Sabtu, 16 Julai 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


‘Pegawai KDN’ rompak peniaga

Posted: 15 Jul 2011 10:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hanya dengan memberi alasan dia mengambil pekerja tanpa permit, seorang peniaga kedai runcit kerugian kira-kira RM2,400 selepas wang tunai, telefon bimbit, kad prabayar dan rokok dilarikan empat orang lelaki yang menyamar sebagai pegawai dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kejadian di Taman Cheras Utama, 16 Jun lalu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Maslina, 33, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.25 tengah malam itu, dia bersama seorang pekerjanya sedang sibuk mengemas barang jualan sebelum didatangi empat lelaki.


katanya, lelaki terbabit mendakwa mereka pegawai dari KDN selain lengkap memakai jaket yang mempunyai logo KDN dan memberi alasan mahu melakukan pemeriksaan ke atas kedainya kerana dipercayai menggaji pekerja asing tanpa permit.

Dia yang terkejut dengan alasan diberikan pada mulanya enggan memberi kerjasama sebelum seorang daripada mereka mengeluarkan 'kad kuasa' bagi meyakinkannya.


"Saya sangsi dengan alasan lelaki itu yang mengatakan saya menggaji pekerja asing tanpa permit sedangkan permit pekerja saya masih di Jabatan Imigresen untuk proses pembaharuan.


"Lelaki itu juga mengugut untuk membawa saya ke balai dan bakal dikenakan hukuman berat jika enggan memberi kerjasama," katanya.

Menurut Maslina, ketika sedang berbincang dengan seorang daripada mereka, tiga lelaki lain mengambil kesempatan menyelongkar peti simpanan tunai dan merampas wang tunai kira-kira RM1,100 dan rokok bernilai RM400 serta kad prabayar bernilai RM600 yang disimpan di dalam rak berdekatan kaunter.


Maslina berkata, lelaki itu turut meminta dia menyerahkan kad pengenalan dan lesen memandu dengan alasan untuk diperiksa, tetapi enggan menyerahkan semula kad pengenalan dan lesen memandunya itu walaupun diminta berkali-kali.

"Saya yang ketakutan cuba menghubungi suami untuk meminta pertolongan sebelum perbuatan saya itu disedari lelaki berkenaan dan merampas semua tiga telefon bimbit milik saya.


"Pekerja saya turut dipukul kerana tidak mendengar arahan," katanya.


Beliau berkata, lelaki itu yang menyedari kedai runcitnya itu dipasang kamera litar tertutup (CCTV) melarikan diri menggunakan kereta Proton Gen 2 yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.


Katanya, dia dan suami membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras keesokan harinya selepas menyedari lelaki yang datang ke kedainya hanya individu yang menyamar sebagai pegawai KDN.


"Saya berharap orang ramai yang didatangi individu yang mengaku dari mana-mana agensi agar meneliti terlebih dulu kad kuasa atau dokumen berkaitan agar tidak lagi menjadi mangsa.


"Taktik yang digunakan sangat licik dan penyamaran yang dilakukan mereka sukar dikesan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar gaduh dengan kekasih teguk air sabun

Posted: 15 Jul 2011 10:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hanya kerana bergaduh dengan teman wanitanya, seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun nyaris maut apabila meneguk hampir sebotol air sabun dalam kejadian di rumahnya di Desa Tasik Sungai Besi, di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa yang ditemui pengsan di tandas rumahnya dikejarkan ahli keluarganya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), di sini, untuk rawatan.


Difahamkan, remaja terbabit kini dilaporkan stabil.

Menurut sumber, berdasarkan keterangan diberikan mangsa kepada doktor, dia mendakwa mahu membunuh diri kerana bergaduh dengan teman wanitanya.


"Sebelum kejadian, mangsa memberitahu mengalami salah faham dengan teman wanitanya sebelum bertengkar ketika menghubunginya kira-kira jam 8 pagi.


"Mangsa yang cuba memujuk teman wanitanya itu untuk bertemu bagi menyelesaikan pertelingkahan berkenaan gagal sebelum mengugut mahu membunuh diri. Namun, teman wanitanya tidak percaya dengan ugutan berkenaan," katanya.

Sumber berkata, mangsa yang hilang kawalan kemudian menelan hampir sebotol air sabun sebelum pengsan.


"Dia dihantar ke PPUKM oleh ahli keluarganya sebaik menemuinya terbaring di atas lantai tandas," katanya.

Difahamkan, akibat perbuatannya itu, pihak hospital kini merujuk kes berkenaan kepada pakar psikiatri bagi menentukan tahap kesihatan sebenar pelajar terbabit.


Sehubungan itu, doktor terbabit membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Lagi tua lagi cinta

Posted: 15 Jul 2011 11:02 AM PDT

BALIK PULAU: Demi cinta, seorang lelaki warga emas yang ditahan kerana tuduhan berkhalwat sanggup meringkuk di dalam lokap selama lebih dua bulan kerana anaknya tidak mahu membayar wang ikat jamin kekasihnya.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya di sini, kira-kira jam 11 pagi kelmarin, lelaki itu 70-an yang bercucu dihadapkan ke mahkamah bersama teman wanitanya berusia 29 tahun atas tuduhan berkhalwat yang dilakukan mereka, Mei lalu.

Pendakwa Syarie, Mohd Saifullah Hamzah berkata, pertuduhan kes dibacakan di hadapan Hakim Zaini Abdul Rahim dan kedua-duanya faham serta mengaku bersalah atas kesalahandilakukan.

Menurutnya, lelaki itu memohon kepada mahkamah agar dilepaskan dengan jaminan selepas mengaku bersalah dan selepas menimbangkan rayuan tertuduh, mahkamah membenarkan kedua-duanya diikat jamin RM500 setiap seorang.


"Empat anak lelaki itu yang hadir sepanjang perbicaraan bersedia menjamin bapa mereka. Pada mulanya keadaan agak tenang, namun bertukar tegang apabila tertuduh meminta anaknya turut menjamin teman wanitanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Digelar gila kunyah kaca’

Posted: 15 Jul 2011 11:01 AM PDT

BATU teras gunung.
BATU teras gunung.

BUKIT BERUNTUNG: "Kami pernah digelar orang gila dan pengamal ilmu sesat kerana makan kaca," katanya pemandu treler, Johari Mohamad yang boleh mengunyah serpihan kaca tanpa mencederakan diri.

Selain Johari, 37, isterinya, Halimatussadiah Ghazali, 32, dan beberapa rakannya berkemampuan mengunyah serpihan kaca sama ada daripada lampu kalimantang atau cermin dihancurkan umpama menikmati kacang.

Johari berkata, dia boleh mengunyah kaca apabila memegang batu dipanggil 'teras gunung' yang didakwanya mempunyai pelbagai manfaat dalam bidang perubatan.

"Tapi perkara ini berlaku kerana kuasa Allah, bukan dari keyakinan terhadap batu itu, namun perkara begini menjadikan saya dan rakan yang mempunyai 'teras gunung' dipandang pelik segelintir orang.


"Batu ini ada keindahan dan manfaat tersendiri kepada orang yang mengetahuinya tetapi keyakinan mengenai itu tetap datang daripada Allah," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Datuk termuda di Britain

Posted: 15 Jul 2011 09:09 AM PDT

LONDON: SEORANG lelaki menjadi datuk paling muda di Britain pada usia 29 tahun selepas anak perempuannya melahirkan anak ketika berusia 14 tahun.

Shem Davies juga berusia 14 tahun ketika pertama kali dia menjadi bapa.


Kini anak perempuannya yang masih bersekolah, Tia melahirkan bayi perempuan seminggu sebelum hari lahirnya yang ke-15. Davies yang tidak bekerja - dan berpisah dengan ibu Tia iaitu Kelly tiga bulan selepas Tia dilahirkan - berkata dia sangat gembira dengan kelahiran cucunya.

Ava Grace diletakkan dalam inkubator selepas dilahirkan sepuluh minggu lebih awal - dengan berat kurang daripada 0.9 kilogram.


Namun, keluarga itu berkata Ava 'baik-baik saja' di unit rawatan khas bayi di mana dia dirawat di Bridgend, Wales Selatan. Davies berkata dia terkejut apabila Tia memberitahunya dia hamil hasil hubungan dengan teman lelakinya, Jordan Williams, 15.


Datuk - yang mempunyai anak lelaki berusia sembilan bulan dengan teman wanita barunya, Robyn Thomas berkata: "Pada satu minit Tia hanya bayi dan minit berikutnya dia hamil.

"Saya boleh mengherdiknya tetapi apa gunanya? "Saya tahu betapa sukarnya keadaan selepas ini kepada mereka kerana saya pernah melalui pengalaman sama pada usia itu.


"Saya tidak dapat menguruskan hal dengan baik ketika menjadi bapa ketika berusia 14 tahun.

"Saya tidak dapat menyesuaikan diri dengan situasi itu dan saya melarikan diri." Ibu Tia, pekerja kafeteria, Kelly, 30, berkata: "Mimpi ngeri saya ialah Tia akan mengulang kesilapan saya dan hamil pada usia muda.


"Saya selalu membebel kepadanya mengenai pencegahan kehamilan." Davies dan Kelly yang berasal dari Bridgend, masing-masing menyokong Tia ketika dia menjaga Ava - generasi keenam keluarga itu.


Seorang rakan keluarga itu berkata: "Ia sukar buat Tia kerana apa yang dia inginkan ialah memeluk bayinya seperti ibu baru yang lain. Tetapi Ava perlu berada dalam inkubator." Davies memberitahu temannya, dia belum lagi membasahkan kepala bayi itu sambil menambah: "Ia masih awal. Tunggu hingga dia keluar dari unit rawatan khas."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kereta buruk jadi Bugatti Veyron

Posted: 15 Jul 2011 09:07 AM PDT

MIAMI: Ia kelihatan seperti Bugatti Veyron bernilai AS$1.6 juta (RM4.8 juta) - tetapi kereta sport mewah ini boleh menjadi milik anda hanya pada harga $89,000 (RM267,000).

Peminat model Super Sport itu menukar kereta Ford buruk bernilai 1,000 pound (RM5,000) miliknya kepada Bugatti Veyron - yang kini dijual pada harga RM267,000.


Ketua stesen minyak, Mike Duke dari Florida menghabiskan masa sembilan bulan mengubah Ford Cougarnya kepada kereta merah hitam seperti kereta mewah itu.

Badan kereta yang direka khas menjadikan ia sukar dibezakan dengan Bugatti Veyron yang berharga satu juta pound (RM5 juta) dan ruang dalamannya sudah diubah dan dibalut dengan kulit.


Namun enjinnya adalah enjin Ford Cougar model V6 2.5 liter, bermakna kuasa yang jauh lebih rendah berbanding enjin Bugatti Veyron yang mempunyai enjin 1,000 kuasa kuda dengan 8 liter.


Ini bermakna kelajuan 0-62 batu sejam dalam tempoh 8.2 saat dan kelajuan tertinggi 140 batu sejam - ketinggalan daripada kelajuan 253 batu sejam dalam 2.5 saat pemanduan oleh Bugatti Veyron.

Duke berkata: "Saya mahu wajah jutaan dolar tanpa bil pembaikan, insurans dan kos tinggi lain.


"Pemanduannya lancar tanpa masalah dan jika ada masalah pembaikan pun pastinya ia tidak memerlukan kos tinggi.

"Saya sangat gembira dengan hasil usaha saya dan sudah tentu lebih banyak komen daripada yang dijangkakan saya terima ketika memandu kereta itu.


"Saya mahu berhati-hati untuk tidak menggelar kereta ini Bugatti - ia Ford Cougar yang diubah suai.


"Namun, ia kelihatan lebih baik berbanding Cougar dan kerana ia bukan Veyron, ia masih cukup laju.


Duke tidak mahu mendedahkan kos pengubahsuian itu tetapi ia dijangka melebihi 20,000 pound (RM100,000) untuk kerja kerasnya selama sembilan bulan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Nyanyi lagu dialek tempatan

Posted: 15 Jul 2011 06:13 AM PDT

DALAM usia muda, Muhammad Aizat Amdan atau Aizat, 22, sudah mengecapi pelbagai kejayaan besar. Lebih daripada itu, anugerah prestij sudah dimenangi, sekali gus meletakkan namanya sebaris penyanyi ternama sedia ada.

Sebelum ini ramai skeptikal apabila penyanyi berasal dari Ampang, Kuala Lumpur ini muncul dalam persada seni apabila menyertai rancangan realiti popular, Akademi Fantasia musim keempat (AF4). Ramai memperkatakan saiz badannya yang besar hingga mempersoalkan kemampuannya untuk menambat hati peminat.

Sedar dalam industri muzik tempatan imej turut memainkan peranan penting, Aizat berusaha keras menguruskan badan dan memastikan dia cukup pakej apabila tampil dengan album sulung, Percubaan Pertama. Lima tahun berlalu, penyanyi yang melonjak namanya menerusi lagu Kau Aku itu kini tidak lagi menoleh ke belakang.

Kemampuan diri juga sudah dibuktikan dengan Konsert Solo yang pertama, Urusan Aizat Amdan - Live In Damansara. Hampir 700 peminat setia memenuhi dewan Bentley Music, Damansara Utama.


Sewaktu perancangan mengadakan konsert terbabit, Aizat turut menjelaskan, dia mahu menjelajah ke seluruh tanah air terutama Sabah dan Sarawak. Katanya, dia mahu sejumlah peminat besarnya di sana turut merasai sendiri persembahan dilakukan.


Hampir empat bulan sepi tanpa perkhabaran, akhirnya Aizat berkata, konsert dirancang syarikat rakamannya, Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd (KGESB), bakal terlaksana.

Ia dimulakan dengan Konsert Borneo Tour - Urusan Aizat Amdan - Live In Kuching pada 16 Julai ini di Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak. Selepas itu, persembahan sama akan diadakan di Dewan KDCA, Penampang, Kota Kinabalu, Sabah pada 22 Julai ini.

Dalam pertemuan itu, ternyata Aizat gembira dengan perkembangan itu dan dia berasa teruja untuk mengadakan persembahan. Bagaimanapun, kata Aizat, untuk merealisasikan konsert terbabit tidak mudah, segala usaha dijalankan dengan gerak kerja terperinci. Lebih penting, dia sendiri selaku penyanyi turut turun padang untuk mempromosikan konsert bakal diadakan.

"Hampir dua minggu juga saya bersama kakitangan (KGESB) mengadakan promosi jelajah di Sarawak dan Sabah. Setakat ini sambutan amat menggalakkan.

"Seronoknya apabila mengadakan promosi di sana, saya juga dapat berkenalan dengan pihak di sana, sekali gus membuka lagi ruang untuk saya menjalinkan kerjasama. Saya mengharapkan apa yang diusahakan ini mendapat sambutan," katanya.

Bercerita lanjut, jelas Aizat, untuk merealisasikan impiannya itu agak mencabar. Seperti yang diperjelaskan sebelum ini, paling payah adalah untuk mendapatkan penaja.

"Kerana itu, kami tidak mahu menghebohkan terlebih dulu mengenai konsert diadakan selagi ia belum pasti. Bimbang kalau saya asyik bercerita tetapi kesudahannya ia gagal direalisasikan. Syukur apabila DiGi dan Firefly bertindak selaku penaja utama. Sekurang-kurangnya ia dapat menampung belanja besar diperlukan.

"Saya sendiri turut berusaha keras sebaik urusan penajaan berjaya diselesaikan dengan menguar-uarkan di seluruh laman sosial yang saya ada. Menerusi maklum balas diberikan, peminat di sana juga tidak sabar mahu hadir menyaksikan konsert bakal diadakan," katanya.

Menyentuh mengenai konsep persembahan, jelas Aizat, ia tidak akan sama dengan konsert yang diadakan di Damansara, terutama dari sudut pemilihan lagu dan pemuzik yang dibawa.

"Ia tidaklah sebesar konsert di Kuala Lumpur, tetapi ia tidak mengurangkan suasana konsep persembahan. Menariknya dalam persembahan ini nanti, saya turut menampilkan beberapa penyanyi tempatan di setiap negeri. Mengambil contoh di Sabah, saya turut mendendangkan satu lagu dalam dialek tempatan dan bergandingan dengan penyanyi Jimmy Palikat, pak cik kepada Nikki Palikat. Dia ada satu lagu yang sedang popular di sana," katanya.

Selain itu dalam konsert ini juga, Aizat akan menampilkan penyanyi pertama yang bernaung di bawah syarikat KGESB, iaitu bintang Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9), Mohamad Amirullah Jahari atau Amir berasal dari Sarawak.

"Saya memilih Amir untuk bernaung di bawah syarikat saya kerana yakin dengan kemampuannya. Bakatnya juga besar. Bayangkan berbekalkan gitarnya saja, dia mampu menghiburkan orang ramai. Saya percaya kebolehan dimiliki diperoleh daripada kerja kerasnya selama ini yang sangat mencintai muzik. Dia juga seorang pemuzik jalanan jadi pengalamannya sangat luas. Single yang dihasilkan Amir sendiri sudah siap, dan ia akan diperdengarkan kepada peminat pada konsert itu nanti," katanya.

Dalam menjayakan konsert ini, jelas Aizat, sebagai persediaan dia banyak bermuhasabah diri, terutama melihat apa yang harus dilakukan. Baginya apa yang penting adalah memberi fokus dan tidak panik. Dia juga tidak mahu mengikut emosi kerana bimbang persembahan dilakukan dianggap syok sendiri.

"Persembahan diadakan itu nanti lebih kepada untuk menghiburkan peminat. Itu adalah tanggungjawab saya dan ia harus dilaksanakan dengan sempurna," katanya.

Jelas Aizat lagi, pihaknya turut menjalin kerjasama dengan Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia dan 10 pertubuhan kebajikan lain bagi mengutip dana kebajikan Tabung Taman Harapan. Ia digunakan untuk membina Taman Harapan yang berupa satu konsep pembangunan hartanah pertama di Malaysia dan menjadikan kebajikan sebagai matlamat utama.

Setiap RM5 daripada hasil jualan tiket akan disalurkan ke Tabung Taman Harapan Malaysia. Bagi tujuan ini, pihak KGE dan YHKM sedang berusaha untuk mendapatkan dan mengalu-alukan mana-mana badan berminat untuk membiayai pembelian tiket konsert bagi disalurkan ke tabung terbabit.

PROFIL:

NAMA PENUH: Muhammad Aizat Amdan
PANGGILAN: Aizat
ASAL: Ampang, Kuala Lumpur
TARIKH LAHIR: 21 Januari 1989
UMUR: 22 tahun
HOBI: Mencipta Lagu dan Lirik
PENYANYI IDOLA: Once
ALBUM: Percubaan Pertama dan Urusan Aizat Amdan

PENCAPAIAN: Lagu Terbaik (Pergi) dan Persembahan Terbaik (Kau Aku), Anugerah Juara Lagu Ke 24 (AJL24); Vokal Lelaki Terbaik Dalam Album Anugerah Industri Muzik Ke-16 (AIM 16)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Teater patriotik

Posted: 15 Jul 2011 06:00 AM PDT

NAMA Datuk Bahaman tercatat dalam sejarah Melayu sebagai pahlawan unggul yang tiada tolok bandingnya dalam memperjuangkan maruah bangsa serta tanah air, sekali gus menjunjung kesultanan Pahang pada zaman kegemilangannya dulu.

Justeru, tidak hairanlah Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Pahang dengan kerjasama produksi Antara Teroka Sdn Bhd (ATSB) memilih untuk mengangkat perjuangan Datuk Bahaman ke pentas teater untuk menjadi pembakar semangat pada generasi akan datang.

Ketika ditemui, pengarah teater ini, Rahman Adam berkata, dia memang berminat mengarahkan cerita sejarah dan teater patriotik sejak dulu.

"Sekalipun saya berasal dari Melaka dan bukan anak Pahang, saya tetap berminat untuk mengangkat sejarah pahlawan Pahang ini. Selepas Datuk Bahaman, mungkin kami akan pentaskan sejarah Melaka dan negeri lain pula pada masa depan.


"Justeru, saya terus menyahut cabaran besar untuk mengarahkan teater ini dengan kerjasama ATSB dan Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Pahang bagi merealisasikan teater muzikal Datuk Bahaman ini," katanya.


Ditanya kenapa perancangan mementaskan muzikal Datuk Bahaman mengambil tempoh yang lama, kata Rahman, pihaknya mengambil tempoh hampir setahun untuk merancang dan membuat persiapan teliti bagi mementaskan teater ini.

"Pihak kami mengambil sedikit masa kerana perlu membuat kajian lebih mendalam mengenai sejarah Datuk Bahaman itu.

Muzikal ini adalah teater patriotik dan pihak kami tidak mahu ada salah fakta membabitkan tokoh pahlawan yang unggul sepertinya," katanya.

Rahman ditemui pada sidang media memperkenalkan barisan pelakon teater muzikal Bahaman yang berlangsung di Bora Asmara, Jalan Sungai Penchala, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Pahang, Datuk Seri Wan Abd Wahid Wan Hassan. Barisan pelakon teater muzikal Bahaman ialah Zul Huzaimy (Bahaman), Datuk Rahim Razali (Imam Noh), Razali Hussain (Katib), Almy Nadia (Wan Rohani), Geofrey Perrin Williams (Hugh Clifford), Baharuddin Omar (Bilal), Radhi Khalid (Tok Ku Paloh) dan Julia Zeigler (Putih).

Tidak ketinggalan, Rosli Rahman (Man Bera), Roslan Madun (Awang), Feeda Ibrahim (Siti Anom), Mas Intan Amalina (Maziah).

Roslina Baharim (Rokiah), Nur Asmidar Ahmad (Cik Embun) dan Sultan Ahmad (Shukor Ibrahim).

Mengulas lanjut dari segi pemilihan barisan pelakon teater itu pula, tambah Rahman lagi, pihaknya juga memilih pelakon selepas buat sesi uji bakat terlebih dulu.

"Maklumlah, bukan mudah untuk berlakon dalam filem sejarah dan pelakon yang dipilih juga perlu benar-benar berkaliber untuk memegang watak Datuk Bahaman. Selepas uji bakat, kami sepakat memilih pelakon Zul Huzaimy untuk beraksi sebagai teraju utama muzikal ini.

"Begitu juga dengan pemilihan pelakon untuk watak pembantu yang masing-masing memainkan peranan penting memastikan kejayaan teater yang dijangka dipentaskan di Istana Budaya pada Januari depan," katanya.

Teater Muzikal Bahaman adalah sebuah epik mengenai perjuangan seorang wira iaitu Bahaman. Beliau adalah wira Pahang yang juga pemilik nama sebenar Inderapura. Bahaman yang mengetuai sekumpulan pejuang bangsa ketika itu mara menentang penjajahan British yang mula bertapak di bumi Pahang.

Perjuangan Bahaman dan kawan-kawannya, Mat Kilau, Mat Lela dan lain-lagi tercatat sebagai salah satu perjuangan membela bangsa dan tanah air daripada pencerobohan musuh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


‘Sokonglah Malaysia’

Posted: 15 Jul 2011 09:45 AM PDT

KETUA jurulatih negara, Datuk K Rajagobal menggesa peminat tempatan mempamerkan semangat patriotik apabila hadir menyaksikan perlawanan persahabatan Harimau Malaya menentang Liverpool petang ini.

Pengendali yang menjulang Piala AFF 2010 dan pingat emas Sukan Sea 2009 itu jelas kurang senang dengan suasana 'Gelombang Merah' yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil ketika menentang Arsenal pada Rabu lalu.


"Saya mengharapkan mereka akan lebih patriotik kali ini. Saya menasihatkan mereka untuk memakai jersi biru (jersi kedua Malaysia) namun saya tidak melarang mereka untuk menyokong kelab luar.

"Saya tidak faham dalam keadaan genting seperti ini kenapa mereka tidak menyokong skuad negara. Mereka perlu berfikir dengan bijak untuk membandingkan pasukan mana yang lebih penting untuk disokong," katanya.


Tambahnya ia mungkin memberi impak positif untuk pemain negara bangkit memberikan tentangan kepada lawan, malah pemain luar (Arsenal) memuji aksi pemain negara yang menggambarkan permainan Malaysia bagus pada separuh masa pertama.


"Gol mudah dan sepakan penalti pada peringkat awal mengubah permainan. Peminat perlu faham Malaysia adalah negara mereka namun bukan semuanya bersikap seperti itu kerana ia membabitkan sebahagian peminat saja," katanya.

Rajagobal menggalas tugas berat petang ini untuk mengembalikan semula rentak sebenar permainan Harimau Malaya selepas aksi hambar menentang Arsenal sehingga diaib dengan kekalahan 4-0.


Beliau dijangka membuat beberapa perubahan dalam kesebelasan utama terutamanya bagi menggantikan pemain pertahanan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak dan penyerang berbisanya, Norshahrul Idlan Talaha.

Antara yang mungkin mendapat kepercayaan untuk berada dalam kesebelasan utama adalah gandingkan penyerang Ahmad Fakri Saarani dan Abdul Hadi Yahaya selain memasukkan pemain sayap kanan, Baddrol Bakhtiar serta Mohd Muslim Ahmad menggantikan Mohd Aidil Zafuan.


Mohd Safee Sali pula berkemungkinan turun sebagai pemain gantian kerana Rajagobal pastinya tidak mahu kehilangan penyerang Pelita Jaya itu selepas kecederaan hamstring Norshahrul masih tidak menentu.


"Saya masih mempunyai Izzaq Faris Ramlan yang baru dipanggil bagi membantu jentera serangan selain Ismail Faruqi. Sekiranya diturunkan ini adalah peluang untuk kedua-duanya membuktikan sesuatu bagi diserap dalam skuad ke Singapura," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Liverpool waspada

Posted: 15 Jul 2011 09:40 AM PDT

SKUAD negara perlu berkerja keras jika mahu menembusi kubu Liverpool kerana kelab gergasi Inggeris itu kini lebih berwaspada selepas hampir dimalukan kelab China, Guangdong Sunray Cave dalam aksi pertama Jelajah Asia 2011.

Pada perlawanan di Guangzhou, Rabu lalu skuad kendalian Kenny Dalglish itu selesa mendahului 4-1 namun di penghujung permainan, benteng mereka dibolosi dua gol untuk keputusan 4-3.


Pemain pertahanan kanan, Martin Kelly yang tidak sabar untuk beraksi di depan ribuan peminat The Reds di Stadium Nasional Bukit Jalil, petang ini menjangkakan tentangan sengit Malaysia.

"Sangat gembira berada di sini, sambutan peminat sangat hebat. Walaupun cuaca agak panas, saya fikir kami boleh menyesuaikan diri.


"Perlawanan esok (hari ini) pasti menarik kerana saya jangkakan ramai penonton yang akan datang. Kami sudah melakukan persiapan rapi dan pastinya kami mengharapkan kemenangan," katanya yang beraksi sebagai pemain gantian dalam perlawanan dengan Guangdong Sunray Cave.


Kelly pemain muda berusia 21 tahun yang diberi peluang beraksi dalam beberapa perlawanan penting oleh Dalglish musim lalu ditemui pada sidang media sesi bertemu peminat adidas semalam.

Turut hadir pada majlis itu, penyerang Belanda, Dirk Kuyt, pemain baru Charlie Adam dan pemain pertahanan kiri, Jack Robinson yang meluangkan masa bermesra dengan lebih 150 peminat.


Ini kali pertama Liverpool, juara liga 18 kali bertandang ke Kuala Lumpur dalam siri jelajah pra musim.

Bagaimanapun, The Reds kemungkinan bakal beraksi tanpa Kenny Dalglish kerana pengurus itu dikhabarkan pulang ke England kelmarin atas urusan untuk memuktamadkan perpindahan pemain sayap England, Stewart Downing dari Aston Villa.


Bagi skuad negara pula, aksi dengan Liverpool adalah persiapan terakhir sebelum menghadapi Singapura pada perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Stadium Jalan Besar, 23 Julai ini.


Ini kali kedua dalam tempoh empat hari mereka bertemu kelab Liga Perdana Inggeris selepas tumpas 0-4 kepada Arsenal, Rabu lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved