Khamis, 27 Oktober 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Misteri 3 kedai

Posted: 26 Oct 2011 11:09 AM PDT

KAJANG: Tindakan licik satu sindiket pencetakan dan pengedaran cakera video digital (DVD) cetak rompak berselindung di sebalik tiga premis tanpa nama yang kelihatan seperti tidak berpenghuni terbongkar apabila pihak berkuasa menemui mesin pencetakan DVD dianggarkan bernilai RM4 juta dalam serbuan di Kawasan Perindustrian Haneco, Semenyih, dekat sini, kelmarin.

Serbuan pada jam 6 petang itu membabitkan pasukan khas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDN KK) Putrajaya menemui mesin pencetak keluaran 2005 serta pelbagai DVD cetak rompak filem tempatan dan luar negara.


Ketua Pengarah Bahagian Penguat kuasa KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin, berkata serbuan di premis pertama mendapati ia dijadikan pejabat, namun dalam keadaan tidak terurus sebelum pemeriksaan lanjut menemui beberapa dokumen dipercayai berkaitan kegiatan haram terbabit.

"Curiga dengan penemuan beberapa dokumen itu memaksa kami memecah premis bersebelahan sebelum menemui mesin pencetak berkenaan. "Pemeriksaan teliti dilakukan di premis kedua menemui laluan rahsia ke premis ketiga yang menempatkan pelbagai DVD haram dan bahan asas membuat DVD," katanya yang ditemui di lokasi serbuan.


Menurutnya, selain ribuan DVD filem dan permainan cetak rompak, pihaknya turut menemui 40 beg yang setiap satu seberat 25 kilogram mengandungi polikarbonat dipercayai bahan mentah utama bagi proses pembuatan DVD.

Full content generated by Get Full RSS.

400 hadiri Kenduri Rakyat 1Malaysia

Posted: 26 Oct 2011 10:37 AM PDT

PETALING JAYA: Program Kenduri Rakyat 1Malaysia di Taman Medan, di sini, baru-baru ini disambut meriah lebih 400 penduduk di sekitar Taman Medan dan Kampung Datuk Harun.

Penduduk, Junaidah Abdul Latiff, 42, berkata majlis anjuran Kelab Rakan Muda Parlimen Petaling Jaya Selatan (PJS) itu menarik segenap lapisan masyarakat bergotong-royong memasak dan menikmati juadah pelbagai jenis masakan. "Saya kagum melihat pelbagai lapisan penduduk menghadiri majlis ini. Sambil menjamu selera, saya dapat melihat tetamu berbual sambil berkenalan," katanya.


Bagi Choong Zhong Mun, 36, berkata dia turut membawa anggota keluarganya untuk mengalami kemeriahan Program Kenduri Rakyat 1Malaysia itu. "Ini kali pertama saya hadir pada majlis seumpamanya dan ia menarik. Selalunya kalau sebut kenduri pastinya saya akan terbayang majlis yang khususnya untuk orang Melayu. "Namun, majlis ini sangat unik kerana semua kaum terbabit sama," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Penantian tujuh tahun

Posted: 26 Oct 2011 10:18 AM PDT

PERWATAKAN pemain sayap skuad Penyu, Mohd Ashaari Samsuddin amat pendiam dan serius ketika di luar padang, namun karakternya terus bertukar sebagai senjata pemusnah skuadnya apabila beraksi di padang sehingga mendorong rakan sepasukan menggelarnya 'Saha Terengganu'.

Memulakan karier sebagai pemain pada 2005, anak jati Marang, Terengganu itu yang belum pernah merasai nikmat bergelar juara Piala Malaysia menyimpan keazaman tinggi untuk memahat sejarah mengucup piala berprestij itu selepas gagal mara ke final tujuh tahun lalu apabila ditumpaskan Selangor dengan agregat 4-2 di separuh akhir.


Menurut pemain berusia 26 tahun itu, dia akan memanfaatkan peluang yang ada dengan sebaiknya untuk membantu Terengganu muncul juara buat kali kedua dalam sejarah pertandingan Piala Malaysia.

"Selain itu, saya juga mahu menghadiahkan trofi berprestij ini kepada isteri tersayang, Nurfadilawati Abd Salam, yang bakal menyambut hari jadi ke-23 pada tarikh sama dengan final berlangsung iaitu 29 Oktober ini serta untuk anak kami, Mohd Alif Nasri, sembilan bulan.


"Saya berharap misi membawa pulang trofi Piala Malaysia selepas muncul juara Piala FA dan naib juara Liga Super musim ini akan menjadi kenyataan kerana sesudah tujuh tahun mewakili Terengganu, saya masih gagal memburu mahkota kejuaraan piala berprestij itu," katanya.


Ketika ditanya keistimewaan Piala Malaysia berbanding Piala FA dan Piala Liga, pemain yang mempunyai ketinggian 1.79 meter itu mengakui memiliki trofi kejuaraan itu lebih gah kerana ia pertandingan nombor satu dalam bola sepak negara.

"Saya juga sudah mengingatkan rakan sepasukan supaya melakukan yang terbaik untuk menafikan hajat Negeri Sembilan menjulang piala itu kerana musim depan cabaran dalam pentas Liga Malaysia sudah tentu berbeza dengan kemasukan pemain import," katanya.


Mengenai Negeri Sembilan, Ashaari mengakui pasukan bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah itu perlu diawasi dan tidak boleh dipandang mudah kerana skuad itu mempunyai jentera berwibawa di setiap posisi.

"Bagaimanapun saya percaya jika pergerakan lawan yang mempunyai kekuatan di jentera tengah dapat dipatahkan lebih awal sebelum memasuki kawasan berbahaya, kami tidak menghadapi masalah besar untuk menewaskan mereka," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pasukan bola jaring UTM unggul

Posted: 26 Oct 2011 10:16 AM PDT

PASUKAN bola jaring mencatat gemilang pada Majlis Anugerah Sukan UTM 2010 yang berlangsung di Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai, Johor, baru-baru ini apabila memenangi empat anugerah utama iaitu Anugerah Olahragawati, Atlet Harapan Wanita, Pasukan Terbaik Wanita dan Pengurus PasukanTerbaik (Wanita).

Anugerah Olahragawati menjadi milik pemain bola jaring Kebangsaan Siti Sri Dalimah Suhaimi. Kejayaan mewakili Negara di Kejohanan Asia Di New Delhi, India pada 2010 dan menjuarai kejohanan MASUM antara kelebihan atlet ini mengatasi dua lagi calon, Nur Afiqah Mohd Ashari, pencak silat dan Teo Shi Ling, bola tampar.

Manakala, pemain tenpin bola remaja, Fahmi Bahri Sulaiman dinobatkan olahragawan 2010 mengalahkan dua calon lain iaitu Hattan Tazam, Rowing dan Tuan Hilmi Mujahid Tuan Abdul Rahman, Kayak. Fahmi memenangi dua emas di Kejohanan Universiti Asean, Chiang Mai, Thailand tahun lalu.

Kedua-dua pemenang membawa pulang Piala Pusingan, sijil dan wang tunai RM1,000. Manakala pemain bola jaring remaja Kebangsaan, Nur Salfarina Muhamad Amin memenangi Anugerah Atlet Harapan Wanita. Atlet Harapan Lelaki pula dimenangi Wong Keng Yinn dari sukan Karate-do. Kedua-duanya membawa pulang wang tunai RM500, piala dan sijil penghargaan.


Pasukan bola jaring juga berbangga apabila Nor Ezzaini Mohd Nor dipilih selaku Pengurus Pasukan Terbaik Wanita manakala Pasukan Bola Jaring UTM dinobatkan Pasukan Terbaik Wanita.


Pengurus Pasukan Rowing UTM, Mohd Azhar Adhman dipilih sebagai Pengurus Pasukan Terbaik Lelaki manakala Pasukan Lelaki Terbaik turut dimenangi pasukan itu.

Turut disampaikan anugerah Pasukan Terbaik Staff 2010 yang dimenangi pasukan Tenpin Boling serta anugerah khas buat atlet UTM yang berjaya di peringkat universiti, negeri dan negara.

Hadiah disampaikan oleh Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ir Dr Zaini Ujang. Turut hadir Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTM, Prof Datuk Dr Mohd Tajudin Ninggal dan Pengarah Pusat Sukan UTM, Abdul Malik Abdul Ghani.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


‘Apa salah cucu saya’

Posted: 26 Oct 2011 11:03 AM PDT

KOTA TINGGI: "Apa salah cucu saya hingga dia dibunuh begitu kejam, dia hanya berumur 15 tahun," kata Muhammad Kasim, 62, di sini, semalam.

Cucu warga emas berkenaan, Nurul Atikah Samsiah ditemui mati dibunuh dengan keadaan muka serta badannya lebam teruk dipercayai dibelasah sebelum mayatnya dihumban di dapur sebuah kediaman yang terletak selang tiga rumah dari rumah ibu bapanya.

Mayat Atikah ditemui pada jam 6.30 pagi semalam, selepas hilang sejak jam 2 petang kelmarin, dari rumah keluarganya di Rumah Kakitangan Ladang Kambau, dekat sini.

Menurut Muhammad, dia hampir pengsan selepas menerima panggilan telefon daripada anaknya, Rahimah mengatakan cucunya itu ditemui mati.


"Kali terakhir saya bertemu Atikah ialah Isnin lalu apabila dia datang ke rumah saya di Kampung Sungai Perepat yang terletak 10 kilometer dari rumahnya untuk bertanya khabar selain makan tengah hari.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kebumi bersama ‘bakakuk’

Posted: 26 Oct 2011 11:00 AM PDT

RANAU: Seorang lelaki yang secara tidak sengaja tertembak bapa mentuanya ketika memburu tupai di hutan Kampung Lobau Lama di sini, pada 24 September lalu, mengebumikan lelaki terbabit bersama senapang buatan sendiri dikenali sebagai 'bakakuk' yang digunakannya, dipercayai sebagai tanda penghormatan dan memohon kemaafan.

Difahamkan, lelaki berusia 36 tahun dipercayai bimbang dikenakan tindakan jika membuat laporan polis bertindak menyembunyikan kematian itu dengan menanam mayat bapa mentuanya berhampiran rumah selepas mendapat persetujuan ahli keluarga lain.


Bagaimanapun, perbuatannya terbongkar apabila seorang sepupu yang memandikan mayat mangsa melihat luka yang mencurigakan sebelum membuat laporan polis.

Polis yang menerima maklumat kemudian menahan mangsa yang akhirnya mengaku tertembak dan menanam mayat bapa mentuanya secara rahsia. Susulan pengakuan suspek, polis mendapatkan perintah mahkamah bagi menggali semula 'kubur' itu bagi melakukan bedah siasat terhadap mayat terbabit, kelmarin.


Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim berkata, pihaknya terpaksa mendapatkan perintah mahkamah bagi menggali semula kubur Wahimin Usat, 50, yang mati ditembak menantunya sendiri di Kampung Lobau Lama.


"Selepas mendapat perintah mahkamah, sepasukan polis forensik menggali semula kubur mangsa bagi melakukan siasatan termasuk punca kematiannya.

"Polis menemui mayat mangsa yang ditanam bersama senapang 'bakakuk' dan difahamkan, senapang itu adalah senjata digunakan suspek ketika tertembak mangsa ketika memburu tupai," katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.


Abdul Rahman berkata, mayat mangsa dan senjata berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau untuk siasatan lanjut.

"Siasatan awal mendapati, suspek secara tidak sengaja tertembak mangsa yang bersama-sama memburu di hutan Kampung Lobau Lama kira-kira jam 12 tengah hari, pada 24 September lalu.


"Suspek dipercayai melepaskan tembakan sebaik menyedari kehadiran seekor 'tupai' di sebatang pokok, namun terkejut apabila mendapati bapa mentuanya terbaring berlumuran darah dan tidak bernyawa lagi," katanya.


Katanya, suspek membawa pulang mayat mangsa dan mengebumikan lelaki itu di sekitar rumah selepas mendapat persetujuan ahli keluarga lain tanpa melaporkan kejadian itu kepada polis.


"Suspek enggan membuat laporan kerana bimbang dikenakan hukuman kerana difahamkan dia menjadi harapan untuk menyara ahli keluarganya.


"Lelaki terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Bukan mengejar anugerah

Posted: 26 Oct 2011 07:19 AM PDT

LAMA tidak bertemu pemilik wajah jelita ini, banyak pula topik yang dibincangkan. Mulanya bertanya khabar dan mengorek pengalamannya yang baru saja melangkah ke alam rumah tangga, soal kerjaya nyanyian dan rangkaian perniagaan hinggalah berbicara mengenai perasaannya yang terusik sepanjang bergelar selebriti.

Hakikatnya, Shazrina Tan Sri Azman Hashim atau Mizz Nina, 31, masih sama tidak berubah. Tuturnya masih berbisik, kekal sifat rendah diri dan bijak mengatur kata, namun boraknya tidak henti-henti.

Mesra disapa Nina, pertemuan itu digunakannya untuk berkongsi perkembangan karier nyanyiannya dan bercerita panjang mengenai perjuangannya dalam gelanggang seni yang sesekali tidak lekang mengundang rasa kecewa padanya.

Bintang berbakat besar yang mula membina nama menerusi kumpulan The Tarik Crew sebelum mencetuskan fenomena dengan lagu What You Waiting For kolaborasi bersama penyanyi antarabangsa, Colby O'Donis.


Belum sempat Nina berkongsi lanjut mengenai soal kariernya, perlahan-lahan episod bahagia bersama suami juga vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh disingkap.


Meskipun sesekali Nina ketawa kecil bagaikan janggal berkongsi ruang peribadinya, anak kelahiran Kuala Lumpur ini sedar akan hakikat dirinya sebagai selebriti yang sukar terlepas daripada persoalan nakal.

Katanya, perkahwinan dengan Noh pada 1 Julai lalu adalah saat terindah buatnya. Mengakui suaminya seorang yang penyayang dan tidak henti menyokongnya, Nina bertuah kerana keserasian dan persefahaman yang ada antara mereka berdua kian terikat kuat.

"Ikhlas dan jujur, saya mampu merasai kebahagiaan dan keindahan sebuah perkahwinan yang sebelum ini ramai pernah menceritakannya pada saya.

"Mungkin kerana kami berdua berkahwin atas paksi cinta dan sayang, saya lebih menyifatkan hubungan kami semakin erat. Malah setiap hari, kami berdua akan melalui pengalaman baru yang membuatkan kami belajar dan terus mengukuhkan lagi hubungan.

"Perwatakan dan sikap Noh benar-benar mengundang rasa selesa dan yakin kepada saya. Bukan sekadar memberikan kasih sayang dan perhatian, sebaliknya Noh adalah seorang suami yang tidak henti menyokong, setia di sisi dan faham akan apa saja situasi membuatkan saya tidak kekok untuk berkongsi apa saja
bersamanya.

"Setakat ini alhamdulillah, saya tidak berdepan dengan sebarang masalah dalam menguruskan rumah tangga kerana Noh bukanlah seorang lelaki yang cerewet.

"Setiap pagi saya akan menyediakan sarapan pagi dan kami akan cuba mencuri masa untuk makan bersama setiap hari walaupun masing-masing begitu sibuk dengan kerjaya seni dan jadual harian," katanya.

Nina dan Noh yang menjalin cinta selepas bekerjasama untuk pembikinan lagu duet Kurnia tiga tahun lalu mengatakan buat masa ini ingin berdua dulu dan apabila kerjaya seni sudah kukuh, mereka ingin memikirkan fasa berikutnya untuk memiliki anak.

Kata Nina, dia baru saja selesai menyiapkan lagu duet bersama seorang lagi penghibur antarabangsa yang kini sedang popular di seluruh dunia, Flo Rida berjudul Take Over.

"Dulunya hanya angan-angan untuk berduet bersama Flo Rida kerana peribadinya, saya amat meminati muziknya. Justeru, apabila berpeluang menyanyi bersamanya, saya melihat lagu Take Over satu pertaruhan yang begitu sempurna buat saya.

"Kiranya ia adalah cenderahati buat peminat kerana asasnya, saya seorang penyanyi yang begitu gemar pada eksperimen dan sesuatu yang berbeza," katanya gembira kerana lagu itu juga mendapat tempat stesen radio yang memutarkannya setiap hari.

Kata Nina, sudah tentu dia mengharapkan agar makin ramai yang menyokong kerjaya seninya dan menghargai apa yang cuba disampaikan meskipun agak sukar untuk berdiri begitu.

"Insya-Allah album penuh akan menyusul selewat-lewatnya awal tahun depan. Tapi saya juga terkejut kerana hingga ke hari ini album pertama saya masih mendapat permintaan yang baik.

"Lagu daripada album itu seperti What You Waiting For dan Let Me C U Get It yang kini mendapat sentuhan susunan muzik baru serta lagu duet bersama Noh, Kurnia masih dimainkan di radio. Harapan saya, peminat dan penyokong muzik saya akan terus setia menantikan karya seterusnya kelak," katanya.

Dalam pada itu, Nina turut meluahkan rasa terkilannya kerana masih ramai pihak yang tidak nampak usaha dan kesungguhannya dalam memartabatkan industri muzik tempatan.

Bukan mengharapkan sebarang anugerah atau majlis besar meraikan komitmennya selama ini, namun secebis penghargaan juga tidak sekali berpihak kepadanya.
Komitmen diberi selama lebih sedekad, jelas memperlihatkan satu usaha yang luar biasa.

Mana tidaknya, tidak bersandar pada muzik dan melodi bercorak antarabangsa semata-mata, Mizz Nina sudah beberapa kali diundang mengadakan persembahan di luar negara termasuk London, Paris dan Sri Lanka. Malah tidak lama lagi, Nina sekali lagi akan terbang ke Jerman untuk persembahan syarikat korporat.

Kiranya, usaha melakukan kerjasama dengan penyanyi luar berbaloi dan sedikit sebanyak mampu memberikan tempias positif kepada industri Malaysia. Namun entah mana silapnya, majlis penganugerahan yang kononnya menghargai usaha dan karya anak tempatan seperti Anugerah Industri Muzik (AIM) tidak langsung mengiktiraf bakatnya walaupun untuk kategori Artis Baru Terbaik.

Alasannya, album What You Waiting For tidak sepenuhnya sentuhan anak tempatan dan proses pembikinannya menggunakan pakar luar. Justeru, album What You Waiting For tidak layak untuk bersaing dalam AIM18.

Enggan terus meletakkan hukum yang dirinya merajuk atau marah, sebaliknya jelas Nina, itu satu hakikat yang terpaksa ditelan walaupun ada kalanya ia begitu pahit dan sakit.

"AIM adalah majlis anugerah yang ditentukan banyak pihak. Lantas untuk mempertikaikan sudut penjurian atau melontarkan persoalan mengapa saya tidak layak untuk dicalonkan, ia terlalu jauh dan kasar. Biarlah gagal menembusi AIM, namun saya percaya apa yang cuba saya perjuangkan adalah sesuatu buat industri dan peminat.

"Tidak sekelumit saya sedih jauh sekali merajuk, namun saya lihat dari aspek positif. Ia dijadikan semangat untuk saya menghasilkan sesuatu yang jauh lebih baik.

"Jika tiada penghargaan sekalipun, ia bukan satu lesen yang menjanjikan sebuah kejayaan kepada seseorang penyanyi. Apa yang penting, saya akan terus berusaha buat mereka yang tidak henti menyokong," katanya yang masih berasa gembira kerana setidak-tidaknya Hujan berjaya bertanding untuk dua kategori.

PROFIL:

Nama penuh: Shazrina Tan Sri Azman Hashim
Tarikh lahir: 1 Julai 1980
Umur: 31 tahun
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Keluarga: Anak bongsu daripada lima beradik
Status: Isteri kepada Mohammad Noh Salleh (Noh, vokalis kumpulan Hujan)
Kerjaya: Model, pengacara, penyampai radio, penyanyi dan usahawan

Pendidikan: Ijazah Pengajian Media dan Perhubungan Awam di sebuah universiti di Australia

Album solo: What You Waiting For (2010), Album bersama Teh Tarik Crew: EP Are We Rap Stars now (1999), How's The Level? (2002) dan What's Next (2004)

Full content generated by Get Full RSS.

Gemerlapan bintang menyinari Temerloh

Posted: 26 Oct 2011 06:52 AM PDT

JIKA tidak ke mana-mana pada hujung minggu ini, silalah datang ke Karnival Gegaria Harian Metro 2011 (KGHM2011) yang akan menggegarkan Taman Kubang Gajah, Temerloh, Pahang, pada 29 dan 30 Oktober (Sabtu dan Ahad) ini.

Pelbagai acara menarik disediakan yang turut memberi peluang kepada pengunjung mengambil bahagian termasuk memenangi hadiah menarik disediakan.

Antara hadiah yang paling menjadi igauan tentunya motosikal DV 110 sumbangan Demak Motor yang akan diberikan kepada pengunjung bertuah.

Tidak terbatas pada aktiviti menarik saja, seperti lokasi sebelumnya akan berlangsung Konsert Gegaria yang membariskan artis popular seperti Shila Amzah, Najwa Latif, Adira AF8 dan Nashrin My Starz LG termasuk kumpulan One Nation Emcee dan Jinbara.


Buat pertama kalinya juga, acara yang berlangsung pada Sabtu, jam 9 malam itu dihoskan pelakon terkenal dan pengacara ceria, Didie Alias.


Didie berkata, dia sememangnya menantikan pembabitan dalam KGHM2011 kerana melihat program ini satu idea murni Harian Metro dalam meraikan pembacanya.

"Dua kali saya diundang namun ada saja halangannya kerana terikat dengan penggambaran drama. Justeru, saya berasa amat gembira kerana akhirnya dapat memenuhi undangan di Temerloh, Pahang.

"Insya-Allah, saya bersama-sama artis yang terbabit akan menghiburkan pengunjung yang hadir memeriahkan konsert itu nanti dan berharap cuaca sepanjang program dijalankan menyebelahi kita semua. Maklumlah kebelakangan ini hujan," katanya.

Bagi pendatang baru yang cukup hangat dengan lagu Cinta Muka Buku ketika ini, siapa lagi kalau bukan Najwa Latif, dia mahu memanfaatkan peluang membuat persembahan di KGHM2011 untuk memperkenalkan namanya.

"Kebanyakan orang hanya tahu lagu Cinta Muka Buku tetapi tidak mengenali siapakah penyanyinya. Saya berharap peluang dan pendedahan yang diberikan Harian Metro ini dapat memperkenalkan saya kepada umum.

"Tambahan pula, kebanyakan persembahan yang saya terima lebih tertumpu di bandar dan lokasi dijelajahi penganjur dapat menyediakan ruang untuk saya memasuki pasaran luar bandar," katanya yang akan menyampaikan lagu Cinta Muka Buku dan Baby dipopularkan Justin Bieber.

Beralih pada pengisian, 'Booth' meja hiburan, Rap (Rentak Artis Popular), program Pencarian Gadis Metro dan Metro Idol yang cukup popular diteruskan.
Kedua-dua pertandingan ini diadakan pada 29 Oktober.

Pendaftaran Metro Idol yang hanya mengenakan bayaran RM20 dibuka seawal jam 10 pagi hingga jam 11 pagi. Seramai 10 atau lebih peserta (bergantung kepada keputusan juri) yang mengambil bahagian dalam pertandingan Metro Idol akan dipilih ke final yang diadakan keesokan harinya (Ahad), jam 4.30 petang.

Juara akan membawa pulang wang tunai RM500, tempat kedua (RM300) dan ketiga (RM200). Persembahan akhir diadili dua juri terdiri daripada Pengarang Hiburan Harian Metro, Roslen Fadzil dan Mimie daripada kumpulan One Nation Emcee.

Pertandingan ala ratu cantik, Gadis Metro pula menawarkan hadiah berupa wang tunai RM250 untuk juara, RM150 (Naib Juara) dan RM100 (tempat ketiga).
Pendaftaran pertandingan ini dibuka pada Sabtu bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.

Menyerikan aktiviti pada Sabtu di 'booth' Rap, tentunya sesi ramah mesra di antara artis dan pengunjung yang membabitkan kumpulan One Nation Emcee, Shila, Najwa, Adira dan Nashrin sekitar jam 3 petang.

Pada hari sama sebelah malam, akan berlangsung Konsert Gegaria yang dihoskan pelakon terkenal yang cukup berbakat, Didie Alias bermula jam 9 malam. Artis popular yang membuat persembahan ialah One Nation Emcee, Shila, Najwa, Adira dan Nashrin serta kumpulan Jinbara.

Pada Ahad (30 Oktober) pula, semua artis yang terbabit dalam konsert akan mengambil bahagian dalam senam irama dan sukaneka yang membabitkan pengunjung.

Program akan diadakan seawal jam 8.30 pagi.

Sebelah petang pula, aktiviti di booth kembali hangat dengan kemunculan dua pelakon cantik, Scha Al-Yahya dan Salina Saibi yang akan mempromosikan filem Aku Bukan Tomboy arahan Syamsul Yusof yang akan mula ditayangkan kepada umum pada 17 November.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Rumah paling mahal terbiar

Posted: 26 Oct 2011 09:06 AM PDT

MUMBAI: Rumah paling mahal di dunia kini terbiar kosong selepas pemiliknya enggan berpindah ke situ kerana takut ditimpa bala.

Bangunan 27 tingkat itu - dinamakan Antilia - adalah milik orang paling kaya di India dan tokoh kesembilan terkaya di dunia, Mukesh Ambani, dengan nilai kekayaan RM84.5 bilion.


Ketika ini, Antilia begitu menonjol di Mumbai sejak ia disiapkan tahun lalu.

Bagaimanapun, pelbagai spekulasi tersebar selepas Mukesh, isteri, Nita dan dua anak mereka tidak berpindah ke situ hingga kini.


Memiliki tiga tempat pendaratan helikopter, enam tingkat kawasan meletak kenderaan dan sejumlah taman tergantung, menurut penilaian vastu shastra - sejenis kepercayaan seperti feng shui - Antilia akan membawa nasib malang kepada penghuninya.


Laporan menyatakan, keluarga Mukesh bimbang apabila mendapati Antilia gagal mematuhi prinsip pembinaan yang direstui vastu shastra. Sumber berkata, Mukesh bertegas enggan mendiami bangunan itu kerana percaya dia dan keluarganya berdepan dengan sumpahan nasib malang.

Walaupun begitu, bangunan itu pernah digunakan untuk tayangan filem dan majlis makan malam dikendalikan kakitangan terlatih dari rangkaian hotel mewah Oberoi.


Menurut sumber, Mukesh akan kembali ke rumah sedia ada setiap kali majlis berkenaan selesai diadakan.

"Dia enggan bermalam di Antilia," katanya.


Menurut falsafah vastu yang digunakan dalam pembinaan kuil Hindu, sesebuah bangunan mesti menghadap matahari terbit.


Bahagian timur Antilia pula tidak memiliki tingkap atau ruang terbuka mencukupi bagi membolehkan penghuninya mendapat cahaya pagi mencukupi.


Ketika ini Mukesh dan kaum keluarganya masih tinggal di rumah lebih sederhana mereka - sebuah apartmen 14 tingkat di selatan Mumbai.


Sementara itu, jurucakap Mukesh mendakwa alasan mengapa bilionair itu enggan berpindah ke Antilia sekadar gosip liar. - DM

Full content generated by Get Full RSS.

Wanita bunuh 2 anak, suami, ibu tiri demi wang insurans

Posted: 26 Oct 2011 09:04 AM PDT

CHARLESTON (Carolina Selatan): Cubaan seorang ibu mendapatkan wang insurans dengan membunuh empat ahli keluarganya gagal, sebaliknya dia dihadapkan ke mahkamah, kata polis, semalam.

Sebelum itu, Susan Hendricks, 48, memberitahu polis, seorang daripada anak lelakinya membunuh tiga ahli keluarga mereka.


Kata Susan, anak lelakinya itu kemudian membunuh diri dalam kejadian pada 14 Oktober lalu.

Bagaimanapun, apabila polis pergi ke rumah Susan, siasatan dan bukti forensik mendapati Susan sebenarnya membohongi pihak berkuasa.


Akibatnya, berdasarkan bukti dan kenyataan ahli keluarga Susan, wanita terbabit ditahan di sebuah motel pada Isnin lalu dan didakwa membunuh dua anak lelaki, suami dan ibu tirinya.


Dia turut didakwa memiliki pistol yang digunakan ketika pembunuhan itu berlaku.

Pistol berkenaan ditemui pada Susan ketika dia ditahan.


Keluarga Susan berkata, wanita terbabit membunuh untuk mendapatkan wang insurans nyawa mangsa. - Reuters

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved