Sabtu, 15 Disember 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Global: Wanita Libya turut tumbang Gaddafi

Posted: 02 Oct 2011 08:51 AM PDT

"Orang lelaki mati ketika mereka terpaksa berjuang tanpa senjata dan sanggup bergadai nyawa demi melindungi kami sedangkan kami duduk di rumah tidak buat apa-apa. Kami seolah-olah jadi barang antik," kata wanita bertudung itu lagi sambil cuba membetulkan cara dia memegang senjata api.

"Konco-konco Gaddafi boleh datang bila-bila masa, saya bersedia mempertahankan diri sendiri dan rumah kami jika perlu," katanya lagi.

Pelatih sukarelawan di pusat latihan ketenteraan itu berkata, mereka berasa sangat tidak berdaya ketika pergerakan menumbangkan pemerintahan Gaddafi terutama apabila mendengar berita ada wanita dirogol oleh askar. Kini mereka tidak mahu lagi duduk diam, sudah sampai masa untuk menunjukkan bahawa wanita juga boleh melindungi keluarga.

Sekurang-kurangnya 200 wanita sudah berjaya menamatkan program latihan itu sejak ia dimulakan di Kawasan Ketenteraan Teknikal Benghazi hujung Mac lalu. Mereka diberikan pilihan menyertai Pasukan Keselamatan Kebangsaan yang beroperasi seperti Pengawal Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat dan membenarkan wanita berkenaan bergerak di kawasan sendiri. Belum ada cadangan untuk menghantar tentera wanita ini ke barisan hadapan pertahanan negara.


Satu unit yang dianggotai 20 tentera wanita tidak bersenjata bertugas ketika Perdana Menteri British, David Cameron dan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy melawat Benghazi bulan lalu dan memberikan ucapan di depan ramai penduduk Libya.


Pasukan keselamatan wanita itu berdiri memerhatikan dan mencari wanita yang mencurigakan kerana bimbang jika ada penyerang yang menyamar dengan memakai pakaian perempuan.

Menurut komander tentera di Benghazi, Abdul Basit Haron, pejuang revolusi termasuk wanita akan menerima sekali bayaran berjumlah RM15,000. Pembabitan wanita dalam ketenteraan sangat penting kerana ia boleh membangkitkan dan menguatkan semangat tentera.

Ini kerana wanita berasa mereka diketepikan dan sanggup datang ke sini untuk membuktikan bahawa mereka setanding dengan lelaki. Mereka mahu menunjukkan kepada dunia keberanian dan sikap terbuka penduduk Libya.

Sebenarnya peranan wanita masih menjadi isu sensitif di negara Islam konservatif itu. Malah, sepanjang pemerintahan Gaddafi, polisi yang dibentuk bertujuan memecahkan pantang larang turun temurun mengenai pekerjaan wanita dan status mereka. Gaddafi sendiri melantik pengawal peribadi wanita tetapi peluang yang diberikan untuk wanita mengisi jawatan di dalam kerajaan masih sangat terhad.

Tentera wanita adalah satu perkara yang sangat asing di kebanyakan negara Arab tetapi kini ia menjadi pemandangan biasa di Libya. Di mana-mana ada saja tentera wanita beruniform, bertudung, bercermin mata hitam dan bermekap tebal mengawal bandar. Satu kumpulan wanita dilaporkan mempunyai pusat soal siasat sendiri bagi menahan aktivis antiGaddafi.

Kolonel Sabriya Mohammed al-Shraidi, anak kelahiran Benghazi yang menamatkan pelajaran di sekolah ketenteraan pada 1986 dan kini berada

di unit penyiasatan tentera berkata, lapan pegawai ditugaskan melatih 36 sukarelawan - iaitu kumpulan keempat yang akan tamat latihan tidak lama lagi.

"Kebanyakan wanita ini adalah suri rumah dan ada yang bekerja. Mereka tiada pengalaman dalam ketenteraan dan tidak tahu bagaimana menggunakan senjata. Jadi mereka datang ke sini untuk menjalani latihan, jika perlu mempertahankan diri sendiri dan anak-anak. Kita tidak tahu bila kemahiran ini diperlukan, segala-galanya boleh terjadi," katanya.

Pelatih tentera ini diberikan pelbagai latihan menggunakan semua jenis senjata ringan dan ilmu mempertahankan diri. Mereka yang diberikan latihan ini akan membantu menjaga keselamatan ketika demonstrasi, di bank dan institusi lain.

"Ramai orang anggap wanita tidak elok masuk tentera. Anggapan ini salah. Ramai wanita terbabit dalam bantuan kemanusiaan dan penyeludupan senjata api untuk pemberontak dengan menyembunyikan senjata dalam jubah mereka.

"Sebenarnya wanita sudah banyak memberi sumbangan dalam revolusi ini melalui pelbagai cara. Tetapi mereka masih dipinggirkan dan diketepikan. Kini sudah ada peluang untuk kami menunjukkan sumbangan secara terang-terangan, tiada apa yang hendak dimalukan apabila menjadi tentera. Masyarakat sekarang bukan lagi seperti zaman Gaddafi dulu yang memandang rendah wanita yang masuk tentera," katanya.

Wafa al-Rayth, 29, suri rumah, berkata dia menyertai program ketenteraan itu untuk menunjukkan pada dunia bahawa wanita Libya berupaya berganding bahu dengan lelaki dalam menjaga keamanan negara.

"Sudah sampai masa kami membantu meluaskan keamanan dan mengawal negara, terutama dalam tradisi kami yang memerlukan wanita mengawal tempat perjumpaan wanita dan memeriksa beg mereka bagi memastikan tiada lelaki menyamar untuk melakukan jenayah," katanya.

Bagi jurutera berusia 20 tahun, Lameis Aghnaish, dulu ketika era Gaddafi dia cuba berhijrah ke negara lain tetapi kini dia bangga tinggal di Libya.

"Dulu hidup kami sangat susah, sebab itulah saya mahu berhijrah. Masa itu saya tidak rasa sayang pun pada negara, tetapi keadaan kini sudah berubah. Saya sanggup mati demi negara ini. Saya akan kembali bekerja selepas keadaan kembali aman. Apa yang penting kini ialah memastikan negara aman dan selamat," katanya. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2011/10/02



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Dadah kotak tisu

Posted: 14 Dec 2012 02:12 PM PST

KUALA LUMPUR: Menyembunyikan dadah dalam kotak dan dibawa menggunakan plastik kedai serbaneka 24 jam. Itulah helah digunakan kumpulan pengedar dadah kecil-kecilan dalam menjalankan aktiviti pengedaran dadah mereka.

Namun, hasil maklumat awam dan risikan, empat lelaki masing-masing dua warga Pakistan dan dua Nigeria ditahan dalam dua serbuan berasingan membabitkan nilai rampasan RM280,000.


Difahamkan, ketika ditahan polis menemui dadah dalam kotak tisu dan kotak kasut yang diletakkan dalam plastik kedai serbaneka bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Superintendan Adnan Azizon berkata, dalam serbuan pertama Ahad lalu kira-kira jam 9 malam, polis menahan dua lelaki warga Pakistan berusia 27 dan 28 tahun.


"Kedua-dua suspek terbabit ditahan di tempat letak kenderaan di Cap Square, Jalan Munshi Abdullah. Hasil penahanan itu, kami menemui 1.6 kilogram (kg) dadah dipercayai jenis syabu.


"Nilai rampasan dianggarkan lebih RM170,000. Malah, ujian saringan air kencing kedua-duanya juga positif dadah," katanya ketika sidang media di IPK Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Beliau berkata, suspek direman hingga esok untuk siasatan lanjut dan pihaknya percaya mereka adalah pengedar dadah kecil-kecilan di sekitar Lembah Klang.


Suspek yang bekerja di kedai menjual pakaian dikesan melakukan aktiviti pengedaran dadah sebagai pendapatan sampingan sejak empat tahun lalu.

Bagi kes kedua, Adnan berkata, pihaknya menahan dua lelaki warga Nigeria berusia 27 tahun pada Rabu lalu kira-kira jam 6 petang di sebuah hotel bajet di Cheras, di sini.


"Hasil pemeriksaan menemui dadah jenis syabu 996 gram dengan nilai rampasan berjumlah RM112,000. Mereka ditahan reman bermula semalam (kelmarin) hingga 19 Disember ini.


"Kedua-dua suspek dikesan masuk ke negara ini tahun lalu menggunakan pas pelajar. Siasatan mendapati mereka belajar di institut bahasa di Taman Maluri dan ibu kota," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/15



Jasad ditemui hanyut 5km

Posted: 14 Dec 2012 02:09 PM PST

KAJANG: Suasana sedih dan pilu menyelubungi keluarga dua remaja yang lemas di Sungai Langat, di sini sejak Rabu lalu sebaik mayat kedua-duanya ditemui, semalam.

Difahamkan, mayat Mohammad Syawal Azhari, 17, ditemui tersangkut di tebing sungai kira-kira jam 7.45 pagi oleh anggota bomba yang melakukan pemeriksaan permukaan sungai manakala mayat adiknya, Mohammad Tarmizi Azhari, 13, ditemui terapung oleh abang mangsa yang turut menjalankan gerakan mencari dan menyelamat, kira-kira 15 minit kemudian.


Mohammad Syawal ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi mereka dipercayai hilang manakala Mohammad Tarmizi pula ditemui berhampiran loji pembersihan air iaitu lima kilometer dari lokasi sama.

Abang mangsa, Mohd Mustakim Azhari, 22, berkata, dia berada di lokasi kejadian sejak jam 7 pagi dan tidak henti-henti berdoa agar kedua-dua adiknya itu ditemui.


"Tidak ada erti penat atau putus asa melainkan terus berusaha mencari kedua-dua adik yang hilang kerana sudah tidak sanggup melihat ibu dan ayah terus bersedih.


"Saya berdoa agar sesuatu keajaiban akan berlaku hari ini (semalam) yang juga hari Jumaat," katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat, Ariff Mohamed Kassim, berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa dihentikan sepenuhnya jam 9 pagi.


Katanya, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka, Hulu Langat selepas solat Asar.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/15



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Serah nasib kepada FAM

Posted: 14 Dec 2012 01:26 PM PST

SELEPAS gagal mempertahankan kejuaraan Piala AFF 2012, ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal kini menyerahkan nasibnya kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menurut pengendali berusia 56 tahun itu, beliau masih memiliki baki kontrak bersama FAM hingga hujung tahun depan dan berpegang teguh dengan misi utamanya membantu skuad kebangsaan melayakkan diri ke kejohanan Piala Asia 2015 di Australia.


"Saya masih memiliki kontrak hingga 2013, segala keputusan mengenai kedudukan saya selepas ini, saya serahkan kepada FAM. Saya masih ada tugas untuk dilaksanakan hingga 2013.

"Pasukan negara akan memulakan kempen kelayakan Piala Asia pada Februari tahun depan menentang Qatar dan fokus saya tetap untuk membawa pasukan ini beraksi ke pusingan akhir Piala Asia 2015," katanya kepada pemberita di Bangkok sebelum berangkat ke Kuala Lumpur semalam.


Rajagobal berkata, beliau dijangka membuat sedikit rombakan pemain bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Asia Kumpulan D yang membabitkan Qatar, Bahrain, Yaman dan membuat perancangan awal dengan mengatur dua perlawanan persahabatan Oktober depan.


Namun kegagalan di Piala AFF wajar diberi perhatian sebelum FAM berangan-angan menggapai impian lebih tinggi di pentas Asia.

Kekalahan agregat 1-3 kepada Thailand di peringkat separuh akhir, kelmarin membuktikan sejauh mana peningkatan skuad Harimau Malaya selepas dua tahun bergelar juara rantau Asia Tenggara.


Sememangnya keputusan pengadil dari Korea Selatan Lee Minhu yang dilihat 'berat sebelah' boleh dipertikaikan namun adakah ia keputusan tepat oleh Rajagobal mengarahkan pemain tengah Amar Rohidan mengambil posisi pertahanan tengah Mohd Fadhli Shas yang dibuang padang pada aksi separuh akhir kedua menentang Thailand di Stadium Supachalasai kelmarin.

Pemain tengah, Mohd Faizal Muhammad hanya dimasukkan menggantikan Amar selepas gawang negara bocor dua kali dan Thailand sebenarnya beraksi lebih baik berbanding ketika seri 1-1 di Kuala Lumpur Ahad lalu dengan penguasaan bola dan percubaan bahaya biarpun Malaysia beraksi dengan 11 pemain pada babak pertama.


Sememangnya nasib tidak menyebelahi Rajagobal kerana dihimpit kecederaan pemain utama namun di manakah kedudukan pemain lain dalam skuad 22 pemain terbaiknya selepas berjaya melepasi eksperimen sebelum kejohanan ini.


Mungkin kejayaan melangkah ke separuh akhir Piala AFF ini sudah boleh dibanggakan memandangkan prestasi Harimau Malaya sebelum kejohanan tidak memuaskan termasuk seri 1-1 dengan pasukan kerdil, Bangladesh pada aksi persahabatan.


Tidak dinafikan jasa pemain yang berjaya merubah senario bola sepak negara selepas 'tidak bermaya' selama 20 tahun wajar dikenang tapi ia tidak bermakna ia lesen untuk seseorang pemain itu terus kekal dalam pasukan.


"Saya tidak boleh membuat rombakan drastik, saya akan menilai pemain apabila Liga Malaysia bermula tahun depan. Saya mahu membentuk skuad yang mantap kerana kelayakan Piala Asia adalah tahap lebih tinggi. Harap pemain boleh berada di prestasi terbaik sebelum perlawanan pertama menentang Qatar," kata Rajagobal.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/15



Kompany rayu rakan bangkit

Posted: 14 Dec 2012 01:21 PM PST

NEWCASTLE: Kapten Manchester City, Vincent Kompany menyeru rakan sepasukan untuk mengulangi kemenangan ke atas Newcastle musim lalu sebagai tindak balas terhadap kekalahan di tangan Manchester United dalam saingan Liga Perdana.

Juara bertahan yang dibimbing Roberto Mancini bangkit dalam aksi dramatik ketika tewas 2-3 kepada skuad Alex Ferguson pada perlawanan setempat hujung minggu lalu, akan berkunjung ke St James Park dengan nada positif, hasil kemenangan ke atas pasukan tuan rumah tujuh bulan lalu ketika dimasyhurkan sebagai juara bola sepak England.


Meskipun berdepan semangat melawan Newcastle yang memburu tempat ke Liga Juara-Juara apabila musim ini berakhir pada Mei, City menang 2-0 menerusi jaringan Yaya Toure dibantu prestasi memuncak Kompany musim lalu.

City kini ketinggalan enam mata di belakang United akan ke Tyneside untuk bangkit dari kekalahan minggu lalu, selepas skuad bimbingan Ferguson menamatkan rekod tanpa kalah Liga Perdana mereka musim ini serta meleburkan rekod dua tahun tanpa kalah di Eastlands.


Kekalahan City di tangan Newcastle akan memberi peluang kepada United melebarkan pendahuluan di puncak liga kepada sembilan mata, kerana pendahulu itu dijangka menewaskan Sunderland dan Kompany sekali lagi mengingatkan pencapaian lalu kepada rakan sepasukannya.


"Adil jika saya katakan perlawanan itu hampir dilupakan, namun ia antara permainan terbaik yang kami paparkan sebagai sebuah pasukan," kata Kompany. "Kami betul-betul kukuh dan ketika menyerang, kami amat berbahaya.

"Newcastle juga memiliki segala-galanya untuk beraksi cemerlang. Mungkin kami perlu ingat untuk perlawanan Sabtu ini." Kompany mengaku langsung tidak terfikir pesaing terhebat City diberi peluang melebarkan kelebihan begitu ketara musim ini.


"Kami sedar kepentingan perlawanan ini namun saya tidak terfikir mengenai senario buruknya. Bagi saya, banyak perkara positif yang boleh berlaku jika kami menang perlawanan itu." - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/15



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Lagak bukan main alim

Posted: 14 Dec 2012 02:32 PM PST

SHAH ALAM: Auta seorang lelaki yang menyamar anak kepada pengamal perubatan Islam terkenal, Datuk Dr Haron Din dan kononnya dia mahir dalam ilmu perubatan Islam terbongkar apabila dia dicekup polis, malam kelmarin.

Lelaki berusia 28 tahun itu yang aktif memperdaya golongan kaya sekitar bandar raya ini dan Klang sejak tahun lalu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira jam 9.30 malam kelmarin.

Dia ditahan di rumah seorang mangsanya di Seksyen 13, di sini, selepas mangsa terbabit berpakat dengan polis.

Polis menahan lelaki itu berikutan waran tangkap dikeluarkan ke atasnya oleh Mahkamah Majistret Klang kerana gagal hadir perbicaraan bersabit kes penipuan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang dianggarkan berjumlah lebih RM300,000.


Sebelum penahanan suspek, mangsa yang mahu dikenali sebagai Tina, 46, menunggu kedatangan lelaki itu yang mahu menjual batu azimat dinamakan 'batu petir'.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/15



Ibu derita sendirian

Posted: 14 Dec 2012 02:32 PM PST

ALOR GAJAH: Memilukan apabila seorang wanita warga emas bukan saja terlantar bersendirian di ruang tamu rumahnya di Kampung Pulau Sebang di sini, malah bergelumang dengan najisnya sendiri berikutan keuzuran dialaminya tanpa mendapat pembelaan anak tunggalnya yang didakwa menghilangkan diri.

Lebih malang apabila permohonan Sabi Dollah berusia 85 tahun itu untuk tinggal di rumah kebajikan tidak mendapat pertimbangan sewajarnya.


Sumber berkata, warga emas itu terlantar beralaskan sekeping tilam nipis di atas lantai ruang tamu rumahnya yang tidak terurus.

"Dia (wanita itu) tinggal sendirian dengan keadaan kesihatannya yang lemah selain mengalami masalah penglihatan dan pendengaran. Dia hanya mampu mengharap simpati jiran terdekat memberinya makan minum selain menyediakan keperluan lain.


"Difahamkan, dia mempunyai seorang anak tunggal perempuan namun menghilangkan diri tanpa menjenguk keadaannya selama lebih lima tahun tanpa khabar berita," katanya di sini, semalam.


Menurutnya, sejak terlantar sakit, warga emas itu hanya mampu mengharapkan perhatian dan ihsan jiran terdekat yang sering datang membawa makanan dan minuman.

"Beberapa jiran terdekat yang bersimpati menjenguk dan menyuapnya makanan tanpa bekalan air bersih yang dipotong disebabkan tunggakan bil lebih RM1,500.


"Lebih menyayat hati warga emas ini terpaksa membuang air kecil dan air besar di atas tempat tidurnya setiap hari hingga menyebabkan rumah busuk," katanya.

Kata sumber itu, keperitan hidup ditanggung warga emas itu mendapat perhatian pihak berkaitan yang akan mendapatkan tempat tinggal dan memastikan kebajikannya terpelihara.


"Namun, tiada maklum balas diterima dan lebih mengecewakan apabila syarat yang perlu dipatuhi seperti pemeriksaan kesihatan turut dibuat," katanya.


Melihat keadaan diri warga emas itu yang menghidap sakit pundi kencing dan darah tinggi, beberapa penduduk menghubungi bantuan kecemasan untuk dihantar ke Hospital Alor Gajah (HAG), petang kelmarin.


"Paramedik Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Alor Gajah yang dipanggil kemudian membawa warga emas berkenaan ke HAG sebelum dirujuk ke Hospital Melaka (HM)," katanya.


Sementara itu, Ketua Operasi JPAM daerah, Saiful Nazmi Said berkata, keadaan wanita berkenaan amat menyedihkan kerana bergelumang dengan najis.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/15



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Teruja jiwai Marjina

Posted: 14 Dec 2012 11:29 AM PST

ENAM tahun lalu, dia hanya seorang kanak-kanak cilik yang bakatnya digilap di pentas teater. Namun, dengan peningkatan usianya yang semakin menginjak remaja kini, nama Nurul Elfira Loy, 18, sudah berada dalam kelompok golongan artis popular tanah air. Apatah lagi, banyak drama lakonannya diminati penonton.

Bagaimanapun, gadis genit ini nyata tidak pernah melupakan asal usul awal pembabitannya dalam seni. Pernah menjayakan teater muzikal kanak-kanak, Ali Baba dan 40 Penyamun ketika berusia 12 tahun dulu, kini si manis ini sedia kembali semula beraksi di gelanggang pementasan.

Minat mendalamnya pada teater tidak pernah pudar walaupun sudah berstatus pelakon popular. Di bawah bimbingan Lokman Ghani sebagai pengarah persembahan berpengalaman, Elfira akan menjayakan teater muzikal Ali Baba yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) mulai 21 hingga 29 Disember ini, jam 8.30 malam.

Melakonkan watak Marjina yang pernah menjadi milik seniwati Datuk Sarimah Ahmad dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, karya asal Allahyarham Tan Sri P Ramlee itu, Elfira mengakui dia amat teruja. Apatah lagi, katanya dia memang suka berlakon teater kerana di pentas ini terlalu banyak ilmu lakonan dan pengalaman diperolehnya.


Hadir pada sidang media baru-baru ini, Elfira turut mempertontonkan sedikit babak lakonannya kepada media. Malah, tidak disangka gadis jelita yang bertubuh kecil ini masih hebat lagi di pentas teater walaupun agak lama menyepi. Bahkan, Elfira juga boleh menari dengan baik dengan gerak tari yang bertenaga.


Elfira berkata, dia tidak pernah melupakan teater. Malah, dia juga tidak akan menolak sebarang tawaran berlakon teater kerana permulaan langkahnya dalam bidang lakonan pun berpaksi di atas pentas teater. Ujarnya, berlakon teater cukup memberikan kepuasan dan keseronokan kerana ilmu lakonannya cukup banyak.

"Apapun, menjayakan teater muzikal Ali Baba pada kali ini turut mengimbau semula kenangan saya enam tahun lalu beraksi di pentas IB. Walaupun ketika itu masih kanak-kanak tetapi ia tetap segar dan tak pernah luput di fikiran. Malah, pementasan yang terbaru ini pula agak berbeza kerana saya sudah pun remaja.

"Bersesuaian dengan matlamat IB mementaskan teater ini untuk golongan muda, saya akui seronok beraksi di samping Aznil Nawawi sebagai Ketua Penyamun, Fizo Omar (Ali Baba) dan juga Ebby Yus (Kassim Baba) kerana gandingan ini dilihat serasi. Mereka kesemuanya ada pengalaman tersendiri yang boleh dikongsi bersama.

"Bagaimanapun, saya berlakon tetap mengikut cara sendiri. Walaupun, Aznil dan Ebby Yus menonjolkan lakonan hebat mereka, saya tak pernah rasa tertekan. Saya berusaha mengikut rentak mereka supaya tidak tercicir. Menjadi diri sendiri adalah langkah paling baik kerana saya sentiasa dalam keadaan sedia dan bertenang.

"Saya juga tidak pernah fikir persaingan untuk tunjuk lagi hebat di hadapan mereka. Bagi saya menjayakan teater muzikal ini adalah kerja berkumpulan. Jadi, kami semua sebagai pelakon harus saling bekerjasama bagi memastikan ia berjaya dan penonton yang datang menyaksikannya terhibur," katanya.

Berbicara mengenai langkah tarinya yang teratur, Elfira berkata dia baru saja beberapa hari berlatih gerakan itu. Ujarnya, barangkali ia mudah baginya kerana pengalaman lalu yang banyak membantu. Jadi, sedikit sebanyak asas tarian yang sudah dimilikinya itu digunakan sebaik mungkin untuk pementasan ini.

Selain teater, Elfira juga akan muncul dalam program realiti popular, Fear Factor Selebriti Malaysia pertama yang akan disiarkan Astro Ria pada 29 Disember ini. Elfira bersama 30 artis lain bersaing merebut gelaran juara untuk memenangi hadiah lumayan sebanyak RM200,000. Elfira berpasangan dengan Ajak (Shiro).

Berkongsi pengalamannya, Elfira berkata program yang rakamannya dibuat di Cape Town, Afrika Selatan itu cukup mencabar daya ketahanan fizikal dan mental. Ia bukan saja untuk mengatasi ketakutan tetapi berupaya membangkitkan semangat juang yang tinggi dalam diri. Itulah yang sentiasa dirasakannya sepanjang bersaing.

"Masing-masing di kalangan kami semua peserta enggan mengalah. Apatah lagi, saya sendiri yang kebanyakan peserta lain kurang yakin dengan kemampuan diri ini. Apapun, saya tidak menyalahkan mereka atas pandangan itu kerana selama ini mungkin ramai yang tidak tahu bahawa saya sebenarnya seorang yang lasak.

"Saya sukakan aksi mencabar kerana ia mampu membentuk lebih keyakinan diri.
Jadi, saya ambil peluang menyahut cabaran itu di Fear Factor Selebriti Malaysia yang ternyata memberi banyak pengalaman bermakna kepada saya. Bukan sekadar berjaya mengatasi ketakutan diri, tetapi artis Malaysia memang berani," katanya.

Menyentuh pula perkembangan lakonannya, Elfira kini dianggap cukup bertuah kerana pada usia yang belasan tahun itu, dia sudah berpeluang beraksi di samping dua bintang ternama Indonesia, Randy Pangalila dan Baim Wong.

Bermula dengan Randy menerusi telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang tahun lalu, kini gandingan mereka diteruskan pula ke siri drama Dalam Hati Ada Taman di Astro Ria setiap Isnin, jam 9.30 malam.

Baru-baru ini pula Elfira mendapat peluang lagi. Kali ini dia berlakon di sisi Baim di dalam telefilem Untuk Terakhir Kali, juga di bawah arahan Michael Ang.

Elfira berkata, peluang diperolehnya itu adalah rezeki. Namun, katanya pengalaman berlakon di sisi kedua-dua aktor kacak dari seberang itu amat berbeza. Mereka nyata memiliki aura dan kehebatan tersendiri.

"Berlakon di sisi Randy, saya mungkin sudah biasa dan tak kekok lagi. Apatah lagi, kami sama-sama remaja dan sudah tentu keserasian antara satu sama lain itu mudah diwujudkan. Namun, Baim pula agak matang dan tak dinafikan pada mulanya saya agak gementar.

"Bagaimanapun, berlakon dengan orang berpengalaman seperti mereka memang tiada masalah. Mudah kerana mereka suka membantu. Apapun, peluang berlakon dengan Baim diperoleh kerana saya dan dia adalah kawan," katanya.

Menurut Elfira, dia hanya bertanya kepada Baim sama ada mahu cuba berlakon di Malaysia dan pemuda itu tidak menolak jika mereka bergandingan bersama. Menurut Elfira lagi, Baim yang menghubungi Michael memaklumkan dia persetujuannya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/15



Cinta muzik bantu Gaza

Posted: 14 Dec 2012 11:17 AM PST

SIKAP prihatin masyarakat negara ini terhadap isu dunia seperti penderitaan penduduk Palestin akibat kekejaman tentera Zionis suatu usaha yang sangat dipuji. Apa yang menarik perhatian, bantuan yang disalurkan bukan hanya wang ringgit dan misi kemanusiaan dihantar ke sana tetapi pelbagai cara lain turut dilakukan.

Sebagai usaha berterusan, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) bersama Yayasan Tabung Amanah Muhibah (Tamu) dan laman sesawang, www.2crank.com menganjurkan acara Karnival Cinta Muzik Selangor dan Konsert Untuk Gaza pada hari ini.

Acara ini yang membawa konsep membudayakan muzik kepada masyarakat menggabungkan beberapa elemen seperti kerja amal, persembahan, pembelajaran dan demonstrasi. Ia disertai pemuzik dan artis popular yang diadakan secara percuma di Sekolah Kebangsaan Hulu Klang, Selangor.

Bermula jam 12 tengah hari sehingga 6 petang untuk aktiviti sampingan, Konsert Untuk Gaza pula akan berlangsung jam 8.30 malam bertujuan mengumpul kutipan amal untuk disalurkan kepada penduduk Palestin.


Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez berkata, acara ini memberi peluang artis dan masyarakat berhibur sambil beramal. Dalam usaha membantu penduduk Palestin, penganjuran acara ini juga penting agar masyarakat dan peminat mengambil bahagian dalam acara yang diadakan.


"Semua orang yang sukakan muzik khususnya golongan muda dijemput hadir belajar bersama artis popular seperti Yazid Search, Man Kidal dan Andy Flop Poppy mengenai rahsia kejayaan mereka.

"Pada masa sama, apa yang diharapkan orang ramai yang hadir juga mengambil kesempatan menderma kepada mangsa di Gaza". katanya.

Dalam program selama sehari ini, pengisian tertumpu pada klinik muzik merangkumi gitar, bass, dram dan vokal serta sesi mencungkil bakat menerusi Pertandingan Gitar Hero, 'Drum Battle' dan Pertandingan Karaoke Asli dianjurkan secara percuma bersama hadiah menarik.

Klinik muzik disertai Yazid Search dan Lola XPDC mengajar teknik bermain dram, Man Kidal dan Rithan Deja Voodo Spells (gitar), Andy Flop Poppy (bass), Damien VE (vokal), Radhi OAG dan Ad Samad (komposer dan lirik) manakala Datin Paduka Julie Sudiro bersama Salwa Abdul Rahman, Azizul Khamis dan S Atan turut serta.

Persembahan artis pula disertai barisan artis indie antaranya Andy & The Malayan, Exorage, Pheelers, Zarul, The Aliff, Salam Musik, Subculture, Radhi OAG, The Imposible Kids, District, Roku Steps, Inversion dan The Siblings Band.

Bagi peminat tarian, persembahan kumpulan Wakaka Crew sebagai penyelaras utama konsert dijangka menarik perhatian ramai pengunjung yang hadir pada acara kali ini. Sebagai tarikan, pelawak Zizan dan kumpulan One Nation Emcees turut serta menjayakan acara ini menerusi aktiviti jualan amal produk.

Sebarang maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang, www.chintamuzik.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/15



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


RM15,000 untuk buah zakar Bieber

Posted: 14 Dec 2012 01:35 PM PST

LOS ANGELES: Satu dokumen mahkamah mendakwa sekumpulan penculik merancang menjerut dan memotong kemaluan penyanyi pop remaja, Justin Bieber.

Dana Martin didakwa meletakkan harga RM7,500 bagi setiap satu buah zakar Bieber ketika dia mendedahkan rancangan untuk menculik, memotong kemaluan dan menjerut penyanyi terkenal itu.


Martin yang kini menjalani hukuman penjara dan mempunyai tatu Bieber pada kakinya, dituduh mengupah dua lelaki lain untuk menculik dan membunuh penyanyi itu, pengawal peribadinya dan dua mangsa yang tidak ada kaitan.

Menurut dokumen itu, dia mengupah Mark Staake untuk melaksanakan rancangannya selepas kecewa Bieber tidak mempedulikan usahanya untuk menghubunginya. Anak saudara Staake, Tanner Ruane kemudian menyertai rancangan itu.


Selepas mengumumkan hadiah wang berjumlah RM7,550 untuk kemaluan penyanyi berusia 18 tahun itu, Martin kemudian mengarahkan Staake dan Ruane untuk menjerut Bieber dengan tali leher.


Kumpulan itu didakwa merancang menyerang Bieber ketika dia mengadakan konsert di Madison Square Garden, New York pada 28 dan 29 November lalu.

Bagaimanapun, rancangan itu gagal selepas Martin mendedahkannya kepada pengawal penjara.


Secara kebetulan, Staake, 41, ditangkap pada 19 November kerana kesalahan lain ketika memandu dengan Ruane, 23.

Polis membebaskan Ruane tetapi merakamkan perbualan telefonnya dengan Martin mengenai rancangan membunuh Bieber itu.


Mereka menahan Ruane sekali lagi pada 20 November di New York dan menemui gunting jenama Fiskars Durasharp yang baru dibeli di dalam keretanya.


Kandungan perbualan telefon itu yang mendedahkan rancangan berkenaan dinyatakan dalam waran tangkap.


Dokumen berkenaan menyatakan: "Apabila Martin bertanya apa yang dibawa oleh Staake untuk memotong kemaluan mangsa, Ruane menjawab, dia sudah membeli gunting. Mengenai keengganan Staake untuk memotong kemaluan Bieber, Ruane berkata, dia akan melakukannya. "Martin kemudian mengesahkan, Ruane akan memperoleh RM7,500 untuk setiap buah zakar Bieber." Polis berkata, Martin memberitahu Ruane supaya menjerut Bieber dan mangsa lain dengan tali leher kerana ia serupa dengan yang digunakan ketika melakukan pembunuhan sebelum ini.


Martin kini menjalani dua hukuman penjara seumur hidup di Penjara New Mexico Selatan di Las Cruces selepas didapati bersalah merogol dan menjerut seorang gadis berusia 15 tahun pada 2000. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/15



Jacintha kritik layanan buruk kakitangan senior

Posted: 14 Dec 2012 01:32 PM PST

LONDON: Jururawat yang ditemui mati tergantung selepas menerima panggilan palsu, dilaporkan meninggalkan nota mengkritik kakitangan senior Hospital King Edward VII.

Jacintha Saldanha, 46, terpedaya oleh panggilan palsu daripada dua pengacara sebuah stesen radio Australia yang menelefon isteri Putera William, Kate Middleton.


Satu inkues diberitahu, ibu dua anak dari Bristol itu ditemui di kuarters jururawat oleh seorang rakan dan seorang pengawal keselamatan Jumaat lalu.

Mahkamah Koroner Westminster di London juga diberitahu, tiga nota turut ditinggalkan di biliknya dan ada tanda kecederaan pada pergelangan tangan Jacintha.


Menurut laporan Daily Mirror, sepucuk surat itu mengkritik cara dia dilayan oleh rakan seniornya di hospital swasta berkenaan.


Akhbar itu mendakwa, keluarga Jacintha marah dengan pendedahan berkenaan dan suaminya, Ben Bar- boza mendesak diadakan siasatan penuh terhadap kematian jururawat itu.

Ia memetik satu sumber yang rapat dengan keluarga itu sebagai berkata: "Sepucuk surat itu, yang terpanjang ialah mengenai hospital itu dan nadanya bersifat kritikal. "Barboza mahu siasatan penuh diadakan. Antara kandungan surat itu, Jacintha mendedahkan beberapa layanan buruk yang diterimanya di hospital itu.


Mayat jururawat itu ditemui tiga hari selepas dia menyambungkan panggilan palsu daripada pengacara sebuah stesen radio Sydney, Michael Christian dan Mel Greig yang menyamar sebagai Ratu Elizabeth dan Putera Charles, meminta supaya disambungkan kepada Kate.

Isteri William itu dirawat kerana mabuk hamil di hospital King Edward, tempat Jacintha bekerja.


Koroner Westminster, Dr Fiona Wilcox memulakan inkuesnya pagi semalam sebelum menangguhkannya hingga 26 Mac tahun depan.


Ketua Inspektor, James Harman ketika memberi keterangan, berkata, terdapat kecederaan pada pergelangan tangan jururawat itu apabila dia ditemui tergantung di kuartersnya. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/15



Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved