Khamis, 13 Oktober 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Mana baki RM135,000?

Posted: 12 Oct 2011 11:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga kerugian lebih RM135,000 apabila mendakwa ditipu seorang lelaki yang mengaku ejen jual beli kereta terpakai ketika mahu menjual keretanya, 17 September lalu.

Difahamkan, mangsa, Hairulnizam Hamzah, 30, menyedari ditipu seminggu kemudian apabila gagal menghubungi lelaki yang dikenali sebagai Nazri, 40, bagi menuntut baki wang pembelian kereta BMW miliknya sebanyak RM135,000.


Menurutnya, dia hanya dibayar RM10,000 secara tunai oleh lelaki terbabit ketika datang mengambil kereta itu di rumahnya di Bandar Seri Permaisuri. "Saya ingin menjual kereta dan Nazri menawarkan diri untuk membeli seterusnya menyelesaikan segala dokumen memandangkan dia ejen jual beli kereta terpakai.

"Dia datang bersama seorang lagi lelaki bergelar 'Datuk' didakwa sebagai majikannya untuk mengambil kereta sambil mengarahkan saya mengisi dokumen pertukaran pemilik.


"Selepas seminggu menunggu, saya mula curiga dengan Nazri kerana tidak mendapat sebarang panggilan berkaitan proses jual beli berkenaan," katanya ketika ditemui di Wisma MCA.


Katanya, dia pergi ke pejabat Nazri di Kota Kemuning, Shah Alam, namun hampa apabila mendapati premis berkenaan berkunci dan seolah-olah sudah lama tak beroperasi.

"Saya risau pihak bank akan menyenarai hitam nama saya apabila tidak menjelaskan hutang pinjaman pembelian kereta berkenaan yang masih berbaki," katanya.


Sehubungan itu, Hairulnizam membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan pada 27 September lalu.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Wilayah Persekutuan, Banie Chin, berkata setakat ini pihaknya menerima lebih dari 15 aduan berkaitan penipuan penjualan kereta terpakai.

Full content generated by Get Full RSS.

Akur pindah ke Bazaria Pantai

Posted: 12 Oct 2011 11:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Peniaga di Bukit Angkasa akur apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memulakan operasi merobohkan premis perniagaan mereka sejak Jumaat lalu selepas notis arahan berpindah dikeluarkan.

Difahamkan, peniaga diarah berpindah secara berperingkat ke Pusat Penjaja Bazaria Pantai kerana dipercayai sudah menerima kunci premis baru berkenaan.


Walaupun ada peniaga gembira kerana lokasi baru itu menguntungkan mereka, ada juga yang mendakwa menerima kesan apabila mendapati kehilangan pelanggan di samping beberapa masalah lain.

Pekerja bengkel motosikal, Pheng, 53, berkata, walaupun gembira berpindah ke lokasi baru, ia agak tidak selesa.


"Keadaan gerai yang sempit menyebabkan kami terpaksa menggunakan kawasan parkir untuk dijadikan tempat membaiki motosikal. Kami tahu ia satu kesalahan, tetapi jika tidak berbuat demikian bagaimana mahu menjalankan perniagaan dengan ruang terhad.


"Bukan itu saja, kami juga terpaksa bekerja dalam keadaan panas kerana tidak disediakan ruang khas untuk dijadikan tempat membaik pulih kenderaan rosak," katanya ditemui semalam.

Peniaga makanan, Ahmad Fikri Hamdi, 25, berkata dia bimbang kehilangan pelanggan jika berpindah ke fasa kedua bazaria berkenaan yang dijangka beroperasi pada tahun depan.


Manakala bagi peniaga alat telekomunikasi, Meor Zainuddin Meor Ariffin, 22, berkata dia gembira sejak dua bulan berpindah ke tempat itu kerana mendapati perniagaannya semakin laris dan menjadi tumpuan penduduk dan pengguna di laluan berkenaan.

"Berbanding gerai dulu, agak sukar untuk kami mendapat pelanggan. Tetapi, sejak berpindah ke sini perniagaan semakin baik dan boleh dikatakan keuntungan berlipat kali ganda," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


‘Kuliah’ seks empat gadis

Posted: 12 Oct 2011 12:13 PM PDT

KUALA LUMPUR: Empat gadis bakal bergelar jururawat yang ponteng kuliah di sebuah kolej swasta di Klang, Selangor, sejak beberapa hari lalu, ditahan selepas didapati 'berpesta seks' bersama pasangan masing-masing di sebuah bilik asrama kolej berkenaan, malam kelmarin.

Dalam serbuan dilakukan pengurusan kolej berkenaan jam 7 malam, dua daripada pelajar perempuan terbabit dilaporkan dicekup dalam keadaan separuh bogel dan dua lagi berpakaian lengkap, manakala empat lelaki berusia awal 20-an bersembunyi dalam tandas asrama kolej.

Difahamkan, biarpun menyedari pemeriksaan mengejut dilakukan pihak pengurusan kolej, keempat-empat lelaki terbabit gagal menyelinap keluar menyebabkan mereka bersembunyi di dalam tandas bagi mengelakkan dicekup, namun gagal.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, pihak pengurusan kolej menerima banyak aduan salah laku keempat-empat gadis terbabit daripada pelajar lain dan pensyarah sejak seminggu lalu.


"Antara salah laku yang dilaporkan ialah tidak hadir kelas dan sering membawa lelaki masuk ke asrama sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pelajar lain.


"Rentetan daripada aduan berkenaan, satu pemeriksaan mengejut dilakukan pihak kolej selepas dimaklumkan terdapat empat lelaki dipercayai kekasih kepada keempat-empat pelajar terbabit menyelinap masuk ke asrama kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin)," katanya.

Menurut sumber, pemeriksaan yang dilakukan empat kakitangan terdiri daripada pihak pengurusan kolej yang diiringi anggota polis itu membuahkan hasil apabila keempat-empat lelaki terbabit ditahan ketika bersembunyi di dalam tandas asrama berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Komen Anda

Hantar pendapat anda mengenai isu yang dipaparkan dalam artikel ini :

Terima kasih diatas penyertaan anda. Harian Metro berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
Bakal jururawat jd juru maksiat....

augustine ogos

Buatlah sesuatu...Asingkan penginapan lelaki dan perempuan...sekurang2nya sedikit usaha sudah kelihatan untuk membendung gejala gila ini.

Abu Alghazali

biase la tu,name remaje.senang cite,nk sedap khwn kn dieorng.laki dgn puan sama je,tuhan yg bg nafsu tp xblh nk control..

king

Nie semua tanda Akhir zaman ..malaise berleluasa...

Aji dollah

Pelajar zaman sekarang bukan macam dahulu mereka dah banjak berubah dari segi adat. Mereka dah tak ada maruah. Saya cadangkan pihak ibu bapa perlu megambil berat tentang isu ini......

Rina

jika kamu jahat....jgn la kamu tidak hormat pada waktu-waktu.....solat...7ptg...waktu magrib.....sedar la wahai....kaum2 adam dan hawa

talib

astafirrullahalazim....la hau la wala ku wata illa billah....nauzubillah...sesungguh nya hanya Allah yg maha mengetahui sesuatu...semoga Allah mengampunkan dosa mereka dan kita juga....

mamavoge

budak-budak zaman sekarang memeng ssh nk di kawal. lelaki dengan cara lelaki perempuan dengan cara perempuan langsung tak pandai nak jaga diri... seolah-olah baginya tak ada dosa@pahala dengan setiap apa yang dibuat. diaorng nie spesis yang pentingkan diri sendiri kot... langsung x pandai nk jg maruah diri sendiri apatah lah nk jaga maruah org tua diaorng... mcamna la reaksi mak bapak diorg bila th perangai ank2 diorg mcm ni...malunye... tp bdk2 tu ada pikir ke semua tu..!!!

Eida saliIm

bukan malu saja, malah ingat DOSA , kesian ibubapa awak tu

shi shi

Sedih lihat kejadian maksiat merata2 dan makin menjadi2 sekarang ni...moga2 segera bertaubat sebelum terlambat...

insan terharu

ngok ler sape yg gatal s'bnarnya ne law bkn bdk2 p'puan ni...xkn jantan2 berani nk masuk kolej law x d'ajak...naper murah sgt harga dir?? mahal laie tandas awam...asyik nk sedap jer...nnti rmai laie yg buang anak..x takut ker ngan DOSA??? kesian mak bapa d kg..m'hrp k'jayaan tpi p'ghinaan lak yg d terima...tercalar maruah n harga diri ibubapa..biadap pnya anak langsung x taw m'ghargai p'gorbanan ibubapa.... hukuman SULA laie baik wat mereka ne....

MaMie rd

INGAT LAH WAHAI MANUSIA KITA NI TINGGAL DI AKHIR ZAMAN DAH,BILA-BILA JE TUHAN AKAN AMBIL NYAWA KITA..INGAT LAH SEKSA KUBUR YANG AKAN SEMUA MANUSIA TEMPOHI..ALLAHHUAKBAR....

Eismael

dunia dah akhir zaman..negara kita pun akan jadi mcm negara barat kalau moral dan ugama tak menjadi kayu pengukur dalam diri..jadi sama samalah kita menjaga adab dan ketatasusilaan dalam mengharungi kehidupan yang pancaroba ini....saya menasihati diri saya dan kalian semua semoga di lindungi oleh RAHMATNYA...wassalam

myzan

jangan salah orang salah diri sendiri pasal apa yang hendak dilakukan bermula dengan diri sendiri

pak aji

kenapa bodoh sangat perempuan2 ni,dah gatal sangat ka yg kt bawah tu...

entahla

GonG wada GonG!.. mak bapak abis banyak duit wat masuk kolej 2. jururawat tak guna! lebih baikk pecat dan blah. elop jadi tukang sapu sampah baru sesuai n taste yg sempurna. lebih sempurna dari 'buat kek' kat kedai 2. insaf lah 4 'EKOR' Jururawat 2!! :(

Min Nea Yoon

bila iman da xde yang haram la yang paling nikmat. setan plak meloncat mengeliat. ...

geng masjid

bazir duit mak bapa..bgus dorg ni jd pelacur ja! kin malu prmpuan!!

Ms Simple

Ni nak belajar jadi nurse ke nak jadi GRO??? Nauzubillah, harap-harap mak bapak dapat ler pantau-pantau anak-anak mereka sebaik-baiknya. Ini nak pegi belajar ker... atau gatal sangat nak kahwin. Kalau dah cukup syarat tu kahwin kan ajer. Kalau yang nak jadi nurse ni mungkin pandai bab pil perancang dan cara guna kondom... takut yang lain tu mungkin kurang pendedahan. Kita dah tak sanggup lagi baca berita pasal buang bayi merata-rata daaah.

Toman Naga

jika hukum Allah(hudud)masih tidak dilaksanakan maka inilah akibatnya maksiat bermaharajalela...

amalmakrufnahimungkar

inilah masalah remaja zaman sekarang, ibu bapa di kampung berdoa dan berharap anak-anak mereka menjadi insan yang berguna tetapi mereka tidak sedar bahawa anak-anak mereka menjadi seorang yang tidak berguna kepada bangsa dan negara. disebabkan peragai yang melampaui batasan malu ibu bapa, sanak saudara dan pihak pengurusan kolej. wahai bangsa ku majulah akal fikiran jangan jahil akal fikiran mu. kenangkan lah kesusahan ibubapamu. salam..............

ady

mak ayah suruh belajar , mengharapkan kejayaan kita, ingin melihat segenggam ijazah. tapi manusia mudah alpa dan terikut kehendak nafsu.

ain rashid

apa yg anak - anak teruna itu buat buat malu ibubapa dan keluarga dan kita orang islam .

amr

kesian-kesian..pikir la dulu sebelum buat.jagan pikir seronok. alhamdullillah,
makin bertambah lar dajal fan club,
senang, dah xpayah nak beli tiket masok neraka..

amy ijat

anak2 mda zaman ni tahu nk bersedap2 je

remaja berkaliber

ape nak jadi laa budak2 skrg..mana pergi nya pihak berkuasa jakim??bertindak sebelum ramai lagi yang melakukan kegiatan yang sama

Aqiem

erhmmm... biasa la ank muda remaja sekarang dah x fikir dosa pahala pn. klu xnk blaja x pyh ar nk cemar kan nama asrama plk. wat malu je pn. cian mak bapak korang htr g blaja nursing tp lain plk yg di blajanye..

zarieta

pada kwn yg dok komen jgn sedap mulut berkata nanti terkena btg hidung sndiri nk kata apa? tak terkata dek mulut...jgn la nk menuduh, menuding jari pd mrka, setiap mahluk allah melakukan kesilapan x kira tua/muda, jahat / baik. bagi adik2 diluar sana jgn la ikut kata hati nanti merana diri.baik buruk ditangan sendiri..

ct hajar

anak2 mda zaman ni tahu nk bersedap2 je

remaja berkaliber

apa nak jadi la dgn diorg semua ni..kalau agama tak dijadikan panduan macam ni la...

adam

dunia dah akhir zaman manusia tidak takut pada apa yang allah janjikan diatas kekufuran mereka. Jadi sokonglah HUDUD kerana hukuman kepada mereka ini akan menginsafkan anak-anak kita yang akan meningkat remaja nanti.Takutkan mereka dengan hukuman yang telah disampaikan oleh allah kepada mereka....

khairul

Harap Dapat Menjadi Pengajaran Kepada Yang Masih Bebas Berpesta Seks Di Luar Sana...Terlepas Di Dunia, Tetapi Tidak Di Akhirat...

Raffique Ason

memang x senonoh,memalukan imej nurse2 di malaysia

fazira

Tolong berikan nama pelajar-pelajar yang terbabit . Saya nak ajar dia org nie.

Ruslin

Kerajaan bagi kemudahan untuk belajar & peluang pekerjaan tetapi tidak dihargai. Memburukkan nama jururawat sahaja, tidak pandai bersyukur.

Karl

apa lah nak jd dgn dunia skrg.harap kan gaji je nak lebih.tp moral hancur

cik sue

masalah ini berpunca daripada tiada didikan agama..

zareze

kerana perbuatan segelintir bakal yang bergelar jururawat....belum jadi jururawat sudah kena rawat.Bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.kerana 4 orang ni..semua terpalit sama...institusi kejururawatan menjadi kotor dan dipandang tidak baik oleh masyarakat.Pihak terlibat kena ambil tindakan yang serius dan tidak menyusahkan pelajar pelajar lain.

Ahmad Jamri Mohd Piah

dak nursing dh xde kerja tula kerja..

adli husainn

ini baru yang duduk hostel, bagaimana pula pelajar2 kita yang duduk rumah sewa?? huhu..

pakmattempe

Kesian mak bpk dorg ni tau...

Aqua rani

menarik...

hairey1977@yahoo.com

tu la dia...nk sedap sekejap je...x pikir masa akan datang...masyaALLAH

EPOL

Dalam banyak banyak pihak, pemerintahlah yang banyak kuasa untuk bertindak dan membetulkan keadaan selain mak bapak dan masyarakat tapi malangnya pemerintah campak kuasa dia dalam bakul sampah sbb kadang-kadang diaorang pon tumpang semangkok dalam kebejatan moral hari ini. Ingat, selain pelaku, andalah antara pihak utama yang akan di LAKNAT Tuhan bila sampai waktunya kelak.

husin bin othman

Teruskan pemantauan dan program moraliti harus dibuat sebagai langkah mencegah.

Sufizal Shuhaimi

gila punya keja.....xda guna ckitpun wat keja camtu....xda rasa malu langsOng ka?

Widmie Wida

memalukan.....

fatin waheeda

hurm kena selalu buat rondaan dekat area asrama nanti org luar pun takut nak masuk

hana debab

bodoh dan bangang yang patut diberikan kepada empat gadis ini.mensia-siakn harapan ibu bapa mereka

diver serbaneka

sungguh memalukan..reputasi jururawat di negara ini kian tercemar..tidak cukup dengan kes kecuaian jururawat di klinik swatsa atau kerajaan sehingga menyebabkan kematian atau pesakit menderita sepanjang hayat ini di tambah pula isu moral jururawat. Persoalannya sekiranya jururawat sedia ada atau bakal jururawat ini bertugas adakah mereka mampu berkhidmat dengan baik jika moralnya sangt rendah?sedangkan halangan yang mendatang lebih hebat dugaannya berbanding masalah dalaman mereka? Semoga mereka diberikan petunjuk..InsyAllah

nixaire ejaire

memalukan mak bapak..tggung r smpai 7 keturunan

aishah norizan

di harap ada yang memuji tindakan mereka yg brpesta seks.. Sbb mereka ini selain melayan nafsu serakah mereka jgk ingn d puji oleh masyarakat dgn aktiviti yang bukan menunjukkan sbgai seorang pelajar... Hahaha 'pelajar yang kurang ajar' best tu kalau menginap d hotel besi dan d pakaikan gelang silver hehe

Lan

Ok lah tu, dia orang bukan apa tengah nak wat praktikal le tu, kan dia orang juru rawat so dia orang kena la wat praktikal mengkaji struktur tubuh lelaki dewasa.

Sham

Apa nk jd dengan budak zaman sekarang..

maria

sungguh memalukan dan mencemarkan maruah diri

airen alia

ape nak jadi dgn budak2 zaman sekarang,,..,macam dahtak ada harga diri,.,.,sedih dgn ape yang berlaku sejak akhir2 ini,,.,,

linda

memalukan kaum jururawt je wt prangai cm 2....so,owg kn pkir jururawt n xbmoral...ap kejedah lol bdk2 zman skg n...mmg xbmoral langsung!!1

jururawat terkilan

senang2 bawak masuk lelaki dalam hostel..?
warden tak buat kerja ke?

mia amira

anak muda sekarang ramai yang dah hilang sifat malu.. tergamak bawa laki masuk hostel.. ingat la kt mak ayah kt rumah mgkin itu dapat halang anda dari maksiat.

suhhhada jusoh

kesianya la...mak ayah anta belajar tingi2..sok dah gaji besar leh bantu mak ayah plak..tapi cuma bagi malu besar jer kat diorang

ct

semakin menjadi2 kes remaja di bwh umur.. mash sklh lg dh ade skandal.. tggulag hbs sklh dluu

nour erma isyanty bt ahmad suhaime

Saya merasa perbuatan tidak senonoh berkenaan dilakukan oleh golongan pelajar yang tidak mahu belajar lagi, lantaran itu menjadikan kolej sebagai batu loncatan untuk lari dari kampung halaman masing-masing bagi lari dari tanggungjawab menolong ibubapa di kampung, sila beritahu nama dan negeri asal mereka semua.

Anthony anak Petol

memang patut dan patut disiarkan muka sekali.tapi apapun,masalaah zaman sekarang susah dibendung walau bagaimana tegas pun kita mengawalnya.biar je mereka tu menyesal di akhir hari.dah tangkap tu nak buat apa pula?apa hukuman nya?digantung kelas?kalo disebat x mungkin kan?biar je

Bereng is playing poker!

hamek ko!!!

Faizal bin Ahmad

harap mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan agar tidak meningkatkan lagi sosial xtvt di kalangan pelajar IPTA / IPTs

ABELAH

tak ada sifat malu ke dalam diri dieorang ni..sungguh memalukan.

zuraini bt mohammad

pe nk jd la dgn diorg nie terlebih pandai sgt...nie dikatakan nk hidup bebas dr mak bapak senang nk sosial dgn bf nk hidup bebas xde org ambil tau.pastu dh mengandung mak bapa gak dicari xpun buang jer..senangnye hidup manusia bila syaitan duk tgh2..patut pun diadakan HUKUM HUDUD bia diaorg nie sume tau.....subahanallah.....

ummi

smekom sy disini ingin beri komen tentang pelajar diatas...mak bapak sudah menghabiskn duit untuk tengok anak berjaya...adakah ini balasan anak kepada mak bapak..apa bodoh sangat buat benda mcm 2...blajar tinggi2 jadi doktor ini korang balas blk dgn jasa mak bapak korang.....

muhammad nazreen b. zulyusri

pa nak jadi la manusia zaman la nie...
zina berleluasa..
da x takut azab allah

anynomous

hilang sudah arah petujuk,agama diletakan ditempat yg paling bwh maksiat dan kemungkaran sentisa diijunjung......
keruntuhan moral ! keruntuhan moral.

AKRAM

untung la kowg 2 'pesta seks' haishhh pk tuhan n family

ickbarlfickriey

wow.... hebaklah mu

mulani

amat2 memilu kan sebagai umat islam,umat akhir zaman kita perlu ingati apa yang berlaku dan tanda2 telah banyak berlaku

mohdazyus

Amat meyukai artikel semasa yg disiarkan di Harian Metro

zainol

amat2 memilu kan sebagai umat islam,umat akhir zaman kita perlu ingati apa yang berlaku dan tanda2 telah banyak berlaku

mohdazyus

ape nak jadi budak2 zaman sekarang ni,mak ayah antor untuk belajar nak tengok anak tu berjaya..tapi ini yang di balas

pokoksena

bila nafsu menguasai akal, manusia ini hilang pertimbangan, beginilah jadinya, siapa yang malu?..

wahid alwie

malu la..awak smua bkal jururawat..kalu xready nk study,baik tnam jgung kt kg..buat malu kolej n profesion je..blacklist je org2 mcm ni..nnti lhir jururawat xbermoral kt malaysia ni..

nurul

Full content generated by Get Full RSS.

Hilang nyawa pertahan kereta

Posted: 12 Oct 2011 12:11 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]KAPAR: Tindakan seorang wanita cuba menghalang penyamun melarikan kereta Toyota Altis miliknya bertukar tragedi apabila dia maut dilanggar dan diseret sejauh 60 meter di depan rumahnya di Jalan Kapar, di sini, petang kelmarin.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Tunggu habis belajar

Posted: 12 Oct 2011 05:49 AM PDT

MESKIPUN bersandar pada filem Lagenda Budak Setan yang berjaya meraih beberapa pengiktirafan di majlis anugerah, namun ia bukan satu lesen bagi melonjakkan nama si pemilik wajah jelita, Nur Ashiqin Mohd Kamal.

Memegang watak Ayu dan bergandingan dengan Lisa Surihani, Farid Kamil serta Fazura Sharifuddin, pesona yang ada padanya bagai hanyut ditenggelami nama-nama besar yang lain.

Walau tampil dengan lakonan kemas dan ekspresi berbeza, nama Shikin Kamal masih janggal disebut dan wajahnya masih jauh tertinggal.

Bagaimanapun, jelasnya berkali-kali ketika bertemu minggu lalu, biar perlahan perjalanan ke puncak namun jika tiba nanti, ia kekal selama-lamanya.


"Tidak timbul rasa kecewa atau terkilan kerana masih tidak dikenali kerana ikhlas saya memandang peluang muncul melakonkan watak penting dalam filem Lagenda Budak Setan adalah satu laluan terbaik bagi memperkenalkan bakat dan wajah.


"Saya tidak terfikir untuk popular sebaliknya apa yang menjadi keutamaan adalah perhatian dari mata penonton bagi menyuntik terus semangat saya dalam gelanggang ini.

"Apa pun saya tetap berasakan saya bertuah kerana langkah pertama bersama nama besar dan naskhah yang hebat seperti itu," katanya yang bijak menyusun kata.

Tanpa publisiti meluas dan tidak pernah dipalit kontroversi, percaturan seni anak bongsu dari tujuh beradik ini dilihat berjalan dengan baik. Tawaran lakonan juga banyak diterima hingga ada yang terpaksa ditolak. Semua itu kerana komitmennya dengan pelajaran.

"Memang saya sedih dan kecewa kerana terpaksa menolak beberapa tawaran kerana saya masih terikat dengan pelajaran yang berbaki dua tahun lagi di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Saya tidak boleh abaikan pelajaran kerana itu adalah impian keluarga untuk melihat saya berjaya dan tidak hanya meletak fokus pada lapangan lakonan.

"Selain meletak fokus dan komitmen kepada pelajaran, itu juga adalah janji saya kepada keluarga yang akan tetap menghabiskan pelajaran walaupun ingin serius dalam lapangan lakonan.

"Saya akan hanya mengambil sebarang tawaran di hujung minggu ataupun ketika cuti semester mengikut kesesuaian watak dan plot cerita.

"Justeru, bayangkan apabila saya menerima beberapa tawaran ketika sedang sibuk dalam pengajian dan terpaksa menolak semuanya tanpa berfikir dua kali.

"Namun saya percaya rezeki itu adalah ketentuan yang ditulis. Jika benar laluan dan niat kita, ia akan datang kembali dengan nilai yang berganda asalkan sentiasa ikhlas dan jujur.

"Tapi kelakarnya, walaupun sibuk dan terikat dengan jadual pengajian, saya masih sempat menyiapkan beberapa projek filem termasuk Di Larang Masuk, Uncle Usin, Tanda Putera, Left Wings dan terbaru akan muncul awal tahun depan, Mantera.

"Insya-Allah sejurus tamat pengajian nanti, saya akan serius dengan lakonan bagi mengukuhkan lagi nama dan empayar sebelum benar-benar melakukan kerja aktuari yang saya pelajari," katanya.

Dalam pertemuan itu, Shikin bersemangat bercerita mengenai projek terbarunya, Mantera.

Baginya, ia percubaan terbarunya dan boleh dikatakan penentuan dalam kerjaya.
Dalam Mantera terbitan FlareStudio yang turut dijayakan Tomok dengan kos pembikinan melangkaui RM7 juta, Shikin diangkat menerajui watak utama sebagai Deena.

Jelas Shikin yang menyifatkan Mantera sebagai sebuah naskhah hebat yang menjadi kayu ukur dalam kerjaya lakonannya sendiri.

"Saya bersyukur kerana dipilih melakonkan watak utama dalam filem Mantera kerana ia bukan sebarangan karya sebaliknya punya kekuatan dan kelainan yang cukup hebat bagi gelanggang seni perfileman tempatan.

"Ia tidak sekadar mengangkat konsep robotik dan aksi antarabangsa sebagai tarikan utama, malah Mantera cukup kuat pada plot ceritanya serta pembangunan setiap watak.

"Watak Dina yang saya lakonkan kononnya seorang pelajar jurusan robotik yang akan membantu kekasihnya, Azman apabila tersepit dalam kemelut luar biasa hingga membuatkannya berubah menjadi robot.

"Cabaran dan kekuatan filem ini memang berbeza berbanding kebanyakan filem sebelum ini kerana keseluruhan jalan ceritanya punya jiwa antarabangsa dan hebat.

"Saya yakin filem ini akan memberikan sesuatu yang berbeza kepada kaki wayang tempatan dan mereka yang gemarkan karya Hollywood seperti Transformers dan Iron Man.

"Percayalah, Mantera dapat memberikan kepuasan dan keseronokan yang sama kerana sebagai pelakon sendiri, proses pembikinan dan profesionalisme produksi dalam membentuk perjalanan filem ini begitu teliti dan bersungguh.

"Mantera memang sebuah filem yang akan membawa saya ke tahap yang lebih baik selain menjadi penentu kepada kerjaya lakonan saya untuk beralih ke fasa yang tinggi bagi mengejar apa yang pernah saya impikan," katanya.

PROFIL

Nama penuh: Nur Ashiqin Mohd Kamal
Tarikh lahir: 25 November 1991
Umur: 20 tahun
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Keluarga: Anak bongsu dari tujuh beradik
Pendidikan: Sarjana Muda Sains Aktuari dari Universiti Teknologi Mara
Kerjaya: Pelakon
Filem: Lagenda Budak Setan, Di Larang Masuk, Uncle Usin, Tanda Putera, Left Wings dan Mantera

Sinopsis Mantera

MANTERA mengisahkan pergolakan dua kumpulan rahsia yang menguasai dunia dari sebalik takbir iaitu Alliance of Light dan Dark Legions.

Dark Legions melalui syarikat Weston Tech membangunkan senjata rahsia, Mantera iaitu singkatan 'Man Transformable Exo-Robotic Armor' yang juga sistem motosikal dan sarung tangan nano dan boleh berubah menjadi baju perisai robotik.

Bagaimanapun, ketua pereka Mantera iaitu Dr Natasha yang menyedari niat jahat ketuanya cuba untuk sabotaj dan memusnahkan sistem Mantera.

Dia menghilangkan diri dengan pelan skematik dan kertas kerja Mantera. Sisa dan cebisan Mantera secara tidak sengaja dihantar kepada pelajar IT di Malaysia, Azman lakonan Tomok.

Azman dengan bantuan rakannya, Kevin membina semula Mantera sehingga menjadi motosikal berkuasa besar. Tanpa mereka sedari, motosikal itu boleh bertukar menjadi baju amor robotik yang boleh memberikan kekuatan dan kepantasan 'superpower' kepada pemakainya.

Dalam masa yang sama, Azman yang sinonim dengan sikapnya yang pendiam dan tidak mempunyai ramai kawan di kolejnya bertemu pula dengan seorang gadis, Deena yang juga pelajar tahun akhir dalam jurusan robotik dan kebetulan menghadiri kelas Interaksi Komputer-Insan yang sama dengan Azman bagi melengkapkan jadual kursusnya.

Mereka berkenalan dan akhirnya mengundang rasa cinta yang pada asasnya mereka berkongsi minat yang sama dalam pemasangan peralatan robotik Mantera bagi membina motosikal.

Sementara itu, Weston Tech menjejaki Dr Natasha dan Azman bersama sistem Mantera yang kini menyertai Alliance of Light sehingga ke ibu pejabat rahsia Alliance of Light di Timur Tengah.

Pertempuran sengit antara Azman yang menjadi Mantera dengan robot pembinasa Weston Tech yang dipanggil Vega akhirnya tercetus.

Full content generated by Get Full RSS.

‘Tetap kawan dunia akhirat’

Posted: 12 Oct 2011 05:42 AM PDT

"WALAUPUN ada kenyataan mereka yang kurang menyenangkan, saya tidak pernah berkecil hati.

"Apa juga berlaku, mereka tetap sahabat saya. Saya masih ingat susah senang waktu kami bersama. Mereka kawan saya dunia dan akhirat," kata Mamat atau Mohd Noor Murad.

Mamat mengulas tindakan dua lagi rakannya, Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jepp) dan Shahmira Muhamad (Shuib) yang enggan lagi bersamanya meneruskan Sepah.

Sebagai kumpulan baru Jepp dan Shuib hanya mahu dikenali sebagai Sepahtu.


Ironinya, masih ada satu projek filem berjudul Sepah The Movie yang membabitkan mereka bertiga.


Difahamkan, persetujuan itu dibuat sebelum Jepp dan Shuib mengambil keputusan untuk menubuhkan Sepahtu, baru-baru ini.

Sepahtu juga akan muncul dengan album sulung yang bakal dihasilkan di bawah syarikat Mawi World Sdn Bhd milik Mawi.

Ditemui pada majlis pelancaran filem Sepah The Movie di Bukit Kiara Equestrian & Country Resorts, baru-baru ini, Mamat berkata, walaupun dia sudah tidak lagi bersama Jepp dan Shuib, itu bukan satu masalah untuk mereka bekerjasama.

"Saya datang untuk memberikan komitmen bagi filem sulung lakonan kami bertiga. Saya tidak ada masalah untuk membezakan antara hal peribadi dan kerjaya," katanya.

Mamat berkata lagi, dia sendiri hanya tahu mengenai keputusan Jepp dan Shuib menubuhkan Sepahtu daripada rakan yang membaca akhbar.

Jejaka berasal dari Kulai, Johor ini turut menjelaskan dia tidak menganggap apa yang dilakukan Jepp dan Shuib sebagai tindakan menikam dari belakang, sebaliknya sudah suratan takdir.

"Saya dapat tahu mengenai perancangan Jepp dan Shuib itu menerusi kawan yang membaca akhbar dan Internet. Tidak mengapalah kalau itu keputusan mereka, saya akur. Sebagai kawan saya tetap mendoakan mereka berdua berjaya dengan segala yang diusahakan," kata Mamat.

Didesak mengenai kenyataan mengatakan kewujudan Sepahtu! adalah sebahagian daripada usaha Jepp dan Shuib untuk menyingkirkan dirinya yang dikatakan banyak masalah, Mamat berkata, kalau itu juga alasannya, dia tidak dapat berbuat apa-apa.

"Apa yang penting kami tidak bermusuh. Kalau masakan kami dapat berjumpa dan akan berlakon bersama-sama.

"Mungkin setakat itu saja 'jodoh kami' dalam Sepah. Sebelum ini pun kami sudah bersetuju kalau kalau ada tawaran datang secara individu, kami dibenarkan untuk bergerak sendiri. Jadi ia bukanlah satu masalah besar kepada kami," katanya.

Pada waktu sama Jepp dan Shuib menjelaskan nama Sepah memang asalnya idea Mamat ketika mereka mula-mula ditubuhkan.

Mungkinkah selepas ini Mamat akan mengambil anggota lain pula bagi menggantikan tempat dua rakannya itu?

"Setakat ini saya belum lagi memikirkan mengenai perkara itu. Lagipun bukan senang hendak cari orang sebagai pengganti. Ada kawan yang rapat dengan saya pun tidak berani untuk menyertai Sepah inikan pula orang luar yang belum tentu serasi dengan saya.

"Setakat ini biarlah saya membawa nama Sepah seorang diri. Saya sendiri tidak tahu dan dapat menjangka apa yang akan berlaku pada masa depan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Enggan dabik dada

Posted: 12 Oct 2011 11:50 AM PDT

LEDAKAN dua gol ketika membantu Selangor menewaskan Perak, 3-1 pada aksi suku akhir pertama, Isnin lalu memberi isyarat jelas betapa pemain perancang, Mohd Safiq Rahim sudah bebas daripada belenggu kemerosotan prestasi yang dialami pada awal kempen Piala Malaysia.

Dua jaringan menerusi sepakan percuma yang dianggap bertaraf dunia oleh Safiq bukan saja meletakkan skuad Gergasi Merah di laluan selesa menjelang perlawanan kedua di Ipoh esok, sebaliknya ia turut menyuntik kembali keyakinan diri kapten kebangsaan itu.


"Dua gol saya hasilkan itu cukup bermakna kerana ia membuktikan diri saya kini berada di tahap terbaik. Saya gembira kerana dapat membantu Selangor mendapat sedikit kelebihan sebelum perlawanan kedua menentang Perak.

"Saya kini semakin bersemangat dan akan terus berusaha untuk memastikan Selangor berjaya melepasi halangan ini," katanya.


Safiq, 24, dilapor dilanda kemerosotan prestasi ketika permulaan kempen Piala Malaysia sehinggakan bekas jurulatih Selangor, K Devan tidak menyenaraikannya dalam kesebelasan utama.


Situasi itu juga menyebabkan pakar sepakan percuma itu tidak mendapat tempat dalam skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal ketika tewas 0-5 di tangan Australia pada aksi persahabatan di Canberra, Jumaat lalu.

Namun Safiq dilihat kembali bangkit, seiring dengan kebangkitan 'Misi 33' Gergasi Merah pimpinan ketua jurulatih baru P Maniam.


Biarpun ramai yang beranggapan Selangor semakin hampir mengetuk pintu separuh akhir, namun Safiq tetap mengingatkan rakan sepasukan supaya berwaspada dengan semangat lawan anak buah Norizan Bakar di Ipoh.

"Di Ipoh, kami tidak boleh anggap kami memiliki kelebihan dua gol sebaliknya kami harus bermain seperti biasa. Kami tidak boleh bertandang ke gelanggang lawan dan sekadar bertahan sebaliknya kami juga harus menyerang.


"Kalau kami boleh mendapatkan gol awal, pasti akan menyukarkan lagi Perak untuk bangkit," jelas Safiq.

Full content generated by Get Full RSS.

Yob enggan kempunan

Posted: 12 Oct 2011 11:44 AM PDT

SELURUH tenaga - pegawai, pemain dan peminat perlu digembleng bagi membakar semangat Seladang untuk mengembalikan keyakinan pasukan apabila turun membuat perhitungan dengan Selangor dalam suku akhir kedua Piala Malaysia di Ipoh, malam esok.

Justeru pengurus Perak, Khairul Azwan Harun mahu gelombang kuning memenuhi setiap ruang Stadium Perak yang mempunyai kapasiti 35,000 penonton itu.


"Ini peluang terakhir buat Perak. Ini perlawanan hidup atau mati. Jika gagal bererti kita kena tunggu semusim lagi.

"Biar kalah berjuang daripada menyerah mudah begitu saja," kata Khairul Azwan yang juga Bendahari Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa).


Justeru beliau mengajak kesebelasan permulaan pasukan tuan rumah menggempur kubu lawan sebaik wisel permulaan dalam usaha memadam defisit 3-1 di tangan pasukan merah kuning itu Isnin, lalu.


Untuk itu, beliau berharap pemain pasukan Kejor Yob Kejor melupakan segera kekecewaan akibat kekalahan itu sebaliknya turun dengan keyakinan dan semangat juang kental.

"Persembahan pasukan tidak seperti yang diharapkan pada pertemuan itu. Mungkin pemain hilang keyakinan serta gugup beraksi di Stadium Shah Alam.


"Namun semua itu perlu diketepikan dengan pemain turun dengan semangat dan iltizam baru menebus kekalahan yang sekali gus merobek rekod tanpa kalah mereka dalam Piala Malaysia kali ini. Lebih penting kesilapan perlawanan pertama jangan diulangi." katanya.

Walaupun sedar tugas berat yang menanti pemain Perak namun Khairul Azwan percaya tiada yang mustahil dalam bola sepak dan sehubungan itu mahu pemain tuan rumah menggunakan kelebihan yang ada.


"Kelebihan kali ini di pihak Perak kerana mendapat sokongan padu penyokong sendiri. Justeru pemain perlu menggunakan kelebihan yang dimiliki itu sebaik mungkin," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved