Isnin, 24 Jun 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Sentuhan kreatif

Posted: 24 Jun 2013 06:02 AM PDT

Zurinah Hassan penyair yang dikenali ramai. Penyair yang menghasilkan antologi sajak antaranya bertajuk Sesayup Jalan, Di Sini Tiada Perhentian, Keberangkatan dan Pujangga Tidak Bernama.

Insan bergelar penyair ini memang istimewa. Istimewa kerana mereka memerhati, merenung dan mendalami. Dari situ segala rasa dicerna dan dizahirkan dengan kata-kata indah menjadi puisi.

Penyair ada gaya penyampaian yang membezakan mereka daripada penyair yang lain. Gaya itu juga yang membuatkan keistimewaan puisi mereka terserlah dan melekat di hati apabila membacanya.

Penulis dan Zurinah belum pernah berkenalan. Walaupun mungkin kami pernah berselisih di majlis karyawan seni, takdir menentukan baru kini kami dapat berbicara.

Foto

ANTARA karya penyair ini.

Foto

ZURINAH Hassan


Petang itu penulis menuju ke Shah Alam, daerah kediamannya sejak 1974 lagi.


Tentu saja dalam pertemuan pertama, kejanggalan mudah terasa bagi pihak Zurinah berbanding penulis. Apa tidaknya, penulis yang banyak menyoal dan dia perlu menjawab.

Lantas penulis menerangkan, pada pertemuan itu mahu mengenalinya dengan lebih mendalam. Dari situ barulah me­nyingkap dunia seninya pula dan seterus­nya berbicara mengenai Anugerah Sunthorn Phu yang bakal diterimanya pada 26 Jun.

Tidak lama kejanggalan itu berlangsung kerana selepas beberapa ketika, Zurinah tampak selesa dan kami mula bersembang mengenai banyak perkara.

Wanita kelahiran negeri Jelapang Padi ini mempunyai enam cucu yang dipanggil Tok Nah oleh cucunya. Pengalaman hidupnya tentu berwarna-warni dan memberi inspirasi.

Perbualan kami menyingkap pengalaman kerjayanya ketika di Kementerian Penerangan. Selama 16 tahun dia di situ, akhirnya berhenti kerana jemu dengan rutin hariannya ketika itu.

Dengan kesesakan lalu lintas yang perlu diharu­ngi saban hari dan pada masa sama menghadapi kesukaran mencari masa untuk menulis.

Setelah itu rutinnya menjadi lebih bebas. Namun, dua tahun kebelakangan ini, Zurinah kembali ke dunia kerjaya sebagai Karyawan Tamu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Segalanya demi menyuntik pembaharuan dalam perjalanan hidupnya sebagai insan seni.

"Dulu ketika anak masih kecil bukan mudah mencari masa untuk menulis. Menjadi ibu dan menjaga anak bukan boleh dibuat jadual. Banyak yang tidak dijangka.

Apabila mereka sakit atau cedera, perkara itu membuatkan segala perancangan tergendala," cerita Zurinah, 64, menyingkap tugas hakikinya sebagai isteri dan ibu.

Memang benar, dunia penulisan bagi wanita bergelar isteri dan ibu tidak semudah lelaki. Lelaki boleh saja memperuntukkan waktu untuk menulis tanpa diganggu cerita rumah tangga. Lelaki tidak akan dipersalahkan dan tampak manis saja kerana mereka lelaki. Wanita pula sebaliknya. Wanita perlu menjadi 'superwoman'.

"Pada zaman kerjaya dulu saya menggunakan waktu di dalam kenderaan awam ketika pergi dan balik bekerja sebagai kesempatan untuk berfikir dan mencatat sesebuah penghasilan karya," katanya.

Sebenarnya memang ramai penulis hebat seperti Zurinah yang membina idea penulisan mereka di dalam kenderaan awam.

Sekarang mungkin semuanya mudah bagi menyenangkan lagi tugas sebagai penulis dengan adanya begitu banyak teknologi yang membantu.

"Tahun 60-an dulu bukan ada komputer. Mesin taip pun susah hendak cari. Semuanya perlu ditulis tangan," kongsi Zurinah mengenai zaman sukarnya pada awal dia memulakan langkah.

Kenangan zaman lalu di Kedah pasti masih ada di hati Zurinah, tetapi lazimnya bagi manusia biasa, apabila kita sudah bermastautin lama di sesuatu tempat, berkeluarga dan melalui kenangan baru yang tersendiri, Shah Alam sudah umpama kampung Zurinah kini. Ibu bapanya pun sudah tiada.

Sama seperti penulis lain, Zurinah bersetuju, karyanya adalah sesuatu yang dekat dengan dirinya.

"Karya ditulis atau diluahkan apabila ada sesuatu mengganggu perasaan. Walaupun waktu itu saya menulis mengenai Hang Tuah misalnya, kaitannya masih kena mengena dengan diri saya sendiri," katanya.

Insan seni biasanya nampak sesuatu dari sudut yang lain, sekali gus menjadikan tulisan mereka istimewa. Mereka mungkin membangkit sesuatu isu, tetapi ia disentuh dari sudut yang kreatif.

"Bagaimana bermula mendapat sentuhan untuk menulis itu? Mungkin sedang menonton televisyen, mungkin juga sedang melihat alam. Dari situ kita terfikir sesuatu lantas menulisnya. Jadi ia memang ada kaitan mengenai diri," katanya.

Anak-anak Zurinah semuanya dekat dengan seni sama ada penulisan atau muzik terutama anak sulung, Raihani yang sangat mengikut jejaknya.

"Saya ada membaca tulisannya seperti cerpen dan saya dapati hasilnya sangat bagus," kata Zurinah mengenai anak sulungnya, Siti Raihani Mohamed Saaid.

Bangga seorang ibu terhadap anaknya sangat bermakna. Ia pengiktirafan yang sangat menyentuh hati.

Raihani, lulusan ijazah sarjana muda sastera turut menulis puisi, skrip drama dan novel remaja. Puteri kedua Zurinah, Ainul Huda pula menjawat jawatan sebagai pegawai berita di Bernama, seterusnya Muhammad Taufiq sebagai pegawai di Lembaga Zakat Selangor yang turut boleh bermain gitar dan percussion.

Anak keempat, Muhammad Faiz yang kini melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah, boleh bermain gitar, harmonika, keyboard dan biola. Anak bongsu pula, Aina Mastura, yang boleh bermain gitar kini masih menuntut di Universiti Teknologi Mara.

Tahun ini, kehebatan Zurinah semakin menjadi sebutan apabila dia menerima Anugerah Sunthorn Phu yang diumumkan oleh Menteri Kebudayaan Thailand, Sonthaya Kunplome. Turut menerima anugerah sama ialah penerima dari Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Vietnam dan Thailand sendiri.

Setiap negara Asean memilih penyair masing-masing bagi anugerah itu dan Malaysia memilih Zurinah Hassan. Jawatankuasa Pemilihan Malaysia untuk anugerah berkenaan diketuai Rektor Aswara, Prof Dr Hatta Azad Khan.

Anugerah ini diwujudkan oleh Kementerian Kebudayaan Thailand yang mengabadikan nama penyair istana terkenal, Phra Sunthorn Vohara dalam era Rattanakosin yang dilahirkan pada 1786 dan meninggal dunia pada 1855.

"Ini anugerah baru yang dicipta khas untuk penyair. Sebuah anugerah daripada pihak luar Malaysia. Saya antara penerima pertama anugerah ini mewakili Malaysia dan ia sememangnya satu sejarah. Sejarah bagi Malaysia dan sejarah bagi anugerah itu sendiri. Tentu saja rasa teruja sangat mendalam di hati saya," katanya.

Sejarah yang manis bukan hanya buat Zurinah, tetapi wajarnya menjadi manis buat kita semua. Zurinah sangat menghargai anugerah ini kerana melihat pengiktirafan dari pihak luar terhadap penyair.

"Pihak luar memperlihatkan kesungguhan mereka untuk menghargai insan seni dan mengambil berat mengenai sastera. Saya teruja dan gembira kerana usaha menghargai sasterawan ini," katanya.

Masa sembang kami mungkin tidak begitu lama kerana kami baru pertama kali berkenalan. Namun, sembang bersama Zurinah bertambah relaks dan santai selepas kami sama-sama mencicah mangga dan sengkuang dengan kuah rojak yang dihidangkan sebagai menjamu kedatangan kami.

"Acara puisi di negara lain sangat berlainan seperti yang biasa dilakukan di negara kita. Di luar negara, biasanya ia membabitkan keseluruhan penyair dan sekiranya ada tambahan hiburan pun sedikit saja. Di negara kita, tiga perempat acara puisi didominasi hiburan," katanya.

Kita ada begitu ramai penyair hebat yang sudah cukup bagi meramai dan memeriahkan majlis. Majlis penyair sepatutnya memperkenalkan penyair yang mendeklamasikan puisi masing-masing, bukannya menjadikan mereka sebagai tempelan.

Sebelum berpisah, Zurinah memberitahu sedang berusaha menyiapkan buku antologi puisi terbarunya dan dia sudah mula mengumpul puisi baru. Semoga Zurinah berjaya mencapai misinya.

Tahniah Zurinah Hassan.

PROFIL:

Nama: Dr Zurinah Hassan
Tarikh dan tempat lahir: 13 Jun 1949, Alor Setar Kedah
Latar belakang akademik:

  • Ijazah Sarjana Muda Sastera (Universiti Sains Malaysia)
  • Ijazah Sarjana Sastera Universiti Putra Malaysia
  • Ijazah Doktor Falsafah, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

    Bentuk penulisan: Sajak, cerpen, novel dan rencana

    Antara anugerah:

  • Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award) 2004
  • Hadiah kategori buku:

    Pujangga Tidak Bernama, Hadiah Sastera Perdana(1994/1995)

    Memoir Zurinah Hassan Menjejak Puisi, Hadiah Buku Perpustakaan Negara (2002/2004)

    Memoir Zurinah Hassan Menjejak Puisi , Hadiah Sastera Perdana 2002/2003.

  • Hadiah karya puisi, cerpen (eceran)
  • Hadiah Sastera Perdana.
  • Hadiah pertama Pertandingan Menulis Cerpen berunsur Islam Jabatan Perdana Menteri 1984.
  • Hadiah Utama Anugerah Puisi Putera, 1984

    Antara karya:

  • Sesayup Jalan, Biro Penerbitan USM, 1974 (antologi sajak)
  • Di Sini Tiada Perhentian, Pen Pewarna, Kuala Lumpur, 1977 (antologi sajak)
  • Keberangkatan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1985 (antologi sajak)
  • Kuala Lumpur and Other Places, Pen. Al-Huda, 1988 (antologi sajak versi Bahasa Inggeris)
  • Meneruskan Perjalanan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989
    (antologi cerpen)
  • Hatimu Aishah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991 (novel)
  • Pujangga Tidak Bernama, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1994
    (antologi sajak)
  • Sembilan Cabaran Wawasan 2020, Pen Pewarna, Shah Alam (kajian am)
  • Sasterawan Negara Usman Awang, Dewan Bahasa dan Pustaka 1986 (Kajian Sastera)
  • Nota Waktu (antologi puisi Bersama Lim Swee Tin), Citra Publishing Sdn Bhd 2000.
  • Memoir Zurinah Hassan Menjejak Puisi, Penerbit UKM, 2003(autobiografi)
  • Menjelang Pemilihan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2004 (antologi cerpen)
  • Pesanan dari Gunung Ledang, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2004 (antologi sajak dengan terjemahan bahasa Inggeris)
  • Salasilah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2005 (antologi sajak)
  • Unsur Alam Dalam Puisi Melayu Moden, (kajian sastera), Penerbit UKM 2010
  • Menghadap Ke Pelabuhan/Facing The Harbour (antologi puisi dengan terjemahan bahasa Inggeris), Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2010
    Puisi Melayu Tradisional (kajian puisi tradisional), Pekan Ilmu Publication , 2012
  • Menghadap Ke Pelabuhan/Frente Al Puerto (antologi puisi dengan terjemahan bahasa Sepanyol) ITBM, 2012
  • Catatan Perjalanan Seni Zurinah Hassan, ITBM, 2013
  • Menghadap Ke Pelabuhan (terjemahan bahasa Russia) ITBM 2013 Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/24
  • Coklat buatan tangan

    Posted: 24 Jun 2013 05:47 AM PDT

    Sebelum ini, dia jarang ke dapur untuk memasak juadah harian, apatah lagi menyediakan pemanis mulut.

    Bagaimanapun, segalanya berubah apabila tahun lalu dia bertindak berani berhenti kerja sebagai arkitek landskap untuk bergelar usahawan sepenuh masa di rumah.

    Menjadikan dapur sebagai pejabat barunya, dia memilih untuk menjual coklat buatan tangan yang indah digubah dalam pel­bagai bentuk cenderahati sempena majlis keraian, hari lahir, hantaran pertunangan dan pernikahan.

    Nor Asyikin Abdul Malek, 31, mengakui tidak timbul perasaan menyesal dalam kamus hidupnya apabila memilih jalan ini untuk membantu menambah pendapatan keluarga.


    "Coklat bukan lagi dilihat sebagai produk premium yang hanya dijual atau dimakan untuk majlis tertentu. Sebaliknya, produk berasaskan coklat yang dipelbagaikan boleh menjadi sebahagian hantaran atau cenderamata majlis perkahwinan.


    "Perniagaan saya bermula pada penghujung Mei tahun lalu yang pada asalnya didaftarkan atas nama Tiga Beradik Enterprise. Bagaimanapun, tidak lama selepas itu ia bertukar kepada Mylovecokelat, jenama untuk coklat buatan ta­ngannya sendiri.

    "Minat terhadap bidang perniagaan sudah tertanam di dalam diri sejak kecil, namun atas beberapa faktor saya memilih untuk makan gaji terlebih dulu.

    "Saya tidak menyesal sebaliknya berasa teruja dan yakin dengan keputusan ini kerana ia mampu mengubah masa depan ke arah lebih baik secara perlahan-lahan," katanya.

    Bagi Nor Asyikin, menjalankan perniagaan berasaskan coklat ini ibarat menghasilkan lukisan menarik yang tiada batasan kreativiti lalu memboleh­kannya berkarya mengikut kehendak hati.

    Selepas agak lama menjalankan perniagaan ini menerusi dalam talian, www.facebook.com/Mylovecokelat dan mylovecokelat.blogspot.com, dia melihat ia mempunyai prospek yang tinggi untuk diperluaskan.

    Apa yang perlu dilakukan adalah mengolah setiap produk yang dihasilkan menjadi lebih menarik dan menepati kehendak pelanggan. Namun, semua itu harus dilakukan dengan jujur dan ikhlas berbekalkan usaha keras.

    Suaminya, Arief Redzuan Ahmad dan ahli keluarga adalah penyokong di sebalik kejayaannya apabila selalu memberikan kata-kata semangat dan dorongan.

    "Sejak hari pertama menimba ilmu membuat coklat ini, suami sanggup menemani saya ke Kuala Lumpur untuk menghadiri kelas membuat coklat.

    "Pada saya, dengan keizinan suami saya mempunyai kekuatan yang kuat untuk meneruskan perniagaan ini. Jika ada kelapangan, keluarga terutama ibu saya sendiri turut membantu dalam me­nyiapkan tempahan.

    "Dari situ, saya yakin saya mendapat restu daripada semua pihak dan mudah-mudahan semuanya dipermudahkan," kata ibu kepada Sofea Inara, 6, Adam Irhami, 3, dan Luqman Ikrami, berusia setahun ini.

    Anak kelahiran Teluk Intan, Perak ini menjelaskan, tidak pernah terdetik di fikirannya untuk menjadikan produk makanan sebagai asas perniagaan.

    Dengan hasrat ingin menjalankan perniagaan, dia hanya mencari maklumat di Internet. Nasibnya bertuah apabila dipertemukan dengan seorang tenaga pengajar yang juga ibu muda yang mahir menghasilkan coklat buatan tangan.

    Setiap coklat yang dibuat dihasilkan dengan penuh berhati-hati dan teliti untuk dijadikan contoh. Bermula daripada contoh coklat yang dibawa pulang dan dipaparkan di laman sosial, perniagaannya bermula hingga ke hari ini.

    "Saya yakin usaha dari bawah mampu membuat­kan kita berada di atas jika dilakukan dengan baik. Pada masa depan, saya akan mempelbagaikan perkhidmatan saya seiring dengan kehendak semasa.

    "Saya banyak menerima tempahan daripada syarikat korporat dan persendirian. Kebanyakan pelanggan saya datang dari Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang," katanya yang turut menerima tempahan sempena Ramadan dan Syawal.

    Harapan Nor Asyikin, coklat buatan tangannya boleh melangkah ke pering­kat lebih tinggi seperti dipasarkan ke luar negara.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/24
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Arena

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Arena


    Tetap fokus

    Posted: 23 Jun 2013 11:20 AM PDT

    Kuala Lumpur: Pengendali Harimau Muda A, Ong Kim Swee tetap fokus meneruskan perancangannya untuk memastikan skuad bawah 23 tahun negara mampu mengekalkan pingat emas buat kali ketiga berturut-turut di Sukan SEA Myanmar penghujung tahun ini.

    Malah pengendali dari Melaka itu tidak sesekali terganggu dengan sebarang cubaan, pandangan atau kritikan dilontarkan terhadap skuad kendaliannya. yang kini sedang berkelana menimba pengalaman di Eropah sejak Mac lalu.


    "Segala yang saya rancang dan laksanakan perlu dinilai selepas saingan Sukan SEA pada Disember nanti kerana itu matlamat ditetapkan. Apa yang dilakukan sehingga Disember seperti program latihan di Eropah, Sukan Universiti Dunia dan sebagainya akan terjawab (pada Disember) sama ada ia betul, salah atau perlu diperbaiki. Saya tidak akan lari (selepas Disember) kerana ia tanggungjawab saya," katanya ketika dihubungi semalam.

    Jelasnya, tempoh lima bulan pemain Harimau Muda A menentang kelab profesional memberikan aksi berintensiti tinggi walaupun berdepan dengan pasukan divisyen dua kerana menyediakan pengalaman dan pengajaran cukup berguna untuk pemain apabila tiba masanya.


    Baru-baru ini kunjungan ke Eropah mendapat pandangan negatif segelintir pihak sehingga ada yang mempersoalkannya.


    "Kunjungan ke Eropah salah satu faktor yang mencetuskan kejayaan kita. Semua perlawanan yang kami harungi di Slovakia, Republik Czech dan Austria berintensiti tinggi dan bermutu, sesuatu yang sukar diperoleh jika tidak bertandang ke Eropah," katanya.

    Foto

    KIM Swee (tengah) pada sesi latihan di Australia.

    Pendedahan berterusan skuad Harimau Muda A negara sudah terbukti apabila berjaya menggilap bakat pemain tempatan sehingga dipancing kelab luar negara seperti Nazmi Faiz Mansor (SC Beira-Mar, Portugal), Wan Zack Haikal Wan Nor dan Nazirul Naim (FC Ryukyu, Jepun) serta beberapa pemain lain lagi.


    Mengenai perkembangan semasa Harimau Muda A, Kim Swee berkata, masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki namun mereka berada pada landasan tepat.

    "Beberapa muka baru yang dibawa jelas masih memerlukan pendedahan berterusan berbanding pemain lama kerana mereka sudah berada pada peringkat tertentu dan membiasakan diri di tahap tertinggi. Jadi pendedahan ini secara tidak langsung memberikan persediaan sepatutnya untuk mereka seandainya pemain utama mengalami kecederaan ketika Sukan SEA berlangsung," katanya.


    Harimau Muda A yang berpangkalan di Slovakia kini berada di Austria dan kelmarin mereka tewas 2-4 kepada Vienna FC apabila melepaskan tiga gol dalam tempoh 10 minit pada babak kedua perlawanan.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/24

    Azzuddin sah ke AFF

    Posted: 23 Jun 2013 11:17 AM PDT

    Kuala Lumpur: Datuk Azzuddin Ahmad kini secara rasmi dilantik sebagai Setiausaha Agung Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) bermula 1 Julai nanti namun penggantinya sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih menjadi tanda tanya.

    Sehingga petang semalam, badan induk bola sepak negara itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan atau pengumuman rasmi mengenai pengganti Azzuddin.


    Azzuddin berkata, beliau menerusi surat pelantikan untuk mengisi jawatan berkenaan semalam sekali gus perlu melepaskan jawatannya di FAM yang disandang sejak September 2007.

    "Saya akan meninggalkan FAM penghujung bulan ini kerana sudah menerima surat lantikan sebagai Setiausaha Agung AFF dan akan mula bertugas (di AFF) pada 1 Julai nanti," katanya.


    Presiden AFF Sultan Ahmad Shah sebelum ini menawarkan jawatan berkenaan kepada Azzuddin bagi menggantikan Datuk Sri Paul Mony Samuel dengan badan induk bola sepak Asia Tenggara itu kini memerlukan individu yang tepat dan berkebolehan bagi menjalankan tugas besar iaitu melaksanakan rancangan membida Piala Dunia 2034.


    Namun pengganti Azzuddin untuk mengisi kerusi panas untuk mengetuai sekretariat di Wisma FAM, Kelana Jaya masih menjadi persoalan walaupun Naib Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dilaporkan calon utama untuk mengambil alih.

    Jika mendapat perkenan Sultan Ahmad Shah, Hamidin akan menjadi Setiausaha Agung FAM ketujuh selepas Datuk Kwok Kin Keng (1951-1980), Datuk Paul Murugasu (1980-1985), Datuk Paul Mony Samuel (1985-2000), Datuk Dell Akbar Khan Hyder Khan (2000-2005), Datuk Seri Ibrahim Saad (2005-2007) dan Azzuddin (2007-2013).

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/24
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Global

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Global


    Patung purba bergerak sendiri

    Posted: 23 Jun 2013 10:18 AM PDT

    Manchester: Satu patung purba dari Mesir yang dipamerkan di sebuah muzium menimbulkan kegemparan apabila ia bergerak dan dipercayai ada kaitan dengan kewujudan semangat dalam objek itu yang cuba keluar dari situ.

    Patung batu berusia 4,000 tahun itu dilaporkan berpusing perlahan-lahan sehingga 360 darjah walaupun berada dalam kotak kaca yang dikunci rapi. Patung setinggi kira-kira 25.5 sentimeter itu mula dipamerkan kepada orang awam sejak 80 tahun lalu dan didakwa menjadi persembahan kepada dewa Osiris.


    Masyarakat Mesir purba menganggap Osiris sebagai dewa kematian. Hanya beberapa kakitangan Muzium Manchester dibenarkan mengakses patung berkenaan. Seorang daripada mereka ialah kurator artifak Campbell Price, 29, yang menjadi individu pertama mengesan keanehan berkenaan. Kata Price, kebanyakan pakar Mesir purba tidak percaya kepada benda karut, tetapi dia masih tertanya-tanya bagaimana kedudukan patung itu boleh berubah sendiri. "Pada satu hari saya dapati patung ini menghadap ke arah lain dan sehari kemudian, ia beralih ke arah lain.

    "Tiada objek lain yang dipamerkan di muzium ini beralih kedudukan dan ia sangat luar biasa," katanya. Menurut Price, masyarakat Mesir purba percaya patung dewa seperti itu boleh menjadi tempat alternatif kepada roh seseorang selepas kematiannya. "Tetapi mereka pun akan terkejut jika patung seperti ini bergerak sendiri," katanya.


    Disebabkan kejadian aneh itu, kakitangan muzium kemudian memasang kamera untuk merakamkan keadaan patung berkenaan setiap saat selama seminggu.


    Berdasarkan rakaman itu, mereka terkejut apabila mendapati patung berkenaan membuat pusingan 360 darjah. Antara penjelasan yang dapat difikirkan ialah, kesan gegaran daripada tapak kaki pengunjung muzium, atau akibat trafik di luar bangunan.

    Foto

    PATUNG Osiris yang misteri.

    Foto

    KEDUDUKAN asal patung Mesir purba di Muzium Manchester membelakangi pengunjung.

    Foto

    PATUNG ini hampir melengkapkan pusingan 360 darjah.

    Bagaimanapun, ia masih gagal menjelaskan mengapa patung itu tidak pernah bergerak sendiri sebelum ini. Price berkata, selama beberapa dekad patung itu diletakkan dalam bekas kaca dan ia tidak pernah bergerak sendiri. Sesetengah pihak percaya patung itu membawa sumpahan firaun dan membawa kecelakaan kepada sesiapa yang mencurinya dari kubur zaman silam. - Agensi

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/24

    Trak dihiasi bangkai haiwan

    Posted: 23 Jun 2013 10:08 AM PDT

    Montgomery (Alabama); Jika anda mahukan pengalaman menaiki kenderaan yang unik, sebuah trak ini mungkin dapat memenuhi keinginan itu.

    Tidak seperti kenderaan biasa, ia dihiasi berpuluh-puluh bangkai haiwan yang diawet, termasuk kepala buaya, rakun, kucing liar dan katak.


    Gambar kenderaan itu dirakam jurufoto Diane Dodd ketika dia melalui kawasan savana di selatan Amerika Syarikat.

    Bagaimanapun, kata Diane, dia tidak sempat berbual-bual dengan pemandu trak aneh berkenaan. "Dia kelihatan seperti seorang pemburu," katanya.


    Diane berkata, kegiatan berburu dilakukan ramai orang di AS, terutama di Georgia. "Mungkin trak itu cara mereka menzahirkan seni berburu," katanya. - Agensi

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/24
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: BeritaUtama

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: BeritaUtama


    Usus bocor dek penyapu

    Posted: 23 Jun 2013 12:35 PM PDT

    Kuala Terengganu: Gara-gara gurauan melampau rakan karibnya, seorang pelajar sebuah pondok pengajian agama di Kuala Ibai di sini, terpaksa memakai pek membuang najis pada perutnya buat sementara waktu selepas usus di bahagian duburnya bocor akibat tertusuk batang penyapu yang sudah patah, kelmarin.

    Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika Mohamad Firdaus Zakaria, 14, bergayut pada bingkai pintu asrama tanpa menyedari rakannya memegang batang penyapu terbabit secara menegak di bawah tempat dia bergayut.

    Menceritakan kejadian terbabit, menurut Firdaus, sejurus melepaskan tangan pada bingkai pintu berkenaan, dia terjatuh tepat atas batang penyapu itu dipegang rakannya menyebabkan tertusuk ke dalam duburnya.

    "Dalam keadaan menahan sakit, saya memegang batang penyapu itu yang masih berada pada punggung dan cuba mencabut.


    "Saya terpaksa berusaha selama lima minit sebelum dapat mengeluarkan batang penyapu itu.

    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/24

    Masuk dengan tiket khas RM40

    Posted: 23 Jun 2013 12:28 PM PDT

    Kuala Lumpur: Hanya pengunjung mempunyai tiket khas dibeli dengan harga RM40 sahaja dibenarkan masuk untuk menyertai pesta mandi buih anjuran sebuah premis di Lorong Yap Kwan Seng yang diserbu pihak berkuasa, kelmarin.

    Harian Metro sebelum itu menerima maklumat penganjuran pesta mandi buih itu seminggu lebih awal dan terus membuat penyiasatan serta risikan bagi memudahkan penyamaran untuk masuk ke premis itu.

    Malah, difahamkan aktiviti itu yang dianjurkan dua tahun sekali iaitu pada Jun dan Disember oleh pihak penganjur turut disertai beberapa artis serta selebriti tanah air bagi merancakkan pesta itu.

    Wartawan yang berjaya mendapatkan tiket itu berbincang dengan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk membuat serbuan ke premis itu dan mereka bersetuju membantu Harian Metro mendedahkan pesta terbabit.

    Foto

    SEBAHAGIAN pengunjung yang menyertai pesta mandi buih ditahan penguat kuasa JAWI.


    Difahamkan premis itu yang mula dibuka seawal jam 9 malam dan ditutup jam 3 pagi turut menjadi tumpuan pasangan kekasih dan pasangan gay memadu asmara sambil bermain buih di dalam kolam disediakan sambil menari mengikut rentak muzik yang dipasang penganjur.

    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/24
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Rap

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Rap


    Advertorial: Kemusnahan Dunia!

    Posted: 23 Jun 2013 11:02 AM PDT

    Filem 'apocalypse' yang telah tampil sebagai genre-nya sendiri, mula diketengahkan seawal 1916 melalui karya 'The End of the World', sebuah filem dari Denmark. Sejak itu, saban tahun ada saja filem mengenai kemusnahan dunia yang disajikan buat tatapan penonton di layar perak.

    Namun, popularitinya hanya dilihat pada permulaan tahun 2000 ketika masyarakat di serata dunia sedang berdepan dengan ketidakpastian dan pergolakan.

    Menurut pengarah 'World War Z' Marc Forster, fenomena ini tidak menghairankan bila melihat kepada keadaan masyarakat yang hidup dikelilingi perubahan dan keraguan. Jelasnya, filem-filem 'apocalypse' adalah metafora bagi mewakili suatu ketidaksedaran dan ia mencerminkan apa yang sebenarnya sedang berlaku di dunia.

    "Ia mengenai kemusnahan global yang disebarkan oleh satu virus berbahaya yang tidak diketahui asal usulnya. Apa yang hebat tentang buku Max Brooks adalah ia berlatarbelakangkan satu jangka masa yang realistik.


    "Itu yang membuatkan saya tertarik kerana saya ingin mencipta sebuah filem yang terasa benar, di mana situasi ini benar-benar boleh berlaku ke atas diri kita. Tiada yang terkecuali, semuanya terdedah kepada kebarangkalian itu. Walaupun itu adalah plot kepada filem ini tetapi ia juga boleh diaplikasikan kepada kehidupan sebenar."


    Sementara penerbit Dede Gardner pula menawarkan satu pemerhatian yang amat menarik tentang populariti genre filem kemusnahan dunia.

    "Penonton begitu terpikat dengan idea kemusnahan dunia disebabkan semua yang sedang berlaku di sekitar kita. Di zaman ini, manusia terlalu terikat kepada dunia mereka sendiri sehinggakan mereka terlupa untuk berinteraksi dengan orang lain," ujarnya.

    "Namun, semuanya berputik daripada cinta terhadap genre 'apocalypse'. 'World War Z' sebuah filem yang bukan saja menyeronokkan dan mengasyikkan tetapi juga terasa benar... tak lupa, epik, menakutkan dan akhirnya, memuaskan."

    Filem 'World War Z' ditayangkan di pawagam sejak 20 Jun.

    Ingin berjumpa dengan zombi World War Z? Klik disini & menangi hadiah yang menarik! Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/24

    Tam warisi bakat seni keluarga

    Posted: 23 Jun 2013 07:12 AM PDT

    Dalam industri seni tanah air, tidak ramai pelakon kanak-kanak yang mampu bertahan hingga dewasa. Kalau ada pun, bilangan­nya boleh dikira dengan jari.

    Sebahagian besar pelakon atau penyanyi yang mempertaruhkan bakat seni ketika masih cilik gagal bertahan kerana pelbagai faktor. Ada yang berundur diri daripada dunia glamor ini menjelang usia dewasa kerana sudah hilang minat dan tidak kurang juga yang kecundang di tengah jalan gara-gara kesulitan meneruskan kelangsungan kerjaya.

    Namun, bintang yang dikenali sebagai Tam Suhaimi ini boleh dianggap bertuah dan kuat kerana terus mendapat tempat di persada seni hingga kini.

    Biarpun perjalanan­nya membina nama penuh ranjau dan berliku, pelakon bertubuh kecil ini masih relevan dan terus aktif sesudah 27 tahun mendambakan diri.

    Foto

    BERSAMA adiknya dan mak su.

    Foto

    BERSAMA keluarga besarnya dalam satu majlis keluarga beberapa tahun lalu.

    Foto

    TAM menerima pendidikan awal di Batu Road Boys School (sekarang dikenali Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur) dari 1986 hingga 1991.


    Mungkin kerana darah seni yang diwarisi daripada arwah datuk dan nenek sebelah ibunya iaitu pelakon era 60-an, Ibrahim Jaafar (Pak Yem) dan Minah Yem serta sepupunya, pelakon dan pengarah Ebby Saiful, menyuntik kecekalan pada Tam meneruskan legasi keluarga.


    Kelibat Tam yang sinonim dengan filem Pak Tam Duda pada 1989 dan drama bersiri kanak-kanak popular, Cili Padi (1994-1995) melonjak popularitinya sebagai bintang cilik terkenal.

    Bagaimanapun, jelas pemilik nama sebenar Nor Azemi Suhaimi, 34, ini, latar belakang dan profil itu bukan tiket ekspres yang menjamin kestabilannya selama lebih dua dekad dalam bidang seni.

    Anak kepada pasangan Suhaimi Amir dan Nooraini Ibrahim ini pernah melalui zaman turun dan naik. Berbekalkan semangat dan misi untuk mencurahkan kreativiti dalam karyanya, anak kedua dalam keluarga ini terus 'bernafas' sebagai pelakon, penulis dan penolong pengarah.

    Menerusi kolum Jejak Bintang kali ini, wartawan RAP, Wahi Aziz (wahiduzzaman@mediaprima.com.my) merungkai jurnal kehidupan anak seni berbakat besar ini daripada kaca mata ibu saudaranya, sepupu paling rapat dan rakan artis yang dianggap seperti kakak, Melissa Saila.

    Ibu saudaranya yang dipanggil mak su ini, Marhaizah Syed Amir, 45, adalah salah seorang individu paling rapat dengannya sejak kecil.

    Bercerita mengenai pelakon yang menceburi dunia lakonan seawal usia tujuh tahun ini, Marhaizah menyifatkan Tam sebagai anak saudara paling bertanggung­jawab dan berhemah.

    Kongsinya, Tam ba­nyak menghabiskan zaman membesarnya di rumah arwah nenek sebelah bapanya, Siti Khadijah Nasir kerana kedua-dua ibu bapanya bekerja.
    "Di rumah arwah neneknya memang ramai anak saudara yang tinggal bersama. Memandangkan ibu bapanya bekerja, Tam banyak menghabiskan waktu di depan mata saya dan neneknya.

    "Kalau hendak cakap ­mengenai Tam, dia memang anak yang tidak banyak ragam dan mudah dijaga sejak kecil. Seingat saya, dia tidak pernah buat perangai atau nakal.

    "Sikapnya yang suka berjenaka, tenang dan bertanggungjawab itu amat disenangi dalam keluarga. Memang payah hendak tengok dia marah atau meninggikan suara dalam apa juga keadaan," katanya.

    Mengulas mengenai pembabitan graduan Seni Reka dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini dalam lakonan, Marhaizah berkata, kecenderungan dan potensi anak saudaranya itu dapat dilihat sejak kecil lagi.

    "Saya tidak pelik pun dia jadi anak seni sebab keluarga sebelah ibunya terbabit dalam bidang ini. Arwah datuk dan neneknya pun memang pelakon. Sepupunya sendiri, Ebby Saiful juga pelakon dan pengarah. Malah, ibunya Nooraini juga pernah berlakon ketika kanak-kanak dulu dan bapanya iaitu abang saya seorang pemuzik.

    "Minat berlakon dalam diri Tam saya sudah nampak sebelum dia bersekolah lagi. Dia suka melakonkan semula dialog drama di televisyen bersama sepupunya. Cara dia berdialog dan gaya lakonannya itu memang berbakat walaupun ketika itu dia belum jadi pelakon.

    "Malah, sejak kecil lagi dia juga sudah terdedah dengan set peng­gambaran dan kehidupan anak seni," katanya.

    Sambung Marhaizah, ekoran populariti Tam ketika kanak-kanak, pelakon itu sering mengadu mengenai teguran dan sindiran yang dilaluinya ketika bersekolah.

    "Memandangkan kebanyakan masanya bersama saya, dia juga selalu mengadu mengenai masalah dihadapi di sekolah. Oleh kerana dia selalu terbabit dalam penggambaran, guru selalu memarahinya.

    "Ketika itu dia buat keputusan untuk belajar di sekolah swasta, tetapi saya nasihatkan dia untuk fokus pada pelajaran tidak kira di mana pun kita belajar.

    "Alhamdulillah, dia pegang janjinya dan membuktikan kepada saya dengan keputusan yang baik apabila tamat persekolahan," katanya yang mengagumi sifat Tam yang berjimat-cermat dan pembersih.

    Merungkai mengenai kerjaya Tam, Marhaizah berkata, dia berbangga kerana aktor yang bersekolah di Batu Road Boys School ( sekarang dikenali Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur) dan Emkay Institute itu bukan saja berjaya dalam cabang seni, malah cemerlang dalam akademik.

    "Saya bangga dengan dia. Dia jadi contoh kepada generasi muda keluarga kami kerana seimbang dalam minat dan pelajarannya.

    "Malah, sikap rendah diri dan menyenangkan seperti kanak-kanak dulu sedikit pun tidak luntur dalam diri Tam," katanya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/23
    Kredit: www.hmetro.com.my
     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved