Sabtu, 8 Disember 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Global: Wanita Libya turut tumbang Gaddafi

Posted: 02 Oct 2011 08:51 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]“Orang lelaki mati ketika mereka terpaksa berjuang tanpa senjata dan sanggup bergadai nyawa demi melindungi kami sedangkan kami duduk di rumah tidak buat apa-apa. Kami seolah-olah jadi barang antik,” kata wanita bertudung itu lagi sambil cuba membetulkan cara dia memegang senjata api.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Bakar rebut parkir

Posted: 07 Dec 2012 06:35 PM PST

KUALA LUMPUR: Balas dendam dikatakan menjadi punca sebuah kenderaan pacuan empat roda milik seorang lelaki dibakar menggunakan molotov koktel di Taman Desa, Setapak, di sini, kelmarin.

Difahamkan, kenderaan Nissan Frontier milik lelaki berusia 40-an itu diletakkan di tepi jalan berhampiran rumahnya sebelum kejadian.


Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang berada di dalam rumahnya terdengar bunyi letupan kuat sebelum keluar memeriksa kawasan rumahnya.

Bagaimanapun, mangsa terkejut apabila mendapati api marak sedang membakar kenderaannya.


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api atau bahan letupan dengan niat hendak menyebabkan kerosakan.


Beliau berkata, pemeriksaan di tempat kejadian menemui tiga botol air mineral yang terbakar berisi cecair disyaki petrol.

"Setakat ini, tiada saksi melihat kejadian berkenaan dan belum ada sebarang tangkapan dibuat manakala kenderaan mangsa terbakar di bahagian depan," katanya.


Katanya, polis masih menyiasat punca kejadian, tetapi tidak menolak ia berlaku disebabkan berlaku salah faham antara suspek dan mangsa yang berebut meletak kenderaan.

Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa ada bertengkar dengan dua lelaki di Seksyen 2, Desa Setapak, yang tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu meletak kenderaan di kawasan kedai miliknya sedangkan pada masa sama dia mahu menurunkan barang.


"Siasatan awal mendapati suspek melakukan perkara itu kerana tidak berpuas hati dan berniat untuk membalas dendam terhadap mangsa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/08



Remaja maut terpelanting

Posted: 07 Dec 2012 03:56 PM PST

PUTRAJAYA: "Saya nampak kereta itu terhuyung-hayang, kemudian terbabas dan melanggar tiang lampu di tengah pembahagi jalan," kata seorang penunggang motosikal dikenali sebagai Mohd Rafi, 35, yang melihat kemalangan maut membabitkan sebuah Proton Perdana dipandu seorang remaja, Muhammad Azzeem Suhaimi Sulaiman, 17, di sini, semalam.

Menurutnya, kejadian di Persiaran Timur arah ke Dengkil itu berlaku ketika hujan lebat kira-kira jam 5 petang dengan mangsa terpelanting keluar dan mati di tempat kejadian manakala kereta dipandu terputus dua.


"Sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu berkenaan kereta itu memotong motosikal yang saya tunggang dari belakang dengan laju. Saya sendiri terperanjat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, malah mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengkebumian.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/08



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Populariti perkara ke-2

Posted: 07 Dec 2012 06:25 PM PST

BAKAT besarnya sudah terbukti apabila dia memegang gelaran Juara Bintang Idola Berita Harian pada 2010 dan Mangga Teen Search 2009. Selain pernah beraksi di pentas berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2010), pendatang baru berbakat besar, Baby Shima juga artis residen untuk siri Jelajah ABPBH 2012.

Terbaru, penyanyi kelahiran Permas Jaya, Johor Bahru yang juga pemilik nama sebenar, Nor Ashima Ramli, 21, tersenarai pada pencalonan awal, Artis Baru Wanita Popular, ABPBH 2012 bersama barisan 21 artis baru lain.

Bukan sekadar mempertaruhkan vokal yang mantap, Baby Shima yang digilap bakatnya sejak di bangku sekolah sering memenangi pelbagai pertandingan nyanyian di serata Johor juga memiliki pakej lengkap untuk bergelar penyanyi.

Namun, Baby Shima mengakui gelaran yang pernah dimenangi itu bukan tiket untuknya berada dalam zon selesa.


"Saya percaya kejayaan tidak datang bergolek sebaliknya ia perlu disusuli usaha dan kerja keras tanpa kenal erti jemu. Demi mengejar cita-cita, saya sanggup berjauhan dari keluarga di Johor Bahru untuk belajar erti berdikari.


"Bukan mudah untuk saya lakukan semua itu kerana tidak pernah berpisah dengan keluarga. Pada mulanya, keluarga berat hati untuk melepaskan saya pergi tetapi akhirnya mereka terpaksa mengalah dan merestui minat saya yang cukup mendalam dalam bidang seni.

"Apa yang penting, saya menjaga nama baik keluarga yang beri kepercayaan pada saya untuk mencuba nasib dalam bidang seni," katanya.

Bakat besar Baby Shima turut membuka mata syarikat rakaman terkenal, KRU Music untuk melamarnya bernaung di bawah payung mereka. Bagaimanapun, karier seninya diuruskan syarikat milik penyanyi terkenal Adam AF, AiCO Empire Group. Apapun, Baby Shima berkata, dia tidak berasa dirinya sudah popular.

"Saya tidak berasa diri sudah popular pun kerana ramai orang masih tak kenal saya. Tapi saya tak kisah semua itu kerana usia masih muda dan perjalanan pun masih jauh lagi. Soal populariti jatuh nombor dua kerana yang penting saya perlu membuktikan kemampuan diri dulu," katanya.

Ditanya sama ada dia bercadang untuk menukar namanya, Baby Shima berkata, setakat ini, belum ada ura-ura ke arah itu.
"Nama Baby Shima diberikan pihak KRU sendiri dan saya juga selesa dengan nama berkenaan," katanya.

Menyentuh mengenai single, Baby Shima akui dia akur kerana terpaksa menunggu dua tahun untuk menanti bingkisan lagu terbarunya berjudul Tak Sabar yang juga sentuhan komposer terkenal Edry Abdul Halim.

"KRU memiliki ramai artis yang bernaung di bawahnya dan sebagai artis baru saya perlu sabar menanti giliran. Pada masa sama, saya tidak mahu lagu yang tangkap muat kerana sebagai artis, saya perlu muncul dengan lagu yang berkualiti dan menepati cita rasa peminat di luar sana," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/08



Baby Shima pernah menangis kerana Edry

Posted: 07 Dec 2012 12:52 PM PST

SEBAGAI pendatang baru yang masih bertatih dalam bidang hiburan, Baby Shima mengakui tidak dapat menyembunyikan perasaan gementarnya sepanjang bekerja dengan Edry ketika menjayakan proses rakaman single Tak Sabar yang berlangsung di studio, sebelum ini.


"Maklumlah, Edry nama besar dalam industri dan saya pula masih mentah dalam bidang ini.


Beliau juga nampak garang dan saya juga pernah menangis kerana berasa tekanan ketika proses rakaman Tak Sabar yang berkonsep 'happy & catchy' ala Nobody oleh Wonder Girls. Ia juga mengambil tempoh selama dua bulan untuk disiapkan.

"Saya pula melihat, sebagai komposer, marah Edry bersebab kerana dia inginkan hasil yang terbaik," katanya.

Tidak cukup dengan itu, Baby Shima juga menimba satu lagi pengalaman baru sebagai artis iaitu belajar menari dengan artis yang bernaung di bawah kumpulan VIP yang juga artis AiCO untuk melengkapkan lagi persembahannya ketika di pentas.

"Jika sebelum ini, saya tidak berapa pandai menari, kini, tidak lagi. Malah, saya sudah berasa yakin untuk menyanyi sambil menari bila di pentas. Semuanya hasil bimbingan mereka," katanya.

Dalam perkembangan lain, kata Baby Shima, single Tak Sabar mula diputarkan di stesen radio tempatan sejak awal November lalu.

"Konsep single ini selari dengan penampilan kulit album serta persembahan saya. Perancangan awal sudah dilakukan untuk penggambaran klip video lagu ini pada Ogos lalu.

"Dengan mengekalkan konsep lagu dan kulit album, klip video Tak Sabar bakal menjanjikan sesuatu yang istimewa di mana saya bakal menari dalam klip video berkenaan. Nantikan tayangan eksklusif klip video ini di stesen TV tempatan tidak lama lagi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/08



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


‘Masak’ duit chef

Posted: 07 Dec 2012 04:41 PM PST

SUBANG JAYA: Dia mengaku bersedia menjadi isteri, malah sanggup tinggal bersama sebelum diijab kabul, namun itu semua sekadar helah seorang wanita berusia 33 tahun bagi mengikis duit lelaki yang terpedaya sebelum dia licik menghilangkan diri.

Menjalankan aktiviti penipuan itu sejak 10 tahun lalu, suspek dipercayai sudah menipu sekurang-kurangnya lima lelaki yang setiap seorang kerugian RM20,000 hingga RM80,000.


Ini bermakna suspek mempunyai lebih daripada seorang teman lelaki serentak dan semuanya dijanji untuk berkahwin sebelum menghilangkan diri selepas sejumlah wang yang besar dimasukkan dalam akaunnya, konon untuk belanja mengurus majlis perkahwinan.

Mangsa terbarunya ialah seorang chef sebuah hotel terkemuka di sini dikenali sebagai Roslan, 39, yang kerugian hampir RM40,000 selepas diperdaya wanita terbabit sebelum laporan dibuat di Balai Polis Subang Jaya, jam 11 malam kelmarin.


Roslan berkata, dia mengenali wanita itu pada 2002 selepas dihubungi melalui telefon sebelum memberi alasan tersalah nombor telefon.


"Seminggu kemudian, dia meminta bantuan mendakwa dilanda masalah kerana melarikan diri daripada tempat kerjanya serta memerlukan perlindungan.

"Biarpun mengetahui saya tinggal di rumah bujang dengan dua rakan lain, dia bertegas untuk tinggal bersama saya," katanya.


"Dia meminta wang daripada saya RM800 hingga RM1,000 sebulan yang dikatakannya mahu digunakan untuk perbelanjaan dan simpanan bagi majlis perkahwinan yang dirancang pada hujung tahun ini," katanya.

Menurutnya, suspek turut membawanya pulang ke kampung di selatan tanah air bagi bertemu keluarganya.


Roslan berkata, disebabkan terlalu menyayangi suspek dia akur setiap permintaannya.


"Sebelum saya berpindah ke Brunei untuk bekerja di sana selama tiga tahun, saya membuka akaun bank untuk dia menyimpan wang bagi majlis perkahwinan kami.


"Memang ada rakan memberitahu dia perempuan liar, tapi saya tak percaya. Saya tidak pasti sama ada disihir atau tidak, tetapi setiap permintaannya saya patuhi seperti lembu dicucuk hidung," katanya.


Roslan berkata, apabila dia kembali semula ke tanah air, dia mengajak suspek berkahwin, apatah lagi wang simpanan mereka sudah mencukupi.


"Namun, bila diajak berkahwin pada 2005, dia mula mengelak dengan memberikan pelbagai alasan. Awal bulan ini, saya memintanya memulangkan semula wang simpanan kami jika dia enggan berkahwin dan selepas itu dia menghilangkan diri," katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/08



‘Kaki saya hancur’

Posted: 07 Dec 2012 04:40 PM PST

JOHOR BAHRU: "Tolong, sakit, kaki saya hancur," raung Lee Fong Chan, 58, selepas kedua-dua kakinya hancur dilenyek bas henti-henti di Jalan Teratai, Taman Johor Jaya di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, mangsa yang juga penumpang bas berkenaan, turun dari kenderaan itu yang berhenti berhampiran persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah stesen minyak.


Bagaimanapun, pergerakan lambat Fong Chan dari Taman Johor Jaya, di sini, tidak disedari pemandu yang menyangka warga emas itu sudah benar-benar turun dari bas, lalu memandu kenderaan itu. Seorang saksi yang dikenali sebagai Haikal, 18, berkata, ketika kejadian, wanita itu sedang menuruni tangga bas apabila kenderaan berkenaan tiba-tiba bergerak.

"Ia menyebabkan wanita berkenaan terjatuh dan kedua-dua kakinya dilenyek tayar bas. Saya serta beberapa orang lain yang berada di situ cuba membantu dengan menenangkannya sementara menunggu ambulans," katanya.


Menurut Haikal, keadaan menjadi kecoh apabila beberapa individu bertengkar dengan pemandu bas serta cuba menyerang lelaki berkenaan, tetapi keadaan reda apabila polis tiba di tempat kejadian.


"Sebagai penumpang, kami berharap pemandu bas lebih berhati-hati bagi mengelak kejadian seperti ini berulang lagi," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, siasatan awal mendapati pemandu bas terbabit tidak berhenti di hentian bas yang disediakan dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.


"Pemandu itu turut mendakwa tidak menyedari mangsa menuruni tangga bas. Berikutan kejadian itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Pandan untuk rawatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/08



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Kopi tahi gajah jadi idaman

Posted: 07 Dec 2012 04:57 PM PST

BANGKOK: Di dalam hutan di kawasan pergunungan Chiang Rai, utara Thailand, sekumpulan orang sanggup menghabiskan masa dan tenaga mendapatkan kopi paling mahal di dunia - dihasilkan daripada tahi gajah.

Kopi yang mempunyai aroma unik itu dihasilkan melalui proses penghadaman biji kopi dan tindak balas di dalam tubuh haiwan berkenaan dipercayai menghasilkan bau istimewa.


Pemungut tahi gajah bergegas mengumpul bahan kumuhan gajah itu sebaik saja ia keluar dari tubuh haiwan berkenaan.

Walaupun sebilangan penggemar kopi mungkin menghadapi masalah loya, ia tidak menghalang produk berkenaan dijual pada harga begitu mahal di pasaran di seluruh dunia. Ketika ini, sekilogram kopi tahi gajah itu dijual pada harga kira-kira AS$1,100 (RM3,360).


Justeru, hanya penggemar tegar yang mampu menghirup kopi unik berkenaan. Penjualan kopi itu dilancarkan di hotel mewah terpilih di beberapa lokasi di seluruh dunia beberapa bulan lalu, bermula di utara Thailand, diikuti Maldives dan kini Abu Dhabi.


Secawan kopi tahi gajah itu dijual dengan harga AS$50 (RM153) Pencipta kopi itu, Blake Dinkin, berkata kajian saintifik mendorongnya menghasilkan kopi menggunakan sistem perkumuhan semula jadi gajah.

Dinkin - menghabiskan lebih RM900,000 untuk mengembangkan idea berkenaan - berkata, apabila gajah memakan buah kopi, asid dalam perut haiwan itu memecahkan protein yang menyebabkan rasa pahit dalam buah berkenaan "Akhirnya, anda menikmati minuman yang sangat lembut dan tanpa rasa pahit seperti kopi biasa," katanya. Kopi itu dianggap sama seperti satu lagi kopi mahal ketika ini, di kenali sebagai Kopi Luwak, yang terhasil daripada proses perkumuhan musang. Masa antara 15 hingga 30 jam diperlukan untuk seekor gajah menghadam kopi berkenaan sebelum ia dikeluarkan secara semula jadi. Kata lelaki berasal dari Kanada itu, gajah juga diberi makan pisang, tebu dan pelbagai bahan lain. "Ia memberikan rasa tambahan yang menarik," katanya. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/08



Pelayan kapal mewah nyaris maut dibaham buaya

Posted: 07 Dec 2012 01:55 PM PST

PERTH: Percutian seorang pelayan kapal mewah di Australia Barat baru-baru ini ternyata meninggalkan 'kesan mendalam' kepadanya apabila dia diserang buaya. Bagi Tara Hawkes, 23, dia sangat bersyukur kerana terselamat walaupun serangan reptilia ganas sepanjang tiga meter itu menyebabkan dia mengalami parut di pahanya.

Kata Tara, dia sedang mengayuh sampan di kolam air tawar di Dugong Bay ketika serangan berlaku.


"Tanpa disedari, buaya itu membaham paha kiri dan menarik saya ke dalam air.

"Saya tak mampu berbuat apa-apa dan buaya itu memperlakukan saya seperti anak patung mainan," katanya.


Menyangka nyawanya akan melayang, Tara menjerit meminta tolong sekuat hati tetapi rakannya tidak berbuat apa-apa pada peringkat awal.


Sementara itu, rakan Tara, Al Sartori, berkata dia menyangka kejadian itu adalah antara helah Tara untuk mengenakannya.

"Hanya selepas ternampak air bertukar merah, barulah saya sedar Tara dalam bahaya," katanya. Bersama seorang lelaki lain, Sartori berenang ke arah Tara.


Kata Sartori, dia terpaksa bergelut dengan buaya berkenaan sebelum kaki Tara dilepaskan dan wanita itu ditarik ke tebing.

Disebabkan hilang terlalu banyak darah, Tara terpaksa diterbangkan dengan helikopter ke hospital berhampiran.


Doktor menghabiskan masa selama empat jam untuk menyelamatkan kaki Tara. - TS

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/08



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


‘Kami mahu menang’

Posted: 07 Dec 2012 06:15 PM PST

"KAMI hadir ke sini dengan misi tidak mahu tewas. Demikian amaran penyerang sensasi Thailand, Teerasil Dangda yang menegaskan misi pasukannya cukup jelas iaitu mahu mencatatkan kemenangan pada perlawanan separuh akhir pertama bertemu skuad negara esok.

Meskipun sedar bakal berdepan puluhan ribu penyokong skuad negara yang pasti akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil esok, Teerasil menegaskan ia bukanlah satu masalah besar baginya serta rakan sepasukan.


"Kami mahukan keputusan yang baik dengan pada masa sama tidak akan memandang rendah keupayaan Malaysia. "Mereka adalah pasukan yang bagus tapi kami juga mahukan keputusan yang bagus," katanya yang tiba di negara ini semalam bersama rakan sepasukannya.

Meledak hatrik ketika perlawanan kedua peringkat kumpulan bertemu Myanmmar, sudah cukup membuktikan betapa penyerang berusia 24 tahun perlu dikawal rapi untuk tidak memberi masalah kepada anak buah Datuk K Rajagobal.


Ditanya adakah dia berhasrat untuk meledak hatrik sekali lagi apabila bertemu skuad negara, Teerasil berkata, kerjasama rakan sepasukan lebih penting dalam usaha untuk meraih keputusan terbaik sebelum bertemu Malaysia sekali lagi pada perlawanan timbal balik 13 Disember di Bangkok.


Penyerang Muangthong United itu juga berkata, meskipun kali terakhir Thailand menjulang Piala AFF pada 2002, ia tidaklah memberi tekanan terlalu tinggi kepadanya serta rakan sepasukan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/08



Dominasi Williams

Posted: 07 Dec 2012 01:39 PM PST

TUAH Pulau Duyong sekali lagi berpihak kepada jurumudi Team GAC Pindar, Ian Williams, yang muncul juara dunia Alpari World Match Racing Tour (AWMRT) buat kali keempat di Pulau Duyong semalam.

Kemenangan 3-2 pelayar Inggeris itu ke atas jurumudi Mekonomen Sailing Team, Bjorn Hansen, sudah cukup buatnya memungut mata tertinggi dalam carta AWMRT untuk dinobatkan sebagai juara dunia, selain daripada melayakkannya ke pusingan separuh akhir Piala Monsun.


Pelayar berusia 35 tahun yang meraih tiga kejuaraan dunia, juga di Pulau Duyong, pada 2007, 2008 dan 2011, berkata sukar untuknya menggambarkan perasaannya selepas dapat menyamakan rekod yang sebelum ini dipegang Peter Gilmour.

"Baru kelmarin Gilmour menyatakan hasratnya untuk bersara daripada sukan pelayaran dan sukar buat saya mempercayai yang saya kini sudah menyamai rekod yang dipegang pelayar terbaik dunia.


"Di sinilah segala-galanya berlaku dan saya tidak akan dapat melupakan Pulau Duyong buat selama-lamanya kerana terlalu banyak kenangan manis saya di sini," katanya.


Williams berkata, Hansen yang menamatkan pusingan kelayakan di tangga kedua berbanding dia di tangga ketujuh, tidak terkejut apabila dipilih pendahulu carta AWMRT dari Sweden itu untuk menjadi lawannya di peringkat suku akhir.

"Hansen berani memilih saya kerana mungkin itu cara paling terbaik buatnya untuk menjadi juara dunia namun malang buatnya kerana strateginya itu tidak berjaya," kata Williams yang kini cuma akan menumpukan perhatian untuk muncul juara Piala Monsun pula buat kali ketiga.


Hansen, pelayar Swden berusia 45 tahun yang ternyata kecewa selepas tewas 3-1 kepada Williams, berkata dia yakin dengan tindakannya memilih saingan terdekatnya untuk kejuraan dunia yang cuma berada 2.25 mata di belakangnya dalam carta AWMRT.

"Nasib tidak memihak kepada saya namun jika diberi peluang lagi sekali untuk memilih lawan suku akhir saya, Williams tetap akan menjadi pilihan.


"Prestasi kami tidak seperti di pusingan kelayakan dan kami banyak melakukan kesilapan terutama dalam perlumbaan ketiga namun semuanya sudah berlalu sekarang dan apa yang kami boleh buat ialah berehat buat seketika dan kemudian memikirkan tentang strategi musim depan pula.


Dalam perlumbaan suku akhir lain, jurumudi Yanmar Racing, Peter Gilmour, sekali lagi menewaskan anaknya, David, untuk layak ke separuh akhir.


Juara dunia empat kali dari Australia itu berkata, agak sukar buatnya di permulaan perlumbaan kerana David belayar dengan cemerlang sehingga dapat memenangi perlumbaan pertama.


"David juga nyaris menang perlumbaan kedua namun dia mungkin tersilap langkah sedikit dan membenarkan saya memotongnya sehingga dapat menyamakan kedudukan.


"Selepas itu, pasukan David mula goyah keyakinan mereka dan pasukan saya layak ke separuh akhir namun semua ini boleh menjadi pengajaran kepada pelayar muda yang baru berusia 21 tahun itu," kata Peter yang berusia 52 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/08



Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved