Khamis, 20 September 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Syukur generasi bebas penjajah

Posted: 30 Aug 2012 09:25 AM PDT

PERASAANNYA berbunga riang sambil melahirkan rasa syukur yang tidak putus-putus setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan berlangsung, malah tidak ketinggalan meraikan hari bersejarah itu bersama-sama jutaan rakyat Malaysia berbilang kaum yang tahu menilai serta menghargai erti kebebasan di tanah air sendiri.

Walaupun lahir selepas merdeka, suri rumah, Noriah Hashim, 49, mampu merasai keperitan kehidupan penduduk negara ini sebelum mencapai kemerdekaan, melalui kisah yang diceritakan suami serta arwah ibu mentuanya yang sering berkongsi pengalaman mengenai penderitaan mereka ketika Tanah Melayu menjadi kawasan jajahan British dan Jepun.

Setiap kali tarikh keramat 31 Ogos menjelang tiba, beliau antara orang yang paling gembira kerana mengenangkan keadaan rakyat negara ini yang dapat hidup aman dan harmoni selepas bebas daripada cengkaman ketakutan akibat duduk di bawah pemerintahan bangsa asing suatu ketika dulu.

Noriah berkata, setiap kali mendengar kisah kepayahan hidup yang diceritakan ibu mentua dan suaminya, beliau berasa betapa bertuahnya menjadi rakyat Malaysia yang bukan saja boleh hidup bertolak-ansur bersama kaum lain dalam keadaan damai, malah diuruskan kerajaan yang bertanggungjawab, prihatin dan menjaga kebajikan rakyat.


Daripada apa yang diceritakan kepadanya, dia mendapat tahu kehidupan sebelum merdeka dipenuhi rasa takut yang amat sangat terutama ketika penjajahan Jepun hingga orang kampung tidak mahu keluar rumah kerana bimbang diserang.


"Mereka hidup dalam ketakutan, tidak seperti kita hari ini. Menurut ibu mentua saya, adik-adik perempuannya yang masih muda dan belum berkahwin ketika itu disorok bapanya dan tidak dibenarkan keluar.

"Ibu mentua saya berasal dari Tapah, Perak dan adik-beradiknya semua mempunyai rupa paras yang cantik dengan kulit putih mulus. Disebabkan itu, mereka disorok kerana bimbang diapa-apakan tentera Jepun.

"Sekiranya hendak keluar juga, terpaksa sorok-sorok kerana tentera Jepun ketika itu yang terkenal dengan sikap rakus dan kejam, berani melakukan jenayah sesuka hati mereka termasuk membunuh," katanya.

Menurut Noriah, selain terseksa dari segi emosi kerana tidak bebas dan rasa terkurung, hidup majoriti rakyat di Tanah Melayu ketika itu juga sangat susah dan banyak bergantung kepada ubi kayu sebagai sumber makanan.

Menurut suaminya, peniaga, Mat Daud Ayob, 60, hidup pelajar sekolah ketika itu juga terbatas kerana mereka terpaksa pergi dan balik sekolah dalam keadaan menyorok, malah sesi persekolahan pernah terganggu sementara dengan kehadiran tentera Jepun.

Keadaan pada masa itu sangat berbeza dengan zaman ini. Rakyat Malaysia bukan saja bebas dan hidup aman damai, malah semakin maju mengejar pencapaian setanding negara luar.

"Taraf hidup rakyat ketika ini juga jauh berbeza sekiranya hendak dibandingkan zaman sebelum merdeka kerana ekonomi kita yang semakin kukuh dan nama negara semakin harum di peringkat antarabangsa.

"Saya selalu menceritakan kisah sebelum zaman merdeka seperti yang diceritakan kepada saya dan sering berpesan kepada anak-anak supaya mereka bersyukur dapat tinggal dan menjadi rakyat negara ini.

"Walaupun ke mana kita pergi, Malaysia adalah negara terbaik pada mata saya kerana ia seimbang dari semua segi, tidak seperti sesetengah negara lain yang rakyat hidup melarat biarpun sudah lama maju," katanya.

Ibu kepada empat anak itu berkata, golongan muda juga harus tahu mengenai kisah sebelum merdeka supaya mereka sedar betapa berharganya nilai kebebasan serta tidak menimbulkan sebarang kekacauan yang boleh merosakkan keharmonian negara.

Beliau bukan saja rasa bersyukur, malah berasa amat beruntung menjadi rakyat negara ini, bersama-sama dengan bangsa lain yang berbilang kaum.

"Tidak perlulah kita hendak bergaduh atau membuat kacau kerana perbezaan fahaman politik kerana apa yang negara ada ketika ini sudah cukup bagus. Kerajaan kita melakukan tugas dengan baik dan tidak perlulah ada pihak yang hendak membuat kacau-bilau," katanya.

Setiap kali Hari Kemerdekaan, rasa bangga menjadi anak Malaysia membuak dalam dadanya. Justeru, dia dan suami sanggup bangun awal pada hari cuti umum itu untuk membawa anak-anak meraikan hari penuh bersejarah di Dataran Merdeka bersama rakyat lain. Ia boleh dikatakan sudah menjadi 'aktiviti tahunan yang wajib' untuk mereka sekeluarga.

Malah, setiap tahun dia sekeluarga akan turut sama menghias rumah dan kereta dengan bendera Malaysia bagi mengingati hari bermakna kepada negara ini.

"Kami juga akan bergerak dari rumah di Kajang ke Dataran Merdeka untuk sama-sama meraikan dan merasai nikmat kemerdekaan yang dicapai sejak 55 tahun lalu bersama rakyat lain.

"Sungguh menggembirakan apabila dapat melaungkan Merdeka bersama-sama rakyat negara ini yang berbilang kaum. Ia menunjukkan majoriti rakyat tahu menghargai erti kebebasan dan keamanan," katanya.

Sementara itu, juruteknik, Abdullah Hashim, 55, yang dilahirkan tepat pada 31 Ogos 1957 berkata, berkongsi tarikh lahir dengan Hari Kemerdekaan sememangnya memberi makna tersendiri kepada dirinya.

Katanya, beliau dilahirkan di rumahnya di Kampung Gelam, Melaka dan hanya menyedari tarikh lahirnya sama dengan sambutan kemerdekaan negara sekitar usia 10 tahun apabila diberitahu bapanya.

"Ketika kecil, saya tidak tahu tetapi apabila sudah mula faham, saya berasa amat bangga dilahirkan sama dengan tarikh negara bebas daripada cengkaman bangsa luar, apalagi rakyat Malaysia beramai-ramai meraikannya," katanya.

Abdullah berkata, beliau sering mendengar cerita betapa susahnya kehidupan zaman sebelum merdeka terutama daripada ibu bapanya di mana kehidupan seharian rakyat pada waktu itu sangat susah dan sentiasa tertekan.

Dia masih ingat bagaimana orang kampung ketika itu sangat takut dengan tentera Jepun hingga pergerakan mereka menjadi terbatas dan tidak dapat keluar rumah kecuali dengan cara menyorok.

"Kekejaman tentera Jepun menyebabkan penduduk takut hingga tidak berani bergerak di luar rumah. Tidak seperti hari ini, tiada rasa takut dan semua orang bebas untuk ke mana-mana saja.

"Apabila kita diisytiharkan merdeka, ia seolah-olah satu nikmat yang sukar diucapkan dan hanya difahami mereka yang pernah hidup tertindas sebelum ini. Hidup rakyat menjadi lebih tenang dan gembira," katanya.

Kisah mengenai zaman sebelum kemerdekaan seharusnya selalu diketengahkan supaya generasi muda tahu betapa seksanya hidup di bawah cengkaman asing dan lebih bersikap patriotik terhadap negara.

Katanya, golongan yang suka menimbulkan kekacauan seharusnya sedar segala ketenangan dan kedamaian yang dikecapi hasil kemerdekaan yang diperoleh dan tidak seharusnya diperjudikan dengan sikap mementingkan diri sendiri.

"Saya tidak setuju dengan perbuatan demonstrasi yang sering diadakan sesetengah pihak kerana bagi saya ia bukan saja membuang masa, malah tidak memberi sebarang faedah kepada bangsa dan negara.

"Generasi muda harus tahu mengenai keadaan sebelum merdeka dan jangan huru-harakan negara kerana sikap mementingkan diri sendiri," katanya.

Abdullah bersama isteri, Sharifah Hashim, 54, dan anak-anak, Shahrul, 27, Nurhaniza, 25, dan Ahmad Shahir, 18, menghias rumah mereka dengan mengibarkan bendera bersaiz besar pada hadapan rumah bagi meraikan hari bersejarah negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/31


Guna FB cegah kanser

Posted: 23 Aug 2012 08:12 AM PDT

BERAPA ramai antara kita berani bersuara sama ada menegur atau memarahi ahli keluarga, rakan, teman lelaki dan wanita mahupun orang asing yang merokok terutama jika ia dilakukan di depan mata?

Ya, memang ada yang berani namun jumlah mereka yang berdiam diri lebih ramai. Mungkin disebabkan malu, malas, takut dimarahi atau sudah serik menegur, kita bertindak mengambil keputusan untuk tidak bersuara lagi.

Kata-kata seperti 'suka hati mereka, sudah sakit nanti tanggung sendiri' dan 'ala, mereka sudah besar, tahu fikir mana baik dan mana buruk' selalu didengari apabila masalah untuk menegur si perokok tegar ini dibangkitkan.

Bagaimanapun, jangan sesekali berputus asa untuk terus menasihati mereka terutama anak muda agar menjauhi rokok mahupun perkara lain yang tidak sihat demi kesihatan diri.


Ini kerana, bahan di dalam rokok yang mengandungi tembakau itu adalah penyebab utama dan tertinggi kepada penyakit pembunuh di seluruh dunia iaitu kanser.


Justeru, berlandaskan sebab tanggungjawab dan menyayangi masyarakat, Persatuan Kanser Malaysia (NCSM) dengan kerjasama Courts Malaysia (Courts), melancarkan kempen mengenai bahaya dan pencegahan kanser secara inovatif melalui saluran laman sosial paling popular, facebook.

Pengarah Urusan NCSM, Rubi Ain Dahlan, berkata kempen yang dinamakan sebagai 'I Choose' atau 'Saya Pilih' ini bertujuan memberi pendedahan kepada golongan belia sama ada pelajar sekolah, kolej atau universiti terhadap penyakit ini yang boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat.

"Dengan kerjasama Courts, hari ini kami dapat melancarkan halaman facebook khas untuk golongan belia. Halaman ini istimewa kerana ia akan menjadi saluran utama bagi mereka berkongsi maklumat termasuk cara mengamalkan gaya hidup sihat daripada segi pengambilan bahan makanan, senaman dan seumpamanya sejak peringkat awal bagi menghindari kanser.

"Selain itu, dengan kewujudan halaman facebook ini, kami dapat memikat hati semua golongan belia apabila nada dan gaya bahasa yang digunakan bersesuaian serta digemari mereka.

"Golongan belia sememangnya berkeupayaan untuk menyerap maklumat yang banyak. Oleh itu, kami berharap dapat menyalurkan pelbagai maklumat penting ini kepada mereka menerusi saluran komunikasi yang paling disukai agar dapat membentuk diri mereka untuk membuat pilihan bijak dengan mengatakan tidak kepada kanser," katanya.

Menurut Rubi Ain, kajian menunjukkan pencegahan kanser bermula dengan gaya hidup sihat dan lebih wajar serta berkesan lagi sekiranya amalan itu dimulakan dari usia muda.

Tidak sukar, antara petua menjaga kesihatan untuk menjauhi kanser atau penyakit kronik lain adalah dengan menggunakan krim pelindung sinaran matahari, meninggalkan tabiat merokok dan mengurangkan diri terdedah daripada asap rokok, memakan lebih banyak buah-buahan atau sayur-sayuran segar serta elak pengambilan makanan yang siap diproses.

Tambahnya, kempen berkenaan juga adalah sebahagian daripada program Harapan Kami Untuk Kanak-Kanak iaitu satu usaha inisiatif berterusan anjuran NCSM dan Courts sejak 2010.

"Keluarga sihat adalah asas kebahagiaan anggotanya. Seiring dengan konsep perniagaan Courts yang mengutamakan rumah tangga, amat penting bagi kami untuk membabitkan diri dan menyumbangkan usaha dalam kegiatan yang dapat meningkatkan tahap kesihatan masyarakat Malaysia," kata Pengarah Negara Courts, Chris Yong.

Selain akan sentiasa dikemas kini dengan maklumat terkini mengenai cara mengurangkan risiko kanser, halaman ini juga memperkenalkan pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti koreografi tarian.

Menerusi medium sama, anda boleh menyaksikan sebuah video istimewa bertajuk Unlike Cigarettes yang mengandungi pandangan selebriti tempatan seperti Cheryl Samad, Jeremy Teo, Jojo Struys, Azura Zainal, Stephanie Chai, Julie Woon, Fuad, Will Quah dan Shawn Lee yang menggalakkan golongan belia untuk menghindari serta menghentikan tabiat merokok.

Satu lagi aktiviti yang boleh disertai oleh semua remaja warganegara Malaysia berusia 13 hingga 24 tahun ialah pertandingan membuat video. Peserta hanya dikehendaki merakamkan diri mereka untuk berkongsi pendapat mengenai keburukan merokok dan menghantar rakaman video berkenaan sebelum 30 September 2012.

Lima peserta terbaik yang akan diadili oleh barisan panel bertauliah berpeluang memenangi hadiah menarik tajaan Courts seperti televisyen Samsung LED 32 inci, Apple iPod Shuffle 2G dan mesin pencetak foto Canon Selphy.

Untuk melihat dan mendapatkan maklumat berguna mengenai penyakit kanser ini, layari www.facebook.com/ichoosemalaysia.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/23


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Hentak kepala ketua pengawas

Posted: 19 Sep 2012 04:01 PM PDT

PETALING JAYA: Seorang penolong ketua pengawas menerima lapan jahitan di kepalanya selepas dipukul dengan sebatang besi oleh seorang pelajar lain dalam satu pergaduhan di hadapan sebuah sekolah menengah di Taman Medan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari itu, mangsa, K Saturpaghan, 16, dikepung lebih 10 pelajar di hadapan sekolahnya sebelum dimaki hamun dan dibelasah kerana melaporkan perbuatan mereka membawa barang larangan ke sekolah kepada guru disiplin sebulan lalu.


Rakan mangsa yang juga bekas penolong ketua pengawas sekolah berkenaan, S Logaganapathy, 17, berkata, dia turut diserang empat pelajar ketika mahu pulang dari sekolah kira-kira 10 minit sebelum kejadian.

"Saya berjaya melarikan diri sebelum sempat dibelasah empat pelajar terbabit dan terus melaporkan kejadian itu kepada guru disiplin, namun, saya tidak tahu Paghan menjadi mangsa sebaik saya melepaskan diri.


"Selepas menyangkakan keadaan sudah reda, saya keluar melalui pintu pagar depan sekolah sebelum terkejut melihat Paghan sudah dikepung kira-kira 14 pelajar sekolah dengan bersenjatakan besi dan kayu," katanya.


Sementara itu, Paghan yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, kelmarin, selepas membuat laporan polis mendakwa mengenali suspek yang bertindak memukulnya.

Katanya, dia pernah melaporkan perbuatan pelajar terbabit yang membawa barang larangan ke sekolah kepada guru disiplin kira-kira sebulan lalu.


"Saya tidak menyangka suspek berdendam sehingga tergamak membelasah saya sehingga menerima lapan jahitan di kepala.

"Guru yang membawa saya ke klinik swasta berdekatan kemudian menghubungi ibu bapa sebelum menghantar saya ke sebuah pusat perubatan swasta di Subang Jaya untuk menerima rawatan lanjut," katanya.


Loga turut membuat laporan polis dengan ditemani ibu bapanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/20


Wanita separuh bogel mati dijerut

Posted: 19 Sep 2012 03:59 PM PDT

PENAMPANG: Seorang wanita ditemui mati dipercayai dibunuh dalam keadaan mengerikan apabila bukan saja lehernya dijerut, malah kaki dan tangannya turut diikat menggunakan tali dalam kejadian di Pangsapuri Delta Heights, di sini, petang semalam.

Mangsa, Rozaidah Lajalo, 28, dari Tawau, yang hanya berbaju dan berseluar dalam ditemui tertiarap oleh sepasukan polis dalam sebuah bilik, jam 6 petang.


Menurut sumber, sebelum itu, kakak mangsa dikatakan datang ke rumah di tingkat dua pangsapuri berkenaan selepas wanita terbabit tidak hadir ke tempat kerjanya di sebuah pusat hiburan, di sini.

"Kakak mangsa yang curiga masuk ke rumah berkenaan sebelum terhidu bau busuk dari sebuah bilik yang berkunci sebelum menghubungi polis.


"Polis memecah pintu bilik berkenaan dan menemui mangsa dalam keadaan tertiarap dalam keadaan tangan dan kakinya terikat manakala ada kesan jerut di lehernya," katanya, di sini, semalam.


Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Difahamkan, polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mendapatkan keterangan ahli keluarga serta kenalan mangsa dan sedang mengenal pasti motif kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/20


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Peluang terakhir

Posted: 19 Sep 2012 02:08 PM PDT

"PI Mai Pi Mai Tang Tu" ungkapan terbaik boleh dicoret mengenai pendirian Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengenai kedudukan pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

Majlis Exco bermesyuarat semalam memutuskan untuk memberi peluang setahun lagi kepada mereka.


"Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) menjelaskan gandingan itu memohon agar diberi peluang terakhir.

"Kami putuskan untuk memberi mereka peluang hingga Kejohanan Dunia tahun depan dengan sasaran layak ke final.


"Jika gagal mereka akan dipecahkan," kata presiden BAM, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh.


Soalnya mengapa sasaran ke final dan bukan menjuarainya kerana mereka pernah beraksi di final 2010.

Begitupun gandingan terbabit hanya akan beraksi pada kejohanan berstatus Siri Super sementara mereka akan digandingkan dengan pemain lain dalam kejohanan kelas kedua iaitu GP Emas.


"C&T akan tetapkan gandingan lain bagi Kien Keat-Boon Heong," kata Nadzmi lagi.

Beliau turut mengumumkan rancangan melantik seorang Pengurus Projek yang memantau projek khas Olimpik 2016, 2020 dan 2024.


"Beliau akan menerima laporan daripada ketua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek dan ketua jurulatih beregu, Tan Kim Her dengan sasaran utama Sukan Olimpik Rio," katanya.


Namun begitu C&T boleh membatalkan cadangan atau perancangan Pengurus Projek itu pada bila-bila masa termasuk memecatnya.


Sementara itu, Wong Tat Meng dilantik semula sebagai jurulatih perseorangan wanita negara.


Isu lain yang turut diketengahkan adalah tindakan BAM mengekalkan gandingan adik beradik, Ng Hui Lin-Hui Ern sedangkan mereka kini bergelar pelajar sepenuh masa.


Mereka masih menikmati pelbagai kelebihan sedangkan pemain profesional lain dibiar menyara diri sendiri.


Naib Presiden, Senator V Subramaniam yang juga Presiden Persatuan Badminton Selangor (SBA) mengaku tindakan itu sebagai satu kesilapan dan perlu dihentikan segera.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/20


Optimus unggul

Posted: 19 Sep 2012 01:57 PM PDT

PASUKAN Optimus Prime dari Johor Bahru dinobat juara Grand Final Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2012 bagi kategori Bawah 16 Tahun selepas menundukkan pasukan GB FC A sempena sambutan Hari Malaysia, , Ahad lalu.

Optimus Prime menewaskan GB FC A, 2-0 melakar kemenangan penuh bergaya pada aksi kemuncak di SportsPlanet Ampang.


Jurulatih pasukan, Shaharizad Maharof, 26, yakin anak buahnya mampu muncul juara berdasarkan rekod pertemuan yang memihak kepada mereka ketika melakar kemenangan ke atas GB FC A pada peringkat kumpulan.

"Saya percaya kepada kemampuan pemain. Kejayaan ini amat bermakna selepas empat tahun bersama. Saya akan mengekalkan pasukan ini menjadi satu pasukan lebih mantap dan pasukan Bawah 17 Tahun nombor satu di Malaysia.


"Terima kasih kepada semua pihak terutama kepada Tadika Myzara, Parlimen JB, Ranymarlia Mohd dan Rozlin Mohd yang sentiasa memberi sokongan dan menaruh kepercayaan kepada kami menempah nama dalam arena futsal ini," katanya.


Bagi kategori B-16, tempat ketiga milik bersama Penang Free School dan Perantau FC B.

Sementara itu, final kategori Bawah 12 Tahun menyaksikan pasukan Tu-Excellent A dari Kedah mempamerkan kehebatan menewaskan Abyad De Dani A FC dari Puchong Selangor, 3-0 manakala tempat ketiga milik bersama MSSPS A dan Qaisara B.


Sejumlah 1,400 pasukan membabitkan pasukan B-12 dan 16 menyertai edisi ketujuh tahun ini yang memberi tumpuan kepada pembangunan peringkat akar umbi.

Pada aksi Grand Final, 32 pasukan terbaik setiap kategori dari 14 negeri bertarung merebut hadiah utama wang tunai RM15,000, trofi, pingat dan hamper barangan Milo dan Figos.


Naib juara meraih RM10,000 dan tempat ketiga masing-masing mengondol RM7,000. Bagi menggalakkan setiap peserta menabung dan melakukan simpanan, Milo mengaturkan hadiah wang tunai itu disimpan di dalam akaun simpanan peserta.


Hadiah disampaikan legenda bola sepak negara era 70-80an, Datuk Soh Chin Aun dan Pengarah Eksekutif Milo, Don Howat. Turut hadir Pengurus Pemasaran Sukan Nestle, Ng Ping Loong dan Pengarah Urusan Figos, Tang Kok Wei.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/20


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Sumbat kokain dalam gula-gula

Posted: 19 Sep 2012 03:02 PM PDT

ACCRA: Pengedar dadah sanggup mempertaruhkan nyawa kanak-kanak apabila mereka tergamak menyeludup kokain dalam gula-gula lolipop bagi mengaburi pihak berkuasa.

Semalam, ratusan bungkusan gula-gula itu yang mengandungi kokain ditemui Pasukan Pengawal Sempadan Britain (UKBF) di sebuah lapangan terbang di Ghana. Dadah itu - dianggarkan bernilai 200,000 (RM992,000) - ditemui disembunyikan dalam lolipop berwarna-warni dan dibungkus dengan beg plastik. Anggota UKBF berpangkalan di lapangan terbang itu menemui kokain berkenaan selepas memotong lapisan luar gula-gula berkenaan.


Seorang lelaki Ghana berusia 29 tahun ditahan selepas bungkusan berkenaan ditemui dalam beg pakaiannya. Semalam, Menteri Dalam Negeri, Mark Harper, berkata penemuan itu menunjukkan bagaimana pengedar dadah tergamak meletakkan kanak-kanak dalam risiko semata-mata mahu melepasi kawalan pihak berkuasa dalam aktiviti mereka menyeludup dadah.

"Dagangan dadah antarabangsa adalah perniagaan keji dan UKBF memainkan peranan penting menghalangnya," katanya.


Pihak berkuasa Britain bekerjasama dengan Ghana sejak enam tahun lalu bagi membanteras aktiviti penyeludupan dadah menggunakan negara Afrika Barat sebagai laluan ke Britain.


Sepanjang tempoh itu, mereka merampas 860 kilogram kokain dan 323 kilogram heroin, selain menahan 170 pembawa dadah. Pengarah Kastam UKBF, Tom Dowdall, berkata sesiapa yang termakan gula-gula berisi kokain itu boleh menemui ajal.

"Penemuan terbaru ini amat mengejutkan dan berbahaya," katanya. - TS

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/20


Lindsay langgar pejalan kaki ketika pulang dari kelab malam

Posted: 19 Sep 2012 02:49 PM PDT

NEW YORK: Polis berkata, aktres Lindsay Lohan ditahan di New York City selepas keretanya terbabas ke laluan pejalan kaki dan gagal menghentikan kenderaannya, menyebabkan seorang cedera.

Menurut polis, Lindsay, 26, ditahan pada jam 2.25 pagi semalam ketika dia meninggalkan sebuah kelab malam di Manhattan. Insiden itu bagaimanapun tidak membabitkan pengambilan alkohol. Lindsay didakwa meninggalkan tempat kejadian dan menyebabkan kecederaan.


Dia disaman dan perlu hadir di mahkamah pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Polis berkata, Lindsay memandu perlahan di lorong berkenaan apabila kemalangan berlaku. Mangsa dirawat di hospital kerana kecederaan lutut sebelum dibenarkan pulang. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/20


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


TOP 5 suatu kemenangan

Posted: 19 Sep 2012 05:39 AM PDT

PASTI ramai tertanya-tanya, relevan memaparkan tiga personaliti ini di muka depan Rentak Artis Popular (RAP). Mungkin mereka tidak begitu popular di kalangan peminat hiburan Melayu, namun nama ketiga-tiganya sangat terkenal di kalangan penonton televisyen Cina tempatan.

Buktinya, Baki Zainal, Soo Wincci dan Debbie Goh, adalah calon Top 5 untuk acara Golden Awards 2012, sebuah anugerah berprestij dan diiktiraf di dalam industri televisyen Cina Malaysia yang bakal berlangsung pada 22 September (Sabtu) nanti di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Baki Zainal, pemuda Melayu kelahiran Johor Bahru berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara (UiTM), misalnya, dicalonkan menerusi dua kategori iaitu Pengacara Program Majalah Terbaik dan Pengacara TV Paling Popular.

Manakala, Miss World Malaysia 2008, Soo Wincci, yang semakin mencipta nama di kalangan penggemar hiburan Melayu, dicalonkan untuk kategori, Artis Baru Terbaik serta Pelakon Baru Popular.


Jika anugerah itu yang pertama buat Baki dan Wincci, berbeza pula dengan Debbie Goh, kerana pernah diumumkan sebagai penerima anugerah Aktres Paling Popular pada penganjuran pertama Golden Awards yang berlangsung 25 September 2010.


Di antara mereka bertiga, Debbie nampaknya lebih bertuah, meskipun ketiga-tiga mereka bergiat aktif sekitar tahun yang sama iaitu 2008.

Kekal dicalonkan menerusi kategori yang sama seperti dua tahun lalu iaitu Aktres Terbaik dan Aktres Paling Popular menerusi acara penganugerahan yang diadakan dua kali setahun itu, Debbie juga berasal dari Johor, mempersiapkan diri untuk menerima keputusan pada malam itu.

"Dua tahun lalu saya diangkat sebagai Aktres Paling Popular dan keputusan itu bukan pilihan juri sebaliknya peminat. Jadi susah untuk ramalkan apakah saya masih berpeluang untuk mengekalkan gelaran itu, kerana selera peminat terhadap seseorang artis kadang berubah-ubah.

"Sejujurnya, mestilah saya mahu menang dan tanyalah pada sesiapapun artis mereka pasti tidak mahu pulang dengan tangan kosong kerana kemenangan itu kayu ukur kecemerlangan seseorang sekali gus imbuhan kepada hasil usahanya.

"Apapun saya bangga kerana selain dicalonkan menerusi kategori Aktres Paling Popular, saya sekali lagi dipilih sebagai calon Top 5 Aktres Terbaik menerusi drama Glowing Embers. Tahun lalu, kategori ini dimenangi oleh Yeo Yann Yann dan dia memang seorang pelakon yang hebat.

"Bagaimanapun, merujuk lakonan saya menerusi Age Of Glory yang melayakkan saya dicalonkan menerusi kategori ini dua tahun lalu dengan pencalonan kedua melalui drama Glowing Embers, ia memang sangat berbeza.

"Menerusi Glowing Embers saya membawakan watak gadis miskin yang baik hati, mengharungi hidup sangat daif dan berkahwin. Kemudian menjadi wanita yang sangat jahat, sanggup mencurangi suaminya demi kesenangan hidup serta masa depan dua anaknya.

"Saya sukakan graf lakonan saya menerusi drama ini kerana ia berbeza dengan drama-drama atau telefilem yang pernah saya bintangi sebelum ini. Saya harap, juri dapat melihat lakonan saya dan segala kesungguhan yang saya letakkan untuk menghayati watak itu," katanya yang berlakon hanya sebuah drama setahun demi menjaga kualiti.

Beralih soalan kepada Soo Wincci, wanita jelita itu enggan meletakkan sebarang harapan untuk menang kerana ini adalah tahun pertama dia terbabit dalam acara yang membabitkan penjurian penggiat seni dari Hong Kong, China dan Taiwan.

"Seumur hidupnya dia tidak pernah terlintas langsung untuk menjadi pelakon bagaimanapun selepas beberapa kali mencubanya, dia bagaikan ketagih.

"Injustice juga adalah antara drama terawal saya, jadi dari segi lakonan saya akui masih banyak kekurangan kerana itu saya tidak menyangka layak membolosi calon Top 5.

"Berjaya ke peringkat ini saja sudah cukup membuatkan saya bersyukur. Saya tidak mahu fikir soal kemenangan kerana saya berharap hanya membuatkan seseorang kecewa.

"Yang pasti, saya melihat hal ini sebagai permulaan yang memberi inspirasi untuk lebih berjaya dalam bidang lakonan serta bidang seni yang lain. Di mana sedikit masa lalu saya pernah berasa putus asa dan serik untuk meneruskan perjuangan dalam bidang seni.

"Pencalonan menerusi Golden Awards, melengkapkan lagi profil seni saya daripada seorang penyanyi, menceburi seni masakan melalui pembabitan dalam rancangan MasterChef Selebriti serta seni lakon," katanya.

Satu-satunya calon berbangsa Melayu yang layak menyertai pertandingan itu, Baki Zainal, berkata, ia satu pengumuman yang mengejutkan juga pengalaman paling menakjubkan.

"Terus terang saya tidak pernah membayangkan akan tercalon sebagai Pengacara Program Majalah Terbaik dan Pengacara TV Paling Popular di dalam Golden Awards.

"Biar lima atau 10 tahun akan datang sekalipun, mungkin saya masih merasakan diri belum layak menyertainya apatah lagi memikirkan kehadiran saya dalam sebuah majlis penganugerahan yang majoritinya adalah Cina, bagaikan dominan.

"Bagaimanapun saya bersyukur, program Step Forward yang saya kendalikan diterima penonton selepas hampir empat tahun saya mengacarakannya dan kini masuk musim kelapan. Program itu banyak memperkenalkan saya selain memberi kenangan indah.

"Lucunya, sepanjang saya mengacarakan program berbahasa Mandarin itu, baik penonton Melayu mahupun Cina yang pernah mendengar saya bertutur dalam bahasa Melayu, menyangkakan saya budak Cina yang fasih berbahasa Melayu," katanya.

Ketika zaman kanak-kanaknya, Baki pernah mempersoalkan (dalam hati) tindakan bapanya menghantarnya ke sekolah Cina bukan sekolah kebangsaan seperti budak Melayu lain. Hendak mengajukan soalan itu kepada ayahnya, tidak sempat kerana bapanya sudah meninggal dunia.

"Bertanya pada emak pula, dia kata kalau belajar tak pandai nanti boleh kerja angkat gas dekat kedai Cina. Namun, segala pertanyaan itu kini sudah terjawab apabila saya bertemu Iman Besar di Masjid Xian, China, bagi menjayakan salah satu episod Step Forward.

"Dia membisikkan sesuatu ke telinga saya dan mula saya sedar kelebihan saya miliki ini adalah sesuatu yang berguna dan boleh dikongsi dengan masyarakat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/19


Alunan Bollywood Sukhwinder

Posted: 19 Sep 2012 05:28 AM PDT

BARANGKALI ramai tidak dapat mengagak siapa gerangan yang menyanyikan lagu-lagu hebat di Bollywood kerana acap kali si pelantun itu disembunyikan di sebalik wajah pelakon terkenal yang beraksi di depan layar lebar.

Itulah adat persembahan seni di Bollywood namun hakikatnya, mereka yang menyanyi makin luas popularitinya sebaik nama dan wajah mereka dikenali.

Antaranya yang begitu popular sebaris dengan ramai bintang Bollywood lain termasuk penyanyi Sukhwinder Singh yang lebih awal mencetus fenomena apabila lagu Chaiyya Chaiyya yang dinyanyikannya menjadi kegilaan ramai ketika itu.

Bukan sekadar lagu itu sendiri hebat dan tersendiri, malah kelebihan lainnya apabila Sukhwinder menyanyikan lagu dalam filem Dil Se itu untuk watak pelakon utamanya, aktor tersohor dunia Bollywood, Shah Rukh Khan.


Terbaru, penyanyi terkenal berusia 41 tahun ini menempa kemasyhuran antarabangsa dengan menyanyikan lagu Jai Ho daripada filem Slumdog Millionaire yang memenangi Academy Awards untuk kategori Lagu Asal Terbaik serta Grammy Awards bagi kategori Lagu Terbaik untuk filem, televisyen dan media visual lain.


Rezeki dan tuahnya berpanjangan dan kerana itu juga nama dan jenama penyanyi ini jauh tinggi ke atas.

Kini, bagai bulan jatuh ke riba, peminat di Malaysia yang begitu sinonim dengan naskhah Bollywood akan turut berpeluang untuk mendengar sendiri alunan vokal emas Sukhwinder apabila sebuah konsert hebat akan diadakan khas untuk mereka yang mengimpikan hiburan istimewa dan eksklusif bersamanya.

Konsert 'Jai Ho Sukhwinder Singh Live In Kuala Lumpur' yang dianjurkan oleh Netzah Productions Sdn Bhd akan diadakan pada 21 Oktober depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Lelaki yang dikenali sebagai penyanyi '1000 Watt Voice' ini juga penyanyi paling terkenal Bollywood di persada antarabangsa hanya bersandar pada profil kejayaannya dan menjadi 'suara' selebriti superstar, Shah Rukh Khan untuk lagu-lagu blockbuster seperti Haule Haule (Rab Ne Bana Di Jodi), Dare-E-Disco (Om Shanti Om), Marjani Marjani (Billu Barber) dan Hockey Anthem Chake De (Chakde).

Sukhwinder juga berjaya menyentuh jiwa khalayak menerusi rangkaian lagu klasik seperti Laae Vi Na Gayee (Chalte Chalte), Aaj Mera Jee Karda (Monsoon Wedding) dan Zindagi Me Kabhi Koie Na Ayye Rabba (Musafir).

Selain dikenali dengan vokalnya yang memukau dan pesona antarabangsa, Sukhwinder adalah penyanyi Bollywood yang paling dicari dan konsert beliau adalah momen yang jarang berlaku kerana sekali sekala diadakan.

Konsert ini bakal mencipta pengalaman multimedia magik dengan skrin LED berukuran 14 meter yang menghasilkan kesan 3D surrealis, lampu yang menakjubkan dan rombongan penari Bollywood.

Konsert di Kuala Lumpur adalah salah satu daripada hanya dua pertunjukan yang akan diadakan di Asia. Jelas sekali, ia akan menjadi pengalaman seumur hidup dan para peminat Sukhwinder tidak harus melepaskannya.

Menyentuh profil dan perjalanan seni bintang terkenal ini, Sukhwinder terkenal dengan lagu Chaiyya Chaiyya di mana beliau memenangi anugerah Best Male Playback di Anugerah Filmfare (1999). Lagu yang dimasukkan dalam filem arahan Mani Ratnam yang bertajuk Dil Se itu digubah oleh A.R Rahman, ditulis oleh Gulzar dan dinyanyikan secara duet bersama Sapna Awasthi.

Ia juga dipaparkan dalam muzikal Bombay Dreams dan dalam susunan remixed dimasukkan ke dalam segmen kredit filem Spike Lee, Inside Man.

Penyanyi ini berasal dari Amritsar, Punjab. Persembahan pentas perdananya adalah pada usia lapan tahun dan mula mendapat perhatian ketika terbabit dengan filem Karma di mana dia menyanyikan beberapa baris bait dalam lagu.

Sukhwinder juga terbabit dengan filem aktres Madhuri Dixit berjudul Khilaaf, di mana beliau menyanyikan lagu hits berjudul Aa ja Sanam.

Bagi peminat yang tidak mahu melepaskan peluang mendengar kemerduan vokalnya dengan sebuah siri persembahan yang pastinya istimewa dan bersejarah, tiket Jai Ho Sukhwinder Singh Live In Concert boleh dibeli di www.myticket.asia pada harga RM999, RM499, RM399, RM299, RM199 dan RM129.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/19


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


‘Temu duga’ untuk perkosa

Posted: 19 Sep 2012 07:16 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai perogol bersiri kini diburu polis selepas dua wanita membuat laporan mendakwa mereka dirogol dan disamun penjenayah terbabit yang menggunakan taktik menawar pekerjaan dengan gaji lumayan sehingga RM400 sehari sebelum merogol mangsa.

Lelaki terbabit dipercayai menggunakan modus operandi mengiklankan tawaran pekerjaan sebagai jurujual melalui beberapa laman web di Internet sebelum memujuk dan memperdaya mangsanya supaya hadir menjalani 'temu duga' di bilik hotel bajet di ibu negara.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, teruja dengan tawaran gaji lumayan, mangsa yang berhubung melalui e-mel dengan suspek hadir di sesi temu duga sebelum diperkosa dan barang berharga disamun.

Menurutnya, pihaknya menerima dua laporan setakat ini dan percaya kedua-dua kejadian jenayah itu dilakukan suspek sama kerana taktik digunakan sama.


"Kes pertama dilaporkan pada awal Ramadan lalu, dengan seorang wanita berusia awal 20-an mendakwa dirogol dan disamun seorang lelaki ketika menghadiri temu duga kerja di sebuah hotel bajet di ibu negara.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/20


Cinta Yuna sudah bernokhtah

Posted: 19 Sep 2012 07:16 PM PDT

KUALA LUMPUR: Penyanyi remaja terkenal, Yunalis Zarai atau Yuna mengakui desas-desus yang bertiup kencang mengatakan hubungan cintanya dengan pelakon juga pengacara, Qushairi Razali sudah tiada lagi.

Perkara itu disahkan Yuna pada sidang media konsert sulungnya, Yuna Homecoming Concert di Damansara, di sini, petang semalam. Penyanyi berusia 26 tahun itu turut menafikan wujudnya orang ketiga dan keputusan untuk membawa haluan masing-masing adalah persetujuan bersama bagi kebaikan kedua-dua pihak.


"Tiada permusuhan yang berlaku, sebaliknya kami berdua sepakat untuk berehat sebentar daripada komitmen yang terjalin lebih dua tahun ini. Mungkin ini jalan terbaik untuk kami berdua bagi mencari fokus dan keserasian, lebih-lebih lagi kebetulan masing-masing begitu sibuk untuk mengukuhkan kerjaya.

"Bagaimanapun, kami masih berkawan baik dan harap-harap peminat doakanlah yang terbaik untuk saya," katanya.


Yuna yang menjalin hubungan dengan bekas pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan berusia 36 tahun itu sejak lebih dua tahun lalu hanya menyifatkan perpisahan antara mereka kerana faktor kesibukan dan komitmen terhadap kerja masing-masing. Malah, tambahnya, hubungan jarak jauh antaranya yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat dan Qi yang sibuk dengan kerjaya lakonan di Kuala Lumpur alasan utamanya juga. "Bayangkan, saya berada di Kuala Lumpur sekali-sekala dan selebihnya saya sibuk dengan pelbagai aktiviti promosi album terbaru dan persembahan jelajah seluruh Amerika. Qi pula di Kuala Lumpur dengan jadual kerjanya yang padat. "Justeru kesibukan dengan tanggungjawab dengan syarikat rakaman Fader Label di sana membuatkan kami sepakat untuk membawa haluan masing-masing dulu. "Lebih baik kami meletak sepenuh tumpuan pada kerja dan komitmen terlebih dulu. Jika ada jodoh dan rezeki, Insya-Allah ia tidak akan ke mana," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/20


Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved