Jumaat, 18 November 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Resepsi berdasar kisah cinta

Posted: 18 Nov 2011 06:55 AM PST

PERKAHWINAN adalah refleksi kisah cinta pasangan dalam meraikan penyatuan dua jiwa. Seharusnya perkahwinan nampak unik dengan gaya tersendiri.

Berpegang kepada kata-kata ini, elemen rekaan pada pakaian, fotografi, gubahan bunga, kek serta cenderahati wajar ditonjolkan seiring dengan personaliti, gaya dan cita rasa mempelai.

Dalam erti kata lain, keanggunan pasangan raja sehari bukan saja dilihat pada busana digayakan tetapi lebih daripada itu.

Solekan, gaya rambut, bunga tangan, kek dan gambar pengantin perkara yang menjadi keutamaan supaya majlis gilang-gemilang itu akan diingati hingga akhir hayat.


Pereka busana, Carven Ong yang kini pengasas agensi perancang perkahwinan Wedding Artist by Carven Ong memberitahu, rahsia dalam mengkhususkan perkahwinan pasangan terletak pada konsep dan rekaan berdasarkan kisah cinta pasangan.


"Sebelum membuat rekaan, saya mengambil tahu latar belakang, kisah cinta, jangkaan serta harapan mereka. Selepas memahami semua ini pasukan kreatif saya akan menghasilkan konsep cadangan yang dipersetujui bersama," ujarnya.

Dalam hal ini, dia menyarankan pasangan yang merancang berkahwin harus bersikap terbuka daripada segi kewangan.

Tidak kira apa juga bajet ditetapkan, paling utama tumpuan kepada perkara penting yang menjadi asas dalam perkahwinan.

"Dalam perkahwinan setiap pasangan mempunyai keutamaan berbeza. Ada yang mewajibkan fotografi sebelum perkahwinan dan sanggup memperuntukkan kos yang besar namun ada pula mementingkan upacara tradisional seperti minum teh, akad nikah serta bersanding.

"Dengan menumpukan kepada keutamaan pasangan, perancang perkahwinan dapat menyarankan perkhidmatan yang tidak melebihi bajet," jelasnya.

Majlis perasmian yang diadakan di Hotel Prince & Residence itu turut diserikan dengan pertunjukan fesyen pengantin digayakan model terkenal tanah air, antaranya Tengku Azura, Elaine Daly, Ratu Cantik Malaysia 2008/2009 Soo Wincci, Thanuja dan pasangan kembarnya, Anuja Ananthan.

Mengambil konsep pengantin eleganza menjelang 2012, setiap rekaannya tampil berbeza dengan memberi tumpuan kepada potongan serta gabungan material.

"Saya teruja dengan rekaan ini kerana setiap padanan dihasilkan lebih terperinci. Ia menggunakan pelbagai fabrik seperti renda, taffeta Itali, sifon Jepun dan satin duchesse yang diberi perincian manik serta sulaman yang indah dan elegan.

"Unsur kemewahan dapat dilihat menerusi fabrik tulle yang sinonim dengan rekaan pengantin bagi menambah nilai gaya serta drama apabila digayakan mempelai," katanya.

Hadir dengan pelbagai potongan daripada gaya duyung, kembang dan potongan A, Ong menyuntik elemen Hollywood klasik Gone With the Wind bagi menambah nilai feminin dan anggun tatkala mempelai melangkah masuk ke dewan.

Ong percaya perkahwinan adalah sekali seumur hidup justeru, tidak salah sekiranya mempelai memberikan yang terbaik bagi mencetuskan detik berharga yang akan diingati sepanjang hayat.

Bagi pasangan yang merancang melangsungkan perkahwinan pada 2012, Hotel Prince & Residence Kuala Lumpur bersama Wedding Artist by Carven Ong akan mengadakan pameran elegan Dream Weddings pada 10 dan 11 Disember ini.

Antara yang terbabit ialah Carven Ong Couture & Wedding Specialist, solekan daripada Artist at Work, bunga daripada Bloom-The Floral, Merienda de Eva untuk katering dan manisan serta khidmat perkahwinan daripada Wedding Karren.

Pameran kali pertama ini akan memaparkan perkhidmatan dan barangan perkahwinan mewah antaranya pengalaman mengadakan jamuan perkahwinan di hotel berkenaan dengan pelbagai perhiasan bertema, melihat previu koleksi busana anggun terbaru Carven Ong terdiri daripada gaun perkahwinan dan gaun petang, peluang memperoleh idea untuk membentuk majlis perkahwinan serta pilihan dalam pembiayaan perkahwinan.

Pasangan yang mendaftar untuk sebarang pakej jamuan, hiasan resepsi dan fotografi (sebelum perkahwinan dan hari perkahwinan) layak menyertai cabutan bertuah. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.weddingartistbycarvenong.com.my.

Full content generated by Get Full RSS.

Jerawat kurang, kulit cerah

Posted: 18 Nov 2011 05:58 AM PST

RATUSAN tahun dahulu, bangsawan Rom membongkar rahsia kejelitaan semula jadi dengan minyak argan, 'Cecair Emas Maghribi' yang merawat pelbagai masalah kulit, rambut dan kuku.

Minyak argan diperah dari biji buah argan (Argania spinosa) dan hanya tumbuh di selatan Maghribi, justeru, dikatakan salah satu minyak paling unik di dunia.

Kini, keunggulan minyak argan menjadikannya bahan utama produk kecantikan eksklusif antarabangsa.

Satu-satunya produk 100 peratus minyak argan organik di Malaysia, Secretleaf Pure Oil Series 01 mendapat sambutan hangat kerana sesuai diguna semua golongan termasuk kulit sensitif.


Pure Oil Series 01 berkesan melembutkan kulit kering, mengurangkan kedutan, garis halus dan lingkaran di bawah mata, memudarkan bekas parut serta merawat masalah kulit seperti enzema dan psoriasis.


Pengguna Pure Oil Series 01, Nuraizah Mohd Tiblawi, berkata selepas lima hari menggunakan produk itu, parut jerawat berkurangan dan kulit wajah semakin cerah.

Selain itu, ia sesuai digunakan di kawasan kulit lebih nipis dan sensitif seperti di bawah mata untuk menghilangkan kedutan dan lingkaran hitam.

"Saya tidak ketinggalan menggunakan Pure Oil Series 01 setiap malam," katanya.

Kajian saintifik terhadap kandungan minyak argan menunjukkan ia mengandungi tiga kali ganda antioksida vitamin E berbanding minyak zaitun, serta omega 6 dan 9 yang tinggi dan squalene bertindak mengeluarkan toksik dari sel kulit.

Penggunaan dua kali sehari membantu mencerahkan jeragat dan bintik hitam, mengembalikan tona kulit sekata serta menganjalkan wajah seumpama remaja.

Pure Oil Series 01 adalah pelembap, pelindung UV, asas solekan dan serum antipenuaan semua-dalam-satu yang diiktiraf organik dari EcoCert Perancis.

Secretleaf kini muncul dengan produk terbaru, Krim Siang & Malam berasaskan minyak argan organik.

Krim tanpa bahan pengawet berbahaya itu dipasarkan dalam pakej RM49.

Argan Day Cream turut diperkaya dengan khasiat kolagen marin, antioksida teh hijau serta 'evening primrose oil' manakala Argan Night Cream merangsang pemulihan sel-sel rosak di samping menjana sel-sel baru lebih sihat.

Layari www.facebook.com/mysecretleaf untuk membuat pesanan atau talian tol bebas 1-800-88-3818 atau SMS kepada 016-6626604 untuk maklumat lanjut.

Pure Oil Series 01 dijual di rangkaian Farmasi Alpha, Farmasi HealthLane dan Farmasi Multicare.

Jika berminat menjadi pengedar produk Secretleaf, hubungi 016-2273815.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Perhentian bas berhawa dingin

Posted: 17 Nov 2011 11:47 AM PST

PUCHONG: Perhentian bas berhawa dingin pertama di Malaysia dekat Bandar Kinrara yang menjanjikan keselesaan kepada pengguna kini dibuka kepada orang ramai mulai semalam.

Perhentian bas yang beroperasi setiap hari dari jam 6 pagi hingga 11 malam itu boleh menampung 40 pengguna dalam satu masa manakala penyaman udara di situ beroperasi dari jam 9 pagi hingga 7 malam sebagai langkah penjimatan tenaga.


Pembinaan perhentian bas berhawa dingin pertama yang menelan kos RM83,000 itu ditampung sepenuhnya oleh pemaju butik bersepadu, Trinity Group Sdn Bhd (Trinity Group).

Sebagai langkah keselamatan, perhentian bas di hadapan pejabat Trinity Group di Zest Point, Bandar Kinrara itu turut dilengkapi kamera sistem litar tertutup (CCTV) selain rondaan berkala beberapa pengawal keselamatan yang ditugaskan Trinity Group.


Kos penyelenggaraan perhentian bas itu di bawah tanggungan Trinity Group sepenuhnya dan dianggarkan melebihi RM1,000 setiap bulan.


Pengarah Urusannya, Datuk Neoh Soo Keat, berkata sumbangan berupa prasarana itu diharap memberi keselesaan kepada masyarakat disamping melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikatnya.

Perhentian bas berhawa dingin pertama di Malaysia itu mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) dan penyampaian sijil pengiktirafan itu disampaikan Pengasas merangkap Pengarah Urusan MBR, Datuk Danny Ooi.

Full content generated by Get Full RSS.

Halau ibu

Posted: 17 Nov 2011 11:45 AM PST

KUALA LUMPUR: Hanya kerana tidak memberi wang RM10, sepasang suami isteri warga emas dihalau anak lelakinya yang berusia 32 tahun dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Sungai Merali, di sini, kelmarin.

Menurut sumber polis, dalam kejadian jam 3 petang itu, anak mangsa yang baru pulang melepak bersama rakannya meminta wang RM10 daripada ibu bapanya untuk berjudi sebelum dinasihatkan tidak melakukan perkara itu.


Katanya, nasihat itu menyebabkan anak lelaki mangsa marah dan mengamuk sebelum memecahkan barangan berharga.

"Sebelum itu, mangsa sudah memberi RM5 ketika anaknya mahu keluar melepak. Sejam kemudian, anak lelakinya pulang semula dan kali ini, meminta tambahan wang RM10 untuk berjudi.


"Permintaan itu tidak dihiraukan menyebabkan anaknya mengamuk," katanya di sini, semalam.


Beliau berkata, anak lelaki mangsa juga mengugut mahu mencederakan ibu bapanya, namun tidak sempat apabila mangsa mengelak dan mengugut mahu keluar rumah sekiranya perangai anaknya tidak berubah.

Katanya, ugutan itu menambahkan kemarahan anaknya yang menghalau kedua-dua orang tuanya itu.


"Tidak tahan dengan perangai anaknya yang suka meminta wang, mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak sejurus kejadian," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Tak marah digosip lelaki bujang

Posted: 17 Nov 2011 08:17 AM PST

HUJUNG minggu lalu (Ahad, 13 November 2011) heboh jadinya apabila akhbar di Indonesia melaporkan penyanyi Sri Rossa Roslaina Handiyani, 33, atau Rossa, melangsungkan perkahwinan secara senyap-senyap.

Gosip itu tercetus apabila gambar penyanyi yang popular dengan lagu Ayat-ayat Cinta itu berdandan rapi siap berkebaya hijau berlengan pendek dengan balutan kain batik coklat dimuat naik dalam laman Twitter oleh Pengurusnya, Gema Sakti.

Justeru, kehadiran Rossa di Kuala Lumpur sempena menjayakan Festival Busana Muslim KL-Jakarta (IFF) pada 15 November lalu, satu pertemuan makan tengah hari diaturkan pihak Suria Records (SRC) bersama Rossa di Restoran Pegaga, di Ukay Boulevard, Ampang.

Dalam pertemuan itu, Rossa mengambil peluang untuk menjelaskan perkara itu.

Katanya, bukan dia yang menikah tetapi adik bongsunya, Hendra. Majlis dilangsungkan di Gedung Islamic Centre, Sumedang.

"Hari itu saya memakai baju kebaya, jadi Gema sengaja mengambil gambar saya dan upload di status Twitter dengan menulis ucapan 'Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan berjalan dengan baik' sehingga mengundang salah faham.

"Sedangkan apa yang ditulis Gema itu sebagai ucapan merujuk perkahwinan adik saya, Hendra. Gara-gara gambar itu ramai yang menelefon. Justeru, ingin saya berterus-terang bahawa berita Rossa berkahwin itu adalah tidak benar," katanya.

Kehadiran Rossa bersama jejaka kacak dengan pakaian sedondon berkemeja putih dipadan seluar kelabu, membuatkan wakil media yang hadir membuat andaian bahawa hati Rossa sebenarnya sudah diisi seseorang.

Ia sekali gus menafikan khabar angin sebelum ini mengatakan Rossa menjalin hubungan dengan individu bergelar VVIP sebagaimana disiarkan Metro Ahad tidak lama dulu. Rossa memperkenalkan lelaki yang menemaninya itu sebagai Fariz dan menggunakan peluang itu untuk menjelaskan gosip itu.

"Saya marah betul dengan gosip mengatakan saya ada hubungan dengan VVIP kerana selain tidak benar, timbul kebimbangan di hati saya. Sebabnya, VVIP itu sudah berkahwin dan saya faham perasaan wanita dan saya tidak mahu gara-gara gosip itu, menggoyahkan hubungan VVIP itu dengan isterinya.

"Kalau digosip dengan lelaki bujang, itu saya tidak marah. Saya tidak nafikan ada dua orang VVIP yang sangat dekat dengan saya tetapi hubungan baik yang terjalin merangkumi isteri dan seluruh keluarga mereka. Justeru, apabila tercetus isu seperti ini saya bimbang hubungan baik kami yang sudah seperti satu keluarga, menjadi dingin.

"Fariz juga sama. Dia kenalan dekat saya malah saya juga rapat dengan seluruh ahli keluarganya sejak setahun lalu. Pakaian sedondon ini kebetulan kerana sewaktu Fariz mengambil saya di lapangan terbang tadi, saya terkejut kerana kita memakai warna baju dan seluar yang sama," katanya.

Rossa yang hidup solo sejak bercerai dengan Surendro Prasetyo (Yoyo Padi) pada 14 Julai 2009 berkata, dia sebenarnya kasihan dan bersimpati dengan teman-teman baiknya terutama lelaki kerana apabila mereka keluar dengannya, pasti akan digosipkan.

"Secara peribadi, saya seorang yang mudah mesra dan manja. Kalau ada yang melihat cara saya, mereka selalunya cepat faham. Pokoknya, kalau Rossa itu jatuh pun barangkali boleh jadi bahan berita," katanya ketawa.

Menyenangkan dan sentiasa ramah, Rossa turut berkongsi kegembiraan atas kemenangannya di Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) yang berlangsung Sabtu lalu untuk kategori Lagu Bahasa Melayu Terbaik Oleh Artis Luar Negara menerusi Ku Menunggu.

Ini adalah kemenangan ketiga Rossa sekali gus mencatat rekod sebagai penyanyi luar yang paling lama mengungguli kategori itu.

"Saya tidak menyangka sama sekali akan menang kerana dalam kategori itu turut membariskan nama seperti Maher Zain. Barangkali kemenangan berpihak kepada Ku Merindu kerana lagu itu diminati. Kekuatannya kerana ia sebuah karya mesra pendengar, kanak-kanak juga mudah untuk menghafalnya.

"Dari segi nyanyian, ia biasa saja dan tidak begitu mencabar seperti lagu-lagu yang pernah saya nyanyikan sebelum ini. Cuma melodinya dan susunan muziknya indah.

"Apapun, kemenangan ini satu penghargaan besar buat saya sekali gus membuktikan hasil kerja keras selama ini bersama syarikat rakaman SRC, karier saya diterima masyarakat Malaysia. Semestinya juga ia dibantu pihak media termasuk pencinta (peminat) Rossa di sini," katanya.

Rossa kini menunggu hari melancarkan album The Best of Rossa yang akan dipasarkan di seluruh cawangan KFC, Indonesia, pada 30 November ini. Memuatkan 14 lagu antaranya Tak Sanggup Lagi, Jangan Ada Dusta yang pernah dipopularkan Broery Marantika dan Dewi Yull serta single terbaru, One Night Lover duet bersama Joe Flizzow.

"Kenapa saya memilih KFC untuk menjadi pengedar album The Best Of Rossa kerana restoran makanan segera itu ada di mana-mana saja, sekalipun di pelusuk kampung. Saya lihat pasarannya lebih meluas berbanding diletakkan di kedai CD dan kaset.

"Mengenai kerjasama dengan Joe pula, Fariz adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan kami. Sewaktu kami bertemu, dia memperdengarkan beberapa lagu ciptaannya dan dua daripadanya cukup menarik perhatian saya.

"Salah satunya One Night Lover. Lagu ini bagus sekali dan ia menonjolkan 'different side of me' (sisi lain saya). Konsep muzik yang ditampilkan adalah 'house'. Manakala Jangan Ada Dusta diberi nafas baru oleh Adirianto selaku penggubah muzik," katanya.

Sebuah lagi album turut direncanakan Rossa dan dijangka melewati pasaran tahun depan, adalah projek duet bersama penyanyi lelaki rantau Asia membabitkan Anuar Zain (Malaysia), Taufik Batisah (Singapura), Reco Blancho (Filipina), Afgan (Indonesia) dan penyanyi dari China yang belum ditemui calon sesuai.

Rossa mengakui bukan mudah untuk mendapatkan Anuar yang diketahui ramai seorang yang sangat mementingkan kesempurnaan.

"Ya Allah, dia (Anuar Zain) itu baik sekali sama saya. Saya berjumpa dengannya sebaik saja selesai konsert di Stadium Putra, Bukit Jalil tahun lalu. Anuar sepatutnya datang menyaksikan konsert tetapi dia ada hal. Hanya kak Ziana yang hadir.

"Sebaik selesai konsert itu, saya bertemunya di luar dan sempat tanya kalau-kalau dia mahu berduet dengan saya dan dia mengatakan ia sebagai tanda setuju. Lebih mengharukan, hampir semua lagu saya dia hafal," katanya.

Untuk 2012, Rossa yang menguruskan perniagaan Diva Family Karaoke di Jakarta bersama teman-temannya, bukan saja mahu memperluaskan cawangan karaoke itu tetapi juga menyasarkan konsert di Istana Budaya (IB) tahun depan.

Katanya, banyak perancangan untuk 2012 tetapi tidak semuanya boleh dikongsi.
Bagaimanapun katanya, salah satu impiannya ialah untuk mengadakan konsert di IB.

"Usaha memasuki IB pernah dilakukan namun tidak berhasil. Namun, waktu itu Tuhan menjanjikan rezeki yang lebih buat saya apabila dapat beraksi di Stadium Putra, Bukit Jalil.

"Saya sukakan konsep persembahan di IB yang lebih 'intimate', seperti di Esplanade Singapura baru-baru ini. Peminat berpeluang melihat persembahan saya secara dekat," katanya.

Tahun depan juga, Rossa sekali lagi tampil sebagai juri Indonesian Idol selepas kehadirannya tahun ini memberi impak besar kepada program itu. Rossa bakal digandingkan sekali lagi dengan penyanyi Anang sebagai juri tetap.

PROFIL:

NAMA PENUH: Sri Rossa Roslaina Handiyani
NAMA PENTAS: Rossa
TARIKH LAHIR: 9 Oktober 1978
TEMPAT LAHIR: Sumedang
ZODIAK: Virgo
PENDIDIKAN: Sarjana Komunikasi, Universitas Indonesia

DISKOGRAFI:

  • 2009 Album Rossa
  • 2007 Album Ost. Ayat Ayat Cinta
  • Album The Best Of Rossa, Yang Terpilih
  • Album Kembali
  • Album Kini Repackage
  • Album Kini
  • Album Hati Yang Terpilih
  • Album Tegar
  • Album Nada Nada Cinta
  • Album Untukmu Sahabat

    ANTARA ANUGERAH:
    2011Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM 16), Artis Luar Negara Menyanyikan Lagu Bahasa Melayu Terbaik - Lagu Ku Menunggu

    2009 Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM 16), Artis Luar Negara Menyanyikan Lagu Bahasa Melayu Terbaik - Lagu Ayat Ayat Cinta dari album OST Ayat Ayat Cinta.

    2008 Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM 15), Artis Luar Negara Menyanyikan Lagu Bahasa Melayu Terbaik - Lagu Terlalu Cinta dari album Yang Terpilih.

    2008 AMI Awards, Bidang Pop Artis Solo Wanita Terbaik - Lagu Ayat Ayat Cinta.

    Platinum Awards untuk album OST. Ayat Ayat Cinta (di Indonesia)

    2006 Double Platinum Awards untuk album Kembali (di Malaysia)

    AMI Awards, Artis Solo Wanita Terbaik

    2005 Double Platinum Awards untuk album Kembali (di Indonesia)

    2004 Platinum Awards untuk album Kembali (di Indonesia)

    2004 Double Platinum Awards untuk album Kini Repackage (di Indonesia)

  • Full content generated by Get Full RSS.

    Raja Azmi tak hormati majlis

    Posted: 17 Nov 2011 08:04 AM PST

    "KELAKAR, kelakarlah penganjur sendiri boleh menang anugerah. Tak fahamlah festival filem ini," tempik penerbit, Raja Azmi Raja Sulaiman di depan hadirin dan tetamu terhormat, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di majlis perasmian Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM 24), malam kelmarin.

    Majlis di Panggung Anniversary, Tasik Perdana, Kuala Lumpur itu menyaksikan penerbit filem ...Dalam Botol itu memekik seolah tidak puas hati dengan keputusan Pengarah Harapan dimenangi Jurey Latiff Rosli menerusi filem Libas, hingga beredar dari majlis.

    Difahamkan, rasa tidak puas hati Raja Azmi ini kerana Jurey adalah Presiden Gabungan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa Induk FFFM24 menang pada malam itu.

    Raja Azmi turut dilihat membebel tidak berpuas hati ketika berselisih dengan Jurey ketika turun mengambil anugerah.


    Apakah rasa tidak puas hati Raja Azmi itu kerana Khir Rahman yang berentap kategori itu melalui filem terbitannya, ...Dalam Botol tidak menang.


    Tindakan Raja Azmi itu juga tidak menghairankan kalangan karyawan filem kerana sering menimbulkan rasa tidak puas sebelum ini.

    Mereka sifatkan tindakan Raja Azmi itu tidak wajar dan tidak menghormati majlis kerana meluahkan rasa tidak puas hati di depan tetamu terutamanya Timbalan Perdana Menteri yang melihat kejadian itu.

    Dalam hal ini, Jurey menegaskan, kemenangannya malam itu tiada kena-mengena dengan jawatan dan fungsinya dalam organisasi penganjuran FFM24.

    Selain berkali-kali menegakkan filem arahannya, Libas terbitan MDAG Marketing Sdn Bhd memang layak bertanding mengikut kriteria yang ditetapkan, Jurey tidak sedikit pun marah sebaliknya hanya pasrah dengan pihak yang tidak berpuas hati.

    "Jika ada individu atau mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan, ia bermakna mereka mempertikaikan kredibiliti barisan juri yang sudah mengangkat sumpah menjalankan tanggungjawab mereka secara telus. Bagi saya, mempertikaikan keputusan juri umpama penghinaan terhadap mereka.

    "Libas memang layak bertanding kerana memenuhi syarat termasuk menerima tarikh wajib tayang bertepatan dengan syarat.

    "Saya juga bekerja dengan produksi itu, jadi apa hak saya menolak pencalonan ini malah walaupun sudah mengarahkan banyak drama, Libas adalah arahan pertama untuk layar lebar.

    "Saya serta jawatankuasa lain tidak masuk campur dalam penjurian kerana kita sudah ada juri profesional dan segala maklumat juga sulit.

    "Ikhlas saya menggalas tanggungjawab penganjuran FFM24 meskipun tidak langsung dilapik dengan sebarang ganjaran sebaliknya tidak henti saya dihentam dengan kritikan dan kutukan sejak awal mengemudi. Namun semuanya saya telan dan menerima dengan hati yang terbuka.

    "Justeru dakwaan mengatakan kemenangan ini berkaitan kedudukan saya dalam FFM 24 tidak masuk akal," katanya.

    Majlis pembukaan FFM24 berjaya mengubah segala-galanya buat graduan jurusan Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Nadiyatul Nisaa' Kamaruddin apabila namanya diumumkan pemenang Pelakon Harapan Wanita menerusi lakonan hebatnya dalam filem Cun sentuhan sutradara Osman Ali.

    Nadiya, 26, menyifatkan kemenangan itu sebagai pembuka mata kepada pihak lain melihat bakatnya dan memberikan ruang terbaik memperkenalkan namanya semula di gelanggang komersial.

    Ini juga kejayaan berganda buat Nadiya kerana baru saja menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2011(ASK2011) yang berlangsung 4 November lalu.

    "Alhamdulillah saya tidak menyangka apabila diumumkan pemenang kerana pencalonan yang diterima sudah cukup memberi kepuasan kepada saya.

    "Maklumlah lebih lima tahun berlakon, pengiktirafan sebegini sudah memadai membayar kesungguhan dan komitmen saya sebagai seorang pelakon baru.

    "Filem Cun adalah satu percubaan terbaik saya di depan kamera komersial yang sekali gus meletak nama saya di fasa yang lebih tinggi. Mana tidaknya, lekas bakat dan nama saya disebut-sebut walaupun sebelum ini saya sudah membintangi beberapa filem termasuk Dukun yang gagal ditayangkan dan Karaoke yang hanya dihasilkan untuk festival filem antarabangsa.

    "Apapun dengan adanya trofi dan penghargaan seperti ini, saya akan kembali mencatur langkah perjalanan seni saya.

    "Saya berharap akan lebih banyak pihak yang nampak bakat saya serta percaya dengan apa yang mampu saya berikan," katanya.

    Nadiya yang baru saja menjadi ibu kepada anak lelaki, Omar, dua bulan lalu, melihat pengiktirafan FFM24 mampu memimpin bintang baru sepertinya untuk mencipta nama lebih kemas dan sempurna.

    Baru selesai penggambaran filem terbaru lakonannya, Bara Jiwa, Nadiya yakin dan percaya penganjuran FFM24 adalah satu usaha terbaik yang dilakukan bagi memartabatkan industri perfileman tanah air.

    Turut dicalonkan untuk kategori ini ialah Mimie (One Nation Emcees) menerusi filem Klip 3GP, Sheera Ayob (Karak) dan Sara Ali (Penunggu Istana).

    Bertemakan 'Gemilang Filem Malaysia', majlis perasmian FFM 24 malam kelmarin, dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    FFM 24 membuka tirai pengiktirafannya dengan Malam Anugerah Gemilang Cipta mengumumkan 10 kategori yang dipertandingkan iaitu Poster Terbaik, Kesan Visual Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Pelakon Harapan Wanita, Pelakon Harapan Lelaki, Lagu Tema Asal Terbaik, Pengarah Harapan, Filem Pendek Terbaik, Filem Animasi Terbaik dan Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu Terbaik.

    KRU Studios mendominasi keputusan malam itu apabila membolot tiga trofi menerusi filem Hikayat Merong Mahawangsa iaitu Poster Terbaik, Kesan Visual Terbaik (Yusry Abdul Halim) dan Lagu Tema Asal Terbaik (Sedetik Lebih) nyanyian Anuar Zain ciptaan Edry Abdul Halim.

    Turut mencatat kenangan manis, bintang muda yang membuktikan lakonan hebat dalam filem Hantu Bonceng, Taiyuddin Bakar untuk Pelakon Harapan Lelaki manakala bintang cilik, Mia Sara Nasuha dinobatkan Pelakon Kanak-Kanak Terbaik menerusi filem Sekali Lagi.

    Acara kemuncak FFM24, Malam Anugerah Gemilang Perdana bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ahad ini, jam 9 malam yang disiarkan secara langsung di Astro Prima (saluran 105).

    Full content generated by Get Full RSS.
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: BeritaUtama

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: BeritaUtama


    Tubuh panas dengar azan

    Posted: 17 Nov 2011 12:14 PM PST

    KUALA LUMPUR: "Niat saya hanya untuk mendalami agama dan melakukan ibadat. Tidak sangka pula jalan yang saya ambil bukan cara yang sebenarnya, sebaliknya memesongkan akidah," kata Zaki, 34, yang memakai 'susuk kuat sembahyang' kira-kira setahun lalu, diperoleh daripada seorang individu mendakwa sebagai ustaz di Kelantan.

    Menurutnya, dia ditemukan dengan lelaki itu oleh seorang rakan selepas mendengar cadangan daripada sahabatnya itu yang didakwa turut menggunakan susuk berkenaan.

    Tambahnya, ustaz itu memasukkan serbuk campuran tertentu pada tapak kakinya, di bahagian belakang badan dan tapak tangan menggunakan bacaan tertentu seperti mantera yang sukar difahami kononnya untuk merawat hatinya yang dipenuhi dosa.

    Katanya, selepas ustaz itu memasukkan serbuk campuran berkenaan, dia merasakan kelainan pada tubuh badannya dan setiap kali ingin menunaikan ibadat, dia berasakan seperti ada suara ghaib membisikkan ke telinganya supaya melakukan ibadat.


    Zaki berkata, susuk itu juga mempunyai larangan tertentu yang perlu dipatuhi sepanjang tiga bulan pertama pemakaiannya, termasuk tidak boleh menjejakkan kaki di tanah perkuburan dan sekiranya dia tidak mematuhi syarat itu, ustaz terbabit mendakwa dia akan menghidap penyakit misteri yang sukar diubati.

    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Full content generated by Get Full RSS.

    Jual maruah rebut RM600

    Posted: 17 Nov 2011 12:14 PM PST

    KUANTAN: Hadiah ditawarkan selaku juara hanya RM600 serta sebotol minuman keras, tetapi sudah cukup membuatkan 20 gadis sebahagian besarnya Melayu, tampil menyertai pertandingan separuh bogel di sebuah pusat hiburan di Jalan Beserah, awal pagi semalam.

    Sambil mengenakan pakaian seksi, sebahagian besar peserta berusia antara 15 hingga 18 tahun dan berasal dari Maran, Kemaman dan Kuantan itu sanggup menayangkan coli dan seluar dalam jenis G-string dipakai semata-mata mahu meraih sorakan penonton yang bakal menentukan sama ada mereka menang atau sebaliknya.

    Difahamkan, acara itu pertama kali dianjurkan di pusat hiburan berkenaan sempena 'Lady's Nite' dan setiap peserta dikenakan bayaran RM50.

    Peserta yang meraih sorakan paling kuat daripada penonton dan pengunjung pusat hiburan berkenaan berpeluang memenangi pertandingan yang dimulakan jam 12 tengah malam itu.


    Peserta juga bebas menari dengan gaya tersendiri, tetapi perlu dalam keadaan seksi dan ghairah sambil diiringi muzik tekno yang dimainkan DJ. Setiap peserta dikehendaki memperkenalkan diri dan hanya dibenarkan membuat persembahan selama dua minit.

    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Full content generated by Get Full RSS.
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Arena

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Arena


    Posted:

    [unable to retrieve full-text content]
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Global

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Global


    Posted:

    [unable to retrieve full-text content]
    Kredit: www.hmetro.com.my
     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved