Khamis, 22 November 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Juadah pelbagai tema

Posted: 04 Oct 2012 07:47 AM PDT

MENU menarik dan menyelerakan mengikut pelbagai tema bakal menemui pengunjung Hotel Impiana sepanjang Oktober ini.

Dimulakan dengan bufet Pan Asian Treats pada harga RM68++ pada setiap Isnin hingga Khamis, pengunjung berpeluang menjamu hidangan Mediterranean pada setiap Jumaat dan Sabtu, sementara Ahad dipenuhi pelbagai juadah tempatan pada harga RM48++ seorang.

Menariknya, ais krim Baskin Robbins turut disediakan sebagai pencuci mulut untuk semua hidangan bufet ini.

Pada masa sama, Tonka Bean juga mengalu-alukan pengunjung merasai bufet tengah hari menu antarabangsa yang menggabungkan cita rasa tempatan pada harga RM58++ seorang.


Ais krim Baskin Robbins sekali lagi menjadi tarikan, selain beberapa variasi pencuci mulut yang pasti menepati selera pengunjung.


Andai ada masa senggang di hujung minggu, Tonka Bean tidak ketinggalan menyediakan bufet minum petang yang menawarkan bermacam hidangan antaranya burger mini, kuih-muih, dim sum, roti jala, sate ayam dan daging, nasi lemak, ayam goreng berempah, sosej, mi kari, piza, apam balik serta ubi sambal.

Tidak sekadar menjamu selera, pengunjung juga berpeluang melihat keindahan sekeliling serta Menara Berkembar Petronas yang terletak berhadapan kafe dalam keadaan tenang tanpa gangguan hiruk-pikuk kota.

Untuk tempahan, boleh hubungi 03-21471111 sambungan 3034 atau 3035.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/04


Syukur generasi bebas penjajah

Posted: 30 Aug 2012 09:25 AM PDT

PERASAANNYA berbunga riang sambil melahirkan rasa syukur yang tidak putus-putus setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan berlangsung, malah tidak ketinggalan meraikan hari bersejarah itu bersama-sama jutaan rakyat Malaysia berbilang kaum yang tahu menilai serta menghargai erti kebebasan di tanah air sendiri.

Walaupun lahir selepas merdeka, suri rumah, Noriah Hashim, 49, mampu merasai keperitan kehidupan penduduk negara ini sebelum mencapai kemerdekaan, melalui kisah yang diceritakan suami serta arwah ibu mentuanya yang sering berkongsi pengalaman mengenai penderitaan mereka ketika Tanah Melayu menjadi kawasan jajahan British dan Jepun.

Setiap kali tarikh keramat 31 Ogos menjelang tiba, beliau antara orang yang paling gembira kerana mengenangkan keadaan rakyat negara ini yang dapat hidup aman dan harmoni selepas bebas daripada cengkaman ketakutan akibat duduk di bawah pemerintahan bangsa asing suatu ketika dulu.

Noriah berkata, setiap kali mendengar kisah kepayahan hidup yang diceritakan ibu mentua dan suaminya, beliau berasa betapa bertuahnya menjadi rakyat Malaysia yang bukan saja boleh hidup bertolak-ansur bersama kaum lain dalam keadaan damai, malah diuruskan kerajaan yang bertanggungjawab, prihatin dan menjaga kebajikan rakyat.


Daripada apa yang diceritakan kepadanya, dia mendapat tahu kehidupan sebelum merdeka dipenuhi rasa takut yang amat sangat terutama ketika penjajahan Jepun hingga orang kampung tidak mahu keluar rumah kerana bimbang diserang.


"Mereka hidup dalam ketakutan, tidak seperti kita hari ini. Menurut ibu mentua saya, adik-adik perempuannya yang masih muda dan belum berkahwin ketika itu disorok bapanya dan tidak dibenarkan keluar.

"Ibu mentua saya berasal dari Tapah, Perak dan adik-beradiknya semua mempunyai rupa paras yang cantik dengan kulit putih mulus. Disebabkan itu, mereka disorok kerana bimbang diapa-apakan tentera Jepun.

"Sekiranya hendak keluar juga, terpaksa sorok-sorok kerana tentera Jepun ketika itu yang terkenal dengan sikap rakus dan kejam, berani melakukan jenayah sesuka hati mereka termasuk membunuh," katanya.

Menurut Noriah, selain terseksa dari segi emosi kerana tidak bebas dan rasa terkurung, hidup majoriti rakyat di Tanah Melayu ketika itu juga sangat susah dan banyak bergantung kepada ubi kayu sebagai sumber makanan.

Menurut suaminya, peniaga, Mat Daud Ayob, 60, hidup pelajar sekolah ketika itu juga terbatas kerana mereka terpaksa pergi dan balik sekolah dalam keadaan menyorok, malah sesi persekolahan pernah terganggu sementara dengan kehadiran tentera Jepun.

Keadaan pada masa itu sangat berbeza dengan zaman ini. Rakyat Malaysia bukan saja bebas dan hidup aman damai, malah semakin maju mengejar pencapaian setanding negara luar.

"Taraf hidup rakyat ketika ini juga jauh berbeza sekiranya hendak dibandingkan zaman sebelum merdeka kerana ekonomi kita yang semakin kukuh dan nama negara semakin harum di peringkat antarabangsa.

"Saya selalu menceritakan kisah sebelum zaman merdeka seperti yang diceritakan kepada saya dan sering berpesan kepada anak-anak supaya mereka bersyukur dapat tinggal dan menjadi rakyat negara ini.

"Walaupun ke mana kita pergi, Malaysia adalah negara terbaik pada mata saya kerana ia seimbang dari semua segi, tidak seperti sesetengah negara lain yang rakyat hidup melarat biarpun sudah lama maju," katanya.

Ibu kepada empat anak itu berkata, golongan muda juga harus tahu mengenai kisah sebelum merdeka supaya mereka sedar betapa berharganya nilai kebebasan serta tidak menimbulkan sebarang kekacauan yang boleh merosakkan keharmonian negara.

Beliau bukan saja rasa bersyukur, malah berasa amat beruntung menjadi rakyat negara ini, bersama-sama dengan bangsa lain yang berbilang kaum.

"Tidak perlulah kita hendak bergaduh atau membuat kacau kerana perbezaan fahaman politik kerana apa yang negara ada ketika ini sudah cukup bagus. Kerajaan kita melakukan tugas dengan baik dan tidak perlulah ada pihak yang hendak membuat kacau-bilau," katanya.

Setiap kali Hari Kemerdekaan, rasa bangga menjadi anak Malaysia membuak dalam dadanya. Justeru, dia dan suami sanggup bangun awal pada hari cuti umum itu untuk membawa anak-anak meraikan hari penuh bersejarah di Dataran Merdeka bersama rakyat lain. Ia boleh dikatakan sudah menjadi 'aktiviti tahunan yang wajib' untuk mereka sekeluarga.

Malah, setiap tahun dia sekeluarga akan turut sama menghias rumah dan kereta dengan bendera Malaysia bagi mengingati hari bermakna kepada negara ini.

"Kami juga akan bergerak dari rumah di Kajang ke Dataran Merdeka untuk sama-sama meraikan dan merasai nikmat kemerdekaan yang dicapai sejak 55 tahun lalu bersama rakyat lain.

"Sungguh menggembirakan apabila dapat melaungkan Merdeka bersama-sama rakyat negara ini yang berbilang kaum. Ia menunjukkan majoriti rakyat tahu menghargai erti kebebasan dan keamanan," katanya.

Sementara itu, juruteknik, Abdullah Hashim, 55, yang dilahirkan tepat pada 31 Ogos 1957 berkata, berkongsi tarikh lahir dengan Hari Kemerdekaan sememangnya memberi makna tersendiri kepada dirinya.

Katanya, beliau dilahirkan di rumahnya di Kampung Gelam, Melaka dan hanya menyedari tarikh lahirnya sama dengan sambutan kemerdekaan negara sekitar usia 10 tahun apabila diberitahu bapanya.

"Ketika kecil, saya tidak tahu tetapi apabila sudah mula faham, saya berasa amat bangga dilahirkan sama dengan tarikh negara bebas daripada cengkaman bangsa luar, apalagi rakyat Malaysia beramai-ramai meraikannya," katanya.

Abdullah berkata, beliau sering mendengar cerita betapa susahnya kehidupan zaman sebelum merdeka terutama daripada ibu bapanya di mana kehidupan seharian rakyat pada waktu itu sangat susah dan sentiasa tertekan.

Dia masih ingat bagaimana orang kampung ketika itu sangat takut dengan tentera Jepun hingga pergerakan mereka menjadi terbatas dan tidak dapat keluar rumah kecuali dengan cara menyorok.

"Kekejaman tentera Jepun menyebabkan penduduk takut hingga tidak berani bergerak di luar rumah. Tidak seperti hari ini, tiada rasa takut dan semua orang bebas untuk ke mana-mana saja.

"Apabila kita diisytiharkan merdeka, ia seolah-olah satu nikmat yang sukar diucapkan dan hanya difahami mereka yang pernah hidup tertindas sebelum ini. Hidup rakyat menjadi lebih tenang dan gembira," katanya.

Kisah mengenai zaman sebelum kemerdekaan seharusnya selalu diketengahkan supaya generasi muda tahu betapa seksanya hidup di bawah cengkaman asing dan lebih bersikap patriotik terhadap negara.

Katanya, golongan yang suka menimbulkan kekacauan seharusnya sedar segala ketenangan dan kedamaian yang dikecapi hasil kemerdekaan yang diperoleh dan tidak seharusnya diperjudikan dengan sikap mementingkan diri sendiri.

"Saya tidak setuju dengan perbuatan demonstrasi yang sering diadakan sesetengah pihak kerana bagi saya ia bukan saja membuang masa, malah tidak memberi sebarang faedah kepada bangsa dan negara.

"Generasi muda harus tahu mengenai keadaan sebelum merdeka dan jangan huru-harakan negara kerana sikap mementingkan diri sendiri," katanya.

Abdullah bersama isteri, Sharifah Hashim, 54, dan anak-anak, Shahrul, 27, Nurhaniza, 25, dan Ahmad Shahir, 18, menghias rumah mereka dengan mengibarkan bendera bersaiz besar pada hadapan rumah bagi meraikan hari bersejarah negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/31


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Bantu kurang kesesakan

Posted: 21 Nov 2012 06:58 PM PST

KUALA LUMPUR: Pembukaan persimpangan bertingkat di Jalan Tun Razak menghubungkan Jalan Pudu, Jalan Cheras dan Jalan Chan Sow Lin dijangka dapat mengurangkan 40 peratus kesesakan di kawasan itu.

Persimpangan bertingkat dengan kos pembinaan bernilai RM60 juta itu yang mula dibina pada 19 April 2007 mengalami beberapa masalah sehingga berlaku kelewatan daripada tarikh asal sepatutnya disiapkan iaitu pada 18 Ogos 2009.


Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, walaupun berlaku sedikit kelewatan namun atas kesungguhan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta syarikat System Engineering dan Construction Sdn Bhd, ia berjaya disiapkan pada 14 September lalu.

Menurutnya, kelewatan itu disebabkan kelulusan yang perlu diperoleh daripada pihak Smart kerana ia dibina di atas terowong Smart, masalah pengalihan kemudahan utiliti seperti kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM), Syarikat Telekomunikasi serta pengalihan paip air Syabas.


Katanya, dengan pembukaan secara rasmi persimpangan bertingkat itu akan membawa banyak kemudahan kepada pengguna dan menjadikan jajaran sistem aliran trafik lebih kemas serta tersusun.


"Kenderaan yang melalui Jalan Cheras sudah mencapai tahap maksimum sehingga diberi jolokan 'Cheras Crawl'. Pembinaan jejambat ini meyakinkan kita dapat mengurangkan kesesakan dan seterusnya memudahkan pengguna jalan raya," katanya selepas Majlis Perasmian Persimpangan Bertingkat itu, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/22


Asrama budak pintar

Posted: 21 Nov 2012 06:56 PM PST

BANTING: Program Permata Negara (Permata) bercadang membina sekolah menengah berasrama penuh untuk peserta Program Permata Insan di kawasan kampus Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Nilai, Negeri Sembilan, di sini.

Penaung Permata, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, pada dasarnya cadangan berkenaan sudah diluluskan Jabatan Perdana Menteri (JPM), namun peruntukan untuk membina sekolah asrama berkenaan belum diputuskan.


Rosmah berkata, sekolah itu kelak mampu menampung 250 pelajar dan perancangan membabitkan spesifikasi serta reka bentuk bangunan sedang giat dijalankan supaya jumlah dana yang diperlukan untuk pembinaannya dapat dikenal pasti.

"Kita amat berharap melalui sekolah ini nanti, pelajar program Permata mampu dididik berterusan di samping mempunyai sebuah lokasi institusi pendidikan khas untuk mereka belajar.


"Berdasarkan perbincangan, Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bersetuju menyalurkan dana, namun ia harus menepati keperluan sekolah iaitu membabitkan pembinaan dan keperluan pembelajaran di situ nanti," katanya yang ditemui di Sekolah Menengah Sains Banting, di sini, semalam.


Rosmah menghadiri program Lawatan Kerja ke Program Kem Permata Insan 2012, 'Menjana Cendiakawan Islam' yang turut dihadiri Naib Canselor Usim, Prof Datuk Dr Muhamad Muda.

Program Permata Insan adalah program naungan Akademi Permata Insan Usim bagi melahirkan kanak-kanak pintar yang mampu menjadi individu yang bukan hanya lengkap dengan ilmu profesional, tetapi juga ilmu agama.


Sementara itu, Penyelaras Program Permata Insan, Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Usim berkata, pihaknya memerlukan kira-kira setahun untuk merancang akademik di sekolah berkenaan.

Mohd Rushdan berkata, sekolah asrama berkenaan itu akan siap sepenuhnya menjelang dua tahun akan datang dan tenaga pengajar di situ nanti akan membabitkan pensyarah di universiti berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/22


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


4 majlis berbeza

Posted: 21 Nov 2012 03:46 PM PST

PETALING JAYA: Perkahwinan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan pasangannya, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, bakal berlangsung penuh gemilang dalam empat majlis dengan tema berbeza, bermula 28 Disember ini dan terakhir pada 13 Januari tahun depan.

Perkara itu diumumkan Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek pada sidang media di sini, semalam dan beliau turut memaklumkan, setakat ini pihaknya menerima tajaan bernilai lebih RM300,000 untuk majlis perkahwinan yang dirancang.

Apek berkata, majlis pertama ialah upacara akad nikah yang akan diadakan pada 28 Disember iaitu selepas berakhirnya Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki yang bermula Ahad ini.

Menurutnya, majlis akad nikah itu bakal berlangsung di rumah Nur Eilunie Natasha atau Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan sebelum disusuli majlis resepsi di pihak pengantin perempuan pada 30 Disember di Hotel Renaissance, Kota Bharu, bertemakan Melayu Kontemporari.


"Majlis resepsi sebelah lelaki pula akan diadakan pada 5 Januari di rumah saya di Kampung Cherang, Kota Bharu dengan tema Ala Kampung dan satu lagi majlis resepsi akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 13 Januari di Hotel The Royale Bintang, Damansara bertemakan Gaya Inggeris," kata Apek.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/22


Angkat rakan putus dua

Posted: 21 Nov 2012 01:50 PM PST

GOPENG: "Anggota badan beberapa rakan saya bersepah di atas jalan, malah otak mereka turut hancur. Lebih menyedihkan, ketika saya mengangkat mayat seorang daripada mereka yang tubuhnya hampir putus dua akibat digilis treler."

Itu kata Abdul Nasir Abdul Rahman, 49, rakan empat pekerja kontraktor syarikat Projek Penyelenggara Lebuhraya Berhad (Propel) yang terbunuh selepas digilis dan diseret sebuah treler lebih 10 tan berhampiran Kilometer 294.1, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Gopeng, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi yang turut menyebabkan enam parah itu, treler membawa coklat terbabit hilang kawalan dan memasuki lorong kecemasan lalu merempuh lapan pekerja Propel yang melakukan tugas pemasangan kabel optik di bahu lebuh raya.

Treler itu turut merempuh empat kenderaan iaitu sebuah lori satu tan, van, pacuan empat roda dan kereta Proton Iswara yang dinaiki semua mangsa untuk ke tempat mereka bekerja.


Mangsa yang terbunuh ialah Mohd Shafie Ismail, 56, dari Taman Shakin Baru, Ipoh, Shaharuddin Abd Aziz, 51, dari Kampung Masjid, Kuala Kangsar dan Mohd Hafez Yunos, 39, dari Taman Keramat, Kuala Lumpur yang mati di tempat kejadian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/22


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Pulihkan semangat

Posted: 21 Nov 2012 08:21 AM PST

AKSI buruk selepas diikat 1-1 menentang pasukan kerdil, Bangladesh yang beraksi 10 pemain kelmarin memberi kesan kepada moral pemain Harimau Malaya yang hanya mempunyai masa tiga hari untuk pulih sebelum turun pada perlawanan pertama Piala Suzuki AFF.

Jika sebelum ini kalah kepada Vietnam 0-1 dan Thailand 0-2 dalam aksi persahabatan yang dianggap eksperimen bagi pengendali negara, Datuk K Rajagobal, keputusan seri dengan Hong Kong dan Bangladesh di laman sendiri dalam tempoh seminggu menyebabkan skuad juara bertahan itu berdepan krisis.


Situasi itu nyata mendapat perhatian Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah yang hadir di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam untuk mengadakan pertemuan dengan jurulatih dan pemain.

Menurut sumber, lawatan mengejut Sultan Ahmad Shah itu bagaimanapun diadakan secara tertutup di auditorium selama hampir dua jam bermula kira-kira jam 10 pagi.


Pertemuan itu juga dilihat sebagai motivasi tambahan buat pemain ketika tekanan yang mereka rasai semakin memuncak menjelang perlawanan pertama menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini.


Rajagobal mengaku selepas perlawanan dengan Bangladesh kelmarin tiada apa lagi yang boleh dilakukan dalam tempoh kritikal ini melainkan menaikkan semula semangat pemain.

"Dalam situasi kritikal ini, saya perlu memberi motivasi kepada pemain. Sebagai jurulatih saya perlu fikirkan perkara positif, sekarang ini masa yang cukup kritikal untuk memastikan pemain kembali mendapat momentum," katanya.


Beliau mengaku terkejut dengan prestasi longlai anak buahnya yang membenarkan Bangladesh bangkit mengikat kedudukan menerusi sepakan penalti, Jahid Hasan Ameli di penghujung permainan sedangkan Malaysia di ranking ke-163 dunia, sepatutnya tidak berdepan masalah menundukkan lawan berkedudukan 171 itu.

Persoalannya, tidak cukupkah program motivasi tiga hari di Pulau Pangkor minggu lalu yang dikatakan kembali memberikan kesegaran, namun sebaliknya yang berlaku apabila membuatkan pemain tidak bertenaga.


"Perlawanan itu sungguh mengecewakan, saya terkejut melihat pemain keletihan meskipun pada awal aksi, kami bermain baik. Pemain saya seperti tidak bertenaga dan gagal mengatur gerakan dengan baik. Saya menantikan perlawanan menentang Singapura dan semua pemain perlu sedar tiada alasan lagi selepas ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/21


Rekod United lebur

Posted: 21 Nov 2012 08:01 AM PST

ISTANBUL: Galatasaray menamatkan permulaan sempurna Manchester United dalam saingan Kumpulan H Liga Juara-Juara dengan kemenangan 1-0, awal pagi semalam.

Burak Yilmaz meledak jaringan tunggal perlawanan di Arena Turk Telekom apabila menanduk masuk bola sepakan penjuru pada minit ke-54 untuk membolehkan tuan rumah mencerahkan peluang layak ke pentas kalah mati.


United sudah mara ke peringkat seterusnya dan perlawanan terbabit membenarkan pengurus, Alex Ferguson memberi pengalaman pentas Eropah kepada beberapa pemain muda di hadapan segelintir peminat fanatik di benua itu.

"Penguasaan bola bagus dan corak penyerang juga sama," kata Ferguson. "Kami mencipta satu atau dua peluang bagus pada kedua-dua babak.


"Mereka melakukan beberapa percubaan dari luar kotak penalti dan penjaga gol kami bertindak dengan baik. Selain itu kami bersaing dengan baik pada perlawanan itu." Pemain bintang seperti penyerang England, Wayne Rooney, penjaring utama, Robin van Persie, Rio Ferdinand, Patrice Evra, Paul Scholes dan Ryan Giggs, satu-satunya yang masih kekal sejak insiden 1993 "Selamat datang ke Neraka" ketika kunjungan ke Istanbul berehat di Manchester.


Nick Powell, berusia 18 tahun 242 hari menjadi pemain Inggeris kedua termuda untuk tampil buat United dalam aksi Liga Juara-Juara.

Rekod paling muda dipegang Kieran Richardson dan Powell sepatutnya diberi amaran, penampilan awal pagi semalam tidak menjaminnya kekal dalam skuad utama Old Trafford.


Phil Jones pula membuat penampilan pertama bersama United musim ini. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/21


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Konsert khas untuk peminat

Posted: 21 Nov 2012 10:50 PM PST

BUKAN mudah untuk mendengar Anuar Zain berbicara soal wanita. Siapa wanita yang pernah singgah mahupun sedang bertakhta di hatinya? Ia tersemat rapi sebagai rahsia peribadi.

Ibaratnya, Anuar dan hal peribadinya umpama sebuah kubu yang tak bisa ditembusi. Mengejutkan pula pada saat melancarkan video muzik Ajari Aku yang berlangsung di White Box, Publica, Solaris Dutamas, Isnin lalu, penyanyi kacak itu membuat pengakuan yang dia menyukai pelakon Nora Danish.

"Nora Danish ada ciri wanita yang saya suka. Kalau saya ada teman wanita, saya mahukan rupanya seperti dia. Sikap Nora juga menyenangkan. Dia feminin, lembut dan manja. 'Really Beautiful'... sangat cantik," akui Anuar.

Nora, bintang filem Aku Terima Nikahnya muncul sebagai pasangan Anuar dalam video muzik Ajari Aku yang turut dibintangi pelakon veteran handalan, Datuk Rahim Razali.


"Pemilihan Nora memang bertepatan bagi membawakan watak sebagai isteri saya dalam video muzik ini. Di sebalik semua itu, perkara paling utama saya memilih Nora kerana dia seorang aktres yang bagus dan mampu menghayati wataknya dengan berkesan. Apabila babak kita berdua, saya boleh rasa meremang bulu roma.


"Dengan adanya pelakon hebat seperti Nora dan Datuk Rahim Razali, urusan kerja jadi mudah dan saya sendiri banyak mendapat bimbingan serta tunjuk ajar daripada mereka kerana saya bukannya seorang aktor," kata Anuar.

Sengaja menduga hati, penulis sempat bertanya pada kesempatan bekerjasama dengan Nora yang memiliki segala ciri dimahukan, tambahan pula kedua-duanya solo, apakah dia tidak cuba melanjutkan hubungan mereka sehingga ke luar lokasi penggambaran?

Anuar menjawab, mereka berhubungan atas dasar profesional.

Penyanyi Sedetik Lebih itu juga menafikan khabar angin, kononnya dia dan Nora pernah keluar bersama beberapa kali.

"Dia hanya menjadi kekasih saya ketika kami beraksi di hadapan kamera saja. Di set penggambaran pun, kami hanya cakap hai, bertanya khabar dan sekali sekala berbual. Itupun soal kerja.

"Selesai tugas masing-masing, kami terus dengan kehidupan sendiri. Ia tidak berlanjutan atau keluar seperti disangka. Saat ini saya belum ada masa untuk fikir soal cinta. Saya senang bercinta dengan karier saya," katanya.

Walau bagaimanapun, Anuar tidak menolak ketentuan takdir andai suatu hari mereka bercinta, dia menerima Nora tanpa mempersoalkan statusnya.

Komen balas Nora Danish

SEBELAH malam hari yang sama, Nora ditemui pada majlis penutup tirai pementasan Tun Siti Hasmah - Dari Hati Seorang Perempuan di Istana Budaya, Kuala Lumpur, dimaklumkan mengenai pujian Anuar terhadapnya.

"Betul ke ni? Ke nak tipu Nora sebenarnya. Kalau benarlah cakap Abang Anuar, terima kasih. Nora pun sukakan Abang Anuar dan sudah lama minat dia. Apapun, pengalaman bekerjasama dengannya untuk video muzik Ajari Aku dan Sempurnakan Aku, satu pengalaman yang berharga," katanya.

Ditanya lagi, jika mereka ditakdirkan jatuh cinta, dengan senyuman lembut, Nora berseloroh, "Saya nak..."

Berbalik kepada pembikinan Ajari Aku, Anuar dan pengarah video muzik itu, Ghaz Abu Bakar bekerjasama secara rapat khususnya dalam cetusan idea. Ghaz nyata amat berbesar hati apabila Anuar memilihnya untuk bekerjasama.

"Video muzik pertama Anuar yang saya buat dulu adalah Sesucinya Cintamu dan ia juga adalah video muzik pertama yang saya arahkan. Ketika itu saya masih menuntut di Multimedia University (MMU). Untuk projek tahun akhir di kolej berkenaan, saya sekali lagi mengambil lagu Anuar sebagai testimoni saya.

"Kembali pada Ajari Aku, untuk video muzik ini, kami bekerjasama secara erat.
Anuar banyak memberikan 'input' untuk video muzik ini khususnya dari segi jalan cerita termasuk memutuskan barisan pelakonnya. Sebagai pengarah, saya menerima idea Anuar kerana dia yang memberikan 'feel' untuk lagu ini dan pastinya dia mempunyai visual tersendiri.

"Video muzik ini mempunyai sambungan untuk single seterusnya berjudul Sempurnakan Aku yang memuatkan lebih banyak 'twist' dan babak Anuar menjaga Nora," kata Ghaz.

Konsert besar 16 Februari 2013

APABILA pengacara majlis memaklumkan kepada pihak media ada kejutan ingin diumumkan, ramai yang berdebar menyangkakan ia adalah pengumuman perkahwinan.
Namun apabila pentas diserahkan kepada Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Loan Cheong, seakan-akan sudah boleh mengagak ia pasti berkaitan soal pelaksanaan konsert.

Bagai dijangka, Anuar menerusi kalender seninya pada 2013 merencanakan konsert solo mega, Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta & Sanubari.

Memilih tarikh 16 Februari 2013 iaitu sehari selepas sambutan ulang tahun ke-43, konsert seumpama itu adalah yang pertama oleh Anuar selepas 30 tahun berada dalam industri seni muzik tempatan.

Melaluinya, Anuar mahu mempamerkan sesuatu yang berbeza yang belum pernah dilihat ribuan peminatnya sebelum ini. Pendek kata, Anuar mahu menjadikan persembahan malam itu nanti malam yang penuh bersejarah, intim dan dikenang sebagai yang terbaik darinya.

"Sudah lama saya bersedia untuk mengadakan konsert bagi meraikan peminat setia yang sentiasa menyokong saya dari dulu lagi. Namun apa yang mengekang hasrat saya adalah masalah ketiadaan penganjur.

"Bagaimanapun, dengan adanya pihak Universal yang bersetuju menggerakkan konsert ini bersama Anuar Zain Network Sdn Bhd, ia bakal menjadi kenyataan.
Pada masa sama, kita terus mempergiatkan usaha mencari penaja yang sudi menyertai konsert ini.

"Sesuai sambutan 30 tahun saya dalam dunia seni, banyak perkara menarik akan diketengahkan dalam konsert ini. Antaranya, perubahan dari segi susunan muzik.

"Saya sudah menyenaraikan lagu yang mahu disampaikan nanti dan hampir semuanya adalah rangkaian hit saya khususnya dari 1998 hingga sekarang. Seperti yang umum tahu, saya mula menyanyi sedari awal usia sekitar 12 tahun.

"Justeru, pada konsert itu nanti, saya akan sertakan 'footage' dan gambar nostalgia. Selain itu, konsert ini juga akan menggunakan teknologi skrin LED," katanya yang sudah mula mengambil pelbagai vitamin untuk penjagaan stamina dan kesihatan dalam menghadapi konsert berdurasi 2 jam itu.

Bagi peminat yang sudah lama menantikan saat ini, tiket konsert boleh ditempah bermula 12 Disember depan menerusi ejen tiket www.ticketcharge.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/21


Mahu filemkan kisah Tun Siti Hasmah

Posted: 21 Nov 2012 04:59 AM PST

SIAPA yang tidak kenal Tun Dr Siti Hasmah, isteri kepada bekas pemimpin negara, Tun Dr Mahathir Mohamad. Kewibawaan serta sifat peribadinya yang lembut menjadikan beliau sebagai ikon kepada wanita di seluruh negara sehingga kisahnya dipaparkan menerusi teater Tun Siti Hasmah di bawah arahan Erma Fatima.

Daripada apa yang dilihat dan dihebahkan, ramai peminat serta artis sendiri gembira dan puas hati dengan persembahan yang ditonjolkan barisan pelakon seperti Eja, Esma Daniel, Azizah Mahzan, Nazim Othman dan Syanie Hisham.

Selepas kejayaan teater berkenaan dan respons positif daripada peminat, produser teater itu, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan meluahkan hasratnya untuk mengangkat karya seni itu filem, awal tahun depan.

"Semua itu hanya akan menjadi kenyataan kalau mendapat restu Tun Siti Hasmah sendiri. Ia akan diterbitkan berdasarkan pementasan teater itu. Saya perlu mendapatkan persetujuan beliau dulu.


"Untuk pementasan teater ini, kita mengambil masa lebih setahun untuk memujuk dan mendapatkan persetujuannya," katanya kepada Rap ketika ditemui di Istana Budaya (IB) selepas pementasan teater berkenaan, baru-baru ini.


Khairuddin berkata, berdasarkan sambutan hangat terhadap teater Tun Siti Hasmah - Dari Hati Seorang Wanita, dia pasti sekiranya kisah hidup beliau difilemkan, ia akan memberi inspirasi kepada masyarakat.

Teater terbabit mula dipentaskan pada 9 sehingga 19 November lalu dan turut ditonton Tun Dr Siti Hasmah dan suaminya, Tun Dr Mahathir pada malam terakhir.

Khairuddin turut menzahirkan rasa bangga beliau terhadap barisan pelakon yang ditampilkan dan akan berusaha mengekalkan nama besar berkenaan bagi membawa watak itu dalam layar perak kelak.

"Saya rasa keputusan ini amat tepat memandangkan mereka sebati dengan watak yang dilakonkan dan atas kerja keras yang dilakukan, mereka layak untuk beraksi dalam sebuah filem pula," katanya.

Eja atau nama sebenarnya, Siti Shahrizah Saifuddin menzahirkan rasa syukur sekiranya dia diberi kepercayaan untuk sekali lagi bekerjasama dengan produksi itu.

"Eja bersyukur sangat kerana diberi kepercayaan melakonkan watak besar dan disayangi ini. Tun Siti Hasmah memang dikenali di dalam dan luar negara dan beliau seorang yang merendah diri dan lemah lembut.

"Terus terang Eja katakan, bukan senang untuk membawa watak ini. Namun menjadi pilihan yang ketiga tidak memberi alasan untuk tidak melakukan sebaik mungkin.
Jika diberi peluang dalam filem, itu tandanya lakonan kami berkesan. Kita sedar di samping seorang lelaki hebat pastinya ada seorang wanita yang hebat. Tun Siti Hasmah adalah tulang belakang suaminya," kata Eja.

Pendapat sama turut disokong Lisa Surihani yang membawa peranan Tun Siti Hasmah ketika muda.

"Saya boleh rasa kehadirannya kerana apabila beliau datang sehari sebelum persembahan dan memberi semangat kepada kami. Daripada perbualan, saya mendapat inspirasi dan dapat melihat naluri keibuan dan kelembutan dan ketegasan pada beliau." katanya.

Nazim pula berkata, karya besar sebegini dapat mengangkat pengorbanan anak bangsa.

"Terus terang saya katakan, sebelum ini saya tidak begitu mengenali siapa sebenarnya Tun Siti Hasmah seperti pengorbanannya ke Iraq untuk menyelamatkan nyawa manusia.

"Namun daripada teater ini, banyak yang dipelajari terutama peranan Tun Siti Hasmah sebagai bekas Wanita Pertama Malaysia," katanya.

Esma Daniel yang memegang watak Tun Dr Mahathir berkata, ini bukan kali pertama beliau diberikan tanggungjawab membawa watak penting itu.

"Saya percaya jika pementasan ini difilemkan, lebih ramai wanita akan mendapat inspirasi daripada kisah hidup Tun Siti Hasmah selain apa yang disajikan menerusi biografi sejarah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/21


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Telefon pintar boleh lipat

Posted: 21 Nov 2012 09:33 AM PST

SEOUL: Kedatangan tahun baru tidak lama lagi mungkin turut menampakkan peralihan terkini kepada evolusi telefon pintar.

Syarikat Samsung dilaporkan semakin gigih menghasilkan telefon bimbit menggunakan skrin fleksibel dan tahan pecah sehingga ia boleh dilentur, digulung atau dilipat untuk disimpan dalam dompet. Menurut media, syarikat teknologi gergasi Korea Selatan itu kini dalam peringkat akhir pembangunan telefon pintar fleksibel itu dan dijangka sedia untuk dipasarkan tahun depan. Penemuan terbaru itu dibuat hasil penggunaan diod pemancar cahaya organik (OLED) yang amat nipis dan boleh dipasang pada bahan seperti plastik atau lingkaran tembaga. Sambung bukan satu-satunya syarikat yang membuat pelaburan besar dalam penyelidikan menghasilkan skrin menggunakan OLED.


Selain Samsung, syarikat dari Jepun, Sony, serta LG Display - juga dari Korea Selatan - turut melancarkan prototaip seumpama itu. Bagaimanapun, Sambung menjadi syarikat pertama menjanjikan tarikh pengeluarannya dengan sumber yang rapat dengan syarikat itu memberitahu Wall Street Journal, produk berkenaan akan dipasarkan pada separuh pertama 2013.

Melihat kepada tarikh pelancaran produk penting dalam siri S Samsung itu, pemerhati berpendapat, produk teknologi skrin fleksibel berkenaan mungkin dinamakan S4. Penghasilan itu dibuat ketika pengeluar telefon pintar dan tablet mencari jalan mencipta produk berbeza daripada apa yang ada di pasaran. Pengarah Telefon Bimbit dan Paparan Baru IHS Electronics and Media, Vinita Jakhanwal, berkata AMOLED fleksibel boleh membantu Sambung menghasilkan produk unik di pasaran. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/22


Dadah RM750 juta dalam penggelek jalan dari China

Posted: 21 Nov 2012 09:06 AM PST

SYDNEY: Polis Australia merampas kokain dan methamphetamine bernilai A$237 juta (RM751 juta) yang disembunyikan dalam sebuah jentera penggelek jalan dibawa dari China, semalam.

Jurucakap polis Australia berkata, mereka menahan dua lelaki, masing-masing dari Kanada dan Amerika Syarikat (AS) di Sydney selepas menemui 350 kilogram dadah berkenaan.


Katanya, kedua-dua lelaki terbabit didakwa mengimport dadah dan berdepan hukuman penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan. Ia adalah rampasan kedua terbesar polis Australia dalam tempoh seminggu.

Pada 16 November lalu, polis menahan sebuah bot membawa 200 kilogram kokain selepas ia dilaporkan melarikan diri dari Tonga. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/22


Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved