kita.

Kempen kesedaran Aveda Walk for Water 2013 ini cuba menerapkan aktiviti sihat dalam kalangan masyarakat dan pada masa sama, memberi maklumat serta kesedaran mengenai pentingnya menjaga kebersihan air.

Memetik kata-kata Presiden EcoKnights, Yasmin Rasyid, bergerak ke arah matlamat melestarikan bumi memerlukan perubahan asas dalam sikap serta tingkah laku manusia.

Foto

PASANGAN ibu dan anak ini melakukan regangan terlebih dulu sebelum memulakan aktiviti berjalan kaki.

Foto

PESERTA boleh melakukan cabaran sampingan sepanjang perjalanan antaranya membawa baldi dipenuhi air sejauh 150 meter.

Foto

TAPAK aktiviti hujung minggu yang dikongsi bersama seluruh keluarga.


"Kemajuan atau perkembangan ke arah matlamat ini banyak bergantung kepada aspek pendidikan dan kesedaran awam.


"Konsep pembangunan lestari untuk kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera ini bukanlah perkara mudah tetapi tidak sukar pula untuk dimulakan.

"Dengan adanya aktiviti menyeronokkan seperti ini, ia bukan saja mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga serta sahabat ­handai tapi membolehkan kita sebagai manusia mengambil inisiatif terhadap penjagaan alam sekitar," ujarnya.

Bertempat di Publika, Solaris Dutamas, aktiviti berjalan kaki ini dimulakan seawal jam 8 pagi dengan aerobik sebagai senaman pemanas badan.

Seramai 500 peserta pelbagai peringkat umur dilepaskan serentak dan perlu mengelilingi Publika sejauh 2.5 kilometer bagi melengkapkan acara.

Di sepanjang laluan terbabit, peserta boleh mencuba cabaran tambahan seperti mengangkat dua baldi yang dipenuhi air sejauh 150 meter, selain berhenti di beberapa petak informasi yang menyediakan maklumat menarik mengenai air.

Tambah Yasmin, acara ini sebenarnya diadakan bagi mengutip dana ­sebanyak RM15,000 untuk menyokong projek air bersih di Pulau Mantanani, Sabah.

"Tiada bayaran penyertaan dikenakan untuk menyertai aktiviti ini tetapi peserta boleh menderma menerusi pembelian topi Aveda berharga RM10.

"Dengan bantuan masyarakat dan badan korporat seperti Maybank, kami berjaya mencapai sasaran itu dan diharapkan mendapat sokongan berterusan selepas ini," katanya.

Sokong gaya hidup sihat

Menurut Pembantu Naib Presiden bagi Kemapanan dan Hal Ehwal Korporat Maybank, Sharifah Nur Izma Syed Izuddin, pembabitan 100 kakitangan syarikat itu menandakan permulaan kehidupan sihat dalam kalangan masyarakat.

"Maybank menjalin bekerjasama dengan EcoKnights dalam mening­katkan lagi usaha memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia me­ngenai kelestarian alam.

"Menerusi penyertaan daripada kakitangan ­Maybank, langkah ini diharap dapat mencambah lagi minat dalam menjalani kehidupan yang lebih hijau dan lebih sihat.

"Pastinya ini bukan yang terakhir dan pihak kami akan terus melaksanakan tanggungjawab ­sosial agar lebih ramai masyarakat menikmati dunia yang lebih baik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/13

Tenggelam dek sampah

Posted: 13 May 2013 07:07 AM PDT

Menonton rancangan realiti luar negara di mana kru penggambaran secara senyap-senyap mengumpulkan segala bentuk sampah dihasilkan peserta program mengetuk minda penulis. Dalam ketawa melihat riak muka peserta yang terkejut dengan jumlah sampah ma­sing-masing, penulis menjeling bakul sampah sendiri di dapur.

Sama ada sedar atau tidak setiap orang membuang sampah setiap hari. Berdasarkan laporan berita pada 2012, rakyat negara kita membuang 22,000 tan sampah setiap hari; meningkat 10,000 tan daripada jumlah sampah pada 2011. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) menganggarkan jumlah sampah akan terus meningkat kepada 30,000 tan sehari menjelang 2020 sekiranya tabiat dan gaya hidup hari ini diteruskan.

Contoh terdekat ialah diri sendiri. Cuba perhatikan jumlah sampah yang kita buang setiap hari. Ini termasuk sisa makanan khususnya bagi individu yang memang ada tabiat jarang menghabiskan makanan di dalam pinggan.

Untuk mengetahui jumlah sampah (termasuk sisa makanan) yang kita hasilkan, cuba masukkan dalam satu bekas dan kumpulkan semua sampah di satu sudut rumah anda selama seminggu. Kita mungkin akan terkejut dengan jumlah sampah yang datang daripada tangan kita! Itu belum campur sampah yang dihasilkan oleh ahli keluarga lain.

Foto

BAHAN kitar semula yang cantik dijadikan hiasan.


Sebenarnya ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan penghasilan sampah. Semuanya bermula dengan diri sendiri, yang penting mesti ada kesedaran dan kesungguhan untuk bersama-sama menuju ke arah alam lebih bersih dan secara tidak langsung dapat mengurang­kan bebanan yang kita beri pada bumi.

Bagaimana hendak me­ngurangkan sampah?

a. Beli produk yang boleh digunakan semula berbanding pakai buang.

  • Gunakan sapu tangan atau tuala tangan di rumah untuk mengurangkan penggunaan tisu. Sapu tangan ini boleh dicuci semula sedang­kan tisu hanya boleh digunakan sekali.
  • Beli bateri yang boleh dicas semula berbanding bateri tradisional.
  • Kurangkan (jika boleh elakkan) penggunaan peralatan makan pakai buang khususnya jika meng­adakan jamuan. Memang leceh untuk mencuci pinggan, mang­kuk, cawan dan sudu garpu, tetapi kesukaran yang kecil ini memberi kesan besar kepada masa akan datang.
  • Bawa bekas air ke mana saja kita pergi bagi mengurangkan pembelian air minuman dalam botol atau pek (khususnya jika kita tiada usaha untuk mengitar semula botol plastik).
  • Beli snek dalam pek besar dan kemudian masukkan ke dalam bekas kecil (seperti balang kuih) supaya ia mudah dibawa ke mana saja hatta untuk dimasukkan di dalam beg tangan. Karung plastik yang sudah kosong itu jangan dibuang begitu saja, sebaliknya gunakan sebagai plastik sampah. Ia akan mengurangkan penggunaan beg plastik.

    b. Isikan semula.

  • Pernahkah anda terfikir kenapa kini ada banyak syarikat mengeluarkan produk dalam pek isian semula? Apakah tindakan anda? Adakah anda membeli pek isian semula ini (contohnya cecair mandian) atau tetap bertegas memilih produk dalam botol kerana rupanya lebih cantik?

    Anda boleh menyumbang kepada usaha me­ngurangkan sampah dengan membeli pek isian semula dan menggunakan balik botol sedia ada.

  • Bawa bekas air sendiri supaya anda boleh mengurangkan penggunaan gelas plastik atau kertas terutama jika pergi ke pasar tani atau pasar pagi dan malam. Ini juga secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan jumlah sampah yang bertaburan di tapak pasar seperti yang berlaku sekarang.

    Bahkan ada beberapa kafe terkemuka di negara kita sudah memulakan usaha ini dengan menawarkan potongan harga minuman kepada pelanggan yang membawa bekas air sendiri.

  • Ada beberapa negara di Eropah mula mengamalkan konsep yang mana setiap botol air minuman yang dipulangkan ke kedai runcit atau pasar raya akan dibeli semula pada harga tertentu (beberapa puluh sen). Langkah ini membuatkan penduduknya mula beringat dan memastikan mereka membawa balik botol minuman yang kosong itu untuk dijual semula. Bahkan jika membeli barang di kedai berkenaan, harga barang boleh ditolak dengan nilai botol kosong yang hendak dipulangkan.

    Kaedah ini mungkin masih jauh untuk diamalkan di negara kita, tetapi ia satu pendekatan yang amat menarik dan praktikal kerana dapat mengurangkan pembuangan botol minuman kosong di merata tempat.

    Selain itu, ada juga negara di Eropah yang menga­malkan konsep 'sewa' jag (dengan membayar deposit) sekiranya penduduk mahu membeli jus atau susu pada jumlah yang banyak. Deposit ini akan diserahkan semula kepada pembeli apabila mereka memulangkan jag berkenaan.

    c. Pelbagaikan kegunaan.

    Ini cara untuk mempel­bagaikan kegunaan satu-satu barang yang ada di rumah.

  • Jadikan kemeja-T atau tuala mandi lama sebagai kain pengelap. Bagi yang kreatif, anda boleh memotong tuala mandi yang lama ini kepada beberapa kepingan, jahit kelim di hujung­nya supaya benangnya tidak terkeluar. Anda boleh membalut bahagian hujung ini dengan kain perca supaya nampak cantik untuk dijadikan tuala mengelap dapur.
  • Potong botol minuman untuk dijadikan tempat meletak alat tulis terutama pensel dan pen anak-anak. Jika mahu cantik, boleh lekat­kan manik atau kertas warna pada badan botol. Selain menjimatkan dan mengajar anak untuk meng­gunakan barang de­ngan berhemah, ia boleh merangsang daya kreativiti mereka.
  • Jadikan kotak kasut sebagai bekas menyimpan barang kecil.
  • Anda boleh menggunakan tin biskut (sama ada bulat atau segi empat) sebagai bekas menyimpan barang jahitan. Ia bukan saja cantik malah tahan lama.
  • Jika anda mempunyai banyak kain perca, gunakan semula untuk membuat alas kaki yang cantik.

    d. Urus sisa makanan.

    Jadikan sisa makanan sebagai baja untuk tanaman anda. Caranya mudah saja iaitu beli beberapa beg tanah dan sedikit cacing. Masukkan tanah itu ke dalam satu bekas, lembapkan ia dan masukkan cacing.

    Kumpul sisa makanan dan hancurkan (boleh gunakan pengisar). Jika tidak hancur pun tidak mengapa. Tuang sisa makanan ini ke dalam bekas berisi tanah dan cacing tadi. Cacing di dalam tanah itu akan menjalankan proses seterusnya.

    Tanah ini akan menjadi tanah yang subur dan ia sesuai ditaburkan pada tanaman anda.

    e. Bertindak lebih jauh.

    Cadangan di atas ha­nyalah sebahagian kecil daripada apa yang boleh kita lakukan setiap hari. Sebagai tambahan, ada beberapa langkah yang boleh kita ambil untuk mengurangkan penghasilan sampah.

  • Letakkan beg guna semula untuk mengisi barang yang boleh dilipat di dalam kereta. Jadi anda boleh meneruskan kempen hari tanpa plastik dan tidak hanya terhad pada Sabtu pertama saja setiap bulan. Cari beg guna semula yang boleh dilipat kecil dan dimasukkan ke dalam beg tangan. Jadi anda boleh mengurangkan penggunaan beg plastik.
  • Bawa dan letak sepasang sudu garpu serta bekas makanan di pejabat. Anda boleh gunakan peralatan sendiri jika ada jamuan di tempat kerja.
  • Sentiasa bawa bekas makanan supaya ia boleh digunakan pada bila-bila masa sekiranya anda mahu membeli makanan untuk dibawa pulang ke rumah.
  • Gunakan semula kertas yang sudah dicetak sebagai kertas conteng atau digunting dan dikepilkan menjadi buku nota kecil.
  • Semua kotak sama ada produk kebersihan diri, kecantikan atau apa saja jangan dibuang. Sebaliknya kumpulkan ia dalam satu kotak besar supaya ia boleh dibawa ke pusat kitar semula apabila anda menjual akhbar lama. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/13
  • Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Setempat

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Setempat


    Rumah jiran meletup

    Posted: 12 May 2013 09:37 AM PDT

    Kuala Lumpur: "Saya pada mulanya terbau asap dan ingatkan ada orang membakar sampah di bawah pangsapuri, namun berasa ada sesuatu tidak kena selepas itu apabila terdengar bunyi gas bocor dari rumah sebelah," kata Nurfatin Ahmad, 22, seorang daripada mangsa kebakaran di Pangsapuri Sri Melaka, Taman Tenaga, di sini, semalam.

    Menurutnya, dia yang ketika itu bersama rakannya yang juga anak pemilik rumah keluar untuk melihat apa yang berlaku sebelum terkejut apabila terdengar letupan dari dapur rumah jiran mereka.


    "Malah, seorang wanita warga emas bersama anaknya yang tinggal dalam rumah itu turut keluar dari rumah mereka yang mula terbakar.

    "Kami yang panik berlari ke bawah sambil menjerit meminta pertolongan dan terkejut apabila melihat api mula marak serta merebak ke rumah rakan saya dan kediaman berhampiran," katanya.


    Nurfatin berkata, kejadian itu berlaku terlalu pantas dan dia tidak sempat menyelamatkan barangan dalam rumah.


    "Buat sementara waktu ini kami tinggal di dewan pangsapuri ini kerana rumah kami musnah teruk dan tidak boleh diduduki," katanya.

    Foto

    NURFATIN (kanan) mencari barang yang masih boleh digunakan dalam rumahnya yang terbakar, semalam.

    Dalam kejadian jam 5 petang itu, empat unit pangsapuri empat tingkat itu musnah namun tiada kemalangan jiwa.


    Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak, Mohd Ghazali Johari berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 5.07 petang dan bergegas ke tempat kejadian.

    Menurutnya, pihaknya tiba di tempat kejadian pada jam 5.14 petang dengan kekuatan lima jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak, Pudu dan tiga jentera daripada Jalan Hang Tuah.


    "Kami berjaya mengawal api daripada terus merebak 10 minit kemudian dan api dapat dipadam sepenuhnya 30 minit kemudian.


    "Kami juga difahamkan, seorang pemilik rumah iaitu wanita warga emas terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami kesesakan nafas selepas kejadian itu," katanya selepas tamat operasi memadamkan api kebakaran, semalam.


    Mohd Ghazali berkata, setakat ini jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/13
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: BeritaUtama

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: BeritaUtama


    2 Maut, 2 Parah Ditembak

    Posted: 12 May 2013 12:13 PM PDT

    NIBONG TEBAL: Dua lelaki maut, sementara dua lagi cedera parah dalam satu kejadian tembakan berhampiran lampu isyarat Bukit Tambun, di sini, sebentar tadi.

    Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam ketika empat lelaki yang menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Toyoya Hilux itu berhenti di lampu isyarat yang ketika itu berwarna merah, sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal lalu melepaskan beberapa das tembakan.

    Kesemua mereka yang parah kemudiannya dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya, namun dua daripadanya meninggal dunia sebaik tiba di hospital sementara, dua lagi dilaporkan kritikal.

    Keempat-empat mereka datang dari Melaka untuk menghadiri upacara perkahwinan rakan mereka.


    Sementara itu Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan kejadian terbabit dan dua yang maut mempunyai rekod jenayah lampau serta kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/13

    Trofi terakhir Ferguson

    Posted: 12 May 2013 11:33 AM PDT

    MANCHESTER: Perlawanan terakhir Alex Ferguson sebagai pengendali Manchester United berkahir dengan kejayaan 2-1, pada perlawanan Liga Perdana ke atas Swansea City, di Old Trafford, dan penyokong memberikan tepukan gemuruh penuh emosi buat pengurus paling lama berkhidmat dengan kelab itu, awal pagi tadi.

    Pemain pertahanan, Rio Ferdinand menyumbat gol kemenangan untuk juara hanya tiga minit sebelum perlawanan tamat, satu lagi jaringan lewat bagi meraikan perkhidmatan 26 tahun Ferguson buat kelab itu.

    Ferguson, pada perlawanan ke-1,499 menerima sambutan gemuruh daripada penyokong dan pemain kedua-dua pasukan ketika dia berjalan untuk mendapatkan pasukannya di dalam hujan.

    Dia kemudiannya memegang mikofon dan berkata: "Semua yang bersama kelab dan penyokong adalah pengalaman paling bernilai dalam hidup saya.


    "Terima kasih. Saya adalah pengurus yang bernasib baik untuk mengurus pemain terbaik. Mereka memenangi kejuaraan dengan begitu bergaya sekali. Tahniah kepada mereka.


    "Apabila kita melalui waktu yang sukar, semua bersama saya dan tugas baru anda ialah terus bersama pengurus baru (David Moyes)."

    Apabila Ferguson meninggalkan padang, pemain United masuk ke padang untuk menerima trofi Liga Perdana yang juga gelaran juara kali ke-20 buat kelab itu.

    Ketua pasukan United, Nemanja Vidic menerima trofi berkenaan tetapi kemudian dia menyerahkannya kepada Ferguson.

    Ferguson jelas membuktikan keberanian apabila mengetepikan penyerang Wayne Rooney daripada skuad yang kemudian mencetuskan spekulasi mengenai masa depan pemain itu.

    Pemain tengah, Paul Scholes, yang membuat kemunculan ke-717 dan terakhir untuk United, digantikan selepas 66 minit perlawanan berlangsung dan meninggalkan padang dengan tepukan gemuruh.

    Ryan Giggs, yang beraksi untuk Ferguson bagi kesemua 13 gelaran menggantikan rakan sepasukannya ketika Swansea bertali arus menyerang kubu tuan rumah tetapi United pula yang menemui gol kemenangan.

    Jelas sekali dengan suasana karnival dan hujan renyai di Old Trafford, United memberikan hadiah sempurna pada hari persaraan Ferguson dan Scholes. - Agensi

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/13
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Rap

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Rap


    Bosan pikul watak tipikal

    Posted: 12 May 2013 06:58 AM PDT

    WATAK hubu­ngan songsang memang tidak asing di Hollywood. Namun, tidak ramai pelakon tempatan yang berani me­lakonkan watak hubungan terlarang itu kerana ia belum di terima secara terbuka di kalangan masyarakat di sini.

    Ia sebaliknya bagi bintang muda meningkat naik, Siti Saleha yang bersedia menggalas cabaran bawa watak lesbian menerusi filem terbarunya yang juga genre aksi, seram dan thril­ler berjudul Tujuh arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin.

    Bagi pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris dan pemilik nama sebenar, Siti Saleha Mohd Baharum, 23 ini, dia terima tawaran bawa watak songsang itu kerana inginkan variasi dalam lakonannya.

    "Tidak terlintas untuk mencetuskan kontroversi atau cerita sensasi apabila saya terima tawaran watak sebegitu. Sebelum ini saya sering disogokkan watak baik, sebab itu saya tertarik dengan watak Tina yang dominan ini kerana ia menarik.


    "Saya tidak takut dengan tanggapan orang pada saya kerana berani melakonkan karakter sedemikian. Sebagai pelakon, saya perlu menyahut cabaran apa saja watak diserahkan kerana pengarah beri kepercayaan bawa watak itu kerana percaya saya mampu merealisasikannya mengikut skrip.


    "Watak yang di luar kotak kebiasaan seperti ini adalah peluang terbaik untuk saya mengukuhkan lagi nama dalam lakonan. Kalau ada pihak mengkritik, saya akan beritahu ia sekadar lakonan dan watak dalam filem semata-mata," kata­nya.

    Bukan saja watak, Saleha terima tawaran berlakon dalam filem itu kerana barisan pelakonnya yang mantap.

    "Barisan pelakon yang mewarnai filem ini rata-rata bintang muda meningkat naik dalam bidang hiburan seperti Johan A'sari, Aeril Zafrel dan Cristina Cempaka.

    "Selain itu, saya juga ingin menimba pengalaman bekerja dengan pengarah sinematografi terkenal seperti Raja Mukhriz menerusi sentuhan filem pertamanya ini. Saya tidak dapat mengulas lanjut pengalaman berlakon dalam filem ini kerana penggambaran belum dimulakan lagi," katanya.

    Selain filem Tujuh, Saleha baru selesai penggambaran filem pertamanya tahun ini iaitu Bikin Filem yang diterajui Bront Palarae dan Iedil Putra.

    Bagaimanapun, Saleha yang turut tercalon sebagai finalis Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 mengakui dia juga lebih selektif dengan karakter, skrip, pengarah dan produksi terbabit.

    "Misi saya ingin pergi lebih jauh dalam bidang lakonan. Maklumlah, ada banyak lagi filem lakonan saya yang belum ditayang­kan lagi kerana saya berlakon tidak putus menerima tawaran berlakon filem sebelum ini.

    "Baru satu saja filem lakonan saya yang sudah ditayangkan di pawagam iaitu Kerat 14 arahan Arjin Uppal bergandingan dengan aktor popular Aaron Aziz.

    "Ramai juga peminat suka lakonan saya dalam drama Ruby bergandingan dengan Sharnaaz Ahmad terbitan MIG sebelum ini.

    Kini, saya juga berlakon sepenuh masa selepas menamatkan pengajian Diploma Komunikasi Massa di Kolej Inti, Subang Jaya pada November tahun lalu," katanya.

    Walaupun sudah enam tahun membina nama dalam bidang lakonan, Saleha tidak kisah pergi uji bakat untuk watak ditawarkan.

    "Saya bermula dengan drama sebelum berlakon filem. Saya percaya tidak salah untuk saya buat uji bakat sebelum berlakon dan ia untuk kebaikan kedua-dua pihak.

    Filem lakonannya yang belum ditayangkan ialah Balada Pencinta, Mamat Cupcake, KL Zombie. Selain itu, dia juga baru habis penggambaran Memberku Hawa untuk Red Coms.

    Tidak ketinggalan, Saleha turut terbabit sebagai pengacara dalam program travelog sebanyak lapan episod Projek Gila untuk TV9. Seorang lagi hos untuk program ini ialah Elfira Loy.

    Apa yang menarik, Saleha berpeluang melakukan kerja yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini iaitu menjadi nelayan, menangkap ayam dan sebagainya lagi.

    Saleha selesa solo

    Sudah setahun Saleha memegang status solo selepas putus cinta buat kali kedua de­ngan jejaka Inggeris. Sebelum ini, adik kepada vokalis Sam Bunkface ini putus cinta dengan penjaga Gol Sabah, Syed Adney Syed Hussein, tiga tahun lalu.

    Namun, sampai hari ini, pelakon jelita ini masih belum bertemu pengganti untuk mengisi kekosongan hatinya. Mungkinkah Saleha sangat selektif memilih teman hidup sebagaimana pemilihan karakternya dalam lakonan?

    "Memang saya agak selektif dalam mencari teman istimewa. Kalau saya tak minat dengan seseorang, saya akan putuskan begitu saja hubu­ngan itu.

    "Buat masa ini, saya lebih selesa bergelar solo. Kawan-kawan memang adalah tapi hubungan itu tidak ada komitmen pun," katanya yang berasal dari Klang, Selangor.

    Apapun, kata Saleha, dia ingin fokus pada karier seninya yang semakin sebati dalam dirinya.

    "Biarlah fokus utama saya pada karier seni dulu kerana perjalanan saya pun masih jauh lagi," katanya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/12

    Muzikal Chow Kit Road! Chow Kit Road! hebat

    Posted: 12 May 2013 06:16 AM PDT

    Teater Muzikal Chow Kit Road! Chow Kit Road! yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 10 Mei lalu ternyata berjaya mengimbau semula rangkaian lagu popular dendangan penghibur legenda, Datuk Sudirman Haji Arshad selepas 20 tahun pemergiannya.

    Pementasan arahan pengarah terkenal Saw Teong Hin ini turut diterajui nama besar di pentas teater seperti Adibah Noor (Datin Jamilah), Shantini Venugopal (Dimple) Tony Eusoff (Tokoo) Junji Delfino (Jelita), Anding (Ilham) dan Nadia Aqilah Bajuri (Maya).

    Hati pasti tersentuh dengan rangkaian 20 lagu merdu dendangan Sudirman yang digubah semula iaitu Chow Kit Road! Chow Kit Road!, Punch Card, Aku Penganggur, Aku dan Perasaanku, Kul-It!, Kerana Mata, Pertemuan Abadi, Cahaya Hidupku, Merisik Khabar, Pesta Dunia, Aku Penghiburmu, Di Dalam Sepi, Warisan, Milik Siapakah Gadis Ini, Ke Dunia Baru, Pelangi Petang dan Basikal Tua.

    Barangkali ada lagu Sudirman yang jarang kita dengar tetapi sebagaimana yang kita sedia maklum, Sudirman memang cukup dikenali dengan lagu-lagunya yang menggambarkan semangat patriotisme pada negara.


    Barisan tenaga yang terbabit dalam pementasan ini juga bukan calang-calang seperti Sabera Shaik (produser), Pat Ibrahim (koreografer), Guna & Rathimalar, Jamie Wilson (pengarah muzik), Amry Ruhayat (penulis skrip bersama Teong Hin).


    Mereka yang membesar dengan lagu-lagu dendangan Sudirman pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menonton pementasan hebat ini. Bukan saja rangkaian lagu-lagu Allahyarham yang mengimbau kenangan, lakonan, vokal dan gerak tari barisan pelakonnya yang mantap pasti meninggalkan kesan mendalam pada penonton.

    Walaupun namanya kurang dari segi komersial, penampilan Anding yang membawa watak Ilham, si budak Chow Kit nampaknya tidak menghampakan penonton. Selain vokalnya yang semakin baik, Anding turut berjaya menampilkan sisi gelap Ilham, anak yang derhaka kepada ibunya.

    Penampilan Tony yang membawa watak penagih dadah (Tokoo), Adibah Noor (watak Datin Jamilah) dan Nadia Aqilah (Maya) memang menyerlah dengan kekuatan lakonan dan vokal mereka yang hebat. Watak lain yang tidak kurang menariknya ialah Dimple (pondan) dan Jelita (pelacur tua) yang menguatkan lagi jalan cerita pementasan ini.

    Secara kesimpulannya, penulis melihat pementasan ini berjaya mencapai mesejnya dalam menyerapkan elemen positif pada masyarakat Chow Kit di Kuala Lumpur.

    Kalau adapun kekurangan yang perlu diperbaiki ialah dari segi props yang kurang menggambarkan suasana sebenar di kawasan Chow Kit yang memang kita tahu sebagai sarang pelacuran dan penagih dadah. Pihak produksi juga nampaknya tidak menggunakan ruang pentas di Panggung Sari yang besar itu dengan sebaik mungkin hingga pentas nampak agak kosong.

    Mungkin ia membabitkan kekangan dari segi bajet.

    Apapun, usaha Masakini mengangkat naskhah mengenang penghibur legenda Sudirman ini wajar dipuji kerana mementaskan satu lagi naskhah berkualiti khusus untuk penggemar teater muzikal sekali gus generasi muda dapat mengenali Alalhyarham dengan lebih dekat lagi.

    Pementasan ini menceritakan mengenai Ilham, anak muda yang hidup di Chow Kit membidas sekumpulan anggota persatuan kebajikan yang datang untuk membantu. Ketua persatuan itu, Datin Jamilah (Adibah Noor) kemudian menyahut cabaran untuk mengubah nasib Ilham.

    Bagaimanapun, Jamilah mengenakan satu syarat iaitu anggota persatuan perlu bersetuju untuk menderma bagi projek kemasyarakatannya jika dia berjaya mengubah pemuda itu. Selepas berubah, Ilham pula menyedari dia hanya diperalatkan mereka.

    Bagaimanapun, ia merumitkan keadaannya apabila dia jatuh cinta dengan anak Jamilah iaitu Maya.

    Selain jalan ceritanya, teater tersebut turut sarat dengan nyanyian dan tarian yang menggunakan lagu Sudirman.

    Muzikal terbitan Masa kini Theatre Company dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

    Pementasan hebat ini akan dipentaskan sehingga 26 Mei nanti di Panggung Sari, Istana Budaya. Harga tiket untuk menyaksikan pementasan ini berharga RM170, RM110 dan RM55. Tiket boleh dibeli di Box Office Istana Budaya, www.ticketpro.com.my. Keterangan lanjut mengenai pementasan ini sila layari www.masakinitheatre.com.my.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/12
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Global

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Global


    Lauren dituduh rampas suami

    Posted: 12 May 2013 09:09 AM PDT

    London: Aktivis keamanan Britain yang memeluk Islam beberapa tahun lalu, Lauren Booth, dituduh sebagai perosak rumah tangga, lapor media semalam.

    Wanita terbabit, Faiza Ahmed, kini menumpang di rumah saudara kandungnya di Texas selepas meninggalkan Stockport, Greater Manchester apabila perkahwinannya dengan Sohale Ahmad bermasalah.


    Faiza dan Sohale menjadi suami isteri kira-kira 16 tahun lalu.

    Faiza, 37, berkata Lauren yang juga adik ipar Cherie Blair telah mengkhianati Islam.


    "Lauren secara terbuka berlaku curang dengan Sohale di depan saya, menghabiskan masa menyambut Ramadan dan Aidilfitri bersama dan kini mereka berkahwin secara rahsia," katanya. Bercakap kepada media semalam, Faiza berkata, Lauren bertanggungjawab menghancurkan rumah tangganya.


    "Anda tidak boleh sekadar memakai hijab dan mendakwa seorang wanita Muslim yang baik.

    Foto

    FAIZA bersama Sohale dan dua anak mereka pada 1994. Gambar kecil, Lauren Booth.

    "Islam menetapkan sempadan antara lelaki dan wanita, selain menyayangi dan menghormati wanita," katanya. Bagaimanapun, kata Faiza, Lauren datang ke rumah mereka sebagai tetamu Sohale dan merampas suaminya secara terbuka.


    Kata Faiza, perangai Lauren mengejutkannya serta wanita lain.

    Pendedahan Faiza itu dianggap tamparan kepada Lauren, 45, yang mengumumkan pernikahannya melalui Facebook minggu lalu. Kenyataan itu dibuat sebagai susulan kepada jenaka Lauren di laman sesawang sosial itu yang mendakwa dia sedang "memburu seorang suami." Dalam jenaka itu, Lauren menulis: "ejen Mossad, peminum arak, badut CIA, lelaki tidak solat dan kedekut tidak perlu memohon." Ketika bercakap kepada media semalam, Faiza berkata, rumah tangganya dengan Sohale, 49, bermasalah apabila suaminya itu menghabiskan banyak masa untuk aktiviti amal Islam yang membabitkan Lauren. "Saya tahu mereka rakan kongsi dan Sohale menganggap Lauren sebagai kakak," katanya.


    Sohale bertemu Lauren kali pertama ketika wanita terbabit menumpang di rumah keluarganya pada Mac 2012. - Daily Mail

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/12

    Siswa bawa periuk disoal siasat FBI

    Posted: 12 May 2013 09:05 AM PDT

    Lansing (Michigan): Seorang mahasiswa dari Arab Saudi disoal siasat ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) selepas ada orang awam melihat lelaki terbabit membawa periuk tekanan tinggi.

    Bimbang Talal al-Rouki seorang pengganas, jiran kemudian menghubungi pihak berkuasa.


    Menurut laporan media semalam, penduduk setempat tidak mengetahui Talal sebenarnya membawa periuk berisi nasi tradisi Arab digelar kabsah yang dimasak di rumahnya.

    Talal kemudian membawa periuk itu ke rumah rakannya untuk menikmati hidangan berkenaan bersama-sama. FBI mengambil sikap sangat berhati-hati ekoran serangan bom di Boston baru-baru ini.


    Akhbar Arab Saudi, Okaz melaporkan, ejen FBI menyerbu blok apartmen yang menempatkan rumah Talal.


    Dengan rumah itu dikepung, Talal didakwa kelihatan "gementar" dan meminta kebenaran untuk disoal siasat.

    Talal berkata, ejen FBI bertanya mengenai kursus yang diikutinya, tarikh tiba di Amerika Syarikat dan apa aktiviti dilakukan ketika masa lapang. Sumber polis berkata, dua hari sebelum itu ada orang melihat Talal meninggalkan rumahnya membawa periuk tekanan tinggi. Akhirnya kekeliruan itu diatasi selepas Talal menunjukkan periuk yang digunakannya untuk memasak kabsah. - Daily Mail

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/12
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Arena

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Arena


    Ramdan takluk Slovakia

    Posted: 12 May 2013 08:57 AM PDT

    Kuala Lumpur: Liew Daren yang dikatakan mampu menjadi pengganti kepada pemain nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei kini perlu berhati-hati dengan kebangkitan pemain muda negara Misbun Ramdan Misbun yang membuktikan dia kini berada di kelas tersendiri apabila mula merangkul kejayaan ketika langsung tidak disandarkan harapan bergelar juara pada usianya yang masih muda.

    Pemain berusia 22 tahun meneruskan rentak kemenangannya dan terus dahaga memburu gelaran juara selepas menjuarai Kejohanan Antarabangsa Terbuka Portugal, mudah membelasah lawan untuk bergelar juara Terbuka Slovakia, semalam.


    Kejuaraan kedua milik juara kebangsaan itu hadir dalam tempoh 25 minit menundukkan lawan dari Perancis Lucas Corvee, 21-11, 21-12.

    Diletakkan sebagai pilihan pertama kejohanan, Ramdan memulakan langkah menguasai set pertama apabila mengamalkan corak menyerang untuk menguasai setiap inci gelanggang.


    Menduduki ranking ke-60 dunia, Ramdan langsung tidak kekok untuk terus mengekalkan corak permainan pantas untuk menguasai set kedua, 21-12 seterusnya merangkul gelaran antarabangsa kedua.


    Dia sebelum itu merangkul kejuaraan pertama kejohanan senior antarabangsa apabila menewaskan pilihan utama Pablo Abian dari Sepanyol di final Kejohanan Antarabangsa Terbuka Portugal, April lalu.

    Foto

    RAMDAN amal taktik menyerang.

    Ramdan mula menunjukkan tanda-tanda akan menjuarai lebih banyak kejuaraan dan akan terus menyertai kejohanan berstatus Cabaran Antarabangsa bagi membiasakan diri dengan kejuaraan di peringkat rendah selain meningkatkan lagi keazaman seseorang pemain untuk memburu kejuaraan lebih tinggi.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/12

    'Santapan' Alonso

    Posted: 12 May 2013 08:53 AM PDT

    Barcelona: Fernando Alonso muncul juara Grand Prix Sepanyol di depan penyokong sendiri semalam sekali gus merapatkan jurang dengan pendahulu kejuaraan pemandu Sebastian Vettel.

    Dengan kejayaan itu, Alonso yang juga juara dunia dua kali, kembali berada di landasan tepat untuk merebut takhta kejuaraan Formula Satu.


    Pemandu Finland Kimi Raikkonen menyambar tempat kedua buat kali ketiga berturut-turut sementara rakan sepasukan Alonso, Felipe Massa, ketiga.

    Ia kemenangan kedua Alonso di Barcelona selepas kali terakhir muncul juara pada 2006.


    "Kemenangan ini sangat istimewa kerana ia berlaku di hadapan penyokong sendiri.


    "Perlumbaan ini seperti terlalu lama kerana saya tidak sabar untuk menamatkan perlumbaan ini secepat mungkin," kata Alonso.

    Pada perlumbaan malam tadi, hampir kebanyakan pelumba memilih untuk menggunakan strategi empat hentian pit berikutan masalah berterusan mengenai tahap ketahanan tayar Pirelli.


    Hanya bermula di petak kelima, Alonso masih mampu memenangi perlumbaan buat kali kedua musim ini sekali gus menyaksikan Ferrari mampu memberi cabaran kepada juara bertahan Red Bull.

    Alonso nyata lebih pantas berbanding Vettel sepanjang perlumbaan yang menyaksikan juara dunia tiga kali berturut-turut itu sekadar menamatkan perlumbaan di tempat keempat.


    Rakan sepasukan Vettel, Mark Webber yang masih gagal memperbaiki hubungannya dengan Vettel, di tangga kelima.


    Dengan kemenangan semalam, Alonso menduduki tempat ketiga senarai pemandu dengan mengumpul 72 mata, ketinggalan 13 mata di belakang Raikkonen.


    Vettel masih unggul memimpin saingan dengan mengumpul 89 mata, empat mata mengatasi Raikkonen. - AP

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/12
    Kredit: www.hmetro.com.my
     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved