Khamis, 25 Oktober 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Juadah pelbagai tema

Posted: 04 Oct 2012 07:47 AM PDT

MENU menarik dan menyelerakan mengikut pelbagai tema bakal menemui pengunjung Hotel Impiana sepanjang Oktober ini.

Dimulakan dengan bufet Pan Asian Treats pada harga RM68++ pada setiap Isnin hingga Khamis, pengunjung berpeluang menjamu hidangan Mediterranean pada setiap Jumaat dan Sabtu, sementara Ahad dipenuhi pelbagai juadah tempatan pada harga RM48++ seorang.

Menariknya, ais krim Baskin Robbins turut disediakan sebagai pencuci mulut untuk semua hidangan bufet ini.

Pada masa sama, Tonka Bean juga mengalu-alukan pengunjung merasai bufet tengah hari menu antarabangsa yang menggabungkan cita rasa tempatan pada harga RM58++ seorang.


Ais krim Baskin Robbins sekali lagi menjadi tarikan, selain beberapa variasi pencuci mulut yang pasti menepati selera pengunjung.


Andai ada masa senggang di hujung minggu, Tonka Bean tidak ketinggalan menyediakan bufet minum petang yang menawarkan bermacam hidangan antaranya burger mini, kuih-muih, dim sum, roti jala, sate ayam dan daging, nasi lemak, ayam goreng berempah, sosej, mi kari, piza, apam balik serta ubi sambal.

Tidak sekadar menjamu selera, pengunjung juga berpeluang melihat keindahan sekeliling serta Menara Berkembar Petronas yang terletak berhadapan kafe dalam keadaan tenang tanpa gangguan hiruk-pikuk kota.

Untuk tempahan, boleh hubungi 03-21471111 sambungan 3034 atau 3035.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/04


Syukur generasi bebas penjajah

Posted: 30 Aug 2012 09:25 AM PDT

PERASAANNYA berbunga riang sambil melahirkan rasa syukur yang tidak putus-putus setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan berlangsung, malah tidak ketinggalan meraikan hari bersejarah itu bersama-sama jutaan rakyat Malaysia berbilang kaum yang tahu menilai serta menghargai erti kebebasan di tanah air sendiri.

Walaupun lahir selepas merdeka, suri rumah, Noriah Hashim, 49, mampu merasai keperitan kehidupan penduduk negara ini sebelum mencapai kemerdekaan, melalui kisah yang diceritakan suami serta arwah ibu mentuanya yang sering berkongsi pengalaman mengenai penderitaan mereka ketika Tanah Melayu menjadi kawasan jajahan British dan Jepun.

Setiap kali tarikh keramat 31 Ogos menjelang tiba, beliau antara orang yang paling gembira kerana mengenangkan keadaan rakyat negara ini yang dapat hidup aman dan harmoni selepas bebas daripada cengkaman ketakutan akibat duduk di bawah pemerintahan bangsa asing suatu ketika dulu.

Noriah berkata, setiap kali mendengar kisah kepayahan hidup yang diceritakan ibu mentua dan suaminya, beliau berasa betapa bertuahnya menjadi rakyat Malaysia yang bukan saja boleh hidup bertolak-ansur bersama kaum lain dalam keadaan damai, malah diuruskan kerajaan yang bertanggungjawab, prihatin dan menjaga kebajikan rakyat.


Daripada apa yang diceritakan kepadanya, dia mendapat tahu kehidupan sebelum merdeka dipenuhi rasa takut yang amat sangat terutama ketika penjajahan Jepun hingga orang kampung tidak mahu keluar rumah kerana bimbang diserang.


"Mereka hidup dalam ketakutan, tidak seperti kita hari ini. Menurut ibu mentua saya, adik-adik perempuannya yang masih muda dan belum berkahwin ketika itu disorok bapanya dan tidak dibenarkan keluar.

"Ibu mentua saya berasal dari Tapah, Perak dan adik-beradiknya semua mempunyai rupa paras yang cantik dengan kulit putih mulus. Disebabkan itu, mereka disorok kerana bimbang diapa-apakan tentera Jepun.

"Sekiranya hendak keluar juga, terpaksa sorok-sorok kerana tentera Jepun ketika itu yang terkenal dengan sikap rakus dan kejam, berani melakukan jenayah sesuka hati mereka termasuk membunuh," katanya.

Menurut Noriah, selain terseksa dari segi emosi kerana tidak bebas dan rasa terkurung, hidup majoriti rakyat di Tanah Melayu ketika itu juga sangat susah dan banyak bergantung kepada ubi kayu sebagai sumber makanan.

Menurut suaminya, peniaga, Mat Daud Ayob, 60, hidup pelajar sekolah ketika itu juga terbatas kerana mereka terpaksa pergi dan balik sekolah dalam keadaan menyorok, malah sesi persekolahan pernah terganggu sementara dengan kehadiran tentera Jepun.

Keadaan pada masa itu sangat berbeza dengan zaman ini. Rakyat Malaysia bukan saja bebas dan hidup aman damai, malah semakin maju mengejar pencapaian setanding negara luar.

"Taraf hidup rakyat ketika ini juga jauh berbeza sekiranya hendak dibandingkan zaman sebelum merdeka kerana ekonomi kita yang semakin kukuh dan nama negara semakin harum di peringkat antarabangsa.

"Saya selalu menceritakan kisah sebelum zaman merdeka seperti yang diceritakan kepada saya dan sering berpesan kepada anak-anak supaya mereka bersyukur dapat tinggal dan menjadi rakyat negara ini.

"Walaupun ke mana kita pergi, Malaysia adalah negara terbaik pada mata saya kerana ia seimbang dari semua segi, tidak seperti sesetengah negara lain yang rakyat hidup melarat biarpun sudah lama maju," katanya.

Ibu kepada empat anak itu berkata, golongan muda juga harus tahu mengenai kisah sebelum merdeka supaya mereka sedar betapa berharganya nilai kebebasan serta tidak menimbulkan sebarang kekacauan yang boleh merosakkan keharmonian negara.

Beliau bukan saja rasa bersyukur, malah berasa amat beruntung menjadi rakyat negara ini, bersama-sama dengan bangsa lain yang berbilang kaum.

"Tidak perlulah kita hendak bergaduh atau membuat kacau kerana perbezaan fahaman politik kerana apa yang negara ada ketika ini sudah cukup bagus. Kerajaan kita melakukan tugas dengan baik dan tidak perlulah ada pihak yang hendak membuat kacau-bilau," katanya.

Setiap kali Hari Kemerdekaan, rasa bangga menjadi anak Malaysia membuak dalam dadanya. Justeru, dia dan suami sanggup bangun awal pada hari cuti umum itu untuk membawa anak-anak meraikan hari penuh bersejarah di Dataran Merdeka bersama rakyat lain. Ia boleh dikatakan sudah menjadi 'aktiviti tahunan yang wajib' untuk mereka sekeluarga.

Malah, setiap tahun dia sekeluarga akan turut sama menghias rumah dan kereta dengan bendera Malaysia bagi mengingati hari bermakna kepada negara ini.

"Kami juga akan bergerak dari rumah di Kajang ke Dataran Merdeka untuk sama-sama meraikan dan merasai nikmat kemerdekaan yang dicapai sejak 55 tahun lalu bersama rakyat lain.

"Sungguh menggembirakan apabila dapat melaungkan Merdeka bersama-sama rakyat negara ini yang berbilang kaum. Ia menunjukkan majoriti rakyat tahu menghargai erti kebebasan dan keamanan," katanya.

Sementara itu, juruteknik, Abdullah Hashim, 55, yang dilahirkan tepat pada 31 Ogos 1957 berkata, berkongsi tarikh lahir dengan Hari Kemerdekaan sememangnya memberi makna tersendiri kepada dirinya.

Katanya, beliau dilahirkan di rumahnya di Kampung Gelam, Melaka dan hanya menyedari tarikh lahirnya sama dengan sambutan kemerdekaan negara sekitar usia 10 tahun apabila diberitahu bapanya.

"Ketika kecil, saya tidak tahu tetapi apabila sudah mula faham, saya berasa amat bangga dilahirkan sama dengan tarikh negara bebas daripada cengkaman bangsa luar, apalagi rakyat Malaysia beramai-ramai meraikannya," katanya.

Abdullah berkata, beliau sering mendengar cerita betapa susahnya kehidupan zaman sebelum merdeka terutama daripada ibu bapanya di mana kehidupan seharian rakyat pada waktu itu sangat susah dan sentiasa tertekan.

Dia masih ingat bagaimana orang kampung ketika itu sangat takut dengan tentera Jepun hingga pergerakan mereka menjadi terbatas dan tidak dapat keluar rumah kecuali dengan cara menyorok.

"Kekejaman tentera Jepun menyebabkan penduduk takut hingga tidak berani bergerak di luar rumah. Tidak seperti hari ini, tiada rasa takut dan semua orang bebas untuk ke mana-mana saja.

"Apabila kita diisytiharkan merdeka, ia seolah-olah satu nikmat yang sukar diucapkan dan hanya difahami mereka yang pernah hidup tertindas sebelum ini. Hidup rakyat menjadi lebih tenang dan gembira," katanya.

Kisah mengenai zaman sebelum kemerdekaan seharusnya selalu diketengahkan supaya generasi muda tahu betapa seksanya hidup di bawah cengkaman asing dan lebih bersikap patriotik terhadap negara.

Katanya, golongan yang suka menimbulkan kekacauan seharusnya sedar segala ketenangan dan kedamaian yang dikecapi hasil kemerdekaan yang diperoleh dan tidak seharusnya diperjudikan dengan sikap mementingkan diri sendiri.

"Saya tidak setuju dengan perbuatan demonstrasi yang sering diadakan sesetengah pihak kerana bagi saya ia bukan saja membuang masa, malah tidak memberi sebarang faedah kepada bangsa dan negara.

"Generasi muda harus tahu mengenai keadaan sebelum merdeka dan jangan huru-harakan negara kerana sikap mementingkan diri sendiri," katanya.

Abdullah bersama isteri, Sharifah Hashim, 54, dan anak-anak, Shahrul, 27, Nurhaniza, 25, dan Ahmad Shahir, 18, menghias rumah mereka dengan mengibarkan bendera bersaiz besar pada hadapan rumah bagi meraikan hari bersejarah negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/31


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Ubah suai tangki isi diesel subsidi

Posted: 24 Oct 2012 03:56 PM PDT

SHAH ALAM: Taktik satu sindiket menjual diesel bersubsidi menggunakan lori yang tangkinya diubah suai terbongkar selepas perbuatan mereka dikesan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor yang menyerbu sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Elite Bukit Kemuning, Seksyen 33, di sini, petang kelmarin.

Dalam serbuan jam 2.30 petang itu, KPDNKK Selangor merampas 18,000 liter diesel bersubsidi yang dianggarkan bernilai RM32,400.


Turut dirampas sebuah lori bernilai RM70,000 dengan tangkinya diubah suai dipercayai untuk mengisi diesel bersubsidi dari beberapa stesen minyak di bandar raya ini dan Klang. Pengarahnya, Othman Nawang berkata, pihaknya melakukan intipan sejak sebulan lalu sebelum menyerbu gudang itu, kelmarin. "Siasatan awal mendapati, mereka yang terbabit aktiviti berkenaan menggunakan lori tangki mengambil diesel bersubsidi dari stesen minyak di Shah Alam dan Klang untuk disimpan di gudang sebelum diedar kepada pihak ketiga. "Namun, tiada tangkapan dibuat pada serbuan kali ini," katanya dalam sidang media di lokasi serbuan di sini, malam kelmarin. Othman berkata, jumlah keseluruhan diesel bersubsidi dirampas kali ini sedikit berikutan anggota sindiket terbabit menyedari kehadiran anggota penguat kuasa dan memindahkan bahan api itu dari gudang berkenaan.

"Hasil siasatan kami mendapati gudang terbabit tempat simpanan diesel bersubsidi berkenaan dan mereka sudah menjalankan kegiatan itu sejak empat bulan lalu," katanya.


Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu terbabit manakala syarikat pula denda tidak melebihi RM250,000.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/25


Lelaki hilang daki gunung ditemui

Posted: 24 Oct 2012 03:54 PM PDT

HULU LANGAT: Seorang lelaki berusia 32 tahun yang hilang sejak Isnin lalu ketika mendaki Gunung Nuang, di sini, ditemui semula anggota bomba yang melancarkan operasi mencari dan menyelamat, petang semalam.

Mangsa ditemui jam 5.50 petang dalam keadaan keletihan di Kem Pacat di atas gunung berkenaan sebelum dibawa turun dan dihantar ke Hospital Ampang.


Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 12.48 tengah hari sebelum mengarahkan anggota Balai Bomba Kajang ke tempat kejadian.

Menurutnya, anggota bomba dari Balai Bomba Kajang dibantu Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) Bomba Puchong, EMRS Bomba Pandan tiba di tempat kejadian pada jam 1.46 tengah hari.


"Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis membantu gerakan mencari mangsa yang ditemui semula dalam keadaan selamat pada jam 5.50 petang di Kem Pacat di atas gunung berkenaan," katanya.


Katanya, mangsa dihantar dengan jentera bomba ke hospital untuk menerima rawatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/25


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Tonton aksi mati dibelasah

Posted: 24 Oct 2012 04:15 PM PDT

ALOR GAJAH: Lebih 30 individu termasuk pelajar sekolah serta orang dewasa hanya menjadi penonton dan langsung tidak berusaha meleraikan pergaduhan membabitkan tiga pelajar yang berakhir dengan seorang daripadanya meninggal dunia, semalam.

Insiden menyedihkan itu berlaku di Perhentian Bas Pulau Sebang, di sini, jam 2.30 petang semalam dan mangsa K Saravannan, 14, ditumbuk bertubi-tubi selama hampir 30 minit oleh dua pelajar sebaya yang menyerangnya sehingga pengsan.

Selepas pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Pulau Sebang itu terbaring tidak sedarkan diri, lebih 30 individu yang menjadi penonton itu kelam-kabut melarikan diri dan meninggalkan mangsa terbaring sendirian di tempat kejadian.

Mangsa dikejarkan rakannya ke Hospital Tampin, Negeri Sembilan dengan kereta namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, siasatan awal mendapati sebelum pergaduhan, berlaku cabar-mencabar antara mangsa dengan dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mansur Shah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/25


‘Jangan tarik...saya sakit!’

Posted: 24 Oct 2012 04:15 PM PDT

SEREMBAN: "Tolong jangan tarik saya, sakit," rintih seorang pemandu lori balak yang terpaksa menahan azab hampir sejam selepas dihempap kayu balak apabila lori dinaiki membawa muatan hasil hutan itu terbalik di Jalan Seremban-Jelebu di Bukit Tangga, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, lori balak dipandu mangsa bersama seorang kelindan dalam perjalanan dari Jelebu ke Gemencheh dipercayai menurun bukit di satu selekoh apabila hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh lereng bukit laluan berkenaan.

Bagaimanapun, kelindan lori, V Radakrishnan, 48, dapat dikeluarkan orang ramai sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) oleh ambulans manakala identiti pemandu lori belum dikenal pasti.

Saksi kejadian, Amirul Haziq Amir, 18, berkata, ketika kejadian dia yang menunggang motosikal sendirian dalam perjalanan menghala ke Seremban terkejut sebaik melihat lori balak itu terbalik di lereng bukit.


"Saya berhenti di tepi jalan dan cuba membantu mangsa, namun tidak berjaya berikutan dia tersepit teruk di bawah timbunan balak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/25


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Cari teman hidup pandai masak

Posted: 24 Oct 2012 10:52 AM PDT

ORANGNYA cantik, peramah dan mudah tersenyum. Pendekatan masakan mementingkan makanan untuk cara hidup sihat dan cara-cara penyediaan menu pula sangat mudah difahami.

Begitulah gambaran dapat diperkatakan mengenai pemenang musim pertama Masterchef Amerika Syarikat, Whitney Miller.

Dia berada di Malaysia selama empat hari menjayakan demonstrasi dan melancarkan produk 'oven air' dikenali Sous Vide Supreme (SVS) di Harvey Norman di Ikano Damansara, Kuala Lumpur, minggu lalu.

Nama Whitney bukan saja popular, malah dikenali di kalangan tukang masak profesional dan amatur serata dunia mengikuti program masakan kompetitif dihoskan oleh Gordon Ramsay itu.


Setakat ini, Whitney sudah memiliki kelompok peminat tersendiri daripada pelbagai latar dan peringkat usia di seluruh dunia.


Cinta wanita ini terhadap keunikan 'pencuci mulut' turut mendorongnya menghasilkan buku bertajuk Modern Hospitality Simple Recipes with Southern Charm (Rodale) dengan kata-kata aluan ditulis oleh Ramsay.

Kata Whitney, Malaysia mempunyai banyak jenis masakan menarik.

"Saya merasai pelbagai masakan negara ini terutamanya sate dan mata melihat itu, ini, cuba itu, ini. Saya juga merasai durian, tetapi tidak akan meletak buah kuning itu dalam penyediaan pencuci mulut saya, tidak sama sekali kerana tidak tahan baunya," katanya sambil ketawa dalam temu ramah sewaktu sesi makan tengah hari bersamanya.

Kata Whitney, dia sudah menggunakan teknologi masakan oven SVS sejak tiga tahun lalu kerana proses penyediaan makanan lebih sihat.

"Banyak kawasan di selatan Amerika Syarikat menggunakan teknik menggoreng dengan mentega (deep fried). Jadi, saya cuba mengubah mencari jalan menyediakan makanan lebih kurang berminyak dan menyegarkan.

"Malah, jika di New Orleans, saya juga sedang memperbaiki kaedah menyediakan pencuci mulut klasik dikenali Bananas Foster dengan menggantikannya dengan keledek yang banyak terdapat di bahagian selatan.

"Memandangkan saya tinggal di kawasan berpenduduk tidak ramai sekitar 4,000 orang, jadi saya perlu kerap keluar ke seluruh Amerika Syarikat untuk mencuba pelbagai menu dan mencari idea menyediakan masakan baru," katanya.

Apakah SVS? Ia adalah 'oven air' pertama di dunia.

Dalam bahasa Perancis, Sous Vide bermaksud 'under vacuum'. Apa saja sayur, ikan, ayam dan daging diletak dalam plastik vakum dimasak dalam air dalam suhu yang tepat dan konsisten.

Ditanya apakah sikap buruknya terhadap makanan? Whitney membalas: "Terlalu sukakan pencuci mulut. Kepala saya sentiasa memikirkan pencuci mulut paling sedap dan membawa inovasi baru terhadap perkara itu."

Mengenai teman lelaki, Whitney berharap satu hari nanti dia bertemu seseorang yang boleh memasak.

"Jika dia boleh memasak, saya mahu rehat sekurang-kurangnya sehari dan tidak mahu masak".

Whitney berkata, dia bermain tenis untuk menjaga tahap kecergasan sejak zaman kolej. Seperkara lagi, dia tidak akan meletak televisyen di dapur kerana ia akan mengganggu fokus ketika menyediakan masakan.

"Ada masanya seseorang perlu mengajar orang lain untuk memasak kerana masakan satu seni yang sentiasa berkembang.

"Saya mahu orang lain tidak ada sikap takut apabila berada di dapur sebaliknya mencuba apa saja penyediaan makanan baru," katanya, meminati lagu-lagu 'oldies' diwarisi daripada bapanya.

Menurut Whitney, dia hanya mendengar The Platters atau Boney M daripada bapanya.

"Ia pasti menjadi satu cabaran baru buat saya mengenali mereka yang bukan zaman saya. Saya suka semua jenis muzik."

Apa yang paling menggembirakannya di Asia Tenggara, penulis untuk artikel majalah di Atlanta ini berkata: "Sudah tentu Robbie Fowler, bekas penyerang kelab Liverpool itu mengatakan masakan kentang saya sediakan paling sedap pernah dinikmati. Beberapa orang menemani saya meminta pelbagai menu apa saya mahu, saya hanya mahukan ubi kentang dan daun ' rosemary'. Lalu saya masak saja dan Robbie suka."

Setakat ini, Whitney sudah mengendalikan banyak demonstrasi masakan seperti Chicago Home and Housewares Show 2011 bersama chef selebriti seperti Paula Deen dan Guy Fieri. Dia juga mengendalikan program masakan bersama majalah wanita Women's Health Chicago dan New York City 'Are You Game?

Selain itu juga banyak menjayakan simposium kesihatan persendirian dan korporat di Mississippi, Alabama, Florida dan Georgia.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/25


Hargai teknologi

Posted: 24 Oct 2012 10:39 AM PDT

DIBAWAKAN oleh penaja utama, Samsung Malaysia Electronics, dua hari lagi menjelang konsert bintang K-Pop sensasi, BigBang pasti sudah membuatkan peminatnya tidak keruan untuk bertemu pujaan mereka itu.

BigBang yang dianggotai G-Dragon, 23; T.O.P, 24; Taeyang, 24; Daesung, 23, dan Seungri, 21, akan tampil di konsert BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Sempat ditanya soalan-soalan yang mungkin pernah hinggap di benak peminat juga, mereka memberikan jawapan tersendiri untuknya:

1. Apa yang anda fikir mengenai Justin Bieber?


Dia seorang penyanyi yang bagus. Persembahannya mengagumkan walaupun sejak dia masih kecil.

2. Ada sesiapa daripada anda yang suka menyanyi dalam bilik air?

Itu rahsia (ketawa).

3. Jika anda terdampar di padang pasir, apakah satu benda yang anda mesti ada?

Semestinya, sebuah telefon pintar Samsung Galaxy S lll.

4. Berapa jam anda luangkan untuk bersenam dalam sehari? Apa jenis senaman paling anda suka?

Kami mengambil masa selam dua jam. Kami suka berlari dan angkat berat.

5. Ada yang mengalami penyakit insomnia? Atau semua memang jenis suka tidur?

Kami semua suka tidur, tetapi kadang-kadang, kami mengalami insomnia ketika di jalan.

6. Will.i.am baru saja menyiarkan sebuah lagunya di Marikh. Jika diberi peluang berkerja dengannya, kamu hendak siarkan lagu kamu yang mana satu kepada makhluk asing?

Semua lagu kami! (ketawa lagi)

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/25


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


T-Team pikat Fowler

Posted: 24 Oct 2012 02:26 PM PDT

JIKA tiada aral melintang, legenda bola sepak Liverpool, Robbie Fowler (gambar) akan menyertai pasukan T-Team.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, rundingan dengan bekas penyerang Liverpool itu sedang berjalan dan sekiranya tiada halangan, penjaring 183 gol Liga Perdana Inggeris itu bakal menjadi pemain merangkap jurulatih T-Team musim depan.


Ahmad berkata, beliau dimaklumkan pemain berusia 37 tahun yang menjadi pemain dan jurulatih kelab Muangthong United di Thailand musim ini, berminat untuk menyarung jersi hitam putih T-Team yang berpangkalan di Kuala Terengganu.

"Namun seperti pemain import lain juga, T-Team mesti memastikan Fowler masih cergas sepenuhnya dan bukannya mengambil kira nama besarnya semasa bermain di Liga Perdana Inggeris.


"Sekiranya kedua-dua pihak bersetuju, Fowler akan datang menyertai sesi ujian dan keputusan sama ada untuk mengambilnya atau tidak akan dibuat selepas itu," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.


Fowler mula menyertai pasukan remaja Liverpool pada 1984 sebelum diserapkan ke dalam pasukan utama sembilan tahun kemudian dan dia meninggalkan kelab itu pada 2001.

Sepanjang kerjayanya bersama Liverpool, Fowler menjaringkan 183 gol dengan 128 daripadanya dihasilkan dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Selepas meninggalkan Liverpool, Fowler mencuba nasib dengan kelab Leeds United dan Manchester City namun pada 2006, penyerang berbisa itu kembali menyarung jersi Liverpool selama dua musim.


Dia kemudian membawa diri ke Australia dan bermain 26 kali untuk North Queensland Fury dan 28 kali bersama Perth Glory sebelum menuju ke Nonthaburi, Thailand untuk menyertai kelab Muangthong United sebagai pemain dan jurulatih.

Ahmad berkata, pada musim Liga Super akan datang, hanya seorang saja diberikan tanggungjawab sebagai pengurus dan jurulatih dengan harapan langkah itu akan membawa kebaikan dari segi pengurusan dan prestasi kelab.


"T-Team akan mengikut cara pasukan Liga Inggeris yang mempunyai satu ketua saja sebagai pengurus dan ketua jurulatih," katanya.


Beliau percaya sekiranya Fowler menyertai T-Team, lebih ramai peminat bola sepak di negeri ini bakal menjadi penyokong kelab itu.


"T-Team juga sedang mencari pemain import lain yang berkualiti dengan seorang daripadanya ialah Derek Boateng," katanya.


Boateng, 29, yang juga pemain tengah antarabangsa Ghana beraksi bersama kelab Dnipro di Ukraine dan dia turut dikaitkan dengan perpindahan ke Fulham.


Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu perlu menyelesaikan sendiri masalah yang melanda persatuan itu.


"Mereka perlu membuat keputusan mengenai status Peter Butler sebagai ketua jurulatih selepas FAM menarik balik penggantungan dan penamatan kontraknya.


"Namun saya diberitahu yang semua itu akan diputuskan dan diselesaikan dalam masa satu atau dua minggu lagi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/25


Elak tekanan penaja

Posted: 24 Oct 2012 02:24 PM PDT

AZIZULHASNI Awang perlu segera pulang ke Melbourne untuk menjalani latihan intensif bagi mengelak gangguan serta membolehkannya memberi fokus 100 peratus terhadap sesi latihan.

Ketua jurulatih negara, John Beasley berkata, Azizul sudah mendapat rehat mencukupi dan sehubungan itu perlu kembali ke Melbourne awal Disember ini selepas menyambut kelahiran cahaya mata pertama dijangka bulan depan.


Beasley berkata, biarpun tidak diletakkan sebarang fokus tahun ini, sukar untuk Azizul menjalani latihan intensif berikutan tekanan daripada penaja jika dia terus berada di Malaysia.

"Jika berada di Malaysia, Azizul akan terus menjadi tumpuan ramai. Dia perlu pulang segera ke Australia untuk kembali fokus terhadap latihannya," katanya. Beasley berkata, perkembangan Azizul ketika berada di Malaysia ini tetap dipantau bagi memastikan tahap kecergasannya tidak menurun dan terus kekal cergas sebagai pelumba berwibawa.


Ditanya sama ada beliau puas hati dengan prestasi Azizul sepanjang melatih anak kelahiran Terengganu itu, Beasley berkata, semangat yang ada pada pelumba itu mengagumkannya.


Katanya, tidak ramai yang tahu mengenai pengorbanan Azizul yang berjuang demi memartabatkan sukan basikal.

"Dia begitu komited terhadap sukan ini untuk menjadi seorang pelumba yang lebih baik lima tahun akan datang. Banyak ranjau dilaluinya termasuk kecederaan yang dialaminya sebelum kejohanan utama.


"Sebagai contoh, kemalangan ketika di Jerman sebelum ke Olimpik selain turut cedera teruk sebelum Kejohanan Dunia tahun lalu. "Pelbagai masalah dialaminya namun dia tetap bangkit bagi memberi yang terbaik untuk Malaysia.

"Bagi saya, kedudukan tempat keenam di Olimpik amat membanggakan. Saya harap tiada lagi insiden yang menimpanya menjelang Rio." Beasley berkata, beliau bukan mahu mencipta alasan ketika Azizul gagal memberikan pingat Olimpik tapi mahu masyarakat melihat pengorbanan serta apa yang cuba diberikan pelumba itu kepada negara.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/25


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Perlukan darah, dapat kopi susu

Posted: 24 Oct 2012 02:41 PM PDT

RIO DE JANEIRO: Seorang jururawat pelatih mendakwa dia bingung apabila menyuntik kopi susu ke badan seorang warga emas menyebabkan wanita terbabit meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Menurut Rejane Moreira Telles, dia tidak dapat membezakan di antara darah dengan air minuman berkenaan.


Kata Rejane, 23, dia diarah merawat pesakit, Palmerina Pires Ribeiro, 80, tetapi gagal membezakan antara darah dan kopi susu.

Katanya, kedua-dua cecair itu diletak bersebelahan.


"Sesiapa pun yang berada dalam keadaan saya pasti keliru.


"Saya sepatutnya menyuntik darah ke pembuluh darah dan memberi pesakit itu kopi susu sebagai minuman," katanya dalam wawancara dengan stesen televisyen Globo's Fantastico, semalam.

Bagaimanapun, Rejane mengaku dia melakukan kesalahan dengan memberi Palmerina kopi susu melalui pembuluh darah. Ekoran insiden itu, Rejane dan dua jururawat serta pelatih lain didakwa atas tuduhan membunuh tanpa niat.


Palmerina disahkan meninggal dunia tidak lama selepas Rejane melakukan kesilapan itu.

Insiden berlaku di sebuah pusat perubatan di Sao Joao de Meriti, Rio de Janeiro,.


Lebih tragik, insiden itu berlaku di depan anak Palmerina, Loreni Ribeiro.


Kata Loreni, dia nampak Palmerina gelisah dan membuka mulutnya.


"Pelatih itu memasukkan setengah gelas kopi susu ke tubuh ibu," katanya. Sementara itu, doktor berkata, kopi susu disuntik Rejane memasuki jantung dan paru-paru Palmerina. "Sesiapa yang mengalami keadaan itu akan berasa seperti tercekik," katanya. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/25


Populariti Psy atasi Ki-moon

Posted: 24 Oct 2012 02:36 PM PDT

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mengaku dirinya bukan lagi tokoh Korea Selatan paling popular di dunia selepas berdepan dengan fenomena tarian Gangnam Style dipelopori selebriti Psy.

Menurut Ban, dia berasa seperti dibayangi Psy selepas gerak tarinya ditonton lebih 530 juta kali di YouTube. "Saya agak cemburu.


"Dua hari lalu seseorang memberi tahu, saya adalah tokoh Korea Selatan paling terkenal di dunia tetapi kini terpaksa menerima hakikat ada orang lain lebih popular tetapi saya tak menyesal," katanya.

Sebelum itu, Ban turut mencuba beberapa aksi tarian Psy. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/25


Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved