Ahad, 23 September 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Gaya hidup tidak sihat

Posted: 23 Sep 2012 08:36 AM PDT

SIHAT dan sejahtera mempunyai makna yang berbeza. Ramai orang salah anggap mengenai tubuh badan sihat, tetapi secara keseluruhannya tidak sempurna daripada segi keadaan fizikal, mental dan sosial selain mampu meneruskan kehidupan dengan prospek positif.

Ada yang menganggap diri mereka sihat, tetapi mengamalkan gaya hidup yang menjurus kepada kemungkinan untuk mendapat penyakit seperti merokok, gemar mengambil minuman alkohol dan diet tidak seimbang.

Perunding Pakar Perubatan dan Geriatrik, Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Rajbans Singh berkata, kebiasaannya mereka yang berada dalam kategori sihat dan sejahtera ini mengamalkan gaya hidup yang aktif.

"Mereka menganggap diri sihat sehinggalah diserang penyakit. Kadangkala mereka yang menganggap diri sihat, tetap mengamalkan gaya hidup yang tidak sepatutnya.


"Golongan yang sihat dan sejahtera ini biasanya seorang yang aktif. Secara asasnya mereka mengamalkan rejim kesihatan yang sepatutnya seperti senaman, diet seimbang dan membuat pemeriksaan kesihatan secara tetap bagi mengekalkan kecergasan berbanding sihat saja," katanya.


Dr Rajbans menambah, perkara penting yang perlu dilihat terlebih dulu dalam aspek kesihatan tubuh badan melalui gaya hidup yang dijalani adalah kulit, hati, sendi dan jantung.

Namun, perkara utama yang harus diambil berat adalah jantung. Kesihatan jantung begitu penting kerana ia adalah penyebab nombor satu kematian. Penyakit jantung boleh terjadi kepada sesiapa saja.

"Misalnya, wanita bergelar ibu berusia sekitar 30 hingga 60 tahun yang sibuk bekerja, tidak bersenam dan mengalami tekanan boleh menghidap penyakit jantung.

"Bertambah buruk apabila mereka hanya mementingkan penjagaan kulit semata-mata berbanding kesihatan jantung," katanya.

Ini kerana jantung adalah teras kepada sistem peredaran darah yang membekalkan tubuh badan dengan oksigen dan nutrien penting lain yang diperlukan bagi meneruskan kehidupan.

Tanpanya, manusia tidak boleh hidup dan secara purata, jantung manusia seberat antara 0.17 kilogram hingga 0.31 kilogram berdegup 60 hingga 80 kali seminit.

Kadar kesihatan jantung berkait dengan faktor kecergasan fizikal, aktiviti serta emosi. Hormon yang dikeluarkan kerana emosi serta rangsangan lain akan menjejaskan kadar kesihatan jantung.

Disebabkan itu, kebanyakan penyakit jantung dikaitkan dengan faktor emosi. Selain jantung, hati juga adalah organ penting dalam tubuh badan.

Tambah Dr Rajbans, tubuh badan yang mengalami masalah nyahtoksin akan menyebabkan tekanan darah dan di sinilah fungsi hati penting untuk mengelakkan ia terjadi.

Ini kerana hati adalah organ terbesar kelenjar dalam badan dan melakukan banyak fungsi penting bagi menjaga tubuh bebas daripada toksin dan bahan lain yang berbahaya.

Ia adalah organ penting yang menyokong hampir setiap organ dalam badan. Seseorang itu tidak boleh menjalani kehidupan yang sihat tanpa hati yang sihat.

Purata hati dewasa seberat kira-kira 1.36 kilogram dan menerima 1419.36 mililiter darah setiap minit. Ia akan merembeskan bahan kimia kerana menghasilkan hempedu, bahan diperlukan untuk mencerna lemak.

Garam hempedu (di dalam hempedu) pula akan memecahkan lemak menjadi kepingan lebih kecil supaya ia boleh diserap lebih mudah dalam usus kecil.

Selain menghasilkan hempedu, hati juga berfungsi menyahtoksin darah untuk menghapuskan bahan berbahaya seperti alkohol dan dadah, menyimpan vitamin serta zat besi.

Disebabkan hati melakukan banyak fungsi penting, ia terdedah kepada penyakit. Antara isyarat menandakan hati bermasalah adalah perubahan warna najis
atau air kencing menjadi gelap.

Selain itu, tanda biasa masalah hati adalah penyakit kuning, hepatitis, hati berlemak serta kanser yang disebabkan oleh alkohol, ubat melegakan kesakitan dan dadah.

"Jika tidak menjaga kesihatan organ di dalam badan, kita akan dapat pelbagai penyakit seperti darah tinggi, diabetes dan akhirnya sakit jantung.

"Ia dinamakan sebagai penyakit gaya hidup atau metabolisme yang disebabkan oleh pemakanan, kurang bersenam dan tekanan yang dihadapi setiap hari.

"Mengambil gula dan garam berlebihan menyebabkan diabetes serta darah tinggi manakala mengamalkan pemakanan salah mengundang kesan buruk seperti obesiti atau kolesterol tinggi," jelas Dr Rajbans yang melahirkan kebimbangannya mengenai gaya hidup tidak sihat sesetengah masyarakat hari ini.

Tambahnya, jika dikumpulkan semua penyakit tadi, mereka akan mengalami masalah sakit jantung yang menjadi punca kepada kematian.

Dr Rajbans memberitahu, angka pesakit diabetes dan darah tinggi di negara ini juga dilihat semakin membimbangkan. Ia menunjukkan sejuta masyarakat di negara ini menghidap diabetes dan empat juta orang mengalami pradiabetes.

Malah statistik menunjukkan pesakit tekanan darah tinggi boleh meninggal dunia dalam tempoh setahun atau dua tahun mereka menghidap penyakit terbabit.

Obesiti juga dilihat semakin meningkat iaitu sebanyak 40 peratus, seorang mengalami serangan jantung dalam setiap jam dan begitu juga dengan strok yang menunjukkan empat orang mengalaminya untuk tempoh setiap jam.

Walaupun banyak program pendidikan dilakukan di negara ini, ia masih belum dilihat membuka minda masyarakat.

"Mengubah pemikiran bukan mudah ditambah dengan kehadiran makanan segera yang begitu pesat bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan dan gaya hidup tidak sihat menyukarkan lagi keadaan.

"Kehadiran teknologi yang semakin banyak juga menyebabkan ramai orang malas untuk bangun atau bergerak dan ia dapat dilihat jelas di dalam pejabat.

"Justeru, cuba lakukan senaman ringkas atau menukar posisi setiap jam bagi memberi kesegaran dan kesihatan pada tubuh badan," katanya.

Menurutnya, ada senaman mudah yang boleh dilakukan tanpa mengeluarkan kos yang tinggi ketika sibuk bekerja. Misalnya, hanya berjalan 10,000 langkah dalam sehari dapat membantu menjaga kesihatan tubuh badan.

Selain itu, diet seimbang juga harus diamalkan setiap hari dengan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan sebanyak lima hingga tujuh sajian setiap kali menikmati hidangan pagi, tengah hari atau malam.

"Ramai orang suka makan nasi lemak dan tidak tahu cara atau formula untuk mengira kalori dalam hidangan.

"Nasi lemak boleh dimakan, tetapi lebihkan pengambilan sayur seperti timun dan ayam yang dimasak sambal asalkan bukan ayam goreng kerana ia mengandungi banyak lemak," jelasnya.

Untuk memberi kesihatan kepada jantung, ia memerlukan mikro nutrien yang boleh didapati di dalam kekacang, badam, kacang dal, ikan salmon, telur kuning dan bayam.

Namun, jika dimasak, ia tidak boleh melebihi 42 darjah Celsius bagi mengelakkan mikro nutrien hilang daripada sumber makanan.

Bagi hati pula, pati kacang soya boleh diambil bagi menjana semula sel baru dan menggalakkan proses nyahtoksin. Selain itu, B kompleks juga baik untuk kesihatan hati yang boleh didapati daripada beras perang dan kekacang
bagi membantu proses nyahtoksin.

Kesihatan sendi juga harus dijaga dengan mengamalkan pengambilan sumber makanan yang mengandungi omega dan bendi untuk kolagen. Mikro nutrien untuk kesihatan kulit pula boleh diperoleh melalui teh hijau, lemon dan anggur.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/23


Amalan seharian langsingkan badan

Posted: 23 Sep 2012 08:30 AM PDT

SELEPAS Syawal, ramai yang menjadikan alat penimbang sebagai teman karib. Jika sebelum raya berat badan berkurang disebabkan berpuasa, tetapi lain pula ceritanya selepas raya kerana kebanyakan kita makan apa saja tanpa memikirkan pertambahan berat badan.

Apabila ini berlaku, kita mula menyalahkan diri sendiri dan mencari pelbagai alternatif untuk kembali kurus seperti mengambil pil pelangsing atau makanan tambahan.

Namun, ramai tidak tahu amalan seharian juga membantu mengembalikan bentuk badan asalkan rajin dan berdisiplin mengamalkannya.

Malah, kesannya juga sangat bagus untuk kesihatan selain menjimatkan wang. Antara yang boleh dilakukan ialah:

  • Jangan berlapar

    Ramai orang beranggapan berlapar boleh mengurangkan berat badan, namun sebenarnya makanan memberi tenaga dan apabila kita menggunakan tenaga kurang daripada apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut.

    Tubuh akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisme tubuh menjadi rendah. Bagi mereka yang tidak tahan lapar, pada kebiasaannya akan makan dengan lebih banyak. Ketika ini, walaupun tahap pengambilan makanan kembali ke paras normal, metabolisme tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama.

  • Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan

    Ini boleh dilakukan dengan mengambil kopi dan berkumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak terasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim sekali gus mengurangkan rasa untuk makan.

  • Minum lapan gelas atau satu liter air sehari

    Air mengurangkan selera makan. Minum satu liter atau lebih air setiap hari kerana ia berfungsi menyingkirkan lemak dan toksin dalam badan. Selain itu, ia bagus untuk kulit. Minum air suam sebaik saja bangun tidur sekurang-kurangnya dua gelas setiap pagi.

  • Mengambil sarapan

    Berat badan boleh dikurangkan dengan pengambilan sarapan. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan lebih cenderung untuk gemuk berbanding mereka yang bersarapan. Ini kerana sarapan menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.

  • Makan dan kunyah makanan perlahan-lahan

    Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dalam cebisan kecil sebelum menelannya kerana dengan cara ini makanan mudah hadam. Apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan dan mudah kenyang.

  • Elakkan makanan ringan

    Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, berus gigi atau kunyah gula-gula getah. Rasa berangin di mulut akan membantutkan selera.

  • Makan banyak sayur dan buah-buahan

    Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral, serat dan kandungan lemak yang rendah. Kurangkan pengambilan mentega dalam makanan serta melebihkan bijirin kerana kaya karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

  • Makan sedikit, tetapi banyak kali

    Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak. Jika makan di luar, pesan air suam atau air limau nipis kerana minuman masam menggalakkan pembakaran lemak.

  • Masak makanan

    Cara memasak paling baik untuk mengurangkan jumlah kalori dalam makanan adalah merebus, memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menggoreng dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak lemak haiwan.

  • Pilih hidangan

    Ketika memilih makanan, ambil piring rata dan bukan mangkuk. Ambil sayuran dulu diikuti nasi dan lauk. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh diambil. Jangan lupa, makan di meja makan dan bukannya ketika menonton televisyen. Ini kerana makan sambil menonton menyebabkan anda makan lebih banyak daripada biasa.

  • Amalkan:

    1. Minum air limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Caranya, perah limau ke dalam gelas berisi air, masukkan ke dalam peti sejuk. Jadikan minuman setiap kali selepas makan tengah hari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

    2. Ambil tiga sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan dua kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

    3. Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk dan jadikan minuman. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

    4. Selepas makan, amalkan minum teh hijau atau teh cina bersama serbuk kayu manis dan madu.

    5. Rebus halia muda dan minum airnya setiap pagi. Selain bagus membuang angin, ia juga membantu mengurangkan berat badan.

  • Aktiviti untuk langsing:

    Berjalan membantu mengurangkan sebahagian kalori daripada jumlah makanan yang diambil. Setiap 25 langkah berjalan menggunakan satu kalori lebih-lebih lagi ketika menaiki tangga.

  • Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian gunakan lif.
  • Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dan nafas yang dalam.
  • Bersenam sangat baik bagi otot dan sendi yang kaku.
  • Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah.
  • Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan, tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantikkan dan merampingkan paha.

    Jadikan amalan berjoging setiap hari sekurang-kurangnya 20 minit sebelum bekerja.

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/23


  • Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Setempat

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Setempat


    Padah sorok di bumbung

    Posted: 22 Sep 2012 09:53 AM PDT

    MELAKA: Seorang pekerja kontrak warga Indonesia maut selepas terjatuh dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Ayer Keroh, dekat sini ketika cuba melarikan diri dalam Ops 6P, Jabatan Imigresen negeri.

    Dalam kejadian jam 11.50 malam kelmarin, lelaki dikenali sebagai Mathoseh, 35, dari Jawa Timur itu sedang menyorok dengan meniarap di atas bumbung Pangsapuri Taman Tasik Utama sambil berpaut pada tembok batu di bumbung itu.


    Bagaimanapun, ketika pegawai imigresen menyelamatkan seorang lagi wanita yang sedang duduk di tembok berkenaan, mangsa yang sedang berpaut itu tiba-tiba menggelongsor jatuh berhampiran kawasan tangga pangsapuri berkenaan.

    Mangsa yang parah di muka, tangan dan kaki sempat diajar mengucap syahadah sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).


    Namun, mangsa yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu disahkan meninggal dunia jam 12 tengah hari semalam.


    Pengarah Imigresen negeri, Kamalludin Ismail berkata, sebelum kejadian lelaki yang dipercayai tidak mempunyai sebarang dokumen itu berada di dalam sebuah rumah bersama enam lagi rakannya.

    Katanya, pegawainya terpaksa memecah pintu rumah di tingkat lima yang dihuni tujuh warga Indonesia itu ketika pemeriksaan kerana mereka enggan memberi kerjasama.


    "Apabila pegawai kami memperkenalkan diri bagi melakukan pemeriksaan di rumah itu, mereka melarikan diri ke bumbung pangsapuri dengan memanjat siling.

    "Pemeriksaan di bumbung mendapati enam orang masing-masing lima perempuan dan seorang lelaki sedang duduk di situ, manakala mangsa yang tidak disedari sedang berpaut tiba-tiba menggelongsor jatuh," katanya pada sidang media di Pejabat Imigresen negeri, di sini, semalam.


    Menurutnya, dalam operasi bermula jam 11 malam kelmarin hingga 3.30 pagi semalam, seramai 32 warga asing berusia 18 hingga 47 tahun termasuk seorang wanita berusia 31 tahun warga Kemboja yang sarat mengandung tujuh bulan ditahan atas pelbagai kesalahan.


    Katanya, operasi disertai 25 pegawai jabatan itu bersama dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilakukan di tiga lokasi iaitu pangsapuri berkenaan, sebuah pusat hiburan di Melaka Raya dan sebuah rumah di Paya Rumput, dekat sini.


    "Mereka yang ditahan adalah 21 wanita dan 11 lelaki terdiri daripada sembilan warga Indonesia, Thailand (6), Myanmar (1), China (14) dan Kemboja (2)," katanya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22


    Tengkorak milik warga emas hilang

    Posted: 22 Sep 2012 08:58 AM PDT

    PEKAN: Polis mengesahkan tengkorak dan beberapa bahagian anggota badan yang ditemui kelmarin dan semalam di kawasan belukar berhampiran Sungai Miang, dekat Pekan, adalah Sh Othman Sh Bakar, 72, yang dilaporkan hilang Sabtu lalu.

    Lebih menguatkan dakwaan apabila turut ditemui MyKad, gigi palsu, kopiah dan cermin mata milik warga emas berkenaan yang dipercayai dibunuh pada hari dia dilaporkan hilang.


    Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, operasi semalam turut menemui sebahagian badan lelaki berkenaan di sekitar kawasan tempat kejadian.

    Menurutnya, anggota badan mangsa terpisah mungkin kerana dimakan binatang liar yang banyak terdapat dalam kawasan belukar berkenaan, yang memaksa operasi mencari terpaksa dilakukan dengan kerjasama beberapa agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan penduduk kampung.


    "Hasil maklumat dua suspek berusia 26 dan 35 tahun ditahan. Kita berjaya mengesan tempat mangsa dibunuh sebelum ditinggalkan iaitu kira-kira 15 kilometer dari tempat warga emas berkenaan bekerja iaitu di Peramu Jaya, di sini.


    "Pemeriksaan lanjut kemudian menemui satu tengkorak manusia di tepi tali air dan badan termasuk beberapa bahagian anggota lain," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah, di sini, semalam.

    Beliau berkata, Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan masih melakukan siasatan lanjut berhubung penemuan tengkorak, badan dan beberapa anggota.


    Yahaya berkata, polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kes samun dan bunuh, suspek yang berasal dari Johor kini direman selama dua minggu. "Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 302 kerana membunuh," katanya.

    Katanya, salah seorang suspek yang bekerja sebagai penjaga sangkar ikan, di sini, mempunyai rekod lampau membabitkan kes samun pada 2004 adalah rakan mangsa.

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22


    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Arena

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Arena


    ‘AGM tidak sah’

    Posted: 22 Sep 2012 10:26 AM PDT

    MESYUARAT Agung Tahunan (AGM) Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) tidak sah dan terbatal sekiranya tetap dilangsungkan seperti dijadualkan hari ini.

    Calon presiden, Datuk Danyal Balagopal Abdullah menegaskan, AGM KOM tidak mengikut akta 8.7.1 perlembagaan baru yang merujuk kepada pemilihan AGM.


    Katanya, akta itu perlu dipatuhi dan andai gagal, KOM melanggar peraturan dan AGM tidak sah.

    "Saya sudah teliti artikel 8.7.1, AGM tidak bolegh dilangsungkan kerana Pesuruhjaya Sukan sudah menasihatkan ia ditangguhkan dan KOM disaran mengadakan EGM (mesyuarat agung tergempar) bagi menyelesaikan kekeliruan berkaitan perlembagaan.


    "Jika AGM diteruskan, saya akan menarik diri. Saya tidak mahu menjadi sebahagian daripada KOM kerana jika perkara asas seperti ini tidak mereka patuhi, bagaimana ingin memimpin perkara lebih besar," katanya yang juga seorang bekas tentera dan berpegang teguh kepada peraturan dan disiplin.


    Artikel 8.7.1 mewajibkan calon terdiri daripada pegawai yang memegang jawatan dalam persatuan negeri iaitu mereka yang terdiri daripada ahli gabungan kecuali calon yang bertanding untuk jawatan presiden. Setiap calon bagaimanapun perlu menerima dan mengesahkan penerimaan pencalonan kepada Pengurus Besar KOM dua minggu sebelum AGM.

    Namun Danyal berkata, hingga kini tiada seorangpun menghantar surat itu kerana tidak menyedari wujudnya klausa baru sekali gus bermakna peraturan itu sudah dilanggar dan AGM akan menjadi tidak sah.


    Jika benar Danyal memutuskan untuk menarik diri, kerusi presiden kini membabitkan lawan dua penjuru iaitu penyandang kerusi, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Zainal Abidin Ahmad.

    Sementara itu, Shahidan mendakwa tiada percanggahan perlembagaan beralku dan AGM berlangsung mengikut jadual.


    "Hanya Pesuruhjaya Sukan berhak membatalkan AGM ini jika benar ia melanggar perlembagaan," tegasnya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22


    Rayuan Fergie

    Posted: 22 Sep 2012 08:32 AM PDT

    MANCHESTER: Sepucuk surat ditulis khas oleh Sir Alex Ferguson bakal diedar kepada penyokong Manchester United yang hadir di Anfield, hari ini.

    Surat itu adalah usaha terakhir Fergie untuk memastikan semua penyokong United menghormati majlis memperingati 96 mangsa tragedi Hillsborough.


    United bakal turun menentang Liverpool dalam perlawanan pertama di Anfield sejak laporan khas tragedi 23 tahun lalu itu diumum.

    Ramai yang bimbang cemuhan terhadap insiden Hillsborough dan kemalangan penerbangan Munich bakal mencemar majlis itu.


    Dalam surat itu, Ferguson menyuarakan keyakinan penyokong United akan mempamerkan tradisi hebat peminat terbaik dunia bola sepak.


    Meskipun yakin suratnya itu bakal merubah suasana, Ferguson tidak menjangkakan permusuhan peminat dua kelab gergasi Liga Inggeris itu akan berakhir.

    "Ia tidak mungkin berubah tapi mereka boleh mengetepikan ejekan mengenai Munich dan Hillsborough. Saya harap tiada lagi laungan menjijikkan itu," katanya.


    Ferguson dan Bobby Charlton akan meletakkan jambangan bunga di garisan tengah padang pada majlis itu.

    Liverpool akan memakai baju bernombor 96 dan pemain United mungkin juga akan berbuat demikian.


    Ferguson mengaku terkejut terhadap cubaan melindungi kegagalan polis pada tragedi itu.


    "Apa yang terjadi amat mengerikan kerana ia berlaku pada zaman ini." Bagaimanapun, Ferguson percaya hanya sekumpulan kecil penyokong bakal merosakkan majlis itu.


    "Mereka hanya kumpulan minoriti meskipun yang pasti tindakan itu mereka menjengkelkan," tegas Ferguson. - Agensi

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22


    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Global

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Global


    Ular peliharaan terbesar di dunia

    Posted: 22 Sep 2012 08:11 AM PDT

    KANSAS: Beratnya lebih 136 kilogram, panjang 7.62 meter dan memerlukan sekurang-kurangnya 15 orang untuk mengangkatnya.

    Medusa kini diiktiraf oleh Buku Rekod Dunia Guiness sebagai ular peliharaan terbesar di dunia.

    Ular sawa itu yang dipelihara di Edge of Hall di Kansas City, memakan 18 kilogram haiwan kira-kira seminggu.

    Bagaimanapun, ia dengan mudah boleh memakan lebih 454 kilogram makanan.


    Makanan utamanya terdiri daripada arnab, rusa dan haiwan lain yang diberikan kepadanya setiap dua minggu.


    Petugas berkata, Medusa ialah pemakan yang cuai kerana seringkali tergigit dirinya ketika makan.

    Wakil Buku Rekod Dunia Guinness mengesahkan ular sawa itu akan dimasukkan ke dalam buku berkenaan tahun depan.

    Pemiliknya, Larry Elgar berkata, dia tidak takut dengan ular berkenaan.

    "Tidak boleh dinafikan ia boleh memakan manusia. Tetapi saya tidak takut. Saya pernah dibelit hingga pengsan oleh seekor ular sawa rendam sepanjang 5.5 meter.

    "Saya sedar bahaya yang saya hadapi tetapi itu bukan alasan untuk takut," kata Edgar.

    Menurutnya, dia membeli Medusa ketika haiwan itu masih kecil lapan tahun lalu.

    "Ketika itu, ia hanya 0.6 meter pannjang dan segemuk jari saya saja," katanya. - DM

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22


    Padah masuk kandang harimau

    Posted: 22 Sep 2012 08:08 AM PDT

    NEW YORK: Seorang lelaki cedera parah dibaham seekor harimau Siberia selepas dia melompat ke dalam kandang haiwan berkenaan di Zoo Bronx, di sini, semalam.

    Harimau itu hanya melepaskan lelaki berkenaan selepas petugas kecemasan menggunakan pemadam api untuk menakutkanya.

    Lelaki berusia 25 tahun itu menaiki monorel mengelilingi zoo berkenaan apabila dia melompat dari sebuah gerabak dan masuk ke dalam kandang harimau itu.

    Dia dibawa ke sebuah hospital tempatan dan dilapor dalam keadaan kritikal.


    Petugas zoo dan bomba berkata, lelaki itu cedera teruk pada lengan, kaki dan bahu selepas dibaham kira-kira 10 minit.


    "Sebelah kakinya cedera teruk," kata jurucakap Jabatan Bomba, Frank Dwyer.

    Laporan awal menyatakan, sebelah kaki lelaki itu putus. - AFP

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22


    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: BeritaUtama

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: BeritaUtama


    Pesta setiap minggu

    Posted: 22 Sep 2012 09:51 AM PDT

    KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini negara pernah digemparkan dengan parti kolam atau 'Pool Party' yang menggalakkan wanita berbikini sambil berparti liar, sebuah pusat hiburan di sini bertindak lebih berani menganjurkan pesta kolam serupa tapi khusus untuk golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), Ahad lalu.

    Parti liar yang diadakan secara percuma kepada pengunjung itu dinamakan 'Rainbow Party' atau Parti Pelangi, dan pemilihan simbol pelangi memang sinonim dengan golongan LGBT.

    Selepas mendapat maklumat daripada sebuah laman sosial dan berdasarkan siasatan daripada kunjungan pertama, wartawan Metro Ahad menyamar sebagai pelanggan dan memasuki pusat hiburan berkenaan untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana parti itu berlangsung.

    Terbukti, parti liar yang bermula seawal jam 4 petang sehingga lewat pagi itu cukup meriah, lebih-lebih lagi dengan tarikan pertunjukan parti bikini yang disajikan kepada pengunjung.

    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22


    Peragut gilis perut

    Posted: 22 Sep 2012 09:47 AM PDT

    KOTA BHARU: "Tubuh saya digilis kereta peragut dan saya dapat melihat kesan tayar di perut ketika menerima rawatan di hospital," kata guru, Zura Ashikin Mustafa, 48, yang menjadi mangsa ragut di hadapan sebuah bank di Pasir Tumboh, di sini, kelmarin.

    Dalam kejadian jam 8 pagi itu, Zura berdepan pengalaman mengerikan apabila diseret sejauh tiga meter dari tempat kejadian oleh seorang lelaki yang meragut beg sandangnya sebelum terlentang dan digilis dengan kereta dinaiki lelaki terbabit dan dua rakannya dalam usaha untuk melarikan diri.


    Akibat kejadian itu, guru Sekolah Kebangsaan Dato Hashim, Pengkalan Chepa itu patah tulang pinggul kiri, luka di kaki kiri serta kanan dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

    Zura kerugian kira-kira RM2,000 selepas wang tunai berjumlah RM300 dan telefon bimbit serta beberapa dokumen penting disimpan di dalam beg sandangnya dilarikan peragut terbabit.


    Menceritakan kembali pengalaman berkenaan, ibu kepada lapan anak itu berkata, kejadian berlaku selepas dia mengeluarkan wang di bank dan membeli polisterin untuk peralatan mengajar di kedai berhampiran.


    "Ketika saya meletakkan polisterin di tempat duduk belakang kereta, tiba-tiba beg sandang di bahu kiri direntap dari belakang.

    "Saya kemudian terjatuh dalam keadaan terlentang dan diseret peragut yang cuba menarik beg sandang yang masih tersangkut di bahu," katanya.


    Menurut Zura, selepas diseret hampir tiga meter dari tempat kejadian, beg itu berjaya dilarikan peragut sebelum dia digilis kereta jenis Nissan Sentra yang dinaiki peragut berkenaan.

    "Selepas dilanggar, saya hanya nampak kereta itu memecut ke arah Peringat dan mengerang kesakitan sebelum orang ramai datang membantu," katanya.


    Suami Zura, Rusliee Razali, 49, menyifatkan perbuatan peragut itu tidak berperikemanusiaan.


    "Penjenayah itu bukan hanya meragut malah sanggup menggilis isteri saya dengan kereta. Ini perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.


    "Saya harap polis dapat menjalankan siasatan terperinci supaya peragut itu segera ditangkap, " katanya.


    Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar mengesahkan menerima laporan kejadian itu.


    Katanya, suspek sedang dikesan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman 20 tahun penjara dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22


    Kredit: www.hmetro.com.my
     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved