Rabu, 26 Oktober 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Kulit segar lagi cerah

Posted: 26 Oct 2011 07:55 AM PDT

KAJIAN terbaru mengenai mandi menunjukkan ia bukan saja bertujuan membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan tekanan serta berperanan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal Baru Perubatan England mendapati penderita diabetes yang berendam dalam air suam selama 30 minit mampu menurunkan paras gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas berkesan memperbaiki kesihatan jantung terutama untuk lelaki manakala mandi susu serta mandi bunga untuk bakal pengantin bukan saja memberikan kesegaran tetapi terapi paling berkesan menghilangkan tekanan selepas seharian bekerja.

Masyarakat zaman dulu percaya mandi bunga mampu menaikkan semangat. Ini kerana haruman daripada tujuh jenis bunga berfungsi menenangkan fikiran manakala warna-warni bunga dapat menceriakan aura penglihatan dan memberi ketenangan.


Menurut pemilik D'Cinnamon Beauty House & Butik Andaman yang hanya mahu dikenali sebagai Hanie, untuk kelihatan segar dan bertenaga, bakal pengantin sebaiknya memanjakan tubuh dengan mandi susu dan bunga, sauna, lulur dan rawatan wajah untuk kekal berseri menjelang hari perkahwinan.


Mandi susu dan bunga mempunyai pelbagai khasiat. Selain dapat mencantikkan kulit menerusi khasiat susu segar juga memberi ketenangan kepada bakal pengantin.

"Biasanya bakal pengantin akan berendam di dalam tab mandi yang dimasukkan bunga-bungaan segar pelbagai warna bersama haruman lavendar selama 30 minit bagi mengharumkan tubuh dan menenangkan fikiran manakala mandi susu menggunakan campuran susu dan bahan wangian berfungsi untuk memutih dan melicinkan kulit.
Selepas kedua-duanya selesai, pelanggan dibawa bersauna atau mandi wap yang diakui mempunyai pelbagai khasiat dan kelebihan," jelasnya.

Ramai wanita tidak tahu bersauna bukan saja memberi kebaikan pada fizikal tetapi juga mental. Ini kerana ketika bersauna, kadar pernafasan dan denyut nadi akan meningkat daripada 75 denyutan seminit kepada 100 hingga 150 seminit.

Apabila ini berlaku, ia meningkatkan kadar peredaran darah kerana haba daripada wap akan mengembangkan saluran darah untuk menampung peningkatan pengaliran darah ke seluruh badan.

"Proses ini membolehkan badan mengagihkan lebih banyak zat dan nutrien terutama ke bahagian kulit bagi menggantikan sel mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara, anda akan kelihatan lebih segar dan muda selama beberapa jam selepas bersauna," katanya.

Kesan panas sauna juga melegakan otot, menghilangkan sengal dan kebas badan.
Wap daripada sauna dapat membuka liang roma, mengeluarkan kekotoran atau toksin dalam kulit, menjadikan kulit lebih sihat dan rambut tambah bersinar.

"Bukan saja kebaikan untuk luaran, bersauna turut memulihkan kesihatan terutama bagi penghidap resdung, radang paru-paru dan asma. Ini kerana apabila wap ini masuk ke rongga pernafasan dan terus ke sistem peredaran darah, ia akan memberi kesan yang baik pada badan," katanya.

Bagi bakal pengantin, kesihatan kulit amat penting. Justeru, rawatan lulur yang dilakukan selepas bersauna membantu membuang sel kulit mati, seterusnya menjadikan kulit segar dan cerah. Sebaiknya dilakukan setiap dua minggu sekali bermula tiga bulan sebelum berkahwin bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.

"Selepas kulit dimanjakan dengan bahan lulur, bakal pengantin dibawa menikmati urutan lembut yang tidak menyakitkan. Urutan ini menggunakan minyak aromaterapi khas sekadar untuk melancarkan peredaran darah dan menghilangkan tekanan selepas penat bekerja.

Bagaimanapun, bakal pengantin tidak digalakkan terlalu kerap melakukan urutan kerana ia hanya sesuai untuk mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai anak saja. Jika mahu melakukan urutan, pastikan memilih urut aromaterapi untuk menenangkan badan serta merehatkan fikiran," katanya yang berkebolehan mengurut sejak kanak-kanak lagi.

Selain pakej rawatan badan, D'Cinnamon turut menyediakan rawatan wajah untuk kulit normal dan bermasalah. Rawatan bermula dari RM45 sehingga RM120 manakala untuk bakal pengantin antara RM100 hingga RM400 untuk pakej penuh.

Selain rawatan kecantikan, Hanie turut menyediakan pakej andaman perkahwinan dengan menyediakan perkhidmatan sewa baju untuk majlis makan malam, jamuan dan perkahwinan pada harga bermula RM500 ke atas.

Kebiasaannya, wanita hanya mementingkan kecantikan luaran dengan memastikan busana cantik dan mewah pada hari bahagia sehingga terlupa pada keindahan dalaman yang tidak kurang pentingnya. Sebab itu, dengan adanya butik dan pusat rawatan kecantikan bersama mampu menjadi panduan kepada mereka untuk memastikan kecantikan luaran sama seimbang dengan dalaman.

"Sekurang-kurangnya apabila pelanggan memilih busana serta pakej perkahwinan, mereka turut menjaga kecantikan wajah dan tubuh sehingga hari bahagia tiba," katanya.

D'Cinnamon yang dibuka sejak 10 tahun lalu, bermula hanya dengan menyediakan sewa baju saja.

Namun lama-kelamaan selepas mendapat perhatian, Hanie yang mulanya bekerja sepenuh masa akhirnya memilih untuk menjadikan perniagaan ini sebagai mata pencarian.

"Dulu saya bekerja sebagai eksekutif pemasaran dan hanya melakukan kerja andaman sebagai sambilan saja. Namun lama-kelamaan apabila semakin ramai pelanggan, saya mulai yakin dengan bidang ini dan mengambil keputusan berhenti kerja," ujarnya.

D'Cinnamon Beauty House & Butik Andaman yang terletak di Ampang Waterfront, Ampang dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 8 malam namun pelanggan haruslah membuat temu janji terlebih dulu bagi mengelak terpaksa menunggu lama.

Full content generated by Get Full RSS.

Rambut kembali lebat

Posted: 26 Oct 2011 07:34 AM PDT

UMUM mengetahui maksud botak. Ia bermakna kekurangan atau kehilangan sebahagian rambut pada kepala. Satu kenyataan yang sungguh menakutkan khususnya bagi golongan yang mementingkan penampilan gaya rambut mereka.

Namun, masalah kebotakan tidak mengenal usia dan jantina. Masalah keguguran rambut kebiasaannya berlaku disebabkan genetik bermula pada usia remaja, lingkungan usia 20-an atau 30-an dan semakin serius apabila mencecah usia 40-an.

Pakar Australia menganggarkan 30 peratus daripada kalangan wanita dan 40 peratus lelaki akan mengalami kehilangan rambut akibat faktor keturunan menjelang usia 40 tahun.

Menurut Pakar Nutrisi 101 Health Care, Fanny Ling, selain genetik, terdapat faktor lain menyebabkan berlakunya masalah botak itu.


"Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, gemar mengambil minuman beralkohol dan sering menukar gaya rambut yang pelbagai antara punca ia terjadi.


"Selain itu, wanita yang berisiko mengalami masalah kebotakan adalah mereka yang menjalani rawatan kemoterapi, pengambilan ubatan, vitamin berlebihan, selepas bersalin dan memasuki dunia menopaus.

"Wanita hamil terutama pada awal kehamilan (empat bulan) akan memiliki rambut cantik, bersinar dan tidak mengalami masalah kulit kepala disebabkan peningkatan hormon estrogen.

"Namun selepas kelahiran anak, keguguran rambut dapat dilihat dengan jelas kerana hormon kembali ke tahap asal seperti sebelum mengandung.

"Keguguran rambut yang sepatutnya berlaku sepanjang tempoh sembilan bulan ketika mengandung (tetapi tidak gugur kerana adanya hormon) akan mula gugur selepas bersalin menyebabkan jumlahnya dilihat begitu banyak.

"Kebotakan akan berlaku jika tiada pertumbuhan rambut baru selepas mengalami keguguran menyebabkan rambut yang ada kelihatan semakin nipis dan botak," katanya ketika ditemui di 101 Hair Care, Subang Jaya, baru-baru ini.

Selain keguguran rambut selepas melahirkan anak, 90 peratus wanita menopaus juga biasanya menghadapi keguguran rambut disebabkan ketidakseimbangan folikel.

"Ia menyebabkan pertumbuhan rambut terbatas kerana hormon estrogen semakin hilang. Penyumbatan folikel akan membantutkan pertumbuhan rambut baru, sekali gus menyebabkan masalah botak berlaku," katanya.

Tambahnya, lelaki juga tidak ketinggalan dalam masalah ini. Mereka juga terdedah dengan masalah kebotakan disebabkan gaya hidup yang tidak sihat dan biasanya corak kebotakan mereka berlaku di bahagian hadapan kepala.

Ikuti pengalaman diceritakan tiga pesakit yang pernah mengalami masalah kebotakan rambut sebelum ini berdasarkan faktor yang berlainan.

Chitra Devi Sadasivam, 34, memiliki dua anak dan mula mengalami masalah keguguran rambut apabila melahirkan anak pertama.

"Saya tidak ambil tahu dengan keguguran rambut yang dialami kerana menganggapnya perkara normal selepas melahirkan anak pertama. Ia berlanjutan sehingga kelahiran anak kedua dan ketika itu baru saya sedar tahapnya semakin serius.

"Saya dapati rambut yang gugur ada di mana-mana saja mewujudkan ketidakselesaan dengan keadaan seperti itu di dalam rumah.

"Keguguran rambut yang melampau membuatkan bahagian tengah kepala kelihatan botak dan ia menyebabkan saya berasa malu serta rendah diri, apatah lagi ia berlaku ketika kami sekeluarga ingin berkumpul beramai-ramai.

"Pada 2009 ketika membeli-belah, saya terlihat kehadiran 101 Hair Care di situ membuatkan hati terdetik untuk bertanyakan masalah yang dihadapi.

"Selepas mendapatkan nasihat dan memulakan rawatan yang disyorkan, saya mula lihat perubahannya tiga hari selepas penggunaan produknya.

"Mereka menasihatkan saya menggunakan syampu, tonik dan vitamin tambahan untuk mengembalikan kecantikan rambut seperti dulu.

"Kini, saya berjaya mendapatkan kembali kecantikan mahkota penting untuk terus bergaya dengan yakin di hadapan orang ramai memandangkan saya seorang ahli perniagaan," katanya yang kini lebih berkeyakinan untuk bertemu pelanggan dan sesiapa saja.

Sementara itu, pelajar, Yap Mun Keong, 19, mula mengalami keguguran rambut ketika usianya mencecah 16 tahun yang juga menganggap ia fenomena biasa dihadapi membuatkan dirinya tidak mengambil peduli mengenai masalah itu.

"Saya anggap keguguran adalah perkara normal yang akhirnya menyebabkan penampilan kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.

"Saya dapati masalah ini semakin membelenggu diri ketika menjalani peperiksaan ketika itu. Tekanan yang mendadak untuk mendapat gred yang baik membuatkan saya berasa tertekan selain mengambil makanan segera yang memang diketahui akan menyebabkan masalah keguguran rambut.

"Keadaan rambut yang semakin nipis dan menunjukkan ruang botak pada hadapan kepala membuatkan diri tidak lagi yakin dan mula menjauhkan diri daripada rakan kerana takut mereka melihat penampilan saya.

"Selepas sedar akan masalah ini semakin serius, saya mula mendapatkan rawatan dan mendapati kesihatan rambut kembali stabil," katanya ketika mengulas mengenai pengalamannya sebelum mendapatkan rawatan di 101 Hair Care.

Tambahnya, sepanjang mendapatkan rawatan selama dua bulan, dia dapat melihat rambutnya semakin pulih dan ia kembali stabil enam bulan selepas itu.

Yap sebelum ini pernah mencuba pelbagai produk rambut yang disyorkan rakan. Dia yang mengalami masalah rambut pramatang tidak mendapat hasil positif selepas menggunakannya.

"Ibu saudara yang mengesyorkan saya mendapatkan rawatan di sini. Ia ternyata tidak sia-sia dan kebanyakan rakan juga terkejut dengan penampilan rambut baru saya sekarang," katanya.

Viknesvara Rao Sanas, 25, pula mula menghadapi masalah keguguran rambut ketika berusia 18 tahun disebabkan tekanan emosi dan fizikal yang dialami.

"Sebelum ini saya pernah menjalankan tiga pekerjaan sekali gus bagi mendapatkan pendapatan lebih. Namun, ia tidak dapat diteruskan disebabkan bebanan tugasan yang berlebihan.

"Ia bertambah buruk dengan gaya hidup dijalani seperti merokok, mengambil minuman beralkohol dan tidak cukup tidur setiap malam membuatkan saya mengalami masalah keguguran rambut yang semakin membimbangkan.

"Hingga ke tahap bahagian hadapan kepala menjadi botak, barulah saya sedar untuk mendapatkan rawatan sepatutnya kerana begitu mementingkan penampilan gaya rambut yang digemari," katanya gembira dengan keadaan rambutnya yang kembali sihat.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved