Isnin, 20 Mei 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Senaman perlu berterusan

Posted: 20 May 2013 07:33 AM PDT

Walaupun setiap hari dihidangkan dengan kesibukan kerjaya dan urusan rumah tangga, tetapi ia tidak menghalang sekumpulan wanita daripada Kelab Senam Tari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) menganjurkan aktiviti senamrobik.

Diadakan selepas waktu bekerja dua kali seminggu pada setiap Selasa dan Khamis, aktiviti senamrobik berkenaan dijalankan dengan jayanya hasil bantuan jurulatih jemputan khas.

Masa yang diperuntukkan untuk setiap sesi hanyalah satu jam dan ia adalah waktu terbaik bagi mengaktifkan fizikal badan ke arah lebih sihat.

Sejak ditubuhkan pada 2010 lalu kelab berkenaan berkembang daripada lima ahli yang aktif kepada 20 ahli yang sentiasa menyokong setiap aktiviti dijalankan.

Foto

SEIMBANG melakukan setiap koreografi yang disediakan.

Foto

GERAKAN senaman yang banyak menumpukan pada bahagian peha dan lengan peserta.


Tidak dinafikan kebanyakan ahli yang menyertai kelab berkenaan adalah kakitangan PPUKM, tetapi ia tidak bermakna ia tidak terbuka kepada individu luar.


Malah, makin ramai individu luar yang ingin menyertai senamrobik berkenaan bagi memeriahkan lagi aktiviti senaman yang dilakukan.

Menurut pengasasnya, Noraziana Ahmad Tarmizi, 27, pada mulanya kelab terbabit ditubuhkan sekadar untuk bersuka-suka selepas waktu kerja.

Namun, lama-kelamaan ia menjadi makin 'popular' terutama kepada wanita yang ingin memastikan badan berada dalam keadaan sihat tanpa perlu mengeluarkan belanja mahal.

"Walaupun hanya dianjurkan dua kali seminggu tetapi ia menjadi satu cara untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kakitangan.

"Sungguhpun bekerja di bawah satu bumbung tetapi masing-masing sibuk dengan pengkhususan kerja tersendiri dan belum tentu akan bersua muka. Namun dengan aktiviti ini semua boleh bersama untuk jangka masa yang singkat," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bayangkanlah segala tekanan kerja seharian boleh diluahkan melalui tarian senamrobik berkenaan. Tidak perlu bermasam muka hanya disebabkan berasa tidak puas hati dengan tugasan dilakukan sebaliknya keluarkan ketidakpuasan itu melalui peluh.

"Saya amat berpuas hati dengan perkembangan kelab ini kerana tidak menyangka ia mampu bertahan hingga kini dengan pertambahan jumlah ahli yang memberangsangkan.

"Ia terbuka kepada semua kakitangan dengan bayaran minimum yang amat berpatutan dan pastinya memberikan keseronokan secara sihat," katanya.

Selain itu, kelab berkenaan turut aktif mengikuti pertandingan senamrobik yang dijalankan sekitar Lembah Klang.

Pada 3 Mac lalu kelab berkenaan mendapat tempat kelapan daripada 20 penyertaan melalui pertandingan senam tari peringkat wilayah 2013.

Terkini pada 23 Mac lalu juga melalui pertandingan senam tari anjuran Astro di dataran Tesco Ampang yang mana kelab berkenaan memperoleh tempat kedua daripada keseluruhan peserta bertanding.

Di samping itu, dalam setiap aktiviti senamrobik dijalankan pastinya perkara menarik yang menjadi perhatian ialah pemilihan lagu dan muzik yang digunakan bagi mengiringi gerak langkah senaman.

Malah, bagi mereka yang ingin mengikutinya tidak perlu memiliki kemahiran tertentu tetapi cukup dengan hanya mengetahui asas gerakan senamrobik.

Menurut jurulatih senamrobik, Herniwati Abdul Hadi, 47, walaupun nampak sukar tetapi dengan latihan secara berterusan setiap gerakan yang digunakan itu mampu dipelajari dengan mudah.

"Disebabkan itulah kombinasi muzik dan gerakan perlu sepadan bagi memudahkan peserta mengingati apakah langkah seterusnya yang perlu dilakukan.

"Kesesuaian inilah membentuk gaya harmoni senamrobik dan membolehkan mereka yang mengikutinya melakukan gerakan yang sama dengan cara bersahaja," katanya.

Dia yang bertugas di Unit Latihan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengakui bukan mudah untuk membentuk koreografi berterusan dalam senamrobik.

Namun, kesesuaian lagu yang digunakan memainkan peranan dalam menentukan gerakan yang dicipta bagi memastikan ia mampu 'di tarikan' dengan sempurna.

Kebiasaannya antara pilihan lagu yang sentiasa mengiringi aktiviti senamrobik lebih bersifat rancak. Gabungan poco-poco, rumba, joget, bangra, latin, cha cha, mambo, dangdut serta Bollywood menjadikan senam tari berkenaan lebih meriah.

"Saya banyak menumpukan fokus titik senaman pada bahagian otot peha, lengan dan perut. Tidak dinafikan wanita memiliki banyak masalah di bahagian berkenaan.

"Oleh itu, setiap gerakan akan memberikan lebih tekanan pada bahagian terbabit. Walaupun dilakukan secara santai tetapi ia mampu memberi kesan diingini dengan mudah," katanya.

Sementara itu menurut peserta yang sentiasa mengikuti senamrobik dijalankan, Rosnah Abdul Manan, 54, dia mula menyertai kelab ini sejak di awal penubuhannya lagi.

Bukan saja ia mampu membuatkan tubuh berasa lebih sihat tetapi turut mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta.

"Suami amat memberikan sokongan hinggakan dia sanggup menunggu saya pada setiap hari aktiviti senamrobik dijalankan. Malah, di rumah juga saya akan pastikan aktiviti senaman ini tidak disia-siakan. Ia perlu dilakukan secara berterusan bagi memastikan badan sentiasa sihat," katanya.

Selain itu, bagi Shamsiah Arifin, 47, aktiviti senamrobik yang dijalankan ini bukan saja menyeronokkan malah, membolehkannya memperoleh ramai rakan baru.

Katanya, aktiviti yang dijalankan juga tidak membebankan serta tidak mengganggu kerja kerana ia diadakan selepas waktu kerja.

"Sepanjang menyertainya saya tidak pernah berdepan dengan sebarang masalah malah, berasa diri lebih ringan dan sihat. Segala tekanan kerja juga seolah-olah hilang begitu saja.

"Ia boleh dijadikan sebagai motivasi positif untuk diri kerana ia bukan saja membantu menurunkan berat badan secara semula jadi malah, turut menceriakan diri ­dengan cara tersendiri," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/20

Penghargaan kepada ibu

Posted: 20 May 2013 07:20 AM PDT

The Little Big Club yang terletak di Taman Tema Keluarga Puteri Harbour memberikan ganjaran promosi satu hari istimewa kepada insan bergelar ibu sempena sambutan hari ibu.

Pada 12 Mei lalu bagi setiap pembelian tiket untuk anak, si ibu boleh memasuki taman tema terbabit secara percuma.

Bermula dengan persembahan mini parti pantai Barney kepada menikmati keseronokan menaiki kereta api Thomas and Friends tidak hanya terbuka untuk ibu saja malah seluruh keluarga boleh melakukannya bersama.

Ahli keluarga juga berpeluang berinteraksi dengan karektor Bob the Builder, Pingu, Angelina Ballerina, Barney dan Thomas & Friends.


Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Themed Attractions and Resorts Sdn Bhd, Philip Whittaker promosi ini bertujuan menunjukkan tanda penghargaan kepada golongan ibu yang memainkan peranan penting bagi menjaga keluarga.


Malah, melalui promosi ini juga diharap dapat menggalakkan keluarga meluangkan lebih masa bersama ibu tercinta.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai taman tema keluarga berkenaan layari www.playtime.com.my

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/20
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Mati nak pulang kunci kereta abang

Posted: 19 May 2013 10:10 AM PDT

Melaka: Hasrat seorang buruh kontrak warga Indonesia pulang bercuti ke tanah air bersama isterinya yang hamil minggu depan, berakhir tragedi apabila maut dalam kemalangan di Jalan Bachang-Kampung Pasir Puteh, di sini, awal pagi semalam.

Lebih memilukan apabila kejadian jam 2.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, Marhawi Suliman, 30-an, yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda menuju Hospital Melaka (HM) untuk memulangkan kunci kereta abangnya, Syamsul, 38.


Ia berikutan mangsa sebelum itu terambil kunci berkenaan ketika menziarah kakak iparnya, Jacyah Jari, 32, yang baru melahirkan anak keempat di hospital berkenaan.

Difahamkan, sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa yang berpatah semula dari rumahnya di Kampung Pasir Puteh bersendirian itu bagaimanapun hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan.


Keadaan itu kemudian dipercayai menyebabkan sebuah kereta Proton Persona dipandu wanita berusia 30-an gagal mengelak lalu berlanggar dengan motosikal mangsa yang terseret 10 meter.


Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian cedera teruk di badan dan kepala termasuk kaki kanannya yang terputus manakala pemandu kereta cedera ringan. Ketika kejadian, seorang penunggang motosikal Modenas Kriss yang berada di lokasi kejadian melepaskan pegangannya bagi mengelak berlaku perlanggaran mengakibatkan motosikal itu terperosok di belakang kereta terbabit.

Foto

KEADAAN kereta dan motosikal yang terbabit kemalangan.

Menurut Syamsul, adiknya itu dilihat kali terakhir ketika mereka berbual dan minum bersama di HM, jam 12 tengah malam semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/20
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Enggan ungkit kontroversi lama

Posted: 19 May 2013 07:26 AM PDT

KETIKA ini hidupnya jauh lebih tenang. Suatu ketika dialah aktres paling menggemparkan di rantau ini gara-gara tersebarnya video aksi terlampau pe­nyanyi Peter Pan, Ariel.

Kini, si pemilik wajah jelita, Luna Maya optimis meneruskan kerjayanya dalam bidang seni untuk memulih­kan kembali namanya yang sudah tercalar itu.

Dia enggan lagi menoleh ke belakang. Bagi Luna, 30, tidak perlu lagi dia mengenang episod hitam dan kontroversi bersama Ariel yang kini bertukar nama kepada Noah.

Terbaru, Luna berkunjung singkat ke Kuala Lumpur dari Jakarta semata-mata kerana Pintu Harmonika. Pintu Harmonika adalah filem terbitan dan arahan Luna yang bakal mengisi senarai tayangan di Astro First. Menariknya, Pintu Harmonika juga ditayang­kan serentak di pawagam republik itu pada 23 Mei ini.


Meskipun perlu bergandingan dengan dua lagi pengarah wanita iaitu Ilya Sigma dan Sigi Wimala, ia bukan halangan untuk jelitawan ini mencurahkan ideanya dalam memastikan filem pertamanya berhasil.


"Saya enggan memperkatakan lagi mengenai perkara yang lepas. Apa yang lebih penting sekarang, saya mahu terus mengejar impian saya untuk mengarah filem dan permulaannya sudah berhasil. Inilah cita-cita saya apabila terbabit dalam bidang lakonan.

"Justeru saya begitu gembira dan rasa berbangga sekali apabila diberi peluang bergandingan de­ngan pihak Astro First untuk mempromosikan filem pertama terbitan syarikat saya sendiri.

"Memandangkan Astro sebuah stesen TV berbayar yang turut bersiaran di Singapura dan Brunei Darussalam, secara tidak langsung ia memberi peluang kepada saya mempromosikan Pintu Harmonika di luar Indonesia," katanya.

Pintu Harmonika yang diterbitkan Malka Pictures, dibarisi pelakon seperti Fauzan Nasrul, Karina Salim, Donny Damara, Barry Prima, Jenny Chang, Adam Putra Pertama dan Nasya Abigail.

Pelanggan Astro yang ingin menonton hanya perlu membayar RM15 bagi setiap tempahan dan filem berkenaan akan ditayangkan dalam tempoh masa 48 jam selepas pembelian.

Luna berkata, sekiranya Pintu Harmonika mendapat maklum balas yang baik daripada penonton, dia mungkin akan bekerjasama lagi dengan Astro untuk tayangan filem arahan keduanya pula.

Sokongan terhadap Luna itu diluahkan Ketua Kumpulan Saluran Hiburan Astro, Azlin Reza Azmi yang berkata, ini kali pertama pihaknya membawa masuk filem Indonesia ke Astro First dan berharap saluran berkenaan akan dipelbagaikan dengan karya luar negara.

Minat mengarah sejak 2011

Berkongsi lagi cerita mengenai bagaimana hatinya mula terdetik mengarah filem, wanita tinggi lampai ini berkata, semuanya bermula selepas dia memenangi Festival Filem Independent di Indonesia pada 2008.

"Saya tidak sangka peluang mengarahkan filem pendek berjudul Suci And The City membuka hati saya untuk mengarah filem. Ketika itu mula timbul rasa minat yang begitu mendalam bagi mempelajari selok belok pengarahan.

"Sejak itu mula terdetik di hati untuk mengarahkan filem layar lebar dan Alhamdulillah semuanya terlaksana apabila saya memulakan pasca produksi untuk menghasilkan filem Pintu Harmonika sejak Disember 2011.

"Ketika itu juga saya terfikir untuk memecahkan plot cerita bagi memperlihatkan ia lebih menarik lagi justeru menambah dua lagi pengarah untuk sama-sama berkongsi idea menghasilkan jalan cerita masing-masing di mana pengakhiran cerita ia menjadi satu," katanya.

Selain mula berjinak-jinak dengan bidang pengarahan wanita berasal dari Denpasar, Bali, Indonesia itu juga baru selesai merakamkan single baru yang belum berjudul.

Ia single keempat yang dihasilkan Luna selepas pernah menghasilkan lagu berjudul Suara, Tak Bisa Bersamamu dan Sudah Biasa.

"Saya menyanyi hanya sekadar suka-suka atas permintaan beberapa penerbit yang berminat menghasilkan lagu buat saya. Untuk menghasilkan album penuh saya tidak pernah terfikir.

"Buat saya untuk sementara ini biarlah saya fokus terhadap pengarahan dulu kerana jika tiada halangan Insya-Allah saya akan mengarahkan filem kedua yang akan memulakan pasca produksi pada Oktober atau November tahun ini.

"Untuk filem kedua ini idea dan jalan cerita adalah sentuhan saya sendiri yang berkisarkan tentang cinta. Kalau boleh saya mahu mencuba semua genre filem di samping mengikut pasaran penonton yang kini semakin meminati filem-filem bergenre kisah cinta dan biografi," katanya.

Tidak hanya ligat di bidang peragaan, nyanyian dan kini pengarahan, Luna masih tidak melupakan bidang lakonan yang pernah menjadi sebahagian dari kehidupannya.

Dalam pada sibuk dengan mengarah filem, Luna bakal mengubat rindu peminat dengan lakonan terbarunya menerusi filem usaha sama Indonesia dan Jepun berjudul Killers bergandingan dengan Oka Antara dan pelakon dari Jepun, Kazuki Kitamura yang akan ditayangkan pada Oktober ini.

Masih berkawan dengan Ariel

Meskipun pernah menyemai cinta selama bertahun-tahun dengan Ariel sehinggalah mereka terputus hubungan apabila Ariel dimasukkan ke penjara, Luna akui masih berhubungan sehingga kini atas sebab kerjasama mereka dalam perniagaan.

Menurut Luna, masing-masing bersikap profesional menguruskan perniagaan fesyen baju di bawah jenama Hardware. Namun katanya, rakan kongsi Luna sebenarnya yang lebih banyak berhubungan dengan Ariel untuk bercakap soal perniagaan mereka.

Luna memulakan perniagaan bersama Ariel selepas penyanyi kumpulan Noah itu dibebaskan dari penjara Julai tahun lalu dengan mengeluarkan produk kasut jenama ARL by Hardware dan LM by Hardware.

"Hati saya masih belum terbuka untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki pun termasuklah Ariel kerana saya lebih selesa bergelar solo buat masa ini. Saya dan Ariel sekadar rakan kongsi dalam perniagaan, tidak lebih daripada itu.

"Kami pun tidak mengambil peduli soal kisah lama yang pernah kami tempuhi sebelum ini dan pada masa sama tidak kisah dengan apa yang akan terjadi pada masa akan datang.

"Cuma apa yang saya boleh katakan sekarang ini, saya lebih selesa solo. Biarlah masa dan takdir menentukan siapa jodoh saya. Lagipun apa-apa kemungkinan boleh berlaku," katanya.

Walaupun semakin sibuk dengan jadual harian wanita yang memulakan karier sejak tahun 1999 itu berkata jika ada peluang dia akan menghabiskan masa berjalan-jalan di pusat beli-belah.

"Waktu senggang saya terlalu terhad biasanya saya hanya bercuti pada hari Minggu. Kadang kala terfikir hendak ke Bandung atau Bogor tapi memikirkan jalan yang sesak teruk daripada saya membuang masa di dalam kereta saja lebih baik saya berjalan-jalan di pusat beli-belah bersama teman-teman atau seorang diri.

"Jika mendapat cuti dua hari saya akan pulang ke Bali untuk membantu ibu menguruskan perniagaan pakaiannya di sana," katanya yang menggemari lakonan Aaron Aziz.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/19

GM2 mula malam ini

Posted: 19 May 2013 07:13 AM PDT

Bahang persaingan program realiti TV terbaru dengan 'tagline' Pencarian selebriti terunggul, Gadis Muka 2 (GM2) musim pertama bermula malam ini (Isnin) menerusi episod pertama dengan memperkenalkan seramai 10 gadis berbakat besar yang berjaya me­nempatkan diri sebagai finalis sekali gus mengejar impian dalam bidang penyiaran tempatan.

Rancangan berprestij membabitkan tujuh episod terbitan I Like Entertainment Sdn Bhd yang bernaung di bawah Kumpulan Sedania dengan kerjasama Harian Metro (HM) ini akan disiarkan pada setiap Ahad jam 10 malam di saluran Astro Ria 104.

Barisan 10 finalis GM2, Aidiliahilda Abdul Halim (Aidilia), 19, dari Rawang, Selangor, Nur Syifa Athirah Amirol Melvin (Syifa), 19, Parit Buntar, Perak, Nur Syamera Ab Rasif (Myra), 21, Kota Tinggi, Johor, Alia Afiqah Abden (Lia), 21, Tawau, Sabah, Atira Remimurni Mohamed Ali (Tyra), 21, Setapak, Kuala Lumpur, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf (Sarah), 22, Ampang, Selangor, Nur Afiqah Mohd Azmi (Fify), 22, Subang Jaya, Selangor, Siti Nor Izumi Salleh (Izumi), 23, Bangi, Selangor, Siti Nur­syahira Nabila (She), 23, Subang Jaya, Selangor dan Nur Asikin Kamarudin (Ekin), 24, Masjid Tanah, Melaka.

Apa yang menarik, episod pengenalan rancangan meng­gilap bakat terpendam ini turut memaparkan perjalanan awal barisan 60 peserta ketika mula-mula melang­kah kaki untuk menjalani sesi uji bakat, temuramah dan sesi fotografi dan disiarkan dalam HM sebelum ini.


Penonton berpeluang me­nyaksikan kemahiran berkomunikasi barisan peserta yang diuji ketika berlangsungnya sesi temuramah serta keyakinan mereka beraksi di hadapan jurugambar.


Selain memperkenalkan barisan 10 finalis GM2, episod pengenalan ini turut memperkenalkan orang penting yang membantu merealisasikan rancangan ini menjadi realiti iaitu pelakon dan pengacara terkenal Awal Ashaari selaku pengacara, Dynas Mokhtar ('Big Sister') dan dua juri tetap iaitu Datin Sofia Jane dan Zaihani Zain.

Bagaimanapun, episod penyingkiran hanya bermula pada episod kedua dan episod seterusnya serta penampilan juri jemputan untuk memantapkan lagi ranca­ngan ini.

Majlis pengumuman barisan finalis berlangsung di Pusat Konvensyen Centre, Setia City, Shah Alam di sini, baru-baru ini. Ia turut dihadiri Ketua Eksekutif Kumpulan Sedania dan Pe­ngasas GM2, Datuk Azrin Mohd Noor serta Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh.

Selain Pusat Konven­syen Setia City, Shah Alam selaku penaja lokasi, penaja lain yang turut bermurah hati merealisasikan rancangan ini ialah Local Simkad.

Tidak ketinggalan, pihak Snips Group yang akan sentiasa memastikan aspek penampilan wajah dan rambut finalis ­diberi tatarias yang betul. Cabaran-cabaran yang bakal di lalui peserta dalam program ini turut disokong oleh Inglot Cosmetic, Shu Uemura dan Loreal.

Juara rancangan Gadis M2 akan memena­ngi kontrak artis lumayan bernilai RM100,000 dan bakal membawa pulang barangan Rafflesia bernilai RM30,000, tajaan pembiayaan dari Snips Academy of Arts seba­nyak RM20,000 serta tiket ­penerbangan pergi dan balik ke Paris tajaan Air France.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/19
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Isteri ke-14 Raja Mswati?

Posted: 19 May 2013 09:18 AM PDT

London: Seorang gadis kini memohon suaka di Britain selepas dia ingin dijadikan isteri ke-14 pemerintah Swaziland, Raja Mswati III.

Tintswalo Ngobeni, 22, melarikan diri dari negara di selatan Afrika itu ke England ketika masih berusia belasan tahun selepas menarik perhatian raja berkenaan yang terkenal dengan gaya hidup mewahnya. Sebagai sebahagian daripada adat Swaziland, Mswati III, 45, dibenarkan memilih isteri baru pada setiap tahun. Tintswalo berkata, dia meninggalkan negara kelahirannya ketika berusia 15 tahun dan kini menetap di Birmingham.


Menceritakan pengalamannya dilamar, Tintswalo berkata, dia menarik perhatian raja itu ketika melawat istana isteri keempatnya, LaNgangaza.

"Sejak itu dia mula menghubungi saya di sekolah dan bertanya jika saya mahu menjadi sebahagian daripada keluarganya.


"Walaupun ketakutan, saya mendiamkan perasaan itu," katanya.


Menurut Tintswalo, dia sedar jika memberi persetujuan menjadi isteri Mswati III, seluruh hidupnya akan ditumpukan kepada raja itu. Seperti isteri lain Mswati III, dia akan ditempatkan dalam istana dengan dijaga pengawal peribadi dan tidak boleh pergi ke mana-mana tanpa izin.

Foto

TINTSWALO percaya dia boleh ditahan atau dibunuh jika kembali ke Swaziland.

Foto

SEBAGAI adat di Swaziland, Mswati III dibenarkan memilih isteri baru setiap tahun.

Satu-satunya lawatan yang dibenarkan Mswati III kepada isterinya ialah mengunjungi Amerika Syarikat setahun sekali untuk membeli-belah. Justeru, Tintswalo nekad mengetepikan hidup dan pendidikannya yang selesa di sebuah sekolah berasrama swasta dan merancang melarikan diri ke England.


Kata Tintswalo, rancangan itu dilakukan dengan bantuan ibu saudaranya.

"Saya tak ada pilihan.


"Tiada sesiapa pernah menolak kemahuan raja sebelum ini atau mengingkari hajatnya," katanya.


Akhirnya Tintswalo meninggalkan Swaziland dan menuju ke England untuk menetap bersama ibunya yang sudah ke Birmingham lima tahun sebelum itu.


Ibu Tintswalo meninggalkan Swaziland untuk menjauhkan diri daripada suaminya yang suka mendera. Sejak tiba di England, Tintswalo menjadi pengkritik utama kepada rejim Swaziland - negara yang mengharamkan parti politik dan aktivis pula ditahan atau diganasi dari semasa ke semasa. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/20

Guna playar cabut peluru di dahi

Posted: 19 May 2013 09:15 AM PDT

Moscow: Seorang tentera mendapat gelaran Terminator Russia selepas imejnya memaparkan peluru di dahinya dibuang dengan playar, merebak di Internet, semalam.

Klip video mengejutkan itu bermula dengan paparan jarak dekat kepala tentera terbabit dan menampakkan peluru secara jelas terlekat di dahinya. Seorang tentera lain kemudian membersihkan kawasan sekitar peluru itu dengan kain sebelum cuba menariknya dengan playar.


Jelas dalam keadaan terkejut, tentera terbabit tidak memberikan sebarang reaksi ketika beberapa cubaan awal membuang peluru itu gagal. Tentera itu akhirnya tersenyum apabila peluru itu dikeluarkan tidak lama kemudian. Dipercayai dia terbabit dalam insiden tembak-menembak di antara tentera Russia dengan pejuang Chechen dan senjata yang digunakan ialah raifal AK-47.

Klip itu dipercayai dirakamkan ketika perang melanda wilayah Chechnya pada 2000 sebelum ia merebak dengan meluas minggu lalu. - Metro

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/20
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Keletihan punca aksi tak menarik

Posted: 19 May 2013 09:09 AM PDT

Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menyifatkan pemainnya keletihan kerana terpaksa mengharungi perlawanan paling banyak di dunia dalam tempoh satu setengah bulan sehingga mengakibatkan mereka kurang cemerlang ketika berdepan Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin.

Malah, jurulatih dari Crotia itu berpendapat, pasukan Selangor yang dikendalikan Irfan Bakti Abu Salim turut menerima tekanan sama sekali gus menyebabkan sekadar mampu berkongsi satu mata selepas mencatat keputusan seri 1-1.


Hodak berkata, aksi yang dipamerkan anak buahnya di luar kemampuan sebenar anak didiknya dan mereka banyak melakukan kesilapan sehingga gagal mengutip mata penuh.

"Saya fikir secara teknikal ia perlawanan yang lemah dan penuh dengan kesilapan. Ini kerana kedua-dua pasukan (Kelantan dan Selangor) mengharungi perlawanan terbanyak di dunia dalam tempoh satu setengah bulan kebelakangan ini.


"Jadi, jika kita mahu lihat perlawanan bagus dan berkualiti mereka (pemain) perlu mendapat rehat secukupnya," katanya ketika ditemui selepas perlawanan, kelmarin.


Hodak tanpa berselindung turut menyuarakan kekecewaannya terhadap prestasi tidak menentu pemain baru, Ahmad Fakri Saarani meskipun sudah diberi kepercayaan untuk berada dalam kesebelasan utama.

Foto

PEMAIN Kelantan, Indra Putra (tengah) membuat percubaan ke pintu gol.

Katanya, dia tidak tahu apakah punca bekas pemain kelab divisyen tiga Portugal, Atletico SC itu gagal mengekalkan prestasinya, namun akan membincangkan perkara berkenaan dengan pemain terbabit dalam masa terdekat.


"Saya tidak pasti apa masalah dia (Ahmad Fakri) sehingga gagal memberikan aksi terbaik. Ia dapat dilihat dengan jelas apabila bermain di sini (Kota Bharu) dan saya juga tidak tahu sama ada bermain di depan penyokong sendiri memberi tekanan kepadanya.

"Saya mungkin perlu bercakap dengan dia dan bertanya punca dia gagal memberikan aksi terbaik. Apa yang saya lihat dia bagus ketika latihan dan dapat bermain lebih baik di tempat lawan berbanding di tempat sendiri.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/19

Azam, Woan Yi gah

Posted: 19 May 2013 09:05 AM PDT

Kuantan: Dua pelari pecut Melaka menyapu bersih acara final 100 meter lelaki 18 (L18) dan lelaki 15 (L15) pada Kejohanan Padang dan Balapan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) ke-55 di Stadium Darulmakmur, Kuantan, semalam.

Muhammad Azam Masri menepati jangkaan apabila mengungguli acara 100m L18 dengan mencatat rekod peribadi terbaik, 10.87s diikuti rakan sepasukan, Badrul Hisyam Abdul Manap dan pelari dari MSS Selangor, Muhammad Hafiz Razali, sekadar melakukan 11.07s.


Sekalipun kaki kanan berbalut akibat kesakitan otot, pelari Sekolah Sains Sukan Melaka itu mempamer pecutan mantap dari awal hingga garisan meninggalkan tujuh pencabar lain.

"Kejayaan ini begitu manis kerana mencatat masa peribadi terbaik selepas beberapa percubaan sebelum ini tidak berhasil. Fokus sekarang memperbaiki catatan masa dan berharap dapat menyertai kontinjen olahraga Malaysia selepas ini," katanya. Rekod acara 100m lelaki 18 masih dipegang pelari Sabah, Rayzam Shah Sofian pada MSSM 2006 dengan 10.57s. Sekalipun membuat permulaan kurang baik, Asnawi bangkit mempamer pecutan bertenaga pada 50m terakhir memenangi 100m L15, meninggalkan pencabar utama dari Sabah, Ibrahim Saldam (11.30s) dan Andian Ijau Collin dari Sarawak (11.34s). Dalam acara 100m L 12, Danial Luqman Khairul Nizam dan Shahrul Aiman mencerikan kontinjen MSS Pahang apabila meraih pingat emas dan perak acara itu dengan tempat ketiga menjadi milik pelari Terengganu, Luqman Hakim Sairu. Danial mencatat masa 11.74s.


Danial berkata, dia gembira selepas mengambil keputusan mencuba acara 100m apabila dicadangkan jurulatih balapan MSS Pahang, Ismin Hakim.


"Bertukar acara daripada pemain bola sepak kepada olahraga memang berbaloi. Saya dapat membalas kepercayaan diberikan kontinjen Tok Gajah dan berharap meneruskan aksi cemerlang dalam acara saya gemari ini dan berlatih di Bukit Jalil bersama senior," katanya yang menuntut di Sekolah Kebangsaan Kota Gelanggi, Kuala Lipis.

Pelari Perak, Kang Woan Yi memenangi 100m perempuan (P18) dengan masa 12.41s manakala P15 dimenangi pelari Sarawak, Norris Foo dengan masa 12.45s dan P12, Nor Aliyah Abdul Rahman, 13.38s.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/19
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Ibu, ayah jadi galang ganti

Posted: 19 May 2013 10:30 AM PDT

Johor Bahru: "Ibu menjerit sekuat hati memaklumkan rumah terbakar menyebabkan saya tersedar daripada tidur dan terus menggunakan tukul besi untuk memecahkan tingkap sebelum menyelamatkan diri.

"Malangnya, selepas keluar dari bilik, barulah saya sedar ibu dan bapa terperangkap di dalam rumah," kata Shahrul Huzaimi Mahmud, 32, yang sedih melihat kejadian kebakaran membabitkan rumah mereka itu di Kampung Pasir di sini, awal pagi semalam, meragut nyawa kedua-dua orang tuanya, Halimah Khamis, 55, dan Mahmud Yusuf, 60.

Dalam kejadian jam 4.55 pagi itu, tiga beranak terbabit tidur di bilik masing-masing sebelum Shahrul terkejut apabila terdengar jeritan ibunya.

Selepas itu, Shahrul melihat asap tebal dan api marak di dalam rumah sebelum mengambil tukul besi dan memecahkan tingkap.

Foto

KEDIAMAN mangsa hangus dalam kebakaran awal pagi semalam.

Foto

ANGGOTA bomba melakukan siasatan di ruang tamu lokasi mayat pasangan suami isteri dijumpai.


"Dalam keadaan panik beberapa jiran yang sudah berada di luar rumah berusaha membantu dengan menarik saya keluar melalui tingkap.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/20

Renangan semangat OKU

Posted: 19 May 2013 10:30 AM PDT

Butterworth: "Saya harap selepas ini ada pihak tampil membantu dan menyokong impian saya menakluki Selat Inggeris pula," kata Faiq Adnan, 23.

Pemuda cacat penglihatan itu menyasarkan dapat merealisasikan impian itu pada awal 2015 sebagai bukti tiada halangan kepada orang kelainan upaya (OKU) setanding dengan insan normal.

Menurutnya, Selat Inggeris menjadi sasaran berenang secara solo dalam tempoh dua tahun lagi sebagai pelengkap kepada dirinya memperjuangkan nasib OKU.

"Apa yang saya buat bukan mencari populariti, tetapi mewakili golongan senasib bagi membuktikan apa yang orang normal mampu buat, kami juga boleh lakukan.

Foto

JURULATIH memberi semangat kepada Faiq (tengah) ketika hampir tiba di Pantai Bagan Ajam.


"Saya mahu OKU terus bersemangat walaupun bentuk fizikal ada kekurangan berbanding orang lain," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/20
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved