Sabtu, 20 Ogos 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Lembik dalam hutan

Posted: 19 Aug 2011 09:51 AM PDT

GOMBAK: Seorang lelaki ditahan hampir lima jam di kawasan hutan menghala Genting Highlands sebelum dibelasah hingga 'lembik' oleh lapan lelaki gara-gara dituduh mencuri barang kemas bernilai RM100,000, kelmarin.

Malah, mangsa, Nanthakumaran, 31, turut tidak diberi makan dan minum ketika ditahan selain diseksa, malah mereka juga mengugut akan membunuh anak dan merogol isterinya jika tidak mengaku mencuri barangan milik sepupunya.


Rayuan mangsa yang berulang kali minta dibebas dan menafikan mencuri barangan kemas seperti didakwa lelaki itu tidak dilayan, malah mereka berulang kali memukulnya menggunakan batu-bata dan topi keledar.

Akibat kejadian itu, mangsa menerima beberapa jahitan di kepala, cedera di mata dan seluruh badan dan kini terlantar di Hospital Selayang.


Nanthakumaran berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri dan anak menziarahi kakaknya di Bandar Baru Selayang, kira-kira jam 3.30 petang.


Bagaimanapun, selang beberapa minit kemudian datang lapan lelaki yang mendakwa rakan sepupunya membuat bising dan merosakkan pintu pagar rumah.

"Tidak cukup dengan itu mereka menceroboh masuk dalam rumah dan memukul isteri saya dengan topi keledar berulang kali.


"Selepas itu mereka datang ke arah saya dan memukul dengan batu-bata dan topi keledar di kepala hingga berdarah," katanya ketika ditemui selepas menjalani pembedahan, semalam.

Beliau berkata, lelaki itu memberitahu diupah sepupunya kerana tidak berpuas hati barang kemasnya dicuri.


"Saya yang tidak tahu-menahu kejadian terbabit menafikan mengambil barang kemas itu menyebabkan mereka bertambah marah dan menarik saya keluar dan membawa ke Genting Highlands sebelum berhenti di dalam hutan.


"Ketika itu mereka memukul saya berulang kali dengan batu-bata dan topi keledar hingga baju saya berlumuran darah," katanya.


Katanya, dia juga memberitahu jika benar dia mencuri mereka sepatutnya membuat laporan polis, namun kesal apabila tidak dilayan, malah mereka membelasahnya hingga pengsan.


"Saya tersedar apabila isteri dan polis membantu menghantar saya ke Hospital Selayang selepas mereka meninggalkan saya di Balai Polis Bukit Idaman," katanya.


Sementara itu, isteri mangsa, Janes Linda Muthusamy, berkata ketika mendapat berita suaminya sudah dijumpai, dia bergegas ke balai polis berkenaan dan terkejut apabila melihat keadaan wajah suami yang teruk dan bengkak akibat dihentak dengan topi keledar dan batu-bata.


"Saya tidak mampu berkata-kata apa-apa dan sedih melihat keadaan suami kerana mereka sanggup bertindak kejam membelasahnya tanpa usul periksa.


"Sepatutnya mereka menyerahkan kes ini kepada polis jika benar suami saya mencuri dan bukan bertindak sendiri," katanya.


Dia membuat laporan di Balai Polis Selayang selepas suaminya dibawa lari kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan beliau berkata suspek adalah saudara mangsa.


Menurutnya, saudara mangsa juga sudah ditahan polis bagi membantu siasatan manakala lelaki yang diupah memukul masih diburu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

11 lelaki asing ditahan

Posted: 19 Aug 2011 09:46 AM PDT

SHAH ALAM: Polis Selangor menemui petunjuk baru berhubung kes penemuan mayat seorang wanita dan kanak-kanak yang dikerat dan dibuang dalam mangkuk tandas di Taman Kosas, Ampang, awal bulan lalu dengan penangkapan 11 lelaki warga asing, baru-baru ini.

Semua suspek itu ialah 10 lelaki Bangladesh dan seorang lelaki Indonesia yang mengaku suami mangsa. Semua suspek direman sehingga Isnin depan dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Polis turut menemui dua pisau, dua pasu bunga dan dua batang mop yang dipercayai bahan bukti bagi membantu menyelesaikan kes pembunuhan kejam itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah (gambar), berkata pihaknya kini menunggu pengesahan daripada hospital bagi melengkapkan laporan siasatan kes.


"Namun, sehingga kini polis belum dapat mengesahkan motif kejadian dan persoalan lain seperti sama ada kanak-kanak lelaki itu anak mangsa, lelaki Indonesia itu suaminya dan lain-lain.


"Selepas laporan hospital dan pihak Jabatan Kimia diserahkan baru segala persoalan itu dapat dijawab dan kami akan beritahu media.

"Saya ingin membetulkan fakta lelaki yang mengaku suami mangsa bukan warga tempatan atau orang Sabah, tetapi warga Indonesia,'' katanya.


Menurut Mohd Adnan, semua lelaki Bangladesh yang ditahan menetap di pangsapuri tempat mayat mangsa ditemui sementara butir mengenai lelaki Indonesia itu belum boleh didedahkan.

Pada 3 Ogos lalu, beberapa keratan tubuh dan organ manusia termasuk usus ditemui dalam beberapa beg plastik di dalam mangkuk tandas di sebuah unit di tingkat lima Pangsapuri Astaria, Taman Kosas.


Selepas siasatan awal, polis mengesahkan semua beg plastik itu mengandungi keratan mayat seorang wanita warga asing berumur 30-an dan seorang kanak-kanak lelaki.


Dalam kes berasingan, polis menahan tiga suspek termasuk seorang warga Bangladesh yang disyaki terbabit kes seorang pemberi hutang atau along yang ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di bilik air sebuah premis kopitiam di kawasan Petaling Jaya Commercial City (PJCC) di Petaling Jaya pada Isnin lalu akibat ditetak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Rozita doa agar temui jodoh

Posted: 19 Aug 2011 07:32 AM PDT

BIARPUN pernah menafikan hubungan mereka tidak membabitkan soal hati mahupun perasaan dan hanya sekadar teman rapat, perkara itu masih sukar untuk dipercayai wartawan serta peminat.

Masalahnya, apa juga yang berlaku ke atas Rozita Abu Bakar atau Rozita Che Wan, 39, pasti juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Shahir akan tahu dan begitulah sebaliknya.

Lumrahnya, hanya mereka yang ada hubungan istimewa saja akan tahu apa saja perkara yang berlaku kepada pasangannya kecuali kalau antara mereka cuba merahsiakan sesuatu dek takut ada yang cemburu atau sudah curang.

Jika benar Shahir dan Rozita tiada perasaan cinta, masakan pelakon utama filem 4 Madu itu tahu apa yang berlaku kepada sahabatnya itu yang mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia seni buat sementara.


Sewaktu ditemui pada majlis pelancaran saluran baru dan program menarik sempena musim perayaan anjuran Astro di Restoran Saloma, baru-baru ini, pelakon jelita itu menjelaskan Shahir tidak akan meninggalkan dunia seni sebaliknya membuat keputusan untuk berehat buat seketika saja.


Rozita baru saja pulang dari menunaikan umrah pada 14 Ramadan lalu menjelaskan bahawa Shahir ada memberitahu sebab utama mengapa dia mengambil keputusan terbabit.

"Bagaimanapun, ingin saya tegaskan di sini, keputusan bersara itu tidak benar. Perkara itu timbul akibat salah faham. Shahir hanya berehat dan perlukan masa untuk menenangkan diri. Masa yang diambil juga tidak panjang kira-kira dua bulan hingga enam bulan.

"Pada saya sendiri secara peribadi artis berehat panjang bukan masalah besar. Perkara itu biasa dilakukan orang lain sebelum ini termasuk saya dan tidak sepatutnya ia dijadikan isu panas," katanya.

Tambah Rozita, sebagai manusia kita hanya mampu merancang tetapi segala ditentukan Allah s.w.t. Mengambil contoh dirinya sendiri yang sebelum ini pernah mengambil keputusan sama, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Sebaik dia mengumumkan mahu bersara, tawaran berlakon datang mencurah-curah sehingga tidak dapat menolaknya. Apatah lagi sebagai pelakon dia berpeluang melakonkan watak penuh mencabar.

Rozita turut menafikan apa yang dilakukan Shahir itu adalah atas nasihat dan tunjuk ajarnya, sebaliknya ia datang daripada diri penyanyi lagu Luar Biasa itu sendiri. Malah, pelakon berasal dari Alor Setar, Kedah itu sudah pun dimaklumkan Shahir sendiri sebab mengapa dia berbuat demikian.

Didesak apakah punca yang menyebabkan jejaka berasal dari Ipoh, Perak itu membuat keputusan itu seperti apa yang diberitahu kepadanya, kata Rozita biarlah ia menjadi rahsia antara mereka berdua.

"Saya tak boleh beritahu kepada media kerana ini amanah. Bagaimanapun, apa yang boleh saya katakan, berilah dia (Shahir) masa. Apa juga keputusan yang diambil adalah haknya. Sebagai teman rapat, saya akan memberikan sokongan.

"Bukan itu saja, kita juga perlu menghormati keputusan dibuat. Kalau benar pun ia berkaitan dengan masalah dihadapi, kita tidak boleh mendesak. Cerita sebelum ini yang digembar-gemburkan membabitkan keputusan dibuat Shahir dilihat memang sangat menekan, jadi atas alasan itu saya nasihatkan agar semua pihak memberikan ruang kepada Shahir," katanya.

Sewaktu menghadiri majlis diadakan Rozita seperti biasa kelihatan begitu cantik dengan penampilan serba hitam. Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian hadirin apabila dia tampil menutup rambut. Adakah ia menjadi petanda bahawa pelakon Kiah Beraya dan akan disiarkan di Astro Warna Aidilfitri nanti akan berhijrah dan sekali gus bertudung?

"Owh... saya bertudung ini disebabkan mahu menghormati keadaan memandangkan semalam (14 Ogos) saya barunya pulang dari menunaikan umrah. Bagaimanapun, sebenarnya susah untuk saya terus kekal bertudung kerana tuntutan kerja. Seperti minggu hadapan saya akan kembali ke lokasi dan watak dipegang tidak begitu mengizinkan.

"Bagaimanapun, insya-Allah kalau tiba masa dan izin-Nya pasti saya akan bertudung juga nanti. Waktu sama saya mengharapkan peminat mendoakan yang terbaik untuk saya," katanya.

Bercerita mengenai ibadat umrah yang dilakukan kali kelima tahun ini jelas Rozita dia bersyukur kerana segala urusannya berjalan lancar walaupun terdapat beberapa dugaan termasuk jumlah jemaah yang terlalu ramai sehingga pihak berkuasa di Tanah Suci terpaksa bertindak tegas bagi memastikan segala urusan berjalan lancar.

"Memanglah saya dengar juga cerita di sana ada jemaah yang dihalau pulang agar bersembahyang di bilik saja. Saya bagaimanapun bersyukur kerana apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna. Selain itu saya pastikan sejam sebelum masuk waktu saya sudah berada di dalam masjid," katanya.

Lebih menarik pemergiannya kali ini turut ditemani bonda tersayang. Sementara anak-anak ditinggalkan buat sementara bersama bekas suami.

"Sepanjang menunaikan ibadat itu sudah tentu saya mengambil kesempatan itu untuk berdoa. Kata orang doa kita di hadapan Kaabah sangat dekat dengan doa kita kepada Tuhan.

"Macam-macam yang saya doakan termasuklah diberikan kekuatan, kesihatan berpanjangan, rezeki dan termasuklah soal jodoh. Maklumlah saya sendiri tidak sanggup untuk terus beraya seorang diri. Harap-harap biarlah Aidilfitri tahun ini menjadi hari raya terakhir saya sambut berseorangan. Mudah-mudahan apa yang saya doakan itu akan dimakbulkan Allah," katanya seraya mengakhiri perbualan.

PROFIL

Nama Penuh: Rozita Abu Bakar @ Che Wan
Panggilan: Rozita Che Wan
Tarikh Lahir: 9 Mac 1971
Usia: 39 tahun
Asal: Alor Setar, Kedah
Adik-Beradik: Anak kedua daripada tujuh beradik
Kerjaya: Pelakon dan model
Status: Ibu tunggal
Anak: Ammar Effendy, 12, dan Aniq Ezzra, 10 tahun.
Filem: 4 Madu
Drama: Cinta Terhalang, Manjalara, Sesuci Cinta Sofia, Jelatang, Susuk 2, Anissa, Ayyad, Hati, Cerciter Cinta, Iparku Diva, Goyang Syafiq, Kiah Beraya Solo, Kiah Pekasam, Hilang, Dewi Di Sebalik Cermin, Sesuci Cinta Sofiya, Hati Yang Terpinggir, Bila Suami Jadi Suri, Pontianak Beraya di Kampung Batu.
Iklan: Petronas, 999, Rorine

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kerjasama serantau Prism

Posted: 19 Aug 2011 05:36 AM PDT

SEKALIPUN pernah wujud spekulasi ketelusan Performers And Artistes Rights (M) Sdn Bhd (Prism) diragui penggiat seni berkaitan isu pengagihan royalti, namun ia sedikit pun tidak mematahkan semangat organisasi ini untuk meneruskan perjuangan dipikul.

Sehubungan itu, menyedari perkembangan hak artis dan pemuzik rakaman yang kini semakin mendapat perhatian negara-negara Asia, Prism mengambil inisiatif perkukuh kerjasama serantau dengan badan bertanggungjawab di beberapa negara asing.

Antaranya, Prisim menjalin kerjasama dengan pihak Copyrigh Association of Chinese Entertainers (CACE) dari negara Taiwan pada 23 Jun lalu. Kemudian, diikuti pula perjanjian kerjasama dengan Performers Rights Society Of Indonesia (Prisindo) pada 30 Julai lalu.

Ditubuhkan pada Mac tahun lalu, Prisindo adalah badan yang bertanggungjawab menjaga hak artis dan pemuzik Indonesia dengan bantuan badan antarabangsa seperti The Societies' Council for the Collective Management of Performers' Rights (SCAPR) dan International Federation Of Musicans (FIM).


Perjanjian dua hala itu ditandatangani seiring dengan perkembangan hak artis dan pemuzik rakaman negara Asia. Apapun, langkah sama sudah dilakukan Prism bersama beberapa negara lain yang melihat kerjasama ini mampu membawa impak positif.


Sebelum ini, Prism sudah mendapat mandat dan perjanjian dengan badan kutipan royalti seperti SAMI dari Sweden, GRAMEX DK (Denmark), STOART (Poland), HUZIP (Crotia), APPOLON (Greek), AGATA (Lithonia), RAUPI (Russia) serta OBERIH (Ukraine).

Tidak ketinggalan kerjasama itu turut dijalin dengan pihak EEL dari Estonia, SWISSPERFORM (Switzerland), CREDIDAM (Romania), LSG (Austria), INTERGRAM (Czech Republic), SLOVGRAM (Slovakia), LAIPA (Latvia), CMA (China) dan HKPAG (Hong Kong).

Langkah selanjutnya Prism akan terus berusaha untuk membuat perjanjian dengan pihak PPL dari United Kingdom, SOUNDEXCHANGE (Amerika Syarikat), CPRA (Jepun), FKMP (Korea Selatan), SPEDIDAM (Perancis), AIE (Sepanyol) dan ZAVOD (Slovenija).

Oleh itu, pada awal Jun lalu, Prism mula menggunakan sistem 'vericast' di mana kaedah ini boleh mengenal pasti dengan tepat penggunaan lagu-lagu yang di siarkan di stesen radio tempatan. Justeru, ia membolehkan pengagihan royalti dilakukan secara telus dan berkesan mengikut kadar penyiaran lagu.

Berdasarkan kaedah diperkenalkan Prism ini, Malaysia adalah negara pertama di Asia yang menggunakan sistem 'vericast' yang telus dan tepat. Ia nyata kejayaan besar dalam usaha untuk memantapkan lagi pengurusan pengagihan royalti pada penggiat seni.

Pengurus Besar Prism, Ong Peng Chu berkata kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana berusaha untuk meminda akta hak cipta terutama hak artis dan pemuzik untuk perlindungan yang lebih luas kepada mereka.

"Sejak 2004 lagi, Prism sudah mula mengemukakan cadangan bagi pindaan Akta Hak cipta 1987 untuk menuruti piawaian antarabangsa seperti yang diperuntukkan dalam Artikel 15(1) dan Artikel 15(2) WIPO Performers And Phonograms Treaty (WPPT).

"Artikel itu membenarkan pelaku dan penerbit fonogram menerima royalti yang sama rata apabila persembahan dan fonogram yang sudah direkodkan disiarkan di radio atau dipersembahkan di tempat awam. Malah, undang-undang sedia ada kini tidak adil.

"Terutamanya, dalam Artikel 16A(2) yang menyatakan artis dan pemuzik akan hilang segala hak ekslusif apabila mereka memberikan persetujuan bagi penetapan atau rakaman. Justeru, dengan sistem baru ini harapan kami nyata cukup besar," katanya.

Peng Chu berkata Prisim sebagai badan bertanggungjawab mengagihkan royalti berharap kali ini kerajaan akan menuruti piawaian antarabangsa yang dicadangkan demi kepentingan dan perlindungan hak artis dan pemuzik rakaman tanah air.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Isteri kaki lelaki

Posted: 19 Aug 2011 10:11 AM PDT

JOHOR BAHRU: "Saya terpaksa membuat pendedahan mengenai sikap isteri yang mengikis wang kekasihnya bagi menyelamatkan lebih 10 lelaki yang dijeratnya," dakwa Nawab, 36, di sini, semalam.

Menurut Nuar, isterinya, Nadia yang bekerja kilang sesuai digelar 'playgirl' berikutan sikapnya yang gemar memikat dan memperdaya lelaki tanpa mengira status mereka untuk dikikis.

Nawab yang tinggal di Larkin mendakwa Nadia mengaku bujang untuk memastikan dirinya sentiasa laku ketika menjerat mangsa.

"Sejak berkahwin dengan Nadia kira-kira lima bulan lalu, saya tak pernah mengesyaki perangainya yang 'kaki lelaki'.


Nadia sering menghabiskan masa melayari laman sosial facebook dan daripada situ dia mencari mangsa," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pemilik salun songlap RM1.6j

Posted: 19 Aug 2011 10:11 AM PDT

NIBONG TEBAL: Seorang pemilik salun kecantikan dan dua lelaki dicari bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pelaburan dan 10 kes samun di sekitar Seberang Prai Selatan dan Bukit Mertajam, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Superintendan Shafien Mamat berkata, pemilik salun itu yang dikenali sebagai Hashima Hashim, 36, dari Taman Merak Jaya, dekat sini, dicari berkenaan kes pelaburan membabitkan lebih 30 pelabur yang juga mangsanya.

Katanya, pihaknya menerima laporan polis pada 1 Ogos lalu daripada mangsa mendakwa berasa tertipu sebelum melakukan siasatan.

"Selepas menjalankan siasatan, kami mendapati lebih 30 mangsa membuat pelaburan berjumlah setengah juta kepada suspek sejak beberapa tahun lalu.


"Pada awal pelaburan, mereka menerima dividen seperti dijanjikan, namun pada Julai lalu, suspek menghilangkan diri malah suaminya tidak dapat mengesannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Mangsa jerung dapat kaki bionik

Posted: 19 Aug 2011 08:14 AM PDT

NASHVILLE: Seorang pemuda yang nyaris mati akibat serangan ganas jerung enam tahun lalu, kini boleh hidup normal selepas menjadi bahan ujian untuk kaki bionik paling canggih dalam pasaran.

Craig Hutto baru berusia 16 tahun apabila seekor jerung mengheretnya dari beting pasir ketika dia leka memancing bersama abangnya, Brian, di Teluk Mexico.


Hutto hanya diselamatkan selepas berlaku tarik-menarik di antara jerung itu dan Brian, tetapi ketika anggota paramedik tiba, dia kehilangan kira-kira separuh daripada darah dalam badannya.

Hutto, 23, juga bernasib baik kerana ketika kejadian, ada tiga anggota perubatan berada di kawasan pantai sama secara kebetulan dan mereka berjaya menghentikan aliran darah.


Apabila Hutto tersedar di sebuah hospital di Panama City beberapa ketika kemudian, dia merayu ibunya supaya menghalang doktor memotong kakinya.


Bagaimanapun, dia sedar kakinya tidak dapat diselamatkan lagi.

Kaki itu akhinya dipotong beberapa sentimeter di atas lutut dan Hutto terpaksa meneruskan pembelajaran di Lebanon, Tennessee menggunakan kerusi roda.


Pengalaman ngeri itu mendorong Hutto mengikuti pengajian perubatan di Universiti Middle Tennessee.

Di situ dia diperkenalkan kepada Prof Michael Goldfarb, seorang pensyarah yang sedang membangunkan kaki robotik palsu di Universiti Vanderbilt.


Kaki itu - memerlukan masa tujuh tahun untuk dicipta - membolehkan pemakainya berjalan lebih sempurna berbanding kaki palsu konvensional.


Penggunaan peralatan pintar, termasuk sistem komputer termaju, alat pengesan dan motor elektrik membolehkan kaki palsu itu memiliki kemampuan bionik.


Ia dianggap kaki palsu pertama di dunia dilengkapi sendi lutut dan buku lali yang bergerak secara seragam.


Kaki itu juga dipasang dengan alat pengesan yang memantau pergerakan, manakala pemproses mikro merakam aktiviti itu untuk dijadikan data bagi meramal apa yang cuba dilakukan penggunanya.


Kata Hutto, anggota palsu dikenali sebagai Kaki Vanderbilt itu hampir-hampir menyamai kemampuan kaki sebenar.


"Ia memudahkan saya bergerak, duduk, berdiri atau menggunakan tangga," katanya.


Kaki seberat empat kilogram itu mampu berfungsi sehingga tiga hari atau 13 kilometer jika berjalan berterusan sebelum perlu dicaj semula. - DM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

5 maut festival rock dilanda ribut

Posted: 19 Aug 2011 08:11 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]HASSELT (Belgium): Angin kencang melanda utara Belgium turut menjejaskan satu festival muzik rock Pukkelpop dan membunuh lima orang, kata Datuk Bandar Hasselt, Hilde Claes semalam.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Arsenal positif

Posted: 19 Aug 2011 08:43 AM PDT

LONDON: Arsenal tidak pernah tumpas kepada Liverpool di gelanggang sendiri sejak memasuki era milenium namun situasi itu mungkin berubah apabila prestasi Gunners tampak goyah dalam dua perlawanan awal musim ini.

Perpindahan Cesc Fabregas dan kedudukan Samir Nasri masih belum menentu menyebabkan pengurus, Arsene Wenger kini kehilangan dua tonggak utama menjelang pertembungan getir di Stadium Emirates, hari ini.


Tambah memeritkan apabila masalah kecederaan dan penggantungan pemain melanda skuadnya yang menyaksikan pemain tengah, Alex Song dan pemain baru, Gervinho digantung perlawanan selepas bergaduh dengan Joey Barton ketika seri 0-0 di Newcastle minggu lalu.

Dengan Jack Wilshere, Kieran Gibbs, Johan Djourou, Tomas Rosicky, Armand Traore dan Abou Diaby yang belum pasti dapat beraksi akibat kecederaan ramai pemerhati percaya Wenger bakal berdepan ujian terbesar sejak beliau memimpin kelab itu pada 1996.


Satu-satunya aspek positif adalah Arsenal masih belum tumpas musim ini dan terbaru mereka mencatat kemenangan ke atas kelab Serie A, Udinese 1-0 di arena sendiri pada perlawanan pertama kelayakan Liga Juara-Juara, Rabu lalu.


Pemain sayap England, Theo Walcott yang menjaringkan gol tunggal perlawanan menegaskan, walaupun ada segelintir penyokong Arsenal mula bimbang dengan masa depan kelab itu, semua pemain masih optimis untuk meraih kejayaan.

"Suasana dalam pasukan ini sangat baik," katanya. "Kami meraih keputusan baik di Newcastle memandangkan kami bermain 10 pemain. "Kami tidak dibolosi pasukan lawan dalam perlawanan itu dan kami mempunyai pemain muda yang terus menimba pengalaman dalam Liga Juara-Juara." Walcott mengaku Wenger akan membelanjakan wang hasil penjualan Fabregas ke Barcelona dan Nasri yang dijangka akan berpindah ke Manchester City untuk membeli pemain baru.


"Saya yakin pengurus akan mendapatkan pemain baru, saya tidak tahu, namun jika anda menjual salah seorang pemain terbaik anda, saya pasti beliau mempunyai pengganti," kata Walcott.

Arsenal boleh menarik nafas lega kerana kapten baru, Robin van Persie yang tidak dapat diturunkan menentang Udinese akan kembali beraksi namun Wenger tidak mempunyai pilihan lain selain memberikan penampilan pertama Liga Perdana kepada pemain pertahanan Carl Jenkinson yang dibawa masuk dari Charlton dan pemain tengah, Emmanuel Frimpong, dari pasukan remaja kelab itu. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jeritan gangsa

Posted: 19 Aug 2011 08:37 AM PDT

ANGKARA jeritan 'Malaysia' sejurus sebelum melakukan terjunan menyebabkan tumpuan Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee terjejas sehingga memberikan mereka sekadar pingat gangsa dalam acara 10 meter platform terjun seirama di Pusat Renang dan Terjun Shenzhen petang semalam.

Kedua-dua penerjun negara itu mengumpul catatan 316.98 mata untuk menduduki tempat ketiga di belakang gandingan penerjun China, Wang Xin-Chen Ruolin yang meraih emas selepas mengumpul 349.98 mata manakala pasangan Mexico, Paola Espinosa-Tatiana Ortiz, perak yang dibezakan dengan 19.50 mata.


Pandelela-Mun Yee, pasangan ketiga melakukan terjunan selepas penerjun Russia dan China berada di kedudukan keempat selepas semua penerjun melakukan terjunan pertama.

Mereka melonjak ke tempat kedua selepas dua terjunan, mengatasi pasangan Mexico tetapi tergelincir ke tangga keempat selepas terjunan ketiga yang mana ketika itulah terdengar jeritan seorang penyokong menjerit 'Malaysia' sejurus sebelum Pandelela-Mun Yee melakukan terjunan.


"Sebenarnya penganjur meminta orang ramai supaya tidak menjerit tapi mungkin ada yang tak faham," kata Mun Yee yang kali pertama memungut pingat di Sukan Universiti Dunia (Universiade) menerusi penampilan ketiganya selepas 2003 dan 2005.


Situasi itu mendorong Pandelela meminta penonton tidak menjerit kerana boleh mengganggu pendengaran atlet yang mahu melakukan terjunan.

"Lain kali janganlah jerit selepas pengadil meniupkan wisel, boleh ganggu tumpuan kami ketika hendak membuat terjunan," katanya.


Dia juga memberitahu tidak tahu apa yang berlaku, sama ada mendahului atau ketinggalan kerana tiada seorangpun penerjun melihat skrin besar selepas melakukan terjunan ketiga.

Pandelela bagaimanapun pantas mengakui melakukan terjunan kurang kemas pada terjunan ketiga dan keempat yang mungkin meragut peluang mereka meraih perak.


"Tapi, saya puas hati kerana melakukan terjunan lebih baik berbanding di Kejohanan Dunia (Shanghai)," kata Pandelela yang menyumbangkan perak dalam acara 10 meter platform kelmarin.


Gangsa yang diraih menerusi acara terjun semalam adalah pingat kedua kontinjen negara yang kini memburu emas untuk melengkapkan sasaran di Shenzhen ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved