Jumaat, 5 Julai 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Tidak semua gaun sesuai digayakan

Posted: 05 Jul 2013 07:46 AM PDT

Persekitaran semula jadi dengan tumbuhan hijau mampu membangkitkan aura kepada mempelai disebabkan hubung kait dengan alam menjadikan perasaan lebih ceria seterusnya terpancar menerusi wajah.

Selain pakaian dan solekan pemilihan lokasi perkahwinan juga sangat penting kerana ia akan memberikan impak berbeza kerana akan mempengaruhi rona pakaian dan solekan.

Untuk majlis berkonsepkan dalam taman misalnya pengantin Muslimah sesuai memperagakan busana daripada rangkaian rona lembut seperti ungu, putih, hijau, kelabu dan keemasan. Ini kerana semua warna ini mampu mewujudkan unsur keceriaan apabila bergabung dengan suasana semula jadi sekali gus menonjolkan keanggunan mempelai.

Menurut pemilik D'Cinnamon Beauty House & Butik Pengantin yang hanya mahu dikenali sebagai Hanie, kebanyakan mempelai kini sering membuat rujukan menerusi majalah dan Internet mengenai konsep serta gaun yang akan digayakan pada hari persandingan. Namun apa yang dipamerkan di dalamnya mungkin tidak sesuai digayakan semua kerana bergantung kepada bentuk badan, warna kulit dan ketinggian ratu sehari.

Foto

GAUN putih perincian mewah pada dada manakala lelaki segak dengan sut kelabu. Sesuai untuk majlis berkonsep dalam taman.

Foto

SAMA cantik sama padan gaun dipadankan sut rona yang sama menyerlahkan keanggunan raja sehari.

Foto

MEMPELAI menawan dengan busana daripada fabrik sifon dipadankan layah panjang tiga meter.

Foto

RONA hijau zamrud sedondon dipakai mempelai sesuai untuk mereka yang inginkan kelainan.


"Tidak semua pengantin sesuai dengan konsep dan warna diketengahkan seperti yang digayakan model kerana ia bergantung kepada bentuk badan, warna kulit, ketinggian dan ukuran badan. Ada yang nampak cantik pada orang lain tidak semestinya cantik untuk diri sendiri," ujarnya.


Sebagai perunding perkahwinan, walaupun Hanie sedaya upaya menyediakan keperluan mengikut pilihan mereka, tetapi dia akan memberikan pendapat bukan saja berdasarkan keperluan tetapi penampilan. Sebaiknya busana harus menonjolkan kelebihan dan menutupi kekurangan bentuk tubuh kerana di sinilah letaknya titik tumpu pandangan tetamu.

"Misalnya mempelai berbadan comel mungkin tidak sesuai memakai rekaan gaun kembang kerana ia akan hanya menampakkan badan lebih besar. Sebaik pilih potongan kembang bawah serta mengikut bentuk tubuh," jelasnya.

Selain potongan, warna juga memainkan peranan penting kerana ia akan menunjukkan sama ada konsep pilihan bersesuaian dengan karektor mempelai. Jika dulu pengantin gemar memilih warna merah kerana lebih menonjol tetapi kini rona pastel mewarnai konsep majlis. Kelabu, putih, krim, coklat dan kuning keemasan yang digabungkan dengan ungu lembut, merah jambu dan perak sesuai untuk mereka yang inginkan kelainan.

"Pemilihan warna memainkan peranan penting kepada mempelai. Sebaiknya bertanya kepada perunding majlis mengenai konsep yang anda inginkan bagi mengelak anda mengenakan busana yang tidak sesuai dengan warna kulit dan bentuk tubuh," katanya.

Hanis yang banyak menghasilkan rekaan potongan gaun kembang, memilih busana menggunakan fabrik renda Perancis atau Swiss, shantung, sutera Itali, organza atau sifon yang beralun cantik pada tubuh si pemakai.

"Biasanya saya mencadangkan mempelai memilih tema moden atau kontemporari sesuai dengan arus fesyen semasa. Misalnya gaun berpotongan empayar yang akan menampakkan kelangsingan tubuh lebih sesuai digayakan untuk majlis dalam taman atau dewan," katanya.

Butik D'Cinnamon Beauty House yang dibuka sejak 10 tahun lalu menyediakan kepelbagaian busana pengantin sama ada untuk majlis pertunangan, pernikahan atau persandingan. Untuk lelaki selain baju Melayu turut disediakan adalah sut lengkap berpotongan moden dan kontemporari bersama padanan gaun untuk wanita.

Dikhususkan untuk pengantin bertudung dan tidak bertudung, pakej disediakan meliputi pelamin, solekan, katering dan sewa baju pengantin pada harga RM1,200 ke atas.

Terima kasih Butik D'Cinnamon Beauty House 27M, Jalan Kosas 1/2, Taman Kosas Ampang, Selangor (012-9368598)

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/05

Bagasi ringan jadi pilihan

Posted: 05 Jul 2013 07:37 AM PDT

Kajian menunjukkan pengembara hari ini mencari bagasi yang bukan saja lasak dan ringan tetapi secara aktif mengurangkan tekanan perjalanan serta kemungkinan caj bagasi berlebihan. Selain reka bentuk menarik, warna-warna menawan menjadi pilihan individu tanpa mengira usia dan jantina.

Memahami keperluan ramai, jenama beg terunggul Samsonite memperkenalkan rekaan terbaru Firelite menggunakan teknologi revolusioner sebagai jaminan kualiti kepada pengguna.

Bagi mereka yang gemar mengembara bagasi ini menyediakan ruang penyimpanan lebih besar dengan wetsuit tambahan bagi mengelak lebihan bagasi caj tambahan.
Sesuai bagi pelancong aktif dan cergas mereka boleh menikmati percutian musim panas atau sejuk tanpa risau keperluan yang tidak mencukupi.

Foto

REKAAN menawan bagasi Samsonite Firelite.

Menggunakan fabrik tenunan polypropylene bagi membentuk cengkerang luar bagasi. Bahan curv digunakan sebagai penyerapan tenaga yang tinggi serta jauh lebih ringan. Tampil dalam empat warna menawan merah cili pastinya mereka yang sukakan cabaran dan keberanian, biru laut sesuai pengembara yang cintakan kedamaian, putih untuk yang elegan manakala hitam arang eksekutif muda yang yakin dan bergaya. Setiap satunya diilhamkan menerusi gaya hidup sukan ekstrem bagi mengetengahkan rekaan moden dan memikat. Ini dapat dilihat menerusi rekaan zip sama ada pada bahagian luar dan dalam yang begitu sporty.

Roda ringan dan senyap antara ciri sempurna yang bakal menjadi tarikan.

Bagasi Samsonite Firelite kini boleh didapati di kedai-kedai utama dan kedai-kedai Samsonite di Suria KLCC, Pavilion Kuala Lumpur, 1 Utama Shopping Centre dan Midvalley Megamall pada harga RM1950 hingga RM2450.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/05
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


19 kedai makan diarah tutup

Posted: 04 Jul 2013 12:55 PM PDT

Shah Alam: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mengarahkan 17 gerai dan dua restoran di kawasan Seksyen 2, di sini ditutup serta-merta selepas didapati tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan kementerian dalam Ops Makanan Tak Suci kelmarin.

Dalam operasi bermula jam 3.30 petang itu, sebanyak 24 gerai dan restoran di kawasan berkenaan diperiksa 75 anggota serta pegawai penguat kuasa jabatan berkenaan.


Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata, pihaknya menjalankan operasi itu bagi meningkatkan penguatkuasaan ke atas kebersihan premis makanan.

"Premis makanan yang tidak mematuhi elemen penting kebersihan seperti peralatan serta pengendalian makanan yang tidak bersih akan diarahkan tutup mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983 untuk kerja pembersihan.


"Sekiranya pemilik tidak mematuhi perintah penutupan itu, mereka boleh dipenjara lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya pada sidang media selepas operasi itu di Seksyen 2, dekat sini.


Dr Azman berkata, operasi itu juga bertujuan memastikan premis makanan yang diperiksa berdaftar dengan Sistem FoSIM Domestik di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memudahkan proses pemantauan pihak jabatan.

Foto

DR Azman (kanan) melihat lantai di sebuah gerai makan yang sudah rosak.

Foto

KEADAAN dapur digenangi air.

Foto

KEADAAN dapur di sebuah gerai yang kotor.

Katanya, setakat ini, hanya 8,098 daripada 26,122 premis makanan di seluruh Selangor yang telah berdaftar di bawah sistem itu dan pihaknya berharap selepas pemeriksaan seumpama ini, pemilik perniagaan mempunyai kesedaran untuk mendaftar.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/05
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Kembali normal

Posted: 05 Jul 2013 12:24 AM PDT

Iskandariah (Mesir): "Alhamdulillah, suasana di sini kembali normal setelah seminggu penunjuk perasaan anti-Morsi berkampung. Cuma kedengaran bunyi helikopter berlegar di udara sepanjang hari," kata selebriti TV dan Duta Aman Palestin, Farrah Adeeba Mohamed Ashraf, 35, yang kini berada di Iskandariah, Mesir bersama anak dan adik-adiknya bagi menghadiri kelas bahasa Arab & Al-Quran sejak awal Jun lalu.

Menurutnya khemah penunjuk perasaan yang memenuhi taman berhampiran rumahnya sejak minggu lalu juga telah tiada.

"Sepanjang minggu lalu kami hanya keluar untuk menghadiri kelas pada waktu pagi kerana itulah waktu penunjuk perasaan tidur. Perasaan berdebar sudah pasti ada namun secara umum suasana agak tenang antara waktu pagi hingga zohor," katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun katanya keadaan kembali tegang dari waktu asar hingga ke lewat malam, dengan laungan anti Morsi, perarakan sepanduk, letupan mercun, tari menari serta bunyi hon kereta bertalu-talu.


"Kebanyakan masyarakat di sini meraikan penggulingan Morsi. Namun seorang rakan rakyat Mesir memberitahu saya dalam nada sedih, 'Mesir melalui hari-hari yg aneh. Mereka yang dibenci dan dianggap sebagai musuh rakyat sewaktu revolusi dua tahun lalu, hari ini dirai bagai pahlawan. Mesir kembali dikuasai tentera,'" ujarnya.


Selain itu Farrah juga sering berkomunikasi dengan pelajar di sini yang tidak berapa takut kerana protes kali ini lebih 'kecil' berbanding revolusi dua tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/05

Segalanya terlewat

Posted: 04 Jul 2013 01:03 PM PDT

Butterworth: Dua nelayan di Pantai Bersih dekat sini, masing-masing kerugian kira-kira RM15,000 seorang apabila enjin dan pukat mereka rosak berikutan bot terbalik dipukul ombak kuat, semalam.

Kejadian berlaku jam 10.30 pagi apabila dua daripada lebih 10 bot yang ditambat di tepi pantai berkenaan dipukul ombak lalu terbalik menyebabkan enjin dimasuki selut manakala pukat bergulung serta tidak boleh digunakan lagi.

Fenomena ombak besar berkenaan dipercayai akibat peralihan monsun antara Julai hingga September setiap tahun tetapi ombak besar dikatakan bermula lebih awal tahun ini iaitu sejak Mei lalu.

Kejadian dikatakan berlaku dalam tempoh beberapa minit menyebabkan nelayan yang berada di tepi pantai tidak sempat berbuat apa-apa.

Foto

MOHD ZAHARI cuba menyelamatkan botnya yang terbalik akibat dipukul ombak.


Seorang nelayan, Mohd Zahari Che Mohd Noor, 41, berkata, ketika kejadian dia berada di rumahnya di Jalan Tambi Kechil, dekat sini, sebelum dihubungi rakan yang memaklumkan botnya terbalik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/05
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Fahrin: 'Hati saya belum terisi'

Posted: 04 Jul 2013 06:23 AM PDT

Jarang muncul di kaca televisyen, pelakon kacak Fahrin Ahmad mengakui selesa bergelar pengacara ketika ini. Apatah lagi menjelang Ramadan beberapa hari lagi dia memilih untuk berehat dan menghabiskan masa bersama keluarga tercinta di samping mengerjakan solat terawih bersama-sama.

Ditemui pada majlis pelancaran Cherita Di Pagi Raya Habib Jewels baru-baru ini, Fahrin yang kelihatan segak berbaju Melayu mengakui gembira dengan kehidupan yang dilalui kini meskipun sedar hatinya masih kosong belum terisi.

"Kehidupan yang dilalui mengajar saya menjadi lebih matang, walaupun mengakui kadang kala cemburu melihat teman sekolah dan kawan-kawan sebaya sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak kematangan membuatkan saya lebih kuat.

"Kadang kala saya seperti tiada perasaan apabila melihat semua itu mungkin disebabkan kesibukan kerja sebagai pelakon juga menjadi salah satu sebab mengapa saya tidak terlalu memikirkan soal cinta.

Foto

Artis popular bersama Datuk Meer.

Foto

SUASANA meriah dimajlis anjuran Habib Jewels.


"Apa yang penting sekarang keutamaan adalah kerja selain menghabiskan masa bersama kedua-dua ibu bapa di Skudai, Johor. Lagipun ibu saya sakit sekarang dan terpaksa bergantung pada kerusi roda," katanya.


Fahrin yang hadir sebagai pengacara majlis pada hari berkenaan turut diapit barisan artis jelita seperti Fouziah Gous, Nabila Huda dan Maria Farida yang turut memperagakan koleksi terbaru Habib sempena Hari Raya tidak lama lagi.

Antara koleksi yang diperkenalkan ialah Oro Italia 916, Arabesque yang menampilkan rekaan Islamik terbaik dan koleksi batu permata pelbagai warna yang diikat dengan paladium khusus untuk lelaki. Hadir sama melancarkan koleksi Hari Raya berkenaan ialah Pengarah Urusan Habib, Datuk Meer Habib dan isteri.

Berkongsi sambutan Ramadan tahun ini, Fahrin berkata, banyak tawaran berlakon yang terpaksa ditolak dan ada dalam pertimbangan lagi.

"Kerap menerima jemputan sebagai pengacara majlis membuatkan saya selesa untuk memberi fokus dalam bidang ini. Bukan tidak mahu berlakon tetapi apabila tibanya Ramadan saya lebih suka berehat dan menghabiskan masa solat terawih dan berkumpul bersama keluarga.

"Lagipun menjadi pengacara tidak mengambil masa lama berbanding berlakon berhari-hari saya akan berada di lokasi justeru banyak tawaran yang terpaksa dipertimbangkan.

"Selepas raya ada juga beberapa tawaran berlakon diterima namun saya masih belum memberikan sebarang jawapan. Bukan tidak mahu aktif berlakon tetapi untuk beberapa bulan ini saya ingin berehat sebentar dari bidang lakonan dan memberi fokus pada pengacaraan yang sekarang cukup selesa untuk saya," katanya.

Selain aktif mengacara, Fahrin turut mengakui aktif menjadi penceramah sambilan dengan berkongsi pengalaman sebagai pelakon melalui aspek pembangunan sahsiah dan personaliti dandanan yang harus diambil kira sebagai seorang pelakon.

Masih kekal sebagai duta produk Garnier dan Shell, Fahrin turut disunting menjadi duta produk Ali Cafe yang mana iklan membabitkan Fahrin akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/04

Zizan: 'Saya tiada niat buat hal'

Posted: 04 Jul 2013 06:20 AM PDT

Bukan satu atau dua cerita timbul mendakwa pelawak dan pengacara terkenal, Zizan Razak semakin tidak berdisiplin dan bersikap besar kepala sejak akhir-akhir ini.

Walaupun bukan isu baru, ia masih diperkatakan segelintir pihak yang pernah bekerjasama dengan pemilik nama penuh Mohd Razizan Abdul Razak menerusi pelbagai program televisyen atau filem.

Namun, Zizan yang sudah lali dengan pelbagai gosip menghadapi dakwaan berkenaan dengan tenang dan terbuka.

Katanya, jika ada pihak yang tidak berpuas hati dengan tindak-tanduknya, ia bukan disengajakan kerana dia berusaha memberikan komitmen penuh dalam setiap kerjanya.


"Saya langsung tiada niat atau sengaja buat hal. Walaupun saya akui jadual padat menyebab­kan saya kurang rehat dan penat, ia bukan alasan untuk saya ambil mudah kerja saya.


"Setiap hari selepas bangun tidur, saya sentiasa beringat diri ini masih terlalu hijau dalam bidang ini. Tiada sebab untuk saya bersikap besar kepala," katanya kepada RAP, baru-baru ini.

Katanya, isu kelewatan atau masalah disiplin kadang-kadang tidak dapat dielakkan berikutan kerjayanya yang terikat dengan pelbagai komitmen serentak.

Mahu tidak mahu, lewat ketika menghadiri penggambaran atau acara tetap akan timbul dan tidak dapat dielakkan.

"Bukan sengaja mahu menyusahkan orang lain tetapi kerana kesibukan saya dengan banyak komitmen. Saya selalu berusaha memberikan terbaik dalam setiap komitmen," katanya.

Tambahnya, dia sentiasa sedar pendapatan dalam dunia hiburan ini diperoleh daripada jaringan hubungan yang baik dengan orang sekeliling
.
Justeru, katanya, tidak mungkin dia berasa bangga diri dengan kedudukan dan populariti dimiliki sekarang.

"Kalau saya salah, saya meminta maaf. Apa yang saya terkilan, hanya satu atau dua kesalahan orang lain membesar-besarkan keadaan sebegitu teruk.

"Kalau orang sudah tidak suka, bagi emas atau permata pun tetap orang hina juga. Saya hanya reda," katanya.

Tiada sebab sorok hubungan dengan Emma Maembong

Pendirian dan reaksi hos program Melodi ini berhubung dakwaan hubungan cinta dengan aktres berdarah kacukan Emma Maembong tetap sama biarpun berulang kali dia ditanya persoalan itu.

Katanya, bukan dia mahu mengelak atau menyembunyikan cerita sebenar tetapi hakikatnya mereka sekadar kawan biasa.

Malah, apabila ditanya mengenai tindakan terbarunya yang menghantar salinan (tagged) gambarnya di Paris minggu lalu di laman Instagram kepada aktres itu, Zizan menganggap gosip itu sengaja diperbesar-besarkan.

"Saya 'tagged' kepada dia gambar-gambar di Paris kerana dia pernah memberitahu sukakan Paris dan bukan saya mempunyai niat lain ataupun kami sedang bercinta.

"Orang cuma membesar-besarkan perkara itu. Kami memang tidak ada apa-apa (hubungan cinta)," katanya.

Jelasnya, sebelum ini juga dia kerap menghantar gambar-gambarnya di laman itu kepada artis wanita lain tetapi ia tidak pernah dijadikan isu.

Zizan berkata, dia juga tidak mempunyai sebab untuk menafikan hubungan itu jika benar mereka bercinta.

"Soal takut hilang populariti itu tidak timbul kerana kerjaya dan peribadi adalah perkara berbeza. Malah ramai artis lain yang bercinta dan berkeluarga berjaya dan masih diminati peminat.

"Cuma hubungan kami memang sekadar kawan buat masa ini. Tapi saya tidak dapat meramalkan apa yang akan terjadi pada masa hadapan," katanya yang baru menjalani penggambaran iklan untuk jenama Sony selepas dilantik sebagai duta produk itu baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/04
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Wanita kahwin dengan jambatan

Posted: 04 Jul 2013 08:46 AM PDT

Paris: Tertarik dengan getaran yang ada pada sebuah jambatan, seorang seniman Australia membuat keputusan aneh apabila menjadikan binaan itu sebagai pasangan hidupnya.

Jodi Rose memang sering mengembara ke serata dunia untuk merekodkan getaran pada mana-mana jambatan gantung bagi menyiapkan projek muzik Singing Bridges.


Apabila dia tiba di kawasan Saint-Jean-de-Fos di selatan Perancis, hatinya tersentuh dan segera jatuh cinta kepada sebuah jambatan berusia 600 tahun.

Kata Jodi, dia berkahwin dengan jambatan Le Pont du Diable itu pada 17 Jun lalu dalam majlis tertutup dengan dihadiri hanya 14 orang tetamu.


Seorang daripada mereka ialah Datuk Bandar Saint-Jean-de-Fos.


Pengantin perempuan mengenakan pakaian tradisional dengan baju panjang putih dan membawa sejambak bunga. Media melaporkan, walaupun perkahwinan itu tidak diiktiraf menurut undang-undang Perancis, Jodi berkata, ia tetap bermakna dan kukuh seperti pasangan suami isteri lain. "Saya menghormati mereka yang berkahwin atas dasar romantik dan perasaan seksual, hubungan ini pula berbentuk simbolik yang mementingkan getaran semangat," katanya.

Foto

JODI bersama 'pasangan hidup' pilihannya.

Jambatan itu, kata Jodi, memahami bahawa dia juga menyayangi jambatan - juga lelaki - lain tetapi hubungan mereka membabitkan kepelbagaian kehidupan.


"Ia dibuktikan dengan arus berpusar sungai yang mengalir di bawah tubuh jambatan ini," katanya. Jodi berkata, jambatan itu memiliki ciri suami yang diidamkannya - kukuh, dapat dipercayai, sensasi, baik dan segak.

Jambatan Le Pont du Diable - juga dikenali sebagai Jambatan Syaitan - dibina pada abad ke-11 dan terbukti memiliki daya tahan yang sangat tinggi untuk merentasi masa begitu lama. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/04

Anak bapa paling tua di dunia diculik

Posted: 04 Jul 2013 08:42 AM PDT

New Delhi: Lelaki dianggap bapa paling tua di dunia semalam berkata, anaknya yang baru berusia tiga tahun kini hilang dan dipercayai menjadi mangsa culik.

Kata Ramjeet Ragav, 97, dia tidak melihat budak itu, Vikramjeet sejak 55 hari lalu dan mungkin dilarikan ketika pergi membuat rawatan di hospital.


"Kami mencari Vikramjeet setiap hari dan saya kini sudah putus harap.

"Saya tak tahu mengapa atau bagaimana dia hilang," katanya.


Ramjeet menjadi bahan berita di seluruh dunia pada 2010 apabila diiktiraf sebagai bapa tertua di dunia ekoran kelahiran Vikramjeet ketika dia berusia 94 tahun.


Oktober tahun lalu, Ramjeet sekali lagi memecahkan rekod itu dengan kelahiran anak kedua, Ranjeet, kini sembilan bulan.

Isteri Ramjeet, Shakuntala, kini berusia 60 tahun. Keluarga itu menetap di sebuah rumah kecil di perkampungan Kharkhoda, di Haryana.


Kata Ramjeet, Shakuntala pergi ke hospital bersama Vikramjeet kerana demam pada 6 Mei.

Disebabkan terlalu penat, Shakuntala tertidur di terminal bas yang sibuk sambil memegang anaknya.


Bagaimanapun, budak berusia tiga tahun itu hilang apabila Shakuntala terjaga 15 minit kemudian. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/04
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved