Jumaat, 15 Februari 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Gaya lama tetap diminati

Posted:

Pernyataan rasa cinta bukan hanya sekadar dilafazkan di bibir atau mampu dizahirkan menerusi gerak bahasa tubuh tetapi lakaran pada busana antara kenangan terindah yang akan kekal dan tersimpan kemas dalam lipatan sejarah mempelai.

Sebab itu, pasangan raja sehari sanggup mendapatkan rekaan busana yang bukan saja anggun dan mempesonakan, tetapi mampu membuatkan mereka segak dan menawan ketika bersanding.

Menyedari busana perkara terpenting dalam meraikan hari bahagia, pereka tersohor, Datuk Radzuan Radziwill mengetengahkan rekaan bertemakan Kena­ngan Cinta yang digayakan barisan model profesional di pentas utama di Zebra Square, Kuala Lumpur.

Percikan rona keemasan pada fabrik renda serta kilauan perincian manik dan batu permata pasti menambah keindahan pada setiap helaian busana. Lebih penting, setiap persalinan menjadi tanda penge­nalan Radzuan dalam mengetengahkan potongan yang bersifat feminin dan moden dengan tidak melupakan nilai tradisi.


Ketika berbual dengan pereka hebat ini, dia ter­nyata masih berpegang kuat pada unsur tradisi dalam setiap rekaan.


Malah memasuki 2013, menurut Radzuan, konsep tradisional dengan gabu­ngan unsur moden me­ngambil tempat.

Ini dapat dilihat apabila hampir semua persalinan yang dipersembahkan pada malam itu mengekalkan gaya lama dengan mengambil poto­ngan baju kurung labuh dan kebaya dengan diberi sedikit sentuhan moden pada perhiasan ditampilkan.

"Walaupun fesyen beralih mengikut musim, gaya lama tetap kekal dan berada dalam kelas tersendiri. Untuk tahun ini, saya menjang­kakan rekaan tradisional akan mewarnai penggayaan pakaian pengantin.

Malah, kombinasi tradisi de­ngan sentuhan glamor akan menjadi pilihan mempelai," katanya yang memilih tema romantik untuk setiap potongan kerana setiap wanita mahu tampil anggun bersama pasangan mereka pada hari bahagia.

Bagi menyerlahkan nilai romantik selain penggunaan fabrik bermutu seperti sifon, broked, renda dan satin, rona malap seperti merah jambu cair, krim, kristal, perak, kelabu dan keemasan akan mengambil tempat.

"Warna sebegini jika dilihat memang seakan-akan tiada tarikannya, namun selepas diberikan nilai menerusi potongan dan perincian, ia akan menyerlah dan nampak hebat lebih-lebih lagi apabila digayakan wanita.

Rona sebegini juga nampak mewah dan sesuai untuk semua tema," katanya.

Terkenal dengan padanan nikah dan persandingan, Radzuan masih mengekalkan potongan kurung moden, kaftan dan kebaya untuk majlis pernikahan kerana nampak lebih klasik dan sopan manakala untuk persandingan, pereka ini menerapkan unsur tradisional dengan potongan kebaya dan gaun labuh.

Memulakan tradisi pernikahan bertudung menerusi pengantin Siti Nurhaliza, Radzuan turut menyediakan padanan tudung dan selendang sesuai untuk majlis pernikahan dan persandingan yang kini menjadi gaya pilihan ramai kerana nampak lebih sopan selain mengekalkan keanggunan mempelai.

Selain pakaian pengantin, butik Radzuan Radziwill di bangunan Daya Bumi Kuala Lumpur ini turut menyediakan rekaan kasual untuk majlis rasmi atau makan malam menerusi gaun, kaftan labuh dan pendek serta padanan baju kurung moden untuk majlis rasmi.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/16

Perlu bijak pilih warna

Posted:

Kebanyakan pengantin mengakui masalah paling ketara memilih baju pengantin ialah warna yang ingin dipakai ketika majlis persandingan.

Ada berpendapat memilih rona kesukaan membuatkan anda nampak biasa kerana warna itu sering dipakai dan kelihatan kurang seri manakala ada pula mengatakan pilih rona yang jarang dipakai kerana ia akan membuatkan mempelai tampil glamor dan berseri-seri.

Walau apa juga pendapat, pelbagai faktor harus diambil kira. Antaranya ukuran badan, warna kulit serta bajet yang akan menentukan jenis dan gaya padanan bersesuaian serta warna tema pakaian.

Bagi mempelai berkulit sawo matang tentunya pemilihan rona busana tidak menjadi masalah berbanding mempelai yang berkulit cerah atau lebih dikenali sebagai putih melepak atau rona gelap. Golongan ini harus berhati-hati memilih warna busana supaya nampak serasi dengan kulit dan sesuai dengan pasangan.


Antara panduan yang boleh diikuti:


Pilih rona sepadan kulit

Warna hitam, biru, ungu gelap, hijau gelap dan merah hati juga dikenali sebagai warna mewah. Kemewahan himpunan warna gelap ini amat berkesan jika dipadankan dengan warna kulit cerah kerana mempunyai ciri yang berlawanan lantas menimbulkan kesan dramatik.

Sekiranya mempelai berkulit gelap mengenakannya, ia kurang menyerlah, malah akan menenggelamkan seri si pemakai. Ini kerana sekiranya tiada unsur berlawanan, kesannya kurang menonjol.

Rona segar sesuai untuk kulit cerah

Rona pakaian seperti putih susu, kuning air, ungu lembayung, oren cair, coklat cair dan seumpamanya sesuai untuk mempelai berkulit cerah kerana ia akan menonjolkan gaya harmonis serta kelembutan seseorang.
Bagi mereka yang memiliki kulit gelap, ia akan menimbulkan kesan berlawanan dan tidak nampak menarik.

Jangan bergantung pada warna kulit saja

Pengantin juga tidak seharusnya bergantung pada warna kulit saja, sebaliknya ukuran badan si pemakai juga amat penting kerana pilihan warna boleh menyebabkan si pemakai kelihatan lebih besar atau kelihatan lebih kurus.

Warna terang seperti kuning atau merah jambu akan menyebabkan pengantin berbadan besar nampak lebih besar manakala warna gelap boleh memberi ilusi yang lebih langsing. Sebaiknya pilih rona coklat, hitam, kelabu atau perak untuk melindungi kekurangan tubuh.

Pilih rona lembut untuk pernikahan

Untuk pernikahan, sebaiknya pilih rona lembut dan tidak terlalu terang. Putih rona yang biasa dipakai dan warna selamat. Jika inginkan kelainan, pilih warna merah jambu lembut, kelabu, keemasan atau coklat bagi menandakan anda akan menghadiri majlis pernikahan. Warna ini sesuai untuk semua jenis kulit.

Dapatkan panda­ngan perunding majlis perkahwinan

Kebiasaannya apa yang disukai mempelai tidak semestinya cantik pada pandangan mata ramai. Sebaiknya sebelum memilih tema majlis atau menempah baju, pastikan anda mendapatkan pandangan daripada jurusolek atau perunding majlis perkahwinan supaya warna dipilih bersesuaian dengan personaliti anda.

Jangan kerana sukakan sesuatu warna, anda memakainya tanpa memikirkan penampilan anda pada hari bahagia.

Pilih rona sedondon

Sekiranya anda sudah menetapkan tema pakaian, pilih rona tudung dan kasut sepadan dan tidak berbeza dengan warna busana bagi mengelak anda nampak janggal pada hari bahagia.

Ada juga mempelai yang ingin memakai warna tudung berbeza tetapi pastikan ia masih di dalam ton warna yang sama, begitu juga dengan kasut. Ini kerana bagi mempelai yang mengenakan layah, ia cukup menaikkan seri pengantin terutama apabila berjalan memasuki pintu utama dewan menuju ke pelamin.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/16
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


'Ini amat melampau'

Posted:

Kuala Lumpur: "Saya minta pihak tidak bertanggungjawab menyiarkan gambar anak saya dalam laman sosial Facebook yang kini tersebar luas kononnya tangan kirinya dipotong kerana didera supaya menarik balik gambar terbabit kerana itu satu pembohongan dan kami tiada kaitan," kata Mohamad Yazwin Mohamad Yasin, 37, yang menyedari gambar anaknya perempuannya, Ameera Danii berusia lapan tahun disalah gunakan sehingga mengaibkan keluarganya.

Dia yang menyedari penyebaran gambar anaknya itu selepas diberitahu adiknya semalam berkata, kisah yang dipaparkan dengan tajuk 'Ayah bagilah tangan Ita balik' dengan memuat naik gambar Ameera perbuatan melampau sedangkan anaknya itu tidak pernah mengalami nasib seperti tajuk dipaparkan.


"Dalam Facebook itu, digambarkan kononnya seorang kanak-kanak dikenali sebagai Ita dipotong tangan oleh bapanya kerana tidak minat melukis.

"Dalam kes anak saya ini, tangannya terluka ketika bergayut pada sinki rumah kami pada Ogos tahun lalu selepas sinki itu pecah menyebabkan urat tangan anak saya putus. Kami menghantarnya ke Hospital Ampang Putri untuk menerima rawatan dan Alhamdulillah anak saya terselamat, malah tangan kirinya juga tidak dipotong seperti didakwa dalam cerita yang tersebar itu," katanya ketika hadir membuat aduan di pejabat Harian Metro, semalam.


Mohamad Yazwin berkata, kemungkinan gambar anaknya itu diambil tanpa kebenaran melalui blog milik isterinya yang memuat naik gambar anak mereka ketika menerima rawatan di hospital.


"Saya rasa mereka mengambil gambar itu dan membuat cerita seolah-olah kejadian menimpa kanak-kanak terbabit adalah anak saya sedangkan nama kanak-kanak itu Ita.

Foto

MOHAMAD Yazwin menunjukan gambar anaknya yang dimuat turun dalam Facebook.

"Kemungkinan apa yang dipaparkan dalam laman sosial terbabit yang mendapat komen ratusan orang memang berlaku namun perbuatan menggunakan gambar anak saya adalah tidak bertanggungjawab," katanya.


Sehubungan itu, dia membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/15
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


'Nani satu anugerah'

Posted:

Petaling Jaya: "Nani satu anugerah Allah kepada saya dan keluarga. Kehadirannya sejak tujuh tahun lalu bukan saja membawa bahagia, malah menerbitkan sinar Islam dalam diri saya.

"Semua ini berlaku tanpa dijangka dan hidup saya benar-benar berubah selepas ibu kandung Nani datang dan menyerahkan Nani yang ketika itu berusia 15 hari kepada saya," kata Rimi Abdullah, 35.

Mengimbas peristiwa pada 2006 itu, Rimi yang memeluk Islam pada Mac 2011 berkata, Nani atau nama sebenarnya, Umi Zauyah diserahkan kepadanya oleh ibu kandung kanak-kanak itu yang berdepan kesulitan dan tekanan hidup.

Menurutnya, atas dasar tanggungjawab serta prihatin, dia setuju menerima Nani dan soal perbezaan agama langsung tidak difikirkannya ketika itu.

Foto

NANI bersama bapa angkatnya.


"Yang pasti, sebaik saja melihat wajah Nani timbul rasa sayang mendalam terhadapnya. Saya masih ingat apabila membawa Nani pulang ke rumah, ibu saya terkejut dan sedih melihat keadaan Nani.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/15

Jeritan penyelamat

Posted:

Kuala Lumpur: Jeritan seorang datuk memanggil cucunya yang ketika itu sedang mengikut seorang lelaki menyelamatkan daripada 'diculik' dalam kejadian di Pasar Keramat di sini, kelmarin.

Datuk berkenaan, Syed Sulaiman Syed Ayed, 62, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, dia bersama cucunya, Syed Mohd Shafie, berusia empat tahun pergi ke pasar berkenaan untuk membeli keperluan harian.

"Ketika saya berhenti di gerai sayuran-sayuran, saya menyuruh cucu saya itu jangan ke mana-mana, namun tidak lama kemudian saya menyedari dia sudah tiada," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Beliau berkata, menyedari kehilangannya, dia cuba mencari di sekitar pasar sebelum menjumpai seorang lelaki sedang memimpin tangan cucunya itu ke satu lorong kecil.


"Selepas berlegar-legar, saya melihat Syed Mohd sedang dipimpin seorang lelaki tidak dikenali dalam jarak kira-kira 20 meter," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/15
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Anak penggal bapa

Posted:

Sydney: Seorang lelaki semalam ditahan selepas didakwa memenggal bapanya yang cuba melindungi isterinya.

Toufic Zahab, 69, mati selepas dia dihentak dengan batu dan kepalanya dipenggal di kediamannya di pinggir barat Sydney.

Polis mengesahkan kepala lelaki itu putus dan isterinya dirawat akibat terkejut selepas serangan itu yang dilakukan anak lelaki mereka, Khoder, 42.

"Seorang lelaki ditahan selepas satu mayat ditemui di sebuah kediaman di Bankstown pagi tadi," kata anggota polis.

Foto

POLIS dan ambulans di depan rumah Toufic di Sydney.


Polis dikejarkan ke kediaman itu sejurus selepas jam 6 pagi dan bertindak ekoran laporan ada kejadian keganasan domestik di kediaman berkenaan.


"Keadaan di tempat kejadian agak mengerikan. Ia suatu pagi yang sukar bagi keluarga itu, pihak polis dan juga petugas ambulans," kata pemangku ketua polis Bankstown, Superintendan Glen Fitzgerald.

Saudara-mara keluarga itu yang berkumpul di luar kediaman memberitahu media bahawa Khoder menolak ibunya dari tangga hingga jatuh ke bawah sebelum menyerang bapanya.

Cucu lelaki mangsa, Abdul memberitahu Sydney Morning Herald: "Semua terkejut dan sangat sedih.

"Datuk saya adalah lelaki yang baik dan dikenali di kalangan masyarakat di sini. Kejadian ini paling tidak disangka akan berlaku," katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/15

Bayi 16 bulan telan 42 magnet

Posted:

Moscow: Seorang ibu terkejut apabila menyedari anak lelakinya yang berusia 16 bulan menelan puluhan magnet peti sejuk.

Kejadian berlaku selepas wanita itu meninggalkan kanak-kanak itu buat seketika di dalam bilik.

Menyedari sesuatu yang buruk berlaku, dia mengejarkan anak lelakinya itu ke sebuah klinik.

Doktor yang menjalankan ujian imbasan terkejut apabila apabila melihat lingkaran 42 magnet kecil berada dalam perut kanak-kanak itu.


Dia kemudian dikejarkan ke hospital berdekatan untuk menjalani pembedahan serta merta.


"Kanak-kanak itu berada bersendirian bersama-sama magnet itu. Ibunya menyedari magnet itu hilang dan mengesyaki anaknya menelannya," kata jurucakap klinik.

Ketua pakar bedah pediatrik, Nikolay Rostovtsev yang menjalankan pembedahan itu berkata: "Selama ini saya perlu mengeluarkan pelbagai bahan dari tubuh berbeza termasuk magnet dari tubuh pesakit kanak-kanak.

"Pernah sekali saya mengeluarkan 20 magnet, tetapi insiden pesakit cilik ini memecahkan rekod," katanya. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/15
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Pilih kursus bahasa Inggeris

Posted:

Tahun ini tahun ketiga dia bergelar anak seni. Dia terus memacu kariernya dengan cemerlang dan setakat ini semuanya berjalan lancar, membuktikan dirinya bukan penyanyi 'bintang semusim' atau 'one hit wonder' malah terus bertahan.

Dalam kesibukan menyanyi, Najwa Latif, 17, tidak pernah melupakan bidang pengajian dan sanggup menolak segala tawaran hiburan demi memberi fokus kepada agenda terbesarnya iaitu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada penghujung tahun lalu. Dia 'hilang' selama lebih enam bulan dan kini kembali menyanyi.

Walaupun menghilang buat seketika, populariti Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif belum pudar meskipun pembabitan awalnya mendapat pelbagai reaksi dan tidak kurang meramalkan popularitinya hanya sementara.

Tidak mengambil pusing sebaliknya terus-menerus memerah otak mencari idea apa lagu seterusnya untuk disajikan buat peminat, Najwa kini kembali menyerikan dunia hiburan selepas tamat SPM.


Apapun, semestinya sekarang ini perancangan pada masa depan menjadi persoalan buat penyanyi yang masih terlalu muda ini. Kekal dengan pendirian mahu pelajaran diutamakan, Najwa sudah memutuskan akan menyambung pengajian nanti.


Ditanya sekiranya penyanyi Kosong itu akan memilih jurusan muzik juga nanti, dia lantas menggeleng malah mendakwa dia kadangkala mulai bosan dengan muzik. Apakah benar apa yang dirasainya itu?

"Muzik memang sudah sebati dalam diri saya namun tidak dinafikan kalau setiap hari asyik menyanyi dan bermain muzik, tentu kadangkala saya menjadi bosan.

"Kebanyakan masa saya dihabiskan dengan aktiviti hiburan dan pada usia semuda ini, saya juga tidak mahu lepaskan peluang meneroka benda baru pula," katanya.

Bukan bermaksud mahu meninggalkan bidang nyanyian, cuma Najwa berkata, dia mahu 'lari' sejenak daripada radar dunia seni dengan mendalami ilmu bahasa Inggeris yang diminatinya sejak kecil lagi.

"Saya bercadang untuk mengambil jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) kerana daripada sekolah rendah sukakan subjek ini.

"Bagaimanapun, saya belum memutuskan untuk menyambung pengajian di kolej mana dan sudah mempunyai beberapa pilihan yang pastinya dalam negara. Hanya selepas mendapat keputusan SPM nanti, barulah saya tentukan," katanya.

Apa yang jelas, fokus utamanya kini adalah karier nyanyian selepas berbulan-bulan lamanya merehatkan diri sebelum sambung belajar semula nanti.
Selepas mempertaruhkan lagu Kosong dan Adamu yang turut mendapat pencalonan dalam Muzik Muzik 28, menyusul kini single terbaru, Sahabat.

Kalau diikutkan, lagu Sahabat bukanlah baru sangat dan sudahpun mula berkumandang di corong radio tidak lama dulu. Sekali lagi dia berkolaborasi dengan SleeQ serta menonjolkan seorang lagi bintang YouTube, Syam Kamarul.

Ini bermakna lagu berkenaan adalah hasil kolaborasi kedua Najwa dengan SleeQ selepas Untuk Dia yang berjaya meraih populariti mendadak. Ditanya kenapa asyik bekerjasama dengan kumpulan rap kelahiran Singapura berkenaan, Najwa berkata, semuanya hanya kebetulan.

"Sebenarnya lagu Sahabat yang memperkenalkan saya dengan SleeQ dan awalnya mahu berkolaborasi lagu ini saja. Namun kebetulan SleeQ juga ada hasilkan lagu baru iaitu Untuk Dia dan secara spontan mengajak saya untuk berkolaborasi.

"Sebelum Sahabat muncul sekarang, lagu Untuk Dia nampak terlebih dulu masuk ke dalam carta muzik dan menarik peminat," katanya.

Tidak menolak akan bekerjasama pula dengan beberapa artis lain selepas ini, Najwa dan kakaknya, Syafika dalam proses mengumpul bahan untuk dimuatkan dalam album kedua nanti.

Ia lebih matang dan ada elemen percintaan namun paling penting masih 'catchy' seperti karya sebelumnya. Najwa juga bakal melancarkan single seterusnya berjudul I Love You.

Meriahkan Dataran Merdeka malam esok

Baru hendak bermula semula selepas lega menamatkan SPM awal tahun ini, Najwa tidak ketinggalan dihambat kontroversi yang membabitkan hal peribadi keluarga.

Pada usia semuda itu, pasti bukan mudah buat remaja sepertinya, apatah lagi kisah itu ditatap umum. Namun mengenali Najwa, remaja ini sememangnya seorang yang tenang dan ternyata itulah juga senjata digunakan menghadapi kontroversi itu.

"Saya bersyukur dikelilingi ahli keluarga yang sentiasa menyokong, memahami dan memberikan kekuatan kepada diri saya. Tidak mahu pening kepala, saya anggap kejadian itu dugaan yang cuba menguji saya.

"Saya percaya pada rezeki untuk terus bertahan dalam bidang ini dan menerima dugaan itu dengan positif," katanya yang sebolehnya mahu menutup kisah lama itu.

Sementara itu, Najwa terharu kerana diundang menjayakan Konsert Ekspresi Harian Metro 2013 yang bakal berlangsung malam esok, Sabtu, di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bermula jam 9 malam. Dia tidak ketinggalan untuk memeriahkan pentas dan bakal mendendangkan lagu Untuk Dia bersama SleeQ serta Kosong.

Turut menggegarkan konsert itu, artis popular seperti Black & RJ, Azlan & The Typewriter, Zivilia Band, Ella, Caroline Mentor, Alyah, Soo Wincci dan Ramli Sarip. Dihoskan dua pelawak handalan, Nabil dan Along Raja Lawak, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan di Dataran Merdeka, seawal jam 10 pagi esok.

Konsert itu dianjurkan bagi meraikan wajah baru Harian Metro/Metro Ahad dan sambutan Hari Wilayah Persekutuan, dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/14

'Kami cuma berkawan baik'

Posted:

Ketika kontroversi menimpa pelakon dan pengarah berbakat besar, Farid Kamil Zahari kian reda, timbul pula gosip percintaan membabitkan adiknya, Fadzil Zahari yang baru menceburi industri seni tanah air dengan pelakon Yana Samsudin.

Namun, Yana baru-baru ini menafikan gosip berkenaan. Malah, Fadzil ketika ditemui pada majlis sempena Tahun Baru Cina anjuran Metrowealth Pictures Sdn Bhd (MIG) di Petaling Jaya, baru-baru ini turut menafikannya dan mengakui dia dan Yana hanya bersahabat.

Menurut Fadzil, sebagai orang baru dalam industri hiburan, dia lebih selesa berbicara soal karier berbanding menjawab gosip yang tidak benar seperti kisah cinta itu.

Namun, jejaka berusia 29 tahun ini sedar gosip adalah lumrah hidup seorang artis membuatkan dia akur memberi penjelasan.

Foto

Dua beradik yang sama-sama bebakat, Fadzil (kiri) dan Farid Kamil


"Sekalipun perkara ini hanya gosip dan bukan fakta, saya tetap kena memberikan jawapan. Jadi, jawapan saya mengenai gosip cinta dengan Yana itu adalah tidak betul dan kami cuma berkawan baik. Bahkan, Yana juga sudah menafikannya dan saya berharap tidak perlu lagi berhadapan gosip seperti ini.


"Apapun, saya akui cukup kagum de–ngan Yana sejak mengenalinya pada 2008. Ini kerana, saya pernah melihat dia bekerja selama 33 jam tanpa henti hanya demi memastikan hasil kerja seninya berkualiti. Dari situ, sebenarnya saya berasa cukup tercabar sebagai lelaki apabila melihat cara kerja seorang wanita," katanya.

Fadzil berkata, sikap komited Yana pada karier dan minatnya terhadap seni membuatkan dia begitu menghormati–nya. Baginya, bukan mudah untuk meraih kejayaan dan apa yang dilakukan Yana itu harus dicontohi.

Fadzil yang turut berlakon drama Rawan dan Bini-Biniku Perkasa turut berpeluang beraksi di layar perak menerusi filem Bro, Nampak Motor Gua selain meneruskan karier dalam penulisan skrip.

Setakat ini, antara skrip filem yang sudah dihasilkan Fadzil terbitan MIG ialah Kongsi, Bini-Biniku Gangster, Taikun, Pe3 dan Bodyguard Dari Kedah.

Kata jejaka yang memiliki diploma dalam jurusan Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaya ini lagi, buat masa sekarang dia juga selesa memberi tumpuan pada karier dalam bidang seni. Apatah lagi, dia enggan kehadirannya dalam industri seni terus dibayangi populariti abangnya, Farid.

Sementara itu, Farid ketika ditemui berkata, dia tiada masalah dengan gosip cinta membabitkan adiknya itu kerana sudah lali dengan perkara itu.

Katanya, dia juga pernah menerang–kan kepada Fadzil bahawa gosip adalah lumrah hidup seorang artis dan dia (Fadzil) perlu harus sentiasa bersedia. Mahu atau tidak, Fadzil kena terima.

"Apapun, sebagai abang sebenarnya saya cukup menyokong karier seni Fadzil. Apatah lagi, pembabitan Fadzil dalam industri pun disebabkan keyakinan saya pada kemampuannya menulis skrip yang bagus gara-gara pernah terbaca satu nota ditulis Fadzil yang berjaya membuatkan saya menitiskan air mata.

"Namun, Fadzil memang sudah membuktikan bakat penulisannya kepada saya apabila skrip filem Kongsi dihasilkannya berjaya mencatat kutipan pecah panggung melebihi RM7 juta dan ditambah dengan tayangan di Astro First pula menjadikan jumlah kutipan keseluruhan dicatat filem ini sebanyak RM15 juta," katanya.

Bersikap terbuka berbicara mengenai gosip percintaan adiknya, Farid berkata, dia juga tiada masalah untuk merestui percintaan yang berputik antara Fadzil dan Yana.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/14
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


De Gea penyelamat

Posted:

Madrid: Penjaga gol Manchester United, David De Gea dikecam hebat sepanjang musim ini namun pujian melambung diberikan pengurusnya, Alex Ferguson selepas persembahan cemerlang ketika menentang Real Madrid pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.

Pemain remaja Sepanyol berusia 22 tahun itu menyelamatkan gawangnya daripada banyak percubaan tuan rumah untuk membantu United mengikat kedudukan 1-1 pada perlawanan pertama pusingan kedua di Bernabeu.

"Sukar untuk bertandang ke gelanggang ini kerana Real memiliki rekod menakjubkan di laman sendiri," kata Ferguson.

"Saya sedikit kecewa kerana kami terlalu bertahan hingga membuka peluang buat Real melakukan hantaran silang dan percubaan.

Foto

DE Gea (kanan) pamer aksi terbaik sekat serangan Real.


"Mujur De Gea beraksi cemerlang. Dia menyelamatkan tiga atau empat percubaan berbahaya."


De Gea sebelum ini dikritik sejak berpindah ke Old Trafford dari Atletico Madrid dengan harga 20 juta euro (RM82.4 juta) pada 2011 dengan saiz fizikalnya didakwa punca kelemahan sepanjang aksi Liga Perdana.

Bagaimanapun Ferguson tetap memberikan sokongan dan penjaga gol itu menghalang dua percubaan berbahaya Fabio Coentrao selain berdepan Mesut Ozil dalam situasi satu lawan satu.

"Dia mempamerkan peningkatan sepanjang musim ini," kata Ferguson.

"Pada babak pertama, dia bertindak dengan begitu menakjubkan untuk menepis bola keluar.

"Memang sukar untuk dia kembali dan beraksi mantap di stadium ini. Dia mewakili Atletico dan pastinya De Gea meraikan keputusan ini."

Rakan sepasukan, Ryan Giggs turut gembira menyaksikan persembahan yang dipamerkan De Gea di Madrid.

"Dia penjaga gol yang bagus dan caranya menghalang rembatan tiada tandingan.

"Dia semakin matang dan menunjukkannya malam ini (awal pagi semalam). Dia tampil ke Madrid dengan tekanan tinggi kerana pernah mewakili Atletico dan dia sudah membuktikan keupayaannya." - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/15

Ambrose dipersalah

Posted:

Glasgow: Pemain tengah Celtic, Kris Commons menegaskan rakan sepasukan, Efe Ambrose perlu bertanggungjawab terhadap kesilapannya yang mengakibatkan kekalahan 0-3 kepada Juventus hingga hampir menutup peluang Hoops dalam kempen Liga Juara-Juara.

Pemain pertahanan Nigeria, Ambrose kembali ke Glasgow pagi Selasa hari perlawanan di Parkhead selepas membantu Super Eagles memenangi Piala Negara-Negara Afrika, Ahad lalu.


Keputusan pengurus Celtic, Neil Lennon menyenaraikan Ambrose dalam kesebelasan utama pada mulanya dianggap satu tindakan berani namun akhirnya dikecam hebat selepas bintang Nigeria itu mempamerkan aksi buruk.

Ambrose menghadiahkan Alessandro Matri gol awal, mensia-siakan peluang terbaik Celtic dalam perlawanan itu apabila sekadar menanduk tepat ke arah Gianluigi Buffon biarpun tidak dikawal dan kehilangan bola kepada Mirko Vucinic yang menyumbat gol ketiga untuk Juventus yang semakin selesa untuk mara ke suku akhir.


Tindakan Lennon menurunkan Ambrose dikecam hebat namun Commons dalam temuramah dengan beberapa akhbar Scotland berkata, kesilapan yang menyebabkan peluang mereka pada perlawanan kedua pusingan kedua di Turin tiga minggu lagi seharusnya dipikul pemain.


"Pengurus memilihnya," kata Commons. "Pengurus memanggilnya ke tepi padang dan menyoalnya sama ada dia dalam keadaan baik. Dia mengaku berasa sangat baik.

"Jika dia tidak dalam keadaan baik, dia sepatutnya memberitahu perkara sebenar.


"Jika dia berasa dirinya dalam keadaan baik, dia sepatutnya beraksi lebih baik," kata Commons. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/15
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved