Rabu, 29 Mei 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Solekan seiring rona pakaian

Posted: 29 May 2013 10:33 AM PDT

"Cantik atau tidak?" Tanya rakan penulis selepas dia melayangkan pembayang mata berkilat keemasan tatkala menghadiri majlis makan malam bertemakan gaya Timur Tengah.

Melihat sekilas, wajahnya benar-benar berubah walaupun hanya dengan sapuan pembayang mata serta celak hitam di atas garis lingkaran kelopak mata.

Memang benar pemakaian celak dan pembayang mampu merubah penampilan seseorang sama ada menjadi lebih cantik atau biasa-biasa saja. Buktinya ada wanita nampak lebih anggun selepas bersolek namun ramai juga yang tidak menampakkan kesegaran walaupun sudah lengkap memakai semua perkara penting dalam solekan.

Apakah yang menyebabkan berlaku perbezaan sedangkan wanita ini mengenakan jenama alat solek yang sama?

Foto

PEMAKAIAN bedak asas langkah pertama bagi mendapatkan solekan sempurna.

Foto

SAPUAN pembayang mata rona berkilat keemasan sesuai digayakan ke majlis bertemakan gaya Timur Tengah.

Foto

CELAK dan maskara penting untuk mendapatkan mata menawan.

Foto

PEMERAH pipi merah jambu disapu pada pipi untuk kesan menyerlah.

Foto

TAMPIL segar dengan gincu merah jambu dengan sedikit pengilat bibir.

Foto

TAMPIL bergaya dengan padanan kaftan serta tudung ala serban, solekan menyerlahkan penampilan ala Timur Tengah.


Menurut jurusolek profesional, Noor Fazleen Mohd Fazel, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian bagi mendapatkan gaya solekan diinginkan. Ia bukan saja bergantung kepada jenama alat solek, peralatan seperti berus dan span tetapi juga teknik ketika mengadun warna serta sapuan menjadikan seseorang tampil berbeza.


"Untuk mendapatkan penampilan berbeza bukan saja bergantung kepada keberanian ketika bersolek tetapi pemilihan warna serta teknik digunakan. Dalam hal ini, panduan menggabungkan warna asas dengan warna panas atau sejuk menjadikan sapuan lebih menawan. Apatah lagi sekiranya jurusolek itu bijak memadankan dengan warna kulit seseorang," katanya yang sering menerima undangan menyolek pengantin.

Selain pemilihan rona pembayang mata, apa yang perlu diketahui solekan harus menepati tema majlis dan ia sebaiknya mengikut rona pakaian juga sama ada untuk acara siang atau malam. Untuk solekan malam wanita harus bijak menggabungkan antara warna pastel dengan cerah serta menggunakan teknik solekan smokey untuk mata.

Sambil menunjukkan teknik solekan ketika menghadiri majlis berkonsepkan gaya Timur Tengah, kata Fazleen, apa yang perlu ditekankan adalah pemilihan baju bersesuaian konsep. Ini bagi memudahkan wanita memadankan warna pembayang mata serta gincu yang akan dipakai.

"Untuk majlis berkonsepkan gaya Timur Tengah, wanita sebaiknya memilih padanan sedikit glamor sama ada pada rekaan atau potongan busana. Mungkin memakai kaftan dengan perincian manik pada bahagian tertentu serta lilitan tudung ala serban mampu mengikut tema ditetapkan.

"Selepas menetapkan pakaian, ini memudahkan mengadunkan solekan mengikut warna pakaian. Namun ini bukan peraturan yang harus diikuti. Ia terpulang kepada wanita sama ada mahu memakai pembayang mata sewarna atau sebaliknya," katanya.

Untuk solekan mata, Fazleen memilih pembayang mata rona keemasan dengan sedikit sapuan coklat bagi memberikan imej segar tatkala digayakan pada waktu malam. Paling penting, pemakaian celak cecair pada bahagian atas kelopak mata memberikan ilusi berbeza dan membuatkan wajah lebih anggun dan menawan.

"Kini wanita lebih arif apa yang mereka mahukan. Ramai semakin berpengetahuan mengenai jenis celak dan teknik sapuan sama ada tebal, nipis atau mempunyai ekor. Percayalah setiap satu akan mempengaruhi penampilan.

"Untuk gaya Timur Tengah, anda boleh memakai celak sehingga memenuhi garis atas kelopak mata. Kemudian oleskan dengan maskara warna senada. Sebaiknya pastikan anda memakai berulang kali pada bulu mata bagi menjadikan lebih lebat, panjang dan hitam," jelasnya.

Selain mata, warna gincu juga perlu diberi perhatian. Jika inginkan wajah lebih garang mungkin pilihan merah terang yang terbaik tetapi pastikan anda selesa memakainya.

"Pemilihan gincu juga memainkan peranan penting. Apa yang menjadi keutamaan adalah keselesaan dan yakin tatkala menggayakannya ketika menghadiri majlis. Jangan kerana semata-mata memilih warna berdasarkan trend semasa sehingga anda kelihatan janggal dan kurang yakin berhadapan orang ramai. Jadilah diri sendiri dan bergaya mengikut kemampuan sendiri," nasihat Fazleen.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/29

Nikmati gaya hidup sihat

Posted: 29 May 2013 09:21 AM PDT

Menyedari hakikat kecantikan wanita membawa transformasi, motivasi dan inspirasi bukan saja untuk diri tetapi semua insan, Clinelle keluaran EIG melancarkan kempen Kecantikan Memberi Inspirasi sempena pelancaran produk penyental Skin Smoo­thing Scrub with Marine Beads, baru-baru ini.

Kempen dengan kerjasama pencipta dan pengasas seni lukis Liselle, Lisa Lee ini bertujuan memberi kesedaran mengenai kehidupan serta inspirasi kepada wanita menikmati gaya hidup sihat dan ceria.

Lisa yang juga pemenang Anugerah Trevor di United Kingdom bagi kategori Keusahawanan Muda & Hala Tuju Baru Ilustrasi Fesyen mengakui cukup teruja apabila dihubungi Clinelle untuk menghasilkan ilustrasi bertemakan marin pada siri koleksi bekas minuman yang akan diedarkan di seluruh negara.

Bekas minuman eksklusif ini dihasilkan sempena pelancaran produk terbabit yang mana pengguna berpeluang mengumpul bekas minuman edisi terhad apabila membeli produk Clinelle .


"Untuk hasil seni ini saya mendapat inspirasi daripada manik marin dalam Skin Smoothing Scrub yang bertindak sebagai pelulur asli. Saya rasa teruja untuk menghasilkan siri ilustrasi bertemakan marin bagi menonjolkan keindahan alam semula jadi yang boleh meningkatkan kreativiti dan tindakan positif. Saya berharap ilustrasi terbabit akan menyampaikan mesej penting ini kepada wanita dalam semua peringkat umur," katanya.


Ketua Pemasaran Clinelle, Joy Ding berkata, Clinelle bekerjasama dengan Lisa kerana dia mampu menjadi inspirasi kepada wanita lain. Dia bukan saja cantik tetapi penampilannya dapat memberi motivasi kepada semua untuk mengecap nikmat hidup sepenuhnya.

"Sebagai usahawan berjaya, Lisa membuktikan dia mampu menjadi inspirasi serta menikmati kehidupan dengan cara mengutamakan kecantikan dan kegembiraan. Inilah yang kami mahukan supaya wanita tahu mereka boleh melakukan segala-galanya jika percaya kepada diri sendiri dan berjuang untuk mencapai impian seperti yang dilakukan Lisa," katanya.

Ilustrasi Lisa bertajuk Kecantikan Memberi Inspi­rasi, Kecantikan Menyebarkan Kegembiraan dan Kecantikan Mengelilingi Kita berkisar pada Liselle iaitu watak asal yang popular dalam dunia marin bawah laut. Liselle melihat kehidupan dari sudut pandangan ikan duyung dan seperti setiap wanita, dia berharap untuk melihat dunia secara positif walaupun pada masa mencabar.

Clinelle juga akan melancarkan kempen media sosial dengan kerjasama portal bercerita, www.yuberactive.asia dan Lisa. Kempen ini turut membabitkan peraduan me­ngarang cerita pendek yang menerangkan kisah Liselle menemui manik marin dan membongkar rahsia kecantikan berasaskan mana-mana satu daripada tiga ilustrasi.

Sebanyak 11 cerita terbaik dan paling memberi inspirasi akan memenangi hadiah eksklusif bernilai lebih RM3,000.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/29
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Padah kontraktor nak jimat bil air

Posted: 28 May 2013 11:12 AM PDT

Kuala Lumpur: Tindakan kontraktor sebuah projek pembinaan di Sri Keladi, Bukit Jalil, di sini 'menjimatkan' perbelanjaannya dengan melakukan penyambungan air haram memakan diri apabila tapak berkenaan diserbu, semalam.

Berikutan itu, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menuntut ganti rugi RM98,179 daripada kontraktor kerana menggunakan bekalan air terawat secara tidak sah sejak dua tahun lalu.


Pengarah Eksekutif Bahagian Projek dan Air Tanpa Hasil SYABAS Yusof Badawi berkata, perbuatan tidak tanggungjawab itu berjaya dikesan menerusi pemeriksaan dan risikan pegawai penguat kuasa syarikat berkenaan. "Siasatan mendapati pihak kontraktor menggunakan paip getah sepanjang 50 meter yang disambungkan secara haram ke paip utama untuk mendapatkan bekalan air.

"Pemeriksaan juga mendapati tiada meter air ditemui di sekitar lokasi berkenaan dan hasil semakan menunjukkan tapak pembinaan ini tidak pernah mempunyai akaun dengan SYABAS," katanya.


Beliau berkata, bekalan itu dipercayai digunakan kontraktor untuk kerja pembinaan seperti membancuh simen dan mencuci kenderaan yang keluar masuk tapak itu.


"Sehubungan itu, SYABAS sudah mengeluarkan notis Pemberitahuan Kesalahan dan Tindakan Penguatkuasaan kepada kontraktor untuk menuntut ganti rugi manakala Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi tindakan pendakwaan," katanya.

Foto

PEKERJA SYABAS memotong paip haram.

Katanya, pihak yang didapati bersalah mengambil air terawat secara haram boleh dikenakan penalti mengikut Seksyen 123 (3) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 iaitu didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama setahun atau kedua-duanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/29
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Muat 74, bawa 200

Posted: 28 May 2013 11:26 AM PDT

Belaga: "Saya terdengar bunyi kuat dan bot yang dinaiki bergegar. Ketika itu saya terdengar jeritan penumpang yang mengarahkan supaya terjun menyelamatkan diri," kata Jok Ngau, 30, mangsa bot ekspres Kawan Mas karam berhampiran Tanjong Giam Bungan, di Sungai Belaga sini, semalam.

Menurutnya, bot ekspres yang dinaiki itu baru sejam berlepas dari jeti Belaga dan terbalik sebaik tiba di satu selekoh.

"Bot berlepas dari Bakun jam 7 pagi dan ketika itu, semua penumpang berebut untuk menaiki bot berkenaan kerana tidak mahu menunggu perkhidmatan seterusnya.

"Walaupun tempat dalam bot sudah penuh, penumpang berdegil dan sanggup duduk di tepi serta atas bot. Kami berhenti untuk menurunkan penumpang di Belaga dan meneruskan perjalanan ke Kapit," katanya.

Foto

SUASANA di tempat kejadian bot ekspres yang karam di Belaga.

Foto

MANGSA yang selamat berenang ke tebing sungai.


Katanya, lebih 200 penumpang yang rata-ratanya pekerja kontrak di Sungai Asap, Bakun dan Murum ingin pulang ke kampung untuk menyambut Hari Gawai hujung minggu ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/29

'Kami berlima'

Posted: 28 May 2013 11:26 AM PDT

Kuala Lumpur: "Ketika ditahan, saya bukan berdua-duaan, tetapi sebenarnya kami berlima. Saya sifatkan penahanan itu perangkap yang dikenakan ke atas saya," kata pelakon, Shahrizal Jaszle, 25 atau Shah Jaszle.

Beliau berkata demikian mengulas isu penahanan khalwat ke atas dirinya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 16 Mei lalu.

Hampir dua minggu pelakon itu mengunci mulut selepas didakwa berkhalwat di Apartment Taman Sri Subang jam 3.30 pagi, akhirnya Shah Jaszle semalam tampil memberi penjelasan.

Katanya, beliau menganggap dirinya tidak bersalah kerana ketika kejadian, dia dan empat rakan lain turut ditahan.

Foto

Shahrizal Jaszle


"Kami bukan berdua-duaan, tetapi lima orang ketika ditahan," katanya enggan bercakap panjang kerana isu itu kini jadi kes mahkamah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/29
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Salah siapa semua ini?

Posted: 28 May 2013 10:12 AM PDT

Kuantan: Dua penyokong Pahang dan Johor Darul Takzim (JDT) cedera terkena objek dibaling individu tidak bertanggungjawab pada aksi separuh akhir kedua Piala FA yang melakar episod mendukacitakan di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Seorang wanita dipercayai penyokong Pahang terpaksa dibawa keluar polis selepas mata kanannya cedera terkena objek dibaling ketika dia dan lebih 7,000 penyokong tuan rumah terpaksa duduk di trek gara-gara stadium skuad Tok Gajah itu penuh sesak.


Seorang penyokong Johor DT pula memegang kepalanya selepas terkena balingan objek sekali gus menghidangkan risiko besar buat Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) terhadap tindakan yang boleh dikenakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang pasti berang dengan insiden ini.

Pertemuan yang diungguli Johor DT hasil kemenangan 1-0 di Stadium Larkin, Sabtu lalu itu gagal dimulakan mengikut jadual sebenar selepas 7,000 penyokong tuan rumah memenuhi trek, memaksa semua pihak terbabit mengadakan mesyuarat tergempar mencari jalan penyelesaian serta-merta.


Perlawanan dijadual bermula 8.45 malam tertangguh satu jam 40 minit sebelum pengadil perlawanan membatalkan aksi itu pada jam 10.25 malam.


Untuk rekod, Stadium Darul Makmur hanya mampu menampung 35,000 penyokong tapi 42,000 penyokong kedua-dua pasukan dianggar membanjiri stadium yang pernah menyaksikan anak didik Dollah Salleh menewaskan Johor DT, 3-2 pada saingan Liga Super, beberapa bulan lalu.

Foto

SULTAN Ahmad Shah (dua dari kiri) berbincang dengan pegawai perlawanan.

Foto

PENYOKONG Pahang yang cedera selepas terkena objek yang dibaling.

Bagi meredakan keadaan, Sultan Pahang yang juga Presiden FAM Sultan Ahmad Shah serta Presiden PBNP Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah turun bertanyakan situasi sebenar kepada barisan pegawai perlawanan selain bertemu penyokong Tok Gajah di trek.


Berdasarkan peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), setiap perlawanan tidak boleh dilangsungkan andai ada penyokong pasukan duduk terlalu hampir dengan padang kerana dibimbangi bakal mencetuskan keadaan tidak selesa pemain yang pastinya risaukan keselamatan masing-masing.

Penyokong Johor DT, Salehan Sakiran, 39, yang datang bersama rakan dari Muar kesal insiden ini berlaku dan menyifatkan ia berpunca daripada kesilapan PBNP kerana menjual tiket melebihi kapasiti stadium.


"Memang saya takut kerana kami kelompok kecil dan ia pastinya mengundang masalah. Saya harap ia tidak berlaku lagi dan memohon kawalan keselamatan diperketatkan lagi," katanya.


Seorang lagi penyokong Johor DT, Rosli Shariff, 43, berkata, penganjur perlawanan perlu lebih peka dan tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/29

Nadal 'derita'

Posted: 28 May 2013 10:02 AM PDT

Paris: Sesuatu yang jarang berlaku apabila Rafael Nadal memasuki gelanggang di Terbuka Perancis dan mengulas penderitaan dialami di tangan lawannya.

Itu adalah kesan aksi dipamer Daniel Brands (gambar) pada pertemuan pusingan pertama kelmarin dengan juara tujuh kali itu mempersoal bagaimana pemain Jerman itu boleh menduduki ranking ke-59 dunia.


"Saya tidak tahu ranking Brands tapi apa yang boleh saya maklumkan kepada anda, dia tidak boleh berada di kedudukan 60. Cara dia bermain, saya tidak percaya," kata Nadal, selepas melangkah ke pusingan kedua selepas ditentang sengit sebelum menang 4-6, 7-6, 6-4, 6-3.

"Dia membuatkan saya menderita dan saya ingin memberi penghormatan terhadap apa yang dia lakukan," katanya.


Untuk tempoh yang singkat di gelanggang Philippe Chatrier, pemain Jerman itu kelihatan di ambang kejayaan melakar kejutan terbesar sejarah Grand Slam apabila mendahului Nadal satu set dan 3-0 tiebreak set kedua.


Permainan hanya berubah arah apabila pukulan kilas Brands tersekat di jaring pada kedudukan 3-2 sekali gus membenarkan Nadal menyamakan kedudukan dan kemudian memenangi lima daripada enam mata untuk menang set itu.

"Saya umpama mendapat oksigen," kata Nadal. "Saya akhirnya dapat bernafas dan membuatkan saya kembali berfikir menghadapi baki perlawanan tanpa tekanan.


"Pada set seterusnya, saya berjaya menguasai perlawanan dan membalas servis kedua Brands." Ia penampilan pertama Nadal di Grand Slam selepas tewas kepada Lukas Rosol pada pusingan kedua di Wimbledon tahun lalu.

Selepas itu dia terpaksa berehat tujuh bulan kerana masalah lutut yang merencatkan kariernya.


Sejak kembali beraksi, dia menjuarai enam kejohanan daripada lapan pertandingan disertai dan mempamerkan permainan bertenaga.


"Saya gembira dengan situasi semasa. Saya kini berada di satu tahap berbeza berbanding beberapa bulan lalu.


"Saya kini menikmati setiap detik dan tidak mahu memikirkan apa yang sudah berlaku. Setiap hari yang berlalu akan mengurangkan tekanan dan apa yang saya lakukan lebih daripada apa yang dimimpikan selepas kembali beraksi beberapa bulan saja." - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/29
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Bayi dalam paip diselamat

Posted: 28 May 2013 10:40 AM PDT

Jinhua: Seorang bayi baru lahir diselamatkan anggota bomba selepas dia dibuang tersumbat dalam paip kumbahan di sebuah rumah di China.

Bayi berkenaan diselamatkan dari dalam paip selebar 10 sentimeter yang terletak betul-betul di bawah sebuah tandas selepas beberapa pejalan kaki mendengar dia menangis.


Polis menyiasat kes itu sebagai cubaan membunuh dan melancarkan gerakan menjejaki ibu bapanya. Rangkaian televisyen China, CCTV melaporkan, bayi itu ditemui di bawah sebuah kediaman di Jinhua, di kawasan mewah Zhejiang.

Pasukan penyelamat terpaksa memotong paip berkenaan dan membawanya bersama-sama bayi itu ke hospital berhampiran.


Doktor dengan berhati-hati memotong paip itu, kerja yang dilakukan hampir sejam, sebelum dapat menyelamatkan bayi lelaki seberat 2.3 kilogram itu.


Media China melaporkan, kanak-kanak itu yang dinamakan Bayi Nombor 59 sempena nombor inkubatornya, selamat dan stabil.

Foto

BAYI itu akhirnya diselamatkan oleh anggota bomba.

Foto

SEBAHAGIAN besar tubuh bayi sudah kelihatan.

Foto

PAIP kumbahan dipotong secara berhati-hati untuk menyelamatkan bayi di dalamnya.

Foto

ANGGOTA penyelamat cuba menarik keluar bayi, tetapi tidak berjaya.

Foto

PAIP dipecahkan sedikit demi sedikit agar bayi tidak cedera.

Rakaman video mengenai usaha menyelamat itu disiarkan di seluruh negara semalam dan mendapat ribuan ulasan menerusi Weibo, laman media sosial popular negara itu. Seorang pengguna menulis: "Saya tidak boleh menerima atau memaafkan perbuatan membuang bayi yang masih beruri dan bertali pusat ke dalam paip tandas. Adakah mereka yang bertanggungjawab layak dipanggil manusia. "Sifat kehaiwanan berbanding kemanusiaan di kalangan orang dewasa semakin meluas." Laporan mengenai bayi dibuang sering disiar media negara berkenaan. Antara punca yang dikatakan menyebabkan keadaan itu berleluasa ialah undang-undang merancang keluarga yang ketat. China melarang pasangan suami isteri mempunyai lebih daripada seorang anak. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/29

Pelancongan Filipina rugi besar

Posted: 28 May 2013 10:25 AM PDT

Manila: Pihak berkuasa pelancongan Filipina berkata, mereka bakal kerugian AS$4.5 juta (RM13.6 juta) setiap bulan berikutan pembatalan tempahan dan penerbangan sewa khas dari Taiwan akibat pertelagahan diplomatik ekoran pembunuhan seorang nelayan negara itu.

Kebanyakan pembatalan dari pantai peranginan popular Boracay di tengah Filipina, di mana pelancong Taiwan menjadi kumpulan kedua terbesar selepas Korea Selatan. Pada 2012, lebih 90,000 rakyat Taiwan mengunjungi pulau itu.


Insiden tembakan nelayan Taiwan oleh pengawal pantai Filipina pada 9 Mei lalu mendorong kerajaan Taiwan membekukan pengambilan pekerja Filipina dan tidak menggalakkan melancong ke negara itu.

Jabatan Pelancongan berkata dalam laporan diterbitkan semalam bahawa sekurang-kurangnya 43 penerbangan dari 20 Mei hingga 30 Jun antara Taiwan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kalibo untuk ke Boracay sudah dibatalkan.


Syarikat penerbangan murah tempatan, Zest Air Inc yang sebahagiannya di miliki AirAsia Filipina minggu lalu mengesahkan bahawa ia menggantung sementara perkhidmatan sewa khas harian antara Kalibo dan Taipei atas permintaan ejen sewa khas.


Sementara itu, Taiwan turut menghentikan perdagangan dan pertukaran sukan dengan Filipina. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/29
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Tolak bedah plastik

Posted: 28 May 2013 07:01 AM PDT

Kejayaan dua anak watan Yuna dan Shila Amzah di pentas antarabangsa jelas membuktikan tiada apa yang mustahil dicapai dengan usaha dan kegigihan.

Selain mereka, ramai lagi bakat seni tempatan yang terus mengintai peluang dan masa terbaik untuk menonjol. Perihal serupa kini diraih pula bakat muda bergelar Erul yang berjuang atas kapasiti muzik KPop.

Erul atau nama sebenarnya Khairul Najmuddin Abu Samah mungkin belum gah mana tetapi kerjaya seninya makin berkembang. Kejayaan bergelar naib juara pertandingan K-pop Star Hunt musim kedua di Korea Selatan pada Disember tahun lalu tidak perlu disangkal.

Pencapaian itu bukan saja membanggakan kita malah membuka jalan kepada anak muda ini mengembangkan kerjaya di negara itu.


"Usaha saya mengasah potensi dan mencari ilmu menerusi pertandingan itu membuahkan hasil yang membanggakan. Apa yang boleh saya katakan, akan ada projek besar yang menanti saya di sana. Buat masa ini, saya tidak boleh dedahkan kepada umum kerana terikat dengan kontrak.


"Tunggulah dalam masa sebulan dua, saya akan terbang ke sana semula untuk memulakan projek itu," katanya kepada RAP, baru-baru ini.

Berkongsi mengenai kembaranya selama lebih dua bulan di bumi KPop itu, Erul mengakui, pengalaman dan ilmu yang dikutip di sana menjadikan dia semakin matang sebagai penghibur.

Katanya, selain dibimbing pada aspek nyanyian dan penampilan, kembara itu membuka potensi yang tidak pernah disedari ada dalam dirinya.

"Mungkin pengalaman saya di sana cukup singkat tetapi saya belajar dan didedahkan dengan banyak perkara yang tidak akan diperoleh di sini.

"Di sana, persiapan untuk bergelar bintang tidak semudah disangka tetapi orang baru perlu melalui proses pembelajaran dan persiapan yang menyeluruh selama dua atau tiga tahun terlebih dulu.

"Saya akui masih mentah dan banyak lagi yang perlu dipelajari tetapi setidaknya saya kini semakin matang dan kemahiran nyanyian semakin meningkat," katanya.

Ikuti kelas bahasa Korea

Apabila menyentuh mengenai KPop, kecantikan paras rupa dan penampilan memukau adalah elemen yang cukup sinonim dengan dunia hiburan itu.

Memandangkan Erul dijangka memulakan kerjaya di sana tidak lama lagi, dia lantas diusik mengenai suntikan kecantikan dan pembedahan plastik yang menjadi trend bagi segelintir artis di sana.

Erul mengakui, trend itu adalah perkara biasa yang didedahkan kepada semua artis di sana.

"Memang trend itu didedahkan kepada semua pendatang baru di Korea Selatan. Terpulanglah kepada individu sama ada untuk membuat pembedahan dan suntikan atau sebaliknya.

"Ini kerana ia bukan perkara wajib yang ditetapkan oleh pihak pengurusan kepada artis. Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian saya kebanyakan bakat baru di sana tidak memerlukan pembedahan kecantikan pun kerana mereka memang sudah cantik dan kacak," katanya.

Jadi, dia tidak perlu melakukan suntikan atau pembedahan semata-mata untuk tampil lebih menarik dan kacak seiring dengan trend di sana.

"Saya tidak berani cakap tetapi kalau boleh saya tidak akan buat. Saya akan cuba pertahankan perkara itu sebagaimana saya pertahankan hak beribadat dan makanan halal sepanjang dua bulan di sana sebelum ini.

"Namun, satu aspek yang akan saya ubah dalam masa terdekat adalah bahagian gigi. Selain orang keliling, pihak di sana juga berpendapat adalah lebih menarik jika saya memakai pendakap gigi untuk mencantikkan strukturnya," katanya.

Erul berkata, sebagai persiapan tambahan dia juga kembali menghadiri kelas bahasa Korea yang sudah lama ditinggalkan kerana kesibukannya sebelum ini.

"Penguasaan bahasa Korea kita cuma 30 peratus saja buat masa ini. Kalau hendak bina kerjaya di sana, saya perlu belajar lagi.

"Kalau dengan tahap penguasaan sekarang, ia hanya cukup-cukup makan untuk berkomunikasi dengan mereka," katanya.

Sempat berkongsi mengenai perkembangan terbaru, Erul berkata, dia kini aktif berlakon bagi mengisi masa sementara menantikan panggilan dari Korea Selatan.

"Buat masa ini, saya beri tumpuan pada bidang lakonan memandangkan banyak tawaran diterima sejak pulang ke tanah air pada Januari lalu. Terus terang, saya semakin jatuh cinta pada lakonan dan nyanyian sekarang," katanya yang bakal muncul dengan lagu terbaru berjudul Manusia Biasa tidak lama lagi.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/28
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved