Selasa, 4 Oktober 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Mereka kelihatan normal tetapi...

Posted: 04 Oct 2011 06:53 AM PDT

MELIHAT kepada fizikal kanak-kanak ini tiada apa yang membezakan mereka berbanding rakan seusia.

Mereka girang apabila mendapat permainan, ketawa apabila diagah dan aktif ke sana sini.

Malah, rata-rata mereka memiliki kreativiti tersendiri apabila boleh melukis dan mewarna dengan baik.

Namun apabila diajak berkomunikasi sama ada lisan atau bukan lisan, kanak-kanak ini agak lambat berbanding rakan seusia yang sudah petah berkata-kata.


Dalam sesetengah keadaan, mereka melakukan tingkah laku berulang-ulang dan obsesi melampau.


Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak autisme dilabel sebagai bodoh, degil, berkelakuan pelik, mementingkan diri dan berkemungkinan besar tercicir dalam pelajaran.

Bagi ibu bapa, mereka mula mengenali tanda autisme apabila anak gagal berinteraksi dengan sempurna. Seawal bayi lagi, anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi tindak balas atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Kanak-kanak yang mempunyai autisme kelihatan seperti anak-anak normal namun mempunyai kekurangan komunikasi sosial.

Perkara ini diakui oleh Siti Hasma Ishak yang mula menyedari kekurangan anaknya Farhan Majidi, 4, ketika anaknya berusia dua tahun.

Pada usia yang sepatutnya dia sudah boleh bercakap, Farhan tidak mampu menyebut walau sepatah perkataan termasuk ibu atau ayah.

"Saya mengesyaki sesuatu yang ganjil pada Farhan apabila dia turut mengalami masalah pendengaran dan suka berjinjit kaki. Selepas berjumpa pakar kanak-kanak di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), doktor memberitahu Farhan adalah kanak-kanak autisme dan memerlukan rawatan fisioterapi," katanya.

Anak sulung daripada dua beradik ini juga seorang yang hiperaktif.

Dia gemar membaling barang dan berguling di lantai apabila kemahuannya tidak dipenuhi. Bagi meredakan keadaan Farhan, ibunya terpaksa memujuk dengan memegang dan menenangkan dirinya supaya dia tidak menjadi lebih agresif sehingga mencederakan dirinya.

Menurut Siti Hasma, memiliki anak autisme bermakna seorang ibu itu mempunyai tanggungjawab yang besar terutama daripada segi masa dan memberi sepenuh tumpuan kepada mereka.

"Oleh kerana mereka tidak mampu berkomunikasi dengan baik, kita tidak tahu apa yang ada dalam fikiran mereka. Oleh sebab itu kanak-kanak ini mudah memberontak, mengamuk dan membaling barang apabila kemahuan mereka tidak dituruti," katanya yang sanggup berhenti kerja semata-mata mahu memberi sepenuh perhatian kepada Farhan.

Bagi mendapatkan gambaran yang jelas mengenai autisme, Siti Hasma banyak mendapatkan maklumat menerusi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom) dan menghantar anaknya bagi mendapatkan pembelajaran di sana.

"Sejak Mei lalu saya menghantar anak ke Nasom dan Farhan mula menunjukkan perkembangan positif apabila mula menyebut perkataan walaupun kurang jelas. Dia juga mula memahami dan mengikut arahan," katanya.

Bagi Siti Hasma, memiliki anak autisme melatih ibu menjadi lebih sabar dan sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan.

Ibu bapa tidak boleh malu dan harus mendedahkan anak mereka sama seperti insan normal lain.

"Saya berharap Farhan dapat memiliki pendidikan sama seperti kanak-kanak lain.
Saya akan cuba sedaya upaya memberikan yang terbaik kepadanya supaya dia tidak berasa rendah diri dan memikirkan mengenai kekurangan yang ada padanya," katanya.

Bagi Mohammad Yusri Adam, 34, dan isterinya Nuraihan Hamsiah Abdul Salam, 33, mereka hanya mampu mengesan keistimewaan anaknya Muhammad Amar Lutfi, 6, ketika dia berusia dua tahun.

"Pada masa itu saya risau melihat Amar yang masih belum bercakap sedangkan rakan seusia sudah mampu bertutur lancar. Malah, untuk menyebut perkataan mama dan abah juga sangat susah," katanya.

Selepas dibawa menemui pakar kanak-kanak di Johor, doktor memberitahu Amar termasuk di kalangan kanak-kanak penghidap autisme dan memerlukan pemantauan rapi.

Menurut Yusri, pada mulanya dia sukar menerima kenyataan.

Tambah pula apabila melihat wajah serta fizikal Amar yang tiada cacat celanya.

Dia sama seperti kanak-kanak normal cuma mempunyai tahap komunikasi yang sangat rendah selain seorang yang sangat aktif.

"Pernah satu ketika saya melihat Amar menyusun permainan dengan begitu cantik dan rapi sekali.

"Malah, dia mempunyai kebolehan dan sangat fokus pada sesuatu benda sehingga terlalu obses dengannya.

"Dia juga gemar melakukan perbuatan berulang-ulang seperti menghayun atau memusing-musingkan badan atau keadaan yang lebih berbahaya seperti menggigit atau menghantuk kepala. Saya tidak sangka ini adalah antara tanda autisme," katanya.

Bagaimanapun, Yusri bersyukur kerana Amar mempunyai tahap autisme yang sangat rendah iaitu pada komunikasi saja.

Oleh itu dia berusaha sebaik mungkin membantu Amar dengan menghantarnya ke sekolah supaya dia tidak berasa rendah diri.

"Saya mempunyai beberapa pilihan sekolah, tetapi selepas mendengar nasihat doktor wsaya memilih Nasom kerana sistem pembelajaran di sana lebih bagus dan mereka memahami apa yang diperlukan kanak-kanak autisme," katanya.

Melihat keadaan anaknya yang sering bertindak di luar dugaan, Yusri mengakui bapa harus sama membantu meringankan tugas isteri.

Sering kali tugas menguruskan kanak-kanak istimewa terletak di bahu isteri manakala suami lepas tangan.

"Sepatutnya suami isteri harus berganding bahu menjaga anak autisme. Memanglah jika diikutkan suami kurang sabar berbanding isteri.

"Jadi apabila anak suka memberontak dan membaling barang ada bapa yang tidak sabar. Pada masa inilah mereka harus belajar bagaimana menanganinya dan teknik memujuk anak-anak," katanya yang turut membantu menjaga Amar ketika isteri melakukan kerja rumah.

Bagi Azlyn Aziz, 46, dia sanggup lakukan apa saja asalkan anaknya Noor Luqman Hakim Noorazli, 9, tidak merasa tersisih dan mempunyai keyakinan diri yang rendah.

Walaupun terpaksa mengeluarkan wang menghantar anak ke sekolah dan menjalani rawatan terapi, semua itu dipastikan supaya Luqman mampu berdikari dan belajar seperti rakan seusia dengannya.

Jika dulu dia kurang bercakap, manja, takut dan berperwatakan seperti bayi, kini selepas menjalani pembelajaran di Nasom, dia menunjukkan banyak peningkatan terutama daripada segi komunikasi.

"Apabila Luqman tidak boleh bercakap walaupun usia sudah menjangkau dua tahun, ini amat merisaukan saya. Tambah pula apabila dia tidak boleh menguruskan diri dan sukar memahami arahan.

"Selepas belajar di Nasom, dia kini semakin ceria, mesra dan boleh berkomunikasi. Perubahan ini amat menggembirakan saya," katanya yang tidak ingin melihat Luqman dibeza-bezakan dengan kanak-kanak seusia dengannya.

Terung dadih

Posted: 04 Oct 2011 06:02 AM PDT

DALAM masakan Melayu, terung biasa dicampurkan dalam kari atau dalca, dibakar atau digoreng sambal. Disebabkan sayuran ini kaya kalsium, vitamin A, vitamin C, kalium dan natrium, terung bermanfaat menurunkan kadar kolesterol, mengubati gusi bengkak, radang mulut dan demam, justeru, tanaman ini menjadi kegemaran masyarakat India dan sentiasa menjadi menu dalam masakan harian mereka.

Terdapat kepelbagaian teknik memasak menggunakan tumbuhan yang berasal dari India dan Sri Lanka ini antaranya digoreng, dimasak kari, sambal dan dicampur dadih kering.

Menurut Chef Eccucino Hotel Prince & Residence Kuala Lumpur, Shahriar Azarakhshi, seperti mana tomato dan kentang, terung biasanya digunakan dalam masakan iaitu digoreng bersama dadih kering. Masakan ini amat terkenal di India dan menjadi menu pilihan masyarakat di sana.

"Cara membuatnya mudah saja. Terung digoreng bersama minyak zaitun kemudian dicampur dadih kering iaitu keju yang diperam dan dikeringkan sebelum dicairkan menjadi dadih.


"Rasa dadih kering ini tidak jauh beza cuma warnanya sedikit kekuningan disebabkan dibiarkan kering selama 24 jam," katanya.


Bagi mengelak terung mengalami serapan minyak yang banyak, serbuk kulit kayu manis dicampurkan ke dalamnya.

"Terung sama seperti span kerana ia boleh menyerap air dan minyak dengan banyak. Justeru, serbuk kulit kayu manis berfungsi untuk menghalang penyerapan minyak dan memberi aroma kepada masakan," ujarnya.

Bagi memberikan rasa rangup dan enak, kacang gajus ditambah di dalam masakan.

Bahannya:

  • 150 gram terung (dipotong panjang)
  • 50 gram dadih kering
  • 20 gram bawang putih dicincang
  • 10 gram daun pudina yang direndam di dalam minyak zaitun
  • 30 mililiter minyak zaitun
  • 2 sudu kacang gajus
  • 1 sudu serbuk kulit kayu manis
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Setempat

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Setempat


    10 kubur rosak

    Posted: 03 Oct 2011 09:44 AM PDT

    GOMBAK: Tindakan kontraktor yang dilantik menjalankan kerja menebang pokok mati di tanah perkuburan Islam Kampung Changkat Gombak, di sini, dipercayai menjadi punca kerosakan beberapa kubur di situ.

    Tinjauan mendapati hampir 10 kubur rosak dan konkrit di bahagian atasnya pecah berikutan kontraktor terbabit tidak meletakkan penghadang sebelum melakukan kerja penebangan.

    Lebih teruk, serpihan batang pokok yang dipotong dibiarkan bertaburan di setiap sudut tanpa dibersihkan sejak kerja memotong pokok mati berkenaan dilakukan, baru-baru ini.

    Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Simpang 3, Ali Omar Zoalkafli, berkata pihaknya kecewa sikap sambil lewa mereka yang melakukan kerja itu.


    "Susah payah saya mengumpul dana bersama penduduk dan bergotong-royong membersihkan kawasan perkuburan ini, hanya kerana sebatang pokok semuanya menjadi huru-hara.

    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Jawatankuasa bebas siasat

    Posted: 03 Oct 2011 09:40 AM PDT

    KUALA LUMPUR: Siasatan berhubung dakwaan kesilapan kakitangan hospital memasukkan darah jenis berbeza ke badan seorang pegawai bank akan disiasat Jawatankuasa Penyiasatan Bebas bagi memastikan ia dibuat dengan adil dan telus.

    Pengarah Hospital Kajang, Dr Kuldip Kaur dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Harian Metro berkata, ahli keluarga mangsa akan dipanggil untuk memaklumkan hasil siasatan sebelum tindakan wajar diambil.


    Beliau berkata, pihaknya bersimpati dengan insiden terbabit.

    "Kami sudah melakukan siasatan kes terbabit dan mengambil langkah wajar bagi mengelak insiden sama berulang pada masa depan," katanya.


    Semalam, Harian Metro melaporkan seorang wanita yang baru melahirkan anak ketiganya mengalami komplikasi yang didakwa berpunca akibat kecuaian petugas hospital berkenaan yang tersilap memasukkan darah jenis berlainan ke dalam badannya.


    Berikutan kejadian yang didakwa berlaku pada 22 September lalu, mangsa, Faridah Abd Aziz, 34, kini menjalani rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

    Suami mangsa, Ku Nazri Ku Yaakob, 34, mendakwa petugas hospital memasukkan darah jenis B ke badan isterinya yang mempunyai darah jenis O dan kesilapan itu boleh mengundang maut.

    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Rap

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Rap


    Posted:

    [unable to retrieve full-text content]
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: BeritaUtama

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: BeritaUtama


    Titisan darah kesan suspek

    Posted: 03 Oct 2011 10:17 AM PDT

    GOMBAK: Kesan titisan darah ditemui di atas lantai yang dijejaki polis berjaya menemui wanita dipercayai bertanggungjawab mencampakkan bayi perempuannya yang masih bertali pusat dari tingkat dua sebuah flat di Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru, di sini, semalam.

    Ini berikutan laporan penemuan bayi cukup sifat baru dilahirkan itu dalam keadaan tertiarap dalam longkang.

    Dalam kejadian jam 7.46 pagi itu, sepasukan anggota polis yang menerima maklumat penduduk mengenai penemuan mayat bayi itu bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan sebelum berjaya mengesan wanita terbabit yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang.

    Pada mulanya, remaja berusia 19 tahun yang belum berkahwin itu dikatakan enggan mengaku melakukan perbuatan itu, namun polis yang curiga dengan jawapannya terus mendesak terutama selepas menemui kain baru dibasuh yang mempunyai kesan darah, namun suspek memberi alasan itu adalah darah haid.


    Bagaimanapun, selepas majikan dan rakan sekerja suspek ke tempat kejadian dan bertanyakan hal sebenar, akhirnya wanita itu yang gagal mengawal perasaan terus menangis sebelum mengaku bertanggungjawab mencampakkan bayi berkenaan dari tingkat dua kediaman itu ke dalam longkang.

    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Mati celah pintu

    Posted: 03 Oct 2011 10:17 AM PDT

    SEREMBAN: Seorang wanita warga emas ditemui mati dipercayai terperangkap di ruang antara jeriji besi dan pintu utama di tingkat tiga pejabatnya di Jalan Yam Tuan, di sini, semalam.

    Ketika kejadian, mangsa, Hue Wan Ching, 79, yang dikatakan tinggal berseorangan di bilik pejabat itu sejak 30 tahun lalu sebagai penjaga bangunan itu ditemui dalam keadaan terbaring.

    Difahamkan, dalam kejadian jam 11 pagi, mayat wanita terbabit ditemui dalam keadaan berulat dan busuk itu berbungkus langsir dipercayai dijadikan selimut ketika sejuk.

    Sumber berkata, wanita itu dipercayai membuka pintu dan keluar sebelum pintu pejabat itu tiba-tiba tertutup, manakala tombol pintu terkunci dari dalam.


    "Mangsa kemudian terperangkap antara ruang itu dan mungkin mati akibat kelaparan dan kesejukan, malah dia juga mempunyai sejarah sakit jantung.

    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Global

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Global


    Teman lelakiku perempuan

    Posted: 03 Oct 2011 08:25 AM PDT

    LONDON: Impian seorang ibu tunggal untuk berumah tangga dengan kekasih hatinya berkecai selepas dia mendapati pasangannya itu sebenarnya seorang wanita.

    Lebih mengejutkan, 'lelaki' yang bercinta dengan Nicole Lindsay itu pernah dipenjara kerana mendera seorang budak perempuan berusia 14 tahun dan diletakkan di bawah pengawasan selama 10 tahun.


    Kata Nicole, sejarah hitam Samantha Brooks didedahkan polis selepas wanita terbabit ditahan kerana menipu identiti serta dua tuduhan menyerang.

    "Apabila polis memberitahu kekasih yang selama ini saya kenali sebagai Lee sebenarnya seorang lesbian, saya memang tidak mempercayainya.


    "Saya sangat terkejut dan kecewa," katanya.


    Memiliki dua anak perempuan berusia enam dan dua tahun, Nicole berkata, dia benar-benar berang apabila mengenangkan bagaimana Samantha menipu dia dan keluarganya.

    "Ia bagaikan mimpi ngeri kepada kami," katanya.


    Mengenai hubungan intimnya, Nicole berkata, Samantha mendakwa malu berbogel ketika mereka berdua-duaan.

    Kata Nicole, Samantha mendakwa kononnya dia pernah mengalami kanser zakar dan agak malu dengan keadaan fizikalnya.


    Bagi melindungi payu dara, Samantha memakai lilitan dan memberi alasan kepada Nicole, tubuhnya berparut teruk "dicakar" pasangan terdahulu.


    Ketika mengadakan hubungan seks pula, Nicole mendakwa, Samantha menggunakan pemegang tisu tandas yang diubah suai.


    "Saya berhubung dengan Samantha kali pertama ketika dia berusia 14 tahun pada 2001, tetapi hanya bersemuka pada 2006, ketika saya membesarkan anak sulung - berusia 18 bulan - tanpa suami," katanya.


    Sejak itu, katanya, mereka semakin akrab dan bergilir-gilir mengunjungi rumah pada hujung minggu sebelum berpisah setahun kemudian.


    "Pada akhir 2007, Samantha menulis surat mendakwa dia dipenjara kerana memukul seorang pedofilia," katanya.


    Selepas dibebaskan, Samantha menghubungi Nicole semula dan melamarnya.


    Mereka sepatutnya berkahwin pada Mac tahun lalu. - DM

    Gabenor California lulus undang-undang larang pengharaman amalan berkhatan

    Posted: 03 Oct 2011 08:14 AM PDT

    SACRAMENTO: Gabenor California, Jerry Brown, menurunkan tandatangan meluluskan peraturan menghalang kerajaan tempatan di negeri itu mengharamkan khatan.

    Kenyataan pejabat Brown mengumumkan, gabenor dari Parti Demokrat itu menandatangani rang undang-undang AB768 yang digubal sebagai tindak balas terhadap pungutan suara dicadangkan di San Francisco.


    Penyokong larangan berkhatan mengumpul lebih 7,700 tandatangan bagi membolehkan pungutan suara dijalankan pada November ini bagi menyekat amalan berkenaan dilakukan ke atas kanak-kanak lelaki.

    Ia kemudian dihalang seorang hakim.


    Menurut kumpulan itu, amalan berkhatan tidak perlu kerana ia boleh menyebabkan masalah seksual dan kesihatan.


    Bagi kumpulan yang bersetuju pula, amalan berkhatan dianggap penting dalam ajaran agama Islam dan Yahudi, selain ia dapat mengurangkan risiko kanser serta jangkitan penyakit kelamin. - AP

    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Arena

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Arena


    Posted:

    [unable to retrieve full-text content]
    Kredit: www.hmetro.com.my
     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved